Top Banner
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022 HARI KHAMIS : 24 MAC 2022
248

HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

May 10, 2023

Download

Documents

Khang Minh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2022

HARI KHAMIS : 24 MAC 2022

Page 2: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a) berapakah bilangan penjawat awam yang telah diambil tindakan

tatatertib sejak 5 tahun yang lalu berdasarkan penemuan audit

dalam Laporan Jabatan Audit Negara setiap tahun; dan

b) senaraikan 10 penambahbaikan signifikan yang telah dilakukan ke

atas perkhidmatan awam berdasarkan saranan laporan-laporan

audit itu.

Page 3: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 8 Mac 2022,

seramai 297 orang pegawai awam telah diambil tindakan tatatertib

berdasarkan penemuan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015

hingga Tahun 2019 Siri 1.

2. Selaras dengan laporan-laporan audit, beberapa tindakan

pemantapan tadbir urus telah diambil atau diperkenalkan dalam

Perkhidmatan Awam bagi mengawal isu integriti.

3. Antara inisiatif yang diterajui oleh Pusat Governans, Integriti dan

Antirasuah Nasional (GIACC) adalah Inisiatif Pelan Anti Rasuah

Nasional atau ‘National Anti Corruption Plan’ (NACP) yang

melibatkan enam (6) bidang keutamaan iaitu Tadbir Urus Politik,

Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Awam, Perundangan dan

Kehakiman, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Tadbir Urus

Korporat dengan enam (6) strategi yang khusus.

4. Selain itu, Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Anti-Rasuah

(JAR) yang merupakan salah satu mekanisme di dalam Arahan

YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 : Pemantapan Governans

Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan

Page 4: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 11

Malaysia. Diperingkat nasional, mesyuarat ini dipengerusikan oleh

Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan diurusetiakan oleh SPRM

manakala mesyuarat JAR di peringkat Kementerian, Kerajaan

Negeri, Jabatan dan Agensi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

(KSU) Kementerian, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Ketua

Jabatan dan Agensi.

5. Pelbagai pendekatan juga telah dilaksanakan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meningkatkan integriti penjawat

awam, termasuklah:

a. Melaksanakan audit nilai melalui Sistem Pengurusan Audit

Nilai (SPAN) untuk mengukur penghayatan nilai-nilai murni di

tempat kerja dalam sektor awam;

b. Memperkenalkan Program Transformasi Minda (PTM) melalui

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012, iaitu

program pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di

peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

Program ini menekankan kepada elemen integriti dan

pembangunan sahsiah penjawat awam; dan

c. Menguatkuasa pusingan kerja secara mandatori kepada

penjawat awam yang memegang jawatan sensitif.

Page 5: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 11

6. Inisitiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian/Agensi

lain bagi meningkatkan integriti perkhidmatan awam di bawah Pelan

Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 termasuklah:

a. Inisiatif 3.1.2 - Memastikan semua agensi dan agensi kawal

selia melaksanakan projek berdasarkan nasihat dan

cadangan yang dikemukakan oleh jabatan teknikal seperti

Jabatan Kerja Raya dan agensi teknikal yang berkaitan;

b. Inisiatif 3.2.2 - Memperkenalkan klausa standard dalam

semua perolehan projek yang diterima bagi melindungi

kepentingan Kerajaan dalam semua projek/kontrak yang

melibatkan Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat

Berkepentingan Kerajaan;

c. Inisiatif 3.2.3 - Memastikan pelantikan kontraktor penyelamat

melalui tender terbuka (MOF); dan

d. Inisiatif 3.2.4 - Memperkenalkan mekanisme untuk

mengekang ketirisan dalam dana Kerajaan (dana bantuan)

dan geran (MOF);

Sekian, terima kasih.

Page 6: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN menyatakan apakah potensi pelaburan yang bernilai RM 455

juta hasil daripada Ekspo 2020 Dubai yang telah berlangsung pada bulan

Januari 2022 di mana pelaburan tersebut telah melebihi sasaran asal

Kementerian iaitu RM350 juta dan adakah Malaysia bersedia memenuhi

permintaan tersebut dan apakah usaha telah dibuat untuk memastikan

kejayaannya.

Page 7: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan (MAFI) telah diberi tanggungjawab sebagai

Kementerian Peneraju bagi Minggu Ke-21 “Pertanian Mampan” yang

telah berlangsung pada 20 hingga 26 Februari 2022 di Ekspo 2020 Dubai.

Sepanjang Minggu Pertanian Mampan tersebut, MAFI telah berjaya

menarik potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM455 juta

melalui pemeteraian 12 Memorandum of Understanding (MoU),

Memorandum of Agreement (MoA) dan Contract of Sales (CoS) di antara

Agensi di bawah MAFI dan syarikat Malaysia yang mengambil bahagian

pada Ekspo 2020 Dubai bersama institusi penyelidikan serta pelbagai

rakan dagang dan pelabur antarabangsa merangkumi pecahan urus

niaga/ kolaborasi seperti berikut:

i) Penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan

produktiviti dan kemampanan di dalam persekitaran

marginal dan saline dalam tempoh lima (5) tahun di antara

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI) dan International Centre of Biosaline Agriculture

(ICBA); serta

Page 8: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 12

ii) MoU/ MoA/ CoS bagi perdagangan dan pelaburan berikut:

a. Pengedaran eksklusif makanan dan kopi ke Negara

Timur Tengah;

b. Kerjasama meningkatkan aktiviti komersial pertanian

pintar dan teknologi pertanian terkini;

c. Pembekalan buah-buahan dan sayur-sayuran ke

pasaran Timur Tengah, Eropah, Iran dan Afrika Utara;

d. Kolaborasi perniagaan berkaitan ternakan ayam,

perdagangan minyak masak dan pemprosesan

biomass-cellulose;

e. Kontrak jualan dan kontrak perjanjian eksklusif untuk

jualan dan bekalan produk segar boleh kompos bagi

pasaran Eropah;

f. Pembekalan pengeluaran agromakanan ke pasaran

Timur Tengah, kerjasama teknologi bagi

membangunkan sistem pertanian pintar dan

pengeluaran baja berasaskan bio; dan

g. Jualan dan pemasaran produk ke pasaran Timur

Tengah, kerjasama berkaitan pematuhan undang-

undang dan peraturan berkaitan produk agromakanan

di UAE serta pusat sehenti logistik.

Page 9: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 12

Penyertaan Kementerian ini sebagai Kementerian Peneraju kepada

Minggu Pertanian Mampan, Ekspo 2020 Dubai merupakan sebahagian

gerak kerja nasional bagi mengukuhkan hubungan pelbagai hala

(multilateral) dan dua hala (bilateral) selaras dengan peranan dan

tanggungjawab Kementerian ini dalam memastikan kemampanan

jaminan bekalan dan sekuriti makanan Negara terpelihara. Pelaksanaan

pelbagai aktiviti perdagangan dan pelaburan di sepanjang minggu

berkenaan merupakan usaha yang sangat signifikan ke arah pemulihan

dan kerancakkan semula ekonomi dan perniagaan Sektor Pertanian dan

Agromakanan Negara dalam fasa pasca COVID-19.

Di samping itu, pencapaian yang telah direkodkan hasil daripada

penyertaan Minggu Pertanian Mampan, Ekspo 2020 Dubai turut

memberikan pemberat wajaran yang sangat munasabah kepada

komitmen Kementerian ini bagi memacu momentum yang lebih tuntas

terhadap gerak kerja pertumbuhan ekonomi lanjutan sekaligus

memberikan kesan berganda (multiplyer effect) dan kesan limpahan

(spillover effect) kepada pemain industri dan pemegang taruh berkaitan.

Melalui kerjasama awam-swasta dan fasilitasi perdagangan yang

telah dilaksanakan secara berkala dan disokong oleh dasar makro dan

sektoral yang telah digubal, Kementerian ini komited dalam memastikan

jumlah perdagangan dan pelaburan tersebut dapat direalisasikan.

Sebagai contoh, tindakan susulan telah segera dilaksanakan oleh

MARDI pada 15 Mac 2022 dalam memperhalusi pelan tindakan aktiviti

dan program penyelidikan yang boleh dilaksanakan di antara kedua-dua

Agensi melalui Memorandum Persefahaman “Research in Sustainable

Agriculture (water and irrigation management and climate change)” yang

Page 10: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 12

telah ditandatangani semasa pelaksanaan Minggu Pertanian Mampan,

Ekspo 2020 Dubai. Kolaborasi dan kerjasama yang dimeterai dalam

tempoh lima (5) tahun ini dijangka akan memangkin peningkatan hasil

yang signifikan sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi kepada pemain

industri berkaitan.

Di samping itu, pemantauan prestasi perdagangan dan pelaburan

yang dijana melalui penyertaan Kementerian ini di sepanjang Minggu

Pertanian Mampan turut akan dilaksanakan secara bersama dengan

pihak industri terlibat melalui Jawatankuasa Pelaburan, Jawatankuasa

Pemandu Eksport MAFI serta fasilitasi perdagangan/ pelaburan secara

berkala melalui Pejabat Penasihat Pertanian Malaysia di Dubai.

Dengan pelaksanaan usaha-usaha dan kaedah pemantauan

sebagaimana yang telah dinyatakan, MAFI yakin Malaysia mampu

memenuhi permintaan yang dihasratkan dalam MoU yang telah

ditandatangani sepanjang program Ekspo 2020 Dubai.

Sekian, terima kasih.

Page 11: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Fadhlina binti Dato' Sidek minta PERDANA MENTERI

menyatakan penjelasan dan pendirian Kerajaan berkaitan Laporan

Tahunan SUHAKAM perlu dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen

serta usaha memastikan laporan tahunan SUHAKAM diteliti.

Page 12: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Tahunan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2020 hanya

diterima secara rasmi pada suku tahun ketiga 2021. Laporan tersebut

tidak dapat dikemukakan lebih awal seperti mana kelazimannya

disebabkan pelbagai kekangan berikutan penularan wabak COVID-19

pada ketika itu.

Selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa

berhubung dengan Laporan dan Penyata Kewangan Tahunan Badan-

Badan Berkanun Persekutuan, Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 akan

dibentangkan di Parlimen setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Kerajaan komited untuk memastikan hak asasi manusia terpelihara di

negara ini dan Laporan Tahunan SUHAKAM akan dibentangkan

mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu,

perbahasan laporan ini bergantung kepada ketetapan Dewan kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 13: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK BOBBEY BIN SUAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

adakah pesakit yang meninggal kerana COVID-19 telah disaring dengan

ujian genomik dan apakah keputusannya sehingga kini. Mohon

penjelasan melalui angka pecahan yang meninggal di hospital dan

kematian dibawa ke hospital (Brought In Dead).

Page 14: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Tidak semua kes kematian disaring dengan ujian penjujukan genom.

Kriteria pemilihan sampel bagi surveilan genom COVID-19 adalah

seperti berikut:

(i) Kes-kes dari kawasan di bawah surveilan/pengawasan ketat

disebabkan penularan COVID-19 yang tinggi atau mempunyai

kenaikan kes yang mendadak;

(ii) Kes dari kriteria (1) yang memenuhi salah satu kriteria berikut,

seperti:

a. Kumpulan umur yang berlainan;

b. Kategori COVID-19 yang berlainan daripada kategori 1 ke

kategori 5; dan

c. Kawasan yang berlainan di dalam sesebuah negeri;

(iii) Kes-kes yang dikesan di pintu masuk antarabangsa;

(iv) Kes kanak-kanak di kawasan yang menunjukkan peningkatan

kes di kalangan kanak-kanak;

(v) Kes teruk (kategori 3-5) di kalangan pesakit di bawah umur 60

tahun yang tidak mempunyai komorbiditi;

Page 15: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 14

(vi) Kes yang menunjukkan manifestasi penyakit yang luar biasa.

Contohnya, kemerosotan kesihatan yang cepat, dimasukkan ke

unit rawatan rapi dan lain-lain;

(vii) Kes-kes jangkitan semula COVID-19;

(viii) Petugas kesihatan dan juga ahli komuniti yang dijangkiti COVID-

19 setelah mendapat vaksin;

(ix) Kes kematian di hospital dan kes kematian luar hospital/BID;

(x) Kes yang menunjukkan manifestasi klinikal seolah-olah COVID-

19 tapi menunjukkan keputusan RT-PCR negatif atau tidak

dapat mengesan spike gene. Kegagalan Sasaran Gen Spike

(Spike gene target failure - SGTF) boleh digunakan sebagai

petunjuk kepada Varian Yang Membimbangkan (Variant of

Concern - VOC); dan

(xi) Sampel daripada kes-kes serupa dengan influenza (influenza-

like illness - ILI) dan jangkitan pernafasan akut yang teruk

(severe acute respiratory infections - SARI).

2. Berdasarkan data dari ujian penjujukan genom yang telah dijalankan

di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Mac 2021 hingga

Februari 2022, didapati sebahagian besar kematian melibatkan

varian Delta. Sebanyak 122 kes kematian akibat COVID-19 telah

disaring dengan ujian penjujukan genom memandangkan sampel

yang diterima masih mengandungi paras virus yang mencukupi untuk

penjujukan genom.

Page 16: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 14

3. Daripada 122 kes ini, terdapat 92 kes (75.4%) yang telah dikenalpasti

sebagai varian Delta (di mana 15 kematian berlaku di hospital dan 77

kes kematian luar hospital/BID), 7 kes (5.8%) dikenalpasti sebagai

varian Beta (dengan pecahan 6 kematian di hospital dan 1 kes

kematian luar hospital/BID), 1 kes (0.8%) varian Omicron kes

kematian luar hospital/BID dan 22 kes (18%) dikenal pasti sebagai

bukan VOC (dengan pecahan 16 kematian di hospital dan 6 kes

kematian luar hospital/BID).

Sekian, terima kasih.

Page 17: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh

Malaysia dengan perpindahan ibu negara Indonesia daripada Jakarta ke

Kalimantan Timur.

Page 18: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan mengambil maklum mengenai perancangan Kerajaan

Indonesia untuk membangunkan ibu negara baharu, yang telah

dinamakan sebagai Nusantara di kawasan Kalimantan Timur,

Indonesia. Kerajaan percaya bahawa pembangunan ibu kota baharu

ini dijangka akan mempereratkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia

dan merancakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara,

khususnya negeri Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan

Kalimantan, Indonesia. Dalam hubungan ini, YB Menteri di Jabatan

Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan saya akan

mengadakan lawatan kerja ke Indonesia pada hujung bulan ini bagi

membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan melalui Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pernah mengadakan

perbincangan secara maya bersama Kementerian Perencanaan

Pembangunan Nasional Indonesia (BAPPENAS) Republik Indonesia

pada April 2021 bagi menyusuli hasrat Malaysia untuk menyertai dan

bekerjasama dalam pembangunan Nusantara. Ini termasuklah

potensi dan peluang penglibatan pemain industri dari Malaysia.

Page 19: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 15

3. Antara potensi penglibatan syarikat-syarikat Malaysia adalah dalam

sektor-sektor keutamaan ekonomi meliputi petrokimia dan oleo kimia,

farmaseutikal, pengajian tinggi, dan penjagaan kesihatan. Bagi

jangka panjang, Kerajaan Indonesia berhasrat menjadikan

Nusantara dan Kalimantan Timur sebagai hab tenaga boleh

diperbaharui, inovasi dan industri digital. Kegiatan-kegiatan ekonomi

ini dijangka akan memberi kesan secara langsung yang baik serta

melalui kesan limpahan kepada kawasan sekitarnya termasuk Sabah

dan Sarawak. Para penduduk juga akan turut berpeluang untuk

terlibat dalam pekerjaan baharu dan menerokai perniagaan digital.

4. Dalam aspek mengoptimumkan peluang kerjasama ekonomi antara

kedua-dua negara semasa pembangunan Nusantara, para

pengeksport barangan dan penyedia perkhidmatan serta kepakaran

dari Malaysia berpotensi memperluaskan pasaran mereka di

Kalimantan. Pada masa ini, Kerajaan melalui MITI mengenal pasti

bidang perancangan bandar, pembinaan, pembangunan

infrastruktur, reka bentuk dan seni bina sebagai potensi bersasar

kepada negara. Selain itu, syarikat-syarikat Malaysia turut berpotensi

untuk membekalkan bahan-bahan pembinaan, jentera, peralatan,

produk hijau serta perkhidmatan logistik.

5. Bagi memanfaatkan kesan limpahan ekonomi yang bakal berlaku

susulan perpindahan ibu kota baharu Indonesia ini, Kerajaan

berusaha untuk meningkatkan infrastruktur asas dan

ketersambungan jalan di kawasan sempadan. Kerajaan melalui

Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan Kajian Semula

Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 (HNDP 2040) bagi

negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 20: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 15

6. Di samping itu, Kerajaan telah membentuk sebuah Pasukan Petugas

Khas (Taskforce) Mengenai Pembangunan Di Kawasan Sempadan

Malaysia dan Indonesia (Sabah-Sarawak-Kalimantan) di bawah

Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi (JKSE). Taskforce ini bertujuan

untuk meneliti perkara-perkara berkaitan pembangunan di kawasan

sempadan tersebut. Antara hala tuju Taskforce ini adalah merancang

dan menyelaras penyediaan Pelan Tindakan Pembangunan di

Sempadan Malaysia dan Indonesia (Sabah-Sarawak-Kalimantan)

dan memantau pelaksanaan.

7. Kerajaan yakin bahawa usaha-usaha yang dilaksanakan bagi

pembangunan kawasan sempadan di Sabah dan Sarawak ini akan

menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi dan kesejahteraan

penduduk di negeri Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Page 21: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KESIHATAN menyatakan punca

utama orang awam tidak mengambil dos penggalak dan langkah atau

perancangan Kementerian seterusnya untuk menggalakkan mereka

mengambil dos penggalak.

Page 22: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sehingga 23 Mac 2022, seramai 15,533,138 (66.1%) penduduk

dewasa berumur 18 tahun ke atas ke atas telah menerima vaksin dos

penggalak.

2. Antara punca utama yang dikenal pasti menjadi penyebab masih

ramai individu tidak mengambil dos penggalak adalah kebimbangan

terhadap kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang telah

diseleweng fakta serta penyebaran berita-berita tidak sahih yang

dikongsi dan disebarkan di laman media sosial.

3. Bagi menggalakkan lebih ramai populasi Malaysia mengambil dos

penggalak ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah

mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Pembukaan 4 PPV Integrasi dengan kapasiti 24,000 dos sehari

di Lembah Klang yang beroperasi selama 2 bulan (15 Januari

2022 hingga 15 Mac 2022);

(ii) KKM telah menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak

secara walk-in kepada semua penduduk dewasa berumur 18

tahun ke atas di semua PPV seluruh negara bermula 29 Januari

2022;

Page 23: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 16

(iii) Bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak di kalangan

penerima dos lengkap vaksin Sinovac, KKM juga turut

menawarkan pemberian dos penggalak secara homologous

kepada golongan ini;

(iv) Memberikan janji temu semula kepada individu yang tidak dapat

hadir bagi mendapatkan dos penggalak atas sebab-sebab

tertentu;

(v) Melaksanakan pemberian vaksin selepas waktu pejabat khusus

untuk pemberian dos penggalak di klinik-klinik kesihatan

kerajaan tertentu;

(vi) Melaksanakan program jangkau luar (outreach) di kawasan

yang sukar dicapai seperti kawasan pendalaman, Orang Asli

dan pulau-pulau;

(vii) Meningkatkan hebahan melalui media sosial dan media arus

perdana serta di kawasan setempat; dan

Page 24: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 16

(viii) Mewujudkan Jawatankuasa Strategi Komunikasi PICK-Booster

khusus untuk memperkukuhkan penyampaian mesej berkaitan

dos penggalak kepada orang awam. Susulan itu, pelbagai

program seperti slot media / radio, ceramah dan webinar telah

dilaksanakan. Pelaporan AEFI berkala juga turut dikeluarkan

oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi

memberi maklumat sebenar berkenaan AEFI. Selain itu, mesej

berkenaan dos penggalak juga telah dihasilkan seperti

infografik, FAQ dan video berkaitan pengambilan dos penggalak

dalam pelbagai bahasa yang telah dimuat naik di laman web

KKM dan media sosial KKM.

Sekian, terima kasih.

Page 25: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Arman Azha bin Abu Hanifah minta MENTERI PENGAJIAN

TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai cadangan untuk

mewajibkan lepasan SPM yang tidak melanjutkan pengajian dalam

bidang akademik agar menyambung pembelajaran dalam aliran TVET.

Page 26: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan institusi

Pendidikan Latihan dan Kemahiran Vokasional atau TVET bertujuan

untuk memberi pendidikan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada

para belia dan pelajar khususnya bagi memenuhi permintaan industri.

Perkara ini selaras hasrat kerajaan dalam menambahbaik taraf hidup

rakyat melalui pendidikan, pengetahuan dan kemahiran. Tenaga kerja

yang berkemahiran dan kompeten secara tidak langsung dapat

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, perubahan teknologi dan

tenaga kerja global.

Pendidikan TVET di Malaysia terdiri daripada penyedia TVET

dalam kategori sektor awam dan swasta. Sehingga Disember 2021, lebih

daripada 1,000 institusi dan penyedia TVET telah dikenal pasti di seluruh

negara dan semua institusi berdaftar dengan 11 kementerian

berasingan. Daripada jumlah tersebut, politeknik dan kolej komuniti

merupakan institusi di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT)

Buat masa ini, Kementerian tidak mewajibkan pelajar lepasan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melanjutkan pengajian dalam

bidang akademik untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET.

Walau bagaimanapun, syarat kemasukan pelajar yang lebih fleksibel

untuk menyambung pengajian telah diperkenal sebagai salah satu

inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menyambung pengajian

ke peringkat lebih tinggi melalui penilaian Accreditation of Prior

Experential Learning (APEL) seperti berikut:

Page 27: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 17

i. Kemasukan pelajar melalui kelayakan akademik (APEL A);

ii. Kemasukan pelajar melalui penilaian kredit (APEL C); atau

iii. Kemasukan pelajar melalui penilaian pengalaman (APEL Q).

Melalui peluasan syarat-syarat kemasukan ini, lebih ramai lulusan

lepasan SPM yang bekerja setelah tamat belajar berpeluang untuk

menyambung pengajian dalam bidang TVET, seterusnya mampu

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Walau

bagaimanapun, Kementerian menyambut baik cadangan ini dan kajian

lebih terperinci serta lain-lain pertimbangan perlu dibuat bersama

pelbagai pihak berkepentingan sebelum keputusan pelaksanaan

sebenar dapat dimuktamadkan.

Sekian terima kasih.

Page 28: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI AZIZ BIN ARIFFIN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Haji Aziz Bin Ariffin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

adakah pihak Kementerian menjalankan kajian terhadap Prosedur Operasi

Standard (SOP) dalam menjalankan sebarang sekatan jalan raya yang lebih

efisyen serta mampu menjimatkan masa para pengguna jalan raya.

Page 29: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Selaras dengan Seksyen 26, Akta Polis 1967 [Akta 344] dan Seksyen 78,

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] yang memberi kuasa kepada

pegawai polis untuk mendirikan sekatan jalan raya (SJR) bagi

melaksanakan tanggungjawab PDRM dengan memastikan pelaksanaan

SJR adalah menepati elemen-elemen keperluan keselamatan yang

ditetapkan di bawah undang-undang tersebut.

Garis panduan atau Standard Operating Procedure (SOP) sekatan jalan

raya yang dilaksanakan oleh PDRM adalah mengikut ketetapan Perintah

Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A 113. Sekatan jalan akan

menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengguna dan selalu terdedah

kepada kritikan.

Dalam hubungan ini, PDRM sentiasa mengkaji SOP pelaksanaan SJR

dengan memastikan operasi penguatkuasaan SJR adalah mengutamakan

keselamatan pengguna jalan raya dan juga pegawai/anggota yang

menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Pendekatan SJR adalah dilaksanakan berdasarkan keperluan di lokasi-

lokasi strategik dan hot spot yang kerap berlakunya kemalangan bagi

meningkatkan tahap Perception of Being Caught (POBC) ke arah

membudayakan keselamatan jalan raya melalui tahap pematuhan yang

tinggi kepada peraturan jalan raya sebagaimana negara maju.

Page 30: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 18

Sekian, terima kasih.

Page 31: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Seruandi Bin Saad minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bagaimanakah pelaksanaan

Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia mampu memberi nafas

baharu kepada perusahaan mikro untuk memajukan perniagaan yang

terkesan akibat pandemik COVID-19 dan apakah tumpuan yang akan

diberikan melibatkan usahawan di Negeri Perlis.

Page 32: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

YAB Perdana Menteri telah melancarkan inisiatif Semarak Niaga

Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) bernilai RM40 bilion pada 21

Februari 2022 sebagai sebahagian daripada strategi induk Bajet 2022.

Semarak Niaga bertujuan untuk membantu sektor perniagaan bangkit

semula, terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan

informal. Ia merangkumi kemudahan mikro kredit, pembiayaan ekuiti

dan pinjaman mudah PKS untuk dimanfaatkan oleh setiap golongan

usahawan.

Melalui Program Semarak Niaga ini, agensi-agensi KUSKOP

seperti TEKUN Nasional dan SME Bank telah menawarkan kemudahan

pembiayaan kepada semua PMKS termasuk di negeri Perlis seperti

berikut:

a) Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN

Nasional yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000

tanpa kadar keuntungan dan diberikan tempoh moratorium

selama 12 bulan. Skim ini terbuka kepada usahawan mikro dan

informal yang tidak berdaftar di seluruh Malaysia termasuk negeri

Perlis. Sehingga 6 Mac 2022, TEKUN Nasional telah menyalurkan

sebanyak RM2.6j uta pembiayaan SPIM kepada 313 usahawan

negeri Perlis;

Page 33: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 19

b) Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

yang menyediakan pembiayaan kepada masyarakat India dengan

nilai pembiayaan dari RM1,000.00 sehingga RM100,000.00.

Manakala tempoh bayaran balik pembiayaan di antara 6 bulan

sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 4%

setahun; dan

c) SME Bank menyediakan Pembiayaan Ekuiti/Alternatif yang

memperuntukkan RM600 juta bagi perniagaan yang terjejas

akibat pandemik COVID-19. Selain itu, SME Bank turut

menawarkan bantuan di bawah komponen Pinjaman Mudah PKS

dengan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Sekian, terima kasih.

Page 34: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB SR. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI KOMUNIKASI

DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah yang diambil Kerajaan untuk

meningkatkan tahap pencapaian internet dalam negara dan juga

peluasan liputan sehingga tahap 100% di seluruh negara.

Page 35: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sasaran Fasa 1

sehingga penghujung 2022 adalah:

(i) penambahan daripada 4.95 juta premis kepada 7.50 juta

premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap

berkelajuan gigabait;

(ii) mempertingkatkan kelajuan purata jalur lebar mudah alih

daripada 25Mbps kepada 35Mbps; dan

(iii) perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8%

kepada 96.9% di kawasan berpenduduk.

Setakat suku keempat 2021, sebanyak 6,848 premis telah

mendapat akses kepada capaian gentian optik, kelajuan purata jalur lebar

mudah alih telah meningkat kepada 37.30Mbps, dan liputan jalur lebar

mudah alih 4G di kawasan berpenduduk telah meningkat kepada 95.40%.

Melalui JENDELA Fasa 2 (2023-2025) pula, Kerajaan akan terus

meningkatkan usaha bagi memberikan akses gentian optik kepada 9 juta

premis di seluruh negara, kadar kelajuan purata jalur lebar mudah alih

kepada 100Mbps melalui pelaksanaan 5G, dan liputan jalur lebar mudah

alih 4G di kawasan berpenduduk kepada 100%.

Page 36: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 20

Terkini dalam RMKe-12, Kerajaan turut akan melaksanakan

penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah, dengan izin,

Point of Presence (PoP) hab gentian optik yang merupakan salah satu

alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar

dapat diperluaskan ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Lokasi

pemasangan berhampiran sekolah luar bandar dipilih sebagai hub

infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan

perindustrian, premis-premis kerajaan berhampiran dan masyarakat

sekelilingnya. Secara keseluruhannya, Fasa 1 bagi projek PoP ini akan

melibatkan 630 lokasi dan Fasa 2 pula melibatkan 3,693 lokasi di seluruh

negara.

Pelaksanaan inisiatif ini akan meliputi skop:

(i) Pemasangan gentian optik dari Point of Interconnection (PoI)

ke PoP hingga ke kawasan Premises Passed;

(ii) Penyediaan perkhidmatan internet Jalur Lebar Talian Tetap

(JLTT) ke kawasan populasi dan juga bangunan yang

berhampiran; dan

(iii) Penyelenggaraan infrastruktur gentian optik.

Pelaksanaan inisiatif ini akan membolehkan penduduk di kawasan

tersebut memperolehi perkhidmatan internet talian tetap di rumah

masing-masing dan tidak lagi bergantung dengan internet mudah alih

sedia ada sahaja.

Sekian, terima kasih.

Page 37: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN

ABDUL KHALID

TARIKH : 24 MAC 2022 (SELASA)

Datuk Iskandar Dzulkarnain Bin Abdul Khalid minta MENTERI

PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah status

terkini penubuhan Lembaga Ruminan dan langkah ke depan (way

forward) Lembaga seperti mana dinyatakan dalam Dasar Agromakanan

Negara (DAN 2.0).

Page 38: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan Lembaga

Ruminan Negara (LRN) berperanan untuk membangunkan industri

ruminan secara holistik, berdaya maju dan mampan. LRN akan memberi

tumpuan kepada pembangunan industri ruminan dengan objektif seperti

berikut:

(a) Sebagai agensi peneraju pembangunan industri ruminan

negara. LRN akan memperkukuh dan mendayaupaya

kerangka institusi, kawal selia dan tadbir urus industri.

Intervensi ini juga akan menjadi asas untuk proses penjajaran,

rasionalisasi dan penstrukturan semula fungsi dan peranan

pelbagai jabatan dan agensi sediada berkaitan sektor

ruminan;

(b) Meningkatkan populasi asas, produktiviti dan pengeluaran

sektor ruminan negara melalui pelaksanaan program

pembangunan industri ruminan dengan sokongan peruntukan

dana pembangunan secara strategik dan bersasar untuk

pengukuhan sekuriti makanan negara serta meningkatkan

tahap saradiri (SSL) ruminan negara;

(c) Meningkatkan pendapatan usahawan dan daya saing

pasaran industri ruminan negara melalui pembangunan

keusahawanan agribisnes, pengukuhan institusi pemain

Page 39: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 21

industri serta penerokaan peluang dan akses pasaran yang

lebih kompetitif; dan

(d) Meningkatkan pelaburan swasta dan transformasi penternak

dengan mempelbagai perkembangan model perniagaan yang

berdaya maju dan mampan.

Penubuhan LRN adalah selaras dengan matlamat utama untuk

industri ruminan yang digariskan menerusi Dasar Agromakanan Negara

(DAN) 2.0 iaitu:

(a) Mencapai sasaran tahap SSL 50% bagi daging lembu dan

100% bagi daging segar;

(b) Meningkatkan jumlah bilangan ternakan ruminan; dan

(c) Meningkatkan tahap integrasi ruminan-kelapa sawit.

Penubuhan LRN ini dijangka akan beroperasi secara berfasa

bermula tahun ini. Walau bagaimanapun, sebelum LRN ini ditubuhkan,

satu pasukan interim telah diwujudkan bagi menyediakan keperluan asas

pengoperasian LRN meliputi merancang dan menyelaras pentadbiran

awal

penubuhan serta merangka perancangan dasar serta hala tuju strategik

melalui penggubalan akta tubuh LRN melalui sesi libat urus dengan

semua pihak berkepentingan.

Sekian, terima kasih

Page 40: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-

a) apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian dalam

mewujudkan kelestarian industri kelapa sawit; dan

b) apakah usaha pembangunan dan penyelidikan yang dilaksanakan

oleh Kementerian dalam mengenal pasti alternatif terbaik

menggantikan tenaga buruh kepada teknologi berkaitan.

Page 41: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

a) Apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian

dalam mewujudkan kelestarian industri kelapa sawit?

Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan

dalam mewujudkan kelestarian industri sawit negara adalah seperti

yang berikut:

1. Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysian

Sustainable Palm Oil (MSPO)

i) Skim pensijilan MSPO merupakan pensijilan kemampanan

minyak sawit negara yang berdasarkan undang-undang dan

peraturan domestik dan merangkumi pematuhan terhadap

keperluan perundangan, tanggungjawab sosial, syarat

pekerjaan, alam sekitar dan amalan terbaik pertanian serta

termasuk mengambil kira penglibatan serta sosio-ekonomi para

pekebun kecil sawit. MSPO telah dilaksanakan secara

mandatori bermula dari 1 Januari 2020 bagi semua pemain

industri sawit negara. Skim ini sejajar dengan tuntutan Deklarasi

Amsterdam 2015 dan prinsip-prinsip Sustainable Development

Goals (SDGs) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB).

Page 42: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 22

ii) Selain itu, Kerajaan melalui Majlis Pensijilan Minyak Sawit

Malaysia (MPOCC) juga telah melakukan semakan semula

piawaian MSPO dengan memasukkan eleman baru seperti nilai

pemuliharaan tinggi (HCV), penilaian impak sosial (SIA) serta

kalkulator gas rumah hijau (GHG) bagi meningkatkan lagi

penerimaan minyak sawit Malaysia di pasaran global.

2. Dasar Baharu

i) Kerajaan juga telah memperkenalkan dasar baharu pada tahun

2019 untuk meningkatkan kelestarian industri sawit. Antara

dasar tersebut adalah:

a) mengehadkan keluasan penanaman kelapa sawit seluruh

negara dengan penetapan sasaran seluas 6.5 juta hektar

sahaja;

b) melaksanakan larangan penanaman baharu sawit di atas

kawasan baharu tanah gambut dan penetapan syarat serta

peraturan yang lebih ketat terhadap tanaman sawit di

kawasan tanah gambut sedia ada;

c) melaksanakan larangan penukaran guna tanah Hutan

Simpan Kekal (HSK) bagi aktiviti penanaman sawit atau

tanaman pertanian lain; dan

d) penyediaan peta rasmi bagi kawasan sawit di seluruh

negara untuk capaian umum.

Page 43: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 22

3. Initiatif Pemuliharaan

i) Initiatif pemuliharaan oleh industri sawit Malaysia juga telah

dibuat melalui Malaysian Palm Oil Green Conservation

Foundation (MPOGCF). Penubuhan MPOGCF ini adalah

bertujuan untuk melaksanakan aktiviti pemeliharaan dan

pemuliharaan biodiversiti flora dan fauna, termasuk spesis yang

terancam seperti orang utan, gajah pygmy dan harimau malaya.

4. Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit

(MARCOP)

i) Seterusnya, Kerajaan juga telah mewujudkan Konsortium

Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit atau lebih dikenali

sebagai MARCOP. MARCOP ditubuhkan untuk tujuan

pembangunan, penyelidikan dan pengkomersialan jentera dan

teknologi mekanisasi dan automasi sawit sebagai salah satu

alternatif terbaik untuk mengurangkan kebergantungan kepada

tenaga buruh asing dan sekaligus meningkatkan kelestarian

operasi perladangan sawit di Malaysia.

(b) Apakah usaha pembangunan dan penyelidikan yang

dilaksanakan oleh Kementerian dalam mengenal pasti alternatif

terbaik menggantikan tenaga buruh kepada teknologi

berkaitan?

Antara usaha pembangunan dan penyelidikan yang dilaksanakan

oleh Kerajaan dalam mengenal pasti alternatif terbaik menggantikan

tenaga buruh adalah seperti yang berikut:

Page 44: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 22

1. Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)

i) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menghasilkan

lebih daripada 50 Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)

mekanisasi untuk dikomersialkan. Antara mekanisasi yang telah

dikomersialkan adalah mesin penuai sawit (Cantas), mesin

pengangkut buah tandan segar (Beluga, Rhyno, dan

Hydaporter), mesin khas untuk penyelenggaraan ladang (CT

Sprayer, Spreader dan Mesin Penyembur Hibrid) serta

beberapa lagi jenis teknologi lain.

2. Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit

(MARCOP)

i) Kerajaan juga telah mewujudkan Konsortium Penyelidikan

Mekanisasi dan Automasi Sawit yang lebih dikenali sebagai

MARCOP. Antara strategi khusus yang telah diperkenalkan

melalui MARCOP adalah bagi mengurangkan kebergantungan

yang tinggi terhadap buruh asing dalam operasi perladangan

sawit.

ii) Kerajaan telah memberi komitmen untuk membiayai usaha ini

dengan pemberian geran padanan sebanyak RM30 juta.

MARCOP turut ditampung melalui sumbangan dari pemain

industri sawit iaitu sebanyak RM30 juta melalui kutipan ses.

MARCOP dianggotai oleh semua pemegang taruh MPOB, ahli

akademik dan agensi kerajaan telah dilancarkan secara

rasminya pada November 2021.

Page 45: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 22

i) Program-program ini diharap bukan sahaja dapat

mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing malah

meningkatkan produktiviti dan menarik minat orang muda

tempatan untuk kecimpung dalam industri sawit dengan skim

gaji yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Page 46: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI ALAM SEKITAR

DAN AIR menyatakan sejauh manakah tahap pelaksanaan penyelesaian

isu air di Kelantan.

Page 47: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Alam Sekitar dan Air

(KASA) amat komited dalam menyelesaikan masalah bekalan air di

Kelantan. Dalam hal ini, Kementerian telah dan sedang melaksanakan

pelbagai inisiatif bagi memastikan 1.7 juta penduduk Kelantan mendapat

akses kepada bekalan air bersih dan berkualiti.

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi memastikan

kelangsungan bekalan air di negeri Kelantan, Kementerian telah

merangka pelbagai inisitiaf di bawah Pelan Jangka Pendek dan Pelan

Jangka Panjang. Pelan jangka Pendek merangkumi:

(i) pembiayaan berjumlah RM664.8 juta bagi kerja-kerja perbelanjaan

modal (CAPEX) oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi

tempoh Operasi Keempat (OP4) (2021-2023) seperti berikut:

a. cadangan pembinaan 3 Loji Rawatan Air (LRA) baharu iaitu

LRA Chicha Fasa 2 berkapasiti 40 JLH, LRA Tanjung Mas

berkapasiti 30 JLH dan LRA Bukit Chupak berkapasiti 10 JLH.

Pelaksanaan kerja-kerja kini dalam peringkat kajian reka

bentuk oleh pihak perunding dan dijangka siap pada tahun

2024; dan

Page 48: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 23

b. penukaran 511 km paip uzur jenis AC secara berperingkat

dengan anggaran kos sebanyak RM218juta. Sehingga kini

sepanjang 106.2km paip telah diganti dan sepanjang 405 km

akan diganti secara berperingkat di mana 226km dalam

peringkat tender dan 179km lagi dalam peringkat rekabentuk.

Untuk makluman, terdapat 4,491km (55%) paip lama jenis AC

daripada keseluruhan 8,139 km di Kelantan.

(ii) pembinaan LRA Kampung Teluk, Kota Bharu berkapasiti 30 juta

liter sehari (JLH) di bawah pembiayaan pinjaman Kerajaan

Persekutuan yang telah mula beroperasi pada 24 Disember 2021

sebanyak 10 JLH sebagai permulaan sebelum beroperasi

sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Pengoperasian awal LRA

ini telah berjaya menyelesaikan masalah bekalan air kepada 4,500

akaun pengguna di Jajahan Kota Bharu Timur dan memberikan

impak positif dengan menstabilkan Tangki Imbangan Kubang

Kerian dan Tangki Bukit Kecil;

(iii) pembinaan LRA Mini Telok Mesira, Bachok berkapasiti 2 JLH di

bawah pembiayaan pinjaman Kerajaan Negeri sedang dalam

peringkat pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada

pertengahan tahun 2022. Apabila LRA ini siap kelak, ia dijangka

mampu memberikan manfaat kepada sejumlah 1,150 akaun

pengguna di Jajahan Bachok; dan

(iv) Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water-

NRW) Kebangsaan melalui Pendekatan 1 sebanyak RM69.95 juta

yang dijangka siap pada tahun 2022. Skop kerja termasuk

pemasangan meter System Input Volume (SIV), penggantian meter

Page 49: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 23

pengguna, pembaikan tangki-tangki dan penyediaan Geographic

Information System (GIS).

Manakala, inisiatif di bawah Pelan Jangka Panjang juga turut dirancang

seperti berikut:

(i) mempertingkat penggunaan air permukaan berbanding air tanah.

Untuk itu, KASA melalui Bahagian Bekalan Air menjalankan Kajian

Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan (Fasa 2) yang telah

bermula pada 26 Januari 2022 dengan tempoh kajian selama 18

bulan. Kajian ini untuk mengkaji potensi pembangunan sumber air

permukaan di lembangan-lembangan sungai di negeri Kelantan

untuk cadangan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai

(TAPS).

(ii) cadangan Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan

Loji Rawatan Air (LRA) Bersepadu dengan kapasiti 500 JLH di

Labok, Jajahan Machang. Unjuran permintaan bekalan air sehingga

2030 ini akan melibatkan pembekalan air ke hampir keseluruhan

jajahan di Kelantan terutamanya Kota Bharu, Machang, Pasir

Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah. Apabila

projek ini siap kelak, rizab margin dijangka dapat ditingkatkan

daripada 0% kepada 20%. Anggaran kos keseluruhan adalah

berjumlah RM1.8 bilion.

Sekian, terima kasih.

Page 50: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan diambil oleh Kementerian

dalam mengatasi masalah generasi yang hilang (lost generation) dalam

kalangan MBK serta apakah langkah-langkah yang telah dan akan

diambil oleh Kementerian bagi menentukan MBK tidak ketinggalan akibat

COVID-19.

Page 51: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa

pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pembelajaran murid,

khususnya murid berkeperluan khas (MBK). KPM telah melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian, di

luar talian dan off-site mengikut kesesuaian guru dan murid. Sokongan

ibu bapa atau penjaga diperlukan bagi memastikan MBK dapat mengikuti

PdPR dengan lebih berkesan.

KPM turut memantau penyertaan MBK dalam PdPR melalui Sistem

Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR) secara real-

time. Hal ini membolehkan pihak sekolah melaksana intervensi yang

bersesuaian bagi memastikan penyertaan MBK adalah secara optimum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan

penjajaran kandungan kurikulum mata pelajaran dengan memberi fokus

kepada Kandungan Asas. Penjajaran kurikulum ini turut mengambil kira

keperluan pembelajaran seperti yang berikut:

i. pengurusan diri dan tingkah laku bagi MBK masalah pembelajaran;

ii. mobiliti dan orientasi bagi MBK kurang upaya penglihatan;

iii. penggunaan asas bahasa isyarat bagi MBK kurang upaya

pendengaran; dan

iv. pengenalan kepada asas membaca, menulis, mengira (3M) bagi

semua kategori MBK.

Page 52: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 24

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah

baik sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program

Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program ini

bertujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum

menguasai literasi dan numerasi melalui pelaksanaan Catch-Up Plan 1:

Merapatkan Jurang Pembelajaran yang telah dilaksanakan pada 1

September hingga 10 Disember 2021 manakala Catch-Up Plan 2:

Bridging Programme dilaksanakan bermula 9 Januari hingga 25 Februari

2022 yang lalu.

Dalam pelaksanaan Catch-Up Plan 2, terdapat dua program yang

dilaksanakan, iaitu Program Pengukuhan dan Pengayaan serta Program

Intervensi melalui sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka di

sekolah. Program Pengukuhan dan Pengayaan dilaksanakan bagi MBK

yang telah mencapai tahap penguasaan (TP) antara TP 3 hingga TP 6

bagi semua mata pelajaran. Program Intervensi pula dilaksanakan bagi

MBK yang belum mencapai TP 1 dan TP 2, termasuk MBK yang belum

menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) atau

mata pelajaran yang belum dapat dihabiskan dalam Kandungan Asas

(KA).

Selain itu, MBK boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan

melalui saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Mereka

juga boleh mengakses pelbagai bahan PdP melalui pelantar Digital

Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

KPM yakin kerangka holistik ini merupakan satu langkah

komprehensif bagi memastikan pembelajaran MBK dapat dilaksanakan

secara berkesan.

Page 53: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 24

Sekian, terima kasih.

Page 54: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PELANCONGAN,

SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah-langkah

perlindungan yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan

perubahan gaya hidup masyarakat etnik di Sarawak daripada gaya

hidup tradisional kepada moden tidak mengakibatkan kepupusan atau

pun kehilangan hasil-hasil kraf tradisional.

Page 55: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia)

sentiasa membangun dan memperkasakan industri kraf tempatan di

seluruh Malaysia dengan memelihara, memulihara serta melindungi

khazanah warisan negara daripada kepupusan.

2. MOTAC memberi penekanan dengan mewujudkan program

Perantisan Warisan Kraf (PEWARIS) yang turut dilaksanakan di

Sarawak. Program ini bertujuan untuk melindungi perusahaan kraf

daripada pupus dibawa arus kemodenan. Bagi tahun 2022, sebanyak 10

aktiviti dirancang dilaksanakan di bawah program ini yang melibatkan

penyertaan seramai 12 orang, termasuk 2 di negeri Sarawak untuk

bidang kraf tekstil (Tenunan Pua).

3. Salam membudayakan masyarakat, pengiktirafan dan pengukuhan

peranan tokoh, pemeliharaan kraf melalui aktiviti muzium dan galeri

serta pembangunan hab rujukan maya kepada orang awam bagi

mendalami dan memperoleh maklumat berkaitan seni kraf negara

adalah penting. Ia bertujuan memastikan perubahan gaya hidup moden

masyarakat tidak mengakibatkan kepupusan kepada nilai dan budaya

tradisi masyarakat bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh Malaysia.

4. Peranan Adiguru Kraf sebagai tukang kraf mahir dalam pelbagai

bidang kraf warisan menjadi sumber rujukan generasi muda mempelajari

seni kraf warisan. Antara Adiguru Kraf di Sarawak ialah:

Page 56: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 25

(i) Dayang Norsalam Pengiran Parsih (Tekstil - Songket);

(ii) Bangie a/k Embol (Tekstil - Pua);

(iii) Andah a/k Lembang (Hasil Tanah – Pasu Iban);

(iv) Johnny a/k Barangan (Hasil Logam – Pandai Besi Parang

Ilang); dan

(v) Ngot bt. Bi (Hasil Rimba – Anyaman Tikar Bergerang)

5. Aktiviti pengembangan ilmu dan kemahiran kraf diadakan dalam

usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap

seni kraf tempatan bagi pengekalan budaya, identiti bangsa dan negara

dijalankan secara fizikal dan maya. Usaha penyebaran dan perkongsian

ilmu serta kemahiran seni kraf melalui aktiviti Wacana Kraf berbentuk

webinar turut diadakan. Pada tahun 2021 Wacana Kraf:Tenunan

Songket & Sulaman Keringkam Warisan dan Budaya Sarawak telah

dilaksanakan menfokuskan kepada golongan sasar.

6. Masyarakat etnik Sarawak masih lagi mengekalkan atau berpegang

kuat dengan adat istiadat penggunaan produk kraf. MOTAC melalui

Kraftangan Malaysia sentiasa memastikan agar budaya dan tradisi ini

tidak pupus dengan mengadakan pelbagai program pembangunan

produk baharu dan kemahiran yang melibatkan komuniti setempat di

Sarawak. Jika dilihat daripada pemakaian kostum tradisional etnik di

Sarawak lebih menekankan penggunaan kraf tekstil dan aneka seperti

penggunaan pua serta manik.

7. Bagi memastikan penghasilan produk menepati kehendak dan

citarasa pengguna masa kini, makmal rekaan produk baharu diadakan

untuk menggalakkan pengeluaran produk berkualiti di kalangan

usahawan. Bagi tahun 2022, sebanyak 28 siri makmal rekaan produk

Page 57: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 25

baharu telah dan akan dilaksanakan di seluruh Malaysia termasuk

Sarawak bagi memenuhi kehendak semasa. MOTAC melalui Kraftangan

Malaysia juga telah mewujudkan Kampus Satelit Institut Kraf Negara di

Kuching dengan kemahiran Tenunan Songket manakala di Betong pula

bagi kemahiran Tenunan Pua.

8. Segala usaha murni ini dilakukan bagi membudayakan masyarakat

dalam menyemai semangat kecintaan terhadap seni kraf tangan dan

warisan bangsa serta bagi memastikan seni kraf tangan tidak terus

pupus ditelan arus permodenan.

Sekian, terima kasih.

Page 58: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' WIRA OTHMAN BIN AZIZ

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah pendirian Malaysia terhadap konflik peperangan di

antara Rusia dan Ukraine serta apakah langkah yang diambil bagi

mengatasi kesan pertembungan daripada peperangan ini ke atas

Malaysia.

Page 59: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato'

Wira Othman bin Aziz di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Secara keseluruhannya, terdapat tiga isu utama yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator Dato' Wira Othman bin Aziz iaitu:

i. Pendirian Malaysia terhadap konflik Rusia dan Ukraine;

ii. Implikasi konflik ini terhadap Malaysia; dan

iii. Usaha-usaha yang diambil bagi menangani kesan konflik

tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

PENDIRIAN MALAYSIA TERHADAP KONFLIK RUSIA DAN UKRAINE

2. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Russia dan Ukraine

dalam pelbagai bidang.

3. Sebagai sebuah negara berdaulat yang berpegang erat kepada

prinsip berkecuali dan mencintai keamanan, Malaysia mendukung prinsip

kedaulatan, keutuhan wilayah, kedaulatan undang-undang, dan menolak

sebarang bentuk perbuatan berunsur kekerasan.

Page 60: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

Tuan Yang di-Pertua,

4. Malaysia amat gusar dengan peningkatan konflik di Ukraine, dan

menggesa semua pihak terlibat mengambil langkah segera bagi

meredakan konflik dan mencegah kehilangan nyawa serta kemusnahan.

5. Seterusnya, usaha perlu dilipatgandakan dan dipercepatkan ke

arah penyelesaian secara aman dan saksama menerusi dialog dan

rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Prinsip ini merupakan prinsip

asas dan dengan izin sacrosanct. Prinsip ini merupakan asas utama

kepada pendirian Malaysia menyokong resolusi-resolusi di Perhimpunan

Agung PBB (UNGA) pada 1 dan 2 Mac 2022 dan Sesi Khas Majlis Hak

Asasi Manusia PBB (HRC) pada 3 dan 4 Mac 2022.

6. Pada waktu kritikal ini, Malaysia percaya bahawa dialog dan

rundingan berterusan adalah penting demi mencari penyelesaian terbaik

untuk menamatkan konflik di Ukraine. Malaysia akan terus menyokong

usaha dan meneruskan dialog untuk menyelesaikan konflik secara aman

demi mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau serta

antarabangsa. Oleh itu, Malaysia menyambut baik rundingan damai

antara Ukraine dan Rusia dan diharapkan supaya rundingan-rundingan

ini dapat memberikan penyelesaian segera kepada konflik ini.

7. Malaysia juga telah menyeru semua pihak untuk mengelakkan

tindakan unilateral yang dijangka akan memburukkan lagi keadaan

seterusnya memberi kesan kemudaratan di rantau berkenaan dan global.

Page 61: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

8. Malaysia juga amat bimbang dengan laporan mengenai senjata

nuklear diletakkan pada status berjaga-jaga tahap tinggi dan menyeru

semua negara senjata nuklear mematuhi Kenyataan Bersama mereka

pada 3 Januari 2022 mengenai komitmen mencegah perang nuklear dan

mengelak perlumbaan senjata nuklear. Dalam hal ini, Malaysia menggesa

negara senjata nuklear meneruskan tindakan ke arah pengurangan

keadaan berwaspada, pengurangan risiko, dan melaksanakan komitmen

serta kewajipan mereka berkaitan pelucutan dan kawalan senjata

nuklear.

9. Akses kepada bantuan kemanusiaan dan laluan selamat kepada

orang awam yang memerlukan perlindungan hendaklah ditekankan.

Malaysia menggesa pewujudan platform yang kondusif bagi melancarkan

proses penyampaian bantuan kemanusiaan. Usaha untuk melindungi

kumpulan yang terjejas teruk terutamanya kanak-kanak, wanita, warga

emas serta golongan kelainan upaya harus diberi keutamaan. Dalam

konteks ini, Malaysia menyeru semua pihak untuk mematuhi norma

undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa yang

sedia ada, serta menghormati pelaksanaan resolusi PBB.

IMPLIKASI DAN USAHA KERAJAAN BAGI MENANGANI KESAN

KONFLIK RUSIA DAN UKRAINE

Tuan Yang di-Pertua,

10. Umum mengetahui bahawa konflik tersebut dijangka akan memberi

impak kepada dunia termasuk Malaysia. Setakat ini, antara implikasi yang

dijangkakan adalah seperti berikut:

Page 62: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

i. Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia;

ii. Penguncupan perdagangan dan pelaburan;

iii. Kenaikan kadar inflasi;

iv. Kekangan kepada operasi dan perniagaan PETRONAS yang

melibatkan syarikat Rusia;

v. Kesukaran perolehan penyelenggaraan peralatan

ketenteraan; dan

vi. Gangguan kepada bidang-bidang kerjasama utama dengan

kedua-dua negara.

11. Dalam menangani isu kebajikan rakyat Malaysia di Rusia,

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow

telah menghulurkan bantuan konsular kepada warganegara Malaysia

terutamanya pelajar-pelajar Malaysia di sana.

12. Selain itu, Kementerian ini juga telah mengadakan sesi libat urus

bersama Kementerian-kementerian yang terlibat bagi membincangkan

hala tuju dalam meminimakan kesan daripada konflik tersebut. Kesemua

Kementerian dan agensi akan terus bekerjasama dalam menangani

kesan konflik ini terhadap Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

13. Kerajaan Malaysia akan terus memantau rapi perkembangan

konflik Rusia-Ukraine bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat

Malaysia di negara-negara berkenaan terjaga.

Page 63: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

14. Malaysia akan terus mengekalkan pendirian berkecuali di samping

menegaskan supaya semua pihak menghormati prinsip kedaulatan dan

keutuhan wilayah. Selain daripada itu, Malaysia menggesa penyelesaian

konflik secara aman menerusi dialog dan rundingan berdasarkan kepada

undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Sekian, terima kasih.

Page 64: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' NELSON A/L RENGANATHAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Nelson A/L Renganathan minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan sejauh mana kekerapan penaiktarafan dan peningkatan

infrastruktur dan kemudahan latihan di Kolej Vokasional Awam dan pusat-

pusat latihan dalam memastikan kemahiran yang diperoleh sentiasa

relevan.

Page 65: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) bagi memartabatkan

pendidikan vokasional sebagai aliran perdana mulai tahun 2012. TPV

mengubah landskap pendidikan TVET negara dalam menghasilkan

graduan kolej vokasional (KV) KPM yang berkualiti dan mempunyai

kebolehpasaran yang tinggi untuk memenuhi keperluan Revolusi

Perindustrian Keempat (IR4.0).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa memberi

keutamaan kepada penaiktarafan dan peningkatan infrastruktur serta

kemudahan latihan di KV KPM. KPM menaik taraf peralatan sekurang-

kurangnya lima (5) tahun bagi mematuhi standard kualiti persijilan

badan akreditasi seperti Malaysian Qualifications Agency (MQA),

Malaysia Board of Technologists (MBOT) dan Jabatan Pembangunan

Kemahiran (JPK).

Bagi tujuan tersebut, KPM telah memperuntukkan sebanyak

RM1.46 bilion untuk kerja ubah suai serta naik taraf bengkel dan

pembinaan KV KPM baharu mulai Rancangan Malaysia Ke-10

(RMK10). Di samping itu, KPM juga telah menyediakan peruntukan

sebanyak RM58.5 juta dari tahun 2019 hingga 2022 bagi tujuan

perolehan peralatan dan kelengkapan kemudahan latihan di KV KPM.

Page 66: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 27

KPM sentiasa berusaha memastikan infrastruktur dan fasiliti KV

KPM berada dalam keadaan lengkap dan seiring dengan keperluan

industri agar murid mendapat latihan kemahiran yang berkualiti dan

relevan dalam bidang TVET.

Sekian, terima kasih.

Page 67: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato’ Haji Husain Bin Awang minta PERDANA MENTERI menyatakan

langkah-langkah bersepadu yang telah diambil oleh Kerajaan dalam

menyelesaikan isu nafkah yang sengaja tidak dibayar oleh bekas suami

kepada bekas isteri walaupun telah mendapat perintah oleh Mahkamah

Syariah.

Page 68: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sesuatu perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah

hendaklah dipatuhi oleh semua pihak yang berkaitan khususnya

oleh para suami/bekas suami atau bapa sebagai pembayar nafkah

kepada isteri dan anak. Jika perintah ini tidak dipatuhi ianya akan

mendatangkan ketidakadilan kepada pihak yang berhak menerima

nafkah.

2. Kerajaan telah menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

yang ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri /

Mahkamah Syariah Negeri di bawah seliaan Jabatan Kehakiman

Syariah Malaysia (JKSM). BSK ini berperanan untuk membantu

secara bersepadu dan mengkoordinasi tindakan-tindakan

penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah-

Mahkamah Syariah.

3. Fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah sebagaimana

yang berikut :

i. Memberi khidmat nasihat dan perundangan syariah kepada

pihak-pihak terlibat secara khusus berkaitan tuntutan nafkah

serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan

penghakiman atau perintah selepas suatu penghakiman atau

perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah;

Page 69: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 28

ii. Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam

pelaksanaan penghakiman dan penguatkuasaan perintah

yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah

bagi memastikan sesuatu perintah dapat dipatuhi dan

dilaksanakan oleh semua pihak;

iii. Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan

dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau

perintah Mahkamah Syariah antara negeri-negeri berjalan

dengan lancar tanpa sebarang halangan; dan

iv. Menguruskan bantuan pendahuluan nafkah melalui sumber

yang diharuskan Syarak melalui tapisan kelayakan, laporan

unit khidmat nasihat perundangan untuk pertimbangan

Jawatankuasa Akaun Amanah bagi membantu pemiutang

penghakiman terutamanya isteri dan anak-anak yang menjadi

mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang

penghakiman.

4. Pada bulan Februari 2021 yang lalu,

i. Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pindaan Jadual 11) 2021

bagi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,

ii. Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Pindaan Jadual 11)

2021 bagi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan

iii. Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan Jadual

Keempat) 2021 bagi Akta Institusi Kewangan Pembangunan

2002

telah dipinda bagi mengiktiraf perintah hiwalah yang dikeluarkan

oleh mahkamah-mahkamah Syariah. Melalui pindaan ini, perintah

hiwalah kini boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan yang

Page 70: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 28

berlesen di bawah akta-akta tersebut ke atas simpanan penghutang

penghakiman atau dengan kata lain, akaun penghutang

penghakiman boleh dikenakan perintah sekatan/pembekuan bagi

tujuan mendapatkan bayaran nafkah sebagaimana yang telah

diperintahkan oleh mahkamah-mahkamah Syariah.

5. Kerajaan berharap dengan peranan yang dimainkan oleh BSK

khususnya dalam menjalankan fungsi penguatkuasaan dan

pelaksanaan perintah nafkah, dapat memberi manfaat optimum

dalam menyantuni Keluarga Malaysia golongan ibu-ibu tunggal dan

anak-anak yang dinafikan hak mereka.

Sekian, terima kasih.

Page 71: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK BOBBEY BIN SUAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan adakah Kementerian menjalankan kajian berkenaan kesan

pembelajaran dalam talian terhadap kualiti graduan dan kadar

pengangguran sewaktu pandemik ini.

Page 72: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menjalankan Kajian

Kualiti Pengajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID-19 di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Kajian ini mula dijalankan pada 15

November 2020 melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan

kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Ketua-ketua e-

Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA).

Kajian ini melibatkan semua IPT di Malaysia sebagai responden

termasuk IPT yang bukan di bawah seliaan KPT seperti Institut Latihan

Kemahiran (ILKA) dan Kolej Vokasional (KV) melalui edaran soal selidik

bermula 15 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Sebanyak 250 buah IPT di

Malaysia termasuk dari institusi yang bukan di bawah seliaan KPT telah

memberi maklum balas yang melibatkan 5,579 orang pensyarah, 24,569

orang pelajar dan 1,220 orang staf sokongan bagi pembelajaran dalam

talian.

Dalam kajian ini, KPT memberi tumpuan terhadap empat (4)

kategori utama responden yang terlibat dalam pembelajaran dalam

talian iaitu pelajar, tenaga pengajar, kakitangan sokongan institusi

serta governan IPT.

Daripada perspektif pelajar, hasil kajian mendapati tahap kepuasan

pelajar bagi pembelajaran dalam talian dipengaruhi oleh faktor

kompetensi pensyarah dalam memberikan maklum balas dan memantau

kemajuan pelajar. Dalam aspek lain, walaupun majoriti pelajar

Page 73: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 29

menyatakan tidak tertekan dengan pengalaman pembelajaran dalam

talian, 24.55% pelajar amat bersetuju bahawa beban kerja bagi

pembelajaran dalam talian adalah lebih tinggi berbanding pembelajaran

secara bersemuka.

Manakala, perspektif tenaga pengajar menunjukkan bahawa

komitmen institusi dalam menyokong pensyarah bagi pembelajaran

dalam talian yang berkesan merupakan faktor yang mempengaruhi tahap

kepuasan pensyarah. Selain itu, majoriti pensyarah didapati berminat

untuk meneruskan pembelajaran dalam talian pada masa hadapan.

Bagi staf sokongan, faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan

mereka adalah komitmen institusi dalam mengenal pasti skop dan bidang

kerja mereka bagi pembelajaran dalam talian. Majoriti staf sokongan juga

(90.98%) cenderung untuk menyokong pembelajaran dalam talian di

institusi pada masa hadapan.

Melalui kajian ini bagi aspek governan IPT yang dapat menyokong

penambahbaikan kualiti pembelajaran dalam talian, institusi akan lebih

bersedia untuk tujuan pembelajaran dalam talian sekiranya mempunyai

hala tuju yang strategik dalam pengagihan peruntukan dan merancang

pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Malah, 90.04% institusi

cenderung untuk meneruskan pembelajaran dalam talian pada masa

hadapan sebagai salah satu strategi dalam menawarkan pendidikan yang

lebih fleksibel.

Oleh itu, secara umumnya, hasil kajian ini dapat membantu KPT

mengenal pasti cabaran dan kekangan pelaksanaan PdP dalam talian

untuk penambahbaikan pada masa hadapan. Selain itu, kajian ini juga

Page 74: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 29

merupakan kesinambungan daripada satu kajian khas bertajuk ‘Kesan

COVID-19 terhadap Ekonomi dan Individu’ yang dijalankan oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia yang melihat kepada kesan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) terhadap pelbagai sektor industri yang menyebabkan

kehilangan pekerjaan dan peningkatan kadar pengangguran di negara ini.

Sekian, terima kasih.

Page 75: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' JUHANIS BINTI ABD AZIZ

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan apakah langkah kesiap siagaan sektor pendidikan negara untuk

berdepan dengan isu keciciran dalam kalangan murid Tahap 1 yang gagal

menguasai kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (3M).

Page 76: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk

memastikan pendidikan murid, terutamanya dalam aspek literasi dan

numerasi diberi keutamaan. Kemahiran membaca, menulis dan mengira

(3M) merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan murid di

Tahap Satu, iaitu Tahun 1, 2 dan 3.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM melaksanakan Program

Pemulihan Khas untuk murid sekolah rendah yang menghadapi masalah

menguasai kemahiran asas 3M. Guru pemulihan dengan kerjasama guru

mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang

bersesuaian kepada murid sehingga mereka dapat menguasai kemahiran

asas 3M.

KPM juga telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi

Sekolah Rendah untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai

sekurang-kurangnya tahap minimum (Tahap Penguasaan 3) dalam Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pelaksanaan program ini adalah

sebagai sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeluruh

untuk membantu memantapkan tahap penguasaan 3M.

Satu daripada aspek yang diberi penekanan dalam program ini ialah

Pemugaran Literasi dan Numerasi. Penekanan juga diberikan kepada

penglibatan ibu bapa dalam menyokong pelaksanaan PdP. Program ini

Page 77: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 30

dirangka bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan

numerasi melalui PdP secara bersemuka atau pengajaran dan pembelajaran

di rumah (PdPR) yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid untuk

mengikuti pembelajaran seterusnya. Pada masa ini, murid Tahap Satu yang

telah dikenal pasti dibekalkan dengan Modul Asas Literasi dan Modul Asas

Numerasi bagi mempertingkatkan penguasaan 3M mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM menyedari bahawa sesi

persekolahan secara bersemuka untuk tahun 2020 dan tahun 2021 tidak

dapat dilaksanakan seperti mana kebiasaan. Justeru, KPM telah membuat

ketetapan untuk melanjutkan sesi persekolahan tahun 2021 sehingga bulan

Mac 2022, bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022. Pelanjutan ini

bagi membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti

pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan

kesediaan murid untuk mengikuti peringkat persekolahan berikutnya.

Berkaitan pemantauan, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan

bagi mengumpul data perkembangan pembelajaran murid yang direkodkan

dari semasa ke semasa. Data tersebut dapat digunakan oleh guru untuk

mengenal pasti intervensi yang sesuai bagi meningkatkan tahap

penguasaan 3M murid.

KPM yakin langkah strategik yang dilaksanakan ini dapat memastikan

murid menguasai kemahiran 3M dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Page 78: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI VELL PAARI A/L TUN SAMY

VELLU

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Sri Vell Paari A/L Tun Samy Vellu minta MENTERI

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah rakyat Malaysia

berbangsa India yang menjadi ahli Komuniti Keluarga Malaysia di bawah

Kementerian.

Page 79: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia sedang digerakkan seiring

dengan kelulusan oleh Jemaah Menteri pada 26 Januari 2022. Keahlian

Komuniti Keluarga Malaysia melibatkan pelantikan ahli Jawatankuasa

Peringkat Komuniti yang terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang

bertanggungjawab melaksanakan program pemasaran maklumat

inisiatif Kerajaan serta kenegaraan di peringkat komuniti.

Sehingga 15 Mac 2022, sebanyak 1,746 Komuniti Keluarga

Malaysia telah berjaya ditubuhkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

58 Komuniti Keluarga Malaysia adalah dipengerusikan oleh Ketua

Komuniti berbangsa India.

Sekian, terima kasih.

Page 80: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta PERDANA MENTERI menyatakan

memperincikan persediaan membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet

Pembangunan Masyarakat India seperti mana yang diumumkan dalam

Mesyuarat Agung MIC yang ke 75 tahun lalu, demi memastikan

pembangunan kaum India di negara ini terjamin.

Page 81: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jemaah Menteri pada 26 Januari 2022 telah bersetuju supaya

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi India

(JKMPSMI) ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh

YAB Perdana Menteri dan diurusetiakan oleh Unit Perancang

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM).

2. Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri tersebut, EPU, JPM

telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Kementerian

Perpaduan Negara (KPN) dan Unit Transformasi Masyarakat India

Malaysia (MITRA) pada 14 Februari 2022 bagi membincangkan

persediaan penganjuran Mesyuarat JKMPSMI Bilangan 1 tahun

2022. Mesyuarat telah membincangkan perkara berikut:

(a) Cadangan keahlian;

(b) Terma Rujukan;

(c) Tadbir Urus JKMPSMI; dan

(d) Cadangan agenda Mesyuarat JKMPSMI Bil.1/2022.

Page 82: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 32

3. Mesyuarat susulan bersama KPN dan MITRA akan diadakan bagi

memuktamadkan perkara-perkara tersebut sebelum perkara ini

dibawa kepada Mesyuarat Teknikal JKMPSMI yang dipengerusikan

oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang dijadual

diadakan pada awal April 2022.

4. Pada masa yang sama KPN sedang dalam tindakan

memuktamadkan satu Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI)

yang dijangka akan dibentangkan ke Jemaah Menteri pada akhir Mac

2022. Laporan hasil kajian pembangunan masyarakat India telah

menggariskan lima (5) tunjang untuk pembangunan masyarakat

India iaitu:

(i) Memperkasa keperluan asas;

(ii) Meningkatkan kemenjadian setiap kanak-kanak;

(iii) Menaiktaraf ekonomi dan keusahawanan;

(iv) Memperkasakan keterampilan sosial; dan

(v) Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender.

5. Bagi mendapat maklum balas ke atas semua program tindakan yang

dicadangkan dalam draf PTMI, KPN telah mengadakan sesi libat

urus bersama kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan pada

24 Februari 2022 bagi memastikan cadangan PTMI ini adalah

terperinci serta dipersetujui dilaksanakan oleh semua pihak yang

berkepentingan.

Sekian, terima kasih.

Page 83: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik

jumlah penduduk di Pulau Pinang yang telah mengeluarkan wang

simpanan KWSP melalui i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar pada tahun 2020 dan

2021.

Page 84: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, sepanjang tahun 2020 hingga 2021, seramai

322,276 ahli atau bersamaan 45.91% daripada keseluruhan ahli KWSP

di negeri Pulau Pinang telah memanfaatkan sekurang-kurangnya salah

satu daripada pengeluaran Khas iaitu i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar

dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM4.87 bilion. Pecahan bilangan

ahli yang telah membuat pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra masing-

masing dan jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah seperti Jadual 1

di bawah.

Jadual 1: Bilangan Ahli Yang Terlibat dan Amaun Pengeluaran

untuk i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi negeri Pulau Pinang

Jenis Pengeluaran

Khas

Bilangan

Ahli Yang

Terlibat

%

daripada

Bilangan

Ahli di

Pulau

Pinang

Amaun Pengeluaran

i-Lestari 207,680 30 RM 0.89 bilion

i-Sinar 289,401 41 RM 2.94 bilion

i-Citra 234,201 33 RM 1.04 bilion

Jumlah ahli yang

membuat sekurang-

kurangnya salah satu

daripada

pengeluaran Khas

322,276 45.91 RM4.87 bilion

Sekian, terima kasih.

Page 85: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan faktor-faktor peningkatan jumlah ibu tunggal sehingga

hampir 1 juta orang berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2020.

Page 86: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Penemuan utama data Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci

Malaysia 2020) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah

merekodkan jumlah ibu tunggal meningkat kepada 940,735 berbanding

808,787 pada tahun 2010.

Berdasarkan perincian rekod Banci Malaysia 2020, 73.8 peratus adalah

berstatus balu dan disebabkan oleh kematian suami. Manakala,

sebanyak 23 peratus adalah bercerai dan 3.3 peratus berpisah (berpisah

tiada dokumen penceraian termasuk gantung tidak bertali dan berkaitan

yang tiada dokumen).

Dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) oleh

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada

tahun 2014 mendapati lebih separuh (56.2%) lelaki menyatakan punca

utama mereka bercerai/berpisah adalah kerana tiada persefahaman. Ini

diikuti dengan isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua/ipar-duai

(10.0%). Manakala bagi wanita pula, lebih satu pertiga (38.0%)

menyatakan punca utama mereka bercerai/ berpisah adalah kerana tiada

persefahaman. Ini diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak

bertanggungjawab (15.2%).

Sekian, terima kasih.

Page 87: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD HISAMUDIN BIN YAHAYA

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya minta MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh

Perbadanan Putrajaya bagi mengatasi keluhan penduduk yang tinggal di

PPAM dengan memberikan pengurangan kepada kadar cukai pintu dan

taksiran serta kos penyelenggara PPAM tersebut.

Page 88: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pengenaan kadar

ke atas semua pegangan yang boleh dikenakan kadar di Wilayah

Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan kepada peruntukan Seksyen

127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Antara langkah-langkah

yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam

membantu mengurangkan cukai taksiran bagi penduduk yang mendiami

Kediaman Mampu Milik di Putrajaya adalah seperti berikut:

1. Melalui pengurangan kadar peratusan nilaian tahunan

harta sebanyak 8% kepada 5%. Ini menjadikan jumlah

taksiran menurun sebanyak hampir 34% daripada

RM365 kepada RM240 setahun.

2. Melalui penurunan kadar sewa yang dikenakan bagi

kediaman Mampu Milik daripada RM11.00 smp

diturunkan kepada RM9.00 smp sahaja.

3. PPj juga telah membuat pengecualian caj lewat bayar

kepada semua pemegang harta bagi premis di

Putrajaya sejak tahun 2020-2021.

Page 89: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 35

Kos Penyenggaraan

Dibawah seksyen 25(3) Akta 757 Penentuan kadar jumlah caj

yang kena dibayar bagi skim strata yang telah tertubuhnya badan

pengurusan bersama hendaklah ditentukan oleh badan pengurusan

bersama (JMB) dari semasa ke semasa melalui Mesyuarat Agung

Tahunan.

Sebagai contoh, Mesyuarat Agung Tahunan PPAM Larai

telah menurunkan caj penyenggaraan iaitu dari RM1.48 kepada RM1.00

bermula tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Page 90: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Razali Bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan

pendirian kukuh Kerajaan terhadap perjalanan ibadah umrah dan haji

walaupun dilihat masih ada ancaman pandemik COVID-19 menerusi

varian-varian baharu.

Page 91: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Sehingga kini Kerajaan Arab Saudi masih belum memutuskan

status ibadah haji bagi jemaah yang datang dari luar negara untuk

tahun 2022. Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan

persediaan untuk operasi haji musim 1443H/2022 sebaik sahaja

tamat ibadat haji pada tahun 2021 yang lalu. Persediaan ini

berasaskan juga kepada perancangan yang direncana sejak musim

haji 2020 dan 2021.

2. TH akan terus memantau perkembangan terkini di Arab Saudi,

termasuk pengumuman pada 6 Mac 2022 yang membatalkan

kebanyakan sekatan iaitu tiada keperluan ujian PCR untuk masuk

ke Arab Saudi, tiada penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid

Nabawi serta tiada kuarantin semasa ketibaan untuk pelawat yang

sudah lengkap terima vaksin Covid-19. Kerajaan juga akan

memantau dan memaklumkan secara rasmi status berkaitan Haji

dan Umrah dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kash.

Page 92: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN NORAINI BINTI IDRIS

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Noraini Binti Idris minta KEMENTERIAN PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan terkini

pembinaan fasiliti pembuatan kerajang tembaga bagi penghasilan bateri

kenderaan elektrik seperti yang dicadangkan pembinaannya di Taman

Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah yang dikatakan melibatkan injeksi

pelaburan daripada syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan yang bernilai

kira-kira RM2.3 bilion.

Page 93: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sepertimana pengumuman oleh Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia (MIDA), syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan telah

membuat pelaburan berjumlah RM4.3 bilion untuk kilang pembuatan

copper foil. Setakat 10 Mac 2022, kemajuan pelaksanaan projek telah

mencapai 10% dan ianya adalah mengikut jadual perancangan syarikat.

Mengambil kira perkembangan projek terkini, operasi pengeluaran

syarikat secara komersil dijangka akan bermula pada bulan Julai 2023.

Sekian, terima kasih.

Page 94: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI BASHIR BIN HAJI ALIAS

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Haji Bashir Bin Haji Alias minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah sistem perundangan, rangka kerja pengawalan dan

percukaian sedia ada di Labuan telah mencapai tahap piawaian yang

ditetapkan di peringkat antarabangsa misalnya seperti Financial Action

Task Force (FATF) dan International Islamic Financial Market (IIFM) bagi

membolehkan Labuan menjadi platform untuk memperluas keupayaan

Malaysia dalam bidang kewangan Islam digital terutamanya dari aspek

teknologi "fintech".

Page 95: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia, termasuk Pusat

Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan International

Business & Financial Centre [Labuan IBFC]), telah diberi penarafan oleh

Asia Pacific Group for Money Laundering [APG] pada tahun 2018 sebagai

"Compliant" bagi 20, "Largely Compliant" bagi 18 dan "Partially

Compliant" bagi 2 daripada 40 syor Financial Action Task Force [FATF]

berkaitan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti

keganasan (AML/CFT). Sebagai agensi pengawalseliaan dan

penguatkuasaan bagi Labuan IBFC, Labuan FSA terus berusaha

menambah baik kerangka perundangan Labuan IBFC dari semasa ke

semasa agar mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan

penarafan antarabangsa. Antara usaha terkini yang sedang dilaksanakan

oleh Labuan FSA untuk mematuhi syor Financial Action Task

Force (FATF) adalah dengan mencadangkan pindaan ke atas tiga (3)

Akta Labuan IBFC yang akan dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini.

Pindaan yang berkait langsung dengan pematuhan syor FATF

adalah pindaan ke atas Akta Syarikat Labuan 1990. Antaranya adalah

berkaitan keperluan undang-undang ke atas syarikat Labuan untuk

menyenggara, menyimpan dan mengemaskini maklumat pemunya

benefisial (beneficial owner) syarikat-syarikat Labuan, melarang

pengeluaran waran syer pembawa serta mengemaskini hukuman bagi

kesalahan-kesalahan kewangan bagi memastikannya ia sepadan dan

selaras dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Page 96: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 38

Di samping itu, Penilaian Risiko yang dijalankan bagi menilai kadar

risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Labuan

IBFC yang dilaksanakan di bawah program Penilaian Risiko Kebangsaan

(NRA) dan Penilaian Risiko Labuan (LRA) menunjukkan para penggiat

industri di Labuan IBFC telah dikategorikan di bawah sektor yang

mempunyai kadar risiko pengubahan wang haram dan

pembiayaan keganasan di tahap yang rendah. Penilaian ini merangkumi

keseluruhan kategori pemain industri di Labuan IBFC. Ini adalah bukti

kukuh bahawa perundangan Labuan IBFC yang sedia ada berkaitan

AML/CFT yang selaras dengan piawaian antarabangsa, telah berjaya

mengekang entiti-entiti Labuan daripada digunakan untuk aktiviti yang

salah di sisi undang-undang termasuklah kegiatan pengubahan wang

haram.

Labuan IBFC berhasrat untuk menjadi hub kewangan Islam

serantau terutamanya dalam sektor kewangan digital. Berbagai inisiatif

telah disusun untuk merealisasikan hasrat ini termasuklah mewujudkan

pertukaran aset digital Islam, perbankan digital Islam serta lain-lain

infrastruktur digital kewangan Islam. Labuan IBFC mempunyai

perundangan kewangan Islam yang komprehensif.

Selain itu, Labuan IBFC berhasrat untuk menjadi sebuah hub bagi

mempromosikan model dan produk kewangan yang telah berjaya

dilaksanakan di Malaysia kepada pasaran global terutamanya negara-

negara Islam yang lain melalui ekosistem digital.

Page 97: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 38

Labuan FSA juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah (Shariah

Supervisory Council) yang terdiri daripada ahli syariah kewangan yang

terkemuka di Malaysia dan dari luar negara yang berperanan untuk

memantau pembangunan di Labuan IBFC dari segi kewangan Islam.

Dari aspek pengawalseliaan, piawaian yang sedia ada boleh

diterima pakai bagi perkhidmatan kewangan digital dan Labuan FSA

sedang menggiatkan lagi usaha untuk melaksanakan lebih banyak

penambahbaikan peraturan untuk memastikan aktiviti perniagaan baharu

seperti Perkhidmatan Kewangan Digital (Digital Financial Services) ini

dijalankan dengan teratur, termasuk menangani impak dan risiko

berkaitan aktiviti perniagaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 98: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan berapakah langkah-langkah bagi para pelajar menguasai

STEM dengan lebih baik.

Page 99: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk

memberi perhatian terhadap penguasaan murid dalam bidang Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang menjadi sebahagian

agenda pendidikan STEM negara. Hal ini bagi memastikan mereka

dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia

yang sedang berubah dengan pengaplikasian STEM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai pakej mata pelajaran

bidang STEM yang sesuai dengan keupayaan dan kecenderungan murid

telah ditawarkan. Terdapat tiga pilihan pakej mata pelajaran bidang STEM

pada peringkat menengah atas, iaitu Sains Tulen, Sains Gunaan dan

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pakej mata

pelajaran tersebut memberikan peluang kepada murid untuk memilih bidang

yang mereka minati. Perkara ini sejajar dengan hasrat Kerajaan bagi

melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang

STEM.

KPM juga menawarkan pelbagai mata pelajaran bidang STEM yang

sesuai dengan keupayaan dan kecenderungan murid. Mata pelajaran Sains

dan Matematik ditawarkan pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) turut ditawarkan pada

peringkat sekolah rendah. Manakala mata pelajaran RBT dan Asas Sains

Komputer ditawarkan pada peringkat menengah rendah. Pada peringkat

Page 100: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 39

menengah atas pula, KPM menawarkan mata pelajaran berasaskan

kreativiti dan teknologi, iaitu Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestarian,

Reka Cipta dan Sains Komputer. Pelaksanaan mata pelajaran bidang STEM

ini dapat meningkatkan kemahiran murid tentang strategi penyelesaian

masalah secara kreatif dan inovatif.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2021, ujian

amali sains bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan untuk

merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025; iaitu Memperkukuhkan Asas Pembelajaran STEM melalui

Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM dengan melaksanakan aktiviti

hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Bagi memastikan ujian amali sains dapat dilaksanakan dengan bahan dan

peralatan yang mencukupi, KPM mendapat kelulusan peningkatan kadar

geran per kapita (PCG) mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains

Tambahan daripada RM14.00 kepada RM65.00 per murid untuk setiap mata

pelajaran.

KPM memberikan tumpuan kepada pembangunan kompetensi guru

bidang STEM dengan memperkenalkan pendekatan berpusatkan murid

melalui program Inquiry-Based Science Education (IBSE), Inquiry-Based

Mathematics Education (IBME), Pendidikan Sains Komputer Menggunakan

Pendekatan IBSE dan STEM Executive Consultation (STEMEC). Pada

tahun 2021, KPM juga turut melaksanakan program sokongan Dual

Language Programme (DLP) untuk membangunkan keyakinan guru

mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Page 101: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 39

KPM telah menyediakan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dan prasarana pembelajaran yang lebih baik bagi

menyokong proses PdP STEM. Bahan ini boleh diakses oleh guru dan

murid di Portal Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Digital

Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dan repositori

SumberKU.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai program sokongan

dan pengayaan turut dilaksanakan bagi meningkatkan minat dan

penguasaan murid dalam bidang STEM serta meningkatkan kesedaran ibu

bapa, komuniti dan orang awam terhadap kepentingan bidang STEM.

Antara program tersebut ialah Program STEM for All (STEM4ALL),

Program STEM Hackathon, Program Virtual Tour ke University of Tsukuba,

Kyushu University dan Nagoya University, Jepun, Minggu Sains Negara

dan Sambutan Hari Sains Sedunia.

Selain itu, KPM turut menganjurkan pelbagai program untuk

memupuk minat dan kemahiran murid dalam bidang STEM seperti Karnival

STEM Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, Pertandingan 2021 F1 In

Schools World Finals, REGENERON International Science and

Engineering Fair (ISEF), Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan

Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan 2021, World Robot

Olympiad (WRO) 2021 Online International Final, Virtual National Robotics

Competition-World Robot Olympiad (VNRC-WRO) Peringkat Kebangsaan

2021 dan Pertandingan Robotik Secara dalam Talian Peringkat

Kebangsaan Tahun 2021.

Page 102: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 39

Usaha KPM bukan sahaja untuk meningkatkan penguasaan murid

dalam bidang STEM malah dapat membangunkan modal insan dalam

bidang STEM yang holisitik dan berdaya saing untuk menyumbang kepada

kemajuan negara.

Sekian, terima kasih.

Page 103: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN NORAINI BINTI IDRIS

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Noraini Binti Idris minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

pendekatan baharu yang digunakan oleh Kementerian bagi mengenalpasti

pelaku penipuan dalam talian atau "love scam" yang didalangi oleh individu

warganegara luar yang menggunakan pelbagai helah menerusi berbagai

aplikasi digital seperti mana yang didedahkan oleh dokumentari Netflix

"Tinder Swindler".

Page 104: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kemajuan media sosial dan peningkatan jumlah pengguna media sosial di

kalangan masyarakat telah menyebabkan masyarakat lebih terdedah

menjadi mangsa jenayah siber seperti ditipu dalam pembelian barangan

secara dalam talian, ditipu oleh sindiket African Scam / Love Scam / Cinta

Siber dan lain-lain. Penipuan atas talian ini menggunakan pendekatan

manipulasi emosi termasuk seolah-olah mewujudkan hubungan yang sangat

peribadi. Suspek akan menggunakan pelbagai laman web sosial atau

aplikasi temujanji (dating app) untuk berkenalan dengan mangsa sehingga

mangsa jatuh cinta dan mempercayai kata-kata teman sosial. Mangsa

akhirnya sanggup memenuhi semua permintaan teman sosial seperti

membuat bayaran bagi menuntut bungkusan yang ditahan pihak kastam,

memberi wang kononnya teman sosial dalam kesusahan, memberi wang

untuk tujuan pelaburan yang tidak wujud dan sebagainya. Dokumentari yang

berasaskan kisah benar yang disiarkan di Netflix bertajuk "The Tinder

Swindler” memaparkan realiti mengenai penipuan sebegini.

Jumlah kes yang dikategorikan sebagai Love Scam yang dibuka dari tahun

2019 hingga Februari 2022 adalah sebanyak 4,713 kes melibatkan kerugian

bernilai RM199,378,634.49. Berdasarkan statistik jumlah kes jenayah Love

Scam pada tahun 2019, sebanyak 1,534 kes dilaporkan dan pada tahun

2020 pula, sebanyak 1,582 kes telah dibuka kertas siasatan manakala pada

tahun 2021 pula, kes jenayah ini terus menunjukkan penurunan dengan

mencatatkan jumlah kes sebanyak 1,460 kes. Untuk tangkapan bagi kes ini

Page 105: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 40

dari tahun 2019 hingga Februari 2022 adalah seramai 3,568 orang dan

sebanyak 2,313 pertuduhan telah pun dilaksanakan.

Beberapa tindakan proaktif Kementerian dalam mengurangkan jenayah

penipuan dalam talian telah giat dilaksanakan. Terkini adalah Kempen

Pencegahan Jenayah dengan tema “Kesedaran Jenayah Komersil

Kesedaran Komuniti” dan tagline “Be Alert Stay Smart”. yang telah diadakan

secara berterusan sepanjang bulan November tahun 2021 dengan pelbagai

pengisian yang merangkumi wawancara media, temuramah akhbar, khutbah

jumaat, program tazkirah/ kuliah di rumah ibadat, ‘Meet And Greet’, ‘High

Profile Policing’, ceramah, dan sebagainya. Kempen ini bertujuan untuk

menyalurkan sebanyak mungkin maklumat yang menjurus kepada jenayah

penipuan dalam talian ke pelbagai lapisan masyarakat agar lebih

berwaspada ketika berurusan melalui medium atas talian. Kesedaran

komuniti dalam mengatasi penipuan ini adalah amat diperlukan kerana

capaian media sosial adalah sangat meluas.

Selain itu, kementerian melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah

mengambil inisiatif dengan menubuhkan call centre yang dikenali sebagai

CCID Scam Response Center bermula pada 15 Februari 2021 yang

bertujuan memudahkan orang ramai berinteraksi secara terus dengan

Pegawai JSJK bagi sebarang pertanyaan kes penipuan dalam talian atau

pemberian maklumat berkaitan Jenayah Komersil.

Page 106: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 40

Selain itu, perkhidmatan seperti semak mule di website

https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ membolehkan orang awam untuk

membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon sebagai langkah

berjaga-jaga sebelum sesuatu urusniaga dijalankan. Manakala CCID

Infoline di talian 013-2111222 (whatsapp) membolehkan orang ramai

membuat semakan laporan polis, semakan status siasatan serta

menyalurkan sebarang maklumat kes-kes yang melibatkan jenayah

komersil.

Kementerian akan lebih mempergiatkan usaha pada tahun ini dengan

mengadakan Kempen-kempen Pencegahan Jenayah secara berterusan

agar kesedaran masyarakat ditahap yang maksimum serta kes jenayah

penipuan dalam talian akan terus menurun dan secara tidak langsung

memelihara keharmonian masyarakat dan wujud rasa selamat dikalangan

warga negara ini.

Sekian, terima kasih.

Page 107: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

TARIKH : 24 MAC 2022

Dato' Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan apakah status kajian mengenai masalah beg

sekolah yang berat seperti yang dialami oleh pelajar sekolah rendah dan

apakah tindakan Kerajaan untuk menanganinya.

Page 108: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk mencari jalan

penyelesaian yang terbaik dalam menangani isu beg berat murid yang telah

berlarutan sekian lama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan tiga

kajian utama berkaitan beg berat, iaitu Kajian Beban Buku Murid Sekolah

Rendah pada tahun 1994, Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah pada

tahun 2008 dan Laporan Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah pada

tahun 2017. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, KPM telah mengambil

pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan. Antaranya, mengeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah

Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di

Sekolah pada tahun 2018. Namun demikian, perkara tersebut masih belum

dapat ditangani sepenuhnya dan sering menjadi keluhan masyarakat.

KPM telah memperincikan secara mendalam perkara berkaitan isu

beg berat dan merangka satu penyelesaian yang holistik bagi menangani isu

tersebut secara tuntas. Berdasarkan penelitian ke atas maklum balas yang

diperoleh, isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah

rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Oleh yang demikian, ketetapan KPM yang akan dilaksanakan segera adalah

seperti berikut:

Page 109: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 41

1. Penyediaan Lokar

KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa.

Fasa 1 akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap 1, iaitu

Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi

secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas

dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun

2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.

Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid

Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang

beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.

Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam

laci meja di bilik darjah masing-masing

2. Penyusunan Semula Jadual Waktu

Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat

mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang

sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan

sesi persekolahan. Disamping itu, sekolah akan diberi kelonggaran

untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu

sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah

bawah KPM.

3. Buku Latihan

Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi

setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan

hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.

Page 110: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 41

4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja

Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang

disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan

sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran

dan pembelajaran (PdP)

5. Buku Teks Digital

Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan.

Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik

dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia

(DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku

teks digital melalui pelantar DELIMa.

6. Pendekatan PdP

Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid

iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan

projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.

7. Kerjasama Dengan JAKIM

Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia

(JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid

diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing

semasa sesi persekolahan KAFA.

Page 111: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 41

Selain itu, KPM juga akan terus meningkatkan kerjasama erat dengan

ibu bapa/penjaga bagi membantu menangani masalah beg berat murid,

khususnya dalam memastikan murid membawa buku mengikut jadual

ditetapkan. Di samping itu, sesi libat urus dengan Persatuan Ibu bapa dan

Guru (PIBG) akan turut ditingkatkan sebagai satu pendekatan pemantauan.

KPM yakin pendekatan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh

demi kesejahteraan murid untuk ke sekolah. KPM komited untuk terus

menangani isu beg berat ini dengan lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

Page 112: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah kutipan cukai ke atas cecair vape bernikotin sehingga

Februari 2022 susulan langkah kerajaan mengenakan cukai RM1.20 per

mililiter.

Page 113: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagaimana yang telah diumumkan dalam Bajet 2022, Kerajaan

bersetuju untuk mengenakan duti eksais ke atas cecair vape yang

mengandungi nikotin pada kadar RM1.20 per mililiter. Langkah ini adalah

bagi mengawal selia penggunaan rokok elektronik dan vape di Malaysia

secara menyeluruh dan memastikan layanan cukai yang saksama ke atas

semua produk rokok dan tembakau.

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi

dalam proses menggubal suatu akta baharu bagi mengawal selia semua

jenis rokok dan produk tembakau, termasuk rokok elektronik dan vape

yang akan dikawal selia sebagaimana kawalan terhadap rokok

konvensional dan produk tembakau lain.

Melalui akta baharu dan perundangan subsidiari di bawahnya,

kawal selia akan dilaksanakan terhadap produk yang diimport dan yang

dikilang dalam negara termasuk aspek kawalan promosi, penajaan dan

pengiklanan, syarat penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta

larangan terhadap pemilikan dan penggunaan produk.

Pelaksanaan pengenaan duti eksais ke atas cecair vape yang

mengandungi nikotin belum dapat dikuatkuasakan pada masa ini

berikutan kawal selia secara menyeluruh belum ditetapkan. Sehubungan

itu, tiada kutipan hasil cukai bagi vape bernikotin kepada Kerajaan

sehingga akta baharu KKM dikuatkuasakan.

Sekian, terima kasih.

Page 114: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS

TARIKH : 24.3.2022 (KHAMIS)

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah jangka

pendek atau jangka panjang bagi mengekang kartel yang menyebabkan

harga bahan mentah meningkat secara mendadak terutama di musim

perayaan.

Page 115: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius

isu perlakuan kartel yang menyumbang kepada kenaikan harga bahan

mentah dan sabotaj kepada ekonomi negara. Oleh itu, Kementerian

melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak akan teragak-

agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku kartel itu.

2. Baru-baru ini, MyCC telah mengenakan penalti kewangan sebanyak

RM 2.19 juta terhadap 5 perusahaan kapal Ro-Ro di Langkawi kerana

didapati telah terlibat dalam kartel menaikkan dan menetapkan tambang

bagi kenderaan komersial serta kenderaan persendirian yang

menggunakan kapal Ro-Ro milik perusahaan-perusahaan tersebut.

Selain itu, MyCC turut mengenakan penalti kewangan sebanyak RM 1.04

juta terhadap 7 pengusaha operator gudang di Pelabuhan Klang kerana

terlibat dalam kartel penetapan harga berhubung dengan perkhidmatan

pengendalian muatan panjang dan muatan berat kargo import dan

eksport di Pelabuhan Klang.

3. Secara totaliti, jumlah penalti kewangan yang dikenakan oleh MyCC

sejak 2013 kepada perusahaan-perusahaan yang terlibat di dalam kartel

adalah lebih kurang RM 154 juta. Antara kes-kes kartel yang disiasat oleh

MyCC melibatkan Persatuan Insurans Am Malaysia dan 22 Syarikat

Insurans Am, Malaysia Airlines, AirAsia dan AirAsia X, Pengusaha-

pengusaha Depoh Kontena di Pulau Pinang, Ahli-ahli Persatuan Pembuat

Roti dan Manisan di Sibu dan Pembuat-Pembuat Air Batu di Selangor,

Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Page 116: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 43

4. Pada masa yang sama, MyCC kini sedang giat menjalankan

penilaian aduan dan siasatan terhadap lebih dari 500 perusahaan yang

disyaki terlibat dalam kartel terutamanya kartel tipuan bida dalam

perolehan kerajaan. Daripada jumlah tersebut, terdapat lebih dari 20

perusahaan yang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kartel berkaitan

barangan keperluan harian.

5. Selain dari itu, usaha-usaha lain untuk menangani kartel adalah

melalui kajian semula pasaran, program advokasi dan juga nasihat dasar

kepada agensi kerajaan.

6. Pada Oktober 2021, MyCC telah menerbitkan Kajian Semula

Pasaran Sektor Pengangkutan di bawah Akta Persaingan 2010 yang

memberi fokus kepada ekosistem logistik pelabuhan dan waranti

kenderaan bermotor. Selain itu, terdahulu MyCC juga telah menjalankan

kajian semula pasaran berkaitan sektor perkhidmatan (borong dan runcit

bagi produk terpilih), makanan, farmaseutikal, bahan binaan, pasaran

ayam daging dan badan profesional. Selaras dengan penerbitan Kajian

tersebut, Kementerian bersama MyCC telah meneliti isu-isu persaingan,

perundangan dan pasaran yang dibangkitkan dalam kajian semula

pasaran tersebut yang berpotensi mengganggu-gugat proses persaingan

dalam pasaran dan seterusnya mencadangkan serta merencana solusi

terhadap isu-isu persaingan yang telah dikenal pasti tersebut.

7. Menerusi kajian semula pasaran yang dijalankan juga, MyCC turut

mengenal pasti herotan pasaran serta gangguan terhadap rantaian

bekalan dalam pelbagai pasaran yang berpotensi menyumbang kepada

kenaikan kos pengeluaran serta harga barangan.

Page 117: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 43

8. Untuk mempertingkatkan lagi pematuhan kepada undang-undang

serta polisi persaingan, MyCC turut mengeluarkan nasihat dasar dan

pandangan ekonomi kepada Kementerian dan agensi kerajaan

berkenaan isu-isu persaingan yang menyentuh kos sara hidup. Sehingga

kini, MyCC telah mengeluarkan sebanyak 69 nasihat dasar dan 20

pandangan ekonomi bagi memastikan dasar Kerajaan adalah sejajar

dengan prinsip persaingan dan seterusnya membantu dalam membasmi

perlakuan kartel tersebut.

9. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, MyCC juga

melaksanakan program-program advokasi yang berimpak tinggi bagi

menyuntik kesedaran kepada Kementerian dan agensi kerajaan,

persatuan dan pemain industri serta rakyat umum berkenaan isu

penetapan harga dan kartel yang melanggar Akta Persaingan 2010 (Akta

712). Sehingga kini MyCC telah melaksanakan sebanyak 321 program

advokasi dan majoritinya bertumpukan kepada kartel.

10. Akhir sekali, bagi memperkasakan penguatkuasaan Akta

Persaingan 2010 (Akta 712) terhadap kartel-kartel, MyCC sedang giat

membuat pindaan terhadap Akta tersebut dengan menambah baik

peruntukan perundangan sedia ada serta memasukkan peruntukan-

peruntukan baru bagi menjamin penguatkuasaan Akta Persaingan 2010

(Akta 712) yang lebih holistik dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

Page 118: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ SRI VELL PAARI A/L TUN SAMY

VELLU

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil pihak

Kementerian bagi memastikan sijil vaksinasi COVID-19 Malaysia boleh

diterima pakai oleh negara-negara lain sebagai satu dokumen rasmi.

Page 119: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas

pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan pengiktirafan sijil

vaksinasi COVID-19 Malaysia dengan negara-negara asing telah

diselaraskan secara bersama di antara tiga (3) buah kementerian iaitu

Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan

Kementerian Luar Negeri.

3. Dalam hal ini, setiap Kementerian telah dipertanggungjawabkan

dengan tugas masing-masing dalam memastikan kelancaran proses

pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19 ini. Kementerian Kesihatan

memfokuskan kepada perkara dasar pengiktirafan sijil tersebut.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerajui perbincangan

mengenai spesifikasi teknikal sijil ini. Kementerian Luar Negeri pula telah

diberi mandat untuk memaklumkan cadangan pengiktirafan sijil vaksinasi

COVID-19 menerusi saluran diplomatik kepada semua perwakilan/negara

asing.

4. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Luar Negeri telah

menyampaikan cadangan Malaysia untuk melaksanakan sijil

pengiktirafan kepada negara-negara asing melalui saluran diplomatik.

Bagi negara-negara yang berminat, perbincangan lanjut akan dilakukan

Page 120: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 44

oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian

berkaitan di luar negara bagi memastikan sijil vaksin COVID-19 ini

diterima pakai dan diktiraf oleh negara asing.

5. Pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19 antara Malaysia dengan

negara asing adalah penting untuk dilaksanakan. Ia bukan sahaja

membuktikan hubungan diplomatik yang erat, tetapi juga membantu

kesinambungan aktiviti ekonomi dan hubungan antara rakyat Malaysia

dan negara-negara asing. Usaha ini secara langsung memudahkan

proses masuk dan keluar dari sempadan negara dan dalam masa yang

sama memastikan kawalan kesihatan awam dan keselamatan warga di

negara-negara terlibat tetap terjaga.

6. Sehubungan itu, Kementerian Luar Negeri akan terus bekerjasama

dengan Kementerian-Kementerian terbabit dalam memastikan

penyelarasan pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19 dapat dilaksanakan

secara jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 121: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan cadangan untuk pembukaan sepenuhnya Hospital Pendang

bagi manfaat rakyat di negeri Kedah.

Page 122: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pembinaan Hospital

Pendang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3),

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Projek ini melibatkan

pembinaan sebuah hospital baharu pakar minor dengan kapasiti 126

katil dan 2 dewan bedah. Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah

Agensi Pelaksana projek ini.

2. Projek Pembinaan Hospital Pendang kini berada dalam fasa

pembinaan. Sehingga 28 Februari 2022, status kemajuan fizikal

sebenar projek adalah 94% berbanding jadual 98%.

3. Projek ini dijadualkan siap pada penghujung suku kedua 2022 dan

seterusnya dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada suku

tahun keempat 2022.

Sekian, terima kasih.

Page 123: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI AZIZ BIN ARIFFIN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan apakah usaha serta tindakan yang diambil

oleh pihak Kementerian dalam memastikan Bahasa Melayu diperkasa

dan diguna pakai oleh syarikat syarikat yang menggunapakai platform

digital dan telekomunikasi dalam menyebarkan informasi dan iklan

mereka kepada masyarakat memandangkan mereka lebih memilih untuk

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ketika ini.

Page 124: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pihak Kerajaan terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) daripada segi regulatori tidak mempunyai

sebarang instrumen atau ketetapan yang mewajibkan penggunaan

Bahasa Melayu kepada syarikat-syarikat yang mengguna pakai platform

digital dan telekomunikasi dalam menyebarkan informasi dan iklan

mereka kepada masyarakat. Pada masa kini larangan sedia ada adalah

terhadap kandungan dan penggunaan bahasa jelik dan kesat.

Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi memastikan Bahasa Melayu

terus berkembang dan dimartabatkan, ianya perlu kepada advokasi bagi

memberikan kesedaran kepada masyarakat itu sendiri termasuk syarikat-

syarikat swasta, tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi.

Justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi RTM,

BERNAMA, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan sentiasa

berusaha melaksanakan hebahan dalam memberi penerangan dan

mendidik masyarakat terhadap kepentingan untuk memartabatkan

Bahasa Melayu ini dalam amalan seharian.

Sekian, terima kasih.

Page 125: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dr. Wan Martina Binti Wan Yusoff minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi memartabatkan Bahasa

Melayu sebagai bahasa utama pertuturan dan urusan rasmi atau tidak

rasmi Kerajaan di dalam dan luar negara.

Page 126: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa

kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menafikan kedudukan

dan hak bahasa lain. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32)

juga memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah

digunakan bagi maksud rasmi.

2. Dalam usaha memastikan penggunaan bahasa kebangsaan

sewajarnya dalam perkhidmatan awam, Kerajaan telah

memperkenalkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 -

Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam

Perkhidmatan Awam dengan tujuan untuk memperkasakan

penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi urusan rasmi dalam

perkhidmatan awam.

3. Dalam hal ini, semua urusan dan perjalanan pentadbiran perlulah

dijalankan dalam bahasa kebangsaan, termasuklah perkhidmatan

kaunter, pengiklanan kekosongan jawatan Perkhidmatan Awam,

maklum balas aduan dan isu dalam media massa, surat dalam

negara, dokumen perjanjian dalam negara, urusan melibatkan

kehadiran warganegara, dan penganjuran majlis rasmi melibatkan

Page 127: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 47

kehadiran warganegara Malaysia. Namun, Bahasa Inggeris

digunakan bersekali dengan bahasa kebangsaan apabila terdapat

majlis rasmi yang melibatkan kehadiran bukan warganegara

Malaysia.

4. Dalam penganjuran acara melibatkan Kementerian dan agensi

Kerjaaan di dalam negara pada waktu ini, Ketua Jabatan dan

pegawai awam perlulah mematuhi pekeliling ini dan memastikan

penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua

urusan rasmi ke arah memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

5. Antara usaha memartabatkan bahasa kebangsaan yang boleh

dilaksanakan termasuklah pembangunan modal Insan Berteraskan

Bahasa Kebangsaan seperti pentauliahan dan pelantikan Munsyi

Muda Bahasa, pengauditan Bahasa Kebangsaan dan pengiktirafan

dan penghargaan kepada pegawai dan agensi kerajaan yang

komited memperkasakan bahasa kebangsaan.

Sekian, terima kasih,

Page 128: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN

ABDUL KHALID

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Iskandar Dzulkarnain Bin Abdul Khalid minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah

usaha Kementerian dalam membantu golongan peniaga memulakan

perniagaan setelah gagal kerana pandemik COVID-19 dan nyatakan

keberkesanannya.

Page 129: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

komited dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

(PMKS) untuk memulihkan operasi perniagaan kesan pandemik COVID-

19.

Bagi tujuan tersebut, KUSKOP melalui Aspirasi Keluarga Malaysia

(AKM) Tahun 2021, telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi

memulihkan usahawan terjejas melalui skim pembiayaan dan pemberian

moratorium merangkumi 26 program dengan implikasi kewangan

sebanyak RM7.45 billion dan melibatkan 247,858 penerima manfaat.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)

di bawah TEKUN Nasional dengan melibatkan seramai 4,075

perusahaan mikro dengan dana peruntukan sebanyak RM50 juta;

(ii) Skim Pembiayaan Sektor Informal (SPIN 2.0) di bawah TEKUN

Nasional dengan melibatkan seramai 7,370 usahawan informal

dengan dana peruntukan sebanyak RM48.54 juta;

(iii) Skim Pembiayaan Ikhtiar di bawah Amanah Ikthtiar Malaysia (AIM)

dengan melibatkan seramai 71,250 sahabat AIM dengan dana

peruntukan sebanyak RM467 juta; dan

Page 130: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 48

Bagi meningkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan

Kementerian dan agensi kepada peniaga yang terkesan, KUSKOP telah

mengambil beberapa tindakan merangkumi aspek pengurangan

birokrasi, kriteria dan proses kelulusan serta pendigitalan operasi.

Perkara yang telah ditambahbaik adalah keperluan dokumen sokongan

dikurangkan sehingga 50% dan tempoh kelulusan dikurangkan sehingga

40%. Antara program yang terlibat adalah:

(i) Program Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF) oleh SME

Bank.

• Tempoh kelulusan dari 30 hari kepada kurang daripada 5 hari.

(ii) Skim Pembiayaan TEKUN oleh TEKUN Nasional.

• Dokumen kelulusan dari 17 dokumen kepada 4 dokumen asas

dan tempoh kelulusan sehingga 7 hari bekerja.

(iii) Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(TMPSKM) oleh SKM

• Tempoh kelulusan dari 28 hari kepada 17 hari.

Selain itu, KUSKOP juga telah mengambil ketetapan supaya proses

permohonan pembiayaan bagi dana Kerajaan di bawah agensi KUSKOP

tidak akan mengambil kira penilaian CTOS dan CCRIS dalam

memudahkan akses pembiayaan kepada usahawan. Walau

bagaimanapun, kelonggaran ini akan dikaji semula setelah pandemik

COVID-19 berakhir sama ada ianya perlu diteruskan ataupun tidak.

Sekian, terima kasih.

Page 131: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pelan jangka masa panjang

Kementerian dalam menaik taraf fasiliti dan kemudahan di kawasan

perumahan rakyat berstrata seluruh negara yang kebanyakannya dalam

keadaan daif dan memerlukan perhatian segera.

Page 132: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan perumahan

berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah diselenggara dengan baik,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang

melaksanakan dua (2) program utama iaitu Tabung Penyelenggaraan

Perumahan Malaysia (TPPM) dan Program Penyenggaraan Perumahan

Malaysia (PPP). TPPM merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi

membantu penghuni perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana

rendah swasta bagi membaik pulih dan menyenggara harta bersama. PPP

pula adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi membantu penghuni

perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah awam.

Antara skop kerja yang terlibat di bawah kedua-dua program ini adalah

pembaikan dan penggantian lif, tangki air, paip sanitari, bumbung, handrail,

pagar, pendawaian elektrik, mengecat dan kerosakan umum. Walau

bagaimanapun, pemeriksaan untuk mengenal pasti keutuhan struktur

bangunan yang mengalami keretakan dan kerosakan kritikal tidak termasuk

di bawah skop kerja program PPP dan TPPM.

Pada tahun 2022, jumlah peruntukan program PPP di seluruh negara

adalah sebanyak RM38.7 juta manakala jumlah peruntukan program TPPM

adalah sebanyak RM33.2 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

tempoh untuk menyiapkan sesebuah projek penyelenggaraan adalah

berbeza bergantung kepada skop, keadaan tapak, prestasi kontraktor, input

Page 133: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 49

bahan dan lain-lain. Berikut adalah contoh projek dan tempoh masa yang

diambil iaitu:

(i) penggantian/pembaikan satu unit lif - 18 hingga 24 bulan;

(ii) penggantian tangki air beserta pam - 6 hingga 12 bulan; dan

(iii) kerja-kerja pembaikan kemudahan awam dan infrastruktur asas

seperti mengecat, dataran kejat dan longkang - 3 hingga 6 bulan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Badan Pengurusan

Bersama/Jawatankuasa Pengurusan dan pihak bertanggungjawab perlu

bersama-sama membantu pihak Kerajaan untuk memantau pelaksanaan

projek yang diluluskan di bawah program-program ini agar projek disiapkan

mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kesedaran dan kerjasama komuniti

setempat di perumahan awam serta rumah strata kos rendah dan kos

sederhana rendah juga adalah amat penting supaya segala fasiliti dapat

digunakan dan dinikmati oleh semua penduduk untuk tempoh masa yang

panjang.

Sekian, terima kasih.

Page 134: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI

MUSA

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan langkah-langkah jangka panjang yang diambil oleh

Kementerian dalam memastikan kos sara hidup terkawal. Walaupun

setiap tahun media melaporkan polisi Kerajaan seperti harga kawalan,

bantuan kewangan serta kajian demi kajian diumumkan, namun isu ini

masih juga tidak selesai.

Page 135: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menyedari bahawa untuk

menangani isu kos sara hidup tidak hanya perlu dilihat daripada aspek

jangka pendek sahaja. Dalam hubungan ini, Mesyuarat Khas Majlis

Tindakan Sara Hidup Negara pada 31 Jnauari 2022 turut menekankan

keperluan peningkatan produktiviti dalam negara bagi mengurangkan

pergantungan terhadap import dan peningkatan kuasa beli rakyat.

Sehubungan dengan itu, bagi tempoh sederhana dan jangka panjang

Mesyuarat Khas NACCOL telah memutuskan perkara berikut

dilaksanakan:

(1) Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan

sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga bahan

makanan seperti ayam dan telur.

(2) Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi

pertanian terutamanya ladang ternakan ayam. Adalah menjadi

harapan Kerajaan supaya pemain industri beralih kepada sistem

yang lebih efisien. Antara perkara yang menggunakan pengurusan

ladang yang lebih baik akan melibatkan pengurangan penggunaan

tenaga buruh, pengurusan kos utiliti yang lebih baik serta

persekitaran yang lebih kondusif yang akan mengurangkan

penyebaran penyakit.

Page 136: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 50

(3) Menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk

menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya

sebagai makanan ternakan.

(4) Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan

tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara

(TOL) bagi aktiviti pertanian.

(5) Meningkatkan kuasa beli rakyat melalui program-program

peningkatan pendapatan. Pelan tindakan jangka panjang ini akan

dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL

seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Page 137: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Paul Igai minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

menyatakan jumlah dan bentuk kes jenayah siber yang sering melanda

rakyat dan pentadbiran negara dan apakah langkah dan tindakan sedang

dan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut, memandangkan

dalam masa terkini berbagai saluran dan alat diguna pakai oleh penyebar

berita palsu yang bertujuan mengancam ketenteraman dan kestabilan

sosio politik negara yang mempunyai masyarakat majmuk, berbilang

kaum, bangsa, agama dan budaya.

Page 138: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Antara tahun 2020 sehingga Februari 2022, secara keseluruhannya

pihak Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) telah menerima sejumlah 50,229 aduan berkaitan

pelbagai kesalahan melibatkan kandungan, penggodaman, perjudian

dalam talian, penipuan, promosi pelacuran, pelanggaran hakcipta,

pendedahan dokumen rasmi, gangguan, buli siber, penyebaran

kandungan berbentuk pornografi, penyebaran video/gambar peribadi,

berita/kandungan palsu, laman web/akaun palsu (penyamaran),

kandungan berunsur kebencian (agama, kaum, Institusi Diraja dan

sebagainya), kandungan berunsur ekstremisme, penyelewengan agama

dan sebagainya.

Berhubung isu penyebaran berita palsu, pihak Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sentiasa cakna dan

bersiap siaga menangani penyebaran berita palsu khususnya melalui

SMS dan media sosial. Antara strategi yang dilaksanakan adalah melalui

kaedah mendidik, mencegah dan menguatkuasakan undang-undang.

Bagi strategi membendung/mendidik, K-KOMM sentiasa

mengingatkan pengguna tentang kepentingan penggunaan internet

secara berhemah dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kempen-kempen

seperti ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ dan ‘Klik Dengan Bijak’ yang

dilaksanakan SKMM adalah antara program yang mendapat perhatian

ramai dan masih lagi popular dalam kalangan masyarakat.

Page 139: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 51

Selain itu, K-KOMM melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)

sentiasa melaksanakan hebahan maklumat yang sahih dalam memberi

peringatan kepada masyarakat bagi mengekang penyalahgunaan

kandungan bahan di media sosial yang boleh meracuni pemikiran

masyarakat yang bertentangan dengan agama, budaya dan adat resam

masyarakat di negara ini.

Sehingga 15 Mac 2022, sebanyak 238 hantaran (posting) mengenai

peringatan penyalahgunaan media sosial telah dimuat naik merangkumi

infografik, video dan kenyataan media daripada BERNAMA, RTM dan

Agensi-agensi Kerajaan yang lain di media sosial rasmi JaPen

(Facebook, Instagram, Twitter, Youtube). Hantaran-hantaran tersebut

telah dikongsi (share) sebanyak 34,258 di Facebook, 74,064 tanda suka

(like) di Instagram dan 25,549 ulang ciap (retweet) di platform Twitter.

JaPen turut menghasilkan kandungan kreatif digital iaitu 51 infografik dan

lima (5) videografik bagi memperluas sebaran maklumat tersebut di

platform media sosial dan aplikasi komunikasi.

K-KOMM juga melalui CyberSecurity Malaysia turut sentiasa

berusaha bagi memperkasakan ekosistem keselamatan siber negara

dengan mengadakan asas yang kukuh dari semua sudut. Antara inisiatif

pro-aktif yang dilaksanakan adalah termasuk penerbitan buku

keibubapaan siber bertajuk “CyberSAFE Parenting – Ke Arah

Kesejahteraan Siber”, Program Kesedaran CyberSAFE, membangunkan

Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (MKKSN) dengan

sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia, melaksanakan Kajian Tanda

Aras Tahap Kesedaran Keselamatan Siber Nilai Status Penggunaan

Teknologi dan Internet dalam Keluarga Malaysia serta mengadakan

Kempen kesedaran keselamatan siber melalui ‘Safer Internet Day’ (SID).

Page 140: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 51

Pasukan Respon Pantas (PRP) yang dianggotai pegawai-pegawai

berkemahiran daripada K-KOMM, SKMM, Majlis Keselamatan Negara,

dengan kerjasama kementerian-kementerian dan agensi berkaitan

bertindak menangkis dengan pantas penyebaran berita palsu.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang di bawah perundangan

sedia ada seperti Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi

dan Multimedia 1998 (AKM 1998) akan terus dilaksanakan dalam

tindakan serius Kerajaan dalam membendung berita tidak benar yang

boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan keadaan yang

tidak baik untuk keselamatan dan kestabilan negara, serta kesejahteraan

awam.

Sekian, terima kasih.

Page 141: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' NELSON A/L RENGANATHAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Nelson A/L Renganathan minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian

untuk mencari bakat-bakat atlet baharu terutamanya dalam situasi

pandemik ini.

Page 142: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan

Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa memberikan

tumpuan dalam pelaksanaan pembangunan sukan berprestasi tinggi

negara. Program pembangunan ini terarah kepada 16 Sukan Teras

sebagai persediaan kumpulan atlet pelapis yang berpotensi untuk

menggantikan atlet-atlet elit yang bakal bersara nanti.

Walaupun berdepan pandemik COVID-19, MSN sentiasa komited

dan pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan pelaksanaan

program-program tersebut dengan pematuhan Prosedur Operasi

Standard (SOP), Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Program Pelapis Negeri bertumpu kepada pembangunan sukan

prestasi tinggi di peringkat negeri bagi atlet berumur di bawah 21 tahun.

MSN bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri untuk melaksanakan

sistem program latihan yang lebih berstruktur dan bersistematik bagi

melahirkan atlet-atlet pelapis yang berdaya saing khususnya sebagai

persiapan ke arah temasya SUKMA dan kejohanan peringkat

Kebangsaan. Sehingga kini, seramai 6,396 atlet, 392 jurulatih daripada

299 buah Pusat Latihan Negeri (PLN) menjalani latihan secara separa

masa.

Page 143: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 52

Program Bakat pula merupakan program pembangunan yang

melibatkan bakat-bakat baharu berumur di antara 13 hingga 15 tahun

yang turut dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.

Program ini bertindak sebagai base dan feeder kepada Program Pelapis

Negeri. Sebanyak 2,061 orang atlet, 157 orang jurulatih di 149 buah

Pusat Latihan Daerah (PLD) sedang menjalani latihan di bawah program

ini.

Selain itu, MSN juga sedang giat melaksanakan Program Khas

iaitu Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN), Program

Pembangunan Hoki Negara (NHDP), Program Pembangunan Ragbi

Negara (NRDP), Program Pembangunan Bola Jaring (PPBJ) dan Junior

Cycling Malaysia (JCM). Kementerian ini juga melalui Jabatan Belia dan

Sukan Negara (JBSN) merancang program pembangunan sukan massa

yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya peringkat

kebangsaan. Pada tahun ini, Kementerian telah merancang 16 program

Kem Latihan Asas Sukan (KLASS) dengan 354 aktiviti pencarian bakat

dan mensasarkan 270,000 peserta di peringkat akar umbi melalui

inisiatif Pembangunan Bakat di bawah Kluster Sukan.

Sekian, terima kasih.

Page 144: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan statistik kes dan aduan yang diterima serta telah diambil

tindakan berhubung kes salah guna kuasa oleh pegawai Jabatan

Pengangkutan Jalan yang melibatkan kes rasuah bagi ujian memandu

dan lesen terbang tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian.

Page 145: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan

Malaysia (JPJ) sentiasa memandang serius isu salah guna kuasa bukan

sahaja salah laku melibatkan lesen terbang dan seumpamanya, malah

perkara-perkara lain yang melibatkan isu integriti dalam kalangan

pegawai JPJ.

2. Berdasarkan statistik kes siasatan integriti melibatkan lesen

terbang dan ujian memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian

tahun 2013 hingga 2021, seramai 86 pegawai JPJ telah dikenakan

tindakan tatatertib berhubung kesalahan ini dengan jenis kes ataupun

modus operandi adalah seperti berikut:

BIL KES / MODUS OPERANDI JUMLAH (ORANG)

1. Pinda Butir Lesen Memandu Dalam

Sistem SIKAP

37

2. Tambah Kelas Lesen Memandu Dalam

Sistem Mysikap

27

3. Pertukaran Lesen Memandu Asing 22

Page 146: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 53

3. JPJ sentiasa memantau dari semasa ke semasa isu integriti dalam

kalangan pegawai JPJ menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan

dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah.

Penguatkuasaan ini dijalankan secara berkala atau hasil siasatan

melalui aduan-aduan awam yang menjadi salah satu aktiviti dalam

inisiatif Polisi Antirasuah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 2021–

2025.

Sekian, terima kasih.

Page 147: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan inisiatif Kementerian dalam memastikan pembudayaan STEM

diperluaskan dikalangan pelajar sekolah supaya kemasukan pelajar ke

aliran sains meningkat dan dapat memenuhi syarat pengambilan pelajar di

peringkat Universiti.

Page 148: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha untuk memastikan

pembudayaan STEM diperluaskan dalam kalangan murid sekolah supaya

kemasukan murid ke aliran sains meningkat dan dapat memenuhi syarat

pengambilan murid pada peringkat universiti.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan tiga

pilihan pakej mata pelajaran bidang STEM iaitu Sains Tulen, Sains Gunaan

dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada murid

peringkat sekolah menengah. Pakej mata pelajaran tersebut memberikan

peluang kepada murid untuk memilih bidang yang mereka minati. Pakej ini

disediakan berasaskan kepada keperluan murid untuk menyambung

pengajian dalam bidang STEM pada peringkat tertiari serta mengambil kira

keperluan badan profesional serta laluan bidang kerjaya STEM pada masa

hadapan.

Page 149: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 54

Bermula tahun 2021, ujian amali sains bagi Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dilaksanakan untuk merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025; iaitu Memperkukuhkan Asas

Pembelajaran STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM dengan

melaksanakan aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan

membuat keputusan. Bagi memastikan ujian amali sains dapat dilaksanakan

dengan bahan dan peralatan yang mencukupi, KPM mendapat kelulusan

peningkatan kadar geran per kapita (PCG) mata pelajaran Fizik, Kimia,

Biologi dan Sains Tambahan daripada RM14.00 kepada RM65.00 per murid

untuk setiap mata pelajaran.

KPM telah menyediakan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dan prasarana pembelajaran yang lebih baik bagi

menyokong proses PdP STEM. Bahan ini boleh diakses oleh guru dan

murid di Portal Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Digital

Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dan repositori

SumberKU.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai program sokongan

dan pengayaan turut dilaksanakan bagi meningkatkan pembudayan STEM

dalam kalangan murid serta meningkatkan kesedaran ibu bapa, komuniti

dan orang awam terhadap kepentingan bidang STEM. Antara program

tersebut ialah Program STEM for All (STEM4ALL), Program STEM

Hackathon, Program Virtual Tour ke University of Tsukuba, Kyushu

University dan Nagoya University, Jepun, Minggu Sains Negara dan

Sambutan Hari Sains Sedunia.

Page 150: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 54

Selain daripada itu, KPM turut menganjurkan pelbagai program

untuk memupuk minat dan kemahiran murid dalam bidang STEM seperti

Karnival STEM Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, Pertandingan 2021 F1

In Schools World Finals, REGENERON International Science and

Engineering Fair (ISEF), Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan

Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan 2021, World Robot

Olympiad (WRO) 2021 Online International Final, Virtual National Robotics

Competition-World Robot Olympiad (VNRC-WRO) Peringkat Kebangsaan

2021 dan Pertandingan Robotik Secara dalam Talian Peringkat

Kebangsaan Tahun 2021.

KPM turut menumpukan kepada pembangunan kompetensi guru

bidang STEM dengan memperkenalkan pendekatan berpusatkan murid

melalui program Inquiry-Based Science Education (IBSE), Inquiry-Based

Mathematics Education (IBME), Pendidikan Sains Komputer Menggunakan

Pendekatan IBSE dan STEM Executive Consultation (STEMEC).

Usaha KPM bukan sahaja untuk meningkatkan penguasaan murid

dalam bidang STEM malah dapat meningkatkan pembudayaan bidang

STEM bagi membangunkan modal insan yang holisitik dan berdaya saing

untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

Sekian, terima kasih.

Page 151: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

jumlah Orang Asli yang menerima suntikan dos penggalak (booster dose)

serta usaha dan program kesedaran komuniti Orang Asli dalam perkara

ini.

Page 152: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sehingga 4 Mac 2022, 80.6% dari sejumlah 144,180 masyarakat

Orang Asli dewasa yang layak divaksin telah menerima dua dos

vaksin. Daripada jumlah tersebut, 24,445 orang masyarakat Orang

Asli telah menerima dos penggalak iaitu 21.0% dari keseluruhan

116,151 orang populasi dewasa Orang Asli yang telah lengkap

menerima dos vaksin ‘primary series’.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk

meningkatkan peratusan liputan dos penggalak dalam kalangan

masyarakat Orang Asli. Di antara usaha yang dilakukan adalah

aktiviti jangkau luar (outreach) ke kampung Orang Asli pedalaman

dan juga pinggiran untuk memberi suntikan dengan kerjasama dan

libat urus bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA), BOMBA dan juga NGO.

3. Selain itu, ‘engagement’ yang konsisten dengan ketua komuniti iaitu

Tok Batin dan masyarakat Orang Asli setempat dalam penyampaian

maklumat yang sahih, meningkatkan pemahaman dan

meyakinkan mereka dalam menerima suntikan vaksin COVID-19

terus dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

Page 153: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK BOBBEY BIN SUAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

berapakah jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah ditangkap

oleh Kementerian sejak pandemik COVID-19. Nyatakan bilangan PATI yang

telah dihantar balik ke negara asal mereka dan kos penghantaran yang

terlibat.

Page 154: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui

Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam memastikan keselamatan

negara diutamakan dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara

berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya

peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Bermula 18 Mac 2020 hingga 14 Mac 2022, Jabatan Imigresen Malaysia

telah melaksanakan 9,660 operasi penguatkuasaan melibatkan tangkapan

seramai 24,079 orang PATI daripada pelbagai negara dan 389 majikan.

Selain itu, 16,517 orang PATI turut ditangkap di pintu-pintu masuk dan

secara serahan atas pelbagai kesalahan imigresen di bawah Akta Imigresen

1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 menjadikan PATI yang

ditangkap adalah seramai 40,596 orang. Manakala, bagi tempoh yang sama,

jumlah penghantaran pulang tahanan yang berada di depot imigresen

sehingga 14 Mac 2022 adalah seramai 59,420 orang.

Proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal dikendalikan oleh

Jabatan Imigresen Malaysia dan ditanggung sendiri oleh tahanan, majikan

atau perwakilan asing. Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu Kerajaan

turut menanggung kos penghantaran pulang PATI ke negara asal. Bagi

tahun 2022, (sehingga bulan Februari 2022) kos pengangkutan melibatkan

bas dan feri berjumlah RM337,075.00 ditanggung oleh Kerajaan bagi tujuan

tersebut.

Page 155: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 56

Sekian, terima kasih.

Page 156: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK

INSOL

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERTANIAN

DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan tindakan yang akan diambil

Kerajaan untuk mengurangkan bebanan petani akibat daripada kenaikan

harga input pertanian khususnya baja dan racun yang telah berterusan

melambung naik sejak tahun lepas.

Page 157: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenaikan harga input

pertanian seperti baja dan racun yang berlaku sejak tahun lalu berpunca

daripada perubahan dasar negara pengeksport, kenaikan kos bahan

mentah, gangguan logistik dan spekulasi pasaran. Apabila bekalan baja

dan racun berkurangan di pasaran dengan permintaan sentiasa

berterusan, maka peningkatan harga juga berlaku di sepanjang rantaian

pembekalan produk.

Bagi mengurangkan beban petani, sebanyak RM1.5 bilion telah

diperuntukkan bagi subsidi padi iaitu yang merangkumi Skim Baja Padi

Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP),

Insentif Benih Padi Sah (IBPS) dan Skim Baja dan Racun Padi Bukit

(SBRPB). MAFI juga telah menerima peruntukan tambahan sebanyak

RM62 juta bagi Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) yang memberi

manfaat kepada 322,830 orang pesawah.

Sebanyak RM200 juta telah diperuntukan di bawah Tabung

Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Agrobank sebagai

pinjaman pada kadar faedah sifar peratus dan moratorium bayaran balik

pinjaman selama enam bulan bagi membantu 276,621 orang pengusaha

tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan.

Page 158: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 57

Kementerian melalui Jabatan dan agensi turut memperkenalkan

alternatif lain bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada

baja kimia dan racun seperti:-

i. Menggalakkan petani mengamalkan Pengurusan Perosak

Bersepadu (Integrated Pest Management) bagi mengurangkan

kebergantungan terhadap racun kimia melalui kawalan secara

kultura, kawalan fizikal dan kawalan biologi;

ii. Menggalakkan dan mempromosikan penggunaan input pertanian

berasaskan mikroorganisma berfaedah (Effective Microorganism)

seperti ‘Plant Booster’, ‘Growth Enhancer’ dan ‘Bokashi’;

iii. Menggalakkan penggunaan bahan sisa tanaman seperti jerami

padi untuk dijadikan baja kompos; dan

iv. Menjalankan aktiviti pengembangan bagi mendidik petani untuk

menggunakan baja dan racun mengikut keperluan dan sukatan

yang tepat dengan teknik-teknik yang betul supaya penggunaan

racun dan baja adalah berkesan.

Sekian, terima kasih.

Page 159: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah ada kemungkinan akan diadakan semula PKP

kerana pada ketika ini MAEPS telah pun beroperasi semula dan kes

semakin meningkat.

Page 160: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR. ABD LATIFF BIN AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pihak Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil perhatian serius

terhadap kemungkinan berlakunya peningkatan kes Covid-19

sebelum negara beralih ke Peralihan ke Fasa Endemik mulai 1 April

2022.

2. Kerajaan telah menjelaskan bahawa pendekatan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) yang melibatkan “lockdown” secara besar-

besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula

walaupun kes COVID-19 meningkat. Lokaliti yang mempunyai kes

meningkat sahaja akan dilaksanakan kawalan pergerakan

berdasarkan kepada penilaian risiko kesihatan awam oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Peralihan ke Fasa Endemik amat penting kerana ia adalah ‘exit

strategy’ untuk membolehkan negara dan rakyat kembali semula

kepada kehidupan yang hampir normal selepas lebih dua tahun

mendepani COVID-19. Fasa peralihan endemik ini juga akan

memfokuskan perubahan daripada kebergantungan terhadap

intervensi kerajaan kepada solidariti komuniti serta tanggungjawab

individu.

Page 161: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 58

4. Dalam hubungan ini, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-

19 (PKRC) MAEPS yang beroperasi semula pada masa ini adalah

secara skala kecil bertujuan bagi merawat pesakit COVID-19 berisiko

rendah. Ia antara strategi kerajaan ketika penularan gelombang

Omicron serta dijangka beroperasi dalam tempoh singkat berbanding

ketika penularan varian Delta.

Sekian, terima kasih.

Page 162: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD

AL-BAKRI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri minta MENTERI PERTANIAN

DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan langkah-langkah dan

perancangan jangka panjang mengekang kenaikan harga barangan asas

dan kaedah memastikan stok bekalan makanan mencukupi tidak seperti

yang berlaku baru-baru ini sebagaimana stok bekalan ayam mentah dan

telur ayam yang sangat terhad.

Page 163: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebagai langkah jangka

panjang bagi meningkatkan bekalan dan menstabilkan harga ayam dan

telur di pasaran, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) Program Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara -

Bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada

sumber jagung import sebanyak 30% secara berfasa. Projek

berkeluasan 80,000 hektar ini dijangka dapat mengeluarkan

jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta tan metrik

menjelang tahun 2033;

(ii) Kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian dari sumber

tempatan seperti isirung kelapa sawit (PKC/PKE) - Hasil kajian

bersama pihak MARDI, Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan

SIME Darby Plantation telah berjaya menghasilkan produk

premium yang dinamakan “Purafex”. Produk ini adalah

berasaskan isirung kelapa sawit (PKC) dan sesuai digunakan

dalam formulasi makanan unggas yang boleh menggantikan

jagung bijian dan soybean meal sebanyak 30 hingga 45%.

(iii) Program kawalan dan pembasmian penyakit ternakan

berkepentingan ekonomi dan zoonotik - Bertujuan untuk

mengawal dan membasmi penyakit haiwan fokus kepada

ternakan babi dan Unggas yang mengakibatkan pengurangan

Page 164: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 59

pengeluaran, menjejas keuntungan industri, halangan eksport,

keseimbangan perdagangan negara terjejas dan menjejaskan

kesihatan orang awam (penyakit zoonotik). Sejumlah RM29

juta telah diperuntukkan di bawah RMK-12 untuk menjaya kan

program ini;

(iv) Kajian penambahbaikan vaksin ternakan - Menambahbaik

kualiti vaksin unggas dan ruminan tempatan bagi memperoleh

piawaian ASEAN GMP. Sejumlah RM500 ribu telah

diperuntukkan di bawah RMK-12 untuk menjaya kan program

ini;

(v) Skim Rezeki Ternakan Unggas - Bertujuan untuk membantu

penternak kecil dan B40 menambahkan sumber pendapatan

menerusi pakej bantuan bagi perolehan ternakan, makanan

ternakan dan input peralatan ladang dengan jumlah peruntukan

keseluruhan sebanyak RM30 juta di bawah RMK-12;

(vi) Program Agropreneur Muda - Bertujuan memberikan galakan

kepada golongan muda dan belia lepasan graduan yang tidak

mempunyai peluang pekerjaan untuk menceburi bidang

penternakan. Pada tahun 2021 sebanyak 124 orang penternak

telah dibantu dengan peruntukan bernilai RM2.5 juta;

(vii) Menawarkan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta kepada

penternak melalui Agrobank - Bertujuan untuk membantu

penternak mengatasi masalah modal pusingan kewangan yang

terjejas akibat kenaikan kos pengeluaran; dan

Page 165: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 59

(viii) Pengukuhan perkhidmatan Pusat Pengembangan Veterinar

(VetEC) dan Pejabat Veterinar Daerah - Memperkukuhkan

penyampaian perkhidmatan pengembangan veterinar di

lapangan menerusi Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC)

dan Pejabat Veterinar Daerah bagi membantu para penternak

untuk meningkatkan produktiviti ternakan di ladang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, kawalan harga ayam

dan telur adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sekian, terima kasih.

Page 166: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHA

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah jumlah bayaran balik Cukai Barang dan

Perkhidmatan (GST) yang masih belum dijelaskan dan jangkaan

Kementerian dalam menjelaskan kesemua bayaran balik tersebut.

Page 167: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), jumlah bayaran balik Cukai

Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih belum dijelaskan sehingga

28 Februari 2022 adalah sebanyak RM936.09 juta. Jumlah registran yang

terlibat adalah sebanyak 47,338. Sebelum bayaran balik tersebut dapat

dilakukan, JKDM akan menjalankan proses verifikasi termasuk

pengauditan. Proses ini antara lain melibatkan semakan ke atas jenis

input perniagaan yang dituntut bayaran balik, status bekalan yang dibuat,

tanggungjawab syarikat dari aspek pengenaan, pengakaunan dan

peremitan GST serta lain-lain liabiliti seperti yang ditetapkan di bawah

perundangan GST.

Sebaik sahaja kesahihan tuntutan bayaran balik tersebut dapat

ditentukan, JKDM akan membuat bayaran balik. JKDM sedang berusaha

supaya bayaran balik tersebut dapat diselesaikan dalam tahun ini. Namun

ianya masih tertakluk kepada kerjasama yang diberikan oleh syarikat

seperti mengemukakan dokumen sokongan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Page 168: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB SR. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI PENGAJIAN

TINGGI menyatakan senarai projek atau produk komersil yang dihasilkan

oleh pengkaji universiti tempatan melalui usahasama dengan syarikat

yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur dan syarikat Fortune 500 di

peringkat antarabangsa mulai tahun 1990 sehingga sekarang.

Page 169: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT) sentiasa memainkan peranan proaktif dalam membantu

universiti awam (UA) memacu ekonomi Malaysia dalam bidang

pengkomersilan mahupun dalam penyelidikan.

Secara keseluruhannya, banyak UA terlibat dalam bidang

penyelidikan produk dan pengkomersilan dengan kerjasama syarikat kecil

dan sederhana dalam penghasilan produk yang bermutu tinggi. Sebagai

contoh, terdapat enam (6) UA yang terlibat secara aktif dalam bidang

pengkomersilan harta intelek, projek kontrak penyelidikan, projek

konsultasi dan projek kerjasama rundingan bersama syarikat – syarikat

yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia ataupun syarikat Fortune

500, seperti berikut:

Bil. UA Projek/ Produk/ Kerjasama Nama

Syarikat

1.

Universiti

Malaysia

Terengganu

(UMT)

i. Produk pembalut luka

berasaskan madu (penyelidik:

Prof. Madya Dr. ChM Khairul

Anuar Mat Amin);

ii. Proses penghasilan madu kelulut

secara komersial (penyelidik:

Prof. Dr Shamsul Bahri b Abd

Razak)

Paradigm

Industry Sdn.

Bhd. (Anak

syarikat

Pharmaniaga

Berhad)

2. Universiti

Teknologi

MARA

(UiTM)

i. Kolaborasi penyelidikan dengan

Petronas Sdn Bhd bagi projek

Biocide Enhanced Chemical for

Microbial Induced Corrosion

i. Petronas

Sdn Bhd

Page 170: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 61

Bil. UA Projek/ Produk/ Kerjasama Nama

Syarikat

(BioMETT) dan perjanjian juga

telah ditandatangani bagi tujuan

tersebut;

ii. Projek “Financial Independence

Strategy for Community

Entrepreneur (FISCENT)” bagi

tajaan projek selama setahun

bermula April 2022 sehingga Mac

2023

ii. Pfizer Inc.

3. Universiti

Putra

Malaysia

(UPM)

i. UPM telah mengkomersilkan sebanyak 211

harta intelek melalui 100 syarikat usahasama

di Malaysia yang secara majoritinya adalah

syarikat terbitan baharu (startup) dan syarikat

perusahaan kecil dan sederhana (small and

medium enterprise).

ii. Buat masa ini, tiada usahasama

pengkomersilan yang dijalankan bersama

syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala

Lumpur dan syarikat Fortune 500 di peringkat

antarabangsa.

4. Universiti

Teknologi

Malaysia

(UTM)

Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

telah menjalinkan kolaborasi bersama pihak

industri melalui kerjasama penyelidikan kontrak

dan perundingan. Sehingga kini, pihak UTM

telah melaksanakan 23 projek kontrak

penyelidikan dan 7 projek perundingan

bersama syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala

Lumpur dan syarikat Fortune 500.

Selain itu, antara syarikat-syarikat lain yang terlibat dengan

kerjasama bersama pihak UA adalah seperti KL International Airport

Berhad, MIMOS Berhad, Toyota Autobody Japan, MISC Berhad,

Page 171: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 61

Prasarana Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Felda Palm

Industries, Perusahaan Otomobil Malaysia Berhad, Padiberas Nasional

Berhad, Sime Darby, Coca-Cola Malaysia, Nestle, Sirim Berhad,

Heveaboard Berhad, Top Glove dan Bank Rakyat.

Sekian, terima kasih.

Page 172: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan jumlah OKU yang telah menerima manfaat melalui JaminKerja

Insentif Penggajian sehingga 28 Februari 2022 mengikut sektor serta

apakah usaha Kementerian dalam menyediakan dan menjamin peluang

pekerjaan khusus kepada OKU Mental.

Page 173: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik sehingga 28 Februari 2022 jumlah majikan

yang terlibat dalam Program JaminKerja – Insentif Penggajian adalah

sebanyak 800 dengan kekosongan jawatan yang diiklankan di dalam portal

Portal Pekerjaan Negara adalah sebanyak 21,180 jawatan. Jumlah

permohonan JaminKerja – Insentif Penggajian yang diterima adalah

sebanyak 1,921 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai enam Orang

Kurang Upaya (OKU) berjaya mendapat pekerjaan seperti berikut:

i. Sektor Pembinaan - 2 orang

ii. Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan - 1 orang

iii. Sektor Penginapan,Perkhidmatan Makanan dan Minuman - 1 orang

iv. Sektor Maklumat dan Komunikasi - 1 orang; dan

v. Sektor Pentadbiran & Khidmat Sokongan - 1 orang.

Kementerian Sumber Manusia komited dalam usaha membantu

rakyat termasuk OKU Mental untuk mendapatkan pekerjaan serta

memastikan kadar pengangguran di Malaysia adalah terkawal. Oleh itu,

tindakan-tindakan telah diambil bagi mengurangkan masalah ini dengan

menawarkan pelbagai inisiatif dan program antaranya:

i. Menerusi Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperuntukkan

sebanyak RM2 bilion dengan sasaran 300,000 orang melalui

Program JaminKerja - Insentif Penggajian dimana

permohonan bagi program ini telah dibuka mulai 17 Januari

2022.

Page 174: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 62

Program JaminKerja - Insentif Penggajian ini merupakan

satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan bagi

merangsang para majikan untuk membuat pengambilan

pekerja, terutamanya dalam kalangan individu yang tidak aktif

bekerja, golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas

banduan, warga emas dan golongan wanita bagi tempoh

berpanjangan.

ii. Dalam hal ini, Kerajaan telah memperluaskan Elaun Mencari

Pekerjaan kepada golongan yang tidak mencarum dengan

PERKESO termasuklah OKU. Pencari kerja yang belum

mencarum dengan PERKESO perlu mendaftar dengan Portal

Pekerjaan Negara.

iii. Kerajaan juga menyediakan Program Pengurusan

Hilangupaya dengan izin Return To Work untuk membantu

pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk

dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan

selamat. Sehingga 18 Mac 2022, seramai 43,357 orang

peserta telah berjaya dibantu untuk kembali semula ke alam

pekerjaan.

iv. Di bawah Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia juga Kerajaan

turut melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran dan

Latihan Semula dengan peruntukan sebanyak RM200 juta dan

sasaran 36,000 orang pelatih

Page 175: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 62

v. Selain itu, Kerajaan turut melaksanakan aktiviti latihan,

perkembangan latihan peningkatan kemahiran dan latihan

kemahiran semula melalui levi Kumpulan Wang Pembangunan

Sumber Manusia. Bagi tempoh Januari 2021 sehingga 4 Mac

2022, sebanyak 651,812 tempat latihan telah diluluskan

meliputi 15 sektor daripada 35 bidang kemahiran.

Sekian, terima kasih.

Page 176: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' ZAIEDI HAJI SUHAILI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sejauh manakah Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara

menangani kes-kes penipuan internet yang direkodkan berlaku pada

tahun 2020 & 2021 serta apakah usaha Kementerian dalam menangani

isu ini.

Page 177: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jenayah penipuan kewangan (financial scam) di Malaysia adalah

tertakluk di bawah bidang kuasa pelbagai agensi penguatkuasaan, antara

lain seperti berikut:

• Polis Diraja Malaysia (PDRM) (kesalahan menipu);

• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Malaysia (KPDNHEP) (kesalahan menjalankan perniagaan skim

piramid);

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (kesalahan menjalankan

skim kepentingan haram);

• Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) (kesalahan pelaburan sekuriti

haram); dan

• Bank Negara Malaysia (BNM) (kesalahan menjalankan aktiviti

pengambilan deposit haram dan dagangan mata wang asing

haram).

Bagi setiap kesalahan, agensi penguatkuasaan perlu mengenal pasti

wujudnya elemen jenayah seperti yang diperuntukkan dalam undang-

undang yang berkaitan, sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan

dengan sewajarnya. Misalnya, bagi kesalahan pengambilan deposit

secara haram, BNM perlu memastikan bahawa aktiviti yang dilaksanakan

oleh suspek mempunyai elemen jenayah seperti yang digariskan dalam

seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 149 (1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Page 178: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha membendung dan

mencegah masalah penipuan kewangan, antaranya seperti berikut:

• Inisiatif kesedaran pengguna kewangan

Pelbagai inisiatif menggunakan saluran umum dan khusus telah

digunakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bagi

mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan

antaranya melalui:

i. Laman sesawang, misalnya:

a. Portal “Semak Mule”[1] oleh PDRM yang membolehkan

orang ramai membuat semakan serta “Scam Alert”[2]

yang menyediakan maklumat terkini berhubung jenayah

penipuan;

b. “Senarai Amaran Pengguna Kewangan” atau “Senarai

Amaran Penipuan Kewangan” yang menyenaraikan

syarikat-syarikat dan laman sesawang yang tidak

diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-

undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM[3]; dan

c. “Status Syarikat Jualan Langsung”[4] serta “Senarai

Lesen yang Dibatalkan”[5] oleh KPDNHEP.

ii. Media massa, termasuklah saluran televisyen, radio dan

siaran akhbar;

Page 179: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

iii. Media sosial;

a. Media sosial rasmi BNM di Facebook, Instagram,

Twitter dan Youtube;

b. Laman Facebook “Amaran Scam”[6] untuk

mendapatkan maklumat terkini mengenai taktik

penipuan dan tips melindungi diri dari menjadi mangsa;

dan

c. Ceramah-ceramah kesedaran umum dan kepada

kumpulan sasaran seperti pelajar-pelajar di universiti.

iv. Saluran aduan oleh orang ramai.

a. Pusat aduan CCID Scam Response Center (03-

26101559 / 03-26101599);

b. CCID Infoline (013-2111222) (melalui pesanan

WhatsApp); dan

c. BNM TELELINK melalui borang web

(bnm.gov.my/eLINK), LiveChat (bnm.gov.my/livechat)

atau di talian 1-300-88-5465

• Kerjasama dengan institusi-institusi kewangan, agensi

penguatkuasaan dan agensi-agensi berkepentingan

i. Dalam usaha membanteras jenayah tersebut dengan lebih

berkesan, BNM bersama institusi-institusi kewangan telah

mengadakan pelbagai kerjasama strategik dengan beberapa

agensi penguatkuasaan.

ii. Kerjasama ini antara lain bertujuan untuk membantu tindakan

penguatkuasaan melalui perkongsian maklumat antara agensi

bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan dengan lancar

dan berkesan.

Page 180: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

iii. Kerjasama strategik agensi penguatkuasaan ini telah

menyasarkan pelbagai sindiket jenayah penipuan kewangan

atau skim kewangan haram yang bertentangan dengan

undang-undang dalam bidang kuasa pelbagai agensi

penguatkuasaan yang berkenaan.

iv. Kerjasama melibatkan pihak BNM dengan agensi

penguatkuasaan lain seperti PDRM, Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia, KPDNHEP, SSM dan SC

merangkumi kegiatan pemantauan, siasatan dan

pendakwaan di mahkamah.

v. Bagi penipuan melibatkan pihak luar negara, pihak berkuasa

tempatan yang berkaitan akan bekerjasama dengan pihak

berkuasa asing yang menjalankan analisis atau siasatan ke

atas sebarang jenayah penipuan kewangan atau skim

kewangan haram yang dilakukan dalam negara mereka.

vi. Selain itu, BNM juga telah menjalinkan kerjasama dengan

pelbagai persatuan pengguna, badan bukan kerajaan dan

persatuan perniagaan dan perindustrian dalam

menyampaikan maklumat secara terus kepada pengguna

kewangan agar lebih berwaspada dengan sindiket penipuan

kewangan dan hanya berurusan dengan entiti yang

dilesenkan atau didaftarkan oleh agensi penguatkuasaan

seperti BNM, SC, KPDNHEP dan sebagainya.

BNM juga telah mengeluarkan garis panduan kepada semua institusi

kewangan yang antara lainnya menggariskan keperluan untuk

memperkasa ciri-ciri keselamatan minimum bagi perbankan seperti

keperluan pengesahan transaksi pelanggan, pemakluman transaksi dan

usaha wajar pelanggan (customer due diligence) semasa membuka

Page 181: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

akaun bank. Keperluan-keperluan ini adalah penting bagi memastikan

institusi kewangan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam

mengenal pasti, mengesan dan mengawal kes penipuan kewangan

daripada berleluasa.

Khususnya berhubung skim penipuan pelaburan dan aktiviti tanpa

lesen/pendaftaran yang kini berleluasa terutamanya ketika pandemik

COVID-19, adalah didapati skim-skim ini kebanyakannya dipromosi dan

ditawarkan melalui platform-platform media sosial dan platform

komunikasi dalam talian seperti Whatsapp dan Telegram.

Berikutan itu, SC telah mengambil pelbagai tindakan untuk

membendung skim-skim sebegini dengan objektif utama untuk melindung

pelabur dari menjadi mangsa. Dalam hal ini, sasaran utama adalah untuk

membanteras aktiviti skim-skim yang dikenal pasti, termasuklah yang

berpangkalan di luar negeri dengan menyekat platform-platform dalam

talian yang mereka gunakan dari terus melakukan promosi atau membuat

tawaran haram kepada masyarakat Malaysia. Langkah ini dilakukan

dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) dan Facebook Malaysia. SC juga giat mengemas kini “Senarai

Peringatan Pelabur” (“Investor Alert List”) yang menyenaraikan nama

syarikat yang disyaki menjalankan skim-skim haram[7].

Sehubungan dengan ini, pada tahun 2021, SC telah menyekat 133

laman web, menyenaraikan 275 nama syarikat dan individu di “Senarai

Peringatan Pelabur” dan menyekat 35 laman Facebook.

Page 182: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 63

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan insiden skim-skim

penipuan pelaburan dan aktiviti-aktiviti tanpa lesen/pendaftaran, SC telah

pada tahun 2020 menubuhkan suatu pasukan petugas dalaman (internal

task force) untuk menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan

terhadap pelaku penipuan firma klon (clone firm scam). Pasukan ini

secara khususnya telah menyiasat skim yang telah menyalahgunakan

nama syarikat sah yang dilesenkan atau didaftarkan oleh SC untuk tujuan

melakukan kegiatan pelaburan tidak sah.

Sepanjang tahun 2021 hingga kini, SC telah mengambil

tindakan penguatkuasaan termasuk satu pertuduhan jenayah terhadap

pedagang niaga hadapan tidak berlesen kerana menipu pelabur berkaitan

aktiviti tidak berlesen dan menipu wang sembilan pelabur sebanyak

hampir RM1.45 juta. Selain itu, pihak SC juga telah mengambil tindakan

administratif terhadap beberapa entiti yang menjalankan aktiviti tanpa

lesen/pendaftaran.

Sebelum 2021, SC juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan

jenayah dan administratif terhadap 7 individu bagi kesalahan

menjalankan skim penipuan pelaburan dan aktiviti tanpa

lesen/pendaftaran.

Sekian, terima kasih.

7 /8

Page 183: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' WIRA OTHMAN BIN AZIZ

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Wira Othman Bin Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian

untuk menyelesaikan masalah kenaikan melampau harga input pertanian

padi seperti baja dan racun yang kini membebankan pesawah.

Page 184: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saban tahun, Kerajaan telah

memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion bagi menyediakan subsidi input

pertanian untuk pembangunan industri padi negara. Jumlah ini

merangkumi hampir 60% daripada kos pengeluaran padi sehektar dan

bakinya ditanggung oleh para pesawah sendiri. Antara bentuk subsidi

input pertanian yang diberikan meliputi Skim Baja Padi Kerajaan

Persekutuan (SBPKP) dalam bentuk baja urea dan baja sebatian; Skim

Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dalam bentuk bantuan baja NPK

tambahan, bajak, racun makhluk perosak dan pengapuran; dan Insentif

Benih Padi Sah (IBPS). Manakala Skim Baja dan Racun Padi Bukit

(SBRPB) yang diberikan adalah khusus untuk penanaman padi bukit di

Sabah dan Sarawak sahaja.

Namun demikian, Kerajaan amat prihatin dengan keluhan para

pesawah susulan berlakunya peningkatan kos dan harga bahan racun

yang ketara. Ianya tidak dapat dielakkan memandangkan sebahagian

besar bahan dan material racun di pasaran tempatan adalah diimport

diimport dari luar negara dan mendapat permintaan yang tinggi, negara-

negara pengeksport bahan racun juga telah mengurangkan penghasilan

material racun susulan pandemik wabak COVID-19, dan sebagainya.

Oleh yang demikian, mengambil kira keadaan semasa, Kerajaan telah

menaikkan kadar bantuan bersubsidi racun makhluk perosak di bawah

program SIPP daripada RM200/hektar per musim kepada RM300 / hektar

per musim pada tahun 2022. Kadar ini dapat menampung pembelian

empat botol racun pelbagai jenama di bawah senarai SIPP yang mana

Page 185: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 64

harganya adalah terkawal untuk setiap hektar per musim berdasarkan

keperluan pesawah. Kenaikan kadar ini melibatkan implikasi kewangan

kepada Kerajaan sebanyak RM62 juta.

Sekian, terima kasih.

Page 186: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI

MUSA

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sejauh manakah langkah-langkah yang diambil oleh Pihak

Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dalam memudah cara syarikat-

syarikat mendapatkan khidmat nasihat untuk kelulusan-kelulusan peranti

perubatan yang diperlukan. Ini untuk memastikan ketersediaan

kemudahan peranti perubatan untuk rakyat tidak terjejas.

Page 187: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sepanjang penubuhannya, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

(MDA) telah menyediakan dokumen-dokumen dalam bentuk surat

pekeliling, panduan dan garis panduan berkaitan keperluan-

keperluan perundangan yang perlu dipatuhi.

2. Dokumen-dokumen ini bertujuan memberi kefahaman kepada

syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri peranti perubatan dan

memudah cara bagi keperluan untuk mendapatkan kelulusan

daripada pihak MDA. Setakat ini, sebanyak 21 surat pekeliling, 39

dokumen panduan dan 7 garis panduan telah dibangunkan bagi

memberi yang memberi penjelasan dan penerangan terperinci dalam

pelbagai aspek pelaksanaan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)

dan peraturan-peraturan di bawahnya.

3. Selain itu, MDA turut menawarkan khidmat nasihat melalui pelbagai

platform, sesi konsultasi, inkuiri secara langsung melalui e-mel dan

telefon serta seminar, bengkel dan latihan yang bertujuan memberi

kefahaman dan memudahcara syarikat-syarikat untuk mendapatkan

kelulusan MDA. Bagi tahun 2021, sebanyak 40 sesi konsultansi dan

16 seminar/latihan, telah dilaksanakan termasuk yang berkaitan kit

ujian COVID-19 yang menjadi tumpuan dan telah dilaksanakan sejak

tahun 2020 selepas pandemik COVID-19 melanda.

4. Pihak MDA merancang untuk mengadakan 19 seminar/latihan dan

40 sesi konsultansi sepanjang tahun 2022

Page 188: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 65

Sekian, terima kasih.

Page 189: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Haji Husain bin Awang minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan sejauh mana usaha Kementerian untuk

mempertingkatkan jaringan internet dan digitalisasi di Terengganu dalam

usaha membantu para usahawan untuk terus terlibat dalam perniagaan

dalam talian.

Page 190: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Antara inisiatif untuk menambah baik infrastruktur digital di

Terengganu melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1

setakat suku keempat 2021 adalah seperti berikut:

Inisiatif Tapak Menara

Baharu Naik Taraf Stesen

Pemancar Premis Tersedia

Gentian Optik

Negeri Perancangan Siap Perancangan Siap Perancangan Siap

Terengganu 99 37 1,109 1,042 41,998 28,222

Manakala, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di

Terengganu telah meningkat kepada 96.21% pada suku keempat 2021

berbanding 93.68 % sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua

2020. Usaha penambahbaikan rangkaian sentiasa diteruskan untuk

memberikan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Untuk makluman, pihak Kementerian menerusi Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa berusaha untuk

membantu usahawan untuk menceburi perniagaan dalam talian,

antaranya telah mendirikan sejumlah 910 Pusat Internet Komuniti (PIK)

yang kini telah dijenamakan semula sebagai Pusat Ekonomi Digital

Keluarga Malaysia (PEDi) pada 21 November 2021. Majlis pelancaran

PEDi telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob di Bangunan Anjung Warisan, Kampung Durian Tawar,

Bandar Bera, Pahang. PEDi merupakan salah satu projek yang

dilaksanakan di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS)

dan telah diperkenalkan oleh SKMM pada tahun 2007.

Page 191: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 66

Fokus pelaksanaan PEDi ini pada asalnya adalah untuk

menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan

kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Skop PEDi ini telah

diperluaskan lagi selain menyediakan kemudahan capaian Internet,

pelbagai kursus keusahawanan serta latihan berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) turut disediakan.

Pada masa ini, terdapat 66 PEDi di negeri Terengganu di mana

masyarakat setempat boleh mengambil peluang untuk menyertai mana-

mana program-program berkaitan e-dagang yang disediakan di PEDi

tersebut dan mempelajari kaedah untuk mengadaptasi perniagaan

mereka secara atas talian. Menerusi bantuan oleh kakitangan PEDi, ia

secara langsung akan membolehkan masyarakat setempat untuk

menyertai ekonomi digital menerusi platform e-dagang. Oleh yang

demikian, inisiatif-inisiatif yang dikendalikan di PEDi boleh meningkatkan

tahap kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah peningkatan taraf

sosio-ekonomi dan seterusnya memperkasa modal insan dalam kalangan

masyarakat luar bandar serta merapatkan jurang digital di antara

masyarakat bandar dan luar bandar.

Untuk negeri Terengganu, seramai 1,948 usahawan digital telah

diwujudkan melalui program yang dianjurkan di bawah PEDi dan bergerak

aktif dalam perniagaan pada masa ini. Antara contoh usahawan berjaya

menerusi PEDi adalah seperti berikut:

(i) Puan Hasliza binti Ibrahim berusia 45 tahun,

merupakan usahawan PEDi Kg Fikri, Setiu. Beliau telah

menjalankan perniagaan keropok secara dalam talian Shopee dan

jumlah pendapatan jualannya yang bermula hanya dengan RM150

sebulan telah meningkat sehingga RM6,000 sebulan;

Page 192: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 66

(ii) Puan Nurul Majdiah binti Abd Rahim berusia 33 tahun, merupakan

usahawan PEDi Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu. Beliau

mula menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform

Shopee pada Oktober 2020 dan berjaya

membuat jualan melebihi RM10K (1 tahun pertama).

Sekian, terima kasih.

Page 193: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta PERDANA MENTERI menyatakan

cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi meminda

Perlembagaan Persekutuan supaya dapat memberikan kuasa semakan

kehakiman kepada Mahkamah Syariah Negeri dalam sebarang kes yang

diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Page 194: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan maklum berhubung dengan keputusan Mahkamah

Persekutuan berkenaan isu keabsahan seksyen 66A Enakmen

Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (Enakmen tersebut)

dalam kes SIS Forum (Malaysia) Lwn. Kerajaan Negeri Selangor.

Seksyen 66A Enakmen tersebut telah digubal dan diluluskan oleh

Dewan Undangan Negeri Selangor bertujuan memberi kuasa kepada

Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor untuk melaksanakan kuasa

semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis

Agama Islam Selangor (MAIS) atau jawatankuasa-jawatankuasa yang

menjalankan fungsi di bawah Enakmen tersebut.

2. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan

bahawa seksyen 66A Enakmen tersebut adalah tidak

berperlembagaan dan terbatal kerana ia merupakan peruntukan yang

mana Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa

untuk menggubalnya.

Page 195: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 67

3. Dalam hal ini, Kerajaan sentiasa komited dalam usaha untuk

memperkasakan kedudukan mahkamah Syariah dan perundangan

syariah di Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

4. Kerajaan juga maklum dengan cadangan supaya pindaan dibuat

kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa penuh

kepada mahkamah Syariah dalam menjalankan semakan kehakiman

berhubung keputusan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Namun

demikian, cadangan tersebut tidak boleh dilaksanakan secara terburu-

buru dan mendadak. Kajian yang mendalam dan komprehensif

berhubung dengan perkara tersebut perlulah dilakukan terlebih dahulu

sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung dengan perkara

tersebut. Ini bagi memastikan apa-apa keputusan yang dibuat kelak

adalah tepat dan teratur dari segi undang-undang dan boleh

dipertahankan sekiranya ia dicabar di mahkamah kelak.

5. Dalam hal ini, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah

mengaktifkan semula peranan Jawatankuasa Memperkasakan

mahkamah Syariah (JKMMS). Fungsi jawatankuasa tersebut akan

diperluaskan bagi meneliti cadangan untuk memperkasakan

mahkamah Syariah, termasuklah keperluan pindaan kepada

Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

Page 196: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PELANCONGAN,

SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah strategi Kementerian untuk

memastikan pengusaha-pengusaha kraf di Malaysia dapat bersaing

dengan pengusaha-pengusaha kraf negara-negara jiran.

Page 197: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia)

memberi perhatian dalam membangun dan memperkasakan industri kraf

tempatan agar dapat bersaing dengan pengusaha-pengusaha kraf

negara-negara jiran.

2. Kraftangan Malaysia secara berterusan mendaya upayakan usaha

menambah baik kualiti dan reka bentuk produk dengan memberi

bimbingan dari aspek pembangunan rekaan baharu, penggunaan teknik

dan bahan baharu dalam penghasilan produk serta trend fesyen dan

warna terkini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati

kehendak pasaran. Kerjasama dengan pereka tempatan dan luar negara

turut dibuat bagi meningkatkan kebolehpasaran produk kraf di peringkat

domestik dan antarabangsa.

3. Dalam memastikan produk kraf yang berkualiti dan memenuhi

standard piawaian antarabangsa, Kraftangan Malaysia melaksanakan

Kajian Mutu dan Standard iaitu program Pematuhan Standard Tenun

Pahang - Piawaian Produk Kraf Tenun MS 1347-3:2011 (Tenunan),

Pematuhan Standard Batik - Piawaian Produk Kraf Batik MS 692:2019

(Batik Malaysia), Program Pematuhan Songket - Piawaian Produk Kraf

Songket MS 1747-1:20018 (Songket) dan MS 1747-3:20018 (Songket).

Pada tahun 2022, pembangunan standard memberi fokus kepada

produk asas ukiran kayu dan produk seramik manakala pemakaian

standard bagi tekstil terus diperkasakan.

Page 198: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 68

4. Kraftangan Malaysia juga memberi bimbingan dari aspek

pengeluaran produk dengan memberi fokus kepada peningkatan

kemahiran teknikal untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kualiti

produk. Usahawan kraf dibekalkan dengan kemahiran softskills dari segi

komunikasi, pemasaran dalam talian dan kewangan agar mereka dapat

menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan kompetitif.

5. Kemahiran usahawan kraf juga diperkasakan dari aspek pemasaran

dengan menyediakan peluang penyertaan dalam program promosi

jualan secara fizikal anjuran Kraftangan Malaysia. Usahawan juga turut

diberi bimbingan dari aspek pemasaran dalam talian dengan

mendedahkan mereka cara membina page perniagaan, pemasaran di

internet dan media sosial, penghasilan video & fotografi, penulisan

naskah iklan (copywriting), pengendalian stok serta pengurusan

perniagaan dalam talian.

6. Usaha-usaha yang dibuat oleh Kraftangan Malaysia ini adalah

untuk memastikan pengeluaran produk oleh usahawan adalah unik,

mempunyai nilai serta identiti tersendiri yang membezakannya dengan

hasil kraf dari negara jiran.

Sekian, terima kasih.

Page 199: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian Minta PERDANA MENTERI

menyatakan bilakah Kerajaan akan membuka sempadan negara supaya

kegiatan ekonomi negara dapat dirancakkan semula.

Page 200: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

YB DATUK DR. ABD LATIFF BIN AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang DiPertua,

1. Secara keseluruhannya, perancangan pembukaan semula

sempadan negara secara selamat dan berperingkat atau

Reopening Safely yang sedang diusahakan Kerajaan adalah

berjalan lancar. Pada 8 Mac 2022 juga, Kerajaan telah

mengumumkan bahawa bermula 1 April 2022, negara akan

memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan pembukaan sempadan

negara.

2. Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang

sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan

untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu

sempadannya kepada pengembara luar. Dalam masa yang sama,

pengembara asing dengan dokumen perjalanan yang sah juga

boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu

lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Aplikasi

MySejahtera perlu dimuat turun dan diaktifkan serta melengkapkan

Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.

Page 201: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 69

3. Prosedur di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang melibatkan

pengujian dan kuarantin juga akan diteruskan bagi semua

pengembara yang masuk ke Malaysia. Pengembara yang lengkap

divaksinasi masih perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19, 2

hari sebelum berlepas dan dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan

serta tidak perlu menjalani kuarantin. Bagi pengembara yang tiada

vaksinasi lengkap / tidak menerima vaksin perlu menjalani

pengujian sebelum berlepas dan semasa ketibaan serta pengujian

dan kuarantin selama 5 hari selepas ketibaan. Prosedur Operasi

Standard (SOP) terperinci bagi pengembara yang melalui jalan

darat pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

4. Di samping itu juga, Kerajaan sedang meneliti Prosedur Operasi

Standard (SOP) bagi pembukaan jalan darat di pintu masuk

antarabangsa negara yang bersempadanan dengan Indonesia,

Singapura dan Brunei. Kerajaan juga mengambil maklum terhadap

rakyat Malaysia yang menerima kesan secara langsung berikutan

penutupan sempadan negara, terutamanya dalam kalangan rakyat

Malaysia yang bekerja di negara-negara jiran mahupun komuniti-

komuniti perniagaan

Sekian, terima kasih.

Page 202: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ DR. NUING JELUING

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato Dr. Nuing Jeluing minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah

projek sakit (terbengkalai) terkini dan pecahan mengikut negeri. Apakah

langkah-langkah yang diambil untuk membaik pulih projek-projek ini

secepat mungkin dan apakah prosedur berlainan yang akan dilaksanakan

untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi di masa hadapan.

Page 203: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Mengikut Pekeliling Perolehan Kerajaan 4.5 mengenai Tatacara

Pengurusan Projek Sakit dan Pelantikan Kontraktor Penyiap, projek

sakit adalah apabila kemajuan kerja fizikal projek mengalami

kelewatan melebihi dua (2) bulan atau melebihi 20% (mengikut

mana yang terdahulu) berbanding jadual yang ditetapkan dalam

kontrak, dan kontraktor adalah tidak berupaya untuk memperbaiki

prestasinya.

2. Bilangan projek sakit ini adalah dinamik mengikut masa sebenar

(real time) kerana mengambil kira antara lain, status kemajuan

terkini yang dicapai oleh kontraktor, tindakan pemulihan yang

diambil oleh Pegawai Penguasa, kelulusan lanjutan masa dan

penamatan kontraktor. Umumnya, kesan projek sakit bukan sahaja

menjejaskan prestasi Kerajaan tetapi khususnya membebankan

rakyat kerana tidak dapat menikmati manfaat kemakmuran ekonomi

yang terhasil daripada pembangunan projek tersebut.

3. Dalam hal ini, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk

membaik pulih projek-projek sakit menerusi lawatan intervensi oleh

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM). Hasil daripada lawatan

intervensi yang dilaksanakan, umumnya terdapat 5 masalah utama

Page 204: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 70

yang menyumbang kepada projek sakit iaitu prestasi kontraktor,

pengalihan utiliti, isu pelaksanaan projek, keupayaan agensi

pelaksana dan perunding.

4. Sehingga 28 Februari 2022, daripada 92 projek sakit yang telah

dikenalpasti, sebanyak 57 projek daripadanya masih kekal berstatus

projek sakit manakala 35 projek lagi telah berjaya dipulihkan.

Pemulihan projek sakit dilaksanakan menerusi komitmen

kementerian serta agensi pelaksana projek dalam memastikan

kontraktor untuk sentiasa meningkatkan prestasi kemajuannya.

5. Terkini, taburan 57 projek sakit mengikut negeri adalah seperti

berikut:

BIL NEGERI BILANGAN PROJEK

SAKIT

1 Sabah 25

2 Pahang 7

3 Melaka 5

4 Perak 5

5 Johor 4

6 Selangor 3

7 Kelantan 2

8 Perlis 2

9 Kedah 1

10 Pulau Pinang 1

11 Terengganu 1

12 Wilayah Persekutuan 1

JUMLAH 57

Page 205: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 70

6. Selain lawatan intervensi, ICU, JPM juga melaksanakan sesi

problem solving dan sesi troubleshooting dengan melibatkan

kolaborasi di antara pihak Kerajaan dan kontraktor bagi

menyelesaikan isu-isu yang melewatkan pelaksanaan projek seperti

pengalihan utiliti (TNB, syarikat telekomunikasi, syarikat bekalan air

serta gas) serta penetapan syarat-syarat projek oleh Pihak

Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri.

7. Di samping itu juga, projek-projek bermasalah yang telah dikenal

pasti serta cadangan penyelesaian turut juga dibincangkan dalam

platform mesyuarat di peringkat tertinggi Kerajaan seperti berikut:

(i) Mesyuarat Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan

Projek Pembangunan Negara (JP4N) - dipengerusikan

secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Ekonomi) dan Ketua Setiausaha Negara.

(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan

Negara (JTPN) - dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

Negara; dan

(iii) Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) yang

dipengerusikan oleh Menteri kementerian masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Page 206: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah status terkini pelaksanaan gaji minimum.

Page 207: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2020 telah selesai

dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara iaitu

satu jawatankuasa yang dibentuk di bawah Majlis Perundingan Gaji

Negara. Majlis Perundingan Gaji Negara dalam mesyuaratnya pada

18 November 2021 dan 9 Disember 2021 telah meneliti hasil Laporan

Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2020 ini.

Berdasarkan hasil kajian ini, Majlis Perundingan Gaji Negara telah

membuat pertimbangan dan mengemukakan syor gaji minimum baharu

kepada Kerajaan berdasarkan balanced approach dengan mengambil

kira pandangan pihak pekerja, majikan dan kerajaan.

YAB Perdana Menteri pada 19 Mac 2022 telah mengumumkan

bahawa Perintah Gaji Minimum 2022 dengan kadar RM1,500.00 akan

dikuatkuasakan mulai 1 Mei 2022. Pada ketika ini satu penelitian sedang

dibuat berkaitan kaedah pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 ini.

Sekan, terima kasih.

Page 208: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Fadhlina Binti Dato' Sidek minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan garis masa pembentangan RUU Penyalahgunaan Dadah dan

Substan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan) serta usaha-usaha yang

dijalankan bagi memastikan pembentangan RUU ini dalam tempoh terdekat

bagi menjamin kesejahteraan sosial masyarakat.

Page 209: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Dalam Negeri sedang menyediakan Rang Undang-undang

(RUU) Penyalahgunaan Dadah dan Substan bagi menggantikan Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. RUU baharu ini digubal

bertujuan untuk memperkasa dan meluaskan akses perkhidmatan rawatan

dan pemulihan penagih dadah dan substan serta penyalah guna dadah dan

substan.

KDN sedang melaksanakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak terutama

jabatan / agensi kerajaan yang berkaitan dan akan diteruskan bersama

pemegang taruh yang lain bagi memastikan kelancaran pelaksanaan akta

baharu ini kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 210: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN

KHIRUDIN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah strategi yang digunakan oleh Kerajaan sehingga

menyebabkan Tabung Haji berjaya mencatatkan prestasi keuntungan

yang memberangsangkan bagi tahun 2021.

Page 211: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 73

JAWAPAN

(MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI )

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mencatat kadar keuntungan dan

tahap aset dan deposit yang baik pada tahun 2021 walaupun

keadaan ekonomi dan pasaran masih belum cukup pulih.

Sebagaimana institusi pelaburan yang lain, TH terpaksa

berhadapan dengan keadaan ekonomi yang masih terkesan dari

pandemik Covid-19 yang berterusan pada tahun 2021.

2. TH telah mencatat pendapatan sebanyak RM3.24 bilion bagi tahun

2021 berbanding RM3.15 bilion bagi tahun 2020, iaitu peningkatan

sebanyak 2.9 peratus. Pelaburan pendapatan tetap dan ekuiti telah

menyokong pendapatan yang stabil pada tahun 2021 dengan

menyumbang lebih dari 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.

3. Keteguhan pencapaian kewangan TH mencerminkan pendekatan

pelaburan yang strategik dan oportunistik dengan pengurusan

kecairan yang mantap, berpandukan kepada Alokasi Aset Strategik

(SAA) yang menjadi paksi pelaburan jangka panjang serta

meminimumkan kesan ketidaktentuan pasaran.

4. Berdasarkan rangka kerja SAA yang diluluskan, TH boleh melabur

58 peratus dari asetnya dalam pelaburan pendapatan tetap dan ini

merupakan pelaburan terbesarnya. Pelaburan saham atau ekuiti

pula merangkumi 23 peratus dari SAA, diikuti dengan 11 peratus

Page 212: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 73

untuk hartanah, 5 peratus untuk pasaran wang Islam dan 3 peratus

untuk pelaburan ekuiti persendirian.

5. Seiring dengan langkah penjimatan dan pengurusan kewangan

yang berhemah, kos operasi TH telah menurun sebanyak empat (4)

peratus berbanding tahun 2020. TH juga telah mula meningkatkan

pelaburan ekuiti luar negara, yang berupaya untuk memberikan

pulangan yang lebih kompetitif, secara berperingkat mengambil kira

kadar risiko yang berpatutan. Pelaburan ekuiti luar negara telah

meningkat kepada 6% pada tahun 2021, berbanding tahun

sebelumnya.

Sekian, terima kasih.

Page 213: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk John Ambrose minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menjamin masa

depan doktor-doktor kontrak agar negara tidak mengalami "brain drained"

pada masa akan datang.

Page 214: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan pada 14 Julai 2021 telah bersetuju supaya pegawai

perubatan lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib

dua tahun dilanjutkan tempoh kontrak untuk 2 tahun lagi bagi

memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan

pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian

kepakaran.

2. Kerajaan pada 29 Oktober 2021 semasa pembentangan Bajet 2022

Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera telah bersetuju untuk

menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10 ribu pegawai

perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib

selama dua (2) tahun kepada maksimum empat (4) tahun bagi

memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai persediaan

pengajian kepakaran.

3. Walau bagaimanapun, penyambungan kontrak ini masih tidak

menyelesaikan sepenuhnya isu perjawatan tetap yang terhad dan

tidak mencukupi berbanding keperluan sebenar pegawai perubatan,

pergigian dan farmasi. Penyambungan kontrak pegawai-pegawai ini

hanyalah langkah penyelesaian sementara. Dalam jangka masa

panjang, kestabilan sistem kesihatan berkemungkinan terjejas dan

tidak dapat mewujudkan jaminan pekerjaan (security of tenure) di

KKM.

Page 215: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 74

4. Sehubungan itu, Kerajaan pada 19 Januari 2022 telah bersetuju:

(i) pewujudan 4,186 jawatan tetap tambahan di KKM pada tahun

2022 bagi tujuan melantik seramai 3,586 pegawai perubatan,

300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi;

(ii) pewujudan sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap Pegawai

Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi

diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga

2025; dan

(iii) pewujudan 800 jawatan tetap Pakar Perubatan dan 70 Pakar

Pergigian diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun

2023 bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap di fasiliti

kesihatan di bawah KKM.

5. Susulan itu, pada 1 Mac yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam (SPA) telah mengeluarkan iklan bagi pengisian perjawatan

tetap bagi tahun 2022 merangkumi 3,586 pegawai perubatan, 460

pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

6. Langkah-langkah yang telah diambil oleh KKM dijangka dapat

mengelakkan berlakunya brain drain (dengan izin) dalam kalangan

pegawai perubatan khususnya yang melibatkan pegawai perubatan

lantikan kontrak.

Sekian terima kasih.

Page 216: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta PERDANA MENTERI

menyatakan kesiapsiagaan Kerajaan bagi memperkasakan perundangan

Islam iaitu:

(a) apakah pindaan akan dibuat pada Butiran 1, Senarai II (Senarai

Negeri) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bagi

memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah demi kepentingan

jangka panjang; dan

(b) adakah jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat

bertujuan untuk mengkaji dan meminda Perlembagaan Persekutuan

bagi maksud tersebut.

Page 217: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 75

JAWAPAN

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan sentiasa komited dalam usaha untuk memperkasakan

kedudukan mahkamah Syariah dan perundangan syariah di Malaysia

berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

2. Kerajaan juga maklum dengan keputusan Mahkamah Persekutuan

berkenaan isu keabsahan seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama

Islam Negeri Selangor 2003 (Enakmen tersebut) dalam kes SIS Forum

(Malaysia) Lwn. Kerajaan Negeri Selangor. Seksyen 66A Enakmen

tersebut telah digubal dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri

Selangor bertujuan memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah

di Selangor untuk melaksanakan kuasa semakan kehakiman ke atas

keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau

jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah

Enakmen tersebut.

3. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan

bahawa seksyen 66A Enakmen tersebut adalah tidak

berperlembagaan dan terbatal kerana ia merupakan peruntukan yang

Page 218: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 75

mana Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa

untuk menggubalnya.

4. Kerajaan menyambut baik cadangan supaya pindaan dibuat kepada

Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa penuh kepada

mahkamah Syariah. Namun demikian, cadangan tersebut tidak boleh

dilaksanakan secara terburu-buru dan mendadak. Kajian yang

mendalam dan komprehensif berhubung dengan perkara tersebut

perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat

berhubung dengan perkara tersebut. Ini bagi memastikan apa-apa

keputusan yang dibuat kelak adalah tepat dan teratur dari segi

undang-undang dan boleh dipertahankan sekiranya ia dicabar di

mahkamah kelak.

5. Kerajaan juga menyambut baik cadangan supaya suatu jawatankuasa

khas ditubuhkan untuk mengkaji perkara tersebut. Dalam hal ini,

sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengaktifkan semula

peranan Jawatankuasa Memperkasakan mahkamah Syariah

(JKMMS). Fungsi jawatankuasa tersebut akan diperluaskan bagi

meneliti cadangan untuk memperkasakan mahkamah Syariah,

termasuklah keperluan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

Page 219: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan jumlah guru-guru bukan opsyen Pendidikan

Khas yang masih tidak mendapat latihan formal Pendidikan Khas selepas

6 bulan serta apakah perancangan Kementerian untuk melatih guru-guru

bukan opsyen sebelum mereka ditugaskan mengajar MBK atau terdapat

sebarang program latihan/intervensi dalam perkhidmatan.

Page 220: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 76

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan

semua guru pendidikan khas, termasuk guru bukan opsyen yang

mengajar pendidikan khas diberikan kursus dan pendedahan dalam

mengendalikan Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Berdasarkan rekod KPM sehingga 7 Mac 2022, seramai 4,716

orang guru bukan opsyen telah mengikuti Kursus Asas Pendidikan Khas

dan baki seramai 628 orang guru bukan opsyen Pendidikan Khas akan

mengikuti kursus berkenaan pada tahun ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara latihan dan kursus

yang dilaksanakan kepada guru bukan opsyen pada setiap tahun adalah

program pembangunan guru baharu, orientasi dan mobiliti, pengurusan

tingkah laku MBK dan ciri-ciri masalah pembelajaran, pendedahan kod

Braille, grafik taktil dan peralatan khas serta penggunaan Rancangan

Pendidikan Individu bagi MBK.

Selain itu, KPM juga telah melaksanakan Program Intervensi

Tambah Opsyen (PITO) Pendidikan Khas yang bertujuan memberi latihan

formal kepada guru bukan opsyen yang mengajar pendidikan khas.

Sekian, terima kasih.

Page 221: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' AJIS BIN SITIN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato' Ajis Bin Sitin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah

pihak Kementerian bercadang untuk menempatkan lebih ramai lagi

profesional dan kakitangan dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang

sedang berkhidmat dengan KKM untuk berkhidmat di Hospital Orang Asli

Gombak (HOAG). Adalah dirasakan inisiatif tersebut akan menjadikan

HOAG lebih disenangi oleh masyarakat Orang Asli untuk menerima

rawatan.

Page 222: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menitik beratkan

penyampaian perkhidmatan kesihatan yang optimum di seluruh

fasiliti kesihatan di KKM termasuk di Hospital Orang Asli Gombak

(HOAG). Sehingga 1 Mac 2022, seramai 756 anggota dalam

kalangan masyarakat Orang Asli yang berkhidmat di KKM di seluruh

negara.

2. Sehingga kini, seramai 55 (25.8%) anggota daripada keseluruhan

213 anggota yang berkhidmat di HOAG terdiri daripada kalangan

masyarakat Orang Asli. Perincian anggota dalam kalangan

masyarakat Orang Asli di HOAG adalah seperti berikut:

(i) Pegawai Perubatan: 1 orang

(ii) Penolong Pegawai Perubatan: 3 orang

(iii) Jururawat: 7 orang

(iv) Jururawat Masyarakat: 4 orang

(v) Pembantu Perawatan Kesihatan: 14 orang

(vi) Juruteknologi Makmal Perubatan: 2 orang

(vii) Pembantu Pembedahan Pergigian: 1 orang

(viii) Penolong Pegawai Tadbir: 1 orang

(ix) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi): 1 orang

(x) Penolong Jurutera: 1 orang

(xi) Pembantu Pembangunan Masyarakat: 3 orang

(xii) Pemandu Kenderaan: 5 orang

(xiii) Pembantu Awam: 11 orang

(xiv) Pembantu Penyediaan Makanan: 1 orang

Page 223: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 77

3. KKM dari semasa ke semasa sentiasa berusaha meningkatkan

penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada populasi masyarakat

Orang Asli khususnya di HOAG agar perkhidmatan yang diberikan

oleh hospital ini dalam keadaan baik dan teratur.

Sekian terima kasih.

Page 224: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan program KPMPerkasaKu dalam

menangani masalah keciciran pembelajaran dalam kelompok murid B40

akibat penularan pandemik COVID-19.

Page 225: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa

pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pembelajaran murid

terutamanya apabila mereka tidak dapat hadir ke sekolah secara

bersemuka. Oleh yang demikian, selain daripada keciciran daripada sistem

pendidikan, KPM turut melihat keciciran dalam konteks penguasaan

pembelajaran. Bagi meningkatkan penguasaan murid, KPM telah

melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum

(KPMPerkasaKU).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, objektif KPMPerkasaKu

adalah untuk merapatkan jurang pembelajaran murid, termasuk murid B40.

Program KPMPerkasaKu juga dilaksanakan untuk mengukuhkan kemahiran

literasi dan numerasi murid yang belum menguasai tahap minimum

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Penilaian akhir Tahap Penguasaan (TP) bagi murid sekolah rendah

berdasarkan data pada 15 Januari 2022 menunjukkan:

i. 93.40 peratus murid sekolah rendah telah melepasi tahap

penguasaan minimum, iaitu TP3 hingga TP6 bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu.

ii. 94.23 peratus murid sekolah rendah yang telah melepasi tahap

penguasaan minimum bagi mata pelajaran Matematik.

Page 226: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 78

Bagi penilaian akhir TP bagi murid sekolah menengah pula, data pada

15 Januari 2022 menunjukkan:

i. 85.21 peratus murid telah memperoleh pencapaian TP3 hingga

TP6 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

ii. 90.16 peratus murid telah melepasi tahap penguasaan minimum

bagi mata pelajaran Matematik

iii. 94.10 peratus murid telah melepasi tahap penguasaan minimum

bagi mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan data penilaian akhir ini, ia menunjukkan bahawa program

KPMPerkasaKu telah berjaya mencapai objektifnya. Walau bagaimanapun,

KPM menyedari masih terdapat murid yang belum menguasai TP minimum.

Oleh itu, KPM akan meneruskan usaha membantu murid untuk bersedia

mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya dalam Kalendar

Akademik Sesi 2022/2023.

Sekian, terima kasih.

Page 227: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JEFRIDIN BIN ATAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato’ Jefridin Bin Atan minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN menyatakan apakah penyelesaian yang diambil kementerian

dalam menstabilkan harga dedak ayam terutamanya dedak import yang

menjadi punca kenaikan harga ayam dan telur di pasaran dan apakah

bantuan yang boleh disalurkan kepada penternak ayam supaya mereka

tidak perlu menanggung kos operasi yang tinggi sekaligus membantu

menurunkan semula harga ayam.

Page 228: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menstabilkan harga

makanan ayam dalam jangka masa panjang, Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan (MAFI) melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import

sebanyak 30% menerusi inisiatif penanaman jagung bijian

dalam negara yang berkeluasan sehingga 80,000 hektar

dengan sasaran pengeluaran jagung bijian tempatan sebanyak

1.44 juta tan metrik menjelang tahun 2033. Pada tahun 2021,

program ini telah menghasilkan sebanyak 218.42 tan metrik

jagung bijian;

(ii) menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian

Kek Isirung Sawit (PKC/PKE) dari sumber tempatan

berasaskan isirung sawit; dan

(iii) menawarkan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta kepada

penternak melalui Agrobank bagi membantu penternak

mengatasi masalah modal pusingan kewangan yang terjejas

akibat kenaikan kos pengeluaran.

Page 229: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 79

Pada ketika ini, untuk memastikan harga ayam stabil di pasaran,

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melaksanakan

inisiatif berikut:

(i) memberi kebenaran mengimport (approved permit – AP bagi

tempoh Disember 2021 hingga Mei 2022 tertakluk kepada

syarat-syarat yang ditetapkan; dan

(ii) memberi subsidi sebanyak RM0.60/kg bagi ayam bulat dan

RM0.05/biji bagi telur gred A, B dan C bermula dari 5 Februari

hingga 5 Jun 2022 dan rakyat dapat menikmati harga ayam

bulat lebih rendah iaitu RM8.90/kg dan harga telur antara

RM0.39 hingga RM0.43 sebiji mengikut gred. Jumlah

keseluruhan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan ialah

sebanyak RM528.52 juta.

Sekian, terima kasih.

Page 230: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERPADUAN NEGARA

menyatakan apakah tindakan Kementerian berkenaan kaedah alternatif

yang dicadangkan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional (JPNIN) bagi Rumah Ibadat Selain Islam yang tidak berdaftar

dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk

mendapatkan bantuan penyelenggaraan yang disediakan oleh

Kementerian serta apakah kaedah lain yang disediakan oleh

Kementerian sekiranya cadangan itu didapati tidak praktikal.

Page 231: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan persetujuan

Kementerian Kewangan (MOF) telah menyediakan garis panduan

yang menetapkan syarat-syarat permohonan Program Bantuan

Kewangan Pembaikan, Penyelenggaraan dan Kerja-kerja

Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam

2. Syarat pendaftaran Rumah Ibadat Selain Islam yang boleh

dipertimbangkan adalah seperti berikut:

a) Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

- ROS mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan

Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta

Pertubuhan 1966 menjelaskan mana-mana kelab,

perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh (7)

orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis dan tujuan, bersifat

kekal atau sementara boleh didaftarkan sebagai suatu

pertubuhan di Malaysia termasuklah rumah ibadat selain

Islam.

b) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

- SSM merupakan badan berkanun yang bertindak sebagai

agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan.

Page 232: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 80

c) Pemegang Amanah (Trust);

- Merupakan entiti yang didaftarkan sebagai pertubuhan

pemerbadanan yang ditubuhkan bagi tujuan agama,

pendidikan, kesusasteraan, saintifik, khairat/kebajikan atau

sosial. Pemegang amanah yang telah mendapat Sijil

Pemerbadanan akan menjadi sebuah pertubuhan

perbadanan dan mempunyai suatu meterai am yang

tersendiri.

d) di bawah undang-undang khusus yang lain seperti:

- Akta 492: Akta Bishops Roman Catholic (Perbadanan) 1957

(Disemak-1992)

- Akta 457: Akta Gereja Methodist Malaysia 1955 (disemak-

1991)

- Akta 36: Akta Synod Diocese Malaysia Barat (Perbadanan)

1971)

e) lain-lain entiti yang mempunyai kuasa sebagai penaung

kepada rumah ibadat berkenaan contohnya seperti Malaysian

Buddhist Association (MBA), Fo Guang Shan (FGS), Buddhist

Missionary Society Malaysia (BMSM))

Sekian, terima kasih.

Page 233: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan apakah inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan

gelandangan di sekitar ibu kota dan adakah terdapat bantuan-bantuan

daripada pihak Kerajaan untuk menempatkan mereka dan membantu

mereka melangsungkan permulaan semula kehidupan mereka.

Page 234: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pengendalian isu berkaitan golongan gelandangan telah dilaksanakan

oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) melalui agensi di bawah Kementerian seperti Yayasan

Kebajikan Negara Malaysia (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM). Antara usaha yang telah dijalankan untuk menangani isu ini boleh

dikategorikan kepada dua bentuk, iaitu:

Pelaksanaan Inisiatif dan Program Berkaitan Gelandangan : Sedia

ada

Pelaksanaan di bawah agensi KPWKM: Yayasan Kebajikan Negara

(YKN)

Antara inisiatif yang dilakukan oleh KPWKM melalui YKN adalah

penubuhan Anjung Singgah, iaitu sebuah pusat khidmat bantuan sosial

dan intervensi yang diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan

gelandangan yang produktif. Perkhidmatan yang disediakan adalah

meliputi tempat penginapan sementara, makan minum, saringan awal

kesihatan, program intervensi kaunseling dan motivasi, pusat rujukan

bantuan sosial serta bantuan mendapatkan pekerjaan melalui kerjasama

agensi-agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang

berkaitan. Sehingga Disember 2021, sebanyak 8,325 gelandangan telah

mendaftar masuk dan mendapatkan perkhidmatan di semua Anjung

Singgah yang telah beroperasi iaitu:

Page 235: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 81

(i) Anjung Singgah Kuala Lumpur – mula beroperasi mulai 9

April 2011;

(ii) Anjung Singgah Sarawak - 15 Oktober 2012;

(iii) Anjung Singgah Johor - 9 Jun 2013;

(iv) Anjung Singgah Pulau Pinang - 9 Jun 2014;dan

(v) Anjung Singgah Perak - 9 Januari 2017

(vi) Anjung Singgah Sabah - dijangka akan beroperasi pada

tahun 2022.

Pelaksanaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)

Selain KPWKM, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) juga

merupakan salah satu rakan strategik KPWKM dan turut memainkan

peranan penting dalam usaha membantu golongan gelandangan di Kuala

Lumpur. Penubuhan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL)

di Jalan Pahang merupakan hasil kerjasama strategik yang dijalin antara

KWP, KPWKM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysian Resources

Corporation Berhad (MRCB) dan juga NGO. YKN telah dilantik sebagai

koordinator di PTGKL. PTGKL berperanan sebagai pusat sehenti (One

Stop Centre) yang menyediakan penginapan sementara kepada

golongan gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. PTGKL

berkonsepkan ‘low barrier’: dengan membenarkan hampir semua kategori

gelandangan bermalam dan menggunakan perkhidmatan yang

disediakan. PTGKL mula beroperasi pada 10 Februari 2016 dengan

kapasiti 200 katil. Semenjak mula beroperasi pada 10 Februari 2016

sehingga 31 Disember 2021 seramai 3,588 orang gelandangan telah

mendaftar di PTGKL.

Page 236: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 81

Pelaksanaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

KPWKM melalui kerjasama YKN dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL) juga melaksanakan Program Rumah Bimbingan Gelandangan

yang disediakan secara sewaan kepada gelandangan yang telah selesai

program transit di PTGKL, program intervensi di Anjung Singgah dan

telah mendapat pekerjaan. Inisiatif ini merupakan langkah untuk

membantu gelandangan mempunyai kediaman sempurna dan

meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lebih sejahtera. Program ini

melibatkan 20 unit rumah di Perumahan Awam Seri Negeri Sembilan,

Sentul dan Perumahan Awam Seri Selangor San Peng dengan kadar

sewa bagi seorang penghuni Rumah Bimbingan Gelandangan adalah

RM1.00 sehari (RM30 sebulan bagi seorang penghuni) dan unit

berkenaan boleh memuatkan seramai 4 orang penghuni. Semenjak

beroperasi pada 1 September 2016 sehingga 31 Disember 2021 seramai

107 orang gelandangan yang bekerja telah menyewa di perumahan

awam tersebut.

Pelaksanaan Program Intervensi Pencegahan Gelandangan :

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah KPWKM turut terlibat

dalam menangani isu golongan gelandangan dengan melaksanakan

beberapa operasi dan aktiviti menyelamat orang papa di bawah Akta

Orang-Orang Papa (AOP) 1977 [Akta 183] seperti berikut:

1. Operasi Serta Merta (Ad-Hoc) – Operasi dilakukan apabila

terdapat aduan daripada orang awam sama ada melalui

panggilan telefon ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah,

Page 237: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 81

Talian Kasih (15999) atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah dan sebagainya.

2. Operasi Berjadual/Berkala – Operasi dilakukan secara

berjadual/berkala di kawasan-kawasan yang didapati menjadi

tumpuan (Hot Spot) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat.

3. Operasi Bersepadu – Operasi dilakukan secara bersepadu

dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan seperti

Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pihak

Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri, Agensi Anti

Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi

yang ada kaitan dengan gelandangan.

Pelaksanaan Program Intervensi Pencegahan Gelandangan : Rakan

Strategik KPWKM

Selain KPWKM, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama-

sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pelbagai

Jabatan/Agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa

komited dalam usaha membantu dan menyelamat golongan gelandangan

di ibu kota dengan hasrat supaya mereka dapat menjalani kehidupan

yang lebih baik dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Penubuhan pusat penempatan sementara gelandangan seperti Pusat

Transformasi Anjung Kelana di Taman Desa dan Pusat Transit

Gelandangan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur melalui pelaksanaan

program pembangunan kendiri merupakan inisiatif Kementerian Wilayah

Page 238: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 81

Persekutuan dalam usaha mentransformasikan golongan ini supaya

mereka tidak kembali ke jalanan dan sekaligus dapat mengurangkan

kadar ataupun bilangan gelandangan di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur.

Pelaksanaan Inisiatif dan Program Berkaitan Gelandangan :

Perancangan dan Pelaksanaan Jangka Panjang

Dalam usaha untuk membuat penilaian dan semakan semula terhadap

perundangan sedia ada ke arah pewujudan perundangan baharu yang

lebih komprehensif bagi menangani isu gelandangan, KPWKM bakal

menjalankan Kajian Semakan Akta Orang-Orang Papa 1977 pada tahun

ini untuk meneliti isu gelandangan dan pengemisan dengan lebih serius

dan sebagai asas bagi melihat samada sesuai untuk membangunkan

suatu akta baharu atau menambahbaik akta sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Page 239: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan inisiatif jangka panjang yang dilaksanakan secara

sistematik melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

dalam melahirkan pelapis pemain bola negara dan sejauh manakah

usaha-usaha NFDP berkesan dalam menjamin kualiti permainan bola

sepak negara.

Page 240: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Pembangunan

Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertumpu kepada pembangunan bakat

khusus bagi atlet yang berumur dari 7 hingga 17 tahun telah mengambil

langkah proaktif dengan menggariskan sebanyak sembilan (9) inisiatif

iaitu:

i. Memperkasa Program Bola Sepak Wanita;

ii. Penubuhan Akademi Peringkat Zon;

iii. Pemerkasaan Bidang Kejurulatihan;

iv. Pembangunan Akar Umbi;

v. Penstrukturan Sistem Lebih Sistematik;

vi. Penekanan Terhadap Sains Sukan dan Perubatan Sukan;

vii. Pencarian Bakat di Setiap Peringkat;

viii. Halatuju Pemain Yang Jelas; dan

ix. Penglibatan dan Pendidikan Ibu Bapa.

Sehingga kini, PPBN mempunyai seramai 15,880 pemain, 792

jurulatih daripada 78 Akademi Tunas (AT), 63 Pusat Latihan Daerah

(PLD), 14 Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan satu (1) Sekolah Sukan

Malaysia (SSM) dan sebuah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari

(AMD).

Menerusi penyertaan di kejohanan-kejohanan antarabangsa,

pemain-pemain muda ini mula mempamerkan prestasi yang cemerlang

seperti:

Page 241: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 82

i. Luqman Hakim Shamsuddin telah mempamerkan

kecemerlangan dalam aksi Kelayakan AFC Bawah 16 tahun

dimana beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak

kejohanan dengan enam (6) gol;

ii. Luqman Hakim Shamsuddin, Muhammad Umar Hakeem

Suhar Redzuan, Harith Haiqal Adam Afkar terpilih mewakili

negara ke temasya Sukan SEA 2019 ketika berumur 17

tahun;

iii. Seramai Sembilan (9) pemain dari AMD telah beraksi

bersama pasukan kebangsaan bawah 23 tahun pada 2021 di

Mongolia yang melayakkan diri ke Kejohanan AFC bawah 23

tahun pada bulan Jun 2022 di Korea Selatan; dan

iv. Majoriti pemain dari AMD (98%) mewakili pasukan negara ke

kejohanan AFF dan AFC bawah 16 tahun bagi edisi 2017,

2019 dan 2022.

Inisiatif dan komitmen yang diberikan oleh pihak kerajaan ini adalah

sejajar dengan pelan jangka panjang FAM (F:30) untuk berada di

kelompok lima negara terbaik di benua Asia dari segi tadbir urus dan

layak secara automatik ke Piala Dunia pada 2030 dapat direalisasikan

sekaligus meningkatkan mutu bola sepak di mata dunia.

Sekian, terima kasih.

Page 242: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK

INSOL

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERTANIAN

DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan usaha serta rancangan

Kerajaan untuk memastikan pengeluaran dedak ayam dalam negara

dapat menampung keperluan industri ternakan ayam.

Page 243: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk memastikan

pengeluaran dedak ayam dalam negara dapat menampung keperluan

industri ternakan ayam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

(MAFI) melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) Program Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara

bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada

sumber jagung import sebanyak 30% secara berfasa. Projek

berkeluasan 80,000 hektar ini dijangka dapat mengeluarkan

jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta tan metrik

menjelang tahun 2033. Pada tahun 2021, program ini telah

menghasilkan sebanyak 218.42 tan metrik jagung bijian; dan

(ii) Kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian dari sumber

tempatan seperti isirung kelapa sawit (PKC/PKE) - Hasil kajian

bersama pihak MARDI, Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan

SIME Darby Plantation telah berjaya menghasilkan produk

premium yang dinamakan “Purafex”. Produk ini adalah

berasaskan isirung kelapa sawit (PKC) dan sesuai digunakan

dalam formulasi makanan unggas yang boleh menggantikan

jagung bijian dan soybean meal sebanyak 30 hingga 45%.

Page 244: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 83

MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan terus

berusaha bagi mengurangkan kebergantungan import dan melaksanakan

langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk membolehkan

pengeluaran dedak ayam dalam negara dapat menampung keperluan

industri ternakan ayam.

Sekian, terima kasih.

Page 245: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JEFRIDIN BIN ATAN

TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)

Dato’ Jefridin Bin Atan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

apakah tahap keyakinan dan penilaian risiko yang diambil kerajaan

berkaitan penularan COVID apabila pintu sempadan antarabangsa

negara dibuka semula bagi pengembara seluruh dunia? Nyatakan juga

alasan relevan dan rasional kerajaan apabila membenarkan pengembara

dari luar negara tidak perlu lagi melalui proses kuarantin.

Page 246: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Keputusan pembukaan semula sempadan negara dibuat

berpandukan data dan fakta sains yang terkini berkaitan COVID-19,

tahap kesiapsiagaan fasiliti dan kapasiti kesihatan dalam negara iaitu

kadar penggunaan katil di hospital; kadar kemasukan ke ICU; kadar

penggunaan ventilator di hospital; dan kadar kematian termasuklah

Brought in dead (BID) serta kadar vaksinasi penduduk di Malaysia di

samping turut membanding model pembukaan sempadan di negara

lain. Pada masa yang sama, ia juga mengambil kira keselesaan

pengembara tanpa merumitkan urusan perjalanan tersebut.

2. Status vaksinasi COVID-19 pada 20 Mac 2022 adalah seperti berikut:

Tahap Umur Dos 1

(%) Lengkap

(%) Penggalak

(%)

Dewasa ( ≥18 tahun)

98.7 97.5 65.8

Remaja (12-17 tahun)

94.6 91.4 0

Kanak-kanak (5-11tahun)

35.6 0 0

Page 247: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 84

3. Sementara itu kadar penggunaan katil pada 20 Mac 2022, status

kapasiti kesihatan adalah seperti berikut:

a. Penggunaan PKRC sebanyak 15.7 %

b. Penggunaan katil di hospital sebanyak 64.8%

c. Penggunaan katil ICU sebanyak 58.4%

d. Penggunaan ventilator sebanyak 33.0%

4. Purata kematian (7 hari) pula pada 2 Mac 2022 adalah 65 orang di

mana menunjukkan statik atau sedikit menaik. Melihatkan kepada

keadaan di atas beberapa kesimpulan boleh dirumuskan iaitu:

a. Walaupun jumlah jangkitan COVID-19 yang meningkat akibat

penularan Omicron dalam komuniti, penggunaan PKRC,

penggunaan katil di hospital, penggunaan katil ICU serta

ventilator tidak banyak berubah atau terdapat sedikit

peningkatan; dan

b. Jumlah penggunaan katil di hospital yang tidak berubah atau

terdapat sedikit peningkatan pada masa kini, mungkin dikaitkan

dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam komuniti.

5. Semua fakta di atas menunjukkan beban COVID-19 di hospital masih

terkawal. KKM masih boleh mengendalikan situasi COVID-19 pada

ketika ini.

Page 248: HARI KHAMIS : 24 MAC 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN: 84

6. Berikut adalah alasan yang relevan dan rasional apabila pengembara

dari luar negara tidak perlu lagi melalui proses kuarantin:

a. Peratusan vaksinasi di kalangan komuniti Malaysia sentiasa di

tahap yang tinggi dapat mengurangkan risiko rakyat Malaysia

mendapat jangkitan COVID-19.

b. Polisi menetapkan hanya pengembara yang lengkap vaksinasi

COVID-19 sahaja yang dikecualikan dari kuarantin.

c. Setiap pengembara perlu menjalani dua ujian COVID-19 iaitu

ujian RT- PCR dua (2) hari sebelum berlepas dan RTK-Ag perlu

dibuat dalam masa 24 jam ketibaan di Pintu Masuk Negara.

d. Setiap pengembara juga dikehendaki memuat naik sijil vaksinasi

COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera sebelum berlepas ke

Malaysia.

7. Pada masa yang sama KKM juga memantau secara dekat kesan

yang dihadapi negara-negara yang telah membuka sempadan

negara masing-masing. Melalui penelitian ini KKM menambah baik

protokol atau prosedur pembukaan sempadan negara dari semasa

ke semasa.

Sekian, terima kasih.