Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) 115 pada penggunaan teori yang sama adalah kerana Kerajaan Johor berlatarkan Melayu yang didasari agama Islam. Islam telah menjadi latar kukuh bagi kerajaan Melayu bermula kedatangannya sekitar abad ke 15M 27 . Walaupun Johor mendepani cabaran pemodenan, pembaratan dan penjajahan dari kuasa luar, tetapi Islam yang mendasari kerajaan Melayu semenjak kesultanan Melaka terus menjadi pemangkin utama terhadap penggubalan UTKJ. Selain dari faktor tersebut, kedudukan Johor sebagai pewaris kepada Kerajaan Johor-Riau Lingga turut memberi kesan. Kesan ini berlanjutan daripada kedudukan Riau sebagai sumber pada persuratan pada abad ke 19M yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam. Faktor-faktor lain yang turut menyumbang adalah penjajahan, hubungan diplomatik, peranan pentadbir Kerajaan Johor termasuk golongan ulama dan sebagainya. Rujukan al-Qur’an al-Karim. Abu Hassan Sham. 1980. Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia Dari Segi Sejarah 10: 63-92. Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1997. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi persuratan dan sejarah. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor, hlm. 169-180. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor II, hlm. 383-410. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Ahmad Mubarak (pngr.). Kuwayt: Maktabah dar Ibn Qutaybah. al-Mawardi, Abu Hasan ‘Ali. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tradisional Islam (IPTI). Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Prosiding persidangan Tamadun Melayu Johor, hlm. 135-152. Ibn Kathir, Abu Fida’ Isma‘il. 1998. al-Bidayah wa al-Nihayah. Jil. 9. T.tp: Dar Hijr. Ismail Bakar. 2011. Sejarah Kenegaraan Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM. J/MB 2, No 364, Salinan Surat Dato’ Menteri 1886-1891. Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen Councilor Melaka, 18 November 1889, ANJ. J/Raja 12, Memorandum regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ. M.A Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1940. Kuala Lumpur: Muzium Negara. Maitland, F.W. 1908. The Constitutional History of England. Cambridge: Cambridge University Press. Mardiana Nordin. 2008. Politik Kerajaan Johor 1718-1862. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Raja Ali Haji. 1999. al-Thamrah al-Muhimmah Diyafah li al-Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah. Cetakan. ke-2. t.tp.: Khazanah Fathaniyyah. The Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore. The Law of The Constitution of 1895 incorporating all amendments up to 1 January 2008, Perpustakaan Pejabat Peguam Negara. 27 Zainal Kling menyatakan: Demikianlah asas pembinaan sistem sosiopolitik Melayu yang bukan sahaja merupakan penerapan unsur ketuhanan Allah bagi bangsa Melayu bahkan suatu penyesuaian tertinggi unsur Islam dalam ekologi Alam Melayu. Sistem itu adalah lebih suci daripada yang pernah diterapkan daripada agama Hindu. Zainal Kling, 1999, Asas ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu, dlm Zainal Abidin Borhan et al., Warisan Persuratan Johor II, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 12.
38
Embed
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)
115
pada penggunaan teori yang sama adalah kerana Kerajaan Johor berlatarkan Melayu yang didasari agama Islam.
Islam telah menjadi latar kukuh bagi kerajaan Melayu bermula kedatangannya sekitar abad ke 15M27. Walaupun
Johor mendepani cabaran pemodenan, pembaratan dan penjajahan dari kuasa luar, tetapi Islam yang mendasari
kerajaan Melayu semenjak kesultanan Melaka terus menjadi pemangkin utama terhadap penggubalan UTKJ.
Selain dari faktor tersebut, kedudukan Johor sebagai pewaris kepada Kerajaan Johor-Riau Lingga turut memberi
kesan. Kesan ini berlanjutan daripada kedudukan Riau sebagai sumber pada persuratan pada abad ke 19M yang
merangkumi pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam. Faktor-faktor lain yang turut
menyumbang adalah penjajahan, hubungan diplomatik, peranan pentadbir Kerajaan Johor termasuk golongan
ulama dan sebagainya.
Rujukan
al-Qur’an al-Karim.
Abu Hassan Sham. 1980. Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia Dari Segi Sejarah 10: 63-92.
Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.
Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1997. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi
persuratan dan sejarah. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud.
Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian
terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah
Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor II, hlm. 383-410. Johor Bahru: Yayasan
Warisan Johor.
al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Ahmad Mubarak (pngr.). Kuwayt: Maktabah dar
Ibn Qutaybah.
al-Mawardi, Abu Hasan ‘Ali. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid.
Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tradisional Islam (IPTI).
Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor 1312 (1895). Prosiding persidangan Tamadun Melayu Johor, hlm. 135-152.
Ibn Kathir, Abu Fida’ Isma‘il. 1998. al-Bidayah wa al-Nihayah. Jil. 9. T.tp: Dar Hijr.
Ismail Bakar. 2011. Sejarah Kenegaraan Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
J/MB 2, No 364, Salinan Surat Dato’ Menteri 1886-1891. Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen
Councilor Melaka, 18 November 1889, ANJ.
J/Raja 12, Memorandum regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ.
M.A Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1940. Kuala Lumpur: Muzium Negara.
Maitland, F.W. 1908. The Constitutional History of England. Cambridge: Cambridge University Press.
Mardiana Nordin. 2008. Politik Kerajaan Johor 1718-1862. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.
Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.
Raja Ali Haji. 1999. al-Thamrah al-Muhimmah Diyafah li al-Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah.
Cetakan. ke-2. t.tp.: Khazanah Fathaniyyah.
The Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore.
The Law of The Constitution of 1895 incorporating all amendments up to 1 January 2008, Perpustakaan Pejabat
Peguam Negara.
27Zainal Kling menyatakan: Demikianlah asas pembinaan sistem sosiopolitik Melayu yang bukan sahaja merupakan
penerapan unsur ketuhanan Allah bagi bangsa Melayu bahkan suatu penyesuaian tertinggi unsur Islam dalam ekologi Alam
Melayu. Sistem itu adalah lebih suci daripada yang pernah diterapkan daripada agama Hindu. Zainal Kling, 1999, Asas
ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu, dlm Zainal Abidin Borhan et al., Warisan Persuratan Johor II, Yayasan
Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 12.
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)
116
Undang-undang Negeri Johor, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 mengandungi segala pindaan hingga 1
Januari 2008, Perpustakaan Pejabat Peguam Negara.
Zainal Kling. 1999. Asas ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman
Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud (Ed.). Warisan Persuratan Johor II. Johor Bahru: Yayasan
Warisan Johor.
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
117
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Cabaran Membina Kemajuan Bangsa dalam Karya Abdullah Abdul Rahman: Matahari
Memancar Tarikh Kerajaan Jepun
Ermy Azziaty Rozali a,b
a Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA. b Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA.
Abstrak
Abdullah Abdul Rahman merupakan seorang tokoh agama dari Muar, Johor dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua
Jabatan Agama Islam Johor. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan menghasilkan buku, antaranya Pertutoran
Melayu, iaitu buku tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab, karya terjemahan Matahari Memancar
Tarikh Kerajaan Jepun serta Islam dan Tamadun. Kertas kerja ini akan membincangkan buku Matahari Memancar Tarikh
Kerajaan Jepun terjemahan Abdullah Abdul Rahman yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Melayu
sehingga Perang Dunia Kedua. Matahari Memancar membentangkan bahawa orang Jepun merupakan bangsa yang
bersungguh-sungguh dalam membina negaranya. Manakala masyarakat Melayu Islam di sebelah Timur, masih lagi
bergantung kepada Kuasa Eropah dari segi pentadbiran negara dan juga aspek pertahanan. Oleh itu, bangsa di sebelah Timur
dinasihatkan berdikari dan berusaha keras untuk memajukan negara masing-masing. Kejayaan Jepun dalam bersaing dengan
Barat juga menjadi contoh kepada bangsa Timur, terutamanya masyarakat Islam. Dalam Matahari Memancar juga
disarankan agar masyarakat Melayu mengambil pengajaran daripada sejarah dan tidak menjadi bangsa yang leka. Di
samping itu, turut dinyatakan dua sifat penting untuk menjana pembangunan dan kemajuan, iaitu bijaksana dan yakin
dengan diri sendiri. Kejayaan bangsa Jepun adalah kerana mereka memiliki dua sifat tersebut dan bekerja bersungguh-
sungguh yang seharusnya menjadi teladan kepada masyarakat Islam.
Kata Kunci: Karya Abdullah Abdul Rahman; kemajuan bangsa; bangsa Jepun; masyarakat Melayu
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
125
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Pola Penulisan Hadis Arbacīn sebelum al-Imām al-Nawawī
Muhammad Hasan Said Iderusa, Latifah Abdul Majida, Ahamad Asmadi Sakata, Siti Zahidah Kosrana
aJabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA
Abstrak
Pola atau corak penulisan hadis telah melalui satu perkembangan yang panjang dan tersendiri. Salah satunya adalah bentuk
penulisan Arbacīn oleh al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Bentuk penulisan beliau ini telah banyak memberikan
impak positif kepada zaman selepasnya. Namun, timbul persoalan sama ada wujud atau tidak bentuk penulisan Arbacīn
sebelum zaman al-Imām al-Nawawī. Berpandukan metode analisis kandungan dan persejarahan, artikel ini menjelaskan
bahawa di awal Islam terdapat dua bentuk iaitu tiada penulisan rasmi dan kemunculan berpola mawḍūcī.
Kata Kunci: Hadis; metode Arbacīn; al-Imām al-Nawawī; pola penulisan
kitab dan merupakan salah satu yang terbaik. Kitab ini disusun secara ringkas dan padat, penuh makna, dan
menjadi sari pati ajaran Islam. Bahkan kitab ini menjadi pedoman para ulama dalam menghasilkan karya
Arbacīn.
Maka wajar dikatakan metode penulisan hadis Arbacīn pada zaman al-Imām al-Nawawī (631-
676H/1233-1277) telah banyak memberikan kesan kepada zaman selepasnya. Sebagaimana telah maklum
bahawa Arbacīn secara bahasa adalah empat puluh dan yang mengandungi empat puluh hadis-hadis pilihan.
Namun hadis Arbacīn yang dituliskan oleh al-Imām al-Nawawī tidak memuat 40 hadis tetapi beliau memasukan
42 hadis. Kebanyakan para ulama yang mengumpulkan hadis Arbacīn mengikut pilihan dan cita rasa mereka.
Sehingga tidak menutup kemungkinan ada yang menuliskan dan mengumpulkan hadis Arbacīn namun di
dalamnya berisi lebih daripada 40 hadis.
Menurut Khalid Alavi (1985) hadis Arbacīn yang ditulis oleh al-Imām al-Nawawī telah mencapai
populariti yang hebat di dalam lingkungan kesarjanaan dan umat Islam umumnya. Menurut beliau juga, hadis
Arbacīn karya al-Imām al-Nawawī tiada bandingan dalam sejarah penulisan hadis Arbacīn dan telah dijadikan
pedoman di dalam pembelajaran Islam di Timur Tengah seperti di Arab Saudi, Mesir, Pakistan dan beberapa
negara umat Islam yang lain. Bahkan telah di terjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia.
Dalam perbahasan berkaitan sejarah perkembangan penulisan hadis Arbacīn, artikel ini memfokuskan
kepada pola yang telah terbentuk dari penulisan Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-
1277). Pola penulisan hadis Arbacīn perlu dibentangkan di sini untuk melihat pengaruh hadis yang diguna pakai
ulama dalam mendasari penulisan hadis Arbacīn serta mengetahui adakah sudah bermula penulisan secara
Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Untuk memudahkan dalam menelusuri
perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn dapat dilihat rajah 1 berikut:
Rajah 1: Perkembangan pola penulisan hadis Arbacīn al-Imām al-Nawawī
2. Metode Penyelidikan
Metodologi yang efektif dan tepat perlu diaplikasikan dalam sesebuah kajian supaya hasil yang diperoleh dapat
menyelesaikan isu atau permasalahan yang timbul. Metodologi kajian melibatkan aspek reka bentuk kajian,
kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif,
dengan kaedah pengumpulan data menggunakan analisis kandungan dan kaedah penganalisisan data
menggunakan kaedah persejarahan.
Metode pengumpulan data melibatkan kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengumpulkan data
yang lengkap. Perlu mengenal pasti sumber yang mengandungi data kajian daripada beberapa dokumen seperti
buku, ensiklopedia, artikel dan jurnal. Segala dokumen ini merangkumi perbahasan berkaitan sejarah
perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn yang memfokuskan kepada metode para ulama sebelum zaman
al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Rujukan tersebut seperti Muṣṭafā al-Siba’ī (1985) di dalam bukunya
Al-Sirah Al-Nabawiyyah dan Muḥammad ᶜAjjāj al-Khatīb (1989) di dalam Uṣul Al-Ḥadīth ᶜUlūmuh Wa
Muṭataḥuh yang menceritakan tentang bentuk penulisan hadis di awal Islam. Antara rujukan lain yang
Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)
127
diketengahkan adalah tiga tulisan Khalid Alavi berkaitan Arbacīn. Tulisan beliau adalah The Concept of Arbaᶜin
And It’s Basis In The Islamic Traditional, A Brief Survey of Arbaᶜin Literature (Upto The Time of al-Nawawi)
dan Arbaᶜin al-Nawawi And Commentaries: An Overview. Ketiga-tiga penulisan dibentangkan di sini untuk
melihat pengaruh hadis yang diguna pakai ulama dalam mendasari penulisan hadis Arbacīn serta mengetahui
adakah sudah bermula penulisan secara Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277).
Manakala, metode penganalisisan data pula dilakukan selepas mengumpulkan segala data yang
mempunyai kaitan dengan topik kajian, data-data tersebut telah melalui proses penelitian, saringan dan tapisan
dengan metode penganalisisan data iaitu kaedah persejarahan. Bertujuan untuk menapis serta mengasingkan
data-data mengikut keutamaannya. Melalui kaedah persejarahan, kajian ini akan menelusuri sejarah
perkembangan penulisan hadis di awal Islam yang tidak mempunyai metode penulisan rasmi dan khusus,
kemudian melihat kepada penulisan hadis menggunakan metode mawḍūcī. Akhirnya membawa kepada
kemunculan metode Arbacīn yang menghimpunkan hadith mengikut tema tertentu. Metode ini digunakan oleh cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797) dalam karyanya bertajuk Kitāb al-Jihād. Metode
seperti ini terus berkembang sehingga masa al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) yang mampu memberi
pengaruh besar kepada ulama selepasnya.
2.1 Tiada Penulisan Rasmi
Keberadaan hadis di zaman Rasulullah SAW terbentuk dari perkataan, perbuatan dan takrir (perakuan kebenaran
secara lisan) beliau yang dipelihara melalui hafalan ataupun ditulis kemudian disimpan oleh para sahabat dalam
tulisan. Muhammad Hasbi Ash-Shidieqy (2006) menyebut period ini sebagai permulaan cAṣru al-Waḥyi Wa al-
Tadwīn pembentukan peradaban Islam, dimulai dengan kehadiran Nabi SAW sebagai sumber utama hadis.
Baginda dikenal fasih berbicara dan isi perbicaraannya memiliki penuh makna sehingga baginda
menggunakan perkataan yang senang difahami sesuai tingkat kemampuan lawan bicara. Justeru, perkataan
baginda memiliki muatan faṣāḥah dan balāghah jika dilihat dari susunan matannya serta memuatkan jāmic al-
kalim (ungkapan singkat, namun padat makna), tamthīl (perumpamaan), bahasa simbolik, bahasa percakapan dan
qiyās (ungkapan analogi) (Ali 2001).
Hadis di awal Islam yang diterima oleh para sahabat diamalkan dan dilaksanakan secara bersama. Isi
hadis yang disampaikan oleh baginda mencakupi persoalan akidah, ibadah, moral, muamalah, aktiviti-aktiviti
individual dan jual beli. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan sehari-hari, sama ada saat perang, saat damai,
keadaaan lapang ataupun keadaan darurat. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW melarang adanya penulisan
hadis pada zaman baginda. Hal ini menyebabkan perjalanan hadis sampai kepada kita sekarang ini tidak sama
dengan perjalanan al-Quran (Saifuddin 2011).
Al-Quran sejak awalnya sudah ditulis secara rasmi oleh para pencatat wahyu atas perintah Rasulullah
SAW. Lain halnya dengan hadis, hal ini dapat dilihat dari proses panjangnya perjalanan hadis. Contohnya suatu
berita tentang perbuatan serta tingkah-laku Rasulullah SAW didapati dari seorang sahabat atau lebih yang
kebetulan hadir atau menyaksikan saat itu, maka berita itu kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain yang
kebetulan tidak hadir atau tidak menyaksikan. Kemudian berita itu disampaikan kepada murid-muridnya yang
disebut Tābicīn. Berita itu kemudian disampaikan lagi kepada murid-murid dari generasi selanjutnya lagi iaitu
para Tābic al-Tābicīn dan seterusnya hingga sampai kepada pembukuan hadis (al-Qaṭṭān 1992).
Ketika zaman Rasulullah SAW masih hidup, hadis belum ditulis secara rasmi tetapi ia sudah ada. Hadis
pada zaman Rasulullah SAW berada dalam benak atau hafalan para Sahabat. Para Sahabat saat itu belum berasa
adanya kepentingan melakukan penulisan hadis. Hal ini disebabkan Rasulullah SAW masih ada dan dapat
dirujuk sekiranya ditemui perkara-perkara yang memerlukan keterangan-keterangan tentang segala sesuatu.
Apabila diperhatikan sejarah awal Islam, didapati bahawa tidak semua sahabat Rasulullah SAW selalu bersama
Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)
128
dengan Rasulullah SAW kerana kesibukan masing-masing. Terdapat sebahagian yang sentiasa mengikuti
Rasulullah SAW dan ada juga yang hanya beberapa kali saja bertemu Rasulullah SAW. Justeru, hadis yang
dimiliki oleh setiap sahabat berbeza bilangan dan bentuknya (Darwish 1998).
Para ulama memberi pelbagai alasan kenapa hadis tidak ditulis secara rasmi pada zaman Rasulullah
SAW. Menurut al-Khatīb (1989), ketiadaan penulisan hadis secara rasmi pada masa Rasulullah SAW bukanlah
disebabkan tiada penulis, kekurangan alat-alat tulis dan tidak baik tulisan mereka. Hal ini kerana terbukti dengan
ramainya jumlah penulis wahyu pada masa tersebut yang melebihi tiga puluh orang dan terdapat dalam kalangan
mereka yang baik tulisannya seperti Zaid bin Thabit dan cAbd Allāh bin cAmr al-cAṣ.
Seandainya diterima pendapat mengatakan kekurangan alat-alat tulis merupakan sebab hadis tidak ditulis
secara rasmi maka akan dapat di bantah kerana sahabat menulis al-Quran tanpa adanya kesukaran. Jikalau para
sahabat ingin menulis hadis pasti tidak berlaku kesukaran kerana ada kemudahan-kemudahan untuk menulis.
Justeru ada sebab-sebab lain yang menghalang penulisan hadis pada zaman Rasulullah SAW secara rasmi iaitu
adanya perintah Rasulullah SAW menegah menulis hadis (al-Khatīb 1989).
Selain itu, terdapat pendapat lain yang diutarakan oleh Muṣṭafā al-Siba’ī (1985) yang menjelaskan punca
tidak ditulisnya hadis secara rasmi: Pertama, Rasulullah SAW masih hidup bersama para sahabat selama dua
puluh tiga tahun. Kedua orang-orang Arab yang buta huruf itu lebih suka mengingatkan sesuatu dengan kekuatan
ingatannya. Ketiga, dengan membukukan hadis juga ditakuti iltibas (pencampuran) hadis dengan al-Quran.
Kebolehan menulis di kalangan bangsa Arab adalah berperingkat dan tidak seimbang. Sebahagian dari
kalangan Arab bergantung sepenuhnya kepada hafalan dan didapati bilangan individu yang pandai menulis di
kalangan mereka adalah terlalu sedikit. Rasulullah SAW di awal Islam telah menggalakkan supaya mempelajari
kaedah penulisan dan membaca. Beliau menegah para sahabat untuk menuliskan hadis kerana dikhuatirkan
berlaku iltibas (pencampuran) antara al-Quran dan hadis. Hal ini kerana terdapat sebahagian sahabat Rasulullah
SAW yang pandai menulis telah menuliskan hadis di pinggir muṣḥaf al-Quran. Hal ini kerana hadis adalah tafsir
dari Rasulullah SAW (Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin 2009). Justeru, Rasulullah SAW melarang para sahabat
menuliskan hadis. Hal ini terakam dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sacīd al-Khudri r.a:
ثوا عنل ول ل تكتبوا حر عنل ومن كتب عنل غي القرآن فليمحه وحدل(Muslim, Saḥīḥ Muslim, Tahqīq Muḥammad Fuad ᶜAbd al-Bāqī Kitāb Zuhd Wa al-Raqā’iq,
Bāb al-Tathbīt Fī al-Ḥadīth Wa Ḥukm Kitābat)
Maksudnya: Janganlah kamu tulis (hadis) dariku. Sesiapa yang menulis dari ku selain al-
Quran hendaklah dia memadamnya. Sampaikan hadis dari ku, tiada halangan.
Walau bagaimanapun Rasulullah SAW mengizinkan beberapa orang sahabat untuk menuliskan hadis di
antaranya ialah seperti cAbd Allāh Bin ᶜAmr Bin al-cĀṣ. Hal ini dapat diperhatikan pada hadis yang diriwayatkan
oleh cAbd cAllāh Bin cAmr Bin al-cĀṣ, Rasulullah SAW bersabda:
Saifuddin. 2011. Arus Tradisi Tadwin Hadis Dan Historio Grafi Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
134
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
135
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Tinjauan Awal Etnik Rohingya di Malaysia
Mohd Irfan Mohd Terina, Muhammad Hilmi Jalila
a Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstrak
Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti berasal dari Myanmar yang hidup dalam penindasan dan pelarian.
Penulisan mengenai tinjauan etnik ini masih terhad. Makalah ini berkisar tentang tinjauan awal Etnik Rohingya dalam
meneruskan kehidupan di Malaysia. Etnik Rohingya telah dianggap sebagai etnik tanpa negara, dipercayai berhadapan
pelbagai penindasan, pembunuhan dan penghapusan etnik. Objektif kajian ini ialah untuk melakukan tinjauan awal
mengenai jumlah dan pola kemasukan pelarian Rohingya di Malaysia di samping menghuraikan cabaran dalam meneruskan
kehidupan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya makalah ini akan menilai peningkatan dalam usaha
kelangsungan hidup kumpulan pelarian tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah
dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk
membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi awal terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang
dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan literatur
mendapati kajian terhadap jumlah pelarian dan cabaran hidup etnik Rohingya di Malaysia masih kurang diketengahkan oleh
pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan dengan etnik Rohingya dalam meneruskan
kehidupan, namun ia hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh
Kata Kunci: Jumlah pelarian; cabaran hidup; etnik Rohingya; Malaysia
Melalui kaedah kualitatif ini, penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam
pengkajian tersebut secara realitinya. Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kualitatif ini adalah dalam
bentuk buku, majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet, wawancara dan
observasi. Sementara itu, penyelidikan dokumentasi merupakan satu teknik yang digunakan oleh penyelidik bagi
mendapatkan data dan bukti melalui kajian sejarah Etnik Rohingya ke atas dokumen dan rekod. Ia merujuk
kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang
ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti (Charles Issawi 1982). Dengan ini metod dokumentasi
ialah cara pengumpulan data dengan melakukan penyelidikan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan
dengan masalah yang di teliti. Di samping itu, sejarah ertinya jumlah kajian, perubahan, peristiwa, masa lampau
(Abdul Halim Haji Mat Diah 1987). Sejarah juga merupakan gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya
sebagai makhluk sosial yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan
tafsiran dan penjelasan, yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku (Sidi Gazalba 1976). 4. Kewujudan Rohingya sebagai Pelarian
Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti yang berasal dari Wilayah Arakan Burma. Kewujudan mereka
di Myanmar tidak diterima disebabkan diskriminasi dan penindasan oleh kerajaan Myanmar yang menafikan
etnik Rohingya termasuk dalam kumpulan etnik yang diiktiraf kerajaan Myanmar. Pendapat Hariati & Rohaida
(2012) terdiri dari beberapa fasa, fasa pertama: pemetraian Akta Kerakyatan 1982, etnik Rohingya tidak
termasuk dalam 135 etnik negara Myanmar. Fasa kedua: penafian untuk mendapat pendidikan dan kemudahan
kesihatan. Fasa ketiga: sekatan yang berterusan dari aspek ekonomi menyebabkan kelaparan dan wabak penyakit.
Fasa keempat: serangan dan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh Buddha Arakan untuk menghalau
dan merampas tanah mereka di Arakan memaksa etnik Rohingya melarikan diri dan menjadi pelarian di negara
jiran (Hariati & Rohaida 2012). Kewujudan bangsa Rohingya di wilayah Rakhine bermula dengan kewujudan
sejarah peradaban Islam di Wilayah Rakhine yang dinafikan oleh kerajaan Myanmar dan telah didakwa sebagai
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
137
kaum pendatang di Wilayah Rakhine. Menerusi penulisan tersebut, kewajaran etnik Muslim Rohingya ini dapat
dibantu dari segi undang-undang kewarganegaraan dan pembelaan kemanusiaan kerana sejarah membuktikan
kegemilangan Islam di Wilayah Rakhine pernah berlaku semasa pimpinan Dinasti Mrauk-U antara tahun 1430
sehingga 1638 (Mohammed Yunus 1994). Antara harapan beliau, masyarakat dunia harus memahami sejarah
Muslim Rohingya yang tinggal di Wilayah Rakhine yang telah bermula sejak ribuan tahun yang lepas. Sejarah
peradaban ini, merupakan maklumat penting dalam mengenalpasti asal usul ketamadunan bangsa Rohingya yang
lebih khusus perbincangan, sebelum akhirnya ketamadunan ini musnah di tangan penjajah Brittish India. Antara
lain, kajian oleh Engy Abdelkader (2013) berkaitan undang-undang kewarganegaraan yang menyatakan slogan
anti-Rohingya yang dilakukan selepas dinafikan kewarganegaraan pada tahun 1948 oleh tentera Myanmar
dengan alasan etnik ini merupakan kaum pendatang di Wilayah Rakhine merupakan suatu alasan bagi agenda
yang tersembunyi kerana wujudnya alasan tersebut mendatangkan penafian hak kemanusiaan seperti keperluan
tempat tinggal, tanah perkampungan yang mereka diami, hak mengundi, pendaftaran perkahwinan dan akses
kesihatan. Kedua-dua kajian ini telah menjelaskan etnik Rohingya merupakan sebuah bangsa yang pernah
mempunyai nilai peradaban suatu ketika dahulu, mereka bukanlah kaum pendatang di Myanmar yang layak
dinafikan hak kemanusiaan yang wajar bagi seorang manusia.
5. Layanan Masyarakat Luar Terhadap Etnik Rohingya
Apabila pelarian dari Myanmar tiba di San Diego perkara utama dilakukan adalah memulihkan mereka dari
trauma peperangan, memberi keperluan asas, memeriksa tahap kesihatan dan memulihkan keadaan pelarian yang
dalam keadaan ketakutan. Kajian yang telah dijalankan oleh Trudi Lee Andre (2014) menyatakan pendekatan
pemulihan pelarian di San Diego meliputi aspek pemikiran, nilai moral, budaya, ekonomi, politik kerana
kehidupan Etnik Rohingya di Myanmar adalah berbeza berbanding penduduk di San Diego. Kehadiran mereka di
San Diego memerlukan peluang pekerjaan, perlindungan politik, ilmu berkaitan ekonomi, akses kesihatan,
kesejahteraan persekitaran, perbezaan bahasa dan kesejahteraan agama. Tindakan sukarelawan di San Diego
yang telah memberi bantuan pelbagai aspek terutama dalam aspek motivasi membina keyakinan diri dalam
proses pemulihan mental dengan pendekatan psikologi kepada pelarian Rohingya yang mempunyai latar
perbezaan kehidupan dan sosio-budaya yang berbeza berbanding penduduk San Diego telah berjaya menjadikan
pelarian Rohingya ini membina kehidupan yang baru di daerah San Diego (Trudi Lee Andres 2014). Kajian ini
tidak menyentuh segi-segi lain yang lebih sosiologikal sifatnya seperti budaya, agama, status dan gaya hidup
serta analisis kelas dan etnik secara lebih luas.
Pertubuhan antarabangsa seperti pertubuhan negara-negara ASEAN, kesatuan Eropah, Kesatuan
Kebangsaan, dan Amerika Syarikat tidak berjaya memainkan peranan melindungi etnik Rohingya daripada
jenayah pembunuhan beramai-ramai. Usaha penyiasatan punca sebenar pembunuhan beramai-ramai etnik tidak
dilaksanakan dengan adil dan berdiskriminasi. Maka, kaedah penindasan selama berdekad oleh komuniti Buddha
Myanmar mengakibatkan keadaan generasi etnik Rohingya pada hari ini hidup dalam keadaan serba kekurangan
dan diancam krisis peperangan (Linda Crossman 2014). Menurut pendapat ini, keadaan yang dirancang itu
bukannya keganasan atau peperangan, tetapi merupakan pewujudan baru di bawah nama ‘penghapusan etnik’
menurut definisi manusia kini demi memenuhi tujuan tertentu misalnya, untuk memberi keabsahan politik bagi
pihak yang memerintah.
Kerajaan Myanmar mengambil ringan terhadap peranan ketenteraan terhadap jenayah oleh etnik Arakan
terhadap etnik Rohingya di Wilayah Arakan, di samping mempunyai kepentingan terhadap ekonomi global.
Usaha kerajaan Myanmar juga dilihat bertujuan mengaburi pandangan para pelabur luar supaya melihat isu
Rohingya adalah isu pendatang asing dan bukannya isu negara kerana Etnik Rohingya tidak pernah diiktiraf
sebagai warganegara Myanmar. Maka, keadaan ini menjadikan etnik Rohingya yang ditindas oleh etnik Arakan
di Wilayah Rakhine yang sedikitpun tidak menjejaskan pelaburan negara luar di Myanmar malahan
mendatangkan masalah berganda kepada etnik Rohingya kerana kerajaan Myanmar mendapat sokongan para
pelabur untuk membendung keganasan etnik Rohingya di Wilayah Rakhine yang digelar sebagai pengganas
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
138
Islam demi menjaga pelaburan mereka di Myanmar (Imtiaz Ahmed 2009). Teori ini menjelaskan mengapa tiada
sekatan ekonomi antarabangsa yang dilakukan terhadap Myanmar setelah berdekad lamanya negara ini
melakukan penindasan terhadap etnik Rohingya. Namun, ini tidak menafikan kegunaannya khususnya dari sudut
pembahasan idea yang menggariskan bagaimana kita harus menganalisis secara ilmiah masalah penindasan
terhadap pelarian Rohingya.
6. Malaysia dan Isu Rohingya
Penafian hak yang mengakibatkan penyeksaan pelarian Rohingya di Malaysia adalah disebabkan faktor-faktor
kegagalan Malaysia secara konsisten untuk mengesahkan piawaian antarabangsa yang melindungi dan
menggalakkan hak asasi pelarian dan pencari suaka, antara piawaian tersebut ialah Kovenan Antarabangsa
mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), Konvensyen Terhadap Penderaan atau Layanan atau Hukuman Lain
yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghinakan (CAT), Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu
terhadap penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman, Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi,
Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), Konvensyen Antarabangsa 1990 mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua
Pekerja Asing dan Ahli Keluarga Mereka. Walau bagaimanapun, menurut kajian ini Malaysia masih perlu
menghormati prinsip non-refoulemen yang merupakan undang-undang adat antarabangsa di mana bermaksud
seseorang itu tidak boleh dikembalikan ke negara di mana mereka berdepan dengan penindasan atau pelanggaran
hak asasi manusia yang lain, tidak boleh ditolak permohonan masuk ketika berada di sempadan sesebuah negara,
kes penghantaran pulang secara paksa (di mana seseorang itu dihantar pulang ke negara asal tanpa persetujuan
mereka), dihantar ke negara lain yang tidak memberi jaminan perlindungan untuk orang pelarian, larangan ke
atas penyeksaan diiktiraf dengan meluas sebagai satu peraturan undang-undang adat antarabangsa. Menurut
kajian ini, Malaysia juga mempunyai kewajipan di bawah perjanjian yang ia telah meratifikasikan yang berkaitan
seperti Konvensyen mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC), yang secara formalnya mempunyai obligasi
menjaga kanak-kanak pelarian. Sejak krisis pelarian Vietnam dalam tahun 1975, Malaysia telah bekerjasama
dengan UNHCR di atas dasar kemanusiaan, dan membenarkannya untuk menjadi agensi utama yang
bertanggungjawab untuk pelarian dan pencari suaka. Dalam kapasitinya yang terhad, UNHCR menyediakan
semua aktiviti yang berkaitan dengan mendaftar, mendokumentasikan dan memastikan status pencari suaka dan
pelarian (Amnesty International 2010). Kebertanggungjawaban Malaysia untuk menilai aktiviti ekonomi pelarian
dan survival pelarian Rohingya ini merupakan aspek penting untuk dikaji dalam memastikan negara ini mampu
mengorak langkah menuju status sebuah negara maju. Dari segi sejarah, mereka adalah satu kelas ‘penduduk
sementara’ yang diwujudkan oleh jentera negara menurut logika kesamaan keadilan undang-undang
antarabangsa dalam sistem pentadbiran negara ini.
Perhatian menunjukkan kerjasama Malaysia dan Thailand begitu penting kepada bantuan dan pembelaan
kepada etnik tersebut akan tetapi hasil kajian menunjukkan keperluan tempat tinggal dan pendidikan tidak begitu
dititkberatkan oleh Malaysia, kajian ini mencadangkan Malaysia melakukan kerjasama dengan NGO dan
UNHCR untuk menyelamatkan etnik Rohingya dari krisis politik Myanmar dan jenayah pemerdagangan manusia
serta terlibat dalam kerjasama program pendidikan dan penempatan yang dirancang oleh UNHCR (Daniel
Sullivan 2016). Dari segi perlindungan antarabangsa yang dikemukakan oleh Alex J. Bellamy (2010)
kebertanggungjawaban melindungi pelarian yang tertindas dengan menetapkan 3 teras utama perlindungan
kepada etnik ini perhatian kepada masalah melibatkan pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, jenayah
peperangan dan jenayah kemanusiaan.
6.1 Jumlah Pelarian Rohingya di Malaysia
Tempoh kebelakangan ini, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Malaysia melaporkan
pada tahun 2015 terdapat peningkatan kadar pendatang daripada Myanmar yang berdaftar adalah seramai
108,760 orang berbanding pada tahun 2013 adalah seramai 95,380 orang seperti Rajah 1. Antaranya, masalah
peluang pendidikan, kesukaran mendapatkan pekerjaan yang berdaftar, ditangkap pihak berkuasa tempatan tanpa
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
139
budi bicara ketika menjalankan aktiviti ekonomi, pekerja tidak berdaftar dan kadar upah yang sangat kecil
(Berita Harian, 8 Disember 2016). Oleh itu kajian dilakukan dalam mengenal pasti pendekatan etnik Rohingya
untuk kelangsungan hidup di Malaysia. Pada Mei 2016, statistik terbaru menunjukkan seramai 52,960 pelarian
Rohingya tinggal di Malaysia dan bekerja di negara ini (Anon. Borneo 2016). Kebanyakan mereka bekerja
sebagai buruh, peniaga, petani, usahawan dan pembantu di pasaraya. Melihat kehidupan yang sukar dan masa
hadapan yang kabur telah dihadapi oleh anak-anak mereka, terdapat sebilangan mereka yang menyerahkan anak-
anak mereka kepada warga Malaysia dengan menukar status kewarganegaraan untuk dijadikan anak angkat oleh
rakyat Malaysia (Azizah Kassim 2012). Manakala, sebilangan yang lain berusaha membesarkan anak-anak
mereka sekalipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran sehingga ada yang mengutip barang-barang terpakai
untuk dikitar semula dan menjadi pengemis.
Rajah 1: Jumlah pelarian Rohingya
Sumber: UNHCR 2013
Faktor kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan pendidikan oleh generasi Rohingya menyebabkan
berlakunya perkahwinan campur dengan penduduk tempatan (Azizah Kassim 2012) dan penyerahan anak-anak
pelarian Rohingya kepada warga tempatan untuk dijadikan anak angkat (Azizah Kassim 2012) telah mengubah
identiti budaya kumpulan pelarian ini kepada corak budaya tempatan. Pengkaji melihat faktor ekonomi dan
kesukaran hidup adalah punca perkahwinan campur dan penyerahan anak angkat dengan warga tempatan demi
kelangsungan kehidupan generasi mereka yang seterusnya. Ini kerana dengan menggunakan dokumen anak
angkat oleh warga tempatan, anak-anak Rohingya mudah untuk mendapatkan kemudahan pendidikan dan
pekerjaan. Sementara, perkahwinan dengan warga tempatan akan membolehkan anak-anak mereka mendapat
kerakyatan Malaysia.
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
Sep-09 Dis-10 Dis-11 Sep-12 Mei-16
Graf Peningkatan Jumlah Pelarian Rohingya di Malaysia
Rohingya
41.60%
58.40%
Peratusan Kanak-Kanak Mendapat Pendidikan
Mendapat Pendidikan
Tidak Mendapat Pendidikan
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
140
Rajah 2: Demografi pelarian Rohingya
(Sumber: Azizah Kassim 2012; UNCHR)
Berdasarkan kedua-dua carta dalam Rajah 2, secara umumnya taburan komuniti berdasarkan usia dan
jantina pelarian Rohingya didapati bersedia dari aspek sumbangan tenaga kerja, baik dari segi usia dan jantina
kerana usia 18-59 tahun adalah usia yang produktif bagi seorang manusia untuk menjana kegiatan ekonomi
sementara faktor jantina seorang lelaki boleh melakukan pelbagai kegiatan ekonomi berdasarkan kekuatan
fizikalnya berbanding seorang wanita. Statistik ini menggambarkan majoriti pelarian Rohingya di negara ini
mempunyai fizikal yang produktif dalam menjalankan kegiatan ekonomi. Maka, jangkaan awal melihat krisis
ketidakmampuan bekerja, masalah kewangan, golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas adalah rendah
dalam kalangan pelarian Rohingya di Malaysia. Justeru itu, sejauh manakah kegiatan ekonomi yang dijalankan
oleh majoriti pelarian Rohingya di Malaysia mampu menyara kehidupan mereka. Pembentukan komuniti
masyarakat terjadi setelah ramai pelarian Rohingya melihat peluang dan masa depan yang cerah di negara ini.
Statistik juga mencatatkan peningkatan beberapa kali ganda dalam tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun,
disebabkan persekitaran tempat kerja yang mempunyai percampuran pelbagai agama dan bangsa seperti warga
73.6
26.4
Jumlah Pelarian Rohingya Berdasarkan Jantina
Lelaki
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
141
Thailand yang beragama Buddha, warga Filipina yang beragama Kristian mahupun majikan berbangsa Cina
menimbulkan persoalan terhadap kelangsungan pengamalan syariat Islam seperti solat, zakat dan puasa.
7. Cabaran Pelarian Rohingya di Malaysia
Kajian tentang kehidupan pelarian Rohingya tanpa status juga telah dikaji oleh Tan Pok Suan (2006) berdasarkan
temu bual yang dijalankan oleh pengkaji kepada 10 keluarga di Kuala Lumpur, pelarian Rohingya telah mula
bertapak pada awal 1980-an. Kewujudan mereka tanpa dokumen pengenalan diri dan pengiktirafan kerajaan
Myanmar menyebabkan mereka sukar memperolehi pekerjaan untuk menampung perbelanjaan hidup, krisis
kemiskinan dan pengangguran, perbelanjaan kos rawatan perubatan yang tidak mencukupi, isu pendidikan
generasi muda pelarian Rohingya apabila mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan sementara
sekolah swasta mengenakan caj yang tinggi di luar kemampuan. Pengkaji juga melihat anak-anak pelarian
Rohingya yang lahir di Malaysia begitu sukar untuk memiliki sijil kelahiran tanpa bantuan warga tempatan,
kesan tidak memiliki sijil kelahiran ini adalah kesukaran mendapatkan permit pekerjaan, dokumen perjalanan,
pendaftaran ke pendidikan formal, kad pengenalan dan sebagainya. Selain itu, menurut pengkaji risiko
keselamatan dan penahanan serta dihantar ke sempadan turut menjadi masalah buat mereka kerana mereka hanya
memiliki kad pengenalan UNHCR yang tidak menyatakan mereka adalah pelarian. Walau bagaimanapun,
jaringan sosial dikalangan pelarian Rohingya menyebabkan bantu-membantu dalam meneruskan kehidupan di
Malaysia. Pengertian pelarian harus diutarakan dengan lebih kritis, lebih cermat dengan bukti empiri supaya
kajian dapat dibuktikan dengan lebih baik. Tan Pok Suan (2006) menyatakan pelarian Rohingya berada dalam
ketidakpastian dalam meneruskan kelangsungan identiti etnik. Tan telah membahagikan beberapa perkara yang
menjadi kesukaran kepada Etnik Rohingya untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia:
7.1 Kemiskinan, Pengangguran dan Tiada Jaminan Pekerjaan
Kedatangan pelarian Rohingya tanpa dikawal akan menggugat ekonomi Malaysia. Sebagai sebuah negara kecil,
perbelanjaan untuk mengurus Pelarian Rohingya akan melibatkan kos perbelanjaan jutaan ringgit. Justeru itu,
Malaysia menghadkan kemasukan pelarian Rohingya dan menggesa negara-negara yang berkapasiti besar seperti
negara-negara timur tengah wajar mengambil peranan membela lebih ramai pelarian Rohingya ke negara mereka.
Oleh sebab pertambahan jumlah pelarian tersebut, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Projek Printis
Kebenaran Bekerja untuk Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian
(UNHCR). Secara prinsipnya mengikut projek ini 300 pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya yang
melepasi saringan keselamatan dan kesihatan akan diberi kebenaran bekerja di negara ini secara berperingkat.
Kumpulan ini akan ditempatkan di beberapa syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan untuk
memberi mereka kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke
negara ketiga. Ini inisiatif pihak kerajaan atas dasar sifat perikemanusiaan untuk membantu menguruskan
pemegang kad UNHCR di negara ini walaupun negara ini tidak menjadi ahli kepada Konvensyen PBB Mengenai
Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Untuk rekod, setakat 31 Disember lalu, bilangan mereka di Malaysia yang
memegang kad UNHCR sah seramai 194,474 orang dari 62 negara dan daripada jumlah itu 133,517 orang atau
89 peratus dari Myanmar iaitu 55,565 etnik Rohingya (Anon. 2016).
7.2 Masa Depan Pendidikan Etnik Pelarian Rohingya di Malaysia
Pada tahun 2012, seramai 10,378 kanak-kanak pelarian Rohingya dengan pecahan usia 0-17 tahun berjumlah
6,535 orang sementara kanak-kanak berusia 5-17 tahun berjumlah 3,843 orang. Pendidikan menjadi suatu
masalah buat pelarian Rohingya kerana kesukaran untuk meningkatkan taraf hidup dari aspek pekerjaan kerana
tidak pandai membaca, mengira dan menulis. Pemasalahan ini bermula apabila kerajaan menghentikan
kemudahan persekolahan kepada pelarian pada tahun 2002 di mana pelarian hanya perlu membayar sebanyak
RM120 untuk sekolah rendah dan RM240 untuk sekolah menengah sahaja (Azizah Kassim 2012).
Pemberhentian kemudahan pendidikan ini menyebabkan ribuan kanak-kanak pelarian tidak bersekolah kerana
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
142
bayaran yuran di sekolah swasta terlalu mahal sedangkan pendapatan yang diperolehi ketua keluarga adalah
sekitar RM30-RM40 sehari (Daniel Sullivan 2016). Kebanyakan kanak-kanak Rohingya yang tidak bersekolah
membantu menambah pendapatan dengan cara mengutip botol, tin, kotak dan surat khabar untuk dijual
sementara yang lainnya menjadi peminta sedekah di masjid-masjid dan tempat awam yang menjadi tumpuan
masyarakat.
7.3 Rawatan Perubatan yang Tidak Mencukupi.
Kebimbangan terhadap penularan wabak Tuberculosis (TBC atau TB) yang merupakan penyakit berjangkit yang
turut dihidapi oleh pelarian Rohingya merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria.
Bakteria ini merupakan bakteria yang sangat kuat sehingga memerlukan tempoh masa lama untuk merawatnya.
Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru (90%) jika dibandingkan dengan bahagian lain tubuh
manusia. Tuberculosis (TBC) merupakan penyakit menular yang masih menjadi perhatian dunia. Sehingga waktu
ini, belum ada negara yang bebas TBC. Angka kematian dan kesakitan akibat kuman mycobacterium
tuberculosis ini juga tinggi. Selain itu, terdapat pelarian Rohingya yang menghidap virus Hepatitis B yang
mudah berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih
mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk,
pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah.
Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling
kerap dihidapi di dunia. Sementara itu, menurut Khatijah H A Abdullah dan Suzaily Wahab (2012) sindrom Koro
(Koro-Like) yang bermaksud penderita menganggap alat kelamin mereka akan menyusut dan menghilang dari
tubuh badan, dalam keadaan yang pekerja penderita merasakan simptom alat kelamin menyusut tersebut akan
membunuh diri mereka, gejala ini disebabkan konflik psikoseksual dan tekanan aras tinggi yang melanda
pelarian Rohingya. Disamping itu, penyakit mati pucuk (Associated Erectile Dysfunction) merupakan penyakit
kesan jangka masa panjang yang diakibatkan oleh trauma peperangan, keadaan sosio-ekonomi, penderaan
semasa kanak-kanak mengakibatkan penyakit tersebut. Menurut pengkaji, tekanan dan ancaman dalam jangka
masa panjang telah mengakibatkan trauma mengundang sindrom psikoseksual yang akan mengakibatkan pekerja
meneruskan survival kehidupan kumpulan pelarian Rohingya ini untuk perkembangan generasi seterusnya.
Kesan kewujudan pelbagai penyakit menimbulkan kegusaran terhadap rakyat Malaysia terhadap jangkitan virus-
virus tersebut di samping kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merawat dan
membendung penularan penyakit.
7.4 Isu Sijil Kelahiran
Tambahan pula, status ekonomi pelarian disebutkan oleh Azizah Kassim (2012) menyatakan ketiadaan dokumen
menyebabkan pelarian ini tidak mempunyai pekerjaan yang formal yang melindungi mereka dari sebarang risiko
dan kemudahan-kemudahan pekerja sebagaimana yang dinikmati pekerja asing yang berdaftar. Menurut Azizah
Kassim (2012) lagi, terdapat pelarian Rohingya di pantai timur melibatkan diri dalam sektor agrikultur dan
menjual hasil tanaman mereka yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran kepada peraih. Hakikatnya,
pelarian ini majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan di mana pendapatan harian golongan pelarian hanyalah
berjumlah RM30-RM40. Walau bagaimanapun, menurut (Azizah Kassim 2012) terdapat sebilangan kecil yang
berjaya dalam perniagaan di mana mereka telah tinggal di negara ini selama tiga dekad, kejayaan yang dikecapi
adalah dalam sektor pembinaan, sub-kontraktor dan perdagangan. Keadaan kemiskinan golongan pelarian ini
membawa implikasi buruk kepada keperluan pendidikan, keselesaan tempat tinggal, kesihatan, makanan dan
sumber asasi lain. Selain mengekalkan psikologi dan hubungan ketidakbergantungan kepada kerajaan,
perlindungan yang diberikan oleh Malaysia tidak percuma di mana anjuran perubahan kepada struktural dan
sistem nilai dalam masyarakat pelarian Rohingya. Selain itu, menurut Linde Lamboo (2017) antara daya tarikan
pelarian Rohingya meninggalkan Acheh adalah disebabkan faktor keluarga yang boleh dijumpai di Malaysia,
peluang pekerjaan yang baik, tekanan kerajaan Indonesia, cerita kejayaan Rohingya di Malaysia. Faktor-faktor
penolak dan penarik menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi menarik menyebabkan pelarian Rohingya
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
143
semakin meningkat saban tahun dan ini mendatangkan kegusaran kepada rakyat Malaysia. Menurutnya lagi, idea
tentang ‘daya penarik’ hanyalah satu lagi cara bagaimana memilih untuk mengkonstruksi perbezaan di antara
manusia yang dibezakan melalui objektif dalam kalangan mereka. Semua ini hanya satu konstruksi dalam
wacana etnik.
7.5 Isu Keselamatan, Ditahan dan Dipenjara
Etnik Rohingya berhadapan dengan penganiayaan dirampas barang-barang peribadi oleh sesetengah penguat
kuasa tempatan kerana mendakwa kad UNHCR tidak sah digunakan di negara ini (Azlinariah Abdullah 2012).
Mereka telah ditangkap dan ditahan Selain itu, pihak PDRM telah berjaya membongkar satu sindiket penjualan
kanak-kanak etnik Rohingya dengan harga RM1,200 hingga RM1,500 untuk tujuan mengemis selepas
menyelamatkan sembilan kanak-kanak dan dua remaja yang dkurung di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi di
Kuala Lumpur (Malaysiakini 2017). Penemuan 139 kubur bersama 29 kem yang dijangka melibatkan mangsa
Rohingya dari Myanmar di hutan Perlis baru-baru ini secara jelas menandakan bahawa kegiatan sindiket
Pemerdagangan manusia antara sempadan Malaysia dan Thailand bergiat secara terancang dan terlindung
(Malaysiakini 2015). Menurut Intan Suria Hamzah et al. (2016b), jenayah pemerdagangan manusia melibatkan
etnik Rohingya semakin bertambah mutakhir ini menyebabkan PDRM dan angkatan tentera Malaysia
mempergiat operasi membanteras sindiket pemerdagangan manusia. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat
telah membawa bersama-samanya masalah pekerja asing, pekerja tanpa izin, penyeludupan migran dan
pemerdagangan orang. Mengikut statistik daripada agensi penguat kuasa Malaysia, keseluruhan kes
pemerdagangan orang dari 28 Februari 2008 sehingga 31 Mei 2016 adalah sebanyak 1,151 kes dengan 1,656
jumlah tangkapan, manakala orang yang disyaki diperdagangkan pula sebanyak 7,863 orang dan jumlah mangsa
direkodkan pula seramai 2,492 orang (Utusan Melayu 2016).
Menurut Azizah Kassim (2012) etnik Rohingya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi secara bersama
sehingga mewujudkan suatu komuniti masyarakat etnik pelarian Rohingya di pelbagai tempat seperti di Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan beberapa tempat lain di Malaysia. Komuniti ini meneruskan kelangsungan
bahasa dan budaya dengan mempraktikkan penggunaan bahasa mereka dalam kehidupan seharian serta
menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan secara bersama seperti sambutan perayaan, majlis berbuka puasa dan
sebagainya. Pendidikan yang mempengaruhi survival bahasa dan budaya telah dijalankan oleh Majlis Ulama’
Rohingya (2013). Mereka telah mencadangkan kelas-kelas fardhu ain dan latihan membaca, mengira, menulis
telah dijalankan di surau-surau komuniti Rohingya dengan kerjasama beberapa badan-badan kebajikan tempatan
dan antarabangsa. Kelas-kelas fardhu ain dan kelas membaca, mengira dan menulis ini menggalakkan hubungan
sosio-budaya dalam kelangsungan bahasa dan pengamalan budaya di samping membuka peluang pekerjaan
kepada etnik pelarian Rohingya. Pendidikan yang diperolehi menentukan kegiatan ekonomi yang dijalankan
(Azizah Kassim 2012).
Di samping itu, menurut Intan Suria Hamzah et al. (2016b) pelarian Rohingya berhadapan dengan tiada
dokumen status kewarganegaraan, kestabilan ekonomi, politik, kehidupan sosial, dan populasi Muslim yang
besar telah hidup di Malaysia mengakibatkan masalah baru kepada kerajaan Malaysian untuk mengendali
kehidupan para pelarian. Sementara sebuah lagi kajian yang dijalankan oleh Intan Suria Hamzah et al. (2016a)
menceritakan kesukaran pelarian Rohingya datang ke Malaysia dengan mempertaruhkan nyawa kepada sindiket
pemerdagangan sementara terdapat juga rakan-rakan pelarian yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
Dari aspek pendapatan pula mereka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi yang berpendapatan kecil dengan
bekerja sebagai pengutip sampah, kedai makan dan buruh. Pelarian Rohingya juga hidup bersesak di dalam
sebuah rumah kecil dan menjalani kehidupan yang sukar. Walau bagaimanapun menurut pengkaji mereka tetap
bersyukur kerana masih terdapat peluang pekerjaan di Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang aman dan
berharap generasi anak-anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya untuk membangun bersama
masyarakat Malaysia. Sungguhpun, kedua-dua kajian ini penting dari segi ia mengetengahkan satu pendekatan
yang berlainan iaitu pendekatan sosiologi ilmu pengetahuan berbanding dengan kajian-kajian lain, ia akan lebih
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
144
bermakna sekiranya pengarang lebih teliti dan seimbang dari segi persembahannya, lebih cermat dengan bukti-
bukti empirik, dan tidak membuat penyeluruhan secara umum tanpa didukung oleh bukti-bukti yang kukuh.
8. Kesimpulan
Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang membelenggu kehidupan mereka sebagai pelarian, mereka tetap berjuang menjalani hidup yang penuh kesukaran itu. Sebagai warga Rohingya yang semakin bertambah jumlahnya di Malaysia, sudah pasti memberi tekanan dalam pelbagai aspek kepada negara ini untuk memberikan penyelesaian terhadap krisis tersebut sedangkan mereka juga mahukan sebuah kehidupan yang baik di negara ini dan pengiktirafan warganegara di negara sendiri pada satu hari nanti. Selain itu, perjuangan mereka dalam memastikan kelangsungan identiti dipelihara. Ini jelas sekali dalam perbincangan di atas bahawa mereka menjaga agama, budaya, kehidupan bermasyarakat dan bahasa untuk tujuan komunikasi. Jaringan komuniti sesama mereka juga dipastikan membantu kebajikan Rohingya di negara ini. Beberapa pertubuhan yang dibangunkan atas kesedaran melindungi pelarian Rohingya dari pelbagai aspek termasuk pengamalan agama, bahasa dalam berinteraksi, kehidupan sosial dan kumpulan masyarakat contohnya seperti Majlis Ulama’ Rohingya (MUR) dan Rohingya Society of Malaysia (RSM). Pelarian Rohingya di negara ini tidak sepatutnya disisihkan sebaliknya perlu dibela supaya mempunyai masa depan yang baik bukan sahaja terhadap kehidupan masa kini tetapi untuk generasi Rohingya yang seterusnya sehingga mereka boleh kembali semula ke tanah air dengan status diiktiraf sebagai warganegara.
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana
telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan penyelidikan, dalam masa yang sama membiayai kos
pembentangan dan penerbitan makalah ini dalam Seminar Serantau Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017
melalui dana yang diberikan kepada projek penyelidikan GUP-2016-026.
Rujukan
Abdul Halim Mat Diah. 1987. Pemikiran Islam: Peranan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.
Alex J. Bellamy. 2010. The Responsibility to Protect-Five Years On, Ethics & International Affairs. Carnegie
Council for Ethics in International Affairs.
Amnesty International. 2010. Diseksa dan Ditinggalkan Pelarian Dinafikan Hak di Malaysia. Amnesty
International, International Secretariat Peter Benenson House, United Kingdom.
Anon. 2016. Pelarian Rohingya kekal ‘stateless’ di bumi Malaysia. Utusan Borneo, 31 Disember.
Azizah Kassim. 2012. Dialog dan Meja Bulat Hala Tuju Pendidikan Alternatif di Malaysia. Universiti
Kebangsaan Malaysia Institut: Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).
Azizah Kassim. 2012. Transnational Marriages Among The Refugees and Their Implications on Their Status
and Identity: The Case of The Rohingyas in Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institut Kajian
Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).
Azlinariah Abdullah. 2012. Air Mata Kesengsaraan Rohingya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Charles Issawi. 1982. An economic History of The Middle East and North Africa. New York: Columbia
University Press.
Daniel Sullivan. 2016. Still Adrift: Failure to Protect Rohingya in Malaysia and Thailand. Washington:
Refugees International.
Engy Abdelkader. 2013. The Rohingya Muslims in Myanmar: Past,Present, and Future. United States:
University of Pennsylvania Law School.
Hamidi Adam & Ravichandran Moorthy. 2015. Krisis kebanjiran pelarian Syria dan impaknya terhadap
keselamatan negara Turki. Journal of Social Sciences and Humanites 10(2): 185-202.
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)
145
Hariati Ibrahim & Rohaida Nordin. 2015. The principle of responsibility to protect: The case of Rohingya in
Myanmar. Petika Journal of Social Sciences and Humanities 23(August): 1-18.
Imtiaz Ahmed. 2009. The Rohingyas: From Stateless to Refugee. University of Dhaka: International Relations
Intan Suria Hamzah, Siti Daud, Nor Azizan Idris & Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2016a. Migrasi
rentas sempadan etnik rohingya dan implikasi terhadap Malaysia. Jurnal Sains Insani 1(1):36- 43.
Intan Suria Hamzah, Siti Daud & Nor Azizan Idris. 2016b. Rohingya’s discrimination and immigration to
Malaysia. International Research in Social Sciences 6(5): 271-288.
Khatijah H A Abdullah & Suzaily Wahab. 2012. Koro-like symptoms with associated erectile dysfunction in a
Rohingya refugee. Asean Journal of Psychiatry 13 (2).
Linda Crossman. 2014. Myanmar’s Rohingya refugees the search for human security. Thesis Master of Arts in
Liberal Studies, Georgetown University Washington D.C.
Linde Lamboo. 2017. Seeking solutions: stateless Rohingya and strategies at the interface of planned
interventions, A case study of Rohingya refugees in Aceh and Kuala Lumpur. Thesis Master,
Wageningen Research University.
Louise W. Holborn. 1956. The International Refugee Organization, a Specialized Agency of the United
Nations. New York: Oxford University Press.
Matthew Smith. 2013. All You Can Do Is Pray Crimes- Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya
Muslims in Burma’s Arakan State. United States Of America: Human Rights Watch.
Michael Mann. 2005. The Dark Side of Democracy: Explaining Ethnic Cleansing. United Kingdom: Cambridge
University Press.
Mohammed Yunus. 1994. A History of Arakan (Past & Present). Bangladesh: Chittagong University.
Mr. Rahmat Abdul Karim,17h October, 2016, http://www.rsm-my.org/news/rohingya-society-in- malaysia-rsm-
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
147
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Inovasi dan Keceriaan di Surau-Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terpilih
di Malaysia
Abdul Munir bin Ismaila
a Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
Abstrak
Tulisan ini bertujuan untuk mengetahui inovasi dan keceriaan yang dihasilkan oleh guru dan pelajar di surau-surau sekolah
menengah kebangsaan terpilih di Malaysia. Keadaan persekitaran surau yang menarik, adalah merupakan faktor mendorong
pelajar serta guru melaksana ibadah dan menghayati ajaran Islam dengan lebih sempurna. Objektif kajian adalah untuk
mendedahkan inovasi yang dihasilkan di surau sekolah menengah kebangsaan terpilih. Kajian ini bentuk kajian lapangan,
menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Kajian melibatkan lapan buah sekolah harian dan asrama terpilih dan
sepuluh orang responden. Kajian mendapati terdapat pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh pihak sekolah. Inovasi keceriaan
surau didapati mendatangkan kebaikan kepada pelajar serta alam sekitar. Melalui inovasi yang dihasilkan di surau sekolah
telah memberi kesedaran positif terhadap perkembangan minda pelajar. Selain itu, implikasi inovasi surau dapat
meningkatkan minat para jemaah untuk mengimarahkan surau yang terdapat di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
Kata Kunci: Surau SMK; inovasi; keceriaan; menarik minat