Top Banner
HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA BAB 1 PENGENALAN 1.1 Mahkamah Syariah Didalam membahaskan persoalan mahkamah syariah dan masa depannya , tidak dapat kita pisahkan dengan persoalan undang-undang syariah itu sendiri dan perlaksanaanya di Malaysia. Banyak undang-undang syariah yang baru diperkenalkan dan banyak pula yang telah dipinda dan diperkemaskan tetapi masih lagi belum dapat menyelesaikan banyak kes dan menghadapi rintangan dalam perlaksanaannya. Kemudian timbul pula isu penyeragaman undang-undang berkenaan diantara negeri-negeri di Malaysia. Kelemahan infrstuktur dan sumber manusia juga menjadi isu dalam pembangunan mahkamah syariah di Malaysia. 1
146

HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Jan 31, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DIMALAYSIA

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Mahkamah Syariah

Didalam membahaskan persoalan mahkamah syariah dan masa

depannya , tidak dapat kita pisahkan dengan persoalan

undang-undang syariah itu sendiri dan perlaksanaanya di

Malaysia. Banyak undang-undang syariah yang baru

diperkenalkan dan banyak pula yang telah dipinda dan

diperkemaskan tetapi masih lagi belum dapat menyelesaikan

banyak kes dan menghadapi rintangan dalam perlaksanaannya.

Kemudian timbul pula isu penyeragaman undang-undang

berkenaan diantara negeri-negeri di Malaysia. Kelemahan

infrstuktur dan sumber manusia juga menjadi isu dalam

pembangunan mahkamah syariah di Malaysia.

1

Page 2: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mahkamah Syariah di Malaysia telah melalui evolusi yang agak

panjang untuk mencapai status sekarang yang hampir setanding

dengan mahkamah sivil dari aspek struktur dan pentadbiran.

Apa yang dimaksudkan disini ialah evolusi dalam bentuk

mahkamah moden. Kalau mahu dikira evolusi sejak dari mula

wujudnya mahkamah syariah dizaman silam dimana ia bermula di

dalam istana raja Melaka dengan sultan atau pembesar

bertindak

2

Page 3: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

sebagai hakim yang lebih mirip kepada bentuk native court pada

tahap yang lebih tinggi, mahkamah syariah sekarang amat moden

sekali walaupun bidang kuasa menghukum dan infrasrukturnya

lebih inferior dari mahkamah sivil.

Istilah Mahkamah Syariah sebagaimana yang terpakai di

Malaysia sekarang bukanlah satu istilah yang tepat

sebagaimana yang terdapat dalam sistem pengadilan Islam yang

sebenarnya. Ia banyak menggambarkan pemikiran sekular yang

telah diterima oleh negara ini sejak dari zaman kejatuhan

pemerintahan Islam dan terus dianuti sampai sekarang.

Mahkamah ini mempunyai kuasa terhad dan tidak boleh

mengatasi mahkamah sivil yang diasaskan mengikut sistem

mahkamah British (Perlembagaan Persekutuan, 2011).

Banyak kemajuan dicapai dalam evolusi perkembangan mahkamah

syariah. Dari hanya mahkamah kadi dibawah negeri masing-masing

sekarang menjadi Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) dalam sistem

kehakiman syariah Malaysia ditadbirkan diperingkat Persekutuan dari

aspek sistem dan penyelarasan undang-undang syariah. Negeri masih

mengekalkan kuasa melantik hakim dan staf berkaitan kecuali negeri

Selangor , Sabah, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Namun bidang kuasa masih terbatas kepada undang-undang keluarga

2

Page 4: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Islam , mal dan jenayah kecil syariah bukan meliputi jenayah

keseluruhan. Ini adalah lanjutan dari pemisahan Islam dari

pemerintahan negara yang telah direncanakan penjajahan Inggeris dan

diwariskan kepada pemerintah Persekutuan Tanah Melayu selepas

merdeka. Perlembagaan yang digubal juga memang bertujuan

menjauhkan Islam dari sistem utama pemerintahan iaitu

meminggirkan kedudukan undang-undang syariah dan semua yang

berkaitan dengannya. Undang-undang utama masih terus berasaskan

undang-undang British yang diperkenalkan sejak 1807 lagi. Sebelum

merdeka mahkamah kadi pun berada dibawah kehakiman British.

Kuasa Residen British boleh melantik dan memecat Kadi walaupun itu

adalah bidang kuasa Sultan setiap negeri. Ini berterusan hingga tahun

1948 apabila mahkamah kadi dan Kadi Besar diasingkan dari sistem

kehakiman sivil.

Kalau status mahkamah syariah di zaman penjajah menjadi aras tanda

sudah tentu status mahkamah itu kini mengalami banyak kemajuan

dan peningkatan. Banyak perkembangan telah berlaku seperti pindaan-

pindaan kepada Perlembagaan yang meningkatkan status mahkamah

syariah dan pengenalan enakmen-enakmen syariah negeri dan

Persekutuan. Misalnya kuasa menghukum Mahkamah Syariah telah

ditambah melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah)

1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah

Syariah boleh menjatuhkan hukuman denda maksimum RM5000.00,

atau pun penjara maksimum 3 tahun atau pun sebatan 6 kali

atau pun gabungan antara hukuman-hukuman tersebut. Akta asal

3

Page 5: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

1965 hanya memperuntukkan denda sebanyak RM 1000 dan penjara

tidak lebih dari 6 bulan. Sekarang Akta Mahkamah Syariah

Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984) telah berkuatkuasa

melebihi 20 tahun tanpa peningkatan. Sedangkan Mahkamah

Mejistret (sivil) diberi kuasa menjatuhkan hukuman penjara

sehingga 10 tahun. Hukuman-hukuman yang diberi bukan sahaja

terlalu ringan jika dibandingkan dengan peruntukan hukum

Islam yang sebenar, tetapi juga tidak meliputi keseluruhan

jenayah syariah seperti jenayah muamalat Islam dan hudud

Islam.

Ada negeri yang telah meluluskan Hukum Hudud Islam bagi

kesalahan jenayah berat tetapi tidak dapat dilaksanakan

seperti di Kelantan (Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah

Syariah Kelantan 1993) dan Trengganu. Halangan besar

terhadap perlaksanaannya ialah Perlembagaan Persekutuan yang

membataskan kuasa enakmen tersebut sejauh mana ia

bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan, dimana kuasa

pemutus itu telah diberikan kepada mahkamah sivil. Bidang

kuasa Undang-Undang Syariah di negeri-negeri di bataskan

4

Page 6: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan,

Senarai 2.

Pada tahun 1988, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan telah

dipinda (Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 Akta A704) dengan

menyebut didalam Fasal 1 (1A) yang maksudnya “Mahkamah –

mahkamah yang disebut dalam Fasal(1) tidaklah boleh mempunyai

bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa

Mahkamah Syariah.” (Abdul Monir Yaacob, 2009). Pada masa

dahulu sebelum pindaan itu dibuat terdapat banyak kes dimana

Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara yang

termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya

telah mengubah keputusan yang telah dibuat di Mahkamah

Syariah. Pindaan ini telah mengurangkan sedikit percanggahan

kuasa dan pertindihan hukum antara Mahkamah Syariah dan

Mahkamah Sivil walaupun pada hakikatnya masih jauh dari

menghapuskan sama sekali pertindihan dan percanggahan

tersebut.

Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 memberi nafas baru

khususnya kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121

5

Page 7: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi

yang mempunyai bidangkuasa yang selaras dan setaraf. Fasal

(IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan

memperuntukkan, "Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam

fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan

dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah .

Kesannya ialah apa jua yang di dalam bidangkuasa Mahkamah

Syariah, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan seperti

dalam soal harta pesaka, penjagaan kanak-kanak (hadanah) dan

sebagainya. Namun begitu jika dilihat dengan lebih mendalam

bidangkuasa Mahkamah Syariah sangatlah terhad. Ia hanya

mempunyai bidangkuasa ke atas orang yang beragama Islam dan

dalam perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual

Kesembilan, Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah

Syariah dengan itu tidak mempunyai bidangkuasa ke atas

pihak-pihak yang bertikai yang salah seorangnya bukan Islam.

Misalnya, dalam soal hadanah jika ibunya seorang bukan Islam

dan bapanya seorang Islam, perkara ini masih boleh dibawa ke

Mahkamah Sivil dan diputuskan di situ. Dalam Akta

6

Page 8: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Pembaharuan Undangundang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976,

Mahkamah Sivil diberi kuasa untuk membenarkan perceraian

jika pihak pada perkahwinan tersebut yang dijalankan bukan

secara Islam, telah memeluk agama Islam dan pihak yang satu

lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh membawa petisyen

ke mahkamah (Ahmad Ibrahim 1989).

Apa yang tidak diperuntukkan oleh pindaan tahun 1988 itu

ialah kenaikan taraf Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa

jenayah. Pada amnya Parlimen mempunyai bidangkuasa jenayah

yang luas dibandingkan dengan DewanUndangan Negeri kerana

Dewan Undangan Negeri seperti yang dirujuk sebelum ini hanya

berkuasa membuat undang-undang bagi menghukum kesalahan-

kesalahan orang-orang Islam terhadap agama Islam kecuali

apajua perkara yang telah diperuntukkan dalam senarai

Persekutuan (Jadual Kesembilan Senarai I). Dengan itu jika

seorang lelaki dengan seorang perempuan ditangkap berkhalwat

dan salah seorang daripadanya bukan Islam maka yang bukan

Islam akan bebas danpada tuduhan.

7

Page 9: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Di bawah Akta Mahkamah-mahkamah Islam (Bidangkuasa Jenayah)

1965, pindaan 1984 bidangkuasa mahkamah hanya meliputi

kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak lebih

3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5000.00, rotan yang

tidak melebihi 6 kali atau kombinasi mana-mana daripada

hukuman tersebut. Bidangkuasa ini terlalu kecil dibandingkan

dengan kuasa Majistret kelas pertama yang boleh menghukum

sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga RM10 000.00, rotan

sehingga 12 kali atau mana-mana kombinasi hukuman di atas (

Nik Ahmad Kamal, 2013).

1.2 Undang-Undang Islam

Undang-undang adalah sesuatu yang hidup dan berkembang

mengikut keperluan dan kemajuan yang dicapai di dalam

sesebuah masyarakat. Dalam kaedah fiqh ada menyatakan ,

“hukum itu berubah dengan perubahan masa, keadaan dan tempat”. Ini

adalah suatu kenyataan dan contoh yang paling jelas berlaku

dalam perkembangan Fiqh Syafi’e dengan adanya qawl qadim dan qawl

jadid. Perubahan dan perkembangan perundangan Islam di

Malaysia berlaku secara beransur-beransur. Bahkan pada suatu

8

Page 10: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

tempoh yang lama, langsung tiada perkembangan atau

perubahan. Ada negeri dalam tempoh tiga puluh tahun tiada

perkembangan yang penting berlaku. Enakmen Pentadbiran Hukum

Syara’ 1952 Selangor hanya dipinda pada tahun 1989 dan dalam

tempoh tersebut hanya bahagian mengenai perkahwinan telah

dipinda dengan mengadakan Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam 1984.

1.2.1 Masa Depan Undang-Undang dan Mahkamah Syariah

Pada kala ini, usia penggubalan undang-undang Islam dengan

sifat dan bentuknya yang khusus sudah pun melewati dua

dekad. Dengan perubahan yang berlaku sepanjang dua dekad

ini, sudah tentu setiap bahagian undang- undang Islam amat

wajar diteliti dan disemak semula bagi memastikan ia masih

mampu mendepani keperluan semasa masyarakat Islam di

Malaysia.

Antara persoalan yang berbangkit dalam menguji kemampuan

undang-undang ini ialah apakah undang-undang keluarga Islam

di negara kita telah mampu mengurus perceraian bagi sebuah

perkahwinan daripada kalangan mereka yang bukan bermazhab

9

Page 11: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Syafie atau Ahli Sunah umpamanya? Atau menangani kes yang

melibatkan orang Islam dan bukan Islam, misalnya perceraian

akibat satu pihak beragama bukan Islam, atau hak penjagaan

anak bila berlaku perceraian begini dimana pihak bukan Islam

masih berhak mengadu kepada mahkamah sivil.

Adakah Undang-Undang Keterangan Islam negara kita telah

mempunyai pendekatan dan prasarana yang sempurna untuk

menerima keterangan-keterangan yang bersifat saintifik

sebagai bukti dalam perbicaraan? Harapan setiap orang Islam

di negara kita dan seluruh dunia amnya tentulah hendak

melihat undang-undang Islam dapat diletakkan di atas tempat

duduknya yang sebenar. Sudah tentu sebarang usaha demi

memartabatkan hukum syarak seharusnya diberi sokongan dan

galakan. Cuma pesan Abul ‘Ala Al-Mawdudi (1980), sebarang

perubahan terhadap undang-undang negara seharusnya mengambil

kira aspek sejarah dan kesinambungan sifat dan bentuk

perundangan negara tersebut.

Kerangka perundangan yang sudah sedia ada dan kukuh pula

sifatnya harus dikekalkan. Sementara yang tidak cocok dengan

10

Page 12: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

prinsip Syariah diubahsuai atau dimansuhkan. Walaupun ia

bukan hasil ijtihad yang mengikat, tetapi ia perencanaan

yang sangat berhikmah.

Undang-undang hudud masih diperdebatkan dikalangan pakar,

intelektual dan pemimpin masyarakat Islam tentang

kebolehlaksanaannya ditambah pula dengan kecurigaan

masyarakat bukan Islam. Kepimpinan Negara pula dalam keadaan

teragak-agak untuk menyokong undang-undang tersebut yang

sebahagian besar sebabnya ialah kepentingan politik. Dua

buah negeri iaitu Trengganu dan Kelantan telah meluluskannya

tetapi tidak dapat dilaksanakan. Sampai bilakah keadaan ini

akan berterusan? Inilah persoalan masa depan hukum syara’

yang dulu telah lama membeku ketika zaman penjajah.

Persoalan-persoalan lain yang masih belum terungkai dan

menjadi persoalan utama dalam halatuju dan masa depan

undang-undang syariah dan mahkamah syariah boleh

diringkaskan seperti berikut:

i. Perlu ada usaha untuk menaiktaraf mahkamah syariah

supaya setara dalam fungsi dan kuasanya seperti

11

Page 13: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mahkamah sivil dan memastikan tiada lagi konflik dalam

bidangkuasa. Pindaan Perkara 121 Perlembagaan

Persekutuan tidak dapat menghapuskan sepenuhnya

pertindihan kuasa dan konflik antara mahkamah syariah

dan mahkamah sivil.

ii. Pentingnya ada usaha penyelarasan undang-undang syariah

dan sivil di peringkat negeri dan Persekutuan dengan

tujuan menghapuskan sebarang pertentangan dengan

undang-undang Islam.

iii. Tindakan untuk menyelaraskan undang-undang keluarga,

jenayah dan mal Islam antara negeri-negeri

iv. Kearah menubuhkan institut latihan kehakiman syari’

untuk meningkatkan kecekapan pegawai kehakiman dan

perundangan syariah

v. Kearah memperkukuhkan Mahkamah Syariah dari segi

bidangkuasa, hakim dan skim perkhidmatan kehakiman yang

lebih menarik. Apakah penubuhan Suruhanjaya

Perkhidmatan Kehakiaman dan Perundangan Syariah

merupakan satu keperluan yang mendesak?

vi. Usaha untuk meningkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah

12

Page 14: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

vii. Membina kaedah untuk membantu hakim seperti Kanun

Acara, Undang-Undang Keterangan dan Kanun Prosedur yang

lebih berkesan

viii. Membangunkan kemudahan infrastruktur mahkamah yang

lebih moden dengan menambah peruntukan pembangunan

Prosedur dan kelayakan bagi penerimaan masuk dan

kawalan terhadap peguam syari’i yang tidak seragam

antara negeri bahkan peguam syari’i tidak mempunyai

pertubuhan profesional seperti Majlis Peguam. Bahkan

Akta Guaman Syari’i dilihat sebagai satu keperluan yang

mendesak. (Zaleha Kamaruddin,2011)

1.3 Kedudukan Undang-Undang Syariah

Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang diturunkan

oleh Allah dan dilaksanakan oleh RasulNya SAW dan diwajibkan

keatas orang Islam melaksanakannya. Dari undang-undang ini

berlakulah kehakiman Islam atau mahkamah Islam. Oleh kerana

inilah Islam memerintahkan supaya melaksanakan kehakiman

(Abdul Karim Zaidan,2010,terj.). Firman Allha SWT :

13

Page 15: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

وك�� ن������� ت� ف� ن� ي�� م أ� ره� ذ� ح������� �م وأ ءه� وأ� ه������� ع أ� ب"������ ت% ولا ت�% هلل �ل أ ز� ن�������� ا� أ� م������ م ب�" ہ1 ن� ت5 م ت�7 ك ح� � أ ن� وأ�

م ہ1 ن" ت5 ص�� ن� ي�� أ� هلل �ذ أ ي��;� ز ا ن�� م�� ب�� لم أ� ع� �ا وأ ف���� ول��� ن� ت�� Dا ك� ف�� ي� ل� Dأ هلل �ل أ ز� ن�� ا� أ� م� عض� ي�" ن� ع�

ون� ) سق� ـ ف� اس ل� ل�ي� �ن� أ ي�رأ م� ث\ ن� ك� Dم وأ ہ1 وب�" ت`� ذ� عض� ب" (٤٩ب�7Maksudnya:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang

telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa

nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari

sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika

mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,

hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-

dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah

orang-orang yang fasik.

( Surah Al-Maidah : 49)

14

Page 16: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Undang-undang Syariah di Malaysia ketika ini pula bukanlah

undang-undang Persekutuan secara menyeluruh tetapi

penguatkuasaan undang-undang ini adalah diberikan oleh

Perlembagaan Persekutuan , Jadual 9 Senarai 2. Perlembagaan

juga menentukan had kuasa kehakiman syariah bagi negeri-

negeri. Dari masa ke semasa pindaan dibuat untuk

meningkatkan kuasa dan jurisdiksi mahkamah syariah.

Dari segi struktur perlembagaan, persoalan Islam di dalam

perlembagaan perlu dilihat dalam konteks Malaysia sebagai

negara persekutuan. Dengan itu kita harus mengambilkira

prinsip-prinsip asas konsep federalisme bagi menangani

masalah-masalah yang timbul apabila berlaku konflik di

antara pihak berkuasa pusat dan negeri. Pembahagian kuasa

antara pihak berkuasa persekutuan dan negeri inilah yang

turut menjadi punca kepada terbatasnya pelaksanaan undang-

undang Syariah dalam bentuk hudud dan qisas.

Perbahasan mengenai kedudukan Islam tidak harus mencemaskan

orang bukan Islam. Mereka tidak harus berasa bimbang apabila

umat Islam mengimbau sejarah masa lalu kerana hak-hak yang

15

Page 17: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mereka nikmati sekarang – kewarganegaraan, hak sivil dan

politik dan sebagainya – juga bersumberkan sejarah;

khususnya tolak ansur orang Islam ketika negara mencapai

kemerdekaan.

Persoalan yang utama dalam penulisan ini ialah apakah

undang-undang syariah akan menjadi statik dan tidak

berkembang berdasarkan kekangan Perlembagaan Persekutuan dan

mahkamah syariah pula akan terus menjadi institusi sekunder

kerana tarafnya lebih rendah dan kuasa penghukumannya sangat

terhad berbanding mahkamah sivil? Sejarah telah memberikan

jawapanya terhadap persoalan ini. Sejak merdeka kita telah

melihat banyak peningkatan didalam bidang kuasa undang-

undang syariah dan mahkamah syariah. Kajian ini akan cuba

memperincikan bagaimana dan sejauh mana Perlembagaan

Persekutuan menghalang atau sebenarnya jalan terbuka luas

untuk perlaksanaan undang-undang syariah dengan pentafsiran

perlembagaan yang tidak jumud.

Walaupun terdapat kejayaan dalam memperkasakan mahkamah

syariah dari aspek kebebasan dari campur tangan mahkamah

16

Page 18: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

sivil, struktur organisasi, kemudahan dan kakitangan yang

lebih baik dan terlatih, perubahan tersebut dikatakan hanya

bersifat kosmetik dan luaran. Begitu juga perubahan diatas

dikatakan dibuat diatas kepentingan tertentu dan dalam skop

tertentu setakat yang dibenarkan oleh parti politik yang

memerintah (A. Hidayat Buang, 2006). Apa yang berlaku selama

ini tidaklah mengubah kedudukan mahkamah syariah sebagai

mahkamah negeri yang serba kekurangan terutama dari segi

bidang kuasa dan keupayaan untuk menangani isu-isu semasa

yang mencabar.

1.4 Kajian Literatur Permulaan

Kertas ringkas ini cuba menghujah bahawa Islam umumnya dan

Syariah khususnya mempunyai tempat yang tertentu tetapi

bukan semestinya istimewa di dalam sistem dan kerangka

perlembagaan kita. Ini tentunya memeranjatkan, kerana kurang

pengetahuan tanggapan umum beranggapan sebaliknya. Apa pun

keadaannya kita harus sedar bahawa perlembagaan ini

beroperasi di tengah-tengah umat Islam yang bilangannya kian

meningkat. Selain itu negara ini juga pernah melaksanakan

17

Page 19: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Islam sebelum ia dipinggirkan oleh penjajah British. Faktor-

faktor ini menyebabkan kedudukan Islam dalam perlembagaan

dan perlaksanaan hukum syariah terus diperdebatkan. Dan

sebab itulah pengaruh Islam tidak dapat diketepikan dan

keadaan ini turut memberi kesan kepada tafsiran

perlembagaan.

Walaupun disini Syariah mempunyai pengertian yang khusus dan

tersendiri penulisan ini melihatnya dalam konteks yang luas;

yang merangkum peraturan-peraturan yang berasaskan ajaran

Islam. Penulisan ini mengajukan bahawa undang-undang yang

bukan bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Sunnah tetapi tidak

bertentangan dengan ketetapan dan maksud umum Syariah harus

diterima sebagai bersifat Islamik, walaupun tidak sebagai

undang-undang Syariah dalam pengertian khususnya.

Mahkamah Syariah pula merupakan sebahagian daripada sistem

perundangan di Malaysia. Dalam membangunkan sistem

perundangan di Malaysia Mahkamah Syariah tidak boleh

dikesampingkan kerana ia mempunyai implikasi yang besar

terhadap komitmen Negara terhadap Islam dan susur galur

18

Page 20: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

serta sistem bermasyarakat di Malaysia. Walaupun sebahagian

masyarakat di Malaysia memandang rendah terhadap Mahkamah

Syariah namun hakikatnya ia adalah institusi sah dan penting

di Malaysia. Tanpa penonjolan Mahkamah Syariah dalam

kehidupan seharian umat Islam Malaysia, Islam itu jelas

kelihatan cacat dan tempang.

Sebenarnya Mahkamah Syariah jauh lebih dahulu wujud

berbanding dengan mahkamah sivil namun pembangunan Mahkamah

Syariah terbantut kerana tidak diberi perhatian malah

dipinggirkan oleh penjajah. Setelah negara mencapai

kemerdekaan Mahkamah Syariah masih ketinggalan kerana tidak

ditingkatkan martabatnya oleh pihak berkuasa yang mengambil

alih dari penjajah Inggeris. Kejanggalan terhadap Mahkamah

Syariah ini diperteguhkan lagi kerana sistem yang ada

dilihat tidak menyokong ke arah memartabatkan Mahkamah

Syariah di Malaysia.

Umpamanya perbezaan yang amat ketara dapat dilihat dalam

struktur mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Mahkamah sivil

bermula dengan Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah

19

Page 21: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan manakala

tingkatan Mahkamah Syariah pula bermula dengan Mahkamah

Rendah, Mahkamah Tinggi dan akhirnya Mahkamah Rayuan

Syariah. Hanya terdapat tiga sahaja tingkatan Mahkamah

Syariah berbanding mahkamah sivil yang mempunyai lima

hierarki.

Menelusuri lebih mendalam lagi kita akan mendapati bahawa

bukan sahaja prasarana Mahkamah Syariah agak ketinggalan

dari mahkamah sivil tetapi juga gaji hakim-hakim syarie juga

terlalu rendah berbanding rakan seangkatan mereka di

mahkamah sivil (Zainal Rijal, 2011).

Peruntukan kuasa menjatuhkan hukuman yang terlalu kecil di

dalam bidang jenayah juga sudah lama diperjuangkan untuk

penambahan bidangkuasa jenayah tetapi sehingga kini masih

lagi belum dimaterialisasikan lagi kecuali pindaan kecil

dalam tahun 1984.

Peguam yang beramal di Mahkamah Syariah juga tidak dikawal

seperti mana rakan peguam mereka di mahkamah sivil. Ini

jelas menunjukkan kepincangan yang ada boleh menyebabkan20

Page 22: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

disiplin dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Peguam

Syarie berkemungkinan akan terjejas. Hanya baru-baru ini

saja ada usaha untuk mewujudkan akta guaman syarie. Apatah

lagi sistem pendidikan berterusan tidak diterima oleh Peguam

Syarie setelah mereka diterima masuk sebagai seorang Peguam

Syarie. Mereka seolah-olah dilepaskan begitu sahaja tanpa

sebarang bimbingan.

1.4.1 Sejarah Undang-Undang Islam di Malaysia

Bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayusejak

500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-

pedagang Arab ke India dan dan India Islamtelah disebarkan

ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang

Melayu telah diislamkan. Orang-orang Melayu telah berjuang

dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah,

Portugis dan Belanda demi melindungi tanah air mereka di

samping mempertahankan agama Islam. Manakala kuasa-kuasa

penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan

perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk

menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.

21

Page 23: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik tolak

peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian

antara Inggeris dengan peinimpin-peinimpin Melayu

menghendaki peinimpin Melayu menerima seorang penasihat

Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu diininta dan

diikuti dalam semua hal pentadbiran kecua]i perkaraperkara

yang menyentuh agama dan adat resam orang-orang Melayu.

Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh

peinimpin-peinimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan

Pahang. Kesannya, pada akhir abad kesembilan belas kesemua

negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat

Inggeris ini.

Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu,

Perlembagaan Johor tahun 1895, telah menampakkan ciri-ciri

keislaman. Satu peruntukan dalam perlembagaan tersebut

menyebut bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa

Melayu, berketurunan diraja Johor dan beragama Islam.

Perkara LVII perlembagaan itu menyebut bahawa agama Islam

hendaklah sentiasa dan sepanjang masa menjadi agama negeri

22

Page 24: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Johor. Perlembagaan negeri Terengganu tahun 1911 juga

bercirikan agama Islam. Satu daripada peruntukannya

menghendaki bahawa raja negeri Terengganu seorang beragama

Islam, berbangsa Melayu berketurunan diraja Terengganu.

Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama negeri dan

tiada agama lain yang boleh dijadikan agama resmi negeri

Terengganu.

Salah satu sebab berlaku penentangan terhadap penubuhan

Malayan Union 1946 ialah kesan buruk terhadap kedudukan

orang-orang Melayu sebagai penduduk asal terutama sekali

terhadap raja-raja sebagai ketua agama Islam di setiap

negeri. Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956

untuk menyediakan satu draf Perlembagaan Malaya yang merdeka

pada awalnya tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam

sebagai agama Persekutuan. Salah seorang anggotanya dari

Pakistan, Hakim Abdul Hainid berpendapat bahawa satu

peruntukan sebegitu rupa perlu diadakan. Draf terakhir yang

dipersetujui tidak meinihak kepada mana-mana pendapat

majoriti ataupun minoriti. Tidak juga disebut bahawa negara

ini sebuah negara secular.

23

Page 25: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Anggapan bahawa undang Islam tidah pernah diamalkan di

negeri Melayu adalah salah. Kenyataan yang dibuat oleh hakim

Inggeris dalam kes Ramah vs. Laton (1927) 6 F.M.S.L.R 128

dimana mahkamah rayuan berpendapat bahawa undang-undang

Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang

tempatan di Malaysia (Abu Bakar Abdullah,1986). Kebanyakan

negeri di Semenanjung Tanah Melayu melaksanakan undang-

undang Islam sebelum campur tangan Inggeris. Undang-undang

Hukum Kanun Melaka adalah bukti berdokumen tentang perkara

tersebut. Ia telah disusun oleh Hang Sidi Ahmad atas

perintah Sultan Mahmud Shah. Sultan dan pegawai tertentu

mempunyai kuasa untuk mendengar dan menghakimi kes-kes yang

diadukan. Tidak perlu diwaktu itu untuk mewujudkan sistem

kehakiman berasingan bagi kes sivil dan kes syariah kerana

semua kes diputuskan mengikut undang-undang Islam dan adat

Melayu. Orang-orang bukan Islam pula diberi hak untuk

mengamalkan undang-undang diri mereka sendiri seperti yang

diberikan oleh Rasulullah kepada kaum Yahudi dan musyrik di

Madinah walaupun kuasa pemutus adalah ditangan Rasulullah

24

Page 26: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

saw jika terdapat pertelingkahan (Farid Sufian Shuaib,

2008).

Undang-undang Johor termasuk Singapura adalah secara

langsung diambil dari undang-undang Melaka, kerana kandungan

dan susunan undang-undang tersebut dan susunan fasal-

fasalnya mempunyai persamaan dengan undang-undang Melaka.

Begitu jugalah Undang-undang Kedah, Pahang, Undang-undang

Sembilan Puluh Sembilan Perak, dan undang-undang Islam di

Kelantan dan Trengganu. Inggeris mula memperkenalkan undang-

undang British apabila mereka menguasai Pulau Pinang dalam

tahun 1807 dan Negeri-Negeri Selat seluruhnya pada tahun

1826. Seterusnya mereka membawa kenegeri-negeri Melayu

bersekutu diakhir kurun kesembilan belas. setelah mereka

berjaya campurtangan di negeri-negeri tersebut. Tetapi

mereka mengekalkan undang syariah yang terbatas itu dibawah

Majlis Agama Islam bagi menghormati Raja-Raja Melayu.

1.4.2 Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan

25

Page 27: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Di dalam kertas ini ungkapan perlembagaan turut merangkum

perlembagaan-perlembagaan negeri: tidak hanya Perlembagaan

Persekutuan sahaja. Di dalam negara persekutuan seperti

Malaysia perlembagaan-perlembagaan negeri penting kerana

Perlembagaan Persekutuan hanya bersifat utama dan muktamad

dalam hal-hal yang terletak di dalam bidang kuasa

persekutuan sahaja.

Kedudukan Islam sering dilihat dalam konteks Perkara 3

PerlembagaanPersekutuan1, khususnya Perkara 3(1). Ini kurang

tepat kerana kedudukan Islam– sebagaimana yang akan

dibincangkan di bawah - perlu juga dilihat dalam konteks

peruntukan-peruntukan yang lain. Pendapat yang lebih kuat

menyifatkan Perkara 3 sebagai peruntukan yang memberi ciri

atau sifat kepada perlembagaan dan persekutuan. Melihat

kepada ungkapan yang digunakan Perkara 3 seolah-olah

membekalkan akidah, ideologi atau sifat bagi perlembagaan

dan negara ini. Walaupun ini kadangkala disifatkan sebagai

label atau kulit sahaja ia tetap bermakna dan signifikan.

Inilah peruntukan yang memberi landasan atau hujah untuk

26

Page 28: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

amalan-amalan rasmi seperti pembacaan doa di dalam sidang

parlimen dan seumpamanya.

Persoalan negara Islam mungkin boleh dianalogikan dengan

kedudukan Malaysia sebagai negara demokrasi. Walaupun

Perlembagaan Malaysia umumnya hendak melaksanakan demokrasi

tetapi ada peruntukan-peruntukan yang boleh mengancam atau

menggantung demokrasi seperti Perkara 1497 mengenai

subversif, keganasan dll. atau Perkara 150 mengenai darurat.

Ini menunjukkan bahawa perlembagaan kita sebenarnya tidak

mempunyai sifat atau ciri tertentu yang tetap dan tidak

berubah. Dengan itu kita boleh mengatakan bahawa

perlembagaan kita memberi ruang kepada pelbagai konsep dan

gagasan yang dapat disesuaikan dengan kerangka dan batasan

yang ada.

Sebab itu kita perlu juga mengambil maklum dasar-dasar

tertentu yang dibentuk

dan dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini, baik di

peringkat pusat dan negeri yang dicipta dan dilaksanakan

untuk membangun dan mempertahankan Islam. Ini termasuklah

27

Page 29: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

penerapan nilai-nilai Islam, membangun bersama Islamdan

Islam hadhari1. Dari segi hujah dasar-dasar ini

mengisyaratkan kepada Perlembagaan ini adalah undang-undang

utama Persekutuan danapa-apa undang-undang yang diluluskan

selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan denganPerlaembagaan

ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu’kita

bahawa ada inisiatif dan perubahan tertentu yang boleh

dilakukan tanpa meminda perlembagaan yang ada sekarang.

Dasar-dasar itu juga membolehkan kita menghujah bahawa

perlembagaan turut menyediakan kerangka untuk pelaksanaan

aspek-aspek tertentu Islam. Sama ada ini mencukupi atau

sebaliknya adalah soal yang lain.

Sesungguhnya semua pihak di negara ini perlu memahami dan

mengambilkira sejarah dalam menuntut apa yang mereka dakwa

sebagai hak atau kebebasan. Antara contoh-contoh yang boleh

disebut di sini ialah Perkara 3(4) : Agama Islam ialah agama

bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan

damai di mana bahagian Persekutuan dan Perkara 8(5): Perlembagaan

1

28

Page 30: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa2-apa undang-undang

yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan

Perlaembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Sementara peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan

menggantung peruntukan-peruntukan perlembagaan tertentu yang

lain ialah Perkara 149 dan Perkara 150.

1.4.3 Peruntukan-Peruntukan Yang Relevan

Perlembagaan Persekutuan tidak dilengkapi dengan pengenalan

umum, objektif yang hendak dicapai atau dasar-dasar asas

sebagaimana perlembagaanperlembagaan negara-negara tertentu.

Yang ada hanyalah beberapa peruntukan yang menyentuh atau

berkaitan dengan Islam. Dengan demikian peruntukan-

peruntukan itu perlu dianalisis, terutama dari segi ruang

lingkup dan latarbelakangnya.

Di dalam pentafsiran perlembagaan peruntukan-peruntukan

perlu diberi makna yang harfiah kecuali jika pendekatan

sedemikian menimbulkan kesan atau implikasi yang tidak

munasabah. Pendapat bahawa tiap-tiap peruntukan perlembagaan

2

29

Page 31: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

berdiri sendiri dan tidak dibataskan oleh peruntukan-

peruntukan lain, kecuali sekiranya hal itu dinyatakan secara

jelas oleh peruntukan berkenaan adalah benar.

Peruntukan perlembagaan yang sering dihujahkan sebagai

menghalang pelaksanaan Syariah di Malaysia ialah Perkara

4(1) yang mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai

undang-undang utama negara. Pendapat ini tidaklah semestinya

benar kerana perlembagaan sendiri turut membenarkan

pelaksanaan prinsip-prinsip Syariah yang tertentu

sebagaimana yang kelihatan, antara lain, dalam Jadual

Kesembilan. Dengan kata lain prinsip-prinsip Syariah turut

mengisi peruntukan perlembagaan. Ini juga dapat dihujahkan

dalam soal kelayakan Yang di Pertuan Agong sebagai ketua

negara yang diperaturkan oleh perlembagaan-perlembagaan

negeri. Sementara itu Perlembagaan Negeri Johor menyebut

ungkapan ahl al-hal wa al-‘aqd. Ini menarik kerana ia

penting di dalam konsep pemerintahan Islam. Ini juga secara

tidak langsung membawa masuk prinsip-prinsip Syariah yang

terkandung di dalam karya-karya klasik para ilmuan Islam

30

Page 32: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

silam yang dimaktubkan oleh perlembagaan-perlembagaan

negeri. Peruntukan-peruntukan ini harus diteliti. Kita tidak

harus melihat Perkara 3(4), 4(1) atau 160(2) semata-mata

tanpa melihat kesan dan signifikan peruntukan-peruntukan

yang disebutkan di atas tadi. Walaupun ada pihak yang

mencadangkan supaya Perkara 4(1) dipinda dengan memasukkan

Al-Qur’an dan Sunnah, satu perbahasan yang mendalam perlu

dilakukan untuk memastikan kesannya di samping mengambilkira

pengalaman negara-negara muslim yang lain yang sudah berbuat

demikian.

Selain itu kandungan dan kesan Perkara 11(1): Tiap-tiap orang

adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada

Fasal (4), mengembangkan agamanya’. dan 11(4): Undang-undang negeri

dan mengenai Wilayah-Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya , undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat

pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang

yang menganuti agama Islam serta 12(2) yang mengangkat kedudukan

Islam melebihi agama-agama lain selalu disebut bagi

menunjukkan kedudukan istimewa Islam. Sebab itu undang-

31

Page 33: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

undang murtad yang bersumberkan undang-undang Syariah boleh

diluluskan oleh parlimen atau dewan-dewan undangan negeri.

Kedudukan Islam dalam perlembagaan tidak boleh disentuh oleh

parlimen atau kuasa darurat kecuali melalui pindaan dan

persetujuan Majlis Raja-Raja. Ini tentunya turut melindungi

prinsip-prinsip Syariah.

Selain itu sudah sekian banyak undang-undang, walaupun

diakui masih belum mencukupi yang dibuat oleh parlimen dan

dewan-dewan undangan negeri yang mengkanunkan prinsip-

prinsip Syariah. Prinsip-prinsip yang melatari peruntukan-

peruntukan di dalam pelbagai undang-undang keluarga Islam

serta perbankan dan kewangan Islam adalah prinsip-prinsip

Syariah. Ini dengan sendirinya menandakan bahawa Syariah

mempunyai kedudukan yang tertentu di dalam sistem

perlembagaan dan perundangan kita. Selain itu di masa akan

datang, kita harus menjangka pengaruh dan kedudukan yang

lebih kukuh sekiranya kita dapat meyakinkan kemampuan

Syariah menjadi sumber untuk reformasi perlembagaan dan

undang-undang negara. (A. Aziz Bari, 2005)

32

Page 34: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

1.4.4 Asas Kuasa Mahkamah Syariah

Pada asalnya mahkamah syariah dinegeri-negeri di Malaysia

hanyalah merupakan mahkamah kadi sahaja. Struktur

pentadbirannya adalah terlalu asas dan statusnya jauh lebih

rendah dari mahkamah sivil. Kes yang dikendalikannya pun

lebih tertumpu kepada kes keluarga Islam. Kerajaan

Persekutuan telah membuat pindaan mengenai bidang kuasa

jenayah Mahkamah Syariah, terkenal dengan Akta Mahkamah

Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1984. Pindaan ini

telah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Syariah untuk

menjatuhkan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman penjara

sehingga tiga tahun atau apa-apa denda sehingga RM 5000 atau

sebat enam rotan atau gabungan kedua-dua hukuman tersebut.

Akta ini adalah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang

Kuasa Jenayah) 1965 yang hanya memperuntukkan hukuman apa-

apa kesalahan boleh dihukum dengan penjara untuk satu tempoh

tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM 1000

atau kedua-duanya.

33

Page 35: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Pada tahun 1988, Kerajaan Persekutuan telah membuat pindaan

terhadap perlembagaan mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah

terkenal dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A

704) Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan

bahawa Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidangkuasa

berkenaan apa-apa perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai

bidangkuasa. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan

Persekutuan menyebutkan: "Mahkamah-Mahkamah yang disebut di

dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa dengan

apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah" (Narizan

Abdul Rahman, 2005).

Dengan pindaan ini, kewujudan dan kewibawaan Mahkamah

Syariah telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan

Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa yang mutlak unluk

memutus dan menyelesaikan kes-kes atau apa-apa perkara yang

terletak di bawah bidangkuasanya. Ini bermakna Mahkamah

Sivil tidak boleh membicarakan sesuatu kes yang terletak di

bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, sedangkan sebelum ini

Mahkamah Sivil juga mempunyai bidangkuasa yang sama, di

34

Page 36: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

dalam beberapa kes dan Mahkamah Sivil boleh membicarakannya

dan jika terdapat percanggahan maka keputusan Mahkamah Sivil

adalah muktamad. Kesan pindaan ini telah diperkukuh lagi

oleh keputusan Mahkamah Agung di dalam kes Mohd. Habibullah bin

Mahmood lawan Faridah bt. Datoi Talib pada 15 Disember, 1992 yang

menegaskan "execlusive jurisdication" Mahkamah Syariah.

Kerajaan Persekutuan juga telah membuat pindaan terhadap

Perlembagaan Malaysia untuk memberikan kuasa tahan kepada

Hakim Mahkamah Syariah seperti yang diberikan kepada seorang

Majistret terkenal dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988,

Perkara 5(4) Persekutuan. Dengan pindaan ini bererti Hakim

Mahkamah Syariah telah diberi kuasa seperti seorang

Majistret di dalam perkara kuasa tahan diri.

Untuk merealisasikan kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana

dalam peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

itu, Kanun Tanah Negara (National Land Code) telah dipinda

dengan memasukkan satu seksyen baru iaitu seksyen 421A

melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 1991. Pindaan

tersebut telah diluluskan dan berkuatkuasa mulai 1 Januari,

35

Page 37: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

1993. Seksyen 421A berbunyi "Untuk maksud seksyen 417 dan

420 "Mahkamah" termasuk Mahkamah Syariah". (Abdul Aziz Bari,

2005)

Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Undang-

undang Syara’ dan Sivil, di bawah Bahagian Hal Ehwal Islam,

JPM, untuk mempertingkatkan pelaksanaan Undang-undang Islam,

memperluaskan bidangkuasa mahkamah Syariah dan menyelaras

undang-undang sivil agar sesuai dengan Hukum Syara’.

1.4.5 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Pada 3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju

cadangan Penyusunan Semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh

Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:-

1. Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai

oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia juga Ketua

Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.

2. Wujudkan struktur organisasi JKSM

3. Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan

Syariah bagi menimbang semula kes rayuan Mahkamah

Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah. 36

Page 38: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

4. Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan

Wilayah-wilayah termasuk pentauliahan Ketua Hakim

Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.

5. Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.

6. Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai

Syariah.

Di bawah Penyusunan Semula Majlis/Jabatan Agama Islam

Negeri, fungsi Mahkamah Syariah telah dipisahkan daripada

Jabatan Agama Islam Negeri. Mahkamah Syariah adalah sebagai

satu badan yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana

pihak, ianya dibekalkan dengan kuasa-kuasa tertentu melalui

pindaan undang-undang yang sedia ada supaya Mahkamah-

Mahkamah ini dapat menyelia dan melaksanakan perkhidmatan

pengadilan mengikut Hukum Syarak secara adil, cekap dan

berkesan. Mahkamah Syariah ditubuhkan dalam tiga peringkat

iaitu:

(i) Mahkamah Rayuan Syariah;

(ii) Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah; dan

(iii) Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah Daerah-Daerah.

37

Page 39: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mahkamah Rayuan Syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie.

Mahkamah Tinggi Syariah pula diketuai oleh Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah. Tiap-tiap Mahkamah Rendah Syariah Daerah

diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Ketiga-

tiga peringkat Mahkamah ini diwujudkan melalui sebuah

Jabatan yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-

negeri (portal JKSM, 2010).

1.4.6 Taraf Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil

Satu kes mahkamah yang menjadi isu hangat yang membabitkan

balu Sarjan M Moorthy ( seorang Islam ) iaitu S Kaliammal (bukan Islam)

telah membuat rayuan agar kes arwah suaminya ini didengar di

Mahkamah Sivil dengan alasan ia tidak akan mendapat

pembelaan sewajarnya jika ia didengar di Mahkamah Syariah.

Ini menjadi satu ujian keatas taraf Mahkamah Syariah.

Mahkamah Rayuan, di sini, pada 5/9/2010 memutuskan bahawa

mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan

status agama pendaki Everest, Sarjan M Moorthy yang

penukaran agamanya kepada Islam menimbulkan pertikaian.

(Berita Semasa, September 6, 2010).

38

Page 40: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Namun dengan pindaan dan perubahan kepada perkara-perkara

tertentu didalam Perlembagaan Malaysia, mahkamah syariah

masih tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan kes jenayah

walaupun hanya melibatkan orang Islam kerana undang-undang

berkenaan masih terletak dibawah Kanun Keseksaan. Sebutan

hukum hudud masih merupakan satu fobia yang digembar-

gemburkan oleh golongan anti-Islam walaupun peruntukan Kanun

Keseksaan tidak kurang kerasnya disbandingkan dengan Hukum

Hudud. Misalnya hukuman mati mandatori bagi pengedar dadah.

Pada tahun 1988 Perkara 121 perlembagaan Persekutuan telah

dipinda dengan menyebut di fasal (1A) maksudnya Mahkamah

Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan

dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Pada masa dahulu sebelum pindaan itu dibuat terdapat banyak

kes dimana Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai

perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan

adakalanya telah mengubah keputusan yang telah dibuat

diMahkamah Syariah.

39

Page 41: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Satu kesan terbesar yang diperolehi dari pindaan itu ialah

mengelakkan percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah

dan Mahkamah Tinggi seperti yang terdapat di dalam beberapa

kes terdahulunya. Umpamanya di dalam kes Myriam vs Ariff

[1971] 1 MLJ 275 di mana perceraian telah diadakan di

hadapan Qadi dan Qadi Yang Ariff telah mencatatkan perintah

atas persetujuan kedua-dua pihak memberi hak jagaan anak

dari perkahwinan itu iaitu seorang anak perempuan berumur 8

tahun dan seorang anak lelaki berumur 3 tahun kepada bapa

mereka. Ibu mereka kemudiannya telah berkahwin dengan lelaki

yang bukan muhrim kepada anak itu dan ia menuntut hak jagaan

anak itu. Abdul Hamid H, pada masa itu, memutuskan bahawa

perintah yang dibuat oleh Qadi itu tidak menghalang pihak

menuntut iaitu ibu anak itu membuat perrmohonan kepada

Mahkamah Tinggi. Beliau merujuk kepada seksyen 45 (6)

Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Selangor, 1952,

yang memperuntukkan: “Tiada apa-apa yang terdapat di dalam

enakmen ini akan menganggu bidangkuasa Mahkamah Sivil dan

apabila terdapat perbezaan atau percanggahan antara

keputusan Mahkamah Qadi Besar (sekarang Mahkamah Tinggi

40

Page 42: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Syariah) atau seorang Qadi dengan keputusan Mahkamah Sivil,

yang bertindak di dalam bidangkuasanya, keputusan Mahkamah

Sivil adalah mengatasi.”

Di dalam kes itu Hakim Yang Ariff memutuskan Mahkamah Tinggi

mempunyai bidangkuasa di bawah Guardianship of Infants Act

1961, yang telah diterima oleh Dewan Undangan Negeri

Selangor dengan syarat bahawa tiada apa-apa di dalam Akta

itu yang berlawanan dengan agama Islam atau adat Melayu

boleh dikenakan kepada seorang di bawah umur lapan belas

tahun yang menganuti agama Islam. Beliau juga memutuskan

bahawa Akta itu tidak bercanggah dengan agama Islam atau

adat Melayu dan oleh kerana itu boleh dikenakan kepada

orang-orang yang menganuti agama Islam.

Hakim Yang Ariff ada membuat rujukan kepada undang-undang

Islam yang beliau berkata memperuntukkan antara lain bahawa

“seseorang perempuan yang berhak mendapat hak jagaan seorang

kanak-kanak lelaki atau perempuan adalah hilang haknya jika

perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak

mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana

41

Page 43: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

seorang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak

itu, semasa perkahwinan itu wujud.” Walau bagaimanapun

beliau berkata; “Saya berpendapat bahawa mahkamah terhalang

membuat perintah bagi hak jagaan memberi anak itu kepada

seorang ibu atau bapanya jika kebajikan anak itu memerlukan

demikian.”

Sebelum itu beliau telah berkata “Di dalam usaha saya

menghasilkan keadilan saya becadang menggunakan budibicara

saya dan memberi perhatian pertama kepada kebajikan kanak-

kanak itu. Dengan berbuat demikian bukanlah niat saya

mengenepikan agama dan adat pihak- pihak yang berkenaan atau

kaedah-kaedah di bawah agama Islam, akan tetapi itu tidak

semestinya bermakna mahkamah hendak mematuhi dengan tegasnya

kepada kaedah-kaedah yang diperuntukkan oleh agama Islam.

Mahkamah pada pendapat saya tidak dilucutkan kuasa

Budibicaranya.”

Akhirya Hakim Yang Ariff itu telah memberi hak jagaan anak

lelaki yang kecil kepada ibunya dan hak jagaan anak

perempuan yang besar itu kepada bapanya.

42

Page 44: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Undang-undang di beberapa negeri Melayu mengenai hakjagaan

kanak- kanak telah dikanunkan di dalam Akta atau Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam akan tetapi telah terdapat dua

aliran. Mahkamah Syariah membuat keputusan atas asas Undang-

undang Islam akan tetapi apabila permohonan dibuat ke

Mahkamah Sivil keputusan-keputusan Mahkamah Syariah itu

tidak diikuti bahkan adakala diketepikan dan kes-kes itu

diputuskan berpandu kepada Akta Penjagaan kanak-kanak, 1961.

Apa yang lebih tidak menyenangkan dalam perkara ini ialah

sungguh pun Akta Penjagaan kanak-kanak itu dikenakan kepada

orang-orang Islam peruntukan yang lebih meluas dan dekat

kepada undang-undang Islam yang terdapat di dalam Akta

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1876

tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.

1.4.7 Harapan dan Cabaran Masa Depan

Mahkamah Syari’ah masih belum menunjukkan tradisi

kecemerlangan terutama dari segi keputusan penghakiman yang

menjadfi mercu tanda kejayaan dan kehebatan sesebuah sistem

perundangan. Namun demikian , mahkamah ini telah dan sedang

43

Page 45: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mengembangkan budaya dan amalan mahkamah sendiri yang

berbeza dengan sistem mahkamah sivil, terutama selepas

pindaan Perlembagaan tahun 1988.

Selari dengan itu para ilmuan perundangan dan cendekiawan,

pemikir dan pegawai kerajaan telah memberi sumbangan besar

kepada kemajuan di atas melalui penulisan, pembentangan

kertas kerja, kajian-kajian dan ucapan-ucapan. Pengkaji

seterusnya selepas ini perlu mencari jalan memperbaiki asas-

asas yang telah diletakkan oleh pemikir-pemikir terdahulu.

Usaha ini perlulah menumpukan kepada usaha mengenal pasti

punca masalah yang timbul melalui penggunaan kaedah

penyelidikan yang betul dan berwibawa.

1.5 Objektif Kajian

Memandangkan perkembangan Hukum Syara’ dan Mahkamah Syariah

yang begitu positif sejak merdeka, kajian ini akan cuba

mengenalpasti kuasa pendorong disebalik kemajuan tersebut

yang boleh mencetuskan pengembangan kuasa kedua-dua bidang

ini di masa akan datang.

44

Page 46: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

1. Menganalisis perkembangan perlaksanaan Hukum Syara’

didalam era moden di Malaysia termasuklah isu

penyeragaman hukum syara’ diantara negeri-negeri dan

hubungkait perkembangan Mahkamah Syariah dengan

perkembangan Hukum Syara’ di Malaysia.

2. Mengunjurkan kemungkinan-kemungkinan dalam

perkembangan Hukum Syara’ dan Mahkamah Syariah di

masa akan datang termasuk ‘political will’ dikalangan

pemimpin pemerintah untuk membawa perubahan yang

lebih radikal

1.5.1 Penyataan Masalah

Walaupun Malaysia mempunyai perlembagaan yang meletakkan

Islam sebagai agama Persekutuan, namun hukum Islam adalah

inferior berbanding undang-undang sivil Malaysia yang

berasaskan ‘British Common Law’. Dengan pendidikan Islam

dikalangan umat Islam yang semakin meningkat tinggi dan

kesedaran umum terhadap tuntutan Islam dalam melaksanakan

Hukum Syara’, umat Islam tidak akan berpuashati dengan

45

Page 47: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

status Hukum Syara’ yang ada sekarang. Walaupun bidang kuasa

Mahkamah Syariah sudah lebih luas dan kuasa menghukum telah

dinaikkan tetapi jika dibandingkan dengan mahkamah sivil,

peningkatan ini masih jauh lebih rendah dari kuasa mahkamah

majistret sivil.

Mengenalpasti rintangan-rintangan terhadap perlaksanaan

Hukum Syara’, seperti tentangan golongan sekular, juga

faktor lain akan menjadi fokus kajian ini. Menurut kalangan

pemimpin Islam, antara halangan besar sebelum melaksanakan

undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah

Syariah 1965 itu sendiiri yang perlu dipinda. "Dalam konteks

negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud

kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu

sendiri," kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub (Sinar

Harian, 24/8/2012). Kenyataan ini tepat sekali kerana

perlembagaan tidak membenarkan perlaksanaan Undang-Undang

Syariah kerana ia akan berlawanan dengan Kanun Jenayah yang

diguna pakai oleh Mahkamah Sivil. Perdana Menteri, Datuk

Seri Najib Razak pula berkata  undang-undang berasaskan

hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana46

Page 48: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan

undang-undang sebegitu dikuatkuasakan (Malasiakini,

24/9/2011).

Perubahan undang-undang Islam di Malaysia boleh dicapai dari

segi politiknya kerana sebab-sebab berikut:

1. usaha kerajaan sekarang memperkukuhkan infrastruktur

fizikal dan sumber manusia mahkamah syariah dan

memperluaskan kuasa undang-undang syariah dari sudut

pandangan pemerintah, boleh menyekat kemaraan

pengaruh politik pembangkang Islam di kalangan

pengundi Islam. Ini sudah tentu menjadi insentif

kepada pemerintah sekarang untuk menambahbaik undang-

undang syariah dan mahkamah syariah dari tahap yang

ada sekarang yang dianggap terlalu ‘inferior’ berbanding

undang-undang dan mahkamah sivil.

2. sejauh ini tiada bantahan yang ketara dari parti

politik dan masyarakat bukan Islam, walau pun

bantahan secara halus tetap ada terutama apabila kes

yang melibatkan ‘keagamaan’ keluarga bukan Islam.

47

Page 49: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Namun secara terang-terangan tidaklah mereka berani

takut melanggar peruntukkan perlembagaan Negara.

3. selama ini usaha tersebut tidak menjejaskan dasar dan

asas ekonomi negara yang sekular dan tidak menyentuh

kepentingan orang bukan Islam. Kesimpulan ini masih

selamat selama mana hukum muamalat Islam seperti

perbankan dan takaful Islam belum dimasukkan kedalam

bidang kuasa Undang-undang dan mahkamah syariah.

Ini adalah sudut pandang teknikal semata-mata dan bukanlah

sesuatu yang boleh memenuhi proses perubahan Islam yang

total yang diperjuangkan oleh kelompok Islam. Namun demikian

kesempatan yang diberi harus digarap untuk mencapai matlamat

yang lebih tinggi dan lebih agung.

1.6 Skop Kajian

1. Mengkaji Sejarah Perkembangan Mahkamah Syariah

(Mahkamah Kadi) dan Hukum Syara’ secara ringkas sejak

zaman penjajahan British. Dengan memahami kesan

evolusi mahkamah syariah dan hukum syara’ kita dapat

mnghargai kemajuan yang dicapai dalam bidang ini.

48

Page 50: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

2. Mengkaji Sikap British terhadap perlaksanaan Hukum

Syara’ dan Mahkamah Syariah dan kaitannya dengan

halangan perlaksanaan Hukum Islam dimasa kini. Ini

akan menjelaskan lagi betapa penjajah Barat

sememangnya ingin menghapuskan legasi Islam dan

menunjukkan bahawa tamaddun Islam jauh ketinggalan

sedangkan hukum Islam telah diamal dan dikompilasikan

seperti Undang-Undang Melaka dan negeri-negeri yang

lain. Dengan ini penduduk Melayu akan sentiasa

mengagungkan sistem British dan akan menyukarkan

pengembangan undang-undang Islam

3. Menganalisis Perkembangan Hukum Syara’ sejak

kemerdekaan hingga sekarang dan Mengkaji faktor-

faktor pendorong kepada penambahbaikan mahkamah

syariah seterusnya

4. Mengkaji kemungkinan hukum jenayah (hudud) dan

muamalat Islam dilaksanakan

1.7 Metodologi Kajian

49

Page 51: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

1. Kajian Literatur perkembangan hukum syara’ dari

sumber utama dan sekunder

2. Temuduga dengan pihak berkuasa hukum syara’ dan JKSM

3. Pandangan pakar perundangan Islam melalui literatur,

seminar dan persidangan, serta pandangan rakyat

Malaysia terhadap perlaksanaan Hukum Syara’ melalui

media dan kumunikasi secara langsung.

4. Membuat kajian ke mahkamah-mahkamah syariah berkaitan

melalui lawatan dan pengamatan di lapangan

Trend evolusi perubahan hukum syara’ di masa lampau harus

dikaji untuk memnentukan faktor-faktor berpengaruh

didalam perubahan hukum syara’. Kemungkinan-kemungkinan

perubahan baru dan usaha intelektual untuk mengatasai

halangan perundangan terhadap perlaksanaan hukum syara’

yang lebih luas harus dibahaskan dan diteliti. Pandangan

rakyat dan cendikiawan Islam serta tekanan politik sering

menjadi faktor pendesak kearah perubahan yang lebih

besar. Namun demikian, kaedah penyelidikan ini terbatas

kepada kajian pemikiran sahaja dan tidak memerlukan

pengutipan data (tidak menggunakan statistik).50

Page 52: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

BAB 2

KAJIAN LITERATUR PERUNDANGAN ISLAM DAN MAHKAMAH SYARIAH DIMALAYSIA

Hakikat yang mesti diakui bahwa mahkamah syariah di Malaysia

merupakan institusi muda dari segi pentadbiran dan

organisasi moden jika hendak dibandingkan dengan institusi

kehakiman sivil. Mahkamah sivil mewarisi sistem kehakiman

yang diperkenalkan penjajah British sejak dari Charter of

Justice 1(1807) di Pulau Pinang dan Charter of Justice 2

(1826) di Negeri-Negeri Selat (Abdul Monir Yaacob, 1997).

51

Page 53: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, undang-undang

Islam telah pun diterima dalam istiadat atau adat masyarakat

tempatan. Kedua-dua bentuk adat yang utama ialah Adat

Temunggung dan Adat Perpatih. Oleh kerana itu, boleh

disimpulkan bahawa undang-undang yang dilaksanakan ketika

itu ialah undang-undang Islam yang telah diubahsuai oleh

adat Melayu. Walaubagaimanapun, pentafsiran tersebut mungkin

boleh dipertikaikan kerana pentafsiran tersebut merupakan

daripada pemikiran para sarjana Barat seperti Hooker dan

lain-lain. Persoalannya kini, adakah undang-undang ketika

itu merupakan hasil undang-undang Islam yang diubahsuai oleh

adat Melayu atau ianya merupakan undang-undang yang

dipengaruhi oleh adat Melayu tetapi telah diubahsuai dan

dipengaruhi oleh undang-undang Islam? Perlu diingat bahawa

undang-undang Islam ialah undang-undang yang khusus dicipta

Allah tanpa boleh dipengaruhi oleh mana-mana unsur yang

bertentangan dengannya samaada daripada adat Melayu dan

sebagainya.

52

Page 54: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Penulisan ini akan meninjau dengan lebih khusus tentang

pemakaian undang-undang Islam sebelum penjajahan dan

perubahan yang berlaku selepas era kemerdekaan. Tidak dapat

dinafikan bahawa telah wujud pemakaian undang-undang Islam

dalam Undang-undang Melaka, Terengganu, Johor , Pahang dan

Perak sebelum penjajahan British yang membuktikan cara hidup

Islam telahpun diamalkan oleh masyarakat ketika itu.

 2.1 Perundangan Islam Di Malaysia : Era Kesultanan Melayu

Adapun Islam mula bertapak di rantau nusantara kira-kira

pada abad 13 dan di Melaka lewat satu kurun kemudian. Di

zaman pemerintahan Melaka, suatu undang-undang yang dikenali

sebagai undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka,telah

diperkenalkan dan diterima pakai sebagai undang-undang

Islam. Walaupun ia banyak merujuk kepada undang-undang adat

dan bukannya semuanya Islam,namun ia sudah cukup untuk

membuktikan undang-undang Islam berada di tahap tertinggi

ketika itu.

Sebenarnya Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka merupakan

hasil rujukan daripada teks Abu Shuja’ at-Tariq dan Fath al-

53

Page 55: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Qarib oleh Ibn Qasin al-Ghazzi. Malah undang-undang ini juga

dikatakan mengandungi perundangan Islam dan ianya terdiri

daripada Undang-undang Melaka Asal, Undang-undang Laut,

Undang-undang Keluarga dan Undang-undang Jual Beli. Di

Perak, terdapat Undang-undang 99 Perak. Bagi negeri

Terengganu, undang-undang Islam telah ditadbir dengan

berkesan di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Bagi

negeri Johor, Majallah Al-Ahkam dari Turki telah diterjemahkan

ke Bahasa Melayu dan dipakai di Johor. Malah pada akhir abad

ke 19, Perlembagaan Johor melalui Artikel 2 menyatakan

dengan jelas bahawa raja yang terpilih hendaklah bangsa

Melayu berdarah raja, laki-laki dan beragama Islam. Malah

agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi bagi Johor.

Boleh dinukilkan di sini bahawa sebelum penjajahan Inggeris,

kuasa Sultan atau Raja adalah meliputi semua perkara

termasuklah adat istiadat Melayu dan persoalan agama Islam.

Didapati bahawa sebahagian kuasa pentadbiran ketika itu

ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan

54

Page 56: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

ketua agama Islam di negeri masing-masing begitu juga dengan

kuasa eksekutif juga ditangan mereka.

Melihat kepada bukti-bukti sejarah,memang menjadi kenyataan

bahawa undang-undang Islam merupakan undang-undang utama di

Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dalam satu kes

iaitu Sheikh Abdul Latif & Others lwn Shaikh Elias Bux, mahkamah

memutuskan undang-undang yang terpakai kepada orang Islam

pada masa itu adalah undang-undang Islam yang diubahsuai

oleh adat tempatan. Dalam satu kes terpenting, Ramah lawn

Laton, mahkamah semasa penjajahan Inggeris menerima hakikat

bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan

Tanah Melayu, malah undang-undang Islam mestilah diberi

pengiktirafan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, pada

pandangan penulis, skop undang-undang Islam yang dimaksudkan

hasil dari penghakiman tersebut bukannya meliputi

keseluruhan undang-undang Islam tetapi hanya meliputi

persoalan tertentu sahaja melibatkan undang-undang diri dan

prosedural sahaja.

55

Page 57: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Sejarah juga telah membuktikan Perjanjian Pangkor 1874

menjadi titik bermulanya penasihat British di Tanah Melayu

secara rasmi. Pengaruh undang-undang Inggeris mula menular

selepas pihak Inggeris memperkenalkan sistem penasihat

British atau Residen melalui perjanjian dengan Sultan atau

Raja di negeri Tanah Melayu. Penasihat Inggeris telah campur

tangan dalam semua urusan pentadbiran kecuali dalam urusan

agama Islam dan adat Melayu. Ini menyebabkan skop undang-

undang Islam disempitkan sehingga agama Islam hanya diterima

pakai dan tertumpu dalam hal-hal berkaitan kekeluargaan yang

melibatkan persoalan prosedur dan pentadbiran sahaja.

2.2 Kemasukan Perundangan Inggeris

Pada pandangan penulis, kemasukan undang-undang Inggeris ke

Tanah Melayu berdasarkan kepada 3 cara utama. Pertama

melalui statut Inggeris yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

Diantara undang-undang yang diterima pakai ialah Kanun

Jenayah (Penal Code), Enakmen Keterangan (Evidence Enactment),

Enakmen Kontrak (Contract Enactment), Kanun Acara Sivil (Civil

Procedure Code), Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) dan

56

Page 58: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Enakmen Tanah (Land Enactment). Melalui penggunaan perundangan

ini, undang-undang Islam yang berkaitan dengan bidang-bidang

ini telah diketepikan pemakaiannya. Kes yang berkaitan

dengan masalah ini ialah seperti dalam kes PP lwn White. White

asalnya adalah Kristian dan dia telah berkahwin dengan

seorang perempuan Kristian. Kemudian semasa isterinya masih

hidup, dia telah berkahwin dengan seorang Islam dan dia

turut menganut Islam. Dia telah dituduh melakukan kesalahan

bigami di bawah Kanun Keseksaan kerana dikatakan White masih

terikat dengan syarat monogami perkahwinan yang pertama.

Jika ditinjau berdasarkan kes ini, jelas menunjukkan undang-

undang Islam telah diketepikan. Undang-undang Islam tidak

melarang poligami tetapi mahkamah mengikut peruntukan

berdasarkan Kanun Keseksaan walaupun White telah memeluk

Islam ketika itu.

2.3 Konsep Duluan Mengikat

Cara kedua ialah melalui keputusan hakim atau secara lebih

tepat melalui konsep duluan mengikat. Umum mengetahui bahawa

dalam amalan Common Law, keputusan mahkamah yang lebih

tinggi mengikat mahkamah bawahan dan keputusan sebelum57

Page 59: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mengikat keputusan mahkamah selepasnya. Namun apa yang

hendak dibincangkan, hakim yang mendengar kes di Mahkamah

Sivil berkelulusan England dan lazimnya akan merujuk kepada

perundangan Inggeris sekiranya wujudnya masalah yang tidak

boleh diselesaikan mengikut undang-undang bertulis. Pada

satu ketika, usaha telah dibuat untuk meringankan bebanan

hakim-hakim Mahkamah Sivil itu dengan diadakan undang-

undang, Enakmen Penentuan Undnag-undang Islam 1930, yang

membolehkan hakim-hakim Mahkamah Sivil merujuk soalan

tentang undnag-undang Islam ke Majlis Kerajaan Negeri untuk

pendapatnya dan kemudian memutuskan kes itu menurut pendapat

itu. Akan tetapi Enakmen itu telah dimansuhkan apabila

undang-undang pentadbiran undang-undang Islam diadakan di

negeri-negeri Melayu.

2.4 Pengenalan Enakmen Undang-Undang Sivil 1937, 1951 DanOrdinan Undang-Undang Sivil 1956

Disamping itu, penggunaan undang-undang Inggeris menjadi

rujukan utama setelah adanya Enakmen Undang-undang Sivil

1937, 1951 dan Ordinan Undang-undang Sivil 1956. Mengikut

undang-undang Sivil, mahkamah di Tanah Melayu seharusnya

58

Page 60: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

menerima pakai peraturan ekuiti sebagaimana yang terpakai di

England pada 7 April 1956 dan juga Common Law di England.

Ordinan Undang-undang Sivil 1956 juga dipanjangkan

pemakaiannya ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1971. Dalam hal

ini, seseorang hakim akan merujuk kepada Common Law di

England dan peraturan ekuiti bersama statut umum yang

berkuatkuasa di England pada 1 Disember 1951 untuk negeri

Sabah dan pada 12 Disember 1949 di Sarawak. Penguatkuasaan

itu menyebabkan segala kes sivil adalah tertakluk kepada

prinsip undang-undang Inggeris.

Enakmen tersebut secara jelas telah menyekat dan

menyempitkan pemakaian hukum syara’ serta bidang kuasa

Mahkamah Syariah (Mahkamah Kadi ketika itu). Sebagai contoh

dalam kes Myriam lwn Ariff (Myriam v Ariff [1971] 1 MLJ 275 ).

Dalam kes tersebut, seorang ibu telah menuntut hak jagaan

anak lelaki yang berumur 3 tahun dan anak perempuan 8 tahun.

Apabila perceraian berlaku, Mahkamah Syariah telah

memutuskan untuk memberi hak penjagaan kepada bapanya.

Kemudian, ibu telah berkahwin dengan lelaki lain dan dia

59

Page 61: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

memohon hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi. Mahkamah

Tinggi berpendapat bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa

mendenagar kes tersebut. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa

di bawah undang-undang Sivil dan undnag-undang Islam,

pertimbangan utama hendaklah diberi kepada kebajikan kanak-

kanak itu dan dalam kes itu, Mahkamah Tinggi telah memberi

hak penjagaan anak lelaki kepada ibunya dan anak perempuan

kepada bapanya. Ini bertentangan dengan peruntukan dalam

Enakmen Pentadbiran Agma Islam (ketika itu) yang menghalang

hak penjagaan anak kepada ibunya sekiranya ibu tersebut

telah berkahwin dengan lelaki lain. Sayangnya di dalam kes

ini, hakim telah mengatakan beliau tidak semestinya mengikut

dengan tepat apa yang diperuntukkan di dalam agama Islam.

Hal yang sama juga berlaku dalam kes Ainan lwn Syed Abu

Bakar apabila soal kesahtarafan seorang anak yang dilahirkan

empat bulan selepas perkahwinan ibunya dengan seorang lelaki

ditimbulkan di Mahkamah Tinggi di Perak, rujukan telah

dibuat oleh mahkamah itu kepada Seksyen 112 Enakmen

Keterangan yang dikatakan dikenakan juga kepada orang-orang

60

Page 62: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Islam.Oleh itu, undang-undang Islam tidak boleh dipakai.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kes yang mempunyai “double

provision” atau dualisme iaitu yang mempunyai peruntukkan yang

sama atau bertindan sama ada di Mahkamah Sivil dan juga

Mahkamah Syariah. Harta sepencarian sebagai contoh ialah

perkara yang dulunya boleh diputuskan oleh Mahkamah Sivil

dan di Mahkamah Syariah. Di Mahkamah Sivil, perkara harta

sepencarian dianggap sebagai soal adat Melayu dan bukannya

soal undang-undang Islam seperti yang disebutkan di dalam

kes Roberts lwn Umi Kalthom,  Mohamad lwn Commissioner of

Lands dan Boto lwn Jaafar. Sebaliknya apabila Mahkamah Syariah

memutuskan kes tuntutan harta sepencarian, ia merujuk kepada

persoalan undang-undang Islam.

Walaubagaimanapun, pada masa sekarang, nampaknya tuntutan

harta sepencarian hanya boleh dibawa di Mahkamah Syariah

oleh kerana pindaan kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan

Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil

dan Mahkamah dibawahnya tidak mempunyai bidangkuasa dalam

mana-mana perkara yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah

61

Page 63: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Syariah. Ini kerana Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri telah

memberi bidang kuasa khusus kepada Negeri melalui Mahkamah

Syariah bagi mendengar segala kes berkaitan harta

sepencarian. Malah peruntukkan ini juga termaktub dalam

Enakmen Keluarga Islam di setiap negeri yang memperuntukkan

seksyen khusus tentang pembahagian harta sepencarian.

2.4.1 Sistem Majlis Negeri – Pengenalan Undang-Undang Diri

Selain itu, cara ketiga kemasukan perundangan Inggeris di

Tanah Melayu ialah dengan penubuhan sistem Majlis Negeri

oleh pihak Inggeris yang berperanan untuk membuat statut-

statut bertulis dan bertindak sebagai satu badan eksekutif.

Malah pemakaian Common Law dan Ekuiti melalui enakmen Undang-

undang Sivil seperti yang telah dibincangkan sebelum ini

telah mengukuhkan undang-undang Sivil dan menyempitkan lagi

tafsiran undang-undang Islam yang sebenar. Pada pandangan

penulis, penyempitan itu dikukuhkan lagi dengan pengenalan

undang-undang khusus yang mentadbir hal ehwal orang Islam

dalam perkara-perkara yang terhad.

62

Page 64: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Kesemua undang-undang ini diluluskan melalui Majlis Negeri

yang mereka asaskan dan mereka menjadi penasihatnya. Sebagai

contoh, pihak Inggeris lebih menumpukan kepada undang-undang

diri yang diperkenalkan dan terbahagi kepada tiga undang-

undang yang paling utama iaitu undang-undang keluarga,harta

dan kesalahan terhadap agama. Pertama, kandungan undang-

undang keluarga meliputi perkara yang berkaitan dengan

pertunangan dan mungkir janji pertunangan, mahar, soal wali,

perceraian misalnya talak biasa, khulu’ dan fasakh.

Sementara undang-undang berkaitan dengan harta pula hanya

tertumpu kepada soal harta pusaka, wasiat dan harta wakaf

orang-orang Islam yang banyak berkaitan dengan undang-undang

bertulis lain dan bukanya perkara yang berkaitan dengan

pentadbiran hal ehwal Islam. Kemudian bagi perkara yang

berkaitan dengan kesalahan terhadap agama seperti kesalahan

tidak mendaftarkan perkahwinan dan perceraian, mengakadnikah

tanpa kebenaran atau tidak mengikut undang-undang, kesalahan

yang berkaitan dengan moral seperti berzina, berkhalwat,

meminum arak serta hal-hal yang berkaitan dengan akidah

63

Page 65: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

misalnya tidak bersolat Jumaat, tidak membayar zakat, tidak

berpuasa pada bulan Ramadhan dan sebagainya.

2.4.2 Pengasingan Urusan Agama Dan Adat Istiadat Melayu

Seperti mana diketahui, pihak Inggeris telah mengasingkan

bidang kuasa dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu

kepada Sultan atau Raja sesebuah negeri.Walaubagaimanapun,

sebagai pihak eksekutif, mereka beranggapan perlu diwujudkan

satu pentadbiran yang tersusun melalui pengenalan sistem

perundangan menerusi Majlis Negeri yang bertindak sebagai

badan pemutus dan pengesah sesuatu statut bertulis.

Penubuhan Majlis Negeri ini telah dibincanagkan oleh penulis

sebelum ini. Namun apa yang ingin ditumpukan penulis ialah

walaupun bidang kuasa agama dan adat istiadat Melayu telah

diasingkan, tetapi Inggeris masih melaksanakan perundangan

yang meliputi soal agama Islam seperti pengenalan enakmen

Pendaftaran Perkahwinan dan Perceraian Orang Islam.

64

Page 66: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Begitu juga pentadbiran Mahkamah Kadhi melalui Enakmen

Mahkamah Syariah. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak

mencampuri urusan agama tetapi sebagai pihak yang mempunyai

kuasa eksekutif yang mutlak,maka adalah menjadi

tanggungjawab mereka untuk menjaga kepentingan awam tanpa

mengira agama. Sebab itu, pihak Inggeris berjaya

memperkenalkan undang-undang pentadbiran bagi tujuan

penyelarasan semua undang-undang yang diperkenalkan. Bidang

kuasa agama Islam yang diberi kepada Sultan oleh Inggeris

pada pandangan penulis hanyalah meliputi soal hukum syarak

sahaja dan tidak meliputi soal pentadbiran agama Islam

secara keseluruhannya.Perlu diingat bahawa pihak Inggeris

hanya berbidang kuasa dalam aspek pentadbiran dan prosedural

undang-undnag Islam sahaja tanpa campur tangan dalam

persoalan asas hukum syarak yang sebenar.

2.4.3 Kesan Dan Implikasi Hingga Kini

Kesimpulan kesan daripada pengaruh Inggeris dalam

pentadbiran hal ehwal Islam ini dan juga daripada kes-kes

yang diputuskan yang melibatkan soal adat Melayu dan hukum

syarak telah mempengaruhi peruntukan Perlembagaan65

Page 67: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Persekutuan yang digubal kemudiannya dan juga memberi kesan

kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara

ini. Pada pandangan penulis juga, kebanyakan penghakiman

dibuat hanya mengambil kira aspek prosedur dan keterangan

yang jika dipenuhi maka barulah ia mengambil kira hukum

syarak atau perundangan Islam. Boleh juga diambil kira

bahawa kebanyakan kes di Mahkamah Sivil yang ditafsirkan

melibatkan undang-undang Islam ialah merupakan persoalan

undang-undang diri yang melibatkan orang-orang Islam dan

bukannya melibatkan undang-undang jenayah awam. Apa yang

boleh dikatakan ialah kesalahan-kesalahan tersebut hanya

ditafsirkan sebagai kesalahan agama atau kesalahan melanggar

peruntukan undang-undang pentadbiran agama.

Mungkin kerana itu, meskipun dalam sejarah penghakiman

Inggeris di Tanah Melayu ada dicatatkan bahawa undang-undang

Islam bukan merupakan undang-undang asing tetapi sebagai

undang-undang negeri,sebenarnya ia hanyalah merujuk kepada

undang-undang diri sahaja. Dan mungkin juga kerana semua

pengalaman ini sejak zaman penjajahan British,pembentukkan

66

Page 68: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Perlembagaan Persekutuan di bawah Suruhanjaya Reid telah

memikirkan bentuk dan kandungan Perlembagaan Persekutuan

yang akhirnya membentuk Jadual 9 Senarai II Senarai Negeri

yang memberi kuasa mutlak kepada negeri untuk menyusun

pentadbiran agama Islam dan bukannya kepada persekutuan.

Malah hingga kini, kebanyakan peruntukan tentang agama Islam

juga hanya mengkhususukan kepada undang-undang diri sahaja.

Pada kurun ke-15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang

Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama

Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-

undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika

itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-

undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie"

kata Hakim Edmond JC – Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux).

"Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-

undang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton – Mah.

Rayuan Negeri Melayu Bersekutu (1927) 6 FMSLR 128). Kejatuhan Melaka–

pada tahun 1511, di tangan Portugis dan kemudiannya Belanda telah

menjajah Melaka pada tahun 1664. Walaubagaimanapun kedudukan

dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786,

kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik

mula usaha mengenepikan Undang-undang Islam. Mereka menganggap

Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem

67

Page 69: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

perundangan bertulis (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang

Islam yang diamalkan adalah zalim. Dakwaan mereka itu adalah palsu

kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang

Islam yang bertulis. Pada tahun 1880 Inggeris mula memenuhi

kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal

Ordinan Perkahwinan Mohammedan No.5 Tahun 1880. (kahwin & cerai

umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan

sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari

hierarki mahkamah sivil. Pada masa pemerintahan kuasa asing,

segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi

terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan

agama. Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang

Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap

ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa

undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada

bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir

sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri

lain di Malaysia Barat (Ahmad Mohamed Ibrahim,1997).

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa

perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini

diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di

Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab

terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai

institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah

dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran

agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.

68

Page 70: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan

peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam

bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah

Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan

dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama

Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di

bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri.

Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan

negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam.

Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

2.5 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah

Syariah disebut sebagai 'al-wilayah', yakni hak dan juga kuasa

untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah

Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah

tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana

perbicaraan.

Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem

dualisme, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara

dasarnya kita tidak mengalami konflik dalam menentukan kuasa

69

Page 71: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mendengar dan memutus sebarang kes. Bidang kuasa yang

tertentu juga dapat menentukan kes-kes yang boleh

dibicarakan oleh Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan

Mahkamah Rayuan Syariah.

Secara umumnya, bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah

Syariah di Malaysia tidaklah banyak berbeza jika hendak

dibandingkan ketika awal zaman kemerdekaan lagi. Walau

bagaimanapun, Mahkamah Syariah mengalami perkembangan yang

positif dan lebih baik dari aspek status kakitangan,

pentadbiran, penaikan taraf mahkamah itu sendiri dan

infrastrukturnya. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang

ditubuhkan adalah sebahagian daripada perkembangan yang

positif ini. Masyarakat Islam di negara ini khususnya perlu

menghargai dan melihatnya sebagai suatu perkara yang positif

sekalipun ia bukanlah perubahan yang sangat ketara.

2.5.1 Sumber Bidang kuasa

Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan

Senarai 1 kepada bidang kuasa Persekutuan, Senarai 2 kepada

bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa70

Page 72: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

bersama. Dalam konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang

kuasanya adalah berdasarkan kepada Senarai 2, yakni Senarai

Negeri. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan kepada

negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. Badan Perundangan

Negeri yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan

mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam

di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan, yang

diletakkan di bawah Persekutuan. (Siti Shamsiah bt. Mohd. Supi

, 2003)

Jadual Kesembilan, Senarai 2  Senarai Negeri, dalam

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan;

“ Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga

bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak

berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat,

pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah,

pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak,

pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf

Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan

71

Page 73: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan

perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam

dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat

yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat

istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil

ugama yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat

sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum

kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang

menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali

mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai

Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-

mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke

atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya

mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan

ini, tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai

kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-

undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan

kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam;

menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat

istiadat Melayu” (Perlembagaan Persekutuan). 

72

Page 74: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga, pihak

berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri,

dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan.

Serentak dengan ini juga, di bawah enakmen inilah

diperuntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah

yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah ini juga

telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri.

Oleh sebab itu terdapat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-

negeri dan di bawah jabatan ini, diwujudkan mahkamah-

mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim

Syarie Negeri masing-masing.

Jika diamati perkara ini, ia sebenarnya ruang yang amat

besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-

Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing

berbanding pada ketika struktur pentadbirannya diletakkan di

bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain

pentadbiran di bawah jabatan ini.

73

Page 75: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

2.5.2 Bidang kuasa Jenayah

Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya

meliputi ruanglingkup takzir. Hingga kini tiada sebarang

undang-undang khas hudud mahupun qisas dilaksanakan walaupun

terdapat usaha-usaha untuk melaksanakannya di Kelantan dan

Terengganu satu ketika dulu. Malahan bidang kuasa jenayah

mahkamah Syariah juga amatlah terhad jika dibandingkan

dengan mahkamah sivil.

Sebelum adanya enakmen jenayah syariah negeri-negeri,

undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah kebanyakannya

diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran undang-undang

Islam negeri-negeri. Dari aspek bidang kuasa jenayah, hukum

maksimun yang diperuntukkan di dalam enakmen-enakmen sebelum

tahun 1965 hanya merangkumi denda sebanyak lima ratus

ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 4 bulan

atau kedua-duanya sekali. Had hukuman maksimum ini telah74

Page 76: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

ditingkatkan pada tahun 1965 dengan denda seribu atau

penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah)

telah dibuat pada tahun1984 dan setelah itu hukuman maksimum

yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah ialah denda lima

ribu atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau

kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri

telah memperkenalkan enakmen kesalahan jenayah syariah

masing-masing. Pada tahun 1988 telah berlaku pindaan di

dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu artikel 121(1A) yang

telah membawa kepada penambahan kewibawaan Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah telah diberi kuasa ekslusif yang mana

bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh

mahkamah sivil. Dari era sebelum merdeka hingga hari ini,

kita telah menyaksikan beberapa pembaharuan dan perkembangan

terhadap ruanglingkup undang-undang jenayah Islam di

Malaysia. Secara umumnya undang-undang jenayah syariah ini

boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis kesalahan.

Kesalahan-kesalahan ini dapat dibahagikan kepada kesalahan

berhubung dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan,

75

Page 77: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

judi, rukun Islam, kesucian agama Islam dan institusinya,

matrimoni dan juga kesalahan-kesalahan lain.

2.5.2.1 Isu Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia dan

Sejauh Manakah Perlaksanaannya

Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah

bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan

Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun

ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah

1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah

Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda,

ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali

ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.

Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah

termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam

dalam konteks kes-kes jenayah.

Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia, kesalahan-

kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di

dalam tiga tempat:

76

Page 78: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

1. Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah

Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri,

2. Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta

Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan

3. Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan

Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan

peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.

Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga

ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah

matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan

perceraian dilakukan di luar mahkamah.

Sehubungan dengan ini, Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah Selangor telah membentuk beberapa kategori

jenayah yang tertentu, iaitu:

1. Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan

doktrin palsu dan takfir.

77

Page 79: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

2. Berhubung dengan kesucian agama Islam dan

institusinya seperti menghina perkara-perkara yang

berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa,

ingkar perintah mahkamah, berjudi, minum arak dan

minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan

Ramadhan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak

membayar zakat atau fitrah.

3. Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram,

pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak

seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak

awam.

4) Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang

sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah

daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri,

menghasut suami isteri supaya bercerai atau

meninggalkan kewajipan, menjual atau memberi anak

kepada bukan Islam, qazaf (menuduh zina), mengutip

zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal. 

2.5.3 Bidang kuasa Mal78

Page 80: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Istilah 'mal' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam

konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan

jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai

kepada semua orang Islam yang tinggal bermastautin di

negeri-negeri dalam Malaysia. Sebenarnya, Mahkamah Syariah

mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan

merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:

1. Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan. 

Seperti putus tunang, permohonan kebenaran untuk

berkahwin dan permohonan untuk berpoligami.

2. Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan. 

Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan

membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan

nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz,

permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan

sebagainya.

3. Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan. 

79

Page 81: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Permohonan cerai khulu’, li’an, fasakh, talak, ta’liq,

perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga

secara anggapan mati.

4. Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang

berjalan (interlocutory order) 

Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri

dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan

gangguan.

Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu

kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu

banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh

berkenaan, banyak perkara yang timbul perlu diselesaikan

oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan

menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang

terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang

supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan

yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat

permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan.

Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon

80

Page 82: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak

mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar

harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk

dilibatkan dalam sebarang urusan.

5. Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian. 

Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada

bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku.

Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta

sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak

dan juga soal hadanah (penjagaan anak).

6. Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan

harta pusaka.

7. Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah. 

Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti

oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu

lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang

81

Page 83: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah (Siti

Shamsiah, 2003) .

Mahkamah Syariah telahpun mengalami banyak perubahan

terutama dari sudut pentadbiran yang lebih cekap, efisien

dan sebagainya. Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh

masyarakat sekurang-kurangnya pada tahap sekarang.

Ini adalah kerana salah satu prinsip pemakaian undang-undang

yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition)

masyarakat. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah

boleh diharapkan, diberi kepercayaan dan boleh menyelesaikan

masalah-masalah masyarakat, maka di situlah wujudnya

pengiktirafan masyarakat.

Walau bagaimanapun, persoalannya bagaimana hendak

memaksimumkan pemahaman masyarakat mengenai bidang kuasa

mahkamah? Kerana pemahaman inilah yang menyebabkan mereka

yang menghadapi masalah, membawa masalah mereka itu ke

hadapan Mahkamah Syariah. Dalam keadaan mereka boleh

mengharapkan Mahkamah Syariah memberikan keadilan kepada82

Page 84: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mereka, memberikan hak yang dituntut dan boleh menghukum

mana-mana pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka

ataupun bagi mereka yang telah melakukan kesalahan.

Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun diberi pengiktirafan

oleh masyarakat. Ini adalah kerana, kita sama-sama dapat

melihat mahkamah telahpun menangani banyak kes kekeluargaan

di kalangan masyarakat Islam. Begitu juga dalam soal jenayah

syariah. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun mengendalikan

kes-kes jenayah syariah walaupun masih terhad. Ini tidaklah

bermakna prestasi itu telah menepati status Syariah sebagai

hukum yang diturunkan oleh Allah.

2.6 Had Kuasa Kerajaan Negeri Dalam Mentadbir Hal Ehwal

Agama Islam

Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang

tertinggi negara. Perkara 4(1) menyatakan “Perlembagaan ini

adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-

undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan yang

berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal

setakat yang berlawanan itu”. Dari segi definisi,

83

Page 85: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi

yang telah dipersetujui bersama dan maksud setiap peruntukan

memberi manfaat kepada warga selain memasyhurkan sebagai

sebuah negara merdeka. Pembebasan sesebuah tanah jajahan

seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara moden

biasanya dimulai oleh pembentukan sebuah perlembagaan

bertulis.

Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan

memasukkan empat elemen tradisi dimana antaranya ialah agama

Islam sebagai agama bagi Persekutuan, serta kedudukan dan

keistimewaan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam

dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh

Perlembagaan Negeri. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri,

segala hak, keistimewaan dan kedaulatan dan kuasa yang

dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh

dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan dan

upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah

meliputi seluruh Persekutuan, maka atas sifat Raja sebagai

ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong

84

Page 86: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mewakilinya. Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri

yang tidak beraja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak)

hendaklah membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai

Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri itu. Yang di-Pertuan

Agong juga menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah

Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana

Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai

pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama untuk

menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara

berhubung dengan agama Islam.

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3 (1-5), maka perkara-

perkara lain berkaitan mempunyai hubungan dengan pentadiran

hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan

Agama Islam di negeri-negeri, Jabatan Mufti, Mahkamah

Syariah dan lain-lain. Selaras dengan tuntutan semasa untuk

memperkemaskan pentadbiran hal ehwal Islam, kerajaan-

kerajaan negeri telah mula mengasingkan tiga institusi

penting iaitu Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam,

Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah apabila undang-undang

85

Page 87: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

induk (pentadbiran hukum Syarak) dipinda dengan

memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan

menasihati Yang di-Pertuan Agong/Sultan berkenaan dengan

semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam

negeri kecuali perkara-perkara hukum Syarak iaitu penubuhan

Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan

iaitu penubuhan Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam

negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam negeri masing-

masing.

Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan

dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam, Perlembagaan

Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan

Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang

berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri

masing-masing termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan. Apa

yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan,

undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran undang-

undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga

berfungsi sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Namun,

86

Page 88: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

perlu difahami bahawa status undang-undang yang berkaitan

dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya

berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja

dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-

negeri (dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri

Butiran 1). Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan

Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai

Persekutuan Butiran 4 (k) yang memperuntukkan bahawa

“Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran

keadilan termasuk menentukan Hukum Syara’ dan lain-lain

undang-undang diri bagi maksud undang-undang Persekutuan.”

Malah, dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan,

peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen untuk

membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam

dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam.

Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa

mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi

oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi

kesalahan-kesalahan termasuk kesalahan jenayah Syariah untuk

87

Page 89: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

seluruh Persekutuan, namun peruntukan yang diluluskan hanya

berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri

menggubal atau meminda undang-undang kesalahan jenayah

Syariah di negeri masing-masing supaya selaras dengan

peruntukan berkenaan. Badan Perundangan Negeri tidak diberi

kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada

peruntukan berkenaan dan harus mengambikira perkara 75

Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan-kerajaan negeri yang lain

juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang

berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual

Kesembilan Senarai 2 (Suwaid Tapah, 2004).

2.7 Mekanisme Pentadbiran Islam Di Malaysia

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, institusi persekutuan

seperti kerajaan persekutuan dan dewan perundangan

persekutuan dibentuk. Kuasa eksekutif adalah ditangan Yang

di-Pertuan Agong dan dilaksanakan oleh Seri Paduka dan

Kabinet. Kuasa untuk membentuk undang-undang Persekutuan

pula diberikan kepada Parlimen. Pada masa yang sama kerajaan

negeri dan Dewan Undangan Negeri terus wujud dengan kuasa

88

Page 90: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

masing-masing dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan

Persekutuan. Oleh kerana hal ehwal Islam adalah berkait

rapat dengan kesultanan Melayu, maka urusan Islam diletakkan

dibawah kuasa negeri-negeri. Dengan itu setiap negeri dan

juga Wilayah-wilayah Persekutuan mempunyai Majlis Agama

Islam, Mufti, Mahkamah-mahkamah Syariah , Jabatan Agama

Islam dan pegawai-pegawai pentadbiran agama dan pegawai-

pegawai kehakiman masing-masing (Farid Sufian Shuaib

(trans.), 2008). Penubuhan, pelantikan dan kuasa setiap

jabatan dan institusi pentadbiran Islam adalah terpakai

didalam negeri itu sahaja. Setiap negeri mempunyai undang-

undangnya tersendiri.

2.7.1 Majlis Agama Islam Negeri

Majlis Agama Islam Negeri adalah badan tertinggi didalam

sesuatu negeri bagi pentadbiran hal ehwal Islam kecuali

Mahkamah Syariah. Mufti pula mempunyai jabatan tersendiri

didalam memberi nasihat kepada Sultan dan mengeluarkan fatwa

yang diperlukan didalam sesuatu isu. Sultan adalah ketua

agama bagi negeri yang beraja, manakala negeri tanpa raja

89

Page 91: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama. Jabatan Agama

Islam Negeri pula merupakan badan pelaksana dan penguatkuasa

kepada dasar, peraturan, fatwa dan undang-undang yang

diluluskan oleh kerajaan negeri.

2.7.2 Jabatan Agama IslamNegeri

Jabatan ini adalah badan pelaksana kepada polisi dan dasar-

dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri. JAIN

ini menjalankan tugas perlaksanaan, penyelidikan dan

penguatkuasaan yang diketuai oleh seorang Pengarah Jabatan.

Perlantikan ketua jabatan ini dibuat oleh Sultan atas

nasihat atau cadangan Majlis Agama Islam Negeri atau Menteri

Besar. Sebelum Jabatan Kehakiman Syariah ditubuhkan Jabatan

Agama Islam Negeri bertanggung jawab mentadbir mahkamah

kadhi.

Secara ringkas fungsi JAIN adalah:

1. Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara

efisyen di dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.

90

Page 92: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

2. Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan

institusi pendidikan agama Islam negeri Pahang bagi

melahirkan insan kamil.

3. Merancang program-program pembangunan institusi

keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-

Undang Keluarga Islam

4. Membuat kajian dan penilaian terhadap isu hal ehwal

Islam negeri yang berkaitan dengan aqidah, syariah,

moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan dan

lain-lain.

5. Mengumpul dan menganalisa data dan maklumat bagi

kepentingan keberkesanan produktiviti pengurusan.

Pada umumnya, fungsi JAIN bagi setiap negeri tidaklah

semuanya sama tetapi mengandungi elemen seperti dinyatrakan

diatas.

2.7.3 Jabatan Mufti

Jabatan Mufti adalah jabatan yang berdiri sendiri bagi

membantu dan menasihati D.Y.M.M. Sultan dan Kerajaan Negeri

91

Page 93: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

dalam perkara yang berkaitan hal ehwal hukum syarak,

menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal,

takwim jadual waktu solat , menyimpan data hijri dan

menjalankan penyelidikan dan pendidikan falak. Tugas besar

jabatan mufti adalah memberi khidmat nasihat dalam hal-hal

berkaitan aqidah, syari’ah dan akhlak Islamiah dan

mengeluarkan fatwa berkaitan isu yang berbangkit mengenai

Islam yang timbul dalam masyarakat dan menjalankan

pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.

Selain itu jabatan ini juga bertanggung jawab

membuat  penyelidikan  bagi  menangani ancaman keatas kesucian

ajaran agama Islam dan penyelewengan akidah serta menyebarkan

pengajaran dan pengetahuan Islam kepada umum.

2.7.4 Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia

Ada dua tugas penting yang diberikan kepada Majlis

Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ini.Tugas-

tugasnya ialah:-

 

1. Membincang,menimbang dan menguruskan apa-apa perkara

yang dirujukan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja,

92

Page 94: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mana-mana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam

Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak

memberi nasihat atau pengesyoran.

2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja.Kerajaan-

kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas

apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau

pentadbiran Agama Islam atau pelajaran Agama Islam

dengan tujuan hendak membaiki, menyamakan atau

menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran.

Semenjak Majlis Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan hinggalah

sekarang Pengerusinya adalan Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri Malaysia selaras dengan kepentingan Agama Islam

dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Majlis ini boleh

dikatakan sebuah Majlis yang penting kerana bukan saja ia

telah menjalankan tugas penyelarasannya tetapi ia telah

menjadi forum tertinggi Agama bagi membincang dan memutuskan

masalah-masalah dasar agama yang memberi kesan yang besar

kepada agama dan umat islam di negara ini.

 

93

Page 95: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Dalam tempoh 10 tahun pertama (1970-1980) lebih 20 kali

Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Malaysia telah diadakan dan hampir 200 masalah telahpun

diperbincangkan. Dalam persidangan ini berbagai-bagai

keputusan telah dibincang dan diputuskan. Antaranya

kejayaan-kejayaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

Islam Malaysia dalam mewujudkan institusi-institusi Islam

yang membawa kesan penting kepada perkembangan Agama Islam

di negara ini dan diperingkat antarabangsa seperti Institut

Dakwah dan Latihan Islam(INDAH) ,Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia, Pusat Penyelidikan Islam, Maahad Tahfiz al-Quran

Wal Qiraat dan Lembaga Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan

Agama Islam (LEPAI)

 

2.7.4.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam

Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang

menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan,

tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan

damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

94

Page 96: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

 

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968

yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis

Raja-Raja.

 

Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan

tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan

Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal

Islam (BAHEIS).

 

Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan

masyarakat Islam semasa, Bahagian Hal Ehwal Islam

( BAHEIS ) ini telah disusun semula. Maka pada 2

Oktober 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju

dengan perakuan supaya BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri

dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1

Januari 1997 dengan nama Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (Jakim).

 

95

Page 97: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Penubuhan Jakim dilihat sebagai salah satu platform di

dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam seiring

dengan perkembangan dan pembangunan negara yang

menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

 

Transformasi yang dibentuk oleh Jakim adalah seiring

dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi jabatan

ini sebagai peneraju dalam membina ketamadunan ummah

yang unggul.

 

Bagi memantapkan pengurusan dan menghasilkan gerak

kerja yang lebih efisyen, Jakim dibahagikan kepada 4

sektor utama iaitu Sektor Dasar, Sektor Pembangunan

Insan, Sektor Pengurusan dan Sektor Di Bawah Pejabat

Ketua Pengarah. Sektor-sektor ini telah membentuk 22

bahagian dan kesemuanya yang bernaung di bawah Jakim

berbanding penubuhan awalnya hanya mempunyai 14

bahagian.

 

96

Page 98: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Bahagian-Bahagian di bawah Sektor Dasar adalah Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan, Bahagian Kemajuan Islam,

Bahagian Perhubungan, Bahagian Pengurusan Fatwa,

Bahagian Penyelarasan Undang-Undang.

Bahagian-bahagian di bawah Sektor Pembangunan Insan

dibahagikan kepada Bahagian Dakwah, Bahagian

Pembangunan Insan, Bahagian Keluarga, Sosial Dan

Komuniti, Bahagian Penerbitan Dan Bahagian Media

Fungsi JAKIM:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana

Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam

perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan

ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut: 

1. Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan

pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;

2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di

negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran

Islam 

97

Page 99: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan

peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras

pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia

ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan

masalah-masalah umat Islam; 

4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan

penghayatan Islam dalam pengurusan negara; 

5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang

serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam

di seluruh negara;

6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam

yang dilaksanakan di negara ini; 

7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat

rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan 

8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui

kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

(Portal JAKIM)

2.8 Mahkamah Syariah Negeri98

Page 100: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Dengan adanya beberapa undang-undang yang berlainan mengenai

Mahkamah Syariah dan undang-undang itu dibuat oleh Badan

Perundangan Negeri telah timbul banyak kesukaran. Undang-

undang itu tidak seragam dan Badan Perundangan Negeri hanya

boleh menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Syariah dengan bidang

kuasa terhad kepada negeri berkenaan sahaja. Sistem aturan

dan organisasi Mahkamah-Mahkamah Syariah khususnya mengenai

rayuan berbeza dari satu negeri dengan negeri lain. Tiap-

tiap negeri mempunyai Mahkamah Rayuannya sendiri dan tidak

ada usaha diambil untuk mengadakan undang-undang bersamaan

(common law) bagi Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuasa

Mahkamah Syariah Negeri dihadkan mengenai kesalahan jenayah

oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah

(Bidang kuasa Jenayah).

Terdapat kesukaran menyampaikan saman dan waran di luar

negeri di mana ia dikeluarkan dan menguatkuasakan keputusan

Mahkamah Syariah dalam satu negeri di luar negeri itu.

Khususnya perintah nafkah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah

sesuatu negeri tidak boleh dikuatkuasakan di luar negari itu

99

Page 101: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

dan ini terdapat mengenai perintah tahanan gaji yang dibuat

oleh Mahkamah Syariah. Percanggahan bidang kuasa timbul

antara negeri-negeri dan orang-orang y ang memerlukan

bantuan dan keputusan Mahkamah terpaksa berolak-alik dari

satu negeri ke satu negeri. Keputusan Mahkamah Syariah

Negeri tidak dipatuhi atau diberi kehormatan di negeri-

negeri lain. Umpamanya seorang yang telah tidak diberi

kebenaran berpoligami di Selangor, boleh pergi ke Terengganu

dan mendapat kebenaran berkahwin dengan isteri yang kedua.

Juga boleh dipersoalkan sama ada undang-undang negeri boleh

membuat peruntukan mengenai umpamanya undang-undang

keterangan di Mahkamah Syariah dan penyiasatan jenayah.

Juga tidak terdapat peruntukan untuk perkhidmatan kehakiman

dan perundangan syariah. Oleh kerana kedudukan dan status

Mahkamah-mahkamah Syariah dan pegawai-pegawainya telah

dinaikkan dan diperbaiki, mungkin perlu diadakan peruntukan

mengenai keanggotaan, kuasa, perlantikan dan tempoh memegang

jawatan bagi mereka disebutkan dalam Perlembagaan dan ini

akan menjadi lebih mudah dan berkesan jika Mahkamah-mahkamah

100

Page 102: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Syariah dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah

ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Selain dari

isu undang-undang, masalah yang berat juga timbul dalam

pentadbiran Mahkamah Syariah . Sungguhpun pegawai Mahkamah

Syariah adalah pegawai negeri, skim perkhidmatan, syarat -

syarat perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka

adalah ditetapkan dan diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam Persekutuan. Dalam perlaksanaan skim dan syarat-syarat

perkhidmatan bagi pegawai Mahkamah Syariah dinegeri-negeri

terdapat banyak kemusykilan dan tidak ada keseragaman antara

negeri-negeri. Adalah sangat perlu diadakan Suruhanjaya

Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan.

Jawatan dalam Kehakiman dan perundangan di negeri adalah

terhad dan tidak banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam

perkhidmatan itu. Oleh kerana itu terdapat pegawai-pegawai

yang mengikut kursus Diploma Pentadbiran dan Amalan

Kehakiman yang diberi jawatan sebagai pegawai agama termasuk

Imam dan Kathi apabila mereka balik kenegeri masing-masing.

Jika boleh diadakan Skim Perkhidmatan Kehakiman dan

Perundangan Syariah Persekutuan, skim dan syarat-syarat

101

Page 103: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

perkhidmatan dapat diseragamkan dan mungkin terdapat lebih

banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan

itu, kerana tidak lagi tertutup bagi sesuatu negeri sahaja.

(JKSNPP , 2013)

BAB 3

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

102

Page 104: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Jika diamati kembali kepada perkembangan undang-undang Islam

di Malaysia sehingga kini, hakikatnya masih terdapat banyak

kekurangan, malahan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang amat

terhad dan perlu diberi penambahbaikan terutamanya dari

sudut pengamalan dan perlaksanaan undang-undang jenayah

Islam. Bahkan boleh dikatakan bahawa secara umumnya, undang-

undang jenayah syariah di Malaysia boleh dikategorikan pada

tahap takzir sahaja.

Sangat jelas bahwa bidang kuasa jenayahnya adalah terhad dan

hanya boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja.

Peruntukan undang-undang jenayah syariah terdapat di bawah

enakmen atau akta jenayah syariah dan juga enakmen atau akta

undang-undang keluarga Islam negeri-negeri. Kesalahan di

bawah enakmen atau akta jenayah syariah terdiri daripada

kesalahan yang berhubung dengan akidah, kesucian agama Islam

dan institusinya, rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan,

seksual, kesejahteraan orang lain dan pelbagai. Bagi negeri

yang masih tidak mempunyai enakmen jenayah syariah,

peruntukan kesalahan terdapat di dalam enakmen pentadbiran

103

Page 105: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

undang-undang Islam negeri masing-masing. Manakala bagi

kesalahan di bawah enakmen atau akta undang-undang keluarga

Islam ianya terdiri daripada penalti berhubung dengan akad

nikah dan pendaftaran perkahwinan dan penalti am.

Sebenarnya jika ditinjau masih terdapat banyak peruntukan

kesalahan jenayah syariah yang masih belum dikuatkuasakan.

Hakikatnya hanya beberapa peruntukan sahaja yang lebih kerap

digunakan seperti kesalahan khalwat dan matrimoni berbanding

dengan kesalahankesalahan lain. Menyentuh mengenai isu

semasa berkaitan, penulis telah merujuk kepada beberapa isu

sahaja iaitu ketidakseragaman dan konflik undang-undang,

kesalahan murtad, ajaran sesat dan kesalahan khalwat yang

mendominasi. Isu-isu ini mencerminkan beberapa kelemahan dan

kekurangan undang-undang pentadbiran Islam di Malaysia

khususnya dari aspek undang-undang jenayah syariah. Hingga

kini, mahkamah syariah masih lagi terikat dengan peruntukan

hukuman yang amat terhad iaitu lima tahun penjara, denda

lima ribu dan sebatan tidak melebihi enam kali. Sudah sampai

masanya, sesuai dengan genapnya kemerdekaan Malaysia 50

104

Page 106: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

tahun, sepatutnya mahkamah syariah diberikan bidang kuasa

yang setaraf dengan mahkamah sivil dan - diberikan hak

secara ekslusif bagi membicarakan kes-kes melibatkan undang-

undang Islam. Ini selaras dengan roh perlembagaan Malaysia

yang menyebut secara jelas bahawa agama Islam adalah agama

persekutuan.

Bagaimana pula hukum syara’ didalam bidang muamalat seperti

perbankan dan insurans Islam yang lansung tidak termasuk

dalam bidang kuasa Undang-Undang Syariah Malaysia? Kuasa

undang-undang bagi kesalahan dibidang ini masih dibawah

undang-undang sivil walaupun ianya melibatkan syariat Islam.

Ini disebabkan bidang muamalat Islam ini berkait rapat

dengan amalan perbankan dan insuran sivil. Takaful dan

perbankan Islam hanyalah cebisan dari amalan kewangan

sekular. Jika kuasa menghukum mahkamah syariah masih ditakuk

lama sudah tentu mahkamah syariah tidak boleh mengendalikan

kes muamalat ini kerana ia melibatkan kesalahan berprofil

tinggi.

105

Page 107: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

3.1 Cabaran Pelaksanaan Undang-Undang Islam

3.1.1 Peringkat Persekutuan

Selepas Merdeka, usaha-usaha di peringkat Persekutuan telah

dibuat untuk menyeragamkan pentadbiran undang-undang Islam.

Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia

(MKHEIM) yang dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu

(MRR) dan urusetianya ialah Bahagian Agama di Jabatan

Perdana Menteri yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM). Antara fungsi Majlis ini ialah

“memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, kerajaan-kerajaan

negeri atau Majlis Agama Islam negeri atau apa-apa perkara

berkenaan perundangan atau pentadbiran agama Islam dan

pelajaran agama Islam dengan tujuan hendak memperbaiki,

menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau

pentadbiran.”(Othman Haji Ishak, 1981). Untuk tujuan itu,

beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah urusetia dan

termasuklah Jawatkuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan

Sivil, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan lain-lain. Sejauh

penelitian, penubuhan MKHEIM dan JAKIM adalah selaras dengan

106

Page 108: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

kehendak peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 38 (2)

(b) (c) yang menjelaskan tugas-tugas MRR antara lain ialah

“mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa

perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh

Persekutuan” dan “mempersetujui atau tidak mempersetujui

apa-apa undang-undang dan membuat dan memberi nasihat

mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini,

memerlukan persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh

atau selepas berunding dengan MRR”

Walau bagaimanapun, sebagaimana dijelaskan bahawa kuasa

untuk menggubal undang-undang Islam adalah di bawah kuasa

kerajaan-kerajaan negeri termasuk juga di Wilayah-wilayah

Persekutuan, maka usaha-usaha penyeragaman di peringkat

kebangsaan adalah bergantung kepada kuasa budibicara

kerajaan-kerajaan negeri. Pihak yang bertindak sebagai

urusetia sebenarnya tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk

menentukan kerajaan-kerajaan negeri mengikuti model atau

syor penyeragaman yang telah disediakan itu. Sebaliknya

kerajaan-kerajaan negeri walaupun sedia menerimapakai suatu

107

Page 109: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

model undang-undang yang sepatutnya diterimapakai, tetapi

tiada halangan dari sudut perundangan bagi pihak kerajaan-

kerajaan negeri meminda mana-mana peruntukan dalam undang-

undang yang disyorkan itu terutama bagi kesesuaian di negeri

masing-masing. Sebab itu, sekali lagi mutakhir ini suatu

penyelarasan menyeluruh cuba dibuat dengan memperkenalkan

undang-undang keluarga yang baru. Di bawah undang-undang

yang baru ini, tiada banyak perubahan yang dipinda kecuali

yang paling ketara iaitu soal poligami iaitu memberi kuasa

kepada mahkamah memanggil wali, isteri yang sedia ada dan

lain-lain yang berkenaan hadir di Mahkamah untuk memberi

keterangan serta permohonan pihak-pihak untuk membahagikan

apa-apa harta atau aset yang dikumpulkan dalam tempoh

perkahwinan setelah Mahkamah membenarkan permohonan suami.

Sehingga kini, hanya beberapa buah negeri sahaja yang

mengemukakan deraf undang-undang berkenaan untuk diluluskan

oleh Badan Perundangan Negeri. (Ordinan Undang-undang

Keluarga Islam, Sarawak (Bab 43, 2001); Enakmen Undang-

undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) (No.12/2002)).

Sebagaimana dijelaskan, tiada halangan bagi sesetengah

108

Page 110: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

negeri membuat pindaan terhadap deraf undang-undang yang

kemudiannya diluluskan itu.

Usaha meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan

Persekutuan juga misalnya peruntukan "Perkara 121 (1A)"

merupakan satu usaha untuk menjelaskan bidang kuasa

Mahkamaha Syariah dan Mahkamah Sivil. Menjadi satu cabaran

kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menggubal undang-

undang tertentu yang memberi kuasa yang jelas dan eksklusif

kepada Mahkamah Syariah setakat yang dibenarkan

Perlembagaan. (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1989)

Begitu juga dalam konteks selain undang-undang yang

diistilahkan sebagai “undang-undang diri”, pengaruh ajaran

Islam atau hukum-hukum Islam telah mula mendapat tempat dan

secara langsung dapat membantu ke arah pelaksanaan undang-

undang Islam yang menyeluruh misalnya dalam sistem

perbankan, takaful dan pajak gadai. (Ahmad Ibrahim, 1993)

3.1.2 Peringkat Kerajaan Negeri

109

Page 111: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mulai awal tahun 1980-an, kerajaan-kerajan negeri mula

mengasingkan perkara yang berkaitan dengan undang-undang

keluarga daripada undang-undang induk dengan menggubal

undang-undang keluarga Islam yang baru sebagaimana yang

disyorkan di peringkat kebangsaan. Undang-undang baru ini

dikatakan banyak mengandungi pembaharuan misalnya mengenai

kesalahan-kesalahan matrimoni, peraturan-peraturan

berpoligami, soal perceraian di luar mahkamah dan tanpa

kebenaran mahkamah dan lain-lain. Perkembangan yang positif

ini dilihat sebagai usaha kerajaan Persekutuan mengatasi

sesetengah rungutan masyarakat Islam di dalam negara tentang

perlunya pembaharuan dalam pentadbiran undang-undang Islam

terutama undang-undang keluarga yang dikatakan tidak memberi

keadilan kepada wanita dan seringkali Mahkamah Syariah akan

menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan berat sebelah

memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai.( Ahilemah

Joned, 1988). Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran,

tindakan sudah dibuat untuk memisahkan antara Mahkamah

Syariah yang disebut sebagai institusi yang mentadbir

keadilan dan Majlis Agama Islam sebagai pihak berkuasa utama

110

Page 112: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

selepas Ketua Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan

Jabatan Mufti bertanggungjawab mentafsirkan dalam perkara

yang diklasifikasikan sebagai hukum Syarak.

Dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak,

sesetengah negeri cuba melakukan sendiri pindaan-pindaan

dengan memanfaatkan peruntukan-peruntukan di negeri-negeri

lain yang dianggap terkehadapan dan negeri-negeri berkenaan

sedang atau akan berhadapan dengan masalah yang sama.

Sebagai contoh, dalam perkara status pemelukan Islam dalam

kes percubaan keluar agama sedangkan Perkara 11(1)

Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan memeluk dan

mengamalkan sesuatu agama sebagai kebebasan asasi, dan isu

mengenai anak yang masih di bawah umur 18 tahun. Merujuk

beberapa kes yang diputuskan di Mahkamah Sivil dimana

mahkamah ini tidak ada bidang kuasa dalam menentukan status

akidah seseorang, (Kes Mohamed Habibullah v Faridah (1992), kes

Md.Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) malah

sebaliknya, ia menjadi kuasa badan perundangan negeri

menggubal undang-undang dan memberi bidang kuasa kepada

111

Page 113: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mahkamah-mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan

tindakan cuba keluar agama (Suwaid Tapah,1996) atau status

anak bawah umur di bawah penjagaan seseorang. Misalnya

peruntukan yang jelas dibuat oleh sesetengah negeri yang

menyebut bahawa seseorang yang didaftarkan memeluk agama

Islam hendaklah bagi semua maksud termasuk mana-mana undang-

undang Persekutuan atau negeri dan untuk semua masa

diiktiraf sebagai seorang Islam dan jika apa-apa soal timbul

di dalam negeri sama ada seseorang itu telah memeluk Islam

dan orang itu tidak didaftarkan dalam daftar memeluk Islam

atau tidak didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang

negeri sebagai orang yang telah memeluk Islam, maka soal itu

hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan

kepada hukum Syarak. Jika pada saat ia memeluk Islam,

seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai

anak kandung atau anak angkat yang belum mencapai umur

baligh mengikut hukum Syarak, maka kanak-kanak yang berada

di dalam jagaannya hendaklah dianggap telah memeluk Islam.

112

Page 114: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Terdapat juga negeri cuba memanfaatkan kuasa yang diberi

oleh Perlembagaan dengan menggubal undang-undang baru atau

mengembangkan undang-undang induk yang sedia ada bagi

memantapkan pentadbiran.

Kebanyakan negeri telah menyelaraskan peruntukan hukuman

sebagaimana ditetapkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang

kuasa Jenayah) 1984 (Pindaan) dengan beberapa peruntukan

dalam Akta/Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri termasuklah

hukuman sebat bagi kesalahan melibatkan akidah dan

kesusilaan. Umumnya, dari sudut kategori kesalahan adalah

hampir sama iaitu kesalahan yang berhubung dengan akidah,

kesucian agama dan institusinya, kesusilaan, kesalahan

pelbagai dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam perkara

yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang jenayah

masih memerlukan kepada penelitian yang menyeluruh terutama

dari segi hukuman yang diperuntukkan. menggambarkan

ketidakselarasan penggubalan undang-undang bagi kesalahan

jenayah Syariah antara negeri-negeri. (Suwaid Tapah, 2004)

113

Page 115: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Manakala penggubalan undang-undang berkaitan lain misalnya

undang-undang acara mal Syariah dan acara jenayah Syariah,

umumnya hampir seragam kecuali dari aspek pentadbiran lain

misalnya undang-undang pentadbiran Mahkamah Syariah dimana

dari aspek takat bidangkuasa mal Mahkamah Syariah (Mahkamah

Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah) ada yang tidak

selaras di antara satu negeri dengan negeri yang lain.

(Suwaid Tapah, 2004)

Secara umum dapatlah dibuat penelitian awal dalam

perbincangan mengenai pelaksanaan undang-undang Islam iaitu

masih banyak lagi halangan-halangan yang perlu ditangani

terutama dari sudut mekanisme pentadbiran undang-undang

tersebut misalnya pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa

mahkamah yang terhad, tiada panduan penjelasan kepada

peruntukan undang-undang yang umum, prosedur yang tidak

lengkap, pertindihan dengan undang-undang lain, pelaksanaan

perintah, tafsiran peruntukan yang berbeza, masalah

penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa dan

lain-lain.

114

Page 116: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

3.2 Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mencadangkan tiga

perkara penting dalam ucapannya iaitu keperluan untuk menaik

taraf dan memperkasakan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang

Syarak/Sivil agar segala keputusan yang dibuat oleh

Jawatankuasa ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan

digunapakai di seluruh Malaysia. Oleh itu, beliau

mencadangkan bahawa Jawatankuasa ini perlu diletakkan di

bawah Majlis Raja-Raja. (JAKIM, 2010)

 

Kerajaan juga memaklumkan mengenai cadangan pindaan Akta

Perihal Dagangan 1972 yang dihasratkan oleh JAKIM dengan

kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) dan pindaan tersebut akan dibentangkan

dalam sesi persidangan Parlimen pada bulan Jun yang akan

datang ini. Sekiranya undang-undang ini diluluskan, segala

permasalahan yang timbul berkaitan dengan halal seperti

masalah ”self declaration” oleh pihak-pihak yang tidak

berautoriti akan dapat diselesaikan. Pihak yang terlibat

dengan industri halal pula hanya akan berurusan dengan pihak

115

Page 117: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

yang berautoriti seperti JAKIM dan Majlis Agama Islam di

Negeri-negeri untuk mendapatkan sijil halal.

 

3.3 Menaiktaraf Mahkamah Syariah di Malaysia

 Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil

Kali ke-20 pada tahun 2010 juga amat bermakna sekali apabila

Peguam Negara Malaysia membentangkan kertas cadangan

menaiktaraf Mahkamah Syariah di Malaysia. Beliau menerangkan

mengenai konsep Mahkamah Syariah yang baru yang hampir

setaraf dengan Mahkamah Sivil dan konsep baru Mahkamah

Syariah yang dicadangkan ini akan dipersembahkan kepada

Majlis Raja-Raja untuk kelulusan. Sekiranya Majlis Raja-Raja

memperkenankan cadangan ini, Mahkamah Syariah akan memasuki

suatu lembaran baru di dalam sejarah penubuhannya di mana

tarafnya akan menjadi hampir sama dengan Mahkamah Sivil. 

 Pada masa sekarang Mahkamah-Mahkamah Sivil telah diberi

perhatian yang sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan oleh

kerana mahkamah-mahkamah itu adalah Mahkamah Persekutuan.

Jika Mahkamah-mahkamah Syariah juga di jadikan Mahkamah

116

Page 118: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Persekutuan, mahkamah-mahkamah itu juga dapat diberikan

perhatian yang sepenuhnya. Sungguh pun isu Mahkamah Syariah

dan pegawai-pegawainya adalah terlibat dengan undang-undang

Islam, akan tetapi perkara ini lebih melibatkan pentadbiran

dan pengurusan, yang dapat diuruskan lebih baik diperingkat

Persekutuan.

Jelaslah banyak masalah Mahkamah-mahkamah Syariah mengenai

status dan bidangkuasanya dan perlantikan dan syarat-syarat

perkhidmatan pegawai kehakiman dan perundangan boleh

diselesaikan jika Mahkamah-Mahkamah Syariah itu ditubuhkan

sebagai Mahkamah Persekutuan, seperti Mahkamah Sivil. Pada

permulaannya mungkin timbul keraguan di beberapa negeri,

kerana negeri-negeri itu tidak mahu menyerahkan kuasanya

dalam perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan

Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah di Wilayah-

Wilayah dan negeri-negeri dimana Yang di-Pertuan Agong

menjadi Ketua Agama Islam tidak menjadi masalah.

117

Page 119: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Terdapat dua cara untuk mengadakan Mahkamah-Mahkamah Syariah

Persekutuan dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

Syariah Persekutuan. Yang pertama ialah menggunakan Fasal 1

(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kuasa

kepada Parlimen "membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara

yang disebutkan dalam senarai negeri--- bagi maksud mengadakan persamaan

undang-undang dari antara dua buah negeri atau lebih". Akan tetapi

undang-undang seperti itu tidak boleh berkuatkuasa di mana-

mana negeri sehingga undang-undang itu telah diterima dengan

suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan

Negeri itu dan selepas itu undang-undang itu hendaklah

disifatkan sebagai sesuatu undang-undang Negeri dan bukan

suatu undang-undang persekutuan dan oleh yang demikian

undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh suatu

undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu.

Ini mungkin akan menimbulkan masalah apabila terdapat

perselisihan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

y ang berkenaan.

118

Page 120: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Cara yang lebih berkesan ialah dengan meminda Fasal (4)

Perkara 76 dengan memberi kuasa kepada Parlimen membuat

undang-undang mengenai keanggotaan, penyusunan dan acara

mahkamah-mahkamah syariah. Ini adalah cara yang lebih keras

tetapi lebih berkesan dan mungkin hanya boleh diadakan

apabila negeri-negeri telah yakin mengenai faedah dan

kebaikan cara itu.

Sebagai permulaan adalah dicadangkan langkah diambil di

bawah Fasal 1(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan untuk

mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah Persekutuan

untuk wilayah-wilayah dan negeri-negeri yang mempunyai Yang

di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agamanya. Cadangan juga

dibuat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk

memasukkan peruntukan bagi Mahkamah Syariah Persekutuan

dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.

(JKSNPP, 2013)

3.4 Naik Taraf Perjawatan Hakim Syarie

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk

Seri Jamil Khir Baharom, untuk menaik taraf Mahkamah119

Page 121: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Syariah, mewujudkan perjawatan secara berpusat dan

menaik taraf hakim Mahkamah Syariah adalah langkah yang

disambut baik dan amat ditunggu-tunggu. Pengumuman

ketika merasmikan Persidangan Penyelarasan Undang-

Undang Syarak dan Sivil Ke-20 di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada bulan Mei 2010,

pastinya memberi nafas baru bagi perundangan Islam di

negara ini.

Langkah itu sesuai dengan situasi sekarang yang mana

Mahkamah Syariah menjadi tempat rujukan orang Islam

selain adanya usaha ke arah memartabatkan undang-undang

Islam supaya setaraf dengan Mahkamah Sivil. Pindaan

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988

memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan

daripada Mahkamah Sivil. Pindaan itu menjadikan

Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan Mahkamah

Sivil, walaupun tidak sepenuhnya kerana masih ada

120

Page 122: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

gangguan disana sini, sekali gus berdiri sama tinggi

dan duduk sama rendah. Namun, selepas 20 tahun,

kedudukan Mahkamah Syariah pada hakikatnya masih pada

taraf rendah berbanding Mahkamah Sivil daripada sudut

hieraki, perjawatan, jaminan perjawatan, keselarasan

dan penyeragaman undang-undang serta penghakiman.

Begitu juga persepsi masyarakat, lambang dan prestij,

infrastruktur, prasarana, latihan kepada pegawai,

undang-undang dan penguatkuasaan, skim dan gred

penggajian kakitangan, bidang kuasa perundangan,

perlantikan hakim dan banyak lagi. Pada masa kini,

hanya ada tiga tingkatan Mahkamah Syariah iaitu

Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan

Mahkamah Rayuan Syariah. Berbanding empat tingkatan di

Mahkamah Sivil iaitu Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret. Maka dengan

cadangan terbaru berkenaan, tingkatan Mahkamah Syariah

121

Page 123: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

akan dinaik taraf kepada Majlis Rayuan Syariah (Syariah

Privy Council), Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah

Tinggi Syariah, Mahkamah Tengah Syariah dan Mahkamah

Rendah Syariah.

Peningkatan taraf Mahkamah Syariah ini harus sejajar

peningkatan taraf perjawatan hakim dan pegawai. Kini,

hakim Mahkamah Syariah adalah penjawat awam pada

peringkat negeri, kecuali bagi negeri menerima skim

perkhidmatan guna sama di bawah penyeliaan Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada peringkat pusat.

Berbeza hakim di Mahkamah Sivil, hakim Mahkamah Tinggi

dan ke atas adalah anggota Badan Kehakiman Negara yang

dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

2009 (Akta 695) pada peringkat persekutuan. Jaminan

perjawatan hakim di Mahkamah Syariah tertakluk kepada

prosedur perkhidmatan awam, berbanding jaminan

perjawatan hakim di Mahkamah Sivil yang tertakluk

kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45). Gaji hakim di122

Page 124: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mahkamah Syariah jauh lebih rendah berbanding di

Mahkamah Sivil. Contoh, gaji hakim Mahkamah Rayuan

Sivil adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding

gaji hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Ini tidak termasuk

elaun lain.

Sehingga kini, belum ada akademi latihan khusus bagi

meningkatkan tahap profesionalisme kehakiman dan

perundangan syariah seperti fungsi Institut Latihan

Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) yang menjadi pusat

latihan kepada hakim serta pegawai Mahkamah Sivil.

Akademi latihan seumpama ini boleh dijadikan pusat

meningkatkan profesionalisme peguam syarie yang beramal

di Mahkamah Syariah.

Ketidakseragaman undang-undang berhubung penubuhan

Mahkamah Syariah serta undang-undang syariah antara

negeri masih menjadi masalah yang rencam.

123

Page 125: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Keadaan ini berbeza di Mahkamah Sivil yang mempunyai

undang-undang seragam di seluruh negara yang diterima

pakai semua Mahkamah Sivil seperti Akta Mahkamah Rendah

1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Prinsip duluan

mengikat yang diterima pakai di Mahkamah Sivil tidak

terpakai di Mahkamah Syariah. Akibatnya, keputusan

hakim di satu negeri boleh berbeza dengan keputusan

hakim di negeri lain, walaupun fakta persoalannya

adalah sama.

Daripada sudut positif, ia membuka ruang kepada hakim

untuk berijtihad. Namun negatifnya, masyarakat melihat

keputusan berbeza itu dalam isu atau persoalan sama,

sepatutnya tidak berlaku kerana negara berpegang kepada

ahli sunnah wal jamaah, terutama pandangan ulama Mazhab

Syafie. Mengambil contoh kes kontroversi Kartika Sari

Dewi Sukarno. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Kuantan mengenakan hukuman enam sebatan terhadap

Kartika dipertikaikan pelbagai pihak sehingga ke

124

Page 126: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

peringkat asas hukuman itu sendiri. Sedangkan, hakim

hanya melaksanakan undang-undang yang diluluskan Dewan

Undangan Negeri. Berbeza penghakiman Mahkamah Sivil,

keputusan hakim tidak disanggah malah diiktiraf pada

peringkat nasional dan antarabangsa.

Di Mahkamah Sivil ada lambang dan adat kebesaran

mahkamah seperti cokmar dan pakaian rasmi yang

menggambarkan prestij serta imej mahkamah selaras di

seluruh negara. Namun lambang dan pakaian rasmi

Mahkamah Syariah berbeza antara satu sama lain.

Sepatutnya lambang dan kebesaran Raja-Raja Melayu

sebagai Ketua Agama Islam diserlahkan dan diseragamkan

di Mahkamah Syariah seluruh negara. Menaik taraf

Mahkamah Syariah bukan bermakna ingin merampas kuasa

Mahkamah Sivil, tetapi sebenarnya hanya mahu

mengembalikan martabat dan fungsi Mahkamah Syariah

suatu masa dulu sebelum Inggeris bertapak dan

125

Page 127: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

memperkenalkan sistem perundangan barat di negara ini.

(Tuan Musa Awang, 2010)

3.5 Majlis Peguam Syarie Malaysia

Buat masa ini belum lagi di tubuhkan Majlis Peguam Syarie di

Malaysia bagi mengatur dan mengawal amalan peguam syarie.

Mereka hanya bergabung sebagai badan bukan kerajaan (NGO)

iaitu Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) yang

ditubuhkan pada tahun 2001. Majlis Peguam Syarie adalah

penting untuk mengawal pengamal undang-undang syarie secara

menyeluruh dan merupakan badan professional yang dengannya

peguam syarie perlu berdaftar sebelum layak mewakili anak

guam dimana-mana mahkamah syariah. Buat masa sekarang peguam

syarie yang ditauliahkan disatu negeri tidak semestinya

secara otomatik dibenarkan mewakili anak guamnya yang

menghadapi kes mahkamah dinegeri lain. Ini disebabkan tiada

undang-undang yang menyelaraskan guaman syarie di Malaysia.

Berbeza dengan peguam mahkamah sivil, mereka dikawal melaui

Bar Council atau Majlis Peguam Malaysia.

126

Page 128: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

3.6 Hukuman Lebih Berat

Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) telah menggesa

kerajaan baru-baru ini untuk mengenakan hukuman yang lebih

berat bagi kesalahan hukum syarak dan menyeragamkan undang-

undang jenayah Islam bagi semua negeri. Kita harus menyokong

saranan Persatuan Guaman Syarie Malaysia ini demi

memartabatkan undang-undang dan mahkamah syariah di

Malaysia.

Timbalan presiden PGSM En Musa Awang juga mendakwa bahawa

undang-undang sedia ada yang mengenakan hukuman penjara

maksima tiga tahun, denda sehingga RM 5000 dan sebat

sehingga enam kali telah gagal menggerunkan pesalah-pesalah

syariah. Menurut beliau ‘formula 3-5-6’ yang diperuntukan

oleh Akta Mahkamah Syariah 1984 adalah terlalu ringan dan

ketinggalan zaman.

Sekarang sudah lebih 20 tahun Akta Mahkamah Syariah 1984 itu

dipinda ia bahkan menggalakkan ramai orang mengambil jalan

127

Page 129: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

mudah dengan mengaku bersalah, sebab hukumannya tidak begitu

keras berbanding mahkamah sivil. Bagi penjenayah, RM5000

dalam tahun 2010 adalah terlalu kecil sebab mereka boleh

mendapatkan wang itu dalam masa satu hari sahaja. Dari denda

maksima RM 5000, mungkin boleh dinaikkan ke RM20,000 atau

lebih. Dalam Islam, berjudi, perzinaan dan mengambil minuman

alkohol dianggap dosa besar tetapi denda RM 5000 adalah

terlalu kecil. Misalnya di Selangor , jika disabitkan

kesalahan meminum minuman alkohol hukumannyan denda dan

penjara, tetapi di Pahang hukumannya ialah denda, penjara

dan sebat

Beliau menambah bahawa hukumam yang berbeza boleh

menyebabkan kekeliruan. Apabila hukuman yang berbeza

dikenakan , masyarakat tidak akan menghormati mahkamah. Kita

tidak mahu perkara begini berlaku. Adakah Islam di Selangor

berbeza dengan Islam di Pahang? Atau adakah Islam di Pahang

lebih ekstrim disebabkan mahkamahnya boleh mengenakan

hukuman sebat bagi pesalah syariah? Oleh itu adalah sangat

128

Page 130: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

diperlukan undang-undang yang seragam demi menjaga imej

kehakiman.

(Syed Mu'az Syed Putra, 2010)

3.7 Undang-Undang Kewangan & Insurans Islam

Institusi kewangan Islam masih dibawah pengawasan Bank

Negara Malaysia (BNM) dan kesalahan jenayah jatuh dibawah

akta jenayah komersial. Kedua-dua ini tidak termasuk dibawah

undang-undang syariah walaupun ia merupakan institusi Islam.

Bank Negara Malaysia selaku badan pengawas institusi

kewangan dan takaful bertanggungjawab mengawal insitusi

kewangan Islam dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

2013. Akta ini adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan

bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan

Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan yang lain dan

pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing

Islam untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan

Shariah dan bagi perkara yang berhubungan, berbangkit atau

bersampingan dengannya. Manakala amalan takaful pula di

awasi oleh BNM dibawah Akta Takaful 1984. Institusi

129

Page 131: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

kehakiman Islam samada peringkat Persekutuan mahupun

peringkat negeri mungkin tidak mempunyai kepakaran tentang

kewangan Islam untuk dimasukkan dalam perundangan syariah.

Pengawasan patuh syariahnya diselia oleh jawatan kuasa

syariah di BNM sendiri dan juga di setiap institusi yang

menjalankan perniagaan kewangan dan takaful Islam. Jelas

kelihatan hukum-hukum Islam itu dilaksanakan di Malaysia

secara fragmentasi. Dalam hal ini institusi kehakiman Islam

dan undang-undang syariah adalah terpinggir.

130

Page 132: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

BAB 4

KESIMPULAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN

Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah

melaksanakan sebahagian undang-undang Islam. Dengan aspek

tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah melaksanakan

undang-undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang

ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai

kemerdekaan. Banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak

berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di

peringkat kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan

perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke

131

Page 133: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

semasa beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri

masing-masing selaras dengan kepentingan dan untuk kebaikan

masyarakat sejauh yang dibenarkan oleh Perlembagaan

Persekutuan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan pentadbiran

undang-undang Islam di negeri-negeri sedang dan terus

dijalankan. Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan harus

mengambilkira kehendak Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan

Persekutuan untuk dilaksanakan oleh negeri masing-masing.

Sudah tiba masanya para hakim syariah tidak lagi diletakkan

sebagai penjawat awam tetapi diujudkan skim khas yang dapat

menjamin kebebasan institusi perundangan syariah. Sebuah

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Syarie perlu dibentuk

untuk menyelaras perlantikan hakim syarie, mengatur skim

perkhidmatan hakim syarie dan pentauliahan peguam syarie.

Sayangnya kalau pun suruhanjaya ini ditubuhkan kuasanya akan

terbatas jika tidak semua negeri melepaskan pentadbiran

mahkamah syariah kepada nya.

Sejak kebelakangan ini pelbagai usaha digarap oleh pihak

kerajaan bagi meninggikan lagi institusi Mahkamah Syariah

132

Page 134: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

ini. Namun usaha sebegini harus dilipatgandakan kerana

Mahkamah Syariah agak ketinggalan dalam banyak aspek. Namun

begitu adalah amat tidak adil jika kita membuat kesimpulan

yang negatif sahaja terhadap Mahkamah Syariah. Walaupun

terdapat pelbagai kekangan dan halangan yang dihadapi oleh

Mahkamah Syariah, ia jauh ke hadapan dalam isu lambakan kes

dan penyelesaian kes dengan kadar segera. Sistem sulh atau

mediasi di Mahkamah Syariah pula telah mempercepatkan proses

perbicaraan di mahkamah itu sedangkan mahkamah sivil baru

saja memulakan prosiding mediasi di mahkamah.

Sudah sewajarnya pengiktirafan yang sebenar diberi kepada

Mahkamah Syariah bagi membolehkan ia bertindak dengan lebih

efisien. Pelbagai anugerah yang diterima Mahkamah Syariah

adalah manifestasi kesungguhan mahkamah tersebut mahu keluar

daripada kepompong yang sering mengikat institusi agama di

Malaysia. (Zainul Rijal Abu Bakar, 2011). Justru itu adalah

wajar status mahkamah syariah itu dinaikkan dari status

negeri menjadi mahkamah syariah persekutuan sepenuhnya

seperti disebutkan tadi.

133

Page 135: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mercu Tanda Islam

Mahkamah Syariah bukanlah seekor gajah putih yang tiba-tiba

muncul di tengah bandar. Kemampuan dan keberkesanan Mahkamah

Syariah sebenarnya banyak bergantung kepada sokongan

pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan. Pihak kerajaan

seharusnya mencari jalan bagi penyeragaman undang-undang

Islam dan Mahkamah Syariah di Malaysia. Kebebasan Mahkamah

Syariah daripada belenggu pihak tertentu mestilah menjadi

pemangkin kepada Mahkamah Syariah memacu sistem perundangan

syariah untuk lebih berjaya diyakini dan dihormati.

Mahkamah Syariah bukanlah mahkamah kelas kedua tetapi

merupakan sebahagian landskap perundangan di Malaysia. Kita

berkesempatan melihat pembangunan pesat Mahkamah Syariah

sejak Peguam Syarie diterima masuk dalam tahun 1992 sehingga

kini, jika dikutip setiap kejayaan Mahkamah Syariah sudah

pasti ia akan membanjiri kota-kota yang ada di Malaysia.

Namun begitu perspektif negatif yang dilakar oleh golongan

tertentu terhadap Mahkamah Syariah amatlah tidak134

Page 136: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

bertanggungjawab. Seolah-olah apa sahaja yang dilakukan oleh

mahkamah tersebut adalah salah dan tiada suatu kebaikan yang

dibuat oleh Mahkamah Syariah. Sebenarnya peranan setiap

individu adalah memartabatkan institusi Islam termasuklah

Mahkamah Syariah.

Dengan banyak pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang

berkaitan dengan Islam, undang-undang syariah dan mahklamah

syariah, enakmen-enakmen Syariah Negeri serta penaiktarafan

mahkamah syariah diperingkat negeri dan Persekutuan serta

penubuhan Jabatan Kehakiman Syarie (JKSM) telah mengubah

lanskap perlaksanaan undang-undang syariah dan mahkamah

syariah di Malaysia. Skim perkhidmatan kehakiman syarie juga

dinaiktarafkan tetapi tidaklah setanding dengan skim

kehakiman sivil. Oleh kerana sesetengah negeri tidak mahu

kuasa kehakiman syarie mereka diletakkan dibawah JKSM (skim

gunasama) menyebabkan mereka agak ketinggalan didalam

pembangunan infrastruktur dan skim perjawatan (temubual

dengan YAA Ketua Hakim Syarie Pahang, 2012). Pihak JKSM

melalui Jabatan Peguam Negara juga telah mengemukakan

135

Page 137: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

cadangan dalam tahun 2010 kepada kerajaan supaya ditubuhkan

‘Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Syarie’ sepertimana

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Sivil (Berita JKSM,

2010). Suruhanjaya itu nanti boleh membuat cadangan tentang

skim perkhidmatan hakim syarie, pentauliahan peguam syarie

penaikan taraf perundangan syarie dan penyelarasan undang-

undang syraie diantara negeri. Suruhanjaya ini hendaklah

bertanggungjawab kepada Majlis Raja-Raja (temubual dengan

YAA Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

2012). Tetapi sayangnya hingga 2013 ini cadangan itu masih

belum dilaksanakan.

Kepentingan untuk melonjakkan perundangan Islam dan

kehakiman syarie di Malaysia adalah merupakan satu keperluan

di dalam era globalisasi ini. Pendekatannya perlu berbeza

kerana zaman telah berubah dan menuntut kepelbagaian

mekanisme dalam mencapai keadilan tetapi masih dalam

kerangka Islam. Usaha bagi memastikan transformasi tersebut

berlaku, perubahan-perubahan itu perlu dipacu dengan

136

Page 138: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

tersusun, serta langkah yang kemas, pesat dan tangkas (Dr

Zaleha Kamaruddin, 2011).

Pembangunan fizikal mahkamah syariah juga adalah sangat

menyedihkan. Kebanyakanya tidak mempunyai bangunan yang

sesuai dan tidak mempunyai pegawai yang mencukupi. Kedaifan

ini lebih menyerlah diperingkat daerah negeri-negeri.

Dibawah JKSM banyak negeri yang menerima skim gunasama

seperti Selangor dan Negeri Sembilan telah mendapat

bangunan-bangunan baru dibawah peruntukan Persekutuan. Di

negeri Pahang misalnya masih tiada bangunan tetap Mahkamah

Tinggi Syariah di Kuantan. Sedihnya mahkamah ini masih

berpindah randah dari satu bangunan ke bangunan lain yang

ditinggalkan oleh jabatan lain atau yang ditinggalkan

mahkamah sivil (temubual dengan YAA Ketua Hakim Syarie

Pahang, 2012).

Skim perkhidmatan hakim syariah adalah sangat inferior

dibandingkan dengan hakim sivil. Gaji ketua hakim syarie

negeri hanyalah sama aras dengan hakim mahkamah sesyen dalam

hiraki mahkamah sivil. Itu tidak termasuk elaun-elaun yang

137

Page 139: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

dinikmati oleh hakim sivil. Sudah sampai masanya kerajaan

memberi pembelaan kepada penjawat kehakiman syarie yang

tidak terbela tetapi sering dikritik pedas kerana pelbagai

sebab.

Pada masa sekarang rayuan dari mahkamah syariah diputuskan

oleh Mahkamah Rayuan Syariah di setiap negeri. Adalah

dicadangkan sebuah Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan

ditubuhkan yang boleh mendengar rayuan dari setiap negeri.

Supaya tidak menyentuh kedudukan Raja setiap negeri dan YDP

Agong sebagai ketua agama Islam, adalah dicadangkan supaya

rayuan dibuat kepada Raja atau YDP Agong dan kemudiannya

dirujuk kepada Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan untuk

memberi nasihat kepada Raja atau YDP Agong mengikut yang

mana berkenaan. Ketua Hakim Syarie Negeri berkenaan

hendaklah menjadi anggota mahkamah tersebut jika kes

berkaitan datangnya dari negeri hakim berkenaan.

Pada masa ini bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah adalah

sangat rendahmalah lebih rendah dari Mahkamah Mejistret.

Jika Mahkamah Syariah diberi kuasa menjatuhakan hukuman atau

138

Page 140: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

perintah hudud, kisas dan diyah, pindaan perlu dibuat kepada

Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan juga Akta Undang-

Undang Sivil mengenai undang-undang tort berhubung dengan

pembayaran gantirugi. Undang-undang Syariah juga sepatutnya

mencakupi bidang muamalat Islam seperti kewangan dan takaful

Islam. Satu usaha jangka panjang perlu dirancang untuk

menggubal undang-undang ini supaya bersesuaian dengan

Syariah Islam dan institusi serta pegawai dan kehakim syarie

dilatih dalam bidang ini. Oleh kerana ia melibatkan skop

yang jauh lebih besar dari undang-undang syariah yang ada

sekarang, maka Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dibawah

jurisdiksi Kehakiman Syariah Persekutuan sepenuhnya.

Peguam Syarie

Setakat ini tidak ada kawalan ketat dan tersusun terhadap

pentauliahan dan amalan peguam syarie yang boleh menyebabkan

berlakunya penyelewengan dan tiada tindakan yang berkesan

boleh dilaksanakan. untuk mengelakan fitnah terhadap

perundangan Islam satu Akta Guaman Syarie yang telah pun

139

Page 141: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

digubal hendaklah diluluskan dengan segera supaya boleh

digunapakai di setiap negeri secara seragam.

Apa juga dapatan dan saranan didalam penulisan ini perlu

diteliti dan tindakan sewajarnya perlu diambil untuk

memartabatkan sistem Perundangan dan Kehakiman Islam. Ini

bertujuan semata-mata untuk memenuhi tuntutan AlQuran supaya

kita ‘menghukum dengan apa yang di turunkan Allah’ (S. An-

Nisa 105)

Wallahu ‘Aalamu BisSawab.

RUJUKAN

Buku

Abd Al Karim Zaidan, (2010), Sistem Kehakiman Islam, Terj.Pustaka Hj Abdul Majid, Bt.Caves Selangor.

Abdul Aziz Bari, (2005), Islam dalam Perlembagaan Malaysia,Intel Multimedia, Petaling Jaya

Abu Bakar Abdullah, (1986), Kearah Perlaksanaan Undang-UndangIslam Di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Trengganu,Pustaka Damai.

140

Page 142: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Abul ‘Ala Al-Maududi, (1980), Islamic Law and Constitution, Islamic Publication Ltd. Lahore, Pakistan

Ahmad Hidayat Buang, Ed., Undang-Undang Islam Di Malaysia, Prinsip dan Amalan, (2007), Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Ahmad Mohamed Ibrahim et,al, Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan, (2003), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ahmad Mohamed Ibrahim, (1997), Pentadbiran Undang-Undang Islam

Di Malaysia, , Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala

Lumpur

Ahmad Mohamed Ibrahim, Abdul Monir Yaacob, Ed. (1997), The Administration of Islamic Laws, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Baharuddin Che Pa, (2005), Badan Perundangan Kerajaan Islam di Malaysia,Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Farid Sufian Shuaib, Tajul Aris Ahmad Bustami, Mohd Hisham Mohd Kamal, Administration of Islamic Law, Text and Material, (2010), 2nd Edition,LexisNexis, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Farid Sufian Shuaib,(2003), Power and Jurisdiction of Syariah Courts in Malaysia, LexisNexis,

Haji Mohd. Saleh Haji Ismail, Risalah Ahkam, (2005), Intel Multimedia and Publication, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Kompilasi Arahan Amalan Mahkamah Syariah Tahun 2000-2005, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Perlembagaan Malaysia, (2011), International Law Book Services, Damansara, Malaysia

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Perlembagaan Persekutuan, (2011), International Law Book Services, Petaling Jaya , Selangor, Malaysia

141

Page 143: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Mahmood Zuhdi Ab Majid, (2007), Pengantar Undang-Undang Islam di Malaysia, Edisi Ke-3, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Mahmood Zuhdi Majid, (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nasimah Hussin, et. al., Undang-Undang Islam, Jenayah , Keterangan dan Prosedur, (2007) Jilid !3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Othman Haji Ishak, Fatwa dalam Perundangan Islam. (1981) ,Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Ordinan Undang-undang Keluarga Islam, Sarawak (Bab 43, 2001); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) (No.12/2002).

Tajul Aris et. al, Ed. (2005), Kaedah Perundangan Bidang Kuasa dan Tatacara Mahkamah Syariah, , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Wan Arfah Hamzah, Ramy Bulan, An Introduction to The Malaysian Legal System, (2003), Oxford Fajar Sdn Bhd., Shah Alam, Selangor , Malaysia

Jurnal Dan Artikel

Abdul Monir Yaacob, (2009), Perlaksanaan Perundangan Islam Di Malaysia:Satu Penilaian, Jurnal Fiqh, No. 6(2009) 1-20, Akademi PengajianIslam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Ahilemah Joned, (1988), Keupayaan dan Hak Wanita Islam untukBerkahwin: Indah Khabar daripada Rupa, Makalah Undang-undangmenghormati Ahmad Ibrahim. KL. DBP, 1988, h.1-41, dll.

Ahmad Mohamed Ibrahim, (1989), The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution, 2 M.L.J. xvii.

Ahmad Ibrahim, (1993) The Influence of Islam on Law in Malaysia,Seminar on the Role and Influence of Religions in Society(13-16 September 1993: Kuala Lumpur). BL60 SRIRS

142

Page 144: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Farid Sufian Shuib, (2008) ,Strengthening Administrative Institutionsof Islamic Law in Malaysia, Syariah Journal, Vol. 16, SpecialEdition 443-464

Siti Shamsiah bt. Mohd. Supi (2003), Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas, Institut Kefahaman Islam, Kuala Lumpur

Suwaid Tapah, (2004), Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, RealitiDan Cabaran, , Kertas Seminar Hukum Islam di Malaysia, Syara’ &Fiqh Online, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra,Kelantan, Malaysia

Suwaid Tapah,(1996) Pemelukan Islam: Perbincangan daripada Perspektif Undang-undang di Malaysia, 4 Jurnal Syariah (1), h.107-123

Zainal Rijal Abu Bakar, Peranan Memartabatkan Mahkamah Syariah, UtusanOnline (17/11/2011)

Zaleha Kamaruddin, (2011), Memacu Transformasi Perundangan Islam Di Malaysia, Jurnal Hukum, Bil.32 Bhg.1, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Kuala Lumpur

Sumber Electronik

Berita Semasa Staf, (September 6, 2010), Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil di Malaysia Berita Semasa.com 

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, (2013), Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, 22/3/13 , www.tayibah.com

Projakim, (2010), Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan SivilKali ke 20 yang diurusetiakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang, JabatanKemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diadakan pada 14 hingga 15 Mei 2020 di PusatKonvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). JAKIM, www.islam.gov.my

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (2013), PersidanganJawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil dengan Penasihat Undang-

143

Page 145: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Undang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri Kali Kelima ,22/3/13,JKSNPP, www.jksnpp.gov.my

Portal JAKIM, (Nov. 2013)

Syed Mu'az Syed Putra, PGSM Blog, Peguam Syrie Menulis,(21/7/2010), Syariah lawyers want heavier penalties for Islamic offences.

Tuan Musa Awang, (2010/05/19), Berita Harian Online

Kes Mahkamah

MLJ 275, (1971)1, Kes Myriam v Ariff

FMSLR 128, (1927) 6, Kes Ramah lwn Laton – Mah. Rayuan Negeri Melayu Bersekutu

MLJ 793(1992)2, Kes Mohamed Habibullah v Faridah dan MLJ 681 (1998)1 Kes

Md.Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

News Media

Sinar Harian, (24/8/2012), PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia

Malasiakini, (24/9/2011), Pas Pusat akui sukar laksana hudud sekarang

Catatan Temubual

Temubual dengan YAA Dato’ Hj. Ab.Rahman Yunus ( Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, 20 Julai 2012), Di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang, Kuantan , Pahang.

Temubual dengan YAA Dato’ Hj. Muhammad Bin Abdullah (Ketua HakimSyarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2012), di Mahkamah Tinggi Syariah WP Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

144

Page 146: HALATUJU MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG 2

Temubual dengan YA Tuan Hj Ab. Malik (Hakim Syarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , 2012), Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

145