183Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Bab 6: Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
“Ekonomi hijau bukan lagi satu khayalan. Hari ini, Kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas untuk memastikan masa hadapan tenaga kita adalah hijau, mampan dan pelbagai di mana Malaysia dapat menggunakan tenaga dengan cara yang paling berkesan. Dengan memastikan keberkesanan teknologi dalam kehidupan seharian kita (yang dijangka membawa kepada penjimatan sebanyak RM14 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar pada tahun 2020), di samping meneroka punca tenaga alternatif baru seperti nuklear, solar dan kuasa hidroelektrik, kita boleh bekerja bersama-sama untuk memelihara persekitaran dan mencergaskan ekonomi Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020”
YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
“Minyak, gas dan tenaga kini adalah pendorong utama untuk ekonomi yang moden. Di bawah pentadbiran PETRONAS, industri minyak dan gas tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, setelah berdekad pengeluaran minyak dan gas, sumber dalam negara akan berkurangan. Untuk bersiap sedia menghadapi keadaan ini, kita akan memperkukuhkan aktiviti bernilai yang lain dalam rantaian nilai minyak dan gas dan memastikan bahawa kami mempunyai platform tenaga yang mampan. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan membangunkan Malaysia untuk menjadi peneraju perkhidmatan minyak dan gas di Asia, membangunkan peranan Malaysia sebagai pusat penyimpanan, logistik dan perdagangan. Kami juga akan mengimpot LNG untuk memenuhi permintaan gas dan menarik minat industri berasaskan gas yang baharu. Pada masa yang sama, untuk menjana masa depan kami, kami akan memastikan bahawa Malaysia akan membangunkan tenaga yang efisyen, dipelbagaikan dan mampan.”
YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
engeluaran minyak dan gas telah menjadi teras pertumbuhan Malaysia sejak minyak mula-mula
digerudi di Sarawak pada tahun 1910. Penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 menyediakan
pemangkin penting pada pembangunan sumber minyak dan gas di Malaysia. Penggunaan elektrik
juga turut meningkat sehingga 110 jam gigawatt, meletakkan Malaysia setanding dengan Thailand dari
segi pengguna elektrik per kapita, didorong oleh peningkatan kemewahan dan pengindustrian negara.
Gabungan sektor minyak, gas dan tenaga ini mewakili RM127 bilion atau 19% Keluaran dalam Negara
Kasar (KDNK) pada tahun 2009, seperti ditunjukkan dalam Carta 6-1.
P
184 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-1
DEFINISI NKEA MINYAK, GAS DAN TENAGA
Industri minyak dan gas biasanya dibahagikan kepada aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran. Aktiviti
huluan meliputi cari gali, pembangunan dan pengeluaran sumber minyak dan gas. Aktiviti pertengahan dan
hiliran pula terdiri daripada pengangkutan minyak dan gas, ke penapisan dan pemprosesan sehingga ke
pemasaran dan perdagangan produk akhir. Sektor tenaga pula melibatkan penjanaan kuasa, penghantaran
dan pengedaran.
Dari segi saiz, aktiviti huluan petroleum dan gas mewakili RM87 bilion atau 13% daripada KDNK dan
aktiviti hiliran termasuk industri petrokimia menyumbang RM24 bilion atau 1.8% daripada KDNK.
Manakala, baki RM16 bilion datangnya dari sektor tenaga.
Ketersediaan sumber hidrokarbon domestik mendorong Malaysia untuk membangunkan sektor minyak
dan gasnya. Syarikat minyak nasional PETRONAS memainkan peranan utama dalam menggalakkan
pertumbuhan industri melalui pembangunan sumber minyak dan gas selain mewujudkan peluang bagi
syarikat tempatan untuk membina kapasiti dan kemampuan mereka di sepanjang rantaian nilai. Unit
Pengurusan Petroleum PETRONAS mengawal aktiviti hiliran sementara anak syarikat PETRONAS,
Petronas Carigali, menyertai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan kontraktor PSC lain seperti
Shell, ExxonMobil, Murphy Oil, Talisman, Petrofac, Newfield dan lain-lain.
Minyak, gas dan tenaga telah memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia
SUMBER: Akaun Nasional Tahunan, 2000-9, Jabatan Statistik, Malaysia
1 Termasuk minyak mentah, produk petroleum bertapis dan pengeluaran gas asli
RM juta, peratus
Minyak, gas dan tenaga1
2009
679,687
2008
740,907
2000
100% = 345,401
Pendorong utama sektorPengeluaran dan harga minyak dan gasPertumbuhan sampingan nilai tambah hiliran
All
..
84 78 81
16 22 19
Keluaran dalam negara kasar
185Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Segmen pertengahan terdiri daripada talian paip, pengangkutan dan aset logistik lain yang kebanyakannya
dikawal oleh PETRONAS dan syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia. Segmen ini menyumbang
purata RM3.2 bilion setahun.
Di segmen hiliran, dua zon utama petrokimia bersepadu telah ditubuhkan di Kerteh, Terengganu dan
Gebeng, Pahang. Zon industri ini telah menarik pelaburan asing terutamanya dari Amerika Syarikat,
Jerman dan Jepun (contohnya, Dow Chemical, BASF and Idemitsu) yang melengkapi pelaburan daripada
PETRONAS. Pelaburan ini termasuk pengeluaran bahan petrokimia seperti polipropilena, asetil, dan lain-
lain bahan. Terdapat juga kilang penapisan yang dikendalikan oleh PETRONAS (di Kerteh, Terengganu dan
Sungai Udang, Melaka), Shell dan ExxonMobil (kedua-duanya di Port Dickson, Negeri Sembilan).
Industri perkhidmatan dan peralatan telaga minyak (OFSE) di Malaysia, yang menyokong terutamanya
kegiatan huluan, menyumbang RM1 hingga 2 bilion kepada KDNK ketika ini. Termasuk dalam sektor ini
adalah perkhidmatan gerudi darat, perkhidmatan gerudi luar pesisir, perkhidmatan geofizik, kejuruteraan
dan pembinaan (E&C), pemasangan dan pembuatan peralatan, fabrikasi dan pemasangan struktur luar
pesisir serta pengendalian dan penyelenggaraan (O&M). Sementara sebahagian besar pemain antarabangsa
yang terkemuka dalam OFSE, seperti Schlumberger, Baker Hughes dan Technip, sudah pun berada di
Malaysia, PETRONAS telah menyokong pembangunan syarikat tempatan seperti Scomi, SapuraCrest,
Kencana, Petra Perdana dan Wasco.
NKEA minyak, gas dan tenaga juga meliputi penjanaan elektrik, penghantaran dan pengedaran. Pada
tahun 2009, tenaga menyumbang purata RM16 bilion kepada KDNK. Industri ini ditadbirkan oleh
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga.
Elektrik dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan beberapa pengeluar kuasa bebas besar yang
lain (IPP). Kuasa di Semenanjung Malaysia sebahagian besarnya dikuasakan oleh gas asli dan batu arang,
yang menyumbangkan 95% daripada pengeluaran kuasa pada tahun 2009. Hidroelektrik atau hidrokuasa
pula membekalkan 6.5% daripada penjanaan kuasa pada tahun 2009. Jumlah kapasiti penjanaan kuasa
yang disambungkan ke Grid Kebangsaan Semenanjung Malaysia adalah 24 gigawatt, dengan permintaan
maksimum sekitar 17 gigawatt direkodkan pada tahun 2010.
PENILAIAN PASARAN
Pengeluaran Minyak dan Gas
Pengeluaran minyak dan gas global telah tumbuh pada kadar purata 1.5% setahun dalam dekad yang lepas.
Ini didorong oleh permintaan tinggi dari negara-negara OECD dan permintaan yang pantas meningkat dari
negara-negara membangun, terutamanya China dan India. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, prospek
pertumbuhan global untuk tahun 2010 hingga 2020 menunjukkan permintaan untuk kedua-dua minyak
dan gas akan beralih ke arah ekonomi yang sedang membangun pada dekad ini. Semasa dasar “hijau” dan
nyah-pengkarbonan sedang berlaku, khususnya di negara maju, sebarang kesan pada permintaan minyak
dan gas dijangka tidak begitu ketara hingga akhir dekad ini. Permintaan untuk gas terutamanya, mungkin
akan mendapat manfaat dalam waktu terdekat, kerana bekalan gas asli yang tersedia serta hijau berbanding
bahan api fosil yang lain.
186 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Kapasiti pengeluaran minyak dan gas global melonjak sebelum permintaan sebenar semasa krisis kewangan
pada tahun 2008 dan 2009. Ini menyebabkan penurunan harga minyak yang sementara tetapi ketara
dan pergolakan berterusan dalam pasaran gas global. Ketidakstabilan yang sedang berlaku di pasaran
gas semakin meruncing dengan penambahan ketara pengeluaran domestik gas syal di Amerika Syarikat.
Keseimbangan yang lebih ketat antara pengeluaran dan permintaan dijangka berlaku pada kedua-dua
minyak dan gas pada pertengahan dekad ini, apabila pertumbuhan permintaan menyaingi infrastruktur
pengeluaran.
Dalam dekad yang lepas, pertumbuhan di sektor huluan di Malaysia lebih didorong oleh kenaikan harga
minyak dan gas dan bukannya oleh kenaikan pengeluaran. Perluasan operasi PETRONAS di peringkat
antarabangsa juga memberikan sumbangan terhadap Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia.
Pengeluaran minyak Malaysia mencapai kemuncak pada pertengahan tahun 1990an dengan purata
600,000 tong sehari, seperti yang ditunjukkan dalam Carta 6-2 di bawah ini. Ini disebabkan oleh
pematangan biasa lembangan pelantar tradisional yang bermakna sebahagian besar kawasan yang menarik
dari segi ekonomi, mungkin telah ditemui dan dibangunkan, dan penemuan baru berkemungkinan lebih
kecil dan lebih mencabar secara teknikal daripada yang telah dibangunkan sebelum ini.
Carta 6-2
Cabaran sukar dilalui bagi mengekalkan pengeluaran sejak tahun 1990
SUMBER: PETRONAS
kbd
86 06 80
800
700
600
500
400
300
200
100
0 04 94 200892 02 2000 76 78 1974 98 84 96 88 82 90
7.8% -0.7% -0.8% 21%
CAGR
Pengeluaran Minyak Malaysia 1974-2008
187Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Pengeluaran minyak dan gas domestik besar kemungkinan tidak akan tumbuh melampaui tahap ketika ini
di masa hadapan, kerana penemuan minyak dan gas daripada lembangan matang adalah lebih kecil (secara
purata) berbanding di masa lalu. Peningkatan aktiviti cari gali belum lagi dapat membalikkan penurunan
pengeluaran dalam negeri yang pasti berlaku. Carta 6-3 menunjukkan bahawa walaupun jumlah telaga cari
gali yang digerudi kekal stabil, saiz sumber yang ditemui semakin mengecil.
Carta 6-3
Tanpa usaha ketara dibuat di bahagian cari gali, pembangunan dan pengeluaran huluan, kita menjangkakan
pengeluaran minyak dan gas di Malaysia berkemungkinan akan menurun secara purata antara 1 hingga 2%
setahun pada dekad akan datang.
Walaupun asas sumber minyak dan gas menurun, masih ada potensi yang besar dalam medan minyak
matang, kecil dan lebih kompleks secara teknikal. Pertumbuhan di masa hadapan mungkin boleh didapati
daripada inisiatif seperti perolehan minyak yang dipertingkatkan, pendekatan inovatif untuk pembangunan
medan minyak kecil, ataupun menerusi peningkatan aktiviti cari gali untuk menemukan minyak dan gas
dengan lebih pantas.
Perkhidmatan Telaga Minyak
Pasaran Asia untuk perkhidmatan telaga minyak meningkat sekitar 20% setahun pada dekad yang lepas,
didorong terutamanya oleh peralihan ke telaga yang lebih mencabar secara teknikal, misalnya laut dalam
dan kenaikan harga minyak, yang telah meningkatkan margin industri. Prospek sektor ini masih kelihatan
cerah, didorong oleh prospek optimis dalam kegiatan cari gali luar pesisir di Asia Tenggara, perkembangan
gas yang rancak di Asia dan peningkatan tinggi gas asli cair (LNG) di Australia.
Pasaran untuk OFSE di rantau ini agak terbahagi, kerana sebahagian besar pemain telah memulakan
operasi di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Ini berbeza daripada Eropah dan Amerika, di
mana aktiviti OFSE tertumpu di pusat-pusat seperti Aberdeen, Stavanger dan Houston. Ini membuka
Walaupun aktiviti cari gali ditingkatkan, tambahan sumber semakin mengecil
SUMBER: PETRONAS
Bilangan telaga digerudi Jumah sumber minyak dan gas ditambah
Bilangan telaga/5 tahun Mmboe/5 tahun
99-0394-9879-83 04-0884-881974-78 89-9399-0394-9879-83 04-0884-881974-78 89-93
40
78
25
120
45
62
140 1,580
1,380
250
780680
1,200
1,050
188 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
peluang kepada Malaysia kerana sebahagian besar telaga luar pesisir Malaysia yang mengeluarkan hasil
adalah lebih matang berbanding dengan jiran Asia Tenggara kita (contohnya, Indonesia, Thailand dan
Vietnam). Ini bermakna terdapat peluang yang besar untuk pemeliharaan dan penggantian aset, di samping
pembangunan telaga baru, yang akan terus mendorong pertumbuhan subsektor ini.
Minyak Pertengahan dan Hiliran
Pasaran serantau logistik pertengahan (minyak dan produk penyimpanan minyak) juga menawarkan
prospek pertumbuhan yang positif disebabkan oleh peningkatan penggunaan minyak mentah di rantau
Asia yang dijangka berkembang sebanyak 420 ribu tong sehari setiap tahun dari 2010 sehingga 2015.
Peningkatan aliran hidrokarbon di rantau ini akan memerlukan kapasiti penyimpanan tambahan (untuk
pemunggahan, jualan dan pemasaran serta tujuan perdagangan). Pada masa yang sama,hab perdagangan
serantau sedia ada, Singapura, telah menghampiri penggunaan sepenuhnya.
Pemprosesan hiliran (petrokimia dan penapisan) dan industri pemasaran juga mungkin menunjukkan
sekurang-kurangnya tahap pertumbuhan sederhana. Kesempatan untuk memperluaskan kompleks
petrokimia besar yang telah dibina di Malaysia akan bergantung pada baki pengeluaran dan permintaan
serantau serta peluang untuk memperkenalkan inovasi proses dan produk. Begitu juga kadar
pengembangan kilang penapisan yang berpotensi akan didorong oleh baki pengeluaran-permintaan
serantau.
Gas Asli Pertengahan dan Hiliran
Pasaran gas domestik Malaysia memiliki prospek pertumbuhan yang positif: pertumbuhan ekonomi akan
meningkatkan isi padu gas yang diperlukan oleh pelanggan sedia ada, dan harga gas yang lebih rendah
berbanding bahan api seperti diesel dan gas petroleum cair (LPG) akan menarik pelanggan untuk bertukar
ke gas asli. Pengurangan sumber gas di Semenanjung Malaysia dan kos penghantaran gas yang tinggi dari
Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia melalui talian paip membataskan ketersediaan gas untuk
memenuhi pertumbuhan permintaan ini. Import gas asli cecair (LNG) daripada pasaran antarabangsa ke
Semenanjung Malaysia dapat menyediakan bekalan tambahan kepada permintaan ini, dengan syarat gas
tersebut dijual di Semenanjung Malaysia pada harga pasaran yang bebas dan tidak dikawal.
Tenaga
Malaysia akan memerlukan lebih banyak tenaga seiring pertumbuhan ekonomi kita: kapasiti penjanaan
baru sebanyak 6 gigawatt dijangka diperlukan pada tahun 2020 untuk menyediakan tenaga bagi perniagaan
dan pertumbuhan penduduk. Ini mewakili peningkatan sebanyak 25% melebihi kapasiti yang dibina pada
tahun 2009.
Sektor kuasa menghadapi cabaran besar kerana penurunan pengeluaran gas akan memberikan impak pada
industri penjanaan kuasa. Ketika ini, 58% daripada penjanaan kuasa di Semenanjung Malaysia adalah
berasaskan gas asli, dengan selebihnya diperoleh daripada batu arang (37%) dan hidro (5%). Namun,
pengeluaran gas di Semenanjung Malaysia dijangka menurun seperti yang ditunjukkan dalam Carta 6-4.
189Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-4
Selain itu, dengan pertumbuhan penggunaan tenaga akhir-akhir ini, Malaysia telah mengalami peningkatan
yang tinggi dalam tahap pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas atau GHG), berbanding negara
membangun lain (Carta 6-5). Oleh itu, sumber tenaga alternatif seperti nuklear, kuasa dan solar akan
menjadi lebih menarik di masa depan, selaras dengan usaha Malaysia untuk mengurangkan pengeluaran
karbon.
Jangkaan pengeluaran gas Malaysia 2010-25
Berdasarkan projek yang telah dimulakan, pengeluaran gas Malaysia dijangkamerosot bermula sekitar tahun 2010
SUMBER: WoodMac
6.1 6.1 5.8 5.7 5.6 5.4 5.3
5.1 4.7
4.3 3.9
3.5
2.9
2.0 1.7
1.5
Bscfd
2010 11 12 1814 171513 16 19 20 21 22 23 24 2025
190 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
SASARAN DAN INSPIRASI
NKEA Minyak, Gas dan Tenaga menyasarkan pertumbuhan tahunan 5% untuk sektor ini pada dekad 2010
hingga 2020. Ini adalah sasaran yang tinggi, apabila diambil kira senario penurunan 2% dalam pengeluaran
minyak dan gas. Sasaran ini boleh diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak RM131.4 bilion dalam
tempoh dari 2010 sehingga 2020. Selain pertumbuhan ekonomi pada dekad ini, sektor gas, minyak dan
tenaga juga bertanggungjawab membina platform tenaga mampan untuk rakyat dan perniagaan, dalam
dekad ini hingga ke masa depan.
12 EPP, Peluang Perniagaan dan Pertumbuhan Minimum untuk Memberikan Impak PNK bernilai RM131.4 bilion
Kami telah mengenal pasti 12 EPP serta dua peluang perniagaan dalam sektor minyak, gas dan tenaga. EPP
ini akan menyumbang RM47.1 bilion kepada PNK untuk memenuhi sasaran 2020. Tambahan, RM61.2
bilion lagi akan diperoleh daripada peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum. Dengan itu, NKEA
dijangka dapat memberikan impak PNK sebanyak RM131.4 bilion dan mewujudkan tambahan 52,300
pekerjaan dalam sektor minyak, gas dan tenaga (Carta 6-6). Sebahagian besar daripada pekerjaan ini
adalah pekerjaan berkemahiran tinggi, dengan anggaran 21,000 (40%) untuk profesional berkelayakan
seperti jurutera dan ahli geologi, yang akan menerima gaji bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000.
Tambahan PNK ini termasuk PNK berjumlah RM23.1 bilion daripada kesan penggandaan yang diwujudkan
oleh EPP daripada sektor lain. Punca terbesar kesan penggandaan pada NKEA Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-5
Kadar pertumbahan pelepasan CO2 pelepasan dari 1990-2004 (% pertumbuhan dalam MT CO2 dilepaskan sepanjangtempoh masa yang disukat)
Malaysia ialah salah satu negara dunia yang pantas berkembang dari segi pelepasan karbon
Kaza
khst
an
1
Jerm
an
Ne
the
rlan
ds
Un
ited
Kin
gd
om
Ara
b S
au
di
Am
erik
a S
yarik
at
Afr
ika
Se
lata
n
Ve
ne
zue
la
Ind
on
esia
Ma
lays
ia
SUMBER: Laporan Pembangunan Manusia 2007-2008 dengan fokus pada “Melawan Pertukaran Iklim”
1 Data pertumbuhan merujuk pada tempoh 1992-2004 (dan bukan tempoh 1990–2004)
Ukr
ain
e1
Ru
ssia
1
Pola
nd
Pera
nc
is
Me
xic
o
Itali
Au
stra
lia
Jep
un
Kan
ad
a
Turk
ey
Sep
an
yol
Bra
zil
Kore
a
Ind
ia
Iran
Ch
ina
Me
sir
Alg
eria
UA
E
Tha
ilan
d
221
180 173
152
110 10999 97 93
7758 56 55 54 47
32 25 21 17 17 156 3 1 1
-12 -18 -23 -23
-45
191Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
adalah NKEA Minyak Sawit, Pelancongan serta Elektrik dan Elektronik. Sebagai contoh, peningkatan
penggunaan tenaga adalah hasil daripada penambahan pelancong ke Malaysia.
Untuk mencapai sasaran ini, Kerajaan dan industri minyak, gas, dan tenaga akan menumpukan pada empat
pendorong: pelestarian pengeluaran minyak dan gas, meningkatkan pertumbuhan di hiliran, menjadikan
Malaysia hab nombor satu Asia untuk perkhidmatan telaga minyak dan membina platform tenaga mampan
untuk pertumbuhan.
Pelestarian pengeluaran minyak dan gas
Ini melibatkan pemanjangan kitaran hidup sumber sedia ada dengan mengoptimumkan aktiviti cari gali,
pembangunan dan pengeluaran. Tiga EPP telah dikenal pasti:
• EPP 1: Mencergaskan semula telaga sedia ada menerusi perolehan minyak tertingkat;
• EPP 2: Membangunkan telaga kecil melalui penyelesaian berinovasi; dan
• EPP 3: Memperhebatkan aktiviti cari gali.
Mempertingkatkan pertumbuhan di hiliran
Dorongan ini bertujuan untuk mempergunakan dua punca pertumbuhan dalam subsektor hiliran untuk
mengambil kesempatan dari peluang pertumbuhan dan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas kepada
pengguna akhir:
• EPP 4: Membangunkan pusat penyimpanan dan perdagangan minyak serantau, dan
• EPP 5: Membuka permintaan gas premium di Semenanjung Malaysia.
Menjadikan Malaysia pusat perkhidmatan telaga minyak nombor satu Asia
Dorongan ini bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab OFSE untuk Asia, memanfaatkan lokasi
strategik negara di tengah rantau Asia Pasifik yang bersempadan dengan laluan kapal antarabangsa. Tiga
EPP telah dikenal pasti:
• EPP 6: Menarik syarikat MNC untuk membawa sebahagian besar operasi global mereka ke Malaysia;
• EPP 7: Menggabungkan pembuat fabrikasi domestik; dan
• EPP 8: Membangunkan kemampuan dan keupayaan kejuruteraan, pemerolehan dan pemasangan
melalui perkongsian strategik dan usaha sama.
Membina platform tenaga mampan untuk pertumbuhan
Dorongan ini merangkumi inisiatif yang bertujuan menjamin keselamatan tenaga untuk Malaysia tatkala
negara berusaha membangun menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Ini juga melibatkan mengurangkan
pergantungan pada bahan api fosil sementara meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa kita. Empat EPP
telah dikenal pasti untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan tenaga Malaysia:
• EPP 9: Meningkatkan kecekapan tenaga;
192 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
• EPP 10: Membangunkan kapasiti tenaga solar
• EPP 11: Menggunakan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa, dan
• EPP 12: Mempergunakan potensi hidroelektrik Malaysia.
Carta 6-6
PELESTARIAN PENGELUARAN MINYAK DAN GAS
Tanpa campur tangan yang disasarkan, pengeluaran minyak dan gas domestik akan menurun sekitar
1-2% setahun dalam dekad yang akan datang. Ini bersamaan dengan kira-kira 1.44 juta tong minyak
sehari menjelang tahun 2020. Tiga EPP secara khusus menumpukan untuk menangani penurunan ini
dan melaksanakan langkah-langkah bagi mengekalkan tahap pengeluaran minyak dan gas kita ketika ini.
Pelaksanaan rancangan ini akan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripada PETRONAS,
kontraktor PSC di Malaysia, pelbagai industri yang memberikan perkhidmatan kepada sektor huluan dan
Kerajaan. Kejayaan akan bermakna purata sumbangan kepada PNK sebanyak RM23 bilion berbanding
dengan kes asas pada tahun 2020. Ini merupakan peningkatan PNK sebanyak RM8.5 bilion (melebihi
kerugian RM14 bilion yang dijangka akibat penurunan pengeluaran di bidang sedia ada jika EPP tidak
dijalankan) dengan keperluan pembiayaan tambahan sebanyak RM36.4 bilion yang melebihi anggaran
RM64.9 bilion untuk memulihkan kerugian daripada penurunan pengeluaran minyak (jumlah pelaburan
yang diperlukan adalah RM100.3 bilion). Ketiga-tiga EPP ini juga akan menghasilkan 400 pekerjaan
tambahan.
12 EPP, 7 peluang perniagaan, pertumbuhan garis dasar dan kesan penggandaanakan memberikan impak PNK tambahan sebanyak RM131.4 bilion menjelang 2020
240
130
120
110
100
90
80
706050
4030
20
100
2020PNK
241.0
2009PNK
7.4
Sumbangan PNK 2020 (RM billion)
Jumlah EPP
PeluangPerniaga-an
53.8
Pertum-buhangarisdasar
23.1
Peng-ganda
131.4
JumlahImpakPNK
109.6
47.1
Tenaga
20 3
OFSE
14 3
HiliranE&P
8.54.0
193Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
EPP 1: Mencergaskan Telaga Sedia Ada melalui Perolehan Minyak Tertingkat
Rasional
Perolehan Minyak Tertingkat (Enhanced oil recovery - EOR) merujuk pada suatu teknik yang
menggunakan tenaga luaran untuk meningkatkan perolehan minyak daripada telaga minyak matang.
Dengan menggunakan kaedah seperti suntikan gas atau bahan kimia atau pembanjiran terma, jumlah
minyak yang diperoleh daripada takungan bawah tanah dapat ditingkatkan daripada julat 20 hingga 35%
(kebiasaan industri) ke 30 hingga 50%. EOR memerlukan teknologi canggih dan usaha tertumpu beberapa
cendekiawan industri serta pelaburan modal yang besar.
Tindakan
PETRONAS mempunyai strategi serampang tiga mata untuk memastikan teknik EOR digunakan di
Malaysia bagi mengeluarkan lebih banyak minyak daripada telaga minyak negara. Pertama, PETRONAS,
di mana perlu, akan menyemak terma PSC dan/atau memperkenalkan aturan baru untuk petroleum
bagi memastikan bahawa insentif ekonomi yang tepat digunakan dalam pelaksanaan teknik EOR. Aturan
sedemikian menyediakan syarat perundangan dan kewangan untuk penerokaan dan pengeluaran minyak.
Aturan ini boleh digunakan dalam bentuk PSC, persetujuan konsesi, ataupun melalui aturan lain yang
disesuaikan menurut konteks tertentu dan keperluan pihak yang terlibat. Kedua, PETRONAS sedang
memastikan bahawa syarikat yang mempunyai kepakaran khusus EOR menyedari peluang yang ada di
Malaysia dan tertarik untuk beroperasi di sini. Ketiga, PETRONAS akan menggunakan peranannya sebagai
pengawalselia industri untuk memastikan bahawa kaedah dan teknologi yang paling inovatif disebarluaskan
dan digunakan untuk mengurangkan kos modal dan operasi.
Impak
Adalah dianggarkan bahawa pelaksanaan EOR di Malaysia akan menambah pengeluaran minyak sekitar
166,000 tong sehari pada tahun 2020 berbanding kes asas tanpa langkah EPP. Jumlah pelaburan yang
diperlukan untuk mencapai matlamat ini adalah sekitar RM68.6 bilion dan sumbangan kepada PNK
adalah RM16.6 bilion. Ini dapat menggantikan PNK yang akan hilang akibat penurunan pengeluaran jika
perolehan minyak tertingkat tidak dilaksanakan.
EPP 2: Membangunkan Telaga Kecil melalui Penyelesaian Berinovasi
Rasional
Sebahagian besar daripada baki sumber Malaysia berada di telaga yang mempunyai kurang daripada
30 juta tong minyak. Dari segi ekonomi, membangunkan telaga minyak seperti ini tidak menarik dan
mencabar. Ini kerana kos infrastruktur yang diperlukan oleh telaga tersebut sama seperti telaga yang besar,
sedangkan aliran pendapatan yang dijangkakan adalah lebih kecil kerana saiz simpanan yang lebih kecil.
Tindakan
Untuk menggunakan telaga kecil ini dengan sepenuhnya, PETRONAS akan bekerjasama dengan
industri dalam tiga perkara. Pertama, PETRONAS, di mana perlu, akan menyemak terma PSC dan/
atau memperkenalkan perjanjian petroleum baru untuk memastikan pengendali telaga minyak kecil ini
menerima insentif ekonomi yang cukup supaya mereka melabur dalam pembangunan telaga kecil. Ini
juga untuk memastikan bahawa pembangunan telaga kecil ini lebih menguntungkan berbanding kos
modal dan peluang lain yang tersedia untuk mereka di Malaysia dan luar negara. Kedua, PETRONAS akan
194 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
menarik minat pengendali E&P yang pakar dalam telaga kecil. Pengendali ini biasanya memiliki kaedah
pembangunan dan pengendalian yang disesuaikan khususnya untuk cabaran bagi jenis telaga sebegitu.
Ketiga, PETRONAS akan memudahkan kerjasama antara pemain untuk membolehkan perkongsian
kemudahan dan langkah bersinergi lain untuk meningkatkan skala ekonomi bagi pembangunan telaga kecil.
Impak
Menyesuaikan kerangka pembangunan untuk telaga kecil seperti ini akan meningkatkan pengeluaran
minyak Malaysia sekitar 55,500 tong sehari pada tahun 2020 berbanding kes asas. Jumlah pelaburan
yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini adalah sekitar RM13.3 bilion dan sumbangan kepada PNK
adalah RM5.5 bilion. Ini dapat menggantikan PNK yang akan hilang akibat penurunan pengeluaran jika
pembangunan telaga kecil tidak dilaksanakan.
EPP 3: Memperhebatkan Aktiviti Cari Gali
Rasional
Mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar Asia memerlukan
penemuan dan pembangunan baki sumber yang berhemat dan tepat pada masanya. Terdapat kemungkinan
besar bahawa terdapat sumber yang masih belum ditemui. Namun, telaga ini amat berisiko tinggi, kerana
bahagian yang mudah telah ditemui dan sudah berada pada tahap pengeluaran.
Cari gali melibatkan urutan aktiviti yang intensif modal, dan apa yang ditemui hari ini mungkin mengambil
masa beberapa tahun untuk dibangunkan. Namun, untuk menghentikan penurunan pengeluaran Malaysia,
penemuan baru dan cukup besar perlu berlaku dalam dekad ini untuk memastikan pembangunan sumber
tepat yang pada waktunya. Ini akan memerlukan lebih banyak aktiviti cari gali seperti kajian geologi dan
geofizik, kajian seismos, cari gali penggerudian telaga, di samping mempercepatkan pembangunan konsep
dan pengujian kaedah cari gali baharu.
Tindakan
Untuk memastikan bahawa pelaburan cari gali yang diperlukan berlaku, PETRONAS, di mana perlu, akan
(1) menyemak terma PSC dan/atau memperkenalkan pengaturan petroleum baru, dan (2) mengkaji semula
proses-proses yang akan mempercepatkan kerja cari gali di masa hadapan.
Impak
Impak daripada langkah ini adalah untuk melestarikan pengeluaran minyak dan gas Malaysia untuk
tempoh jangka masa panjang, dan sebarang penemuan minyak dan gas baru perlu mengeluarkan hasil pada
waktu yang tepat. Anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM18.4 bilion diperlukan untuk EPP ini menjelang
tahun 2020.
MEMPERTINGKAT PERTUMBUHAN DI HILIRAN
Dalam aktiviti hiliran, Malaysia mempunyai industri kilang penapisan yang teguh, beberapa kompleks
petrokimia yang besar dan rangkaian pelanggan gas asli yang agak luas, termasuk kilang besi, pembuat
produk logam dan kilang petrokimia. Maju ke hadapan, satu peluang utama negara adalah untuk menguasai
nilai yang terhasil daripada kesan peningkatan aliran minyak mentah, keluaran tertapis dan gas asli
antarabangsa.
195Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
EPP 4: Membangunkan Pusat Penyimpanan dan Perdagangan Minyak Serantau
Rasional
Asia dianggarkan mengguna 420,000 tong minyak mentah dan 730,000 tong produk petroleum setiap hari.
Import dan eksport produk petroleum untuk China, India dan Asia Tenggara dianggarkan akan meningkat
sebanyak 1.8 juta tong setiap hari dari 2010 sehingga 2020. Terdapat dua implikasi dari peningkatan ini.
Pertama, peningkatan permintaan yang berterusan untuk tenaga di rantau ini akan memacu keperluan
yang menambah untuk kapasiti penyimpanan minyak mentah dan produk tertapis. Kedua, peningkatan
kemasukan minyak mentah dari Afrika dan Amerika Latin akan menghasilkan tempoh transit lebih lama
yang memerlukan kapasiti penyimpanan timbal lebih besar untuk minyak mentah.
Di Asia Tenggara, Singapura secara tradisionalnya adalah pemain penting dalam penyimpanan minyak
dengan kapasiti penyimpanan bebas (kapasiti ini dimiliki oleh pengendali pihak ketiga dan dikontrakkan
kepada syarikat minyak, penapis dan pedagang) sebanyak 10 juta tong. Selain itu, Singapura telah membina
perniagaan perdagangan yang besar bernilai lebih daripada RM1 trilion dalam perdagangan minyak fizikal
dan RM2 trilion dalam perdagangan derivatif (2007). Dalam tiga tahun terakhir ini, Singapura telah
mengembangkan kapasiti penyimpanan bebas kepada dua kali ganda dengan siapnya terminal Universal
dan Helios yang kini beroperasi pada tahap kapasiti.
Tindakan
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk membina kapasiti penyimpanan minyak di Malaysia. Dengan
(1) lokasi pelabuhan di laluan utama perkapalan minyak mentah dan keluaran tertapis; (2) berhampiran
dengan Singapura; (3) ketersediaan tanah; dan (4) kebolehcapaian marin laut dalam, Malaysia berada di
kedudukan terbaik untuk melengkapi Singapura dalam industri ini. Malaysia dan Singapura bersama-sama
dapat membentuk sebuah pusat seperti Amsterdam-Rotterdam-Antwerp (ARA). Bandar-bandar ARA saling
melengkapi antara satu sama lain dari segi kapasiti penapisan eksport, penyimpanan bebas dan kapasiti
adunan serta akses ke pasaran (Carta 6-7).
196 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-7
Daripada perspektif industri, ada empat pemacu perniagaan untuk membina hab penyimpanan dan
perdagangan minyak di Malaysia. (1) Pemisahan kargo minyak mentah dan bahan api besar daripada luar
rantau diperlukan dalam penghantaran kargo lebih kecil di rantau ini; (2) pengeluaran minyak mentah
daripada pengeluar serantau perlu dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dibekalkan kepada kepada
penapis serantau; (3) hasil keluaran kilang penapis perlu diadunkan untuk memenuhi pelbagai spesifikasi
produk di rantau ini; (4) terdapat peluang arbitraj yang boleh dimanfaatkan dengan simpanan fizikal,
contohnya, melindungi nilai harga hadapan melalui simpanan.
Untuk mewujudkan hab penyimpanan dan perdagangan minyak serantau, Jabatan Logistik MIDA akan
mengetuai usaha mendorong pelaburan swasta dalam sektor ini. Rancangan pelaksanaan termasuk
membangunkan penyelesaian bagi menangani masalah utama yang dihadapi pelabur dan mengikuti
perkembangan projek yang dikenal pasti. Pembangunan penyelesaian melibatkan perbincangan dengan
ahli utama industri mengenai isu seperti permit, skim insentif dan pemasaran Malaysia sebagai pusat
penyimpanan minyak.
Sebuah projek perintis untuk membina sebuah terminal penyimpanan minyak laut dalam bebas di
Pengerang telah dimulakan oleh satu kerjasama awam-swasta antara Kerajaan Negeri Johor, VOPAK dan
DIALOG. Perancangan terperinci projek telah pun selesai, dan keputusan pelaburan akhir menunggu hasil
daripada skim insentif dan proses kelulusan oleh beberapa agensi Kerajaan.
Impak
Terminal penyimpanan minyak laut dalam bebas Pengerang akan menjana PNK bernilai RM1.6 bilion
menjelang 2020 melalui tiga aliran. Pertama, pemain logistik bebas akan mengenakan bayaran simpanan,
menghasilkan kira-kira RM0.5 bilion PNK tambahan. Kedua, ketersediaan penyimpanan akan mendorong
Malaysia boleh melengkapi Singapura dan mewujudkan satu lagi Amsterdam-Rotterdam-Antwerp (ARA)
SOURCE: Pangkalan data Kapasiti Penapisan Global McKinsey; PFC Energy; Petroleum Economist; FACTS
1 Kilang penapisan Amsterdam hanya menghasilkan asfalt. Rotterdam termasuk Koch 84 kbpd pemisah peluwap
Amsterdam-Rotterdam- Antwerp (ARA)
Singapura-Malaysia
Kapasitipenapisaneksport
Rotterdam: 1,300 kbpdAntwerp: 770 kbpd Amsterdam: kapasiti penapisan; kecil sahaja1
Singapura: 1,300 kbpd Malaysia: 560 kbpd (walapun iabukanlah pengimport bersih gasolin)
Kapasitpenyimpanandan adunanbebas
Rotterdam: 28 million m3 Kapasiti untuk Antwerp dan Amsterdam;tidak didapati
Singapura : 10 million m3 dengan pengehadandalam peluasan akan datang keranakekurangan tanah pinggir lautMalaysia: Kapasiti penyimpanan bebas;kecil sahaja
Akses kepasaran
Amsterdam ialah pusat perdagangan eksportgasolin; ia mengimport produk terutamanyadari Eropah dan Afrika Utara untuk diadundan memenuhi spesifikasi AS
Singapura ialah pusat global untukperdagangan minyak bahan api
Faktor utamakejayaan
197Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
penghantaran tambahan, menghasilkan RM0.3 bilion PNK tambahan. Akhir sekali, perdagangan
minyak mentah dan produk petroleum akan menghasilkan tambahan RM0.8 bilion PNK. Terminal yang
dicadangkan ini memerlukan pelaburan swasta sebanyak RM4.8 bilion. Ia akan mempunyai jumlah kapasiti
simpanan sebanyak 5 juta meter padu dan akan mewujudkan 800 pekerjaan baru tidak termasuk sebarang
pekerjaan dari sektor sampingan lain.
EPP 5: Membuka Permintaan Gas Premium di Semenanjung Malaysia
Rasional
Di Semenanjung Malaysia, kekurangan bekalan gas, akibat pengeluaran gas tempatan yang merosot,
telah membawa kepada pelaburan tambahan yang terhad, contohnya industri pembuatan kaca dan
plastik dan pengeluar wafer semikonduktor, Ini juga menghalang pengguna diesel industri dan LPG pada
masa ini untuk bertukar ke gas asli yang lebih kompetitif harganya. Dari segi ekonomi, penggunaan LNG
yang diimport hanya boleh dilaksanakan jika gas tersebut dijual pada harga yang tidak ditetapkan, tidak
disubsidikan dan didorong oleh pasaran. Tanpa campur tangan permintaan gas terpendam berkualiti tinggi
akan melebihi 500 juta kaki padu standard setiap hari (mmsctd) menjelang 2020.; 270 mmscfd daripada
syarikat yang tidak melabur di Malaysia sebelum ini kerana kekurangan ketersediaan gas dan 260 mmscfd
daripada pengguna industri yang pada masa ini menggunakan diesel yang mahal tetapi boleh bertukar ke
gas asli yang lebih kompetitif jika ia tersedia buat mereka (Carta 6-8).
Carta 6-8
Permintaan dan pengeluaran gas Semenanjung Malaysia
SOURCE: FACTS Global Energy
Sekitar 500 mmscfd permintaan gas nilai tinggi pendam di Semenanjung Malaysiaboleh dipenuhi dengan LNG import
1 Termasuk JDA dan Indonesia2 Pertumbuhan berdasarkan penggunaan gas pada tahun 2001-2010 daripada kuasa pada 1.5%3 Kadar pertumbuhan 6% diandaikan pada isi padu pada tahun 2010 berdasarkan sejarah pertumbuhanan KDKN. Pada tahun 2010, permintaan daripada industri baru dan penukaran bahan api ialah masing-masing berjumlah 150 dan 180
Tumpuan Makmal NKEA OGE
bcf/hari
3
0
1
Industri baru
2
Penukaranbahan api
Penggunaan2
Pengeluaran gas domestik1
2025 20 15 2010
A
B
C
Pengeluaran gas serantautidak dapat memenuhipenggunaan tambahan
A
Kira-kira 260 mmscfd3 setara dieseldigunakan sebagai bahan api industripada tahun 2020; beralih kepadagas asli pada harga bebas, tanpasubsidi lebih menjimatkan (andaikan50% faktor peralihan)
B
Kira-kira 700 mmscfd defisitpengeluaran-permintaan padatahun 2020
C
Kira-kira 270 mmscfd3 dalam aktivitibelum menjadi kenyataan padatahun 2020 (kaca, plastik, dsb.)kerana ketiadaan gas, tetapi mampumembayar harga pasaran bebas,tanpa subsidi
198 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Kekurangan bekalan gas didorong oleh kemerosotan pengeluaran gas domestik. Bekalan gas tempatan,
termasuk import dari Indonesia dan Kawasan Pembangunan Bersama dengan Thailand, dianggarkan
menurun sebanyak 12% setahun dalam dekad ini. Selain itu, kekurangan bekalan gas di rantau ini untuk
menyokong import gas berpaip tambahan ke Malaysia. Pilihan lain, iaitu mengimport gas dalam bentuk
LNG, perlu mempertimbangkan harga gas di Malaysia yang ditetapkan, yang kini adalah jauh di bawah
harga import jangkaan didorong oleh pasaran untuk LNG.
Tindakan
Bagi membuka permintaan gas terpendam ini, sebuah terminal penggasan semula LNG akan dibina untuk
merawat LNG import. Untuk menjadikan import tersebut boleh dilaksanakan dari segi ekonomi, gas itu
akan dijual pada harga yang tidak disubsidi dan ditetapkan.
Penghantaran gas hujung-ke-hujung bagi gas yang diimport termasuklah mencari atau membeli LNG,
penghantaran gas LNG ke Malaysia menggunakan kapal khusus, pembinaan dan pengendalian terminal
penggasan semula, pemasaran dan jualan serta pengedaran ke pengguna akhir. Untuk fasa pertama, yang
akan dibina menjelang 2013, kapasiti sebanyak 3.5 juta tan LNG setahun telah dirancangkan (kapasiti
sebenar, kos dan masa projek akan ditentukan oleh PETRONAS). PETRONAS akan melaksanakan semua
elemen dalam penghantaran gas hujung-ke-hujung termasuk sebahagian daripada pemasaran gas yang
diimport ini. MIDA juga akan terlibat dalam pemasaran gas ke pelanggan baru yang lebih besar (lebih
daripada 2 juta kaki padu sehari) dengan sokongan PETRONAS dan Gas Malaysia untuk pelanggan kecil.
Tindakan yang diperlukan daripada pelbagai organisasi telah diringkaskan dalam Carta 6-9.
Carta 6-9
Walaupun PETRONAS dan MIDA akan memacu EPP ini, tindakan daripada beberapaorganisasi diperlukan
Kerajaannegeriberkenaan
Meluluskanakses tanah
MIDA
Memasarkansumber barugas importkepada industribaru
Unit PerancangEkonomi
Meluluskan jualangas diimport(daripada LNG)pada hargabebas tanpasubsidi
Suruhanjaya Tenaga
Memegangperananpengawal selia
KementerianPengang-kutan
Meluluskanpermohonanuntuk lesen jeti
KementerianPersekitaran
MeluluskanPenilaian ImpakPersekitaranterperinci
Tindakan diperlukan Tindakan diperlukan
SUMBER: Makmal NKEA OGE
199Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Untuk fasa import gas selanjutnya, iaitu melebihi maklumat yang dikemukakan di sini, akses terbuka untuk
pelbagai elemen penghantaran gas hujung-ke-hujung ini akan dikaji oleh PETRONAS.
Pemboleh
Pemboleh utama EPP ini ialah meningkatkan tadbir urus pasaran gas, terutamanya menerusi (1)
pembangunan kod rangkaian gas (syarat dan terma yang mentadbir pasaran gas) dan (2) melantik
pengawalselia yang bebas sepenuhnya. PETRONAS akan membangunkan kod rangkaian gas dengan
bantuan Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebelum akhir tahun 2010. Untuk memisahkan peranan pemain
dan pengawalselia, Suruhanjaya Tenaga Malaysia seharusnya memegang peranan sebagai pengawalselia
tersebut dan mempunyai kemampuan sewajarnya, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memulakan
fasa pertama penerimaan LNG.
Impak
Membuka permintaan gas ini akan memberikan anggaran impak PNK bernilai RM10.6 bilion, di mana
RM2.4 bilion akan diperoleh daripada NKEA Minyak, Gas dan Tenaga. Ia juga akan mewujudkan 27,000
pekerjaan baru pada tahun 2020, kebanyakannya dalam sektor lain yang melampaui sektor minyak, gas dan
tenaga. Pelaburan sebanyak RM3.9 bilion akan diperlukan untuk membiayai pembinaan elemen tetap dan
terapung terminal penggasan semula LNG. Jangkaan peningkatan PNK diringkaskan seperti berikut:
• Menyediakan gas kepada syarikat yang tidak melabur di Malaysia sebelum ini kerana kekurangan gas
akan memberikan peningkatan PNK berjumlah RM8 bilion dan akan mewujudkan 27,000 pekerjaan
baru. Namun ini tidak akan dimasukkan sebagai PNK untuk sektor minyak, gas dan tenaga;
• Bertukar daripada diesel ke gas asli akan menghasilkan sekitar RM1.9 bilion dalam penjimatan tahunan
untuk syarikat Malaysia, dan
• Mengendalikan terminal dan talian paip penghantaran akan menghasilkan tambahan RM0.6 bilion
pada PNK Malaysia.
MENJADIKAN MALAYSIA PUSAT PERKHIDMATAN TELAGA MINYAK NOMBOR SATU ASIA
Pasaran OFSE global dinilai berjumlah RM800 bilion dan telah mengalami pertumbuhan pesat sebanyak
25% setahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pertumbuhan ini didorong oleh dua faktor utama.
Pertama, harga minyak yang tinggi telah meningkatkan margin industri, sejurus itu, menjadikan perniagaan
perkhidmatan telaga minyak dan peralatan lebih berekonomi. Kedua peralihan kepada lebih banyak aktiviti
cari gali dan pengeluaran ke kawasan yang lebih kompleks dari segi geologi menghasilkan peningkatan
permintaan untuk OFSE. Kedua-dua faktor ini dijangka akan terus menggalakkan pertumbuhan dalam
industri OFSE Malaysia pada tahun-tahun akan datang.
Terdapat aktiviti OFSE yang ketara di Asia dan Timur Tengah (dianggarkan 20% daripada pasaran global),
tetapi walaupun terdapat beberapa kelompok aktiviti, tiada pusat yang jelas sepertimana halnya di tempat
lain di dunia, misalnya Aberdeen, Houston dan Stavanger. Dengan industri minyak dan gas domestik,
jarak ke telaga minyak dan kos tenaga kerja yang berdaya saing, Malaysia berada pada kedudukan yang
baik untuk menjadi pusat OFSE Asia. Selain itu, dengan meningkatkan tekanan daya saing dalam pasaran
domestik, wujud potensi bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk menjadi juara domestik pada awalnya dan
kemudian juara serantau dan menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran serantau (Carta 6-10).
200 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-10
EPP 6: Menarik Syarikat MNC untuk Membawa Sebahagian Besar Operasi Global Mereka ke Malaysia
Rasional
Matlamat kita adalah untuk menarik 10 hingga 20 buah syarikat antarabangsa utama ke dalam industri
OFSE untuk membawa sekitar 10% daripada operasi perniagaan mereka ke Malaysia. Ini bersamaan
dengan sekitar 40% daripada kegiatan serantau mereka dan menjadikan Malaysia tapak kompetitif kos
untuk kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan serta tapak strategik untuk aktiviti pemasangan di rantau
Asia-Pasifik.
Satu isu penting adalah ketiadaan badan Kerajaan sedia ada dengan pengetahuan industri dan kemahiran
yang cukup mendalam, menumpukan pada penyelarasan dan mempromosikan industri OFSE Malaysia.
Akibatnya tiada pengawasan yang nyata tentang pertumbuhan dan pembangunan industri, yang bermaksud
pertumbuhan baru-baru ini tidak begitu tersusun, secara relatif.
Tindakan
Sebuah badan Kerajaan yang dinamakan Unit Perkhidmatan Telaga Minyak (Oil Field Services Unit atau
OFSU) akan ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengawasi pertumbuhan dan pembangunan
industri. OFSU akan menjadi badan Kerajaan kekal yang terdiri daripada 20 ahli, di mana sekurang-
kurangnya 10 daripada mereka akan mempunyai pengalaman dalam industri minyak dan gas. Ia akan
beroperasi sepenuhnya dalam masa enam bulan dan akan mempunyai empat tanggungjawab utama:
• Untuk membuat cadangan tentang cara menstruktur semula industri tempatan bagi mewujudkan
persekitaran yang lebih berdaya saing dan meletakkan industri dan syarikatnya pada kedudukan yang
sesuai untuk pertumbuhan;
Matlamat kita ialah menjadikan Malaysia pusat nombor satu Asia untukperkhidmatan medan minyak
Houston
Stavanger Aberdeen
Apa yang diperlukan untuk melaksanakannya
Menarik minat syarikat OFSE antarabangsayang terkemuka untuk membawasebahagian besar operasi global merekake Malaysia
Membangunkan juara serantau- Mewajarkan pembuat fabrikasi- Mengadakan JV dengan syarikat bertaraf dunia
jumlahpekerjaanbaru 2020:
40,000+
201Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
• Untuk mengawasi industri domestik dan memastikan penyelarasan antara semua kelompok aktiviti
OFSE sedia ada, dirancang dan berpotensi;
• Untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang menarik bagi syarikat multinasional dengan
memastikan kemudahan pentadbiran serta bekerjasama dengan jabatan Kerajaan lain untuk
membangunkan sebuah rejim fiskal yang menarik; dan
• Untuk mempromosikan industri dan syarikat OFSE Malaysia kepada syarikat dan pelabur luar negara.
OFSU akan disokong dalam peranan ini oleh sebuah majlis perundingan industri (industry consultative council atau ICC) yang terdiri daripada kira-kira 10 ahli daripada persatuan utama industri. ICC akan
bertemu dengan OFSU setiap bulan dan memberi nasihat tentang keperluan industri, khususnya peraturan
domestik, pembangunan dan ketersediaan bakat, penyelidikan dan pembangunan serta insentif.
Pembiayaan
OFSU akan memerlukan pembiayaan minimum berjumlah RM5 juta setahun untuk menampung
perbelanjaan operasinya. Namun kejayaan EPP ini bergantung kepada keupayaan menarik pemain asing
untuk mendirikan operasi di Malaysia. Ini akan memerlukan jangkaan pembiayaan sebanyak RM6.8 bilion
yang terdiri daripada RM6.3 bilion dalam pelaburan swasta dan RM0.5 bilion dalam pelaburan awam.
Pelaburan swasta akan membiayai pembinaan kilang dan loji pembuatan untuk syarikat OFSE, sementara
pelaburan awam akan membiayai infrastruktur asas, contohnya membina kemudahan berlabuh khusus
untuk syarikat pemasangan dan memperbaiki jalan di kelompok aktiviti.
Impak
Asas pada keempat-empat peranan OFSU ini adalah matlamat untuk menarik 10 hingga 20 buah syarikat
antarabangsa utama dalam industri OFSE untuk membawa sekitar 10% daripada operasi perniagaan
mereka ke Malaysia. Jika aspirasi ini tercapai ia akan membawa impak yang cukup besar serta mewujudkan
lebih daripada 20,000 pekerjaan dan hampir RM6.1 bilion tambahan PNK menjelang 2020.
EPP 7: Menggabungkan Pembuat Fabrikasi Tempatan
Rasional
Terdapat lima pembuat fabrikasi struktur luar pesisir utama di Malaysia, namun tiada satu pun mempunyai
skala atau pengalaman yang diperlukan untuk bersaing dengan baik bersama pemain utama serantau
(Carta 6-11). Ada dua sebab utama. Pertama, syarikat tempatan tidak berkos kompetitif berbanding
pemain besar serantau, dengan itu, perlu bekerja dengan margin yang lebih ketat ketika membuat tawaran
untuk kontrak antarabangsa. Kedua, sementara kerja tempatan ditender atas dasar berbilang kontrak,
kerja antarabangsa umumnya mengeluarkan tender sebagai satu kontrak tunggal. Ini bermakna syarikat
domestik tidak mampu menang dan menguruskan kontrak perkhidmatan penuh utama, dan walaupun
mereka dikontrak untuk melakukan sebahagian daripada kontrak, mereka tidak boleh melakukannya
dengan cekap atau mendapat keuntungan yang sewajarnya.
Pemain industri percaya bahawa wujud keperluan untuk penggabungan dalam industri supaya memadani
skala dan kecekapan pemain serantau utama. Keyakinan mereka didorong oleh kenyataan bahawa wujud
banyak tindanan dalam industri masa kini, dan kebanyakan syarikat tempatan telah gagal mencapai
skala yang diperlukan bagi menggunakan kakitangan dan aset sedia ada dengan cekap. Mereka juga tidak
202 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
mampu melabur dengan secukupnya untuk mengembangkan aset. Contohnya, syarikat tempatan ketika ini
menyewa kren raksasa untuk projek besar kerana saiz syarikat mereka menghalang pembelian kren raksasa
tersebut. Sebaliknya pemain serantau utama memiliki kren raksasanya sendiri dan oleh sebab itu mampu
beroperasi dengan lebih murah.
Carta 6-11
Tindakan
Untuk menggabungkan syarikat tempatan yang terlibat dalam industri ini, PETRONAS perlu memberikan
lesen kepada sejumlah kecil pembuat fabrikasi tempatan. Kita telah berbincang dengan sejumlah pembuat
fabrikasi tempatan yang berfikiran terbuka terhadap campur tangan tersebut. Namun, usaha ini perlu
disokong oleh agensi Kerajaan yang berkenaan.
Kontrak akan diberikan untuk rangkaian perkhidmatan penuh dan bukannya dalam tranche berasingan,
seiring dengan amalan di pasaran serantau lain. Ini akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia
mencapai kecekapan kos dan membantu mereka mengembangkan kemahiran dan rekod pengalaman
mereka merangkumi rangkaian perkhidmatan yang lebih luas. Ia juga akan memberi mereka peluang
membuktikan kemampuan mereka dalam pengurusan perkhidmatan kontrak penuh supaya mereka boleh
maju di pasaran serantau.
Kita menyasar untuk menggabungkan syarikat tempatan dan memberikan mereka skala untuk bersaing
dengan pemain serantau utama seperti Keppel Singapura. Sasaran pada tahun 2020 adalah untuk syarikat-
syarikat domestik memenangi 10 kontrak laut cetek utama dan 2 kontrak laut dalam utama setahun.
Pembuat fabrikasi domestik tidak berskala besar dan tidak berdaya saing dari segi kos
SUMBER: PETRONAS, Persindiketan bersama pembuat fabrikasi domestik, Maklum balas hari terbuka
5
25
20
15
10
0
2009 2010 2011
2009 2010 2011
Perbandingan hasil bagi pembuat fabrikasi Malaysia danpembuat fabrikasi utama serantau, 2009-11
RM billion
Perbandingan keuntungan PBT bersih untuk pembuat fabrikasiMalaysia dan pembuat fabrikasi utama serantau, 2009-11
Peratus
Juara serantau
Malaysia
Juara serantau
Malaysia
-80
-20
20
0
40
Petikan daripada pembuat fabrikasi Malaysia
Syarikat tempatan perlu meningkatkan kapasitiuntuk menghasilkan ekonomi skala danmengurangkan kos
Perlu ada peningkatan produktiviti bagipembuat fabrikasi tempatan untuk menjadiberdaya saing
Tidak dapat menandingi China dan Singapurauntuk mendapatkan kontrak daripadaTimur Tengah
Syarikat tempatan perlu lebih bersatu untukmenjadi lebih berdaya saing
Kandungan import tinggi untuk bahanmenghalang daya saing dari segi kos
Hasil syarikat Malaysia terlalu kecil dibandingkandengan juara serantau dan kebanyakannya tidakmenguntungkan
Pembuat fabrikasi Malaysia menerima hakikatmereka masih belum mencapai ekonomiskala dan mampu berdaya saing dari segi kos
203Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Impak
Pencapaian matlamat ini bermakna peningkatan PNK berjumlah RM4.1 bilion dan akan mewujudkan
5,000 pekerjaan. Ia akan memerlukan jangkaan pelaburan swasta RM4.0 bilion untuk membayar program
kecekapan dalaman seperti pengautomatan ujian tak memusnah, pemotongan dan pelenturan keluli.
EPP 8: Membangunkan Kemampuan dan Keupayaan Kejuruteraan, Pemerolehan Dan Pemasangan melalui Perkongsian Strategik dan Usaha Sama
Rasional
Pada masa ini, terdapat jurang yang cukup besar dalam industri tempatan di mana syarikat-syarikat
Malaysia tidak mempunyai kemampuan dan pengalaman khususnya dalam kejuruteraan dan pemasangan
(Carta 6-12). Jurang kemampuan ini menghalang syarikat-syarikat Malaysia daripada menguasai
sebahagian daripada rantaian nilai tempatan dan mengehadkan kebolehan mereka mendapat bahagian
yang luas dalam pasaran serantau.
Carta 6-12
Kejuruteraan Pemerolehan Pembinaan Pemasangan Penempahan
Tem
pa
tan
MN
C b
ert
ara
f du
nia
Jurang kemahiran semasa
JV bersama syarikat bertaraf dunia akan membangunkan kemampuan domestikdalam bidang yang kita kekurangan kemahiran
SUMBER: Makmal NKEA OGE
204 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Terutamanya, terdapat potensi kemajuan yang ketara untuk menggalakkan pemain bertaraf dunia
memasuki usaha sama dengan pemain tempatan dalam bidang-bidang penting melalui tindakan berikut; (1)
dengan lebih memanfaatkan industri tempatan, (2) mengembangkan usaha cari gali dan pengeluaran laut
dalam, serta (3) mempertingkatkan jejak antarabangsa PETRONAS.
Tindakan
Dibawah EPP ini, syarikat tempatan akan diberi insentif dan digalakkan untuk menubuhkan usaha sama
dengan syarikat bertaraf dunia untuk membina keupayaan dan pencapaian. Dalam jangka masa pendek,
usaha sama akan membolehkan syarikat tempatan mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada
pasaran tempatan dalam bidang di mana kebanyakan aktiviti ketika ini dilakukan oleh syarikat asing,
terutamanya dalam bahagian pemerolehan dan pemasangan. Dalam jangka masa panjang, tujuannya
adalah untuk menguasai pasaran serantau yang lebih besar melalui usaha sama, dan menggunakan
kemampuan dan rekod pengalaman yang baru dibina untuk berkembang dalam bidang ini di pasaran
serantau.
Impak
Matlamat kita adalah untuk menawan 15% pasaran laut cetek dan 50% pasaran laut dalam (sebahagian
besar projek laut dalam di Asia-Pasifik berada di perairan Malaysia) di Asia-Pasifik menjelang 2020.
Pencapaian ini akan menyumbangkan RM4.0 bilion kepada PNK dan mewujudkan 15,000 pekerjaan.
Oleh kerana sebahagian besar pelaburan dilakukan dalam infrastruktur tempatan, misalnya jalan dan
kemudahan berlabuh ditanggung oleh EPP lain, tambahan pelaburan berjumlah RM0.5 bilion untuk EPP
ini akan datang daripada sektor swasta.
MEMBINA PLATFORM TENAGA MAMPAN UNTUK PERTUMBUHAN
Pada tahun 2008, Malaysia menghasilkan jumlah keseluruhan 109 jam terawatt tenaga elektrik, di mana
91% adalah untuk Semenanjung Malaysia, 5% untuk Sarawak dan 4% untuk Sabah. Sementara Sarawak
diberkati dengan potensi 20 gigawatt kuasa hidroelektrik, Sabah menghadapi cabaran dalam memenuhi
7% pertumbuhan permintaan dan kapasiti penjanaan yang terhad untuk wilayah pantai timurnya. Begitu
juga, Semenanjung Malaysia menghadapi kesulitan membekalkan jangkaan 3.7% pertumbuhan permintaan
tenaga elektrik dan bergantung kepada 95% simpanan gas yang semakin berkurangan dan arang batu yang
diimport.
Keseluruhan sektor akan menghadapi cabaran untuk memenuhi permintaan elektrik Malaysia, terutamanya
menjelang separuh masa kedua dekad ini Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Pertama, TNB
menjangkakan permintaan di Semenanjung Malaysia akan tumbuh sekitar 3.7% setahun. Memenuhi
pertumbuhan permintaan ini bererti Malaysia harus merancang untuk menambahkan kapasiti sebanyak 6
gigawatt antara tahun 2015 hingga 2020. Tahap penggunaan tenaga Malaysia, dibandingkan dengan saiz
penduduk dan ekonomi, adalah lebih besar daripada negara setaranya seperti digambarkan dalam Carta 6-13. Penggunaan tenaga yang besar ini diiringi pertumbuhan tinggi tahap pelepasan GHG, berbanding
negara setaranya.
205Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-13
Kedua, kebanyakan penjanaan kuasa Malaysia bergantung pada bekalan gas tempatan. Berdasarkan projek
yang sudah berjalan ini, bekalan gas tempatan dijangka akan menurun pada kadar 4% setahun dalam dekad
ini - dan dengan kadar yang lebih cepat selepas itu. Ketiga,Malaysia menghadapi tekanan global untuk
mengurangkan pengeluaran karbon. Pada bulan Disember 2009, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’
Seri Mohd Najib Tun Razak, telah membuat komitmen bersyarat untuk mengurangkan keamatan karbon
Malaysia sehingga 40% pada tahun 2020 berbanding tahap pada tahun 2005.
Untuk mengatasi beberapa cabaran ini, Semenanjung Malaysia akan melakukan pendekatan serampang
tiga mata untuk memastikan keselamatan tenaga di masa hadapan:
• Mempercepatkan pelaksanaan penstrukturan semula industri, dirangka sebagai sebahagian daripada
inisiatif Industri Bekalan Elektrik Malaysia (Malaysian Electric Supply Industry atau MESI);
• Mendalami punca tenaga alternatif seperti tenaga air, tenaga nuklear dan solar berskala besar; dan
• Penerapan amalan terbaik dalam menggunakan tenaga dengan lebih cekap untuk mengurangkan
penggunaan Malaysia antara 10 hingga 15% berbanding senario “seperti biasa” dan memastikan
perniagaan dan isi rumah Malaysia dapat mengawal kos tenaga mereka.
EPP tenaga akan menangani secara khusus keperluan untuk sumber tenaga alternatif serta penggunaan
tenaga yang cekap dan peluang perniagaan yang akan menggunakan inisiatif MESI.
Malaysia adalah lebih intensif tenaga berbanding negara lain
SUMBER: Agensi Tenaga Antarabangsa
1 Berdasar data tahun 2007
BTU/GDP RM ribu
DenmarkItaliJepunJermanAmerikaSyarikat
KoreaSelatan
BrazilIndonesiaMalaysiaSingapuraThailand
34%Purata bakul: 10
6
5 5 5
3 3
2
2 1 11
Keamatan Tenaga1
206 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
EPP 9: Meningkatkan Kecekapan Tenaga
Rasional
Secara purata, penggunaan tenaga di Malaysia adalah 34% lebih intensif berbanding negara setara, oleh
itu, kita boleh meningkatkan kecekapan penggunaan kuasa dan bahan bakar. Malahan, meningkatkan
kecekapan tenaga merupakan kesempatan yang penting untuk Malaysia: ia akan membuat syarikat kita
lebih berdaya saing dan mengurangkan bil elektrik isi rumah rakyat Malaysia. Beberapa inisiatif yang telah
dikenal pasti adalah mudah dilaksanakan dan dapat memberikan hasil yang pantas.
Tindakan
Kami akan menumpukan pada lima dorongan yang berkenaan untuk meningkatkan kecekapan tenaga di
Malaysia: (1) Kerajaan akan memimpin melalui teladan dalam amalan dan falsafah kecekapan tenaga, (2)
merangsang jualan peralatan cekap tenaga, (3) Kerajaan akan bekerjasama dengan TNB untuk mewujudkan
penjanaan bersama yang berdaya maju dari segi ekonomi, (4) menetapkan supaya bangunan ditebat dengan
lebih baik, dan (5) merangsang jualan kenderaan cekap tenaga.
Kerajaan akan memimpin melalui teladan dalam amalan dan falsafah kecekapan tenaga. Keseluruhan inisiatif ini dijangka akan menghasilkan anggaran RM3.2 bilion tambahan hasil terhadap
sumbangan PNK menjelang 2020. Untuk berjaya dalam inisiatif ini, tiga langkah ini diperlukan. Sebagai
permulaan, Kerajaan akan, secara berperingkat, merasionalisasikan subsidi elektrik untuk mewujudkan
insentif bagi industri dan pelanggan untuk melaksanakan amalan cekap tenaga. Sebagai pelengkap untuk
langkah pertama ini, Kerajaan akan melancarkan kempen pendidikan berskala besar untuk membantu
industri dan pelanggan mengenal pasti dan melaksanakan amalan cekap tenaga. Akhir sekali, Kerajaan
akan memimpin melalui teladan dan melaksanakan amalan cekap tenaga di tempat sendiri seperti yang
diperincikan di bawah.
Pada tahun 2009, bil elektrik Kerajaan adalah sebanyak kira-kira RM1.5 bilion, di mana 44% daripada kos
tersebut adalah kurang daripada 1% entiti Kerajaan. Entiti-entiti yang berjumlah 120 ini kebanyakannya
terdiri daripada kementerian, universiti dan hospital, dan Kerajaan akan meminta rancangan kecekapan
tenaga dari semua entiti pada suku keempat 2010. Program ini akan dipimpin oleh Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan akan mengikut proses peningkatan kecekapan tenaga yang jelas.
Pertama sekali, rancangan akan disediakan di mana belanjawan tenaga elektrik bagi entiti-entiti ini akan
dikurangkan. Sebagai ganti, mereka akan diberikan peruntukan untuk melabur dalam amalan cekap tenaga
(mentol lampu, pendingin baru, dan lain-lain). Setiap entiti akan mencalonkan Juara Kecekapan Tenaga
yang bertanggungjawab merancang rancangan tindakan entiti untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan membimbing dan memantau kumpulan juara ini dalam
pencapaian sasaran mereka.
Merangsang jualan peralatan cekap tenaga. Inisiatif ini menyasarkan pengguna akhir melalui
peruncit peralatan elektronik dan akan menghasilkan sehingga RM5.1 bilion bagi PNK menjelang tahun
2020. Pelanggan akan menerima rebat pada peralatan tertentu yang menggunakan bahagian terbesar
daripada bil elektrik rumah seperti yang ditunjukkan dalam Carta 6-14. Inisiatif ini akan menawarkan
potongan 7 hingga 10% pada model peralatan tertentu dan untuk sejumlah unit terhad. Peralatan sasaran
ialah peti sejuk, penyaman udara dan mentol lampu.
207Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-14
Kerajaan akan bekerja dengan TNB untuk mewujudkan penjanaan bersama yang lebih berdaya maju dari segi ekonomi. Inisiatif ini dijangka dapat menjana peningkatan RM1.3 bilion
kepada PNK menjelang 2020 dan akan memerlukan semakan ke atas tarif TNB pada tiga elemen: (1)
meningkatkan tarif keseluruhan dengan merasionalisasikan subsidi semasa untuk mencipta dorongan bagi
lebih kecekapan tenaga, (2) mengurangkan tarif tunggu sedia untuk mendorong lebih ramai pengguna
menggunakan pilihan ini dan akhir sekali, (3) meningkatkan tarif beli balik untuk menjadikannya lebih
menarik bagi industri untuk menjana bersama tenaga elektrik dan menjual semula lebihan tenaga ini
kepada TNB.
Menetapkan supaya bangunan ditebat dengan lebih baik. Tindakan ini akan menyumbangkan
jangkaan RM1.3 bilion PNK tambahan menjelang tahun 2020. Peraturan sedia ada mengenai penebatan
bangunan tidak mencukupi. Akibatnya, pemaju membangunkan hartanah (perumahan, komersial dan
industri) yang tidak mempunyai penebatan yang sesuai, lantas mewujudkan keperluan untuk penyaman
udara tambahan. Maju ke hadapan, maklumat tentang hartanah yang mempunyai penebatan sesuai
akan disalurkan melalui (1) usaha peningkatan kesedaran pelanggan melalui kempen kesedaran berskala
besar, (2) langkah penguatkuasaan menerusi proses kelulusan pelan pembangunan. Untuk memastikan
perlaksanaan, Kerajaan akan mengambil peranan sebagai peneraju inisiatif ini. Selanjutnya, bangunan yang
mempunyai penebatan yang lebih baik akan menambaikkan persekitaran di kawasan kos rendah di mana
penghuninya tidak mampu membeli penyaman udara dan mungkin mengalami stres berkaitan kepanasan
yang dapat menimbulkan masalah kesihatan.
Penggunaan elektrik bangunan kerajaanMalaysia mengikut kategori peralatan
Penggunaan elektrik isi rumah Malaysia mengikutkategori peralatan
SUMBER: Data ST, tinjauan bangunan pejabat 2003-2004
Lain-lainMesin
cuciMemasak
Hiburan
Pemanasanair
Pencahayaan7
Pendinginan
44
Peti sejuk
21
Lain-lain
Pencahayaan
24
Pendinginan
44
Beban plag
Peralatan termasukdalam program rebat
% %
11
4
8155
2 4
Kita akan menyasarkan peralatan yang paling banyak menggunakan elektrikdi rumah dan bangunan
208 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Merangsang jualan kenderaan cekap tenaga dengan menawarkan rebat untuk menggalakkan penggunaan kenderaan hibrid atau berkuasa elektrik. Ini akan menjana jangkaan RM3.2 bilion
kepada PNK menjelang 2020. Seperti digambarkan dalam Carta 6-15, kenderaan hibrid masih dianggap
sebagai satu kemewahan di Malaysia. Kerajaan akan mempromosikan penggunaan kenderaan hibrid
dengan mengurangkan cukai import bagi kenderaan ini. Sebagai permulaan, harga kereta hibrid akan
dijadikan lebih kompetitif supaya rakyat dapat memilih kereta hibrid sebagai ganti kepada kereta import
biasa. Yang paling penting, walaupun ini tidak akan mengurangkan harga kereta yang dikeluarkan oleh
pengeluar tempatan, ia akan mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan pengeluar tempatan
membangunkan kenderaan elektrik atau hibrid untuk pasaran tempatan.
Carta 6-15
Petunjuk prestasi utama untuk EPP ini ialah: sasaran penjimatan untuk bangunan Kerajaan, sasaran jualan
untuk peralatan elektrik yang cekap tenaga, sasaran penjanaan bersama untuk tenaga elektrik, pelaksanaan
rangka kerja kawal selia yang dipertingkatkan dan sasaran bahagian pasaran untuk kereta cekap tenaga.
Impak
EPP ini akan memerlukan pembiayaan berjumlah RM20.8 bilion. Sebahagian besar daripadanya akan
datang daripada sumber awam yang digunakan untuk membiayai rebat cukai import kenderaan cekap
tenaga (RM9.8 bilion) dan rebat untuk peralatan cekap tenaga (RM1.3 bilion). Baki pelaburan keseluruhan
yang diperlukan untuk menebat bangunan dan membangunkan penjanaan bersama ialah RM9.6 bilion dan
hampir keseluruhannya akan dibiayai daripada sumber swasta. Pendorong ini boleh menjanakan anggaran
RM13.9 bilion PNK menjelang 2020.
SUMBER: Laman web Toyota (Malaysia dan AS), Honda, Proton Edar, Perodua
Membuat kereta kecekapan bahan api lebih murah untuk rakyat dapat menjana RM3.2 bilion
Hari ini: kereta hibrid tidak berdaya saing darisegi kos
1 Di mana 30% daripada sumber awam
Pelaburankumulatif
RM 9.9 Bilion1
PNK kumulatifRM 15.8 Bilion
Impak PNK 2020~RM3.1 Bilion
Penguranganpenggunaan
petroleum~15%
ProtonWaja
ProtonSavvy
Corolla Corolla Conven-tional
Conven-tional
PeroduaMivy
Hondahybrid
ProtonPersona
Toyotahybrid
ProtonSavvy
PeroduaMivy
ProtonPersona
ProtonWaja
Hondahybrid
Toyotahybrid
Cadangan: kereta hibrid diletakkan antara keretatempatan dan import biasa saiz enjin setara
Kos kereta di Semenanjung MalaysiaRibu Ringgit per unit
130120
6046
38 33
175
120 115
85
6046
38 33
209Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
EPP 10: Membangunkan Kapasiti Tenaga Solar
Rasional
Sasaran tenaga boleh diperbaharui daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah 5.5% dari jumlah
keseluruhan kapasiti campuran pada tahun 2015 (985 megawatt kapasiti penjanaan) berbanding tahap
kurang dari 1% daripada campuran tenaga masa kini. Daripada 5.5% ini, kuasa solar akan menyumbangkan
sekurang-kurangnya 65 megawatt. Menjelang tahun 2020, tenaga solar akan menyumbangkan sekurang-
kurangnya 220 megawatt, seperti yang disasarkan dalam Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional. Oleh
itu, Semenanjung Malaysia perlu membangunkan 3.3 gigawatt kapasiti kuasa tambahan antara tahun 2015
hingga tahun 2020 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat sambil mengekalkan margin
rizab tenaga yang mantap. Tenaga solar harus dipertimbangkan sebagai satu sumber tenaga alternatif
yang berdaya maju kerana kelebihannya seperti ketakbersandaran kepada bahan api fosil, pengeluaran gas
karbon sifar, peningkatan keselamatan tenaga, potensi pewujudan pekerjaan dan pelaburan langsung asing
yang agak besar (Carta 6-16). Selain itu, Malaysia mempunyai bekalan cahaya matahari asli mencukupi
yang tidak digunakan sepenuhnya buat masa ini.
Tindakan
Berdasarkan analisis kos penuh penjanaan solar berbanding alternatif lain yang paling berdaya maju iaitu
turbin gas kitaran gabungan (combined cycle gas turbine atau CCGT), tenaga solar berpusat yang dijanakan
oleh kilang tenaga solar (berbanding tenaga solar teragih yang dihasilkan daripada panel yang dipasang
di bumbung) dijangka akan menjadi pilihan yang paling berdaya maju pada tahun 2017 atau 2018. ini
disebabkan kos modal untuk memasang penjanaan solar dijangka akan berkurangan pada kadar 4 hingga
10% setahun. Walau bagaimanapun, garis masa ini adalah tertakluk kepada beberapa faktor, termasuk
kadar pengurangan kos untuk tenaga solar, harga gas untuk penjanaan tenaga, dan juga lain-lain faktor
yang relevan.
Untuk menjayakan EPP ini, tiga elemen perlu ditangani mulai hari ini. Pertama, sebuah rangka kerja
kawalselia perlu disediakan, baik untuk mekanisme tarif suapan masuk yang akan dilaksanakan akhir
tahun 2010, serta untuk loji penjanaan kuasa solar yang akan dibina sebaik kos penjanaan kuasa solar
berpusat telah mencapai kesetaraan dengan gas. Kedua, model perniagaan yang sesuai perlu dibangunkan,
termasuk pembiayaan, kerjasama awam-swasta, peranan Kerajaan, TNB dan operator swasta. Akhir sekali,
kemahiran dan pembelajaran perlu dibangunkan dengan memanfaatkan tarif mekanisme suapan masuk
yang disasarkan bermula pada bulan Januari 2011 untuk membina sejumlah kecil penjanaan solar.
Sekiranya kuasa solar berpusat mencapai kesetaraan kos dengan gas antara tahun 2015 dan 2020, wujud
potensi untuk mempertingkatkan kapasiti sehingga mencapai 1.3 gigawatt. Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air akan melaksanakan usaha menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan memastikan
pembangunan tenaga solar dijalankan secara menyeluruh dan berhemat.
210 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-16
Impak
Seandainya tenaga solar berpusat mencapai kesetaraan kos dengan gas antara tahun 2015 dan 2020,
sumbangan PNK keseluruhan daripada penjanaan tenaga solar pada tahun 2020 boleh meningkat sehingga
RM460 juta, kebanyakannya disebabkan oleh kewujudan 1,900 pekerjaan baru. Untuk mencapai sasaran
ini, pelaburan bernilai RM5.7 bilion diperlukan. Impak PNK ini tidak termasuk impak tambahan bernilai
RM22 bilion yang diperoleh daripada kesan pemangkin yang akan dibawa projek ini pada pembuatan
tempatan dan kemasukan pelaburan langsung asing, yang dimasukkan di bawah NKEA Elektrik dan
Elektronik.
EPP 11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa
Rasional
Malaysia sedang meneroka pilihan menggunakan tenaga nuklear untuk memenuhi keperluan masa
hadapan sambil mempelbagaikan campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa
Pemandu Pembangunan Tenaga Nuklear, yang diterajui oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, telah ditubuhkan pada bulan Jun 2009 untuk merancang dan menyelaras usaha persiapan ke arah
Kos penuh1 penjanaan solar lawan gasKos tenaga teraras, RM/kWh
1 Kos penuh, termasuk CAPEX (LCE)2 Andaian untuk penjanaan kuasa gas CCGT: WACC 7.6%, CAPEX USD1000/KWe, kecekapan loji 53%,
harga gas USD/mmbtu 8 pada tahun 2010 ke 9.8 pada tahun 2020, kos O&M 5USD/MwH faktor beban 85%3 Andaian untuk solar penjanaan berpusat: WACC 7.6% CAPEX 2812USD/Kw turun pada kadar 10% hingga
2016, kemudian pada kadar 8%, 6%, 4% dan 3% drp 2017 hingga 2020, CAPEX 1% O&M, jangka hayat:
20 tahun, jam penggunaan 1,300/tahun4 Andaian untuk solar penjanaan berpusat: WACC 7.6% CAPEX 3,750USD/Kw turun pada kadar 10% hingga
2016, kemudian pada kadar 8%, 6%, 4% dan 3% drp 2017 hingga 2020 CAPEX 2% O&M, jangka hayat:
20 tahun, jam penggunaan 1,300/tahun5 Impak PNK diambil kira dalam Makmal NKEA Elektronik dan Elektrikal
Solar boleh menjadi pilihan yang baik untuk peningkatan kapasiti selepas tahun 2015
Faedah tambahan daripada pelaksanaansolar…
PNK (RM Bn)
Turbin gas kitaran gabungan
Solar - Perjanaan berpusat
Solar - Penjanaan teragih
Memenuhi agenda“hijau”
Meningkatkankeselamatan tenaga
Meningkatkanpekerjaan
Memangkin pembuatantempatan dan FDI
Meningkatkan keadaanbebas tenaga
NA
NA
NA
0.5
~22.15
0.7
0.6
0.5
0.4
0.3
0.2
0.1
2010 2012 2014 2016 2018 2020
0
SUMBER: Makmal NKEA OGE
211Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
penggunaan tenaga nuklear bagi penjanaan kuasa. Jawatankuasa ini telah ditugaskan untuk menjalankan
pelbagai kajian bagi mempersiapkan Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear (Nuclear Power Infrastructure Development Plan atau NPIDP), yang disasarkan akan siap pada tahun 2013. Sebelum
melakukan pelbagai kajian yang diperlukan ini, kajian pra-kebolehlaksanaan kuasa nuklear dan kajian
pemilihan lokasi awal telah dilakukan.
Tindakan
Jawatankuasa Pemandu sedang menjalankan kajian kemungkinan menyampaikan unit kembar loji kuasa
nuklear dengan jumlah kapasiti 2 gigawatt, di mana unit pertama dijangka mula beroperasi pada tahun
2021. Pelan di bawah pembangunan meletakkan garis masa pembangunan dari 11 hingga 12 tahun daripada
pra-projek sehingga penyerahan. Rancangan ini membentangkan kes positif bagi tenaga nuklear di
Malaysia (Carta 6-17). Pertama, jika Malaysia membangunkan tenaga nuklear, ia akan menjadi kompetitif
kos sambil membekalkan sumber tenaga termurah. Kedua, tenaga nuklear merupakan tenaga yang lebih
bersih berbanding arang batu atau gas (bersamaan 0 gram karbon dioksida per jam kilowatt berbanding
sekitar 800 dan 400 gram masing-masing).
Pembiayaan
Membangunkan dua unit loji nuklear ini dijangka memerlukan pelaburan berjumlah RM21.3 bilion
sehingga tahun 2020.
Pemboleh
Untuk memastikan penyampaian tepat pada masanya, projek akan dilancarkan tanpa penangguhan.
Empat item laluan genting mesti ditangani dengan keutamaan tertinggi. Pertama, harus ada penerimaan
masyarakat terhadap projek tersebut. Kedua, Malaysia harus menggunapakai perjanjian antarabangsa
yang berkaitan. Ketiga, Kerajaan harus memastikan rangka kerja kawalselia yang betul dikuatkuasakan.
Keempat, persetujuan untuk lokasi yang dirancangkan harus diperolehi dan penduduk tempatan juga mesti
meluluskan lokasi tersebut.
Impak
Pembinaan loji tenaga nuklear akan mempunyai impak PNK sementara di sektor pembinaan, dengan
sumbangan PNK sebanyak RM0.2 bilion daripada kewujudan 2,600 pekerjaan. Pekerjaan ini turut
merangkumi tugas pengendalian dan penyelenggaraan loji, pengurusan sisa dan perlesenan serta peraturan.
Sebaik beroperasi selepas tahun 2020, kedua-dua loji tenaga nuklear 1-gigawatt itu akan menghasilkan PNK
sebanyak RM1.8 bilion setahun daripada elektrik yang dijanakan.
212 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-17
EPP 12: Mempergunakan Potensi Hidroelektrik Malaysia
Rasional
Potensi hidroelektrik Sarawak masih belum dimanfaatkan: hanya 0.6% daripada anggaran 20 gigawatt
kapasiti potensi kuasa sedang dibangunkan pada masa ini (berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
Perundingan SAMA pada tahun 1980an untuk kerajaan negeri Sarawak). Terdapat kira-kira 25 jam terawatt
permintaan kuasa terpendam daripada industri yang beroperasi di Sarawak, Sabah dan negara-negara jiran
Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia.
Hidroelektrik mempunyai banyak kelebihan: ia adalah tenaga boleh diperbaharui, ia membantu
mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan merupakan teknologi yang telah terbukti menyediakan
bekalan elektrik berjangka panjang yang selamat. Brazil, Kanada dan Norway adalah contoh negara-negara
yang paling banyak menggunakan hidroelektrik.
Rancangan asal untuk mengeksport kuasa ke Semenanjung Malaysia dari Sarawak melalui penghantaran
kabel terus voltan tinggi bawah laut tidak kelihatan berdaya maju buat masa kini, walaupun situasi itu
mungkin berubah. Anggaran awal menunjukkan bahawa kos daratan elektrik daripada hidroelektrik
Sarawak lebih mahal daripada kos penjanaan kuasa menggunakan batu arang, nuklear atau turbin gas
kitaran gabungan. Namun, ini tidak mengambil kira pengeluaran karbon dan kos persekitaran lain bagi
loji tenaga terma. Kerajaan mungkin meneruskan rancangannya untuk menghantar hidroelektrik ke
Semenanjung Malaysia dari Sarawak jika faktor-faktor ini dipertimbangkan dengan lebih mendalam dan isu
berkaitan kabel bawah laut merentasi wilayah berdaulat dapat diselesaikan.
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2021 2020
Pemerolehan
Memberikontrak
Penempa-han
Laporan analisiskeselamatanawal (PSAR)
Laporan analisiskeselamatan akhir (FSAR)
Peristiwa penting
Fasa penyediaan
Penyediaan rangka kerjakawal selia
Permit operasi & laporankeselamatan
Analisis permit & keselamatan
Fasakeputusan
Fasa pelaksanaan Pelancar-an
Perkem-banganprogramkawalseliadannuklear
Pembinaan
Tandatangan dan mengesah-kan instrumen antarabangsa,membentuk perundangan
Pengumpulandata radiologigaris dasarpra-operasi
Penyelidikan tapakPermit tapak
Permit pembinaan Lesen operasi
pra-keboleh-laksanaan
Kajiankeboleh-laksanaan
Pelanasas &terperinci
Penggredan tapak
Penggalian
Latihan kakitangan
Garis masadipersetujui melalui
persindiketan
Bagi menjana kuasa nuklear pada tahun 2021, Kerajaan perlu menyediakan sumberuntuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
Perkem-bangan projek loji kuasa
213Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan
Pemilik inisiatif ini ialah kerajaan negeri Sarawak dan dilaksanakan melalui Sarawak Energy Berhad (SEB)
dan Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA). Tugas utama mereka adalah
untuk merancang, membina, memiliki dan mengendalikan empangan hidroelektrik, menarik industri
intensif tenaga ke Sarawak, merancang dan membina infrastruktur dan utiliti yang diperlukan. Termasuk
juga, perkhidmatan lain untuk menyokong industri ini dan berunding dengan negara-negara jiran untuk
hubungan saluran transmisi dan untuk menyediakan bekalan elektrik.
Anggaran jumlah keseluruhan pelaburan yang diperlukan untuk membina empangan hidroelektrik adalah
RM20.2 bilion dan akan dibiayai oleh sektor swasta melalui syarikat berkaitan kerajaan. Pelaburan ini
bertujuan untuk membangunkan lima empangan dengan jumlah kapasiti 5 gigawatt, grid transmisi dan
infrastruktur yang diperlukan untuk menarik industri intensif tenaga ke Sarawak.
Impak
EPP ini akan mewujudkan 590 pekerjaan dan anggaran potensi PNK bernilai RM5.7 bilion menjelang tahun
2020 di Sarawak. Sebahagian besar PNK akan datang daripada industri intensif tenaga yang beroperasi
di Sarawak, yang akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM4.5 bilion kepada negeri Sarawak dan
mempunyai kesan penggandaan PNK yang lebih di wilayah tersebut. Baki RM1.2 bilion PNK akan diperoleh
daripada membekalkan kuasa ke Sabah, Brunei dan Kalimantan melalui transmisi darat.
PELUANG PERNIAGAAN
Terdapat beberapa peluang perniagaan dalam sektor minyak, gas dan tenaga, di mana, bersama dengan
pertumbuhan sektor minimum akan memberikan sumbangan PNK berjumlah RM61.2 bilion menjelang
tahun 2020. Jumlah ini termasuk peningkatan RM32.0 bilion kepada PNK berbanding PNK minimum
2009 akibat daripada jangkaan peningkatan harga minyak memandangkan harga minyak yang rendah
pada 2009. Peluang perniagaan tersebut dapat dikumpulkan ke dalam dua tema yang jelas. Pertama,
terdapat peluang untuk mendapatkan lebih banyak output daripada input yang sama apabila proses semasa
ditingkatkan dan peningkatan kecekapan diperoleh. Tema kedua adalah kesempatan yang datang daripada
peningkatan permintaan tenaga yang wujud daripada pertumbuhan ekonomi.
Peluang Perniagaan 1: Penambahbaikan Proses
Tanda aras global mengenai kemudahan penapisan dan petrokimia menunjukkan bahawa penambahbaikan
proses boleh didapati daripada kemudahan jenis ini dari masa ke semasa. Penambahbaikan proses ini
lazimnya akan membawa kepada peningkatan kecekapan sebanyak 0.5% setahun yang mewakili sumbangan
PNK tambahan bernilai RM3.4 bilion. Penambahbaikan proses dan struktur keseluruhan dalam sektor
penjanaan elektrik dijangka menambah sumbangan PNK bernilai RM1.5 bilion.
Peluang Perniagaan 2: Pertumbuhan Ekonomi
Malaysia telah menyasarkan pertumbuhan PNK sebanyak 5.9% setahun. Mencapai pertumbuhan ekonomi
ini dijangka akan meningkat penggunaan sebanyak 3% dan akan memiliki kesan sampingan pada sektor
minyak, gas dan tenaga. Peningkatan penggunaan tenaga akan memerlukan tambahan 2 gigawatt daripada
kapasiti dipasang yang akan dibina dengan kos sebanyak RM9.6 bilion, mewujudkan kira-kira 2,500
214 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
pekerjaan tambahan dan menambah PNK sebanyak RM11.2 bilion. Keperluan tambahan untuk transmisi
dan pengedaran tenaga ini akan menghasilkan tambahan RM5.6 bilion PNK lagi dan memerlukan
pelaburan sebanyak RM12.4 bilion.
Di sektor hiliran peningkatan penggunaan ini akan meningkatkan PNK sehingga RM1.5 bilion dan
mewujudkan 3,200 pekerjaan. Anggaran 90 stesen petrol baru juga akan perlu dibina pada kos keseluruhan
berjumlah RM3.2 bilion.
Projek E&P antarabangsa menawarkan peluang perniagaan baru yang dijangka akan menghasilkan PNK
bernilai RM5.9 bilion dan memerlukan RM79.0 bilion pelaburan swasta.
PEMBOLEH LAZIM
Terdapat tiga pemboleh utama yang harus dijalankan untuk menjamin kejayaan pelaksanaan 12 EPP dan
dua peluang perniagaan dalam NKEA Minyak, Gas dan Tenaga. Pemboleh ini adalah:
• Menyediakan sokongan pelaburan yang berkesan: Kerajaan perlu memastikan bahawa pelabur
ditawan secara aktif, perjanjian pelaburan dicadangkan dan dibolehkan serta proses pentadbiran
dimudahkan dalam bidang berkaitan minyak, gas dan tenaga;
• Menarik bakat ekspatriat bertaraf dunia: Kerajaan perlu memastikan bahawa pelabur boleh
membawa bakat asing yang diperlukan dengan cara yang efisien; dan
• Memastikan bekalan modal insan tempatan berkelayakan yang mencukupi: Kerajaan perlu
memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan bekalan mahasiswa dalam dekad berikutnya
untuk menjawat sekitar 21,000 pekerjaan baru yang diwujudkan pada atau di atas peringkat ijazah
menjelang tahun 2020.
Menyediakan Sokongan Pelaburan Yang Berkesan
Tinjauan keseluruhan
Sebahagian besar EPP yang dijelaskan di atas memerlukan satu atau lebih daripada empat aktiviti berikut
dilaksanakan dengan jayanya:
• Menarik pelabur tempatan atau luar negara baru ke sektor minyak, gas dan tenaga;
• Menyatukan beberapa syarikat atau agensi melalui pengaturan perniagaan atau perkongsian;
• Mendapatkan permit persekutuan, negeri atau tempatan untuk membangunkan kegiatan ekonomi, dan
• Memberikan insentif ekonomi untuk memudahkan pelaburan.
Mempunyai pihak berkuasa yang dikuasakan untuk menyelaraskan aktiviti ini dan mengambil peranan
eksekutif praktikal dan kebertanggungjawaban untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini adalah pemboleh
paling utama.
215Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan
Fungsi sokongan pelaburan paling sesuai diserahkan kepada badan berkaitan Kerajaan yang mempunyai
kuasa autoriti lini, kepakaran industri dan kebertanggungjawaban. Badan itu mesti mempunyai keupayaan
untuk mengarahkan agensi negeri yang berkenaan untuk mengambil tindakan dengan cara yang konsisten
dengan matlamat program NKEA dan dengan piawaian tadbir urus yang baik. Untuk memiliki kepakaran
yang cukup bagi memenuhi tugasnya, badan ini harus mengambil bakat kanan daripada Kerajaan dan
sektor OGE. Ini akan memerlukan kemampuan, misalnya, untuk merekrut eksekutif industri pada gaji yang
lebih tinggi daripada tangga gaji Kerajaan biasa. Akhir sekali, badan tersebut harus dipertanggungjawabkan
untuk proses kemajuan dalam merealisasikan objektif pelaburan.
Setelah diberi masa dan sumber yang sesuai (contohnya, pegawai Kerajaan dan pakar industri yang
berkaliber tertinggi), badan ini akan mendapat reputasi yang positif. Dari kalangan agensi Kerajaan sedia
ada, MIDA adalah yang paling sesuai untuk melaksanakan fungsi ini, namun MIDA masih perlu menarik
individu yang mempunyai kepakaran dan set kemahiran yang sesuai daripada Kerajaan dan sektor swasta
untuk berjaya.
Bagi memastikan momentum yang berterusan, badan-badan khas telah dikenal pasti untuk mendorong
inisiatif di bawah unit minyak dan gas dalam tempoh interim sebelum badan yang sebenar dapat
ditubuhkan. Sebagai contoh, MIDA dan Unit ETP akan bekerjasama untuk merekrut pasukan OFSU dan
menyelaras perbincangan Ketua Pegawai Eksekutif mengenai cara meningkatkan daya saing industri
OFSE tempatan dan cara menyatukan industri fabrikasi. PETRONAS akan menyokong usaha ini dengan
mengusulkan cadangan cara menstrukturkan semula sistem perlesenan dan mekanisme yang berpotensi
untuk penyatuan industri.
Menarik Bakat Ekspatriat Bertaraf Dunia
Tinjauan keseluruhan
Sektor minyak, gas dan tenaga memerlukan set kemahiran yang agak khusus di mana rakyat kita perlu
pertingkatkan lagi untuk menjalankan aktiviti yang disasarkan di bawah NKEA ini. Pada masa ini, Malaysia
tidak mempunyai bakat yang cukup bagi kemahiran yang diperlukan, lantas timbul keperluan untuk
menarik pekerja asing berkemahiran tinggi untuk bekerja di sini.
Tindakan
Beberapa fungsi utama bagi menarik bakat asing adalah seperti berikut:
• Kemudahan imigrasi supaya permit kerja dan tinggal boleh diperolehi dan diperbaharui dengan
mudah, tanpa prosedur pentadbiran yang terlalu membebankan ataupun memerlukan perantara. Masa
pemprosesan mestilah singkat dan ditentukan, dan pemohon harus boleh memantau perkembangan
permohonan mereka;
• Keserasian cukai supaya bakat asing tidak dikenakan cukai berganda. Adalah penting untuk
menyesuaikan sistem cukai Malaysia dengan sistem cukai utama yang lain dan menghapuskan
pencukaian dua kali;
• Bandar boleh berdaya huni yang menyediakan persekitaran kehidupan yang baik, contohnya,
Greater KL;
216 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
• Hubungan pengangkutan antarabangsa yang baik;
• Prosedur yang mudah diikuti untuk aktiviti seharian, seperti membuka akaun bank atau utiliti, dan
mendapatkan nombor telefon; dan
• Akses mudah kepada maklumat tentang kehidupan di negara ini, contohnya, menerusi Internet
ataupun biro pelancongan di luar negara.
Berbagai usaha sedang dilaksanakan untuk memastikan kemampuan Malaysia menarik pekerja asing
berkemahiran tinggi di beberapa NKEA yang sudahpun dilaksanakan. Contohnya, penubuhan Talent
Corporation, sebuah agensi yang ditugaskan untuk menarik bakat asing ke Malaysia.
Memastikan Bekalan Modal Insan Tempatan Berkelayakan yang Mencukupi
Tinjauan keseluruhan
EPP minyak, gas dan tenaga serta peluang perniagaan akan mewujudkan 52,300 pekerjaan baru, dengan
itu, memerlukan bekalan bakat yang setara. Carta 6-18 menunjukkan pecahan pekerjaan di semua
subsektor dan peringkat gaji. Beberapa jenis pekerjaan ini tidak mempunyai bekalan mencukupi di
Malaysia. Usaha sesungguhnya diperlukan untuk memastikan bahawa jumlah tenaga kerja yang mencukupi
dilatih untuk mengisi kekosongan yang diwujudkan dalam sektor minyak, gas dan tenaga.
Carta 6-18
EPP OGE dan peluang perniagaan akan mewujudkan 52,300 pekerjaan padatahun 2020 di segenap peringkat pekerjaan
Pecahan pekerjaan mengikut jenis kerja(ribu)
Pecahan pekerjaan mengikut gaji bulanan(RM)
Jumlah 52.3
Pekerja pengeluarandan juruteknik
30.8
Pertanian 0
Pekerja perkhidmatan
2.5
8.3
28.7
10.3
Perkeranian / Bergaji 2.8
Profesional / Teknikal 10.8
Pentadbiran /Pengurusan
Jumlah 52.3
<10,000 2.7
<7,000-10,000
<4,000-7,000
<2,000-4,000
<1,000-2,000 *
<1,000
5.4
SUMBER: Makmal NKEA OGE
217Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan
Selaras dengan konsep kelompok disiplin yang dibangunkan untuk NKEA Pendidikan, adalah dicadangkan
supaya kelompok disiplin minyak, gas dan tenaga dibangunkan di Malaysia. Kelompok disiplin ini adalah
usaha sama antara peneraju industri, institusi pendidikan tinggi terkemuka dan institut latihan vokasional
yang berkenaan. Kelompok disiplin minyak, gas dan tenaga ini akan dimudahkan melalui langkah-langkah
berikut:
• Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia akan menyediakan insentif untuk
menubuhkan pusat latihan bagi memenuhi keperluan kemahiran spesifik di samping memudahkan
hubungan antara pemain baru dan institut pendidikan tinggi yang berkenaan;
• Persatuan industri dan pemain terkemuka akan diminta untuk mengenal pasti institusi tunjang di
Malaysia bagi menubuhkan sebuah akademi maya dengan disiplin dan kemahiran teknikal yang
berkenaan; dan
• Persatuan industri akan bekerja bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber
Manusia untuk membangun atau menyebarkan standard dan pensijilan disiplin yang berkenaan untuk
sektor minyak, gas dan tenaga dan memastikan ia mematuhi keperluan industri.
Makmal minyak, gas dan tenaga telah bekerja sama dengan makmal NKEA Pendidikan untuk memastikan
bahawa keperluan ini dipenuhi dalam membangunkan rancangan NKEA Pendidikan.
PEMBIAYAAN
Mencapai sasaran pertumbuhan kita yang tinggi untuk memberikan lebih daripada dua kali ganda
sumbangan dari minyak, gas dan tenaga menjelang tahun 2020 akan memerlukan pembiayaan yang
signifikan. Seperti ditunjukkan dalam Carta 6-19, untuk mencapai sasaran pertumbuhan PNK, semua
EPP ini memerlukan peningkatan pembiayaan pelaburan berjumlah RM113.3 bilion. Jumlah kumulatif
dana yang perlu dilaburkan dari 2010 sehingga 2020 adalah RM217.6 bilion, di mana RM104.2 bilion dari
pembiayaan ini (48%) merupakan pelaburan yang diperlukan dalam peluang perniagaan. Dari jumlah ini,
kurang dari 1% akan dibiayai oleh sektor awam sementara yang selebihnya akan dibiayai oleh sektor swasta.
Kebanyakan daripada jumlah pembiayaan awam akan digunakan untuk membangunkan kemudahan
berlabuh untuk hab EPP OFSE. Sebanyak RM64.0 bilion daripada pelaburan swasta adalah untuk
mengimbangi penurunan dalam pengeluaran minyak manakala RM12.0 bilion adalah dalam bentuk rebat
cukai untuk EPP kecekapan tenaga. Kebanyakan daripada pelaburan swasta akan datang daripada GLC,
terutama sekali PETRONAS dan TNB. Kebanyakan pelaburan dari sektor awam pula akan digunakan untuk
membangunkan infrastruktur bagi menyokong syarikat OFSE antarabangsa utama.
218 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-19
Pembiayaan akan digunakan secara sama rata dalam masa 10 tahun akan datang, dan pembiayaan setiap
tahun adalah antara 7% dan 12 peratus daripada jumlah pembiayaan NKEA. 12 EPP ini diharapkan menjadi
pendorong utama pertumbuhan minyak, gas dan tenaga. Untuk melaksanakan 12 EPP ini dengan jayanya,
sejumlah RM113.3 bilion (kurang dari 1% pembiayaan awam, 99% pembiayaan swasta) akan diperlukan
secara kumulatif antara tahun 2011 hingga 2020.
Selain itu, pembiayaan swasta bernilai RM104.2 bilion akan diperlukan untuk membiayai peluang
perniagaan yang akan memberikan impak peningkatan PNK tambahan RM29.2 bilion menjelang tahun
2020. Pelaburan ini akan diperlukan untuk:
• Projek E&P antarabangsa: pelaburan RM79.0 bilion dalam saham projek E&P;
• Peningkatan pengedaran dan pemasaran: RM3.2 bilion untuk membina 90 stesen petrol baru;
• Peningkatan penggunaan elektrik: pelaburan RM9.6 bilion untuk membiayai pembinaan loji
kuasa menjana 2 gigawatt kapasiti yang dipasang; dan
• Peningkatan penghantaran elektrik: pelaburan RM12.4 bilion untuk menaik taraf talian dan
stesen transmisi.
RM Billion
% drpJumlah
% drpJumlah
52 48
RM Billion
1 Di mana kira-kira RM147 Bilion daripada GLC
TidaktermasukpelaburanRM64 bilionuntukmengekal-kan garisdasarpengeluaranminyaksemasa danRM12 bilionuntuk rebatkecekapantenaga
<1 99
Bagi 12 EPP, pelaburan berjumlah RM113.3 bilion diperlukan, di mana 99% akandiperoleh daripada sektor swasta
Pembiayaan dipecahkan antara EPP danpeluang perniagaan
Jumlah
113.3
Swasta1
112.7
Awam Jumlah
217.6
PeluangPerniagaan
104.2
EPP
113.3
0.6
99% pembiayaan EPP dianggarkan diperolehdaripada pihak swasta
219Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
TADBIR URUS AND PENYAMPAIAN
Kejayaan pelaksanaan pelbagai EPP ini bergantung kepada pemilikan dan kebertanggungjawaban untuk
setiap projek tersebut. Bagi memastikan pemilikan dan kebertanggungjawaban yang sewajarnya, pemilik
khusus telah dikenal pasti untuk setiap inisiatif yang dicadangkan. Selain itu, rancangan penyampaian
yang terdiri daripada perincian pelaksanaan, penunjuk prestasi dan sasaran utama, serta pelan risiko dan
mitigasi telah disediakan untuk setiap EPP impak tinggi.
Jadual 6-1: Tinjauan keseluruhan agensi yang bertanggungjawab untuk berbagai inisiatif
Mencergaskan telaga sedia ada melalui perolehan minyak tertingkat
Membangunkan telaga kecil melalui penyelesaian berinovasi
Memperhebatkan aktiviti cari gali
Membangunkan pusat penyimpanan dan perdagangan minyak serantau
Membuka permintaan gas premium di Semenanjung Malaysia
Menarik MNC untuk membawa sebahagian besar operasi global mereka ke Malaysia
Menggabungkan pembuat fabrikasi tempatan
Membangunkan kemampuan dan keupayaan kejuruteraan, pemerolehan dan pemasangan menerusi perkongsian strategik dan usaha sama
Pemilik Peneraju inisiatif Agensi, syarikat dan organisasi yang lain
PETRONAS
PETRONAS
PETRONAS
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA)
OFSU
OFSU
OFSU
Kontraktor bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC)
Kontraktor bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC)
Kontraktor bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC)
Pemilik ProjekKementerian PengangkutanKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Kewangan
PETRONASKerajaan negeri yang berkenaanKementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan AirGas MalaysiaUnit Perancang Ekonomi (EPU)Suruhanjaya Tenaga
Persatuan industri (contohnya, MOGSC, OSFAM)PETRONASLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
PETRONASOffshore Structural Fabricator Association of Malaysia (OSFAM)Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Persatuan industri (contohnya, MOGSC, OSFAM)PETRONASLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
EPP
220 Bab 6Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Meningkatkan kecekapan tenaga
Membangunkan kapasiti tenaga solar
Menggunakan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa
Mempergunakan potensi hidroelektrik Malaysia
Pemilik Peneraju inisiatif Agensi, syarikat dan organisasi yang lain
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Unit Perancang Negeri Sarawak (SPU)
Kementerian Kewangan (MOF)Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)Kementerian Pengangkutan (MOT)
TNBSuruhanjaya Tenaga (ST)
Nuclear MalaysiaSuruhanjaya Tenaga (ST)TNBLembaga Perlesenan Tenaga Atom
Sarawak Energy BhdKementerian Kemudahan Awam SarawakRECODA (Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak)TNBKeTTHASuruhanjaya Tenaga (ST)
EPP
Jadual 6-1: Tinjauan keseluruhan agensi yang bertanggungjawab untuk berbagai inisiatif (samb)
Pelan pelaksanaan terperinci untuk setiap EPP telah pun disediakan. Pemilik dan sebahagian besar pihak
berkepentingan telah memberikan input dan menyetujui pelan perancangan tersebut.
Atas sebab keperluan untuk penyelarasan dan penumpuan, sebuah struktur tadbir urus keseluruhan juga
perlu diwujudkan. Matlamatnya ialah untuk memantau pelaksanaan dan penyampaian bukan hanya untuk
kesemua 12 EPP di atas tetapi juga untuk semua senarai peluang perniagaan serta untuk memastikan
penyelarasan tepat pada waktu antara semua pihak berkepentingan dan badan Kerajaan yang berkenaan.
Sebuah jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air akan terus memberikan arahan atas pelaksanaan saranan minyak, gas dan tenaga.
Struktur tadbir urus yang lebih luas yang akan dilaksanakan telah dirumuskan dalam Carta 6-20.
Ia dirancang dengan kuasa penuh untuk mendorong kejayaan pelaksanaan EPP, tetapi tidak terlalu
mengganggu sehingga melakukan fungsi sama seperti badan dan agensi Kerajaan sedia ada. Ini berjaya
dicapai dengan mewujudkan hanya tiga peranan di atas EPP: sebuah jawatankuasa pemandu, fungsi
pengurusan jaluran untuk mengarahkan pelaksanaan (dipecahkan antara PETRONAS dan Unit ETP) dan
fungsi pelaporan dan sekretariat, yang dijalankan oleh Unit ETP untuk menyokong jawatankuasa pemandu.
221Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-20
Summary of Wholesale and Retail NKEA
• IncrementalGNIimpactin2020
• Additionaljobsin2020
• Criticaltargetsandmilestoneswithin6to12months • LNGregasificationconcept(on-shorelandvsoffshoreorFloatingStorageandRegasificationunit(FSRU)finalised • GrantfundingandprivatejettylicencefordeepwateroilterminalpilotprojectinSouthEastJohorapprovalsobtained • LocalEngineering,Procurement,ConstructionandInstallationandCommissioningfirmsthatcanbidforregionalEPC contractsformed • GovernmentandGLCinitiativetoleadbyexampleonenergy-efficiency(circularforchangesinprocurementandon newEEbehaviours,monitoringprogrammeforkeyGovernmentbuildings)launched • Feed-intarifftokick-startthemarketfordistributingsolarpowergeneratedonresidentialroof-topsandincommercial andindustrialpremisescommencedin2011.
RM131.4 billion
52,300
Nota: EPP 1 hingga 3 akan dilaksanakan oleh PETRONAS dan PETRONAS akan memberi laporan kepada PMsecara berkala
Jawatankuasa Pemandu NKEA
Pering-kat EPP
Jawatankuasa PemanduPengerusi: Perdana Menteri
Pengerusi Bersama: DS Peter Chin
PETRONAS
KeTTHA
SWK SPU
MIDA/ MITI
Nuclear Malaysia
AhliPasukanPemudahan Pusat
Pemandu ETP Unit
Melaporterus keYAB PM
Tadbiran untuk NKEA Minyak, Gas dan Tenaga: Struktur tadbiran pelaksanaan duatingkat akan menetapkan arah tuju dan memangkin pelaksanaan
EPP 4Gas
EPP 5Logistik
EPP 6-8OFSE
EPP 9Kecekap-an Tenaga
EPP 10Solar
EPP 11Nuklear
EPP 12Hidro
EPP 1,2,3Cari Gali & Pengeluar-
an