24
BAB I
PENDAHULUAN
1.1PengenalanSebagai seorang manusia di muka bumi ini, setiap
orang berhak menikmati hak asas sebagai seorang manusia.
Walaubagaimanapun, hak asasi manusia sebagai pelarian telah
dicabuli dan mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya diterima
oleh mereka. Pelarian adalah mereka yang tidak dapat pulang ke
negara asal disebabkan kebimbangan akan ditindas semula berpuncakan
kepada perbalahan antara sesama bangsa, agama, kewarganegaraan dan
pandangan politik. Sebagai pelarian mereka mempunyai hak asasi
sebagai pelarian sebelum status mereka diiktiraf secara rasmi
dibawah peruntukan undang-undang antarabangsa. Walaubagaimanapun,
pelarian di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan Akta
Imigresen 1959/53 (pindaan 2002) dimana mereka masih dianggap
sebagai pendatang haram, ini disebabkan ketiadaan undang-undang
khas bagi pelarian. Maka, hak pelarian ini dicabuli sebagai seorang
manusia dibawah Perkara 1 Perisytiharaan sejagat hak manusia iaitu
semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan
hak-hak mereka. Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
Orang Pelarian (UNHCR) telah menganggarkan jumlah pelarian di
Malaysia di antara 90 000 kepada lebih daripada 170 000 orang.
UNHCR ialah sebuah agensi yang bekerjasama dengan agensi-agensi
Kerajaan serta masyarakat awam untuk melindungi pelarian dan
membantu dalam memenuhi kebajikan mereka sementara mereka memohon
perlindungan sementara di Malaysia. Hak pelarian ini disokong kuat
oleh Amnesty International iaitu satu pergerakan seluruh dunia yang
mempunyai seramai 2.8 juta penyokong, ahli dan aktivis di lebih
daripada 150 Negara dan wilayah yang berkempen untuk menamatkan
penganiayaan yang serius terhadap hak asasi manuasia. Tujuan
pergerakan ini adalah untuk memastikan setiap orang dapat menikmati
semua hak yang termaktub dalam Peristiharaan Hak Asasi Manusia
Sejagat dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa yang lain.
Terdapat banyak cara penyelesaian yang telah dilakukan oleh UNHCR
untuk memastikan pelarian menikmati hak yang sepatutnya dinikmati
oeleh mereka.
1.2 Objektif Kajian Kertas kajian ini dibuat bertujuan untuk
membincangkan hak pelarian di Malaysia dan bagaimana hak orang
pelarian dilindungi. Di Malaysia tidak terdapat mana-mana Akta yang
melindungi hak sebagai pelarian. Disebabkan ini Pejabat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Orang Pelarian (UNHCR) ditubuhkan
bagi menpertahankan dan menegakkan hak pelarian ini.Namun begitu,
dapatlah disimpulkan secara keseluruhannya akan tujuan kajian
tentang hak asasi pelarian ini dilakukan adalah untuk : (a)
Mengetahui definisi sebenar manusia yang dikatakan pelarian(b)
Mengetahui hak-hak pelarian berada di Malaysia(c) Mengetahui
masalah-masalah yang berlaku bagi menegakkan hak pelarian di
Malaysia(d) Mencari jalan penyelesaian bagi menegakkan hak pelarian
yang berada di Malaysia
BAB II
HAK PELARIAN DAN KEGAGALAN DALAM MELAKSANAKANNYA
2.1Konsep PelarianPelarian merupakan orang yang melarikan diri
ke Negara lain disebabkan oleh revolusi yang terjadi di negara
mereka atau yang terjadi disebabkan serangan oleh musuh. Menurut
UNHCR ( Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian)
mentakrifkan pelarian sebagai seorang yang tidak mampu melindungi
diri sendiri, orang yang melarikan diri daripada perang, orang yang
dianiaya disebabkan oleh bangsa, agama, kerakyatan, keahlian mereka
dalam kumpulan sosial yang tertentu dan pegangan politik mereka.
Mereka ini wajar mendapat pelindungan antarabangsa. Keadaan
pelarian pada dekad ini telah menunjukkan bahawa ia merupakan
cabaran semula jadi yang mesti ditempuhi dalam sesebuah negara yang
sedang mengejar kemajuan dan pembangunan.
2.2Penetapan Status PelarianKerajaan bagi sesebuah Negara
memperkenalkan prosedur pengenalpastian status pelarian dengan
merujuk kepada sistem undang-undang kerajaan mereka sendiri bagi
mengenal pasti hak dan status pelarian di sesebuah negara tersebut.
Hal ini penting kerana ia akan dapat menjamin hak pelarian mereka
agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih selesa di Negara lain
dan bukannnya menerima penindasan yang lebih teruk seperti
dianayia, dieksploitasi, ditangkap malahan akan dibunuh.
Secara amnya mereka yang memohon status pelarian negara perlu
menyatakan bahawa ketakutan mereka terhadap sesuatu hukuman adalah
bertempat. Selain mendapatkan status dari negara lain, mereka juga
boleh mendapatkan pelindungan antarabangsa iaitu mendapatkan
jaminan dan perlindungan daripada negara atau kerajaan mereka
sendiri untuk melindungi hak asasi dan keselamatan fizikal. Namun,
kebiasaannya, dalam kes pelarian, negara asal pelarian tidak
berkemampuan untuk melindungi hak-hak asasi mereka. Sebenarnya,
pelarian mampu untuk mendapatkan hak yang sama rata seperti
penduduk yang menetap di negara tersebut. Hak seperti pertolongan
asas, ekonomi, sosial, rawatan perubatan dan sebagainya perlu
diberikan kepada pelarian yang memerlukannya.
2.3Kegagalan Dalam Melaksanakan Hak Pelarian
Dalam isu pelarian, kebanyakan negara tidak dapat menerima
pelarian dalam negara mereka dan pelarian ini gagal untuk
mendapatkan hak-hak mereka di negara tersebut. Secara rasminya,
Malaysia tidak mengiktiraf golongan pelarian dan masih menganggap
mereka sebagai pendatang haram. Mereka masih tidak mendapat status
yang sah disisi undang-undang dan hak untuk bekerja. Malaysia gagal
memahami hak-hak asasi pelarian serta pengurusan pelarian yang
sewajarnya.
Hal ini kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khas bagi
pelarian. Maka, negara Malaysia tidak dapat memberikan hak yang
terbaik bagi pelarian. Isu pelarian juga tertakluk di bawah Akta
Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dimana semua pelarian dianggap
sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Oleh kerana Malaysia
tiada undang-undang khas, pelarian ini diletakkan dan berdaftar
dibawah UNHCR.
Seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar
dengan UNHCR.(sumber: www.malaysiakini.com/news). Walaupun Malaysia
tidak mengiktiraf pelarian, namun negara ini masih terikat dengan
undang-undang adat antarabangsa iaitu non-refoulment iaitu
seseorang itu tidak boleh dikembalikan kepada negara dimana
berlakunya penindasan atau pelanggaran hak manusia dan mereka tidak
boleh ditolak permohonan masuk ketika berada di sempadan sesebuah
negara. Walaupun terikat dengan undang-undang tersebut, namun
Malaysia tetap melaksanakan hukuman kepada pelarian yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang tinggal di
Malaysia tanpa permit akan dikenakan penjara tidak melebihi lima
tahun, sebatan tidak melebihi enam kali, membayar denda dan
termasuk hukuman rotan. Bagi mereka yang tinggal di negara ini
melebihi visa yang ditetapkan, mereka akan dipenjara seperti tempoh
penjara kemasukan haram, denda dan dirotan.
Dalam perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa sesiapa yang
ditahan hendaklah dibawa kehadapan majistret dalam masa 24 jam atau
dibebaskan. Walaubagaimanapun, sesiapa yang bukan warganegara dan
ditahan kerana melanggar imigresen boleh ditahan sehingga 14 hari
sebelum dibawa kehadapan majistret. Kemudian, mereka akan dihantar
ke pusat tahanan imigresen untuk satu tempoh yang dinyatakan.
BAB III
PENYATA MASALAH
3.1Masalah Yang DihadapiTerdapat beberapa pernyataan masalah
dalam isu yang dikaji ini yang telah dapat dikenalpasti. Antaranya
ialah isu berkaitan dengan pelarian yang telah dirompak dan
dianiaya oleh agen penguatkuasa imigresen. Umumnya semua mengetahui
bahawa orang pelarian telah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran
dalam hidup dan dengan itu antaranya memilih untuk mendapatkan
kehidupan yang sempurna dan selamat di Malaysia. Walaupun mereka
dapat tinggal di Malaysia, namun kehidupan mereka tidak sesempurna
seperti warganegara Negara ini disebabkan oleh identiti mereka
sebagai orang pelarian. Mereka perlu mematuhi undang-undang yang
telah dilaksanakan oleh Malaysia sekiranya ingin hidup dalam
kedamaian. Malaysia menguatkuasakan undang-undang imigresen dan
pada dasarnya secara ekstrem. Serbuan dan tahanan imigresen kerap
dijalankan oleh agen kerajaan, dan yang membuatkannya lebih
kontroversi adalah serbuan dan tahanan oleh anggota polis
sukarelawan rakyat (Ikatan Relawan Rakyat atau RELA). Serbuan boleh
dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Pelarian dan
pencari suaka sentiasa hidup dalam kebimbangan dan ketakutan bukan
sahaja mengenai serbuan tetapi juga akan kesan daripada serbuan
tersebut Semasa serbuan dan pemeriksaan imigresen ini dijalankan,
taktik-taktik yang boleh dipersoalkan telah digunakan serta
gangguan pemerasan dan kekerasan kelihatan berleluasa. Kaedah yang
digunakan oleh pihak RELA memberi banyak masalah. Kaedahnya
antaranya termasuk membahagikan tahanan dalam kumpulan secara kasar
mengikut bangsa atau etnik tertentu dan mempunyai sikap tangkap
sekarang, siasat kemudian. Sebahagian besar agen RELA yang tidak
terlatih ini sering mendedahkan mereka yang ditahan kepada
penghinaan, penderaan fizikal, pencurian dan pemerasan. Amnesty
International telah mendengar banyak kes yang menguatkan lagi
kesimpulan bahawa agen RELA lebih berminat untuk memperoleh
keuntungan peribadi yang haram, melalui apa saja cara yang mereka
ada, daripada menjalankan tugas penguatkuasaan imigrasi secara sah.
Masalah seterusnya yang berlaku adalah dokumen diri pelarian yang
diabaikan. Dokumen diri merupakan status pengenalan serta merupakan
dokumen yang menyatakan bahawa mereka diberi kebenaran untuk
tinggal di Malaysia. Namun begitu orang pelarian sering diabaikan
status mereka dan dokumen diri yang sepatutnya dimiliki oleh mereka
tidak diperoleh dengan segera. Hal ini berlaku kerana dokumen
mereka tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Terdapat juga kes
dimana walaupun orang pelarian menunjukkan kad UNCHR kepada pegawai
kerajaan mereka tetapi tetap juga ditangkap.
Perkara tersebut didakwa pernah terjadi kerana terdapat pelarian
yang melaporkan bahawa apabila mereka menunjukkan kad UNHCR mereka
kepada pegawai kerajaan atau kakitangan RELA, mereka diberitahu
bahawa ia tidak memberikan apa-apa makna. Ada yang melaporkan
bahawa pihak berkuasa membuang dokumen UNHCR mereka sebelum
melakukan tangkapan. Sebaliknya, bagi mereka yang masih menunggu
kad yang sah, mereka menunjuk surat pelantikan mereka daripada
UNHCR, namun diberitahu bahawa ia tidak dapat melindungi mereka
daripada ditangkap atau ditahan. Namun, ada yang lain menyatakan
bahawa mereka boleh terlepas daripada tangkapan atau tahanan dengan
membayar rasuah.
Di samping itu, masalah lain yang dihadapi oleh orang pelarian
dalam Malaysia ialah pengusiran. Mengikut UNHCR, dalam masa enam
bulan sebelum bulan Julai 2009, 141 orang Myanmar telah diusir ke
Thailand. Tidak ada lagi pengusiran ke Thailand diketahui berlaku
sejak itu. Negara Thai telah membiarkan pelarian daripada
negara-negara lain, seperti Laos, terdedah kepada pengusiran ke
negara lain. Ini telah meningkatkan kesedaran yang pelarian yang
dipaksa pulang ke Thailand dari Malaysia akan menghadapi nasib yang
sama. NGO tempatan telah melaporkan bahawa individu yang mempunyai
kad UNHCR berkemungkinan besar tidak akan dihantar pulang oleh
pihak kerajaan.
Namun begitu, masih wujud kebimbangan dalam kalangan orang
pelarian kerana terdapat dalam kalangan mereka yang hanya mempunyai
surat pelantikan UNHCR tetapi masih menunggu status tentang diri
mereka. Terdapat kes dimana pada bulan Januari 2010,seramai 19
orang pelarian dari Sri Lanka yang berdaftar dengan UNHCR telah
dihantar pulang secara paksa. Keadaan ini bertentangan dengan
prinsip pengusiran kerana mereka tidak seharusnya dihantar pulang
kerana mempunyai keizinan untuk tinggal di Malaysia.
Walaubagaimanapun, pengusiran mereka telah digantung selepas
orang ramai mengemukakan rayuan segera yang disokong oleh SUARAM,
Suruhanjaya Hak Asasi Orang Asia dan lain-lain lagi. Bagi tahanan
yang berhadapan dengan masalah pengusiran dan tidak dapat berhubung
dengan NGO atau UNHCR untuk mendapatkan bantuan, keadaan mereka
tidak diketahui dan kes mereka tidak juga direkodkan.Kesukaran
mengakses UNHCR dalam tahanan juga merupakan masalah yang terpaksa
dihadapi oleh pelarian. Terdapat pelarian yang ditahan melaporkan
bahawa mereka masih tidak dapat untuk mengakses UNHCR. Masalah ini
berlaku kerana kelewatan tindakan yang diambil oleh kedua-dua belah
pihak iaitu pusat tahanan mengambil masa yang lama untuk
menghubungi UNHCR. Kelewatan tersebut menyebabkan pelarian yang
mempunyai keizinan terpaksa berada dalam tahanan dalam satu tempoh
tertentu.
Pada bulan Mac 2010, UNHCR memberitahu Amnesty International
bahawa talian hotline telah disediakan untuk memudahkan perhubungan
termasuk kepada mereka yang berada dalam tahanan.
Walaubagaimanapun, para pelarian dan NGO tempatan telah melaporkan
bahawa mereka yang berada dalam tahanan terpaksa menyogok
kakitangan untuk menggunakan telefon atau membayar terus kepada
pengawal keselamatan untuk menggunakan telefon bimbit mereka. Namun
begitu, walaupun talian hotline merupakan salah satu cara yang
berguna untuk berhubung tetapi terdapat halangan terhadap
penggunaannya kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
BAB IV
TINDAKAN PENYELESAIAN UNHCR
4.1Sejarah Statistik Pelarian Di MalaysiaPelarian adalah masalah
sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas
dengan pelarian dan Malaysia tidak terkecuali. Ia akan berterusan
menjadi satu masalah tetapi lebih mudah menanganinya jika semua
negara bekerjasama. Negara terbesar yang menghasilkan pelarian yang
memberi kesan kepada Malaysia pada suatu pada masa ialah Myanmar
dan fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun. UNHCR
memulakan operasi di Malaysia pada 1975 di mana pada peringkat
awalnya untuk menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu
kerajaan Malaysia dalam menerima dan menempatkan semula lebih 50,
000 orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke Sabah pada
1970-an hingga 1980-an. UNHCR juga membantu kerajaan dalam
menempatkan semula beberapa ribu orang Islam Cham dari Kampuchea
pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada
1990-an.Isu pelarian Vietnam yang mendarat dengan ramainya di
negara ini untuk mencari perlindungan daripada pemerintahan komunis
sebaik berakhirnya Perang Vietnam pada April 1975. Kira-kira
250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau
Bidong (sebuah pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka
diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada,
Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan
Norway. Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan
bantuan UNHCR. Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada
Oktober 1991, Malaysia masih menjadi tumpuan serta tempat
perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain sehingga
ke hari ini. Menurut Alan Vernon, Pesuruhjaya tinggi Bangsa-Bangsa
Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), terdapat kira-kira 50 juta pelarian
di seluruh dunia.Di Malaysia terdapat sekitar 88,100 pelarian dan
mereka yang ingin mendapatkan suaka politik berdaftar dengan
pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka ini diberi kad
UNHCR sebagai tanda pengenalan diri. Untuk datang ke Malaysia,
mereka perlu mengharungi pelbagai pahit getir. Mereka juga datang
ke Malaysia kerana mereka tahu mereka boleh hidup dengan keadaan
ekonomi Malaysia yang stabil. 4.1 Tindakan Penyelesaian
UNHCR4.1.1Pelarian yang Ada di Malaysia tidak diletakkan di dalam
KhemahDi Malaysia, pelarian yang ada tidak akan ditempatkan di
dalam khemah sebagai penempatan. Komuniti pelarian akan tinggal di
kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara dan sering kali
bilangan yang besar terpaksa berkongsi tempat tinggal di dalam
ruang yang sempit. Kadang kala orang berfikir khemah adalah
penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi pada dasarnya tinggal
di khemah pelarian akan menambah lebih banyak penderitaan. Jika
pelarian masih diletakkan di dalam khemah, ramai yang akan
bergantung kepada bantuan kebajikan dan penjagaan. Seringkali juga
apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding
situasi lain kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri.
Menurut Vernon, kerajaan Malaysia mengambil langkah positif dengan
tidak menyekat pergerakan pelarian yang bererti mereka boleh
berusaha untuk mencari nafkah bagi menyara keperluan kehidupan
mereka.4.1.2 Penempatan SemulaSelepas sesebuah negara menerima
pelarian di negaranya, langkah penempatan semula haruslah segera
dilakukan untuk memindahkan mereka ke negara ketiga. Menurut
Vernon, pihaknya mengemukakan lebih daripada 10,000 pelarian untuk
penempatan semula tetapi mengulangi itu bukanlah penyelesaian untuk
semua orang. Penyelesaian terbaik untuk pelarian ialah pulang ke
negara asal masing-masing. Untuk itu perlu ada rangka kerja
perundangan. Ini amatlah penting untuk memastikan pelarian
dilindungi dan selamat sehingga sampai masanya mereka boleh pulang
ke negara mereka. Sesetengah daripada mereka boleh ditempatkan
semula di negara lain tetapi ia bukan penyelesaian untuk setiap
pelarian. Sebagai rekod, Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951
berhubung kedudukan pelarian. Memang penting untuk menandatangani
Konvensyen Pelarian tetapi jika sesebuah kerajaan itu tidak
bersedia untuk berbuat demikian kita masih boleh mengadakan dasar
serta prosedur dalam menangani isu pelarian. Kesulitan besar
sekiranya mereka melakukannya tanpa dasar dan prosedur, semua perlu
dibuat berdasarkan budi bicara. Ia juga tidak memberi panduan
kepada semua peringkat kerajaan.4.1.3 Pelarian Diberikan Hak Yang
FormalMemandangkan masalah pelarian mungkin tidak selesai dalam
masa terdekat, cabaran umum ialah mencari jalan bagi memenuhi
keperluan pelarian dan dalam masa yang sama melindungi kepentingan
tuan rumah secara keseluruhan. Pelarian dan suaka perlu diberi hak
yang formal untuk bekerja. Juga penting bagi suaka dan pelarian
dilindungi daripada penganiayaan dan peras ugut, terutamanya
pasukan RELA hendaklah menghentikan dengan segera tugas-tugas
berkaitan imigresen. Pembaharuan segera adalah perlu untuk
mengecualikan pencari suaka dan pelarian daripada hukuman jenayah
yang berkaitan dengan masalah migrasi, pada masa yang sama,
komuniti antarabangsa boleh menyokong usaha ini dengan menyediakan
pertambahan peluang penempatan semula kepada pelarian dalam
Malaysia, dan dengan menawarkan bantuan kewangan kepada UNHCR untuk
memudahkan keupayaan mereka untuk mendaftar, memproses dan membantu
pelarian. Menambahkan usaha untuk melindungi pelarian terutamanya
terhadap wanita dan kanak-kanak dari segala bentuk keganasan
termasuklah menyasarkan sumber untuk menambah akses kepada bantuan
perubatan dan representasi undang-undang serta mendirikan tempat
kediaman yangselamat.4.1.4 Menyediakan Status Formal Yang Sah Satu
daripada langkah yang penting dengan menyediakan status formal yang
sah kepada pelarian dan pencari suaka dan mewujudkan sistem
pendaftaran di mana mereka akan diberikan dokumen pengenalan. Ini
boleh memastikan akses kepada kelayakan yang berkaitan dan
penghormatan kepada hak asasi, termasuklah hak untuk tidak
ditangkap dan ditahan secara sewenang-wenangnya, dan hendaklah
diiktiraf sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab atau pihak
lain yang bertindak bagi pihak mereka. Sementara itu, penguat kuasa
Malaysia hendaklah bekerjasama dengan UNHCR untuk memastikan bahawa
proses pendaftaran yang sedia ada menyediakan perlindungan yang
diperlukan. Memberi keutamaan untuk mendapat sumber tambahan untuk
pejabat mereka agar mereka boleh menambahbaikkan kapasiti mereka
untuk menentukan status pelarian dengan segera berikutan dari
bertambahnya angka pelarian yang didaftarkan dalam Malaysia,
termasuklah untuk menambah kapasiti bagi pendaftaran dan
pemprosesan rakyat bukan Myanmar.4.1.5Sentiasa Memastikan Pelarian
Tidak Kebal Undang-UndangMenurut Vernon, UNHCR sentiasa berusaha
untuk memastikan pelarian tidak terlibat dalam apa jua kesalahan
selama mereka menduduki sesebuah negara itu. Pekerja pembangunan
komuniti UNHCR serta yang lain sering keluar untuk bercakap dengan
pelarian dan menggalakkan mereka supaya mematuhi undang-undang.
Pelarian tidak kebal undang-undang kerana jika mereka melanggar
undang-undang mereka boleh ditangkap dan dibicara seperti orang
lain. Pelarian yang menpunyai kad UNHCR bukan boleh melindungi
mereka. Pelarian mesti patuh kepada undang-undang dan perlu sedar
kehadiran mereka di negara ini tidak boleh diambil ringan. Mereka
seakan tetamu di negara ini dan perlu berkelakuan sebagai tetamu.
Jangan bertindak yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia berasa
terancam dan tidak gembira dengan kehadiran mereka, kata
Vernon.Menyediakan Mereka Peluang EkonomiDasar yang lebih baik
jelas Vernon, ialah dengan memindahkan pelarian di negara ini ke
tempat lain supaya tidak bertumpu di satu-satu tempat sahaja.
Sebahagian besar pelarian berada di Kuala Lumpur. Cara yang terbaik
untuk memindahkan pelarian secara serentak adalah dengan memberikan
peluang pekerjaan secara sah. Mereka boleh bekerja di sektor
perladangan, pengilangan dan pembinaan. Sesetengah pelarian
mempunyai kemahiran yang amat baik dan begitu berguna sekali untuk
majikan di Malaysia. Kawalan serta peraturan yang lebih baik
terhadap keadaan pelarian dan merupakan salah satu langkah
mengelakkan eksploitasi. Langkah ini diambil sebagai salah satu
cara untuk menjadikan pelarian lebih berdikari dari segi pekerjaan
supaya mereka tidak menjadi beban di mana ini akan hanya
mencetuskan masalah sosial. Pelarian telah menjejaskan Malaysia di
masa lampau dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Jumlah
pelarian mungkin bertambah dan berkurangan tetapi lebih elok jika
ada dasar dan sistem untuk menangani isu ini secara yang boleh
dijangkakan dan menguruskannya dengan lebih teratur.4.1.6
Memberikan Pendidikan Kepada Kanak-Kanak PelarianTerdapat kira-kira
19,000 pelarian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yan berdaftar
dengan UNHCR. Seramai 10,600 daripada kanak-kanak itu dalam usia
bersekolah. Bagaimanapun dianggarkan kurang daripada separuh
kanak-kanak pelarian yang sepatutnya menghadiri sekolah tidak
mempunyai peluang untuk mendapatkan sebarang bentuk pendidikan.
Jika kanak-kanak tidak diberikan pendidikan, ini akan merosakkan
masa depan mereka dan boleh mencetuskan masalah sosial di kemudian
hari. Kerajaan Malaysia telah menyatakan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) boleh membantu untuk menyediakan pendidikan bagi anak-anak
pelarian. Bagaimanapun, beliau memberitahu NGO berkenaan mengalami
kesulitan kewangan serta sumber lain dalam menyediakan pendidikan
yang diperlukan bagi anak-anak pelarian. Oleh yang demikian,
komuniti pelarian sendiri seharusnya mengambil daya usaha untuk
mengatur program pendidikan untuk anak-anak mereka. Anak-anak
pelarian bolehlah menyumbang kepada komuniti mereka apabila mereka
pulang ke negara mereka.4.1.7 Sokongan Organisasi Lain Untuk
Mengatasi Masalah PelarianUNHCR berharap dapat bekerja lebih rapat
lagi dengan kerajaan, NGO serta orang awam untuk memperbaiki
kualiti dan peluang pendidikan bagi komuniti pelarian negara ini.
Ulasan Vernon yang bersetuju dengan keadaan ramai yang melakukan
banyak perkara dan berpendapat dalam keadaan itu, setiap orang akan
bersetuju bahawa apa jua keadaan, kanak-kanak tidak harus menjadi
mangsa. Mereka tidak memilih untuk datang ke Malaysia,ibu bapa
mereka yang telah membuat keputusan untuk datang ke Malaysia, jadi
kita haruslah bekerjasama untuk memperbaiki keadaan hidup mereka.
Dalam hal itu, semua orang mempunyai peranan masing-masing sama ada
NGO, sukarelawan dan juga Bangsa-Bangsa Bersatu. Tambah Vernon,
pelarian juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya.
4.1.8 Pelarian Membentuk Jawatankuasa SendiriUNHCR mempunyai
pasukan untuk memperkasa komuniti pelarian supaya mereka mempunyai
jawatankuasa kepimpinan yang boleh menjaga komuniti masing-masing.
Kita akan cuba bekerja dengan semua dan akan cuba menggalakkan
mereka sebanyak mungkin tetapi kita perlu realistik bahawa ada
kumpulan lain yang lebih baik dari kumpulan lain. Ada kumpulan yang
mudah membentuk kumpulan dan menjaga kepentingan mereka. Sementara
yang lainnya terpaksa berhempas-pulas untuk berbuat demikian. Ada
kumpulan yang memberi ruang untuk kaum wanita menyertai kepimpinan,
ada yang tidak berapa bersetuju. kata Vernon. Kumpulan pelarian ini
tidak mahu mencari susah kerana mereka tahu keadaan mereka yang
serba-serbi payah dan mereka tidak boleh mendapat bantuan kerajaan
mereka. Mereka juga tahu mereka hanya boleh mengadu kepada UNHCR
dan pihak berkuasa Malaysia. Hidup mereka sudah susah dan mereka
tahu risiko jika terlibat dalam kegiatan yang tidak baik.
BAB V
CADANGAN
5.1Cadangan Yang DikemukakanMenurut Amnesty International,
terdapat banyak cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya kepada
kerajaan Malaysia keatas pelarian pelarian yang berada di Malaysia.
Antara cadangannya termasuklah kerajaan Malaysia perlu memberi
kebenaran kepada sesiapa sahaja yang ingin memasuki Negara ini
dimana dengan niat merka untuk melindungi diri mereka dan
memastikan mereka mendapat akses segera kepada UNHCR. Selain
daripada itu, mereka juga mencadangkan supaya pihak kerajaan
Malaysia memperkenalkan sistem kad ID yang bertujuan untuk
menyediakan hak yang sah untuk terus berada dalam Negara semasa
proses penentuan suaka serta memberi kelayakan kapada mereka keatas
perkhidmatan yang sepatutnya diterima oleh pihak mereka dan
memastikan kad ID mereka dihormati oleh semua peringkat
penguatkuasa imigresen dimana pemilik kad ID tidak akan ditangkap ,
ditahan atau diusir keluar dari Negara ini. Tambahan lagi, pihak
kerajaan juga perlu menghapuskan dengan serta merta semua tugas dan
kuasa berkaitan dengan imigresen daripada RELA, termasuklah kuasa
untuk menahan pelarian ini dan memastikan bahawa pelarian
kanak-kanak yang tiada pengiring iaitu penjaga, orang tua, wanita
yang sedang hamil dan semua mangsa-mangsa trauma tidak akan ditahan
sama sekali atas sebab-sebab yang berkaitan dengan penghijrahan.
Selain itu, mereka perlu dilayan dengan rasa penuh hormat oleh
pihak imigresen dan perlu memenuhi piawaian antarabangsa terhadap
penggunaan kekerasan.Selain daripada cadangan yang diberikan kepada
pihak kerajaan Malaysia, pihak Amnesty International juga memberi
beberapa cadangan kepada pihak UNHCR, iaitu pihak UNHCR perlu terus
bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan dokumen
pengenalan diikiraf dan sah digunakan oleh semua pihak yang
terlibat dalam pengawalan penghijrahan. Selain daripada itu, mereka
jua mencadangkan supaya pihak UNHCR mengadakan kempen yang disasar
dan ditujukan kepada para pelarian dan Negara tuan rumah untuk
memastikan terdapatnya persefahaman terhadap hak dan tanggungjawab
pelarian yang berbentuk kesedaran dan advokasi dan meneruskan usaha
untuk memastikan bahawa individu yang ditangkap disebabkan
kehadiran yang tidak mengikut peraturan di Malaysia diberi akses
secara segera kepada UNHCR sekiranya mereka mahu. Bagi mematikan
para pelarian dilindungi daripada keganasan dan penyalahgunaan hak
asasi yang lain, pihak UNHCR perlu menyasarkan sumber untuk
menambah akses kepada bantuan perubatan dan representasi
undang-undang serta mendirikan tempat tinggal yang selamat kepada
mereka terutamanya bagi golongan wanita dan kanak-kanak. Sejajar
dengan Dasar Pelarian Bandar UNHCR, cadangan bagi meneruskan proses
membaiki kemudahan penerimaan bagi mereka yang menunggu di luar dan
di dalam kawasan UNHCR bagi melancarkan tugas pihak UNHCR.
BAB VI
KESIMPULAN
6.1KesimpulanPelarian ialah seseorang yang keluar daripada
Negara asal dan masuk ke Negara lain tanpa sah disebabkan
kebimbangan mengenai keselamatan mereka dan ketakutan terhadap
penganiayaan dan penyeksaan yang akan diterima oleh mereka dari
Negara asal. Walaupun mereka ini dikatakan telah mencerobohi Negara
lain tanpa sah atau tanpa kebenaran, hak asasi mereka terutama
perlindungan dan keselamatan seharusnya dijaga oleh Negara
dicerobohinya. Mereka berhak mendapat hak keperluan asas seperti
hak tempat tinggal, hak mendapatkan makanan yang berkhasiat selain
hak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Antara Negara yang
tidak terkecuali menerima pelarian atau sinonim dengan tanggapan
pendatang asing ialah Negara Malaysia sendiri. Melihatkan kemelut
yang dihadapi oleh Negara dalam menangani isu pembanjiran pelarian
yang begitu membimbangkan suatu masa dahulu , UNHCR didapati telah
melakukan pelbagai penyelesaian bagi memastikan pelarian menerima
hak-hak mereka dengan salah satu caranya ialah dengan menyediakan
dokumen pengenalan diri bagi pelarian dan mengadakan kerjasama
dengan Negara-negara lain seperti Negara ketiga. Walaupun begitu,
masih terdapat masalah-masalah yang timbul antaranya sikap degil
serta kurangnya informasi kepada sesetengah pelarian dimana mereka
masih lagi tidak merujuk kepada UHNRC bagi memperoleh kad
pengenalan serta sesetengah pelarian yang dilaporkan masih tetap
ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa walaupun telah
mempunyai dokumen pengenalan diri yang disediakan oleh pihak UNHCR.
Hak pelarian ini seharusnya dihormati sepenuhnya oleh semua pihak
termasuklah pihak berkuasa dan kerajaan. Walaupun pihak berkenaan
dikatakan mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak terhadap orang
pelarian namun hak-hak yang berkaitan dengan hak asasi manusia
haruslah dipandang berat sekalipun mereka dianggap sebagai
pendatang haram atau pendatang tanpa izin. Pihak berwajib dan
kerajaan haruslah menyediakan undang-undang khas bagi memastikan
hak-hak orang pelarian ini dilindungi dan terjamin sepanjang berada
di Negara dicerobohinya. Ini disebabkan bukan atas kerelaan mereka
untuk melarikan diri dari Negara asal ke nagara lain untuk
berlindung namun disebabkan krisis dan kemelut yang dihadapi oleh
Negara asal telah memaksa mereka. Dengan itu, sebagai seorang
manusia yang menjadi mangsa keadaan, mereka berhak mendapat hak
asas sebagaimana manusia lain yang juga warganegara bagi Negara
yang dicerobohinya itu kerana pada asasnya hak bagi semua manusia
itu adalah sama sahaja.
BAB VI
RUJUKAN
Antara buku-buku rujukan yang digunakan : 1. Amnesty
International, Diseksa Dan Ditinggalkan, Pelarian Dinafikan Hak Di
Malaysia, Jun
2010.http://www.amnesty.org/en/library/asset/ASA28/010/2010/en/53561f51-084a-4b9c-9126-be7c64e8583e/asa280102010ms.pdf
2. Suruhanjaya Hak Asasi Masusia Malaysia (SUHAKAM), Laporan
Tahunan 2010, April
2011http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10127&folderId=39678&name=DLFE-10503.pdf
BAB VIII
LAMPIRANAntara artikel-artikel yang berkaitan dengan isu
pelarian di Malaysia :PERANAN UNCHR DI MALAYSIAUNHCR memulakan
operasi di Malaysia pada tahun 1975 pada peringkat awal untuk
menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan
Malaysia menerima dan menempatkan semula lebih 50,000 orang Islam
Filipina dari Mindanao ke Sabah pada tahun 1970-an dan 1980-an.
UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu
orang Islam Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa
ratus pelarian Bosnia pada 1990-an. Menurut Vernon, terdapat
kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat
sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka
politik berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei
2010. Mereka diberi kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri.Untuk
rekod, pelarian ialah mereka yang diiktiraf sebagai pelarian
sementara pencari suaka politik ialah mereka yang datang ke pejabat
UNHCR untuk menuntut taraf pelarian. Pencari suaka politik akan
ditemu bual dan kes mereka dikaji berdasarkan maklumat UNHCR
mengenai negara mereka sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada
mereka boleh diiktiraf sebagai pelarian. Satu perkara yang elok
tentang pelarian di Malaysia ialah mereka tidak tinggal di dalam
khemah. Komuniti pelarian tinggal di kawasan perumahan kos rendah
di seluruh negara, dan sering kali bilangan yang besar terpaksa
berkongsi tinggal di dalam ruang yang sempit. "Kadangkala orang
berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi
pada dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambahkan lebih
banyak penderitaan. "Lagi pun banyak isu jika diletakkan mereka di
khemah, ramai yang bergantung kepada bantuan, kebajikan dan
penjagaan. "Seringkali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia
akan berpanjangan berbanding situasi lain kerana khemah mempunyai
kehidupan yang tersendiri," jelas Vernon yang menyandang jawatan
wakil UNHCR di Malaysia sejak November 2008. ISU-ISU SEMASAISU
PELARIAN : 91,000 Pelarian Berada di MalaysiaLEBIH 91,000 pelarian
kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).Daripada
jumlah itu, seramai 19,000 pelarian kanak-kanak berusia 17 tahun ke
bawah tetapi jika diperhalusi kepada usia persekolahan, jumlahnya
13,900 orang.Bagaimanapun Wakil UNHCR di Malaysia, Alan Vernon
berkata, hanya 5,100 pelarian atau 30 peratus yang belajar di
sekolah manakala 70 peratus lagi tidak bersekolah."Jumlah tidak
bersekolah begitu besar maka beberapa pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) prihatin terhadap perkara ini dengan memberi peluang
pendidikan kepada komuniti itu."Namun apa yang lebih membimbangkan
kerana tidak banyak kemudahan pendidikan untuk golongan muda
berumur 12 tahun ke atas," katanya kepada Mingguan mStar.Alan
berkata, kanak-kanak pelarian tidak bermasalah, namun sekiranya
mereka tidak diberikan pendidikan pada usia muda maka akan memberi
masalah kemudian hari."Mereka hanya menetap sementara di Malaysia
dan akan diserahkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara
asal masing masing."Pendidikan awal membantu memberi persediaan
kepada mereka apabila berada di negara terbabit serta memberi
sumbangan kepada masyarakat," katanya.Sehubungan itu katanya, masih
banyak perkara perlu diperbaiki melibatkan tenaga pengajar,
kemudahan pembelajaran dan paling penting adalah sumber kewangan.
Walaupun masyarakat menyedari tentang kepentingan pendidikan namun
tidak dinafikan segelintir ibu bapa pelarian enggan menghantar anak
mereka ke sekolah.Mereka bimbang anak-anak berkemungkinan ditahan
oleh pihak berkuasa berikutan pelarian masih dianggap sebagai
pendatang asing tanpa izin (PATI)."Maka tidak hairanlah banyak
sekolah untuk pelarian beroperasi di rumah berbanding membangunkan
kemudahan pendidikan lebih terancang," kata Alan.Beliau berkata,
kanak-kanak pelarian mempelajari bahasa tetapi apa yang penting
sebagai permulaan dalam kehidupan mereka adalah kebolehan membaca
dan menulis.Sehubungan itu, UNHCR berharap agar lebih banyak
penyertaan masyarakat tempatan memberikan sumbangan sama ada
sukarelawan atau keperluan pendidikan.Alan berkata, pada masa sama,
UNHCR berusaha mencari jalan untuk bekerjasama rapat dengan NGO dan
kerajaan bagi memperbaiki kualiti dan peluang
pendidikan."Diharapkan dengan kesedaran dan keprihatinan semua
pihak, ia dapat meningkatkan bilangan kanak-kanak pelarian yang
belajar di sekolah."Kami perlu berusaha untuk mencapai matlamat itu
kerana sudah ada perkembangan mengenainya namun perlu diperkasakan
lagi untuk ke arah lebih baik," katanya.Setakat ini, terdapat 67
sekolah komuniti untuk pelarian di seluruh negara di mana
sebahagian besarnya diuruskan oleh sukarelawan pelarian
sendiri.UNHCR memberi sokongan kepada program pendidikan seperti
latihan perguruan, peruntukan buku teks, geran sekolah, sumbangan
dana dan khidmat sukarelawan.Terdapat 322 sukarelawan berdaftar
dengan UNHCR dan daripada jumlah itu seramai 163 orang ditempatkan
di 40 sekolah komuniti untuk mengajar beberapa subjek seperti
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.PELARIAN MYANMAR MENINGKAT
Wednesday, 30 September 2009 10:54am
PUTRAJAYA 29 Sept. - Jumlah pelarian Myanmar di rantau ini
termasuk di Malaysia akan terus meningkat jika demokrasi di negara
berkenaan tidak segera dipulihkan.Timbalan Presiden Pusat Informasi
Rohingya, Mohd. Rafiq Hamidullah berkata, keadaan pemimpin
demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang ditekan junta tentera
mungkin menyebabkan lebih banyak etnik minoriti melarikan diri ke
negara lain. Beliau berkata, destinasi popular pelarian Rohingya
adalah India, Bangladesh, Thailand dan Malaysia.
"Pelarian Rohingya dari Myanmar biasanya akan memasuki Thailand
terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia melalui jalan
darat."Bagaimanapun terdapat kes pelarian Rohingya memasuki
Malaysia secara terus melalui bot," katanya kepada Utusan
Malaysia.Pelarian Rohingya yang berasal dari Arakan, Myanmar turut
dikenali sebagai orang bot di Thailand kerana selalu melarikan diri
ke negara itu melalui laluan laut.
Kehadiran pelarian Rohingya sebagai komuniti tanpa negara telah
membawa masalah sosial kepada negara-negara yang menerima kehadiran
mereka.Mohd. Rafiq berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 20,000
pelarian Rohingya berada di Malaysia."Perkembangan di Myanmar masih
tidak menentu dan menyebabkan kita tidak boleh pulang ke negara
asal."Pelarian Rohingya di Malaysia berharap keadaan demokrasi di
Myanmar dapat dipulihkan dengan segera dan kerajaan baru
mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk asal," katanya.
Malaysia Dan Australia Tandatangan Perjanjian Pertukaran
Pelarian Dan Pemohon SuakaKUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) --
Malaysia dan Australia Isnin menandatangani perjanjian bersejarah
bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua
negara.Perjanjian itu, yang pertama seumpamanya ditandatangani di
dunia, dengan matlamat jangka panjang untuk mengekang aktiviti
sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia serta jenayah
rentas sempadan.Perjanjian itu, yang berkuat kuasa mulai tengah
malam isnin, adalah bagi pertukaran 4,000 pelarian dan pemohon
suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh
empat tahun. Kesemua pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai
Pelarian (UNHCR).Perjanjian itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mewakili Malaysia manakala
Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia Chris Bowen bagi
pihak negaranya.Pada sidang akhbar bersama kemudian, Hishammuddin
menyifatkan perjanjian itu satu pendekatan di luar kebiasaan bagi
menangani masalah penyeludupan manusia."Kerajaan memberikan isyarat
amat jelas kepada sindiket penyeludupan manusia dan pemerdagangan
orang dan sangat memandang serius perkara ini," katanya.Meskipun
tiada tarikh ditetapkan, beliau berkata pertukaran pertama
berkemungkinan dilakukan tahun ini.Bowen berkata "perjanjian
berani" ini adalah satu tekad kesungguhan kedua-dua negara untuk
menangani isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang di
rantau ini dan ia akan dipantau oleh negara lain untuk melihat
faedah langkah ini."Ini satu kemenangan untuk Malaysia, satu
kemenangan bagi Australia dan kerugian bagi penyeludup-penyeludup
manusia," katanya.Beliau berkata program pertukaran selama empat
tahun itu dianggarkan menelan belanja AUD$296 juta dan akan
dibiayai kerajaan Australia.Perjanjian itu membenarkan pihak
berkuasa Malaysia menyaring para pelarian bagi memastikan mereka
bukan dalam senarai pengganas dikehendaki atau pendatang asing
tanpa izin sebelum dihantar ke Malaysia.Pelarian yang tersenarai
dalam perjanjian pertukaran akan mempunyai kad pengenalan khas
dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan
Australia.Hishammuddin berkata ketika berada di Malaysia, pelarian
berkenaan akan ditempatkan di pusat persinggahan selama 45 hari
sebelum ditempatkan dalam masyarakat.Menjawab satu soalan, beliau
memberi jaminan keselamatan para pelarian adalah menurut tanda aras
ditetapkan UNHCR dan mereka dibenarkan mempunyai akses kemudahan
kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.
"Saya memberi jaminan, bagi pihak Kerajaan Malaysia, bahawa
semua orang akan dilayan dengan penuh bermaruah," katanya.Sehingga
kini, Malaysia mempunyai kira-kira 93,000 pelarian, kebanyakannya
dari Myanmar.Dalam satu kenyataan, Hishammuddin berkata Australia
memilih Malaysia dalam projek perintis ini kerana negara itu yakin
dengan keupayaan Malaysia dan kesungguhannya dalam menangani
kegiatan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.Mengenai
Konvensyen PBB mengenai Pelarian, katanya Malaysia tidak
menandatangani perjanjian tersebut kerana negara tidak mampu untuk
memberi akses keperluan utama seperti peluang pendidikan,
pekerjaan, rumah perlindungan kepada pelarian kerana masih ramai
rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan daripada aspek ini."Ini
membuktikan bahawa walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada
Konvensyen PBB Mengenai Pelarian, tetapi ia masih menjadi destinasi
kepada sejumlah besar pelarian yang berasa selamat berada di negara
ini," katanya.Terdahulu, di luar hotel bertaraf lima bintang tempat
berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian itu, beberapa
anggota yang menggelarkan diri mereka daripada kumpulan "Lawyers
for Liberty" berkumpul membantah perjanjian itu.Antara mereka
termasuklah Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Pengarah Eksekutif
Tenaganita Dr Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya.Irene
berkata perjanjian itu berkemungkinan menimbulkan amalan
diskriminasi dalam pengurusan pelarian, di mana 800 pemohon suaka
berkemungkinan mendapat layanan keutamaan."Bagi urusan 4,000
pelarian ini diselesaikan, kami fikir ia telah pun diproses dan
pelarian ini berkemungkinan dari Burma. Perjanjian ini turut
menimbulkan tekanan di kalangan masyarakat untuk mendapat peluang
penempatan semula," katanya.