Hadits Mu`allaq Dalam Shahih Al-Bukhari Oleh: Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim Hadits mu`allaq ( ا ا) ialah hadits yang telah digugurkan perawi dalam sanadnya, sama ada seorang atau lebih, bahkan sampai ke akhir sanad. Contoh hadits mu`allaq adalah apabila seseorang yang mengatakan: "Daripada `A'isyah, bahawa Rasulullah ﷺbersabda:…" atau "Daripada Ibn `Abbas, bahawa Rasulullah ﷺbersabda:…", yakni tanpa menyebutkan perawi-perawinya. Bahkan, sesetengah periwayatan tidak menyebutkan siapakah sahabat - radhiyallahu `anhum - yang meriwayatkan hadits tersebut daripada baginda. Hukum asal hadits mu`allaq adalah dha`if, kerana tidak memenuhi syarat hadits shahih (antara syarat hadits shahih adalah bersambungnya sanad antara perawi-perawi kepada Nabi ﷺ, sedangkan hadits mu`allaq adalah hadits yang gugur sanadnya). Kita tahu bahawa dalam Shahih Al-Bukhari juga terkandung hadits-hadits mu`allaq, namun hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan nombor. Hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari terbahagi kepada dua: (a) hadits mu`allaq yang marfu`. (b) hadits mu`allaq yang tidak marfu` (kata-kata sahabat, tabi`in, dan sebagainya). Hadits mu`allaq yang marfu` (a) terbahagi kepada tiga: (a.i) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh Al-Bukhari sendiri dalam kitab shahihnya. (a.ii) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh muhaddits lain dalam kitab mereka. (a.iii) hadits mu`allaq yang tidak shahih.
9
Embed
Hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari · hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Hadits Mu`allaq
Dalam Shahih Al-Bukhari Oleh: Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim
Hadits mu`allaq ( ا��� ا����� ) ialah hadits yang telah digugurkan perawi dalam sanadnya, sama
ada seorang atau lebih, bahkan sampai ke akhir sanad.
Contoh hadits mu`allaq adalah apabila seseorang yang mengatakan: "Daripada `A'isyah, bahawa
Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص bersabda:…" atau "Daripada Ibn `Abbas, bahawa Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص bersabda:…",
yakni tanpa menyebutkan perawi-perawinya.
Bahkan, sesetengah periwayatan tidak menyebutkan siapakah sahabat - radhiyallahu `anhum -
yang meriwayatkan hadits tersebut daripada baginda.
Hukum asal hadits mu`allaq adalah dha`if, kerana tidak memenuhi syarat hadits shahih (antara
syarat hadits shahih adalah bersambungnya sanad antara perawi-perawi kepada Nabi ملسو هيلع هللا ىلص,
sedangkan hadits mu`allaq adalah hadits yang gugur sanadnya).
Kita tahu bahawa dalam Shahih Al-Bukhari juga terkandung hadits-hadits mu`allaq, namun
hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan
dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan nombor.
Hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari terbahagi kepada dua:
(a) hadits mu`allaq yang marfu`.
(b) hadits mu`allaq yang tidak marfu` (kata-kata sahabat, tabi`in, dan sebagainya).
Hadits mu`allaq yang marfu` (a) terbahagi kepada tiga:
(a.i) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh Al-Bukhari sendiri
dalam kitab shahihnya.
(a.ii) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh muhaddits lain dalam
kitab mereka.
(a.iii) hadits mu`allaq yang tidak shahih.
Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.i) adalah:
���د�هللا � � ��ا����
�� �� Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Ilmu (kitab ke-3), Bab:
Ilmu sebelum perkataan dan amalan (bab ke-10).
Namun, Al-Bukhari juga meriwayatkan hadits ini secara bersambung dalam Kitab: Ilmu (kitab
ke-3), Bab: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, Allah akan memberikannya
kefaqihan dalam agama (bab ke-13), Nombor hadits: 71. Kata Al-Bukhari: