Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 1 BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2014
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 1
BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA
KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
TAHUN 2014
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN
DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2014
1. PENDAHULUAN
Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2014 telah
meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid Tahun 1
hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014.
2. OBJEKTIF
Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan
persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau
penjaga murid.
3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia; 3.2 Bagi murid bukan warganegara salah seorang
ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia;
3.3 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi
sesi persekolahan tahun 2014; dan
3.4 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 3
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2014
sahaja. 5. KADAR
Kadar bantuan sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 6. AGIHAN BANTUAN
Agihan bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
atau ke Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah
yang tidak mempunyai Akaun KWK secara berperingkat mulai 15
Januari 2014.
7. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN
7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
a) Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan
Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan
1Malaysia;
b) Menyalurkan bantuan ke akaun Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK);
c) Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,
bantuan akan disalurkan ke Akaun Khas PPD; dan
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 4
d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan.
7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD)
a) Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai
pelaksanaan bantuan ini termasuk mengedarkan Surat
Siaran dan Garis Panduan;
b) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan;
c) Melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal
Persekolahan 1Malaysia kepada KPM selewat-lewatnya
pada 31 Mac 2014 seperti format di Lampiran A;
d) Memaklum dan memohon secara rasmi perkhidmatan
eskot polis kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan
pengeluaran wang melebihi RM10,000.00; dan
e) Merekod dan mengagihkan peruntukan yang diterima ke
sekolah-sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 5
7.3 Sekolah
a) Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan;
b) Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke
dalam Buku Tunai KWK di bawah lajur bantuan
persekolahan yang lain dengan menyelenggara Akaun
Subsidiari;
c) Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) apabila
peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK. Resit
hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian
Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM;
d) Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan
mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/
penjaga/murid dalam tempoh empat belas (14) hari
daripada tarikh bantuan diterima;
e) Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,
peruntukan akan disalurkan ke sekolah melalui Akaun
Khas PPD;
f) Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah
TIDAK DIBENARKAN;
g) Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai
RM100.00 sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI;
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 6
h) Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani
Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan
disaksikan oleh dua (2) orang guru sebagai saksi seperti
di Lampiran B; dan
i) Menghantar Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan
Bantuan kepada JPN/PPD selewat-lewatnya 16 Mac
2014.
8. TATACARA PENGELUARAN WANG
Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah
mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
seperti berikut :
8.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/
Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau
8.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru
Besar adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis jika difikirkan perlu berdasarkan Arahan
Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi
Wang Tunai Dalam Perjalanan.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 7
9. MURID BERPINDAH SEKOLAH 9.1 Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid
yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH
BAYAR BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
1MALAYSIA’ pada borang perpindahan sekolah murid
berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan
agihan bantuan ini di sekolah baharu nanti; atau
9.2 Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima
bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.
10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN
10.1 Kekurangan Peruntukan
a) Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada
menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta
mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti
wang SUWA dan lain-lain peruntukan sekiranya
peruntukan asal tidak mencukupi; dan
b) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan
peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan KPM
melalui JPN/PPD bersama Senarai Akuan
Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN
kemukakan kepada KPM adalah pada 31 Mac 2014.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 8
10.2 Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar
hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian
Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan,
Kementerian Pendidikan Malaysia” selewat-lewatnya pada
31 Mac 2014.
11. PENUTUP
11.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan
dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa pada
masa ini.
11.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan
Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan
disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan
pengauditan.
11.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai
pelaksanaan program ini, JPN/PPD/Sekolah boleh
menghubungi pegawai Bahagian Kewangan, KPM seperti
berikut:-
i) Puan Ramlah binti Mohamad Amin No. Telefon : 03-88847642
No. emel: [email protected]
ii) Encik Mohd. Adyirwan bin Arshad
No. Telefon : 03-88847091
No. emel: [email protected]
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 9
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Kewangan, Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 10
LAMPIRAN A
RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN DAN DIKEMUKAKAN KEPADA KPM SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2014)
NEGERI: JABATAN: ALAMAT JABATAN: NO. TELEFON / FAKS: JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM JUMLAH KESELURUHAN KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM
BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK
SEKOLAH NAMA BANK
JUMLAH LEBIHAN
PERUNTUKAN (RM)
JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN
(RM)
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 11
BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK
SEKOLAH NAMA BANK
JUMLAH LEBIHAN
PERUNTUKAN (RM)
JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN
(RM)
JUMLAH KESELURUHAN
Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 12
LAMPIRAN B
SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/PPD SELEWAT-LEWATNYA PADA 16 MAC 2014 )
KOD SEKOLAH: NAMA SEKOLAH: ALAMAT SEKOLAH: NO. TELEFON / FAKS: NO.AKAUN BANK SEKOLAH: NAMA BANK: PERUNTUKAN DITERIMA: RM PERUNTUKAN DIAGIH: RM LEBIHAN/ KURANGAN: RM
BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)
NAMA PENERIMA NO. KAD
PENGENALAN PENERIMA
TARIKH TANDATANGAN
PENERIMA
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 13
BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)
NAMA PENERIMA NO. KAD
PENGENALAN PENERIMA
TARIKH TANDATANGAN
PENERIMA
Guru Pembayar: Guru Saksi: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar (Tandatangan) (Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh: Tarikh: