Top Banner
Pendidikan Keselamatan (PKES 3023) Disediakan oleh: Phavetra Dinita Jayanthy
32

golongan istimewa

Dec 06, 2015

Download

Documents

This is for people who takes PISMP PKES3023.
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: golongan istimewa

Pendidikan Keselamatan(PKES 3023)

Disediakan oleh: Phavetra

Dinita

Jayanthy

Page 2: golongan istimewa

GOLONGANISTIMEWA

Page 3: golongan istimewa

Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik.

Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat. Ada juga yang menjadi cacat akibat

mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan.

Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang

dimiliki.

Page 4: golongan istimewa

• Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam

kumpulan orang kehilangan upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau

sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat

sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun

sesudah itu.

Page 5: golongan istimewa

KATEGORI GOLONGAN

ISTIMEWA/ ORANG KURANG UPAYA

(OKU)

Page 6: golongan istimewa

Kurang Upaya Pendengaran -

termasuk pekak dan bisu.

Kurang Upaya Penglihatan -

termasuk rabun, buta.

Masalah Pembelajaran - lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun;

Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal(berusia lebih tiga tahun), dan masalah

lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia, dan lain-lain.

Celebral Palsy - meliputi

hemiplegia(sebelah badan),

diplegia(kedua belah kaki), dan

kuadriplegia(kedua-dua belah tangan dan

kaki)

Kurang Upaya Fizikal - iaitu kecacatan anggota badan

misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya.

Page 7: golongan istimewa

PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT(JKM) DI MALAYSIA

Page 8: golongan istimewa

• Penubuhan sebuah kementerian khusus yang antara peranan dan tanggungjawabnya, adalah

menjaga kebajikan golongan yang tidak bernasib baik, iaitu Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.• Di bawah kementerian inilah diwujudkan

Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang amat peka dan sentiasa bersedia mendengar serta membantu dalam apa jua cara, untuk

menjadikan golongan istimewa ini sebagai warganegara yang berguna.

Page 9: golongan istimewa

• Perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini meliputi kanak-kanak, orang

kurang upaya (OKU), warga emas, orang papa, keluarga, mangsa

bencana, komuniti, dan juga skim bantuan kebajikan

Page 10: golongan istimewa

Jabatan ini juga bertanggungjawab mengeluarkan statistik jumlah Orang

Kurang Upaya melalui pendaftaran yang dilakukan di Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat

Malaysia.

Page 11: golongan istimewa

ANTARA FAEDAH YANG DIPEROLEH APABILA MENDAFTAR DENGAN JKM ADALAH:

rawatan perubatan khidmat pemulihan, rawatan lanjutan, dan

latihan vokasional pendidikan akademik di sekolah khas dan

institusi tertentu bantuan kewangan, peralatan tiruan, dan alat-

alat kemudahan pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya pertimbangan jagaan dan perlindungan,

didikan dan latihan di institusi JKM/NGO dalam program Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)

peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta

Page 12: golongan istimewa

Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa

dan Orang Kurang Upaya

Page 13: golongan istimewa

o Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.

Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.

Page 14: golongan istimewa

• Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.

• Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.

Page 15: golongan istimewa

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya.

Mereka terdiri daripada yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas

Page 16: golongan istimewa

ANTARA PERUNDANGAN NEGARA INI YANG MENYEBUT TENTANG KEISTIMEWAAN DAN KEPERLUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA IALAH;

1. Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984),

2. Kod Amalan SIRIM (Malaysian Standards),

3. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Page 17: golongan istimewa

ISU-ISU DAN CADANGAN

GOLONGAN KURANG UPAYA BAGI KAWASAN

LUAR BANGUNAN

Page 18: golongan istimewa

ISU-ISU YANG BERLAKU TERHADAPGOLONGAN KURANG

UPAYA

Page 19: golongan istimewa
Page 20: golongan istimewa

PERTIMBANGAN REKABENTUK BANDAR

• Permasalahan yang selalu dikaitkan dengan rekabentuk bandar adalah seperti elemen halangan pada laluan pejalan kaki, papan tanda bergantung yang terlalu rendah dan

kekurangan papan tanda amaran dikawasan yang terdapat halangan.

• Prinsip perancangan bagi mengatasi permasalah ini adalah – ”untuk merekabentuk laluan pejalan kaki yang tiada halangan untuk keselamatan dan kebebasan golongan kurang

upaya”.

Page 21: golongan istimewa

LANGKAH

Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengetahui elemen-elemen yang mampu menghalang serta membahayakan pengguna, tekstur yang digunapakai adalah untuk menjadi panduan kepada golongan kurang upaya terutama bagi yang buta, meninggikan papan tanda yang tergantung iaitu melepasi ketinggian manusia, dan perletakan serta warna tong sampah perlu mengambilkira permasalahan golongan buta warna dan rabun.

Page 22: golongan istimewa

PAPAN TANDA

Terdapat permasalahan yang berkaitan dengan papan tanda tidak sah, kemalangan yang

disebabkan oleh perletakan papan tanda yang tidak sesuai, kekurangan papan tanda yang

memaparkan amaran kawasan merbahaya, dan tiada papan tanda jalan serta papan tanda

menuju ke sesuatu kemudahan yang disediakan.

LANGKAH

Prinsip perancangan yang dicadangkan adalah – ”untuk menyediakan kemudahan penunjuk

arah kepada golongan kurang upaya bagi memudahkan pergerakan mereka”.

Page 23: golongan istimewa

KERB RAMP

• Permasalah yang wujud pada Kerb ramp adalah ketidaksempurnaan rekabentuk peralihan atau bukan peralihan pada kesemua kawasan antara

kerb dan laluan lintasan pejalan kaki (pedestrian crossing).

• Kerb jalan yang tiada kerb ramp akan menyusahkan pengguna terutamanya

pengguna berkerusi roda. • Prinsip perancangan yang digunapakai bagi

mengatasi masalah ini adalah – ”untuk mengatasi perbezaan level antara laluan

pejalan kaki dan permukaan jalan”.

Page 24: golongan istimewa

Pertimbangan rekabentuk yang dicadangkan adalah keperluan kepada mengenali jenis-jenis kerb ramp serta fungsinya.

Perlu dielakkan daripada merancang kerb ramp dikawasan yang mudah ditakungi air.

Lokasi perletakan kerb ramp perlulah disetiap persimpangan jalan dan laluan lintasan pejalan kaki serta ditempat menurunkan pengguna seperti di kawasan tempat meletak kenderaan dan perhentian bas.

Page 25: golongan istimewa

TEMPAT LETAK KENDERAAN

Tempat letak kenderaan pada masa kini mempunyai masalah seperti berikut iaitu

lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusi roda tidak disediakan dan kurangnya kuantiti

tempat letak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya.

Prinsip perancangan yang dicadangkan adalah – ”untuk mewujudkan tempat letak kenderaan yang boleh digunapakai oleh golongan kurang

upaya ke sesuatu tempat yang ditujui”.

Page 26: golongan istimewa

Pertimbangan rekabentuk adalah mengenali kawasan yang sesuai bagi menempatkan tempat letak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya.

Sesebuah taman yang baik perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) tempat letak kereta khas supaya memudahkan pengguna kurang upaya.

Lokasi perletakannya pula adalah mestilah dikawasan yang paling selamat dan mudah dikunjungi oleh pengguna.

Page 27: golongan istimewa

TANGGA

• Masalah yang berkaitan dengan tangga ialah kecuraman tangga yang tidak munasabah dan

ketidaksempurnaan rekabentuk yang menghalang pergerakan kaki.

• Prinsip perancangan yang digunakan ialah – ”untuk mewujudkan tangga yang selamat dan

selesa kepada semua pengguna terutama sekali kepada pengguna yang mempunyai

masalah pergerakan”.

Page 28: golongan istimewa

Tangga juga perlu mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta.

Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), tangga juga memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta.

Pelantar (landing) yang disediakan apabila mempunyai perbezaan level lebih 2.5m.

Susur tangan (handrail) juga perlu disediakan dikedua-dua belah tangga bagi memudahkan pergerakan.

Page 29: golongan istimewa

PAGAR DAN SUSUR TANGAN (HANDRAIL)

• Permasalahan yang berkaitan dengan pagar dan susur tangan (handrail) ialah pagar yang

digunakan tidak selamat, susur tangan (handrail) yang susah untuk dipegang dan

ketiadaan pagar atau susur tangan ditempat yang sepatutnya diletakkan.

• Prinsip perancangan yang dicadangkan ialah – ”untuk menyediakan pagar yang boleh

berfungsi sebagai penghadang keselamatan kepada semua pengguna terutama sekali

kepada yang mempunyai masalah pergerakan”.

Page 30: golongan istimewa

Pertimbangan rekabentuk adalah menentukan kawasan yang merbahaya di sesuatu tapak.

Kawasan yang membahayakan pengguna perlu disediakan pagar keselamatan walaubagaimanapun ia perlulah diletakkan ditempat yang tidak mengganggu pergerakan pengguna.

Ketinggian pagar ini perlulah bersesuaian dengan pengguna biasa dan yang menggunakan kerusi roda.

Page 31: golongan istimewa

KESIMPULAN

Page 32: golongan istimewa

Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penyediaan kelengkapan atau

kemudahan kepada golongan kurang upaya dapat memberikan manfaat kepada semua. Ini adalah kerana selain daripada memberi keselesaan kepada golongan kurang upaya secara tidak langsung ia juga memperbaiki sistem keselamatan sesebuah taman dan

bangunan awam itu.