Glosari pendidikan moral 1. Singkatan/ Glosari : WWF Maksud:
World WildLifeFund Pertubuhan Hidupan Liar Dunia Nilai: Kepercayaan
kepada Tuhan 2. Singkatan/ Glosari : BCA Maksud: Bersih Cekap
Amanah Nilai: Amanah 3. Singkatan/ Glosari : BPR Maksud: Badan
Pencegah Rasuah Pihak yang bertanggungjawab mencegah rasuah/kolah
putih Nilai: Amanah, Mematuhi peraturan dan undang-undang 4.
Singkatan/ Glosari : LITTLE BOY Maksud: Bom atom Angaran berat 4100
KG, 1 KG Uranium 235 Digugurkan di Bandar Hiroshima pada 6 Ogos,
1945 Seramai 137000 orang terkorban Nilai: Kasih sayang, Hidup
bersama secara aman 5. Singkatan/ Glosari : FAT MAN Maksud: Bom
atom Angaran berat plutonium 230 Digugurkan di Bandar Nagasaki pada
9 Ogos, 1945 Seramai 78 ribu terkorban Nilai: Kasih saying, Hidup
bersama secara aman 6. Singkatan/ Glosari : SUHAKAM Maksud:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Organisasi yang menyiasat
aduan tentang kes pelangaran hak asasi manusia di Malaysia Nilai:
Keadilan
7. Singkatan/ Glosari : MAKAMAH Maksud: Makamah bagi
kanak-kanak: Juvana Mengadili kesalahan kanak-kanak bawah umur 18
tahun Mahkamah Tinggi: adili kesalahan jenayah-kenakan hukuman
denda/penjara/sebatan/atau mana-mana yang sesuai Menjatuhkan
hukuman mati Mahkamah Sesyen dan mahkamah Majistret: adili
kesalahan jenayah Mahkamah tingi, mahkamah rayuan/mahkamah
persekutuan: mengurus rayuan kes jenayah atau sivil Nilai:
Keadilan
8. Singkatan/ Glosari : Sekolah Henry Gurney Maksud: Sekolah
pemulihan akhlak bagi kanak-kanak yang melakukan kesalahan/
dijatuhkan hukuman Nilai: Keadilan
9. Singkatan/ Glosari : Hari Gawai Maksud: Pesta menuai
padi-perayaan kaum Iban di Sarawak Nilai: Mengekalkan tradisi
kekeluargaan 10. Singkatan/ Glosari : Tung Zhi Maksud: Perayaan
kaum China pada 22 Disember setiap tahun untuk menyambut ketibaan
musim sejuk Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
11. Singkatan/ Glosari : Pottu Maksud: Tanda berbentuk bulat dan
diletak di antara dua kening Amalan dilakukan oleh wanita India
Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
12. Singkatan/ Glosari : Hari Vasakhi Maksud: Tahun baru orang
Sikh/Punjabi Hari pertama bulan vaisakha pada akhir bulan apr./awal
bulan Mei. Menandakan hari penubuhan Khalsa oleh Guru Nilai:
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
13. Singkatan/ Glosari : FRIM Maksud: Forest Research
Institution of Malaysia Institusi penyelidikan perhutanan Malaysia
Nilai: Menyayangi dan menghargai alam sekitar 14. Singkatan/
Glosari : 3R Maksud: Reduce, reuse recycle Mengurangkan buangan,
menggunakan semula, mengitar semula Nilai: Menyayangi dan
menghargai alam sekitar
15. Singkatan/ Glosari : JAS Maksud: Jabatan Alam Sekitar Di
bawah Kementerian sains Teknologi dan Alam Sekitar Menguatkuasakan
akta kualiti alam sekeliling 1974 dan akta zon ekonomi eksklusif
1984 Galakan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar
yang baik dan mampan Memastikan keunikan kepelbagaian flora dan
fauna serta kualiti alam sekitar dikekalkan untuk generasi masa
akan datang Nilai: Peka terhadap isu-isu alam sekitar
16. Singkatan/ Glosari : NGO
Maksud: Non-government Organisation Pertubuhan bukan kerajaan
seperti Sahabat Aalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Rangkaian
Dunia ke-3 dll Menyuarakan bantahan terhadap projek-projek yang
menjejaskan kualiti alam sekitar Mengadakan kempen meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar yang bersih.
Mengadakan dialog dan rundingan dengan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan pihak swasta. Nilai: Peka terhadap isu-isu alam
sekitar
17. Singkatan/ Glosari : Greenpeace Maksud: Pertubuhan NGO Alam
Sekitar Antarabangsa Membantah pemusnahan hutan untuk kegiatan
pembalakan, pembinaan empangan dan industry. Membantah ujian
nuklear Membantah tindakan memproses daging ikan paus, bulu beruang
kutub untuk dieksport. Nilai: Peka terhadap isu-isu alam sekitar
18. Singkatan/ Glosari : PORIM Maksud: Institut Penyelidikan Kelapa
Sawit Malaysia Nilai: Cinta akan negara
19. Singkatan/ Glosari : MPOB Maksud: Malaysia Palm Oil Berhad
Nilai: Cinta akan negara
20. Singkatan/ Glosari : PETRONAS Maksud: Petroleum Nasional
Nilai: Cinta akan negara
21. Singkatan/ Glosari : APEC Maksud: Asian Pacific Economic
Conference Rundingan Ekonomi Asia Pasifik Nilai: Cinta akan negara
22. Singkatan/ Glosari : EAEC Maksud: East Asia Economic Council
Rundingan Ekonomi Asia Timur Nilai: Cinta akan negara
23. Singkatan/ Glosari : MSC Maksud: Multimedia Super Coridor
Koridor Raya Multimedia Nilai: Cinta akan negara
24. Singkatan/ Glosari : KLIA Maksud: Kuala Lumpur International
Airport Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Nilai: Cinta
akan negara
25. Singkatan/ Glosari : IMF Maksud: International Monetary Fund
Dana Kewangan Antarabangsa Nilai: Cinta akan negara 26. Singkatan/
Glosari : ATJK Maksud: Anugerah Tunas Jaya Kebangsaan Nilai:
Melindungi hak kanak-kanak
27. Singkatan/ Glosari : AKKTK Maksud: Anugerah Kanak-Kanak Khas
Terbaik Kebangsaan Anugerah untuk kanak-kanak yang Berjaya dalam
semua bidang, berpotensi, berbakat dan menjadi contoh kepada
kanakkanak lain. Nilai: Melindungi hak kanak-kanak
28. Singkatan/ Glosari : DWN Maksud: Dasar Wanita Negara Dasar
yang menjamin perkongsian sama saksama antara lelaki dan wanita
dalam pemilikan sumber dan maklumat dan mengintegrasikan kaum
wanita ke dalam sector pembangunan negara. Objektifnya untuk
meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan
kejahilan dan buta huruf di kalangan wanita. Nilai: Menghormati hak
wanita
29. Singkatan/ Glosari : HAWA Maksud: Jabatan Hal-Ehwal Wanita
Membantu wanita yang menjadi mangsa keganasan dan ditinggalkan oleh
suami serta membantu mempertahankan hak wanita Nilai: Menghormati
hak wanita 30. Singkatan/ Glosari : KSM Maksud: Kementerian Sumber
Manusia Membangunkan sumber tenaga kerja yang berdaya saing Nilai:
Melindungi hak pekerja
31. Singkatan/ Glosari : KS Maksud: Kesatuan Sekerja Menjaga dan
menjamin golongan pekerja supaya tidak ditindas dan
dieksploitasikan oleh majikan Nilai: Melindungi hak pekerja
32. Singkatan/ Glosari : ILO Maksud: International Labour
Organisation Pertubuhan Buruh Antarabangsa Berperanan
mengiktirafkan hak-hak manusia dan hak pekerja Nilai: Melindungi
hak pekerja
33. Singkatan/ Glosari : KWPSM Maksud: Kumpulan Wang Pembangunan
Sumber Manusia Memberi bantuan kewangan dan kepakaran bagi tujuan
pendidikan kepada pekerja Nilai: Melindungi hak pekerja 34.
Singkatan/ Glosari : PERKESO Maksud: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memberi perlindungan
kepada pekerja seperti kemalangan di tempat bekerja, keilatan dan
kematian. Nilai: Melindungi hak pekerja
35. Singkatan/ Glosari : DBP Maksud: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nilai: Menghormati hak golongan kurang berupaya
36. Singkatan/ Glosari : PEN Maksud: Persatuan Penulis Malaysia
Nilai: Menghormati hak golongan kurang berupaya
37. Singkatan/ Glosari : TETAMU Maksud: Teater Tamu
Nilai: Menghormati hak golongan kurang berupaya 38. Singkatan/
Glosari : MHEPK Maksud: Majlis Hal-Ehwal Pengguna Kebangsaan
Pertubuhan yang melindungi hak pengguna Nilai: Melindungi hak
pengguna
39. Singkatan/ Glosari : ISA Maksud: Akta Keselamatan Dalam
Negeri Bertujuan mengekalkan keamanan negara Seseorang yang
didapati mengancam keselamatan negara boleh ditahan tanpa
perbicaraan Nilai: Mematuhi peraturan dan undang-undang
40. Singkatan/ Glosari : Masjid/ Tokong/ Gereja/ Gudwara/ Kuil
Maksud: Masjid- Tempat ibadat umat Islam Tokong- Tempat ibadat
penganut Taoisme Gereja- Tempat ibadat penganut agtama Kristian
Gudwara- Tempat ibadat orang Sikh/Punjabi Kuil- Tempat ibadat
penganut agama Hindu Nilai: Kebebasan beragama
41. Singkatan/ Glosari : PEMADAM Maksud: Persatuan Anti Dadah
Malaysia Pertubuhan sukarela yang terlibat dengan kempen penerangan
dan pencegahan terhadap masalah dadah. Nilai: Penglibatan diri
dalam pembangunan negara 42. Singkatan/ Glosari : ASEAN Maksud:
Pertubuhan Serantau Asia Tenggara Nilai: Saling menghormati antara
negara
43. Singkatan/ Glosari : PBB Maksud: Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu Nilai: Saling menghormati antara negara
44. Singkatan/ Glosari : ZOPFAN Maksud: Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali Setiap negara di rantau Asia Tenggara dibenarkan membuat
keputusan sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar Nilai:
Saling menghormati antara negara
45. Singkatan/ Glosari : SPA Maksud: Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Badan yang melantik pegawai kerajaan dengan memberi jawatan
tetap dan boleh berkhidmat sehingga berusia 56 tahun Nilai: Amanah
46. Singkatan/ Glosari : KMT Maksud: Kempen Kepimpinan Melalui
Teladan Menyedari tanggungjawab kepada negara, bangsa dan agama
Menjunjung cita-cita Rukun Negara Berpegang teguh kepada teras
perkhidmatan cemerlang Menghayati nilai-nilai murni dan kepimpinan
Mengamalkan perilaku mulia melalui kepimpinan Menyemarakkan contoh
unggul kepimpinan yang bersih, cekap dan amanah Nilai: Amanah
47. Singkatan/ Glosari : PRS Maksud: Pembimbing Rakan Sebaya
Diperkenalkan di sekolah pada tahun 1986 Tujuan untuk membina
sumber sokongan bagi pelajar untuk mendapatkan bantuan dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Nilai: Harga diri
48. Singkatan/ Glosari : DPN Maksud: Dasar Pembangunan Nasional
Dilancarkan pada 17 Jun 1991 bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) Nilai: Toleransi
49. Singkatan/ Glosari : DEB Maksud: Dasar Ekonomi Baru Bermula
pada 1970 hingga 1990 Lanjutan dari peristiwa rusuhan kaum pada 13
Mei 1969 Bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat Nilai: Toleransi 50. Singkatan/ Glosari : PPRT Maksud:
Program Pembangunan Rakyat Termiskin Meningkatkan kualiti hidup
rakyat yang berpendapatan rendah Mengurangkan kemiskinan tanpa
mengira kaum
Nilai: Toleransi
51. Singkatan/ Glosari : DKK Maksud: Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mewujudkan perpaduan kaum dan kejiwaan kebangsaan Memupuk dan
memelihara keperibadiaan kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi Nilai:
Toleransi
52. Singkatan/ Glosari : IMF Maksud: International Monetary Fund
Dana Kewangan Antarabangsa Ditubuhkan di Breton Woods, New
Hampshire tahun 1944 Sebuah badan antarabangsa yang menjadi
daripada institute PBB Mewujudkan kerjasama dalam perdagangan
antarabangsa Mengatasi isu-isu pembayaran antarabangsa Nilai:
Berdikari
53. Singkatan/ Glosari : ICT Maksud: Information and
Comunication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Nilai:
Berdikari 54. Singkatan/ Glosari : MSC Maksud: Multimedia Super
Coridor Koridor Raya Multimedia Nilai: Berdikari
55. Singkatan/ Glosari : PRIAS Maksud: Program Riadah Alam
Sekitar Projek Pendidikan Alam sekitar tidak formal yang dianjurkan
oleh MSA bersama dengan Jabatan Alam sekitar dan Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama NGO
Menggalakkan minat para pelajar dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar Nilai: Rasional, Menyayangi dan
menghargai alam sekitar, Kemapanan alam sekitar
56. Singkatan/ Glosari : MSA Maksud: Malaysian Scientis
Association Persatuan Ahli-ahli Sains Malaysia Nilai: Rasional,
Menyayangi dan menghargai alam sekitar, Kemapanan alam sekitar
57. Singkatan/ Glosari : Lembah Bio Maksud: Lembah Bio Malaysia
di bawah Rancangan Malaysia ke 8 Diuruskan oleh Direktorat
Pembangunan Bioteknologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar Terletak di kawasan MSC dan akan menyediakan pusat bagi
industry bioteknologi negara
Nilai: Kesederhanaan 58. Singkatan/ Glosari : FPK Maksud:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Nilai:
59. Singkatan/ Glosari : KDN Maksud: Kementerian Dalam Negeri
Nilai:
60. Singkatan/ Glosari : Kanak-kanak Istimewa Maksud:
Kanak-kanak yang mempunyai sifat kurang upaya berbanding
kanak-kanak normal/biasa
Nilai: Kasih saying terhadap keluarga
61. Singkatan/ Glosari : keKKWa Maksud: Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Berfungsi untuk mengekalkan tradisi budaya
pelbagai bangsa di Malaysia Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
62. Singkatan/ Glosari : Muzium Negara Maksud: Menganjurkan
pelbagai pameran tentang adat resam pelbagai kaum di Malysia Nilai:
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
63. Singkatan/ Glosari : Arkib Negara Maksud: Menyimpan pelbagai
rekod penting khazanah negara yang berunsur sejarah dan kebudayaan
Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
64. Singkatan/ Glosari : Hari Genggulung Maksud: Perayaan
diraikan oleh suku kaum Mahmeri-hari dimana bomoh/pawing berhubung
dengan kuasa halus melalui upacara jampi/mengadakan jamuan pada
hari tersebut Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
65. Singkatan/ Glosari : Hari Sewang Maksud: Perayaan suku semai
dan temiar Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan 66. Singkatan/
Glosari : Hari Berjerom Maksud: Perayaan suku kaum Jahut Nilai:
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
67. Singkatan/ Glosari : PERHILITAN Maksud: Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara Menguruskan 39 kawasan hutan
perlindungan seperti Taman Negara Melindungi warisan flora dan
fauna supaya dapat hidup tanpa gangguan manusia Memantau tindakan
manusia yang rakus Nilai: Menyayangi dan menghargai alam
sekitar
68. Singkatan/ Glosari : Jabatan Perikanan Maksud: Menjaga
kepentingan nelayan yang sering dieksploitasi/diganggu oleh nelayan
asing Menahan nelayan yang menangkap ikan secara haram seperti
menggunakan tuba, racun, bom ikan, pukat harimau dan peralatan
elektrik Nilai: Menyayangi dan menghargai alam sekitar,
Bertanggungjawab
69. Singkatan/ Glosari : EAS Maksud: Etika Alam Sekitar
Menyatakan apa yang harus kita lakukan dan apa yang patut kita
elakkan secara sukarela Memastikan dengan sendiri tanggungjawab
kita kepada pengurusan, perlindungan dan pembangunan alam sekitar
Memastikan hubungan yang baik antara manusia dengan alam sekitar
Nilai: Menyayangi dan menghargai alam sekitar, Bertanggungjawab 70.
Singkatan/ Glosari : ACAP Maksud: Asian Conservation Awareness
Programme Program Kesedaran Pemuliharaan Asia Mengumpul maklumat
dan kepakaran tentang pemuliharaan hidupan liar Mendapat sokongan
daripada media, kerajaan, yayasan persendirian atau organisasi
Menjalankan kempen pada peringkat antarabangsa tentang
perlindungan hidupan liar seperti badak sumbu Melantik duta
antarabangsa ACAP di kalangan artis untuk menyebarkan kempen
pendidikan awam yang bertujuan mengurangkan pembelian atau
penggunaan bahagian badan/produk spesis terancam Nilai: Menyayangi
dan menghargai alam sekitar
71. Singkatan/ Glosari : Peparu Hijau Maksud: Pokok-pokok di
hutan mengambil udara daripada atmosfera dan membebaskan oksigen
yang penting untuk pernafasan manusia Binatang dan tumbuhan di
hutan boleh dijadikan sumber makanan, ubat-ubatan dsbnya Kayu-kayu
juga boleh dijadikan bahan pembinaan Nilai: Menyayangi dan
menghargai alam sekitar
72. Singkatan/ Glosari : Ekopelancongan Maksud: Diasakan oleh
Ceballos-lascurain pada 1978. Merupakan usaha memajukan sector
pelancongan dengan memanfaatkan alam sekitar supaya tidak berlaku
kerosakan teruk. Misalnya seperti Taman Negara di Pahang dan Taman
KelipKelip di Kuala Selangor Nilai: Keharmonian antara manusia
dengan alam sekitar
73. Singkatan/ Glosari : EIA/PKAS Maksud: Environmental Impact
Assessment Penilaian Kesan Alam Sekitar Satu kajian yang dijalankan
secara teratur dan sistematik untuk mengenal pasti, meramal,
menilai dan memberi maklumat tentang kesan sesuatu tindakan/ projek
ke atas alam sekitar sebelum dilaksanakan. 19 aktiviti mesti
menjalankan PKAS di bawah Perintah PKAS 1987 Jika pemaju gagal
berbuat demikian , maka denda RM 100 000 dan penjara 5 tahun akan
dikenakan.
Nilai: Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar 74.
Singkatan/ Glosari : Hari Bumi Maksud: Di sambut pada 22 April
setiap tahun Cara menyambut adalah menanam sekurang-kurang 1 pokok
bersama ahli keluarga Membersihkan taman/pesisir pantai bersama
rakan sekolah Menghasilkan kraf tangan dari bahan buangan alam
sekitar Mengitar semula surat khabar dan plastic di sekolah
Membersihkan satu tapak kawasan Bandar/ kampong secara
bergotongroyong Membuat ikrar untuk menjaga alam sekitar Nilai:
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
75. Singkatan/ Glosari : Masyarakat Lestari Maksud: Menggunakan
semua sumber yang diperlukan sahaja dan berkesan. Mengitar semula
semua barang dari kertas, plastic,tin dan kaca Menggunakan semula
barang-barang yang boleh diguna Menggunakan sumber yang boleh
diperbaharui seperti tenaga solar Memberi sokongan kepada kerajaan
untuk memulihara dan memelihara alam sekitar Membentuk keluarga
bahagia Nilai: Peka terhadap isu-isu alam sekitar
76. Singkatan/ Glosari : Taman Laut Maksud: Ditubuhkan pada 20
Oktober 1994 Melibatkan perairan selebar 2 batu nautika di
sekeliling 38 pulau di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Labuan Tertakluk di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985
Terdapat 6 buah Taman Laut yang diwartakan di Malaysia Memberi
perlindungan kepada kawasan terumbu karang. Nilai: Peka terhadap
isu-isu alam sekitar
77. Singkatan/ Glosari : Kolam Maksud: Lukisan yang dihasilkan
oleh kaum India daripada beras berwarna sempena perayaan tertentu.
Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan 78. Singkatan/ Glosari :
Ching Ming Maksud: Perayaan mengingatkan nenek moyang yang telah
meninggal dunia Menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang
Diraikan pada 4 atau 5 April setiap tahun. Nilai: Mengekalkan
tradisi kekeluargaan
79. Singkatan/ Glosari : Upacara Sadanggu Maksud: Meraikan anak
gadis yang cukup umur / baligh bagi kaum India Mengelakkan gadis
tersebut dan ahli keluarganya daripada ditimpa musibah / malapetaka
Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
80. Singkatan/ Glosari : Hari Dayak Maksud: Dikenali sebagai
Pesta Menuai / Hari Gawai Diraikan oleh kaum Dayak di Sarawak pada
1 hingga 2 Jun setiap tahun Nilai: Mengekalkan tradisi
kekeluargaan
81. Singkatan/ Glosari : Pesta Keamatan Maksud: Dikenali sebagai
Pesta Menuai
Diraikan oleh kaum Kadazan dan peribumi di Sabah pada 30 hingga
31 Mei Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan 82. Singkatan/
Glosari : Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 Maksud: Kanak-kanak
adalah mereka yang berumur di bawah 18 tahun Kanak-kanak tidak
boleh didera secara fizikal atau mental seperti memukul, dihina dsb
Melindungi kanak-kanak dari gangguan seksual dan menjadi buruh
paksa Kanak-kanak harus mengikuti pendidikan formal di sekolah
Nilai: Melindungi hak kanak-kanak
83. Singkatan/ Glosari : Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
1948 Maksud: Hak Asasi Kanak-Kanak disebut dalam Artikel 25(2) dan
26 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Nilai:
Melindungi hak kanak-kanak
84. Singkatan/ Glosari : Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak Maksud:
Diadakan pada 20 November 1959 Kanak-kanak harus menikmati
sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi Mendapat
perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa Mempunyai nama dan
kewarganegaraan Makanan yang mencukupi, keselamatan social, tempat
kediaman, rekreasi, kemudahan perubatan dan perlindungan Mendapat
kasih saying ibu bapa atau pernjaga Nilai: Melindungi hak
kanak-kanak
85. Singkatan/ Glosari : DWN Maksud: Dasar Wanita Negara
Mendapat hak yang sama rata antara lelaki dan wanita melalui
perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan sumber, maklumat,
peluang penyertaan dan manfaat pembangunan Mengintegrasikan wanita
dalam semua sector pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan
kehendak wanita Memberi peluang kepada wanita mengemukakan pendapat
dalam penggubalan Dasar Negara khususnya aspek pendrafan un
dang-undang Memberi kebebasan untuk menembusi semua sector dan
lapisan ekonomi, social dan budaya. Nilai: Menghormati hak wanita
86. Singkatan/ Glosari : Mahkamah Perusahaan Maksud: Ditubuhkan
berdasarkan Akta Perhubungan Industri 1967 Bertujuan untuk
menyelesaikan pertikaian kerja yang dirujuk kepadanya. Nilai:
Melindungi hak pekerja
87. Singkatan/ Glosari : Akta Kerja 1955 Maksud: Dikenali Akta
265 Menyediakan rangka kerja undang-undang yang menyeluruh
melibatkan perkara berikut: *Pembayaran gaji *Cuti rehat *Tempoh
jam kerja *Cuti Tahunan *Pemberhentian *Cuti Bersalin *Potongan
KWSP/ PERKESO
Nilai: Melindungi hak pekerja
88. Singkatan/ Glosari : RISDH
Maksud: Rumah Insaniah Siti Hasmah Ditubuhkan tahun 1972 dan
terletak di Petaling Jaya, Selangor Merupakan pusat penyediaan
kemahiran vokasional kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Nilai: Melindungi hak pekerja
89. Singkatan/ Glosari : Akta Perlindungan Pengguna 1999 Maksud:
Mewujudkan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) yang berfungsi
memberi maklum balas dan pandangan kepada ,menteri tentang hal yang
berkaitan dengan kepentingan pengguna. Terdapat 29 akta yang
berkaitan dengan pengguna dan perlindungan pengguna. Nilai:
Melindungi hak pengguna 90. Singkatan/ Glosari : Tribunal Tuntutan
Pengguna Maksud: Ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna
1999 Objektifnya untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna
tidak melebihi RM 5000 Sebagai saluran alternative kepada pengguna
untuk menuntut ganti rugi dan pampas an dari pembekal dengan cara
yang mudah, murah dan cepat Nilai: Melindungi hak pengguna
91. Singkatan/ Glosari : DPN 2002 Maksud: Dasar Pengguna Negara
2002 Memastikan tahap perlindungan terbaik kepada pengguna dari
aspek perundangan Menjamin setiap undang-undang menyediakan
peruntukan perlindungan yang melindungi pengguna Menggalakkan
amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab Nilai:
Melindungi hak pengguna
92. Singkatan/ Glosari : CI
Maksud: Consumer International Pertubuhan Pengguna Antarabangsa
Mempunyai gabungan lebih 250 persatuan dari 115 buah negara
Merupakan badan induk yang memperjuangkan 8 hak pengguna yang
universal Nilai: Melindungi hak pengguna
93. Singkatan/ Glosari : FOMCA Maksud: Gabungan Persatuan
Pengguna Malaysia Nilai: Melindungi hak pengguna 94. Singkatan/
Glosari : CAP Maksud: Consumer Association Penang Persatuan
Pengguna Pulau Pinang Memainkan peranan aktif dalam mempertahankan
dan melindungi hak pengguna di Malaysia. Nilai: Melindungi hak
pengguna
95. Singkatan/ Glosari : Hak Asasi Pengguna Maksud: Antara
hak-hak sebagai seorang pengguna: *Hak kepada keselamatan *Hak
untuk mendapatkan maklumat *Hak untuk memilih *Hak untuk didengar
*Hak untuk mendapat pampas an / ganti rugi *Hak untuk mendapat
pendidikan pengguna *Hak kepada alam sekitar yang bersih *Hak
kepada keperluan asas Nilai: Melindungi hak pengguna
96. Singkatan/ Glosari : Akta Pencegahan Penyeludupan Maksud:
Memastikan barang larangan seperti dadah, senjata api, bahan lucah
dsb tidak dibawa masuk Bahan-bahan tersebut termasuklah
ubat-ubatan, makanan, binatang dan tumbuhan tertentu. Nilai:
Mematuhi peraturan dan undang-undang
97. Singkatan/ Glosari : Undang-undang Laut Antarabangsa Maksud:
Berkaitan dengan semua jenis pengangkutan air iaitu laut, tasik dan
sungai Sebarang pencerobohan adalah diharamkan Misalnya pembuangan
sisa toksik dan menangkap ikan di perairan negara lain. Nilai:
Mematuhi peraturan dan undang-undang 98. Singkatan/ Glosari :
Mahkamah Antarabangsa Maksud: Badan kehakiman bagi PBB yang
dianggotai oleh 15 hakim dari seluruh dunia Memberi nasihat kepada
negara-negara yang bertelagah untuk menjamin keamanan dunia. Nilai:
Mematuhi peraturan dan undang-undang
99. Singkatan/ Glosari : Undang-undang Siber Maksud: Menjamin
kesahihan maklumat yang disampaikan melalui internet supaya tiada
ancaman fitnah dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab
Nilai: Mematuhi peraturan dan undang-undang
100. Singkatan/ Glosari : Thaiponggal Maksud: Perayaan ini
disambut oleh kaum India pada hari pertama Bulan Thai mengikut
calendar Tamil. Bulan ini membawa berkat kepada pasangan yang ingin
mendirikan rumah tangga
Nilai:
101. Singkatan/ Glosari : Cap Goh Mei Maksud: Hari ke 15 dalam
bulan pertama mengikut calendar Cina Menandakan tamatnya Perayaan
Tahun Baru Cina Nilai: 102. Singkatan/ Glosari : Good Friday
Maksud: Meraikan kebangkitan semula Nabi Isa Nilai:
103. Singkatan/ Glosari : Hari Natal/ Krismas Maksud: Diraikan
pada 25 Disember setiap tahun untuk memperingati Hari Kelahiran
Nabi Isa Nilai:
104. Singkatan/ Glosari : Hari Raya Puasa Maksud: Di panggil
Hari Raya Aidilfitri Diraikan oleh umat Islam dalam Bulan Syawal
selepas sebulan berpuasa ( Bulan Ramadhan) Nilai:
105. Singkatan/ Glosari : Hari Raya Korban Maksud: Di panggil
Hari Raya Aidiladha Diraikan oleh umat Islam pada 10 Zulhijjah
(Bulan ke 22 dalam calendar Islam) Umat Islam yang berkemampuan
dituntut melakukan ibadat korban iaitu menyembelih haiwan ternakan
seperti lembu, kerbau, unta atau kambing. Sebahagian daging haiwan
yang dikorbanka n diagihkan kepada fakir miskin.
Nilai: 106. Singkatan/ Glosari : Hari Thaipusam Maksud: Di
sambut oleh penganut agama Hindu pada Bulan ke 10 Kalendar Tamil
pada se tiap tahun Semasa perayaan penganut agama Hindu akan
membawa kavadi ke kuil untuk memuja Dewa Subramaniam Terdapat
pembawa kavadi mencucuk vel pada lidah dan pipi mereka semasa
upacara tersebut Tujuannya untuk membayar nazar / niat Nilai:
107. Singkatan/ Glosari : Hari Deepavali Maksud: Tahun Baru Kaum
India Nilai:
108. Singkatan/ Glosari : Hari Wesak Maksud: Hari Kebesaran
penganut agama Buddha Nilai:
109. Singkatan/ Glosari : Kelab Rotary Maksud: Merupakan NGO
yang menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan untuk masyarakat
Misalnya kempen menderma darah, biasiswa, menderma kerusi roda
kepada OKU, ceramah kesihatan dsb Nilai: Penglibatan diri dalam
pembangunan negara 110. Singkatan/ Glosari : PBSMM Maksud:
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Merupakan NGO yang terlibat
dalam aktiviti memberi bantuan perubatan kepada orang ramai semasa
kecemasan Nilai: Penglibatan diri dalam pembangunan negara
111. Singkatan/ Glosari : OIC Maksud: Pertubuhan Negara-negara
Islam Ditubuhkan pada tahun 1969 di Rabat, Morocco Tujuannya untuk
memupuk perpaduan dan kemajuan umat Islam dari segi politik,
ekonomi dan agama. Nilai: Sikap Keterbukaan
112. Singkatan/ Glosari : NAM Maksud: Negara-negara Berkecuali
Ditubuhkan pada tahun 1961 Merupakan gabungan longgar negara-negara
membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin Menghormati kedaulatan
dan keutuhan wilayah semua negara Mengakui persamaan antara semua
bangsa dan negara Mengelakkan campur tangan dalam hal-ehwal dalaman
sesebuah negara Menyelesaikan semua pertikaian antarabangsa secara
aman melalui rundingan dan timbang tara Nilai: Hidup bersama secara
aman
113. Singkatan/ Glosari : Deklarasi Harare 1991 Maksud: Diadakan
di Zimbabwe Menyakini keamanan dunia,perkembangan ekonomi dunia dan
undangundang antarabangsa perlu bagi menjamin kesejahteraan manusia
Kebebasan dan hak sama rata untuk semua bangsa tanpa mengira bangsa
dan jantina serta warna kulit Menolak segala bentuk diskriminasi
bangsa dan perlu bertoleransi demi menjaga pembangunan yang sihat.
Nilai: Hidup bersama secara aman 114. Singkatan/ Glosari :
CHOGM
Maksud: Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel Tujuannya untuk
menegakkan keadilan dalam bidang perdagangan, perjanjian politik
dan ekonomi. Nilai: Hidup bersama secara aman
115. Singkatan/ Glosari : KOMANWEL Maksud: Ditubuhkan tahun 1956
Merupakan pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh
British / Britian Ibu pejabat di London, England Terdiri daripada
54 buah negara anggota di mana Malaysia adalah anggota Komanwel
Nilai: Hidup bersama secara aman