GERAN LATIHAN PENJAGA CTG diluluskan CTG dan menerima sijil kehadiran (jika ada) Jenis kursus yang disediakan Anda boleh memilih daripada beberapa kursus yang diluluskan oleh CTG, termasuk: • Menguruskan penjagaan seharian seorang yang lanjut usia • Menjaga orang kesayangan yang menghidapi demensia, penyakit kronik, kurang upaya, dan lain-lain lagi • Mencegah kejatuhan dan memastikan keselamatan di rumah Melalui kursus-kursus ini, anda boleh mempelajari lebih tentang penjagaan kejururawatan asas, pengurusan kelakuan, penyediaan makanan berkhasiat yang seimbang, pertolongan cemas dan penjagaan diri penjaga itu sendiri, dan lain-lain lagi. Kursus-kursus boleh diadakan: • Di rumah anda, dengan orang kesayangan anda, jika perlu • Di sebuah bilik darjah di sebuah lokasi latihan • Pembelajaran elektronik Sila lungsuri www.silverpages.sg/CTG untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang diluluskan oleh CTG. Yuran kursus Yuran pembayaran mungkin berlainan mengikut kursus yang diambil. Jika Mengenai geran ini Geran Latihan Penjaga (CTG) membenarkan anda untuk mendapatkan subsidi tahunan sebanyak $200 untuk menghadiri kursus- kursus latihan yang diluluskan supaya anda dapat memberi penjagaan yang lebih baik kepada orang kesayangan anda. Jika layak, jumlah ini diberi untuk setiap penerima penjagaan bagi setiap tahun kewangan, iaitu dari April hingga Mac di tahun seterusnya. Oleh itu, jika anda menjaga dua orang kesayangan yang layak, anda boleh mendapat subsidi latihan sebanyak $400. Geran ini ditadbir oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC). Kelayakan Untuk layak menerima CTG, Orang kesayangan yang anda jaga mestilah: • Seorang Warganegara atau Penduduk Tetap Singapura • Berumur lebih daripada 65 tahun ATAU mempunyai keadaan kurang upaya seperti disahkan oleh seorang doktor yang berdaftar di Singapura Anda mestilah: • Seorang penjaga utama yang menjaga orang kesayangan anda. Penjaga boleh merujuk kepada seorang anggota keluarga atau seorang pembantu rumah asing • Menamatkan kursus latihan yang anda berjaya memohon CTG, ia boleh membantu anda untuk mengimbangi yuran kursus. Anda akan tetap perlu membuat bayaran sekurang-kurangnya $10 semasa pendaftaran. Sila lungsuri www.silverpages.sg/CTG untuk maklumat lanjut mengenai yuran kursus. Nota penting Jika pembantu rumah anda membantu menjaga orang kesayangan anda yang kurang upaya, anda mungkin layak menerima bantuan tambahan daripada: • Konsesi Levi Pembantu Rumah Asing untuk Orang-orang yang Kurang Upaya (Foreign Domestic Worker Levy Concession for Persons with Disabilities) – Anda hanya perlu bayar levi bulanan Pembantu Rumah Asing yang lebih rendah sebanyak $60, mulai dari 1 Mei 2015 jika anda layak menerimanya (bayarannya pada masa ini adalah $120) • Geran Pembantu Rumah Asing (Foreign Domestic Worker Grant) – dapatkan $120 sebulan untuk mengimbangani kos menggajikan seorang pembantu rumah asing. Sila hubungi AIC untuk maklumat lanjut. Untuk memohon Langkah 1: Lungsuri www.silverpages.sg/CTG dan pilih satu kursus yang diluluskan CTG. Hubungi pihak penyedia latihan untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar. Langkah 2: Muat turun borang permohonan CTG. Langkah 3: Kemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada penyedia latihan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kursus anda bermula. Jika anda perlu maklumat lanjut atau bantuan untuk membuat permohonan Lungsuri lelaman kami: www.silverpages.sg/CTG Telefon Singapore Silver Line: 1800-650-6060 8.30 pagi – 8.30 malam (Isnin hingga Jumaat) 8.30 pagi – 4 petang (Sabtu) Emel kami: [email protected] Kunjungi kami: AICare Link @ Maxwell (Di atas Pusat Makanan Amoy) 7 Maxwell Road #04-01 MND Complex Annex B Singapore 069111 Isnin hingga Jumaat: 8.30 pagi hingga 5.30 petang Ditutup pada hujung minggu dan cuti umum Untuk lokasi AICare Link yang lain, sila lungsuri http://silverpages.sg/AICareLink. SO35690_AIC_CaregiverTrainingBro_MAL_160211.indd 1 11/2/16 10:51 am