Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA SOALAN: “Pilih dua tempat dalam kategori yang sama (Bandar, kawasan perindustrian, kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya), bincangkan keberlainan lanskap manusia yang terbentuk dan jelaskan mengapa wujud keberlainan tersebut”. PENDAHULUAN Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh mengenai bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Takrifan geografi bukan sekadar apa yang digariskan pada perkataan yang berkaitan dengan kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur, unsur, fenomena dan karakter yang membentuk satu lanskap itu mempunyai ciri-ciri tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang geografi. Geografi juga adalah kajian interksi. Ahli geografi mesti melihat geografi dalam perspektif yang saintifik di mana ahli geografi mesti mampu menyusunhuraikan hubungan unsur- 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
SOALAN:
“Pilih dua tempat dalam kategori yang sama (Bandar, kawasan
perindustrian, kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya),
bincangkan keberlainan lanskap manusia yang terbentuk dan jelaskan
mengapa wujud keberlainan tersebut”.
PENDAHULUAN
Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh mengenai
bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Takrifan
geografi bukan sekadar apa yang digariskan pada perkataan yang
berkaitan dengan kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur, unsur,
fenomena dan karakter yang membentuk satu lanskap itu mempunyai
ciri-ciri tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang
geografi. Geografi juga adalah kajian interksi. Ahli geografi mesti
melihat geografi dalam perspektif yang saintifik di mana ahli geografi
mesti mampu menyusunhuraikan hubungan unsur-unsur dan
menjelaskan bagaimana hubungan ini terbentuk, menjadikan unsur,
ruang dan lanskap tersebut membentuk ciri-ciri unik dan tersendiri
berbanding kawasan lain. Ini kerana perubahan sesuatu lanskap
mempunyai talian antara aspek, faktor sosial dalam sesuatu ruang.
Tumpuan kajian geografi ialah tentang fenomena semulajadi dan
1
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
budaya yang terdapat di merata tempat. Pengetahuan geografi
penting untuk memahami kenapa tempat atau kawasan dan unsurnya
wujud dan di mana ia berada, apa makna keadaan dan kawasan itu
sebelum, sekarang dan masa akan datang, serta bagaimana lokasi,
tempat, dan kawasan tersebut memberi kesan kepada tempat lain.
DEFINISI
Kajian geografi terbahagi kepada dua iaitu geografi fizikal dan
geografi manusia. Kedua-dua bidang geografi ini mempunyai tumpuan
atau fokus kajian yang berbeza. Geografi manusia memfokuskan
kepada kajian tentang bagaimana kewujudan ruang, wilayah, kawasan
di muka bumi. Ia melibatkan kajian tentang keruangan di permukaan
bumi yang mengambil manusia sebagai objek utama. Ia meliputi
geografi kependudukan, aktiviti ekonomi, geografi politik, geografi
kebudayaan, geografi kemasyarakatan, geografi tingkah laku dan
geografi sosial. Ruang bermaksud satu kawasan yang terhasil akibat
tindakan manusia itu. Manusia membina ruang untuk membina
petempatan, perbandaran, perindustrian, pertanian dan sebagainya.
Bidang geografi manusia memusatkan kepada manusia dan aktivitinya
di bumi sebagai tempat kediaman. Justeru itu, bidang geografi
manusia muncul sebagai pengkajian perkaitan antara manusia dengan
2
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
alam sekitarnya atau dalam istilah moden ia dikenali sebagai system-
manusia-alam sekitar. Lanskap manusia adalah pemandangan yang
terbentuk seperti taburan kependudukan manusia itu sendiri dalam
sesuatu tempat yang terhasil daripada kegiatan manusia terhadap
bidang ekonomi yang dijalankan, iaitu berdasarkan kewujudan jenis
ekonomi yang terdapat pada sesuatu tempat. Ini dapat diperjelaskan
seperti pertanian bagi kawasan tanah tinggi serta mempunyai iklim
yang sesuai dan perniagaan di kawasan Bandar, sebagai pusat
perniagaan.
KEBERLAINAN LANSKAP MANUSIA
Geografi manusia mengkaji tentang ruang akibat daripada
kegiatan manusia itu. Kegiatan manusia adalah seperti membina
petempatan, kependudukan aktiviti ekonomi, pengangkutan,
pertanian, perbandaran, politik, budaya, migrasi, dan sebagainya.
Kegiatan, tindakan dan aktiviti manusia itu akan mengubah pandangan
bumi kepada pandangan yang baru. Ahli geografi yang mengkhusus
dalam bidang geografi manusia cuba menerangkan bagaimana
manusia itu sendiri menwujudkan fenomena baru atau ruang dalam
kehidupannya. Ahli geografi masih juga menggunakan persoalan asas
untuk menerangkan sebab kewujudan ruang baru tersebut.
3
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Elemen dan Fenomena Kajian Geografi Manusia adalah seperti
Kependudukan, Petempatan, Aktiviti Ekonomi, Pengangkutan, Aktiviti
rekreasi, Keagamaan, sistem politik, Tradisi Sosial (budaya), Migrasi
manusia, Sistem pertanian dan Sistem Bandar. Semua lanskap
manusia yang terbentuk, berkisar kepada semua elemen kegiatan
manusia ini.
Tradisi Sosial (budaya), merupakan salah satu elemen yang
membentuk lanskap manusia, sama ada kawasan tersebut Bandar,
kawasan perindustrian, kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya.
Kajian Tradisi Sosial (budaya) akan memberikan gambaran lanskap
manusia yang terhasil dari kesan pembangunan sesuatu kawasan.
Pembangunan sesuatu kawasan itu juga terhasil dari perancangan dan
pentadbiran kepimpinan manusia yang disebut sebagai keupayaan
kebudayaan mental. Dalam perbincangan ini, tumpuan hanya
diberikan kepada elemen Tradisi Sosial (budaya) atau juga disebut
lanskap budaya bagi membincangkan perbezaan dan keberlainan
lanskap manusia dan juga menumpukan hanya kawasan Bandar
berbanding dengan kawasan pertanian.
KEWUJUDAN LANSKAP MANUSIA
4
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Keseluruhan cara hidup manusia, melibatkan unsur-unsur
penciptaan dan pemantapan elemen-elemen fizikal, tingkahlaku dan
abstraksi secara sedar dan berterusan. Elemen Fizikal, sebagai contoh
artifak seperti rumah, lukisan; Elemen Tingkahlaku, sebagai contoh
objek sikap dan tingkahlaku seperti tarian dan adat; Elemen Abstraksi
seperti kebudayaan mental, budi, kejiwaan, pemikiran.
Kebudayaan bukanlah objek fizikal atau tingkahlaku atau rangka
mental semata-mata, tetapi kesemuanya. Kebudayaan mental adalah
yang paling penting kerana kebudayaan fizikal dan tingkahlaku adalah
cerminan kebudayaan mental. Takrif klasik Taylor dan Strauss
(kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia).
Apabila memperkatakan tentang penempatan manusia maka
kita tidak dapat melarikan diri daripada memperkatakan lanskap
budaya kerana penempatan manusia adalah sebahagian daripada
lanskap budaya dan lanskap budaya itu sendiri merupakan hasil
daripada kegiatan manusia di dalam sesebuah lokasi. Dalam lanskap
budaya itu sendiri meliputi kajian bentuk muka bumi mikro, tumbuhan
semula jadi, bangunan dan pola-pola penempatan (Ingolf Vogeler,