Geografi ekonomiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perdagangan kopi ialah industri sejagatGeografi ekonomi ialah
kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang
aktiviti-aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang
diselidiki amat dipengaruhi oleh pendekatan perkaedahan seseorang
penyelidik. Ahli teori lokasi neoklasik mengikut jejak Alfred Weber
dan cenderung menumpukan lokasi perindustrian dan menggunakan
kaedah kuantitatif. Sejak dekad 1970-an, dua tindak balas yang umum
terhadap pendekatan neoklasikisme telah mengubah disiplin ini
dengan ketara: Ekonomi politik Marxisme yang bercabang daripada
karya David Harvey; dan Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira
faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi
ruangan.Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu
subbidang disiplin geografi. Bagaimanapun, pada masa kebelakangan
ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan Jeffrey Sachs telah
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai
sebahagian geografi ekonomi.[1] Krugman sanggup menggelar
penggunaan pemikiran ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa
sebagai "geografi ekonomi baharu" yang bersaing secara langsung
dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai
"geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah
dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah
tersebut.[2]Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi
ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbeza, termasuk (senarai
ini tidak lengkap): ekonomi bentuk bandar; ekonomi etnik; ekonomi
jantina; ekonomi penumpuan (juga dikenali sebagai "talian" atau
"rangkaian"); gentrifikasi; globalisasi; harta tanah; hubungan
antara alam sekitar dengan ekonomi (mengikat sejarah panjang ahli
geografi mengkaji saling tindak budaya-persekitaran); lokasi
industri; pengangkutan; perdagangan dan pembangunan antarabangsa;
dan teori teras-pinggir;
Isi kandungan 1 Bidang kajian 2 Cabang 3 Lihat juga 4 Rujukan 5
Bacaan tambahan 6 Jurnal saintifik 7 Pautan luarBidang kajian
Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan
ruangan dan pengagihan aktiviti ekonomi. Geografi ekonomi kawasan
mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau negara-negara di
dunia. Ia juga mengkaji pewilayahan ekonomi. Geografi ekonomi
kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis
sezaman dan falsafahnya. Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji
proses kognitif yang mendasari taakulan ruangan, pembuatan
keputusan lokasi, dan tingkah laku firma [3] dan
individu.CabangDaripada segi tema, geografi ekonomi boleh
dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang berikut (tidak
lengkap): Geografi Pertanian Geografi Industri Geografi Perdagangan
Antarabangsa Geografi Sumber Geografi Pengangkutan dan
Komunikasi.Bagaimanapun, bidang kajian yang tersebut mungkin
bertindih dengan sains geografi yang lain atau dapat dianggap
sebagai satu bidang yang berasingan.Lihat juga Analisis ruangan
Ekonomi bandar Ekonomi luar bandar Geografi pembangunan Geografi
runcit Gugusan perniagaan Model perdagangan graviti Sains kawasan
Senarai topik geografi ekonomi Teori lokasiRujukan1. Gordon L.
Clark, Meric S. Gertler, and Maryann P. Feldman, ed. The Oxford
Handbook of Economic Geography. Oxford University Press.
ISBN978-0-19-823410-4.2. Steven Brakman, Harry Garretsen, Charles
van Marrewijk. An Introduction to Geographical Economics.3.
Schoenberger, E. (2001): Corporate autobiographies: the narrative
strategies of corporate strategists. Journal of Economic Geography
1, 277-98.4. Yeung, Henry Wai-Chung, Neil M. Coe, and Philip F.
Kelly. Economic Geography: A Contemporary Introduction. Grand
Rapids: Blackwell Limited, 2007.Bacaan tambahan Lloyd, P. E. -
Dicken, P. (1977): Location in space - A Theoretical Approach to
Economic Geography, Second Edition. Harper & Row Ltd, London.
Massey, D. (1984): Spatial Divisions of Labour, Social Structures
and the Structure of Production, MacMillan, London. Lee, R. -
Wills, J. (1997): Geographies of Economies, Arnold, London. Dicken,
P. (2003): Global Shift: Reshaping the Global Economic Map in the
21st Century, Fourth Edition. The Guilford Press. Scott, A. J.
(2006) Geography and Economy. Oxford University Press.Jurnal
saintifikEconomic Geography - founded and published quarterly at
Clark University since 1925Journal of Economic Geography -
published by Oxford University Press since 2001Zeitschrift fr
Wirtschaftsgeographie - The German Journal of Economic Geography
published since 1956.Tijdschrift voor economische en sociale
geografie (TESG) - Published by The Royal Dutch Geographical
Society (KNAG) since 1948.Pautan luar