1 Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.
31
Embed
Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’.
Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. - PowerPoint PPT Presentation
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Gaya BahasaGaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’.Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.
Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.
MINGGU 11
2
Ciri-ciri Gaya Bahasa
Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu:
• Kejujuran• Kesantunan• Menarik
Kejujuran bermaksud:
• Sanggup melakukan pengorbanan demi menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur.
• Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul dalam berbahasa.
• Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan.
• Menyatakan sesuatu dengan tepat.
3
Kesantunan
Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud:
• Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca.
• Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata.
• Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi:
Kejelasan:
- ketatabahasaan- hubungan dengan fakta yang diungkapkan- urutan idea secara logis- penggunaan kiasan dan perbandingan
Kesingkatan:
- menggunakan kata secara efisien.- mengelakkan penggunaan kata yang sinonim.- menghindari tautologi.
4
Menarik
Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-unsur yang berikut:
1. Bervariasi
2. Mengandungi humor yang sihat
3. Mempunyai pengertian yang baik
4. Mempunyai kekuatan (vitalitas)
5. Penuh dengan daya khayal atau imaginasi
5
Jenis-jenis Gaya Bahasa
Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada:
1. Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa.
2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa.
3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat.
4. Gaya bahasa retorik.
5. Gaya bahasa kiasan.
6
Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa
1. Berdasarkan pengarang
2 Berdasarkan masa
3. Berdasarkan medium atau wahana
4. Berdasarkan subjek atau perkara
5. Berdasarkan tempat
6. Berdasarkan khalayak
7. Berdasarkan tujuan
7
Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa
1. Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata2. Gaya bahasa berdasarkan nada3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat4. Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung
atau tidak langsung)
Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata
1. Gaya bahasa rasmi2. Gaya bahasa tidak rasmi3. Gaya bahasa percakapan atau lisan
Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya:
1. Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan.
2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.
11
Gaya Bahasa Antiklimaks
Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat:
Contohnya:
Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.
12
Gaya Bahasa Paralelisme
Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya:
1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus dikutuk tetapi juga harus dibanteras.
2. Baik golongan kaya mahupun golongan miskin, harus dihukum jika bersalah.
13
Gaya Bahasa Antitesis
Gaya yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya:
1. Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara.
2. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.
14
Gaya Bahasa Perulangan
Epizeuksis
Perulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang dipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya:
1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.
2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.
15
Gaya Bahasa Tautotes (Tautologi)
Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulang-ulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya:
1. Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh.
2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.
16
Gaya Bahasa Anafora
Anafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya:
1. Kalau tidak Johar, JohariKalau tidak Johari, HamidKalau tidak, Badariah dan Khamsiah
2. Senang-senang pinjamSenang-senang kata hutangSenang-senang pula serah pada orang
17
Gaya Bahasa Epistrofa (Epipora)
Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya:
1. bumi yang kaudiami, itulah kediamanudara yang kauhirup, itulah kehidupankasih yang kausirami, itulah kehidupan
2. Ketuaan emakkeuzuran emakkeletihan emak
18
Gaya Bahasa Simplok
Perulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya:
1. saya tidak pandai menyanyisebarang nyanyi saya nyanyikansaya tidak pandai menarisebarang tari saya tarikan
2. bukan hidup tanpa cubaanbukan dunia tanpa penderitaan
19
Gaya Bahasa Epanalepsis
Perulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya:
Kita gunakan fikiran dan perasaan kitaberceritalah padaku, berceritalah kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan
20
Gaya Bahasa Mesodiplosis
Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya:
buruh kontrak jangan mencuri masapegawai tinggi jangan mencuri masa
21
Gaya Bahasa Anadiplosis
Perulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya:
1. dalam air ada wajahdalam wajah ada kenangandalam kenangan ada …….
2. dalam syair ada katadalam kata ada maknadalam makna ada …………..
22
Gaya Bahasa Retorik
Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada:
1. Aliterasi2. Asonansi3. Susunan songsang4. Elipsis5. Eufimisme6. Litotes
23
Aliterasi
Gaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya:
1. kan kubenamkan dadakukaki kananku ke bulankaki kiriku ke mataharikan kuhanyutkan hatiku
2. dalam memberi dan menerimamomen semanis semulia ini
24
Asonansi
Gaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya:
1. Melangkah gadis menahan denyutanpandangan terakhir terlempar ke nisansetangkai kemboja gugur perlahanmerangkaklah senja menutup pandangan
2. Dari darah, dari nanah yang punah di tanahrangka manusia kehilangan nyawa disambar senjatahasil manusia gila perang membunuh mesrabunga merah berkembang indah minta disembah
25
Susunan Songsang (inversi)
Susunan songsang atau inversi ialah gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya:
1. Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku.
2. Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu.
3. Terkenang dia akan mimpi semalam.
26
Elipsis
Terdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya:
1. Siakap senohong, gelama ikan duri………………………………………
2. Pinggan tak retak, nasi tak dingin………………………………………
3. Ada ubi, ada batas…………………….
27
Litotes
Gaya yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya:
1. Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya.
2. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang.
3. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali
28
Eufimisme
Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya:
1. Mati : meninggal dunia atau menghembuskan
nafas yang akhir.2. Bini : isteri atau orang rumah3. Berak : ke sungai besar4. Bunting : berbadan dua, hamil5. Haid : datang bulan, uzur
29
Gaya Bahasa Kiasan
Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan berpindah.
30
Simile
Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain, contohnya:
1. Beningnya laksana bulan di langit.2. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan
mimpi ngeri kepada Fatin.3. Mukanya merah seperti udang kena bakar.
31
Metafora
Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya:
1. Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi…..
2. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya.
3. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.