1 GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis. 1. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (a) Syarat-syarat Umum i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu; ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat; iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian. (b) Syarat-syarat Khusus PELAJAR TAJAAN PERIHAL Dalam Negara Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/ Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/ Praktikal. Luar Negara i. Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali di Malaysia: a. TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar berkelayakan; dan b. Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya layak dibayar atas kadar tempatan.
11
Embed
GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
GARIS PANDUAN
TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS
PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan
Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis.
1. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI
(a) Syarat-syarat Umum
i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari
cuti awam/ umum/ hujung minggu;
ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi
25 km mana yang terdekat;
iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak
termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan
iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan
kursus pengajian.
(b) Syarat-syarat Khusus
PELAJAR
TAJAAN PERIHAL
Dalam Negara Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi
KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK
membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/
Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/
Praktikal.
Luar Negara i. Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali
di Malaysia:
a. TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket
kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar
berkelayakan; dan
b. Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara
untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada
di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya
layak dibayar atas kadar tempatan.
2
PELAJAR
TAJAAN PERIHAL
ii. Pelajar yang menjalani Latihan Amali di negara pengajian:
a. TIDAK LAYAK menerima Elaun Latihan Amali
sekiranya menerima apa-apa bayaran daripada
Firma/ Institusi sepanjang pelajar mengikuti latihan
tersebut; dan
b. Pelajar yang menjalani latihan amali melebihi 3 bulan
dan menerima bayaran yang sama atau melebihi
kadar Elaun Sara Hidup TIDAK LAYAK menerima
Elaun Sara Hidup di sepanjang tempoh latihan
tersebut. Sekiranya bayaran dari Firma/ Institusi
kurang daripada kadar Elaun Sara Hidup yang
diterima, maka JPA akan membayar perbezaan
kadar tersebut.
(c) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A;
ii. Dokumen Sokongan
a. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti
Kepada Majikan seperti di Lampiran B; dan
b. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada
Majikan seperti di Lampiran C.
2. TUNTUTAN ELAUN TESIS
(a) Syarat-syarat
i. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;
ii. Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus
pengajian/bergraduat; dan
iii. Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian.
(b) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A; dan
ii. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh
Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti
berkaitan seperti contoh di Lampiran D.
3
3. KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari
selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat
dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan
syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap.
Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan
bayaran tidak akan dipertimbangkan.
(b) Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan
permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal)
melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut: