-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
1
GARIS PANDUAN
PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua
Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
sekolah
mengenai bilangan Pekerja Kebersihan, terma dan syarat serta
skop dan
spesifikasi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK)
bagi Sekolah
Kurang Murid (SKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
2. LATAR BELAKANG
2.1. Selaras dengan Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM)
#40: Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid untuk mengoptimakan
kos
pengurusan SKM, SKM digugurkan daripada senarai premis bagi
tender
perkhidmatan KBK yang dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan (BPL)
mulai
tahun 2019 memandangkan skop dan spesifikasi perkhidmatan KBK
bagi
sekolah tersebut adalah terhad berdasarkan kepada bilangan murid
serta nilai
aset Kerajaan yang lebih rendah berbanding lain-lain
sekolah.
2.2. Susulan itu, perolehan perkhidmatan KBK bagi SKM
dilaksanakan di
peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab
(PTJ)
mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan
semasa.
3. TAFSIRAN
Bagi tujuan garis panduan ini –
(a) “Sekolah Kurang Murid” atau “SKM” ertinya sekolah yang
mempunyai
bilangan murid 150 orang atau kurang;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
2
(b) “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh
Kementerian
Pendidikan Malaysia dan termasuklah Ketua Setiausaha
Kementerian
Pendidikan Malaysia atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa
oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk mana-mana
pegawai
atas jawatan yang diberi kuasa sebagai Pentadbir Kontrak;
(c) “Kontraktor” ertinya sebuah syarikat atau perniagaan yang
didaftarkan di
Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau Akta
Pendaftaran
Perniagaan 1956 [Akta 197] dan berdaftar dengan Kementerian
Kewangan
Malaysia, serta dilantik oleh Kerajaan bagi memberikan
perkhidmatan
kebersihan bangunan dan kawasan bagi Premis di bawah
Kementerian
Pendidikan Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat yang
ditetapkan;
(d) “Perjanjian” ertinya Perjanjian Kebersihan Bangunan dan
Kawasan antara
Kerajaan dengan Kontraktor;
(e) “Perkhidmatan” ertinya perkhidmatan kebersihan bangunan dan
kawasan
yang disediakan oleh Kontraktor termasuk mesin, kelengkapan,
peralatan
dan bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan
Jadual 2;
(f) “Premis” ertinya kawasan dan/atau bangunan Perkhidmatan
dilaksanakan
seperti yang ditentukan oleh Kerajaan;
(g) “Anggaran Nilai Perjanjian” ertinya anggaran jumlah
keseluruhan yang perlu
dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor bagi pembekalan
Perkhidmatan;
(h) “Bayaran Perkhidmatan” ertinya jumlah yang perlu dibayar
oleh Kerajaan
kepada Kontraktor;
(i) “Tempoh Perjanjian” ertinya tempoh Kontraktor untuk
memberikan
Perkhidmatan kepada Kerajaan daripada tarikh mula (Tarikh
Berkuat Kuasa)
hingga tarikh akhir (Tarikh Tamat);
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
3
(j) “Bon Pelaksanaan” ertinya jaminan tidak boleh batal yang
telah atau akan
dikeluarkan oleh institusi kewangan yang dilesenkan di bawah
Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] atau undang-undang Malaysia lain
yang
terpakai atau mana-mana institusi yang dibenarkan oleh
Kerajaan;
(k) “Pekerja Kebersihan” ertinya mana-mana orang yang digaji
oleh Kontraktor
untuk melaksanakan perkhidmatan kebersihan bangunan dan
kawasan
seperti di Jadual 1;
(l) “Penyelia” ertinya orang yang telah dilantik oleh Kontraktor
yang bukan
daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak
sebagai
pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan
pihak
Kontraktor dan melaksanakan tanngungjawab dalam Jadual 1;
dan
(m) “Ketua Jabatan” ertinya Pengarah JPN, Pegawai Pendidikan
Daerah,
Pengetua dan Guru Besar.
4. KRITERIA ASAS PEMILIHAN KONTRAKTOR
Kriteria asas pemilihan Kontraktor adalah seperti berikut –
(a) Kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di
bawah kod
bidang Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan
di
bawah Bidang, Sub-Bidang dan Pecahan Sub-Bidang 221001
(Pembersihan Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih
Kawasan) yang masih sah dan berkuat kuasa; dan
(b) Kontraktor mempunyai keupayaan teknikal dan kewangan yang
kukuh.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
4
5. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN
Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –
(a) Bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah
dua (2)
orang; dan
(b) Bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan
adalah
tiga (3) orang.
6. PELANTIKAN PEKERJA KEBERSIHAN OLEH KONTRAKTOR
6.1. Pelantikan
(a) Kontraktor dikehendaki menggaji dan menentukan Pekerja
Kebersihan
yang bertugas sepertimana yang ditetapkan.
(b) Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pekerja
Kebersihan dari aspek pembayaran gaji dan upah, caruman
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), pakaian seragam dan aksesori,
mesin,
kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi melaksanakan
pembersihan bangunan dan kawasan, latihan dan kursus
berkaitan
pembersihan bangunan dan kawasan, disiplin, kebajikan,
perbelanjaan
perubatan dan rawatan.
(c) Sekiranya seseorang Pekerja Kebersihan itu bercuti sakit,
cuti rehat,
cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk
bertugas
atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk
bertugas,
maka Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja
Kebersihan tersebut daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang
telah
disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
5
(d) Sekiranya pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian
atau
semasa Pekerja Kebersihan menjalankan Perkhidmatan, Kerajaan
mendapati Pekerja Kebersihan yang dibekalkan tidak memenuhi
kriteria pelantikan atau tidak sesuai untuk melaksanakan
Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti
Pekerja
Kebersihan daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah
disahkan
oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan tanpa apa-apa
kos
tambahan kepada Kerajaan.
(e) Sekiranya Kontraktor gagal menyediakan pengganti Pekerja
Kebersihan, Kerajaan berhak membuat tolakan ke atas Bayaran
Perkhidmatan mengikut pengiraan tolakan menurut Jadual 4.
(f) Kerajaan boleh meminta Kontraktor menambah bilangan
Pekerja
Kebersihan pada masa tertentu sekiranya difikirkan perlu
oleh
Kerajaan. Dalam keadaan tersebut, pihak Kerajaan dan
Kontraktor
akan merundingkan, antara lain, Bayaran Perkhidmatan yang
akan
dibayar kepada Kontraktor dan skop kerja dan sebarang perkiraan
yang
dipersetujui hendaklah diperuntukkan melalui perjanjian
tambahan
yang akan dibuat kemudian oleh pihak Kerajaan dan
Kontraktor.
6.2. Kriteria Pelantikan
Dalam melantik Pekerja Kebersihan bagi melaksanakan
Perkhidmatan,
Kontraktor hendaklah –
(a) mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam
undang-undang,
peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa di Malaysia;
(b) mengadakan perbincangan dengan Ketua
Jabatan/Pengetua/Guru
Besar/pentadbir Premis dan mempersetujui secara bertulis bagi
tujuan
seperti berikut –
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
6
(i) menentukan kawasan Premis yang perlu dibersihkan;
(ii) mengatur pelaksanaan skop Perkhidmatan;
(iii) taklimat mengenai peraturan-peraturan Premis;
(iv) senarai Pekerja Kebersihan yang akan dibekalkan; dan
(v) lain-lain perkara yang berkaitan.
(c) melantik Pekerja Kebersihan daripada kalangan
warganegara
Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad
pengenalan
biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Warga
asing
tidak boleh dilantik sebagai Pekerja Kebersihan dan tidak
dibenarkan
berada dalam kawasan Premis sepanjang Tempoh Perjanjian
kecuali
mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan;
(d) tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di
bawah
umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh
tiga
(63) tahun sebagai Pekerja Kebersihan. Walau bagaimanapun,
bagi
mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 63 tahun
boleh
dilantik sebagai Pekerja Kebersihan hendaklah mendapat
pengesahan
daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan
diperolehi setiap tahun dan dikemukakan untuk kelulusan
Ketua
Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis;
(e) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik fasih bertutur,
membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia;
(f) memastikan Pekerja Kebersihan tidak buta warna dan tidak
cacat
pendengaran;
(g) menentukan hanya Pekerja Kebersihan yang berpengalaman,
terlatih,
cekap dan berwibawa ditugaskan;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
7
(h) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik adalah
berdisiplin,
cergas, sihat tubuh badan, berpengetahuan dan terlatih dalam
aspek
pembersihan bangunan dan kawasan;
(i) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja
sentiasa
menjaga kebersihan diri dan bebas daripada apa-apa wabak
atau
penyakit berbahaya atau berjangkit;
(j) memastikan setiap Pekerja Kebersihan telah atau dikehendaki
dari
semasa ke semasa menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi
dan
disahkan sihat tubuh badan, penglihatan yang baik dan
mempunyai
rekod perubatan yang disahkan oleh Pengawai Perubatan
Kerajaan;
(k) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja tidak
mempunyai
rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
berbahaya dan aktiviti-aktiviti tidak sah atau tidak
bermoral;
(l) memastikan bahawa pengambilan Pekerja Kebersihan bertugas
yang
mempunyai pertalian saudara adalah tidak melebihi daripada dua
(2)
orang;
(m) mengemukakan Maklumat Peribadi Pekerja Kebersihan kepada
Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh
Berkuat
Kuasa Perjanjian atau tarikh Pekerja Kebersihan berkenaan
dilantik
oleh Kontraktor, mengikut mana yang terkemudian seperti berikut
–
(i) nama, salinan kad pengenalan dan pengesahan kad
pengenalan
biometrik oleh Jabatan Pendaftaran Negara, gambar terkini
Pekerja Kebersihan, alamat dan nombor telefon Pekerja
Kebersihan;
(ii) latar belakang dan kelayakan Pekerja Kebersihan;
(iii) jadual bertugas Pekerja Kebersihan;
(iv) surat lantikan Pekerja Kebersihan oleh Kontraktor; dan
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
8
(v) nama dan nombor telefon Penyelia.
(n) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik berkelakuan
baik,
bertatatertib, mematuhi peraturan-peraturan dan tidak
melakukan
perbuatan-perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi
undang-undang
sepanjang Tempoh Perjanjian;
(o) memastikan Pekerja Kebersihan wanita sahaja dibenarkan
bekerja di
blok asrama perempuan bagi Premis yang mempunyai asrama
termasuk tandas perempuan di Premis; dan
(p) menghalusi pemilihan dan pengambilan kerja Pekerja
Kebersihan atau
mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan;
7. OBLIGASI KONTRAKTOR
7.1. Perkhidmatan
(a) Kontraktor hendaklah memastikan dan menetapkan bahawa
pada
setiap masa, Perkhidmatan dilaksanakan menurut skop dan
spesifikasi
Perkhidmatan seperti yang ditentukan dalam Jadual 1;
(b) Kontraktor hendaklah melantik seorang Penyelia yang
bukan
daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak
sebagai
pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan
pihak
Kontraktor. Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan
secara bertulis sekiranya terdapat pertukaran atau pelantikan
Penyelia
yang baharu;
(c) Kontraktor hendaklah menyediakan sesalinan kod etika, fungsi
dan
tanggungjawab Pekerja Kebersihan yang telah ditandatangani
oleh
Pekerja Kebersihan itu untuk diserahkan kepada Pekerja
Kebersihan
tersebut;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
9
(d) Kontraktor hendaklah membenarkan mana-mana wakil Kerajaan
yang
diberi kuasa untuk memeriksa dan membuat lawatan di Premis
pada
bila-bila masa;
(e) Kontraktor bertanggungjawab menjaga nama baik, imej dan
reputasi
Premis dan Kerajaan sepanjang masa;
(f) Kontraktor hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke
atas
Pekerja Kebersihan yang didapati lalai, cuai dan melakukan
kesalahan
jenayah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat
kuasa;
(g) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan bersikap
sopan-
santun, bertatatertib dan mematuhi peraturan-peraturan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;
(h) Kontraktor hendaklah membekalkan dan menyenggara segala
mesin,
kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh
Pekerja
Kebersihan dalam memberikan Perkhidmatan;
(i) Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang
berkenaan pembuangan sampah sarap serta membuang semua
sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan
sampah
yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan;
(j) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang
dikenakan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atas kesalahan
berhubung pembuangan sampah sarap dan bahan-bahan buangan
yang dikendalikan oleh Kontraktor;
(k) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang
dikenakan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesalahan
terdapat
tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam kawasan Perkhidmatan;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
10
(l) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa hanya Pekerja
Kebersihan
yang berpengalaman dan terlatih mengendalikan mesin,
kelengkapan,
peralatan dan bahan-bahan;
(m) Kontraktor hendaklah sentiasa mengutamakan aspek
keselamatan
dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam memberikan
Perkhidmatan;
(n) Kontraktor hendaklah membaiki kerosakan harta Kerajaan
yang
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor
atau
Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor atas
perbelanjaan dan kos sendiri. Kerosakan harta Kerajaan yang
tidak
boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang
sama atau
lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan;
(o) Apa-apa pembaikan, penggantian dan/atau pembayaran yang
hendaklah dibuat oleh Kontraktor kepada Kerajaan hendaklah
disempurnakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
tuntutan atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan
oleh
Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembaikan,
penggantian dan/atau pembayaran berkenaan, Kerajaan berhak
mendapatkan amaun yang dituntut itu dengan membuat
pemotongan
daripada apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor
atau
di bawah Bon Pelaksanaan;
(p) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa
pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran atau
lesen,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan
dengan Perkhidmatan dan Pekerja Kebersihan;
(q) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa
pembayaran dan ganti rugi bagi apa-apa kerugian termasuk
reputasi
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
11
dan nama baik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan
oleh
mogok dan ketidakhadiran Pekerja Kebersihan dan termasuk
kerugian
akibat kegagalan pematuhan peruntukan undang-undang
berkenaan
dengan penggajian Pekerja Kebersihan dan pembuangan sampah
sarap;
(r) Kontraktor digalakkan untuk melantik Pekerja Kebersihan yang
pernah
berkhidmat dengan Kontraktor terdahulu;
(s) Kontraktor digalakkan menghantar Pekerja Kebersihan untuk
mengikuti
kursus berkaitan perkhidmatan pembersihan bangunan dan
kawasan
yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta atas
perbelanjaan dan kos Kontraktor sendiri;
(t) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan –
(i) bertanggungjawab menjaga kebersihan Premis;
(ii) memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kerajaan
seperti
di Jadual 3 dan sentiasa menjaga keterampilan diri bagi
menjaga
nama baik Kerajaan;
(iii) tidak berambut panjang bagi lelaki dan berambut kemas
bagi
perempuan;
(iv) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk
dan
membaca majalah/suratkhabar semasa bertugas;
(v) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja
Kebersihan semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas
dan apabila hendak meninggalkan tugas. Kegagalan Pekerja
Kebersihan berbuat demikian adalah dianggap tidak hadir
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
12
bertugas dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh
mengenakan tolakan terhadap Kontraktor;
(vi) mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual
Pembersihan. Kegagalan Pekerja Kebersihan berbuat demikian
adalah dianggap tidak melaksanakan kerja pembersihan dan
tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh mengenakan
tolakan terhadap Kontraktor;
(vii) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu
dan
bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;
(viii) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada
di
Premis berada di kawasan berumput, padang dan kawasan
Premis yang terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan
kerja
penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges),
semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan
tersebut;
(ix) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan
ketika kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi
mengelakkan
berlakunya kemalangan kepada mana-mana orang yang
dibenarkan berada di Premis akibat kecuaian, kelalaian atau
salah
laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana
pekerja
Kontraktor;
(x) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan
dan bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut
tatacara penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan
sebarang kemalangan kepada mana-mana orang yang
dibenarkan berada di Premis atau kerosakan harta Kerajaan di
Premis;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
13
(xi) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan
di
ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(xii) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di
tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan;
(xiii) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di
Premis;
dan
(xiv) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun,
bertatatertib serta
mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
7.2. Mesin, Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan
(a) Kontraktor hendaklah menyediakan segala mesin,
kelengkapan,
peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja
Kebersihan
sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 bagi tujuan
memberikan
Perkhidmatan; dan
(b) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa sepanjang Tempoh
Perjanjian, segala mesin, kelengkapan, peralatan dan
bahan-bahan
sentiasa mencukupi, berada dalam keadaan baik, bersih,
kemas,
tersusun, disenggara dengan teratur serta boleh berfungsi
dengan
sempurna pada setiap masa.
7.3. Laporan Harian
(a) Kontraktor hendaklah menyenggara Buku Rekod Kehadiran
Pekerja
Kebersihan dan Jadual Pembersihan serta memastikannya
dilengkapkan pada setiap hari oleh Pekerja Kebersihan yang
bertugas.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
14
(b) Pekerja Kebersihan yang bertugas hendaklah mencatatkan
kehadiran
dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi
mengesahkan
kehadiran semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas
dan
apabila hendak meninggalkan tugas..
(c) Kontraktor hendaklah menghantar laporan kehadiran
Pekerja
Kebersihan dan keadaan kebersihan setiap hari dan
mengemukakannya kepada wakil Kerajaan untuk semakan.
(d) Laporan bagi setiap hari hendaklah dihantar selewat-lewatnya
pada
pukul 9.00 pagi hari yang berikutnya.
7.4. Perlindungan Insurans
(a) Kontraktor hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi
setiap
Pekerja Kebersihan dan mana-mana pekerjanya yang ditugaskan
melaksanakan Perkhidmatan terhadap apa-apa kecederaan yang
dialami oleh mereka semasa menjalankan tugas tersebut dan
melainkan kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian
Kerajaan.
(b) Kontraktor hendaklah menanggung kerugian Kerajaan terhadap
semua
tindakan atau tuntutan yang berkenaan dengan kecederaan
tersebut.
8. HARGA TAWARAN
8.1. Harga Tawaran penyebut harga/petender hendaklah mengambil
kira semua
kos berkaitan termasuk segala kos yang terlibat semasa atau
selepas
tawaran, kos pentadbiran serta semua kos berkaitan dengan
Perkhidmatan
seperti pengangkutan, perkhidmatan, mesin, kelengkapan,
peralatan dan
bahan-bahan, cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan dan
semua kos
luar jangka yang berkaitan.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
15
8.2. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender adalah
tetap,
harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak
boleh
dipinda selepas penawaran sebut harga/tender ditutup serta
akan
berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku sebut harga/tender.
Harga
yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender yang berjaya
hendaklah
dipatuhi sepanjang masa Perjanjian berkuat kuasa dan tidak boleh
dibuat
sebarang perubahan KECUALI atas persetujuan bersama oleh
kedua-dua
pihak Kerajaan dan Kontraktor.
8.3. Harga yang ditawarkan haruslah mengikut mekanisme
penggenapan
harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu
dalam dua
(2) titik perpuluhan sahaja, sebagai contoh RM2.10.
8.4. Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi
perkhidmatan sistem
ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah berdasarkan kepada
perkara
berikut –
(a) One-time payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan
peratus
(0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum
berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau
lebih.
(b) Multiple payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat
peratus
(0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum
berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai
RM1.2
juta atau lebih.
8.5. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran
yang terendah.
Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut
harga/petender
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
16
bukanlah nilai Perjanjian muktamad yang akan ditetapkan oleh
Kerajaan
sekiranya berjaya di dalam penawaran sebut harga/tender.
9. ANGGARAN NILAI PERJANJIAN
9.1. Pengiraan Anggaran Nilai Perjanjian adalah seperti berikut
–
Anggaran Nilai Perjanjian
= Harga Sebut Harga/Tender yang telah dipersetujui
= Kadar Harga Seorang Pekerja Kebersihan Sebulan x Bilangan
Pekerja
Kebersihan x Bilangan Bulan
9.2. Anggaran Nilai Perjanjian adalah termasuk kos bayaran fi
perkhidmatan
sistem ePerolehan.
9.3. Anggaran Nilai Perjanjian adalah tetap dan apa-apa
permohonan bagi
pelarasan semula Anggaran Nilai Perjanjian berikutan kenaikan
harga
disebabkan oleh polisi atau keputusan Kerajaan hendaklah
dikemukakan oleh
Kontraktor kepada Kerajaan secara bertulis. Kerajaan mempunyai
kuasa
mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan itu atau
sebaliknya.
9.4. Sekiranya Kerajaan bersetuju dengan permohonan Kontraktor,
pelarasan
semula kepada Anggaran Nilai Perjanjian hanya akan berkuat kuasa
melalui
pindaan kepada Perjanjian.
10. SURAT SETUJU TERIMA
10.1. Kerajaan berhak menyetujuterima tawaran sebut harga/tender
sama ada
kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak
terikat
untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana
tawaran
atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran
sebut
harga/tender.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
17
10.2. Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan
melayan
sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut
harga/petender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak
berjaya.
10.3. Penyebut harga/petender yang berjaya dikehendaki
menandatangani satu
Perjanjian dengan Kerajaan dan adalah terikat dengan
syarat-syarat yang
terkandung dalam Perjanjian tersebut.
10.4. Surat Setuju Terima hendaklah ditandatangani dan
diserahkan kepada
Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Surat Setuju
Terima
dikeluarkan. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh
tiga
puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima tersebut
dikeluarkan.
Kegagalan menyerahkan kembali Surat Setuju Terima dan Bon
Pelaksanaan
dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh pihak
Kerajaan
akan menyebabkan tawaran tender tersebut TERBATAL DENGAN
SENDIRINYA.
11. BON PELAKSANAAN
11.1. Tanggungjawab Menyerahkan Bon Pelaksanaan
Kontraktor hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan dalam bentuk
sebagaimana yang dilampirkan dalam Jadual 5 telah diserahkan
kepada
Kerajaan dalam tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju
Terima atau
dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh
Kerajaan bagi
menjamin pelaksanaan obligasi-obligasi Kontraktor di bawah
Perjanjian
tersebut dalam bentuk –
(a) Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh
bank/syarikat
kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta
758] yang beroperasi di Malaysia;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
18
(b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank berlesen di
bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang beroperasi
di
Malaysia;
(c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans
yang berlesen
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang
beroperasi di Malaysia;
(d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang
berlesen
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]
yang
beroperasi di Malaysia; atau
(e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia
Berhad
(BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME
Bank)
yang beroperasi di Malaysia.
11.2. Syarat-syarat Bon Pelaksanaan
(a) Kontraktor hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan pada
kadar
seperti berikut –
(i) 2.5% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai
Perjanjian kurang daripada RM500,000; atau
(ii) 5.0% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai
Perjanjian lebih daripada RM500,000.
(b) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah pada setiap masa tidak
kurang
daripada nilai yang diperuntukkan.
(c) Bon Pelaksanaan hendaklah sah laku dari tarikh ia
dikeluarkan sehingga
tempoh dua belas (12) bulan selepas tamatnya Tempoh
Perjanjian.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
19
(d) Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan
atau
sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Kontraktor gagal
melaksanakan obligasi atau jika memungkiri apa-apa terma dan
syarat
tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil tindakan
undang-
undang yang lain.
11.3. Bon Pelaksanaan Tambahan
Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan
ini yang
menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut berkurangan
daripada
jumlah yang diperuntukkan, Kontraktor hendaklah menyerahkan
suatu bon
pelaksanaan tambahan kepada Kerajaan di mana Kerajaan
hendaklah
memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang mempunyai
agregat
tidak kurang daripada jumlah yang diperuntukkan pada setiap
masa.
11.4. Bon Pelaksanaan Lanjutan
Sekiranya tempoh sah laku Bon Pelaksanaan akan luput,
Kontraktor
hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan yang baharu sebelum atau
pada
tarikh luput tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut dengan
nilai yang
sama dengan jumlah bon pelaksanaan yang akan luput.
11.5. Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan
Perjanjian
dan akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh sah laku
dan
tertakluk kepada apa-apa pindaan atau potongan yang boleh dibuat
oleh
Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam
Perjanjian
berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma dan
syarat-syarat yang
dilakukan oleh Kontraktor.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
20
12. PEMBAYARAN
12.1. Pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit
Malaysia kepada
Kontraktor dalam akaun bank Kontraktor dan pembayaran Anggaran
Nilai
Perjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima
daripada
Kontraktor invois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh
Kerajaan dari
semasa ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap diisi dengan
butir-butir
Perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh Kerajaan tidak
lewat
daripada tujuh (7) hari bulan berikutnya selepas
Perkhidmatan
dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah
yang
difikirkan sesuai oleh Kerajaan. Kerajaan tidak akan
bertanggungjawab di
atas kelewatan pembayaran kepada Kontraktor sekiranya jika
invois dan/atau
dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke
semasa, tidak
dihantar ataupun tidak lengkap dalam tempoh tersebut.
12.2. Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh Kerajaan
yang
disempurnakan pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar
oleh
pihak Kerajaan.
12.3. Bayaran fi perkhidmatan akan dikenakan kepada Kontraktor
secara
pemotongan atau tolakan (set-off) sekiranya pembayaran
diproses
menggunakan sistem ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan
adalah
berdasarkan kepada perkara berikut –
(a) One-off payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan
peratus
(0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum
berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau
lebih.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
21
(b) Multiple payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat
peratus
(0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum
berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai
RM1.2
juta atau lebih.
12.4. Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar
kepada
Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai tolakan atau
pampasan
daripada mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan
Kerajaan
daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada
Kontraktor di
bawah Perjanjian. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor
itu tidak
mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, maka Kerajaan
boleh
menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor
hendaklah
membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam
notis
tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut
daripada
Kontraktor melalui mana-mana perjanjian yang ditandatangani
oleh
Kontraktor dengan agensi Kerajaan yang lain, sekiranya
Kontraktor gagal
membuat bayaran setelah dituntut.
13. TOLAKAN (SET-OFF)
13.1. Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena
dibayar
kepada Kontraktor oleh Kerajaan sebagai tolakan daripada apa-apa
wang
yang perlu dibayar dan terhutang oleh Kontraktor mengikut kiraan
dalam
Jadual 4 sekiranya –
(a) Kontraktor gagal menyediakan atau menempatkan Pekerja
Kebersihan
di Premis pada satu-satu masa mengikut bilangan yang
ditetapkan;
(b) Pekerja Kebersihan gagal melaksanakan Perkhidmatan menurut
skop
dan spesifikasi Perkhidmatan seperti yang ditentukan;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
22
(c) mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi
tujuan
Perkhidmatan di Premis tidak disediakan, tidak mencukupi atau
tidak
berfungsi dan tidak disenggara dengan baik oleh Kontraktor;
(d) Pekerja Kebersihan tidak memakai pakaian seragam yang
ditetapkan
oleh Kerajaan semasa bertugas; atau
(e) pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian; dan
(f) berlakunya kerosakan harta Kerajaan di Premis yang
disebabkan oleh
kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja
Kebersihan
atau mana-mana pekerja Kontraktor.
13.2. Jika jumlah tolakan tersebut tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan
Kerajaan, Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang
kena
dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan bagi bulan
seterusnya.
14. PENGESAHAN PERKHIDMATAN
Pihak Kontraktor dan Kerajaan hendaklah melaksanakan
pengesahan
Perkhidmatan dengan melengkapkan borang-borang pengesahan
Perkhidmatan
seperti di Jadual 6 iaitu –
(a) Borang BPL KBK A (SKM) – Borang Pengesahan Pelaksanaan
Perkhidmatan
Kebersihan Bangunan dan Kawasan;
(b) Borang BPL KBK 1A (i) (SKM), Borang BPL KBK 1A (ii) (SKM),
dan Borang
BPL KBK 1B (i) dan Borang BPL KBK 1B (ii) – Borang Rumusan
Pengesahan
Pelaksanaan Skop dan Spesifikasi Perkhidmatan dan Pengurusan
Pekerja
Kebersihan;
(c) Borang BPL KBK 2 (SKM) – Borang Pengesahan Bilangan Pekerja
dan
Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
23
(d) Borang BPL KBK 3 (SKM) – Borang Pengesahan Kehadiran
Pekerja
Berdasarkan Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan; dan
(e) Borang BPL KBK 4 (SKM) – Borang Pengesahan Pembekalan
Mesin,
Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan.
15. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN
TIDAK
MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN
Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika
berlaku pelanggaran
mana-mana terma dan syarat Perjanjian, maka Kerajaan boleh
mengambil
tindakan mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara
yang berikut
–
(a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya
dan
menghendaki Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau
apa-apa
bahagian daripadanya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan
oleh
Kerajaan. Jika perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya
tidak
digantikan dalam masa yang ditentukan, maka Kerajaan boleh
mendapatkan
Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya menerusi
punca-punca
lain dan Perjanjian dikehendaki membayar amaun penggantian dan
kos-kos
lain yang berkaitan kepada Kerajaan;
(b) mengenakan tolakan iaitu denda dengan jumlah satu peratus
(1%) sehari
daripada Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat
tanpa
mengira bilangan pelanggaran mana-mana terma dan syarat
Perjanjian, skop
dan spesifikasi Perkhidmatan yang dilakukan pada hari tersebut.
Kiraan
tolakan adalah seperti di Jadual 4;
(c) mengenakan tolakan iaitu pemotongan sekiranya mana-mana
Pekerja
Kebersihan tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan
syarat-syarat
Perjanjian dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji pokok
sehari
Pekerja Kebersihan yang tidak hadir tersebut tanpa mengenakan
denda
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
24
dengan syarat Perkhidmatan yang diberikan memuaskan Kerajaan.
Bagi
maksud ini, pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi
setiap
Pekerja Kebersihan yang tidak bertugas. Kiraan tolakan adalah
seperti di
Jadual 4;
(d) menamatkan Perjanjian dan melantik pihak lain untuk
melaksanakan
Perkhidmatan; dan/atau
(e) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah
wang dalam
Bon Pelaksanaan.
16. LARANGAN MEMBUAT PERUBAHAN PEGANGAN EKUITI SYARIKAT ATAU
PERNIAGAAN
Kontraktor dilarang membuat perubahan pegangan ekuiti syarikat
atau perniagaan
(apa-apa penjualan atau pemindahan ekuiti) sepanjang Tempoh
Perjanjian berkuat
kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan
terlebih dahulu.
17. PENAMATAN PERJANJIAN
17.1. Penamatan oleh Kerajaan
(a) Sekiranya Kontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah
–
(i) menangguhkan atau enggan melaksanakan Perkhidmatan
tersebut;
(ii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut secara tekun dan
berterusan seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian;
(iii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut atau gagal
menjalankan obligasi seperti yang diperuntukkan di dalam
Perjanjian;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
25
(iv) melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau
terma
Perjanjian; atau
(v) mengemukakan dokumen atau maklumat palsu, tidak sah atau
tidak tulen kepada Kerajaan;
Kerajaan berhak memberikan notis tujuan penamatan kepada
Kontraktor dengan menyatakan butiran mengenai kegagalan atau
kemungkiran itu dan menghendaki Kontraktor untuk meremedikan
kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan
dalam
notis itu. Sekiranya Kontraktor gagal untuk meremedikan
kegagalan
atau kemungkiran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau
mana-mana
tempoh lain yang ditetapkan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas itu dengan
memberikan notis penamatan.
(b) Kerajaan juga berhak dengan serta-merta menamatkan
Perjanjian
sekiranya –
(i) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu
perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya;
atau
(ii) seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang
pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang
memberikan hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang
melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang
memberikan hak kepada mahkamah membuat suatu perintah
penggulungan;
Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa
selepas
itu dengan memberikan notis penamatan.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
26
17.2. Kesan Penamatan oleh Kerajaan
Sekiranya Perjanjian ditamatkan menurut peruntukan di perkara
17.1(a) atau
perkara 17.1(b) –
(a) Apa-apa obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada
Kontraktor di
bawah Perjanjian hendaklah ditamatkan dengan serta-merta;
(b) Kontraktor hendaklah –
(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan
(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah
dan
mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan milik
Kontraktor
yang tidak diperlukan oleh pentadbir Premis dalam tempoh
tiga
puluh (30) hari selepas tarikh notis dikemukakan dan
meremedi
semua kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut;
(c) Kerajaan berhak –
(i) menuntut kepada Kontraktor apa-apa ganti rugi bagi
kerugian
yang ditanggung oleh Kerajaan sebagai akibat kepada
penamatan
Perjanjian dan merampas Bon Pelaksanaan; dan
(ii) melantik pihak ketiga untuk meneruskan pelaksanaan
Perjanjian
dan Kontraktor hendaklah membuat bayaran kepada Kerajaan
untuk apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh
Kerajaan bagi menyempurnakan pelaksanaan Perjanjian tersebut
selaku bayaran yang perlu dibuat kepada Kontraktor apabila
Kontraktor menyempurnakan pelaksanaan Perkhidmatan
tersebut jika Perjanjian tidak ditamatkan menurut perkara
17.1.(a)
atau perkara 17.1.(b).
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
27
Walau apa pun, penamatan itu tidak boleh menyentuh atau
menjejaskan hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum
tarikh
penamatan Perjanjian dan obligasi di bawah Perjanjian
hendaklah
berterusan walaupun selepas penamatan Perjanjian berkenaan
dengan
apa-apa perbuatan, perkara, atau benda yang berlaku sebelum
penamatan Perjanjian. Sekiranya Perjanjian ditamatkan,
Kerajaan
berhak mengemukakan maklumat Kontraktor kepada Kementerian
Kewangan Malaysia untuk tindakan tatatertib.
17.3. Penamatan oleh Kontraktor
Kontraktor berhak menamatkan Perjanjian sekiranya Kerajaan tanpa
sebab
yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi
mana-mana
obligasinya yang secara langsung menjejaskan obligasi Kontraktor
di bawah
Perjanjian. Kontraktor hendaklah memberikan notis tujuan
penamatan
secara bertulis kepada Kerajaan menyatakan butiran mengenai
kegagalan
atau kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan
kegagalan
atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis
itu atau
apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan sebagaimana yang
dipersetujui oleh
Pihak-Pihak. Jika Kerajaan gagal untuk meremedikan kegagalan
atau
kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh
lain
yang dilanjutkan, maka Kontraktor berhak untuk menamatkan
Perjanjian
pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan.
17.4. Kesan Penamatan oleh Kontraktor
Sekiranya Penamatan Perjanjian berlaku menurut perkara 17.3,
Kontraktor
hendaklah menerima aku janji daripada Kerajaan yang menyatakan
bahawa
Kerajaan telah menyelesaikan secara lengkap semua tuntutan yang
kena
dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor berkaitan peruntukan
Perjanjian –
(a) Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor untuk
apa-
apa bayaran yang terhutang dan kena dibayar kepada Kontraktor
pada
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
28
tarikh penamatan Perjanjian dan yang belum dibayar dengan
syarat
bahawa Kerajaan hendaklah berhak untuk menolak apa-apa
jumlah
wang yang kena dibayar kepada Kerajaan daripada Kontraktor
di
bawah Perjanjian dan/atau menolak daripada Bon Pelaksanaan;
dan
(b) Kontraktor hendaklah –
(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan
(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah
dan
mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan Kontraktor,
subkontraktor, atau ejen-ejennya dan meremedikan semua
kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.
17.5. Perkhidmatan dalam Perjanjian hendaklah tamat dengan serta
merta jika
Kontraktor meninggal dunia dan Kontraktor adalah pemilik tunggal
dan
perniagaan ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
[Akta
197] atau Ordinan Perlesenan Perniagaan 1948 atau Ordinan
Pelesenan
Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak [Bab 33].
Pembayaran
Perkhidmatan, jika ada, akan dibayar kepada waris Kontraktor
yang sah.
18. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH
ATAU
MENYALAHI UNDANG-UNDANG
18.1. Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika
Kontraktor,
pengkhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh mahkamah atas
kesalahan
rasuah atau aktiviti-aktiviti yang tidak sah atau menyalahi
undang-undang
yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau perjanjian-perjanjian
lain yang
dimeterai oleh Kontraktor tersebut dengan Kerajaan, maka
Kerajaan berhak
untuk menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa dengan
memberikan notis
bertulis dengan serta-merta kepada Kontraktor bagi tujuan
penamatan
Perjanjian.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
29
18.2. Dengan penamatan di bawah perkara 18.1 tersebut, Kerajaan
berhak
menuntut kepada Kontraktor atas segala kerugian, kos-kos, ganti
rugi dan
perbelanjaan, termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan
yang
ditanggung oleh Kerajaan berikutan daripada penamatan
Perjanjian.
18.3. Bagi mengelakkan keraguan, pihak Kerajaan dan Kontraktor
dengan ini
bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak ke atas apa-apa bentuk
kerugian
termasuklah kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau
apa-apa pun
berikutan daripada penamatan Perjanjian.
19. PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)
19.1. Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan yang
nilainya
mencapai atau melebihi nilai ambang dikehendaki melaksanakan
program
SL1M, tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan.
19.2. Penentuan bilangan minimum peserta SL1M adalah melalui
formula berikut –
1% x Nilai Perjanjian
RM24,000
di mana RM24,000 adalah elaun SL1M selama 12 bulan bagi
seorang
peserta dengan elaun sebanyak RM2,000 sebulan.
19.3. Bagi Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan
bernilai kurang
daripada nilai ambang adalah digalakkan untuk melaksanakan
program
SL1M seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
30
20. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
20.1. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan
Pekeliling ini
dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN/ PPD/ sekolah
masing-
masing.
20.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perolehan perkhidmatan
KBK
bagi SKM dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf
PTJ
mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau
kewangan
semasa, termasuk memastikan perolehan dibuat berdasarkan
peruntukan yang diluluskan bagi Jabatannya.
21. TARIKH BERKUAT KUASA
Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan berkuat kuasa bagi
kontrak
perkhidmatan KBK di SKM mulai 1 Januari 2019.
22. PEMAKAIAN
22.1. Garis panduan ini terpakai kepada semua JPN, PPD dan SKM
di bawah
KPM.
22.2. Bagi perkara-perkara dan isu-isu lain selain daripada
tatacara yang
dinyatakan dalam garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan
daripada
Setiausaha Bahagian Perolehan terlebih dahulu.
Bahagian Perolehan
Kementerian Pendidikan Malaysia
28 November 2018
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
31
JADUAL 1
SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
1. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN
Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –
(a) bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah
dua (2)
orang; dan
(b) bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan
adalah
tiga (3) orang.
2. WAKTU PERKHIDMATAN DAN WAKTU BERTUGAS PEKERJA KEBERSIHAN
2.1. Waktu perkhidmatan bagi SKM tanpa asrama dan SKM yang
mempunyai
asrama adalah enam (6) hari seminggu, tidak termasuk cuti umum
dan hari
kelepasan am.
2.2. Waktu bertugas Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah
seperti
berikut –
(a) Bagi SKM di mana Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat
mingguan
(i) Isnin hingga Jumaat: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk
satu
(1) jam waktu rehat pada hari Isnin hingga Khamis, satu (1)
jam
lima belas (15) minit waktu rehat pada hari Jumaat]
(ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
32
(b) Bagi SKM di mana Jumaat dan Sabtu merupakan hari rehat
mingguan
(i) Ahad hingga Khamis: 7.00 pagi hingga 4.00 petang
[termasuk
waktu rehat selama satu (1) jam]
(ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]
(c) Masa rehat yang diperuntukkan pada setiap hari adalah secara
bergilir
dalam kalangan Pekerja Kebersihan KECUALI pada hari Jumaat
bagi
Pekerja Kebersihan lelaki muslim.
2.3. Sebarang perubahan waktu bertugas adalah tertakluk kepada
kelulusan
Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis. Perubahan
waktu
bertugas tidak boleh mengubah, memendekkan atau memanjangkan
tempoh
waktu bertugas.
3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
3.1. Tanggungjawab Pekerja Kebersihan
Pekerja Kebersihan hendaklah melaksanakan arahan dan tugas
yang
ditetapkan seperti berikut –
(a) wajib memakai pakaian seragam yang lengkap berserta kad
pengenalan kerja dan berketerampilan kemas setiap hari
semasa
menjalankan tugas;
(b) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja
Kebersihan sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak
meninggalkan tugas;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
33
(c) melaksanakan skop kerja seperti di Jadual 1A dan Jadual 1B
dan
mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual
Pembersihan;
(d) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu
dan
bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;
(e) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan
dan
bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut
tatacara
penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan sebarang
kemalangan atau kerosakan harta Kerajaan di Premis;
(f) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di
ruang
penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(g) memastikan ruang penyimpanan mesin, kelengkapan, peralatan
dan
bahan-bahan adalah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur
pada
setiap masa;
(h) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di
Premis
berada di kawasan berumput, padang dan kawasan Premis yang
terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja
penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges),
semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan
tersebut;
(i) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan
ketika
kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan
berlakunya
kemalangan kepada mana-mana orang yang dibenarkan berada di
Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor
atau
Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
34
(j) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di
tapak
pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan;
(k) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di
Premis;
(l) menyediakan dan mengemukakan Jadual Pembersihan harian
kepada
wakil Kerajaan;
(m) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk,
membaca
majalah/suratkhabar, berbual-bual atau lain-lain perbuatan
yang
melanggar etika Pekerja Kebersihan yang boleh menjejaskan
imej
Kerajaan; dan
(n) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun,
bertatatertib serta
mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
3.2. Tanggungjawab Penyelia
Penyelia dilantik bukan dalam kalangan Pekerja Kebersihan dan
hendaklah
bertanggungjawab seperti berikut –
(a) boleh dihubungi oleh wakil Kerajaan sepanjang masa termasuk
pada
hari cuti umum;
(b) melakukan pemantauan setiap hari ke atas Pekerja Kebersihan
yang
bertugas di Premis;
(c) memastikan setiap Pekerja Kebersihan datang bekerja pada
masa yang
ditetapkan;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
35
(d) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mencukupi
mengikut
bilangan yang telah ditetapkan di Premis dan menempatkan
Pekerja
Kebersihan gantian sekiranya berlaku kekurangan Pekerja
Kebersihan;
(e) memastikan setiap Pekerja Kebersihan mencatatkan kehadiran
dalam
Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi memastikan
kehadiran
semasa masuk dan selepas kerja;
(f) mencatat senarai nama Pekerja Kebersihan yang bertugas pada
setiap
hari dan menyerahkan laporan kehadiran Pekerja Kebersihan
kepada
wakil Kerajaan;
(g) memastikan setiap Pekerja Kebersihan memakai pakaian
seragam
yang lengkap berserta kad pengenalan kerja dan
berketerampilan
kemas setiap hari;
(h) memupuk disiplin dalam kalangan Pekerja Kebersihan agar
sentiasa
bersedia menerima arahan dan maklumat-maklumat terkini;
(i) memastikan Pekerja Kebersihan yang bertugas tidak merokok,
tidur,
cuai atau leka semasa bertugas;
(j) memastikan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan
disimpan
di ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(k) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mengutamakan
aspek
keselamatan dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam
memberikan Perkhidmatan;
(l) melaporkan kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan kepada
Ketua
Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis dua (2) minggu
sekali;
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
36
(m) menyediakan laporan bulanan yang perlu dikemukakan kepada
pihak
Kerajaan tidak lewat daripada tujuh (7) haribulan bagi setiap
bulan;
(n) hadir bersama dengan pihak pengurusan Kontraktor ke
mesyuarat yang
diadakan oleh Kerajaan; dan
(o) menyediakan nombor telefon kecemasan seperti nombor telefon
Balai
Polis, Hospital, Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan di
Premis dan
diletakkan di ruang penyimpanan bagi persediaan menghadapi
sebarang kemungkinan termasuk juga nombor-nombor penting
bagi
Kontraktor dan Kerajaan.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 ( )
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM)
37
JADUAL 1A
SKOP KERJA PEMBERSIHAN MENGIKUT LOKASI/RUANG/KAWASAN DAN
KEKERAPAN
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(a) Tandas, Bilik Air, Bilik
Mandi, Tempat
Wuduk, Tempat
Membasuh Baju dan
Bilik Persalinan
Semua Tandas, Bilik
Air, Bilik Mandi,
Tempat Wuduk,
Tempat Membasuh
Baju dan Bilik
Persalinan
(i) Mencuci dan memberus lantai dengan
bahan pencuci lantai yang bersesuaian
dengan permukaaan lantai serta
mengeringkan lantai
(ii) Membersih dan mengelap dinding dan
kubikel/pembahagi ruang menggunakan
bahan pencuci disinfektan (pembasmi
kuman) yang bersesuaian
(iii) Membasuh, membersih dan mengelap
semua peralatan/kelengkapan/aksesori
perpaipan/sanitari menggunakan bahan
Dua (2) kali sehari
Bersih, kering dan
tidak berbau
busuk
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
38
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
pencuci disinfektan (pembasmi kuman)
yang bersesuaian
(iv) Menyedia/meletakkan/mempamerkan
tanda amaran keselamatan semasa
pembersihan dijalankan
(v) Menyembur atau meletakkan bahan
pewangi selepas setiap kali dicuci
(vi) Membekal/menyediakan dan memasang
karung plastik pada tong/bakul sampah Sepanjang masa
Tong/bakul
sampah sentiasa
terpasang dengan
karung plastik
(vii) Menyapu/membersih/memungut dan
memasukkan sampah sarap dalam
karung plastik serta membuangkannya di
tempat pelupusan sampah
Dua (2) kali sehari
Tiada sampah
sarap di atas
lantai serta
sampah sarap
dalam karung
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
39
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
plastik dibuang ke
tempat pelupusan
sampah
(viii) Menyediakan hand soap dispenser
berserta sabun tangan cecair antiseptik
(pembasmi kuman) di Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas Murid
Sepanjang masa
Sabun cecair
antiseptik sentiasa
tersedia
(ix) Menyediakan tissue dispenser berserta
tisu tandas gulung di Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat
Sepanjang masa
Tisu tandas/tisu
gulung sentiasa
tersedia
(b) Bangunan dan bilik-
bilik dalam bangunan
Premis
Kaki
lima/koridor/susur
gajah
(i) Menyapu/membersih/mencuci/mengelap
(mopping) lantai menggunakan bahan
pencuci lantai yang bersesuaian dengan
permukaan lantai
Dua (2) kali sehari Sentiasa bersih
dan kemas
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
40
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
Tangga
Pejabat
Bilik
Pengetua/Guru
Besar
Bilik Penolong
Kanan
Bilik Ketua Bidang
Bilik Guru
Bilik Mesyuarat
Bilik Kaunseling
Makmal
Bengkel
Bilik Kebal
(ii) Membersih/mengelap
peralatan/kelengkapan KECUALI alat
radas dan bahan-bahan kimia yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di makmal
Dua (2) kali sehari
(iii) Membersihkan permaidani menggunakan
mesin pembersih hampagas Dua (2) kali seminggu
(iv) Membekal/menyediakan dan memasang
karung plastik pada tong/bakul sampah di
sekitar bangunan Premis
Sepanjang masa
Tong/bakul
sampah sentiasa
terpasang dengan
karung plastik
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
41
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
Dewan/dewan
terbuka/dewan
mini
Kawasan
pentas/astaka
Surau
Stor/stor sukan
Gelanggang
permainan
Gimnasium
Wakaf
Kolam dan
kawasan sekitar
kolam
(v) Menyapu/membersih/memungut dan
memasukkan sampah sarap dalam
karung plastik serta membuangkannya di
tempat pelupusan sampah
Dua (2) kali sehari
Tiada sampah
sarap di atas
lantai serta
sampah sarap
dalam karung
plastik dibuang ke
tempat pelupusan
sampah
(c) Kawasan persekitaran
Premis –
Keseluruhan kawasan
persekitaran Premis
Keseluruhan kawasan
persekitaran Premis
(i) Menyapu/membersih/memungut dan
memasukkan sampah sarap dalam
karung plastik serta membuangkannya di
tempat pelupusan sampah
Dua (2) kali sehari Bersih dan kemas
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
42
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(ii) Membekal/menyediakan dan memasang
karung plastik pada tong/bakul sampah di
sekitar bangunan Premis
Sepanjang masa
Tong/bakul
sampah sentiasa
terpasang dengan
karung plastik
(iii) Memungut/mengumpul dan membuang
sampah dari tong/bakul sampah yang
terdapat di bangunan dan sekitar
kawasan Premis
2 kali sehari
Sampah tidak
melimpah keluar
daripada
tong/bakul
sampah
(iv) Mencuci tong/bakul sampah bahan
pencuci disinfektan (pembasmi kuman)
yang bersesuaian
Mengikut keperluan
(v) Memastikan tiada tempat pembiakan
nyamuk Sepanjang masa
Tiada tempat
pembiakan
nyamuk
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
43
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(d) Kawasan persekitaran
Premis –
Kawasan berumput
Padang
Tepi/celah
bangunan Premis,
kantin/dewan
makan, Pusat
Kegiatan Guru
(PKG), dan
Kuarters Institusi
Perguruan
(KIP)/rumah guru
Kawasan
taman/lanskap
Cerun/tebing yang
berbukit dan
beralun
Simpang/bahu
jalan
Memotong, menyapu, mengumpul dan
membuang rumput ke tempat pelupusan
sampah
Dua (2) minggu sekali.
Setiap pusingan
pemotongan
hendaklah dihabiskan
pada masa tidak lebih
dari lima belas (15)
hari.
Rumput-rumput
yang dipotong
hendaklah tidak
lebih dari 3.0 cm
tinggi dari
permukaan tanah
pada
setiap kali
pemotongan
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
44
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
Tepi
longkang/parit
Kawasan luar
pagar dalam jarak
2 kaki dari pagar
Premis
(e) Kawasan persekitaran
Premis –
Kawasan sekitar
bangunan, sepanjang
pagar, kolam ‘titipan
air’ serta tebing
longkang/parit dan
sepanjang saluran
longkang/parit
Keseluruhan kawasan
sekitar bangunan,
sepanjang pagar,
kolam ‘titipan air’ serta
tebing longkang/parit
dan sepanjang saluran
longkang/parit
(i) Menebas/memotong/memangkas hedges
semak/belukar, tumbuhan menjalar dan
pokok-pokok kecil/renek dengan ukuran
lilit tidak melebihi 12” serta mengumpul
membuang sampah hasil tebasan di
tempat pelupusan sampah
Dua (2) minggu sekali/
mengikut keperluan
Tumbuhan sekitar
kawasan tersebut
terjaga dan tidak
menjadi sarang
haiwan
berbahaya/berbisa
(ii) Mencuci/membersih longkang/parit di
sekitar kawasan bangunan dengan
mengeluarkan dan membuang sampah,
mendapan, lumut dan rumput rumpai
Dua (2) minggu sekali
Longkang/parit
bersih, aliran air
lancar dan tidak
menjadi tempat
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
45
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(iii) Membuang rumput rumpai/tumbuhan
menjalar dan dahan kering/rapuh di
tempat pelupusan sampah
Mengikut keperluan
pembiakan
nyamuk
(f) Kawasan persekitaran
Premis –
Pokok
tanaman/bunga/hiasan
dan lanskap
Semua pokok
tanaman/bunga/hiasan
dan lanskap
(i) Menyiram pokok dalam pasu Setiap hari
Pokok tumbuh
subur, sihat,
cantik, tidak
berbahaya dan
tidak berisiko
menjejaskan
struktur bangunan
(ii) Menyiram pokok atas tanah Mengikut keperluan
(iii) Membaja pokok dalam pasu dan atas
tanah Dua (2) minggu sekali
(iv) Memangkas dan membersih pokok dalam
pasu dan atas tanah
Dua (2) minggu sekali/
mengikut keperluan
(v) Membersih dan mengembur tanah di
pangkal pokok Dua (2) bulan sekali
(vi) Menanam pokok baharu dan mengganti
pokok yang mati Mengikut keperluan
(g) Kawasan persekitaran
Premis –
Gutter (saluran air)
Semua saluran air di
bumbung, dinding dan
keliling bangunan yang
berfungsi untuk
Membersihkan saluran air daripada
sampah/daun kering Mengikut keperluan
Gutter bersih,
aliran air lancar,
tiada air bertakung
dan tidak menjadi
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
46
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
mengalirkan air hujan
daripada bumbung
terus ke dalam
longkang di bawahnya
tempat pembiakan
nyamuk
(h) Rumah pam Rumah pam
Menjalankan kerja-kerja backwash dengan
proses seperti berikut –
(i) Laraskan ke kedudukan manual
(ii) Tutup injap 1
(iii) Buka injap 2.
(iv) Backwash dan bilas (rinse) penapis.
a. Laraskan ganggang MPV pada posisi
backwash
b. Pasang suis Pam Penggalak
c. Setelah selesai backwash, luruskan
ganggang MPV pada posisi rinse
d. By pass untuk backwash dan rinse
penapis seterusnya.
e. Tutup suis pam penggalak.
1 kali sehari
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
47
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(v) Kembalikan MPV ke kedudukan filter.
(vi) Buka Injap 1
(vii) Tutup Injap 2
(viii) Kembalikan Suis ke kedudukan Auto.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 ( )
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM)
48
JADUAL 1B
SKOP KERJA PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN KHAS SEMASA CUTI
PERTENGAHAN PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI AKHIR TAHUN
Perkhidmatan yang perlu dilaksanakan pada cuti pertengahan
penggal persekolahan
dan cuti akhir tahun adalah seperti berikut –
(a) Membersih/mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu,
bingkai
gambar, dan lain-lain peralatan peralatan/kelengkapan dalam
bangunan Premis
KECUALI alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam
sesi
pengajaran dan pembelajaran di makmal dengan menggunakan
bahan-bahan
pencuci yang bersesuaian;
(b) Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang
labah-labah, sarang
lebah, tahi burung, tahi cicak, sawang dan seumpamanya di semua
bangunan
Premis; dan
(c) Mengelap lantai (mopping) semua bilik termasuk bilik darjah,
kaki lima bangunan
Premis dan tangga dengan menggunakan bahan pencuci lantai
yang
bersesuaian.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
49
JADUAL 2
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN,
PERALATAN DAN BAHAN-
BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
1. Pakaian Seragam Lengkap
(a) Dua (2) pasang T-shirt berkolar dan
seluar panjang setahun
(b) Satu (1) pasang kasut bertutup setahun
(c) Garis Panduan Pemakaian Seragam
Pekerja Kebersihan adalah seperti di
Jadual 3
2. Buku Rekod Kehadiran
Pekerja Kebersihan
Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan
bagi merekodkan kehadiran Pekerja
Kebersihan setiap hari Perkhidmatan
3. Jadual Pembersihan
Jadual Pembersihan bagi mencatatkan
mencatatkan pelaksanaan kerja
pembersihan
Mesin, Kelengkapan dan Peralatan
4. Mesin rumput
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Jenis sandang atau apa-apa jenis yang
bersesuaian dengan keluasan Premis
5. Mesin pembersih hampagas
(vacuum cleaner)
(a) Satu (1) buah
(b) Tahan lasak (heavy duty)
(c) Kuasa sedutan (suction power)
sekurang-kurangnya 250 Watt
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
50
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN,
PERALATAN DAN BAHAN-
BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
6. Set penyapu dan penyodok
sampah
(a) Penggunaan penyapu yang
bersesuaian dengan jenis permukaan
lantai
(b) Penyodok sampah jenis plastik
(c) Bilangan set penyapu dan penyodok
sampah bersamaan dengan bilangan
Pekerja Kebersihan
7. Set mop dan baldi
(a) Baldi atau bekas (water bucket) beroda
(b) Bilangan set mop dan baldi bersamaan
dengan bilangan Pekerja Kebersihan
8. Gunting/pemangkas pokok
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Tahan karat
(c) Bilangan gunting/pemangkas pokok
bersamaan dengan bilangan Pekerja
Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-
kerja lanskap
9. Sabit
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Tahan karat
(c) Bilangan sabit bersamaan dengan
bilangan Pekerja Kebersihan yang
ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
10. Cangkul
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Tahan karat
(c) Bilangan cangkul bersamaan dengan
bilangan Pekerja Kebersihan yang
ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
11. Pencakar rumput (a) Tahan lasak (heavy duty)
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
51
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN,
PERALATAN DAN BAHAN-
BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
(b) Jenis besi atau plastik
(c) Bilangan pencakar rumput bersamaan
dengan bilangan Pekerja Kebersihan
yang ditugaskan bagi kerja-kerja
lanskap
12. Kereta sorong
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Saiz sederhana atau bersesuaian
(c) Bilangan kereta sorong bersamaan
dengan bilangan Pekerja Kebersihan
yang ditugaskan bagi kerja-kerja
lanskap
13. Penyodok longkang
(a) Jenis besi
(b) Tahan karat
(c) Bilangan penyodok longkang
bersamaan dengan bilangan Pekerja
Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-
kerja lanskap
14. Hos getah (d) Dua (2) gulung
(e) Panjang minimum 20 meter setiap satu
15. Hand soap dispenser
(a) Saiz minimum 500 mL
(b) Bilangan hand soap dispenser
bersamaan dengan bilangan Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas
Murid di mana satu (1) hand soap
dispenser bagi setiap tandas
16. Tissue dispenser (a) Jenis roller atau wall mount
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
52
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN,
PERALATAN DAN BAHAN-
BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
(b) Bilangan tissue dispenser bersamaan
dengan bilangan Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat di mana satu (1)
tissue dispenser bagi setiap Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat
17. Tanda amaran keselamatan
Mengikut kesesuaian bagi semua jenis skop
kerja yang ditetapkan seperti tanda amaran
lantai licin dan sebagainya
Bahan-bahan
18. Bahan pencuci lantai (a) Jenis cecair
(b) Berbau harum
(c) Disinfektan (pembasmi kuman)
(d) Bahan yang selamat, bersesuaian
dengan jenis permukaan yang
dibersihkan/dicuci dan mesra alam
(e) Bahan pencuci serbaguna (multi-
purpose cleaner) yang bersesuaian
dengan permukaan yang
dibersihkan/dicuci adalah dibenarkan
(f) Bahan pencuci bersifat terbiodegrasi
(biodegradable) yang mempunyai
pengiktirafan MyHijau Mark atau label
hijau seperti SIRIM Ekolabel adalah
digalakkan
(g) Pewangi tandas berasaskan bahan
semulajadi seperti limau purut, serai
19. Bahan pencuci mangkuk
tandas
20. Bahan pencuci sinki
21. Bahan pencuci cermin
22. Pewangi tandas
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
53
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN,
PERALATAN DAN BAHAN-
BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
wangi, bunga melur dan daun pandan
adalah digalakkan
23. Sabun tangan cecair
(a) Jenis cecair
(b) Antiseptik (pembasmi kuman)
(c) Disediakan di Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas
Murid
24. Tisu tandas gulung
(a) Dwilapis (two ply/double ply)
(b) Disediakan di Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat
25. Plastik sampah
(a) Tebal
(b) Saiz yang bersesuaian dengan
tong/bakul sampah
26. Baja
(a) Mengikut kesesuaian pokok
tanaman/bunga/hiasan
(b) Penggunaan baja organik adalah
digalakkan
27. Ubat pembasmi jentik-jentik
Ubat/bahan pembasmi jentik-jentik yang
diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
54
JADUAL 3
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM PEKERJA KEBERSIHAN
PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI
SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kontraktor dikehendaki mematuhi garis panduan pemakaian pakaian
seragam yang
ditetapkan seperti berikut –
BIL. PERKARA SPESIFIKASI
1. Jenis
Pakaian seragam adalah terdiri daripada –
(a) T-shirt berkolar
(b) Seluar berwarna gelap dan longgar (leggings tidak
dibenarkan)
(c) Kasut bertutup dan bersesuaian dengan kerja/ tugas
yang sedang dijalankan
2.
Maklumat di
uniform
Maklumat berikut perlu dicetak pada T-shirt –
(a) Syarikat Kontraktor KPM
(b) Nama Kontraktor
(c) No. Tel. Kontraktor
3. Contoh
Kontraktor Pembersihan KPM
ABC Enterprise
Tel: 03-8888 8888
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
55
JADUAL 4
TOLAKAN
BIL. PELANGGARAN FORMULA TOLAKAN
1. Kontraktor gagal menyediakan atau
menempatkan Pekerja Kebersihan di
Premis pada satu-satu masa
mengikut bilangan yang ditetapkan
Nota:
(a) Sekiranya skop dan spesifikasi
Perkhidmatan seperti di Jadual
1, Jadual 1A dan Jadual 1B
yang dilaksanakan
memuaskan Kerajaan,
pemotongan akan
dilaksanakan tanpa
mengenakan denda kepada
Kontraktor. Bagi maksud ini,
pengiraan pemotongan dibuat
berasingan bagi setiap Pekerja
Kebersihan yang tidak
bertugas.
(b) Jika ketidakhadiran Pekerja
Kebersihan menjejaskan kualiti
Perkhidmatan, kedua-dua
pemotongan dan denda akan
dikenakan.
Pemotongan
= Bilangan Pekerja Kebersihan Yang
Tidak Bertugas x
(Gaji Pokok Pekerja Kebersihan
Sebulan* ÷ 30.5 hari) x
Bilangan Hari Tidak Bertugas
*Gaji Pokok Sebulan Pekerja
Kebersihan adalah gaji minimum
mengikut peraturan-peraturan dan
Perintah yang berkuat kuasa semasa
Surat Setuju Terima ditandatangani
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
56
BIL. PELANGGARAN FORMULA TOLAKAN
2. Pekerja Kebersihan gagal
melaksanakan Perkhidmatan
menurut skop dan spesifikasi
Perkhidmatan seperti yang
ditentukan dalam Jadual 1, Jadual
1A dan Jadual 1B
Denda
= 1% sehari x
Bilangan Hari Pelanggaran
Dilakukan x
Anggaran Nilai Perjanjian Sebulan
Bagi Premis Terlibat
Had denda maksimum ditetapkan
sebanyak 20% daripada Anggaran
Nilai Perjanjian Sebulan
3. Mesin, kelengkapan, peralatan dan
bahan-bahan seperti di Jadual 2
tidak disediakan, tidak mencukupi
atau tidak berfungsi dan tidak
disenggara dengan baik
4. Pekerja Kebersihan tidak memakai
pakaian seragam yang ditetapkan
oleh Kerajaan semasa bertugas
seperti di Jadual 3
5. Pelanggaran mana-mana terma dan
syarat Perjanjian
6. Berlakunya kerosakan harta
Kerajaan di Premis yang disebabkan
oleh kecuaian, kelalaian atau salah
laku Kontraktor atau Pekerja
Kebersihan atau mana-mana
pekerja Kontraktor
Sejumlah penalti yang akan
ditentukan oleh Kerajaan kemudian
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
57
JADUAL 5
BORANG JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/ JAMINAN
INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN
Sebagai balasan kepada Perjanjian No.
............................ yang dibuat antara Kerajaan
Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”)
dan
......................................, (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi
membekal Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan bagi
tempoh mulai
............. hingga ................ (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “Perjanjian”) kami
yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk
sebagai “Penjamin”)
atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal
untuk memberi
Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya
Perjanjian tersebut
mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada
ini.
MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti
berikut:
1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin
hendaklah dengan
serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di
dalam tuntutan
tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau
tentangan daripada
Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain
dan tanpa bukti atau
bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang
dibuat tidak
melebihi sebanyak Ringgit ..................................
(nyatakan nilai jaminan dalam
perkataan) (RM ..................) dan bahawa tanggungan
Penjamin untuk membayar
kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai
tersebut di atas.
2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian
jika
dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu
hendaklah tidak melebihi
nilai Ringgit ............................................
(nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan)
(RM ..........) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada
Kerajaan jumlah yang
disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran
yang bersamaan
dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh
Penjamin.
-
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
58
3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan
in