Top Banner
Pusat Penyelidikan dan Inovasi Aras 5, Blok Utara Bangunan Canselori Jalan UMS Universiti Malaysia Sabah Tel: 088-320 269 Faks: 088-320127 GARIS PANDUAN SKIM PENYELIDIKAN POSDOKTORAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
10

GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

Dec 29, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

Pusat Penyelidikan dan InovasiAras 5, Blok Utara

Bangunan CanseloriJalan UMS

Universiti Malaysia SabahTel: 088-320 269 Faks: 088-320127

GARIS PANDUAN SKIM PENYELIDIKAN

POSDOKTORAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 2: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

BAHAGIAN 1

1.1 Latar Belakang

i. Garis Panduan Skim Penyelidikan Posdoktoral ini disediakan bagi membantu S/P/I/U mengemukakan permohonan dengan lebih mudah untuk melantik lepasan doktor falsafah (Posdoktoral) yang akan menjalankan penyelidikan sepenuh masa.

iii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral Dari Kalangan Akademik/Penyelidik Luar yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah yang telah bersidang pada 5 September 2005 (Kertas Lembaga UMS2/2005/L-XXVI).

1.2 Tujuan

Skim ini bertujuan untuk:

i. melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan universiti ke peringkat atau kedudukan

yang lebih tinggi; dan

ii. memantapkan nic penyelidikan, kumpulan penyelidik dan penyelidikan yang cemerlang menerusi pelantikan berterusan penyelidik Posdoktoral bagi memenuhi matlamat ke arah Universiti Penyelidikan.

1.3 Skim Perkhidmatan

i. Skim Penyelidikan Posdoktoral (pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan), terbuka kepada penyelidik warganegara Malaysia dan penyelidik asing yang telah mempunyai ijazah PhD tidak melebihi 3 tahun.

ii. Tempoh pelantikan bagi seorang Penyelidik Posdoktoral adalah dari 1 hingga 2 tahun dan tempoh maksimum 3 tahun bergantung kepada prestasi.

iii. Calon yang telah dilantik akan menerima imbuhan bulanan dari RM4,000.00 hingga RM6,000.00 sebulan bergantung kepada pengalaman penyelidikan, penerbitan dan prestasi keseluruhan calon.

iv. Bidang tugas Penyelidik Posdoktoral adalah seperti berikut :

a. Menjalankan kerja penyelidikan dalam projek yang dikenal pasti atau yang sedia ada di PTJ;

b. Membantu menghasilkan kertas penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi;

c. Membantu promosi dan membangunkan pengkomersilan hasil penyelidikan;

2 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 3: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

d. Membantu membangunkan jaringan/rangkaian penyelidikan dengan pihak luar.

3 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 4: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

v. Syarat Skim Perkhidmatan Penyelidik Posdoktoral adalah seperti berikut :

I. Nama jawatan : Penyelidik Posdoktoral;II. Terma lantikan : Sepenuh masa; III. Tempoh : 1 – 2 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga 3 tahun; IV. Imbuhan bulanan- RM4,000.00 - 6,000.00;V. Caruman PERKESO;VI. Kemudahan penyelidikan – peruntukan maksimum RM 10,000 sekali

sahaja untuk permulaan menjalankan penyelidikan; VII. Kemudahan Perubatan- Untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik Panel

atau Hospital Kerajaan;VIII. Kemudahan Tambang Penerbangan : Tambang termurah 1 kali sahaja

(pergi-balik) sepanjang tempoh perkhidmatan untuk diri sendiri sahaja; IX. Kemudahan Cuti : 25 hari setahun;X. Urusan Imigresen oleh Pejabat Pendaftar; XI. Lulus pemeriksaan kesihatan atas pembiayaan sendiri;XII. Kemudahan pejabat oleh PTJ;XIII. Kad PekerjaXIV. Kemudahan Perpustakaan

Calon yang dilantik sebagai Penyelidik Posdoktoral dikehendaki menandatangani satu kontrak perjanjian yang mengandungi syarat dan kemudahan pelantikan mengikut skim ini. Dokumen kontrak dan perjanjian kerahsiaan adalah seperti yang ditentukan oleh pihak Universiti.

1.4 Bidang Penyelidikan

Bidang penyelidikan untuk Skim Penyelidikan Posdoktoral yang akan dibiayai oleh dana universiti akan meliputi bidang-bidang tujahan Universiti dan S/P/I/U.

1.5 Kriteria Pemilihan Calon

Pemilihan calon akan berdasarkan kepada kriteria berikut:

i. Kelulusan/pencapaian akademik – hendaklah mempunyai kelulusan Doktor Falsafah yang baik berasaskan hasil penyelidikan;

ii. Penyelidikan - mempunyai prestasi penyelidikan yang cemerlang; iii. Pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penyelidikan bidang tujahan

yang berkaitan; iv. Penerbitan – diukur melalui penghasilan buku dan artikel dalam jurnal

berimpak tinggi.

1.6 Penerbitan, Hak Harta Intelek dan Hasil Pengkomersilan (Royalti) i. Penerbitan - Semua penyelidik digalakkan untuk menerbitkan hasil

penyelidikan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

ii. Hak Harta Intelek 4

G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 5: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

Hak pemilikan Harta Intelek adalah hak milik UMS. Penyelidik digalakkan untuk memohon pendaftaran Harta Intelek sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Garis Panduan Harta Intelek di UMS boleh diguna pakai. Namun begitu segala perbelanjaan bagi perlindungan Harta Intelek adalah di bawah tanggungjawab Universiti Malaysia Sabah.

iii. Hasil Pengkomersilan (Royalti)

Hasil pengkomersilan perlulah diagihkan mengikut Polisi Pengkomersilan sedia ada di UMS. Rujuk PPI, UMS berhubung dengan perkara ini.

1.7 Panduan Umum

i. Borang Permohonan Posdoktoral (UMS/PPI/PD/PPD/BR1) boleh dimuat turun melalui laman web PPI pada ruangan DOWNLOAD.

ii. Bagi pemohon bukan warganegara Malaysia (jika perlu) menunjukkan bukti kecekapan dalam Bahasa Inggeris melalui TOEFL (skor minimum 600) dan IELTS (purata skor minimum 6.5).

iii. Permohonan hendaklah disokong oleh penyelia projek .

iv. Penyelia projek perlu mempunyai geran penyelidikan sedia ada bagi menampung kos penyelidikan yang dijalankan disamping imbuhan penyelidikan berjumlah RM10,000 yang diberikan kepada pemegang Posdoktoral.

v. Pihak PPI/PTJ akan menyemak setiap permohonan bagi memastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap dan mencukupi.

vi. Permohonan hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilih Posdoktoral peringkat PTJ sebelum dihantar ke PPI. Sila rujuk lampiran 2 bagi terma bidang tugas dan keahlian Jawatankuasa.

vii. Seterusnya permohonan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Posdoktoral UMS yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi. Jika perlu pihak PTJ akan dijemput hadir ke mesyuarat ini untuk memperincikan keperluan pelantikan dan kelayakan calon yang berkenaan. Sila rujuk lampiran 2 bagi terma bidang tugas dan keahlian Jawatankuasa.

viii. Kelulusan dan perakuan Jawatankuasa Pemilih Posdoktoral UMS kemudiannya akan dibawa ke Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) untuk disahkan.

5 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 6: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

ix. Surat tawaran, borang perjanjian dan syarat-syarat perkhidmatan akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar kepada pemohon yang berjaya.

x. Penyelidik Posdoktoral hendaklah mengisi Borang Penilaian Prestasi Penyelidik Posdoktoral (UMS/PPI/PD/PPP/BR2) bagi tujuan penilaian prestasi penyelidik dan permohonan melanjutkan tempoh pelantikan.

xi. Permohonan pelanjutan tempoh pelantikan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Posdoktoral UMS untuk kelulusan.

1.8 Keperluan dokumen

Dokumen wajib yang perlu disediakan semasa permohonan Posdoktoral ialah:

i. Salinan Kad pengenalan (Warganegara Malaysia) / salinan pasport (muka surat yang mengesahkan nombor pasport) bagi bukan warganegara Malaysia.

ii. Gambar bersaiz pasport yang terkini (2 keping). iii. Sijil-sijil akademik (Ijazah Master / Phd / surat kelulusan senat) iv. C.V. pemohon – bakal calon Posdoktoral dikehendaki mengemukakan senarai

penerbitan (jurnal/artikel/tesis) dan butir-butir pengalaman bekerja/penyelidikan.

v. Cadangan penyelidikan.

Semua pengesahan salinan fotokopi dokumen mestilah dibuat oleh pihak Universiti atau mana-mana Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

1.9 Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan Skim Penyelidik Posdoktoral Universiti dibuka sepanjang tahun dan perlu melalui pihak PTJ yang berkenaan.

BAHAGIAN 2

2.1 Implementasi Projek

i. Penyelidik Posdoktoral yang telah dilantik hendaklah menjalankan penyelidikan sebagaimana cadangan penyelidikan (research proposal) yang dikemukakan dan dipersetujui oleh penyelia serta mengikuti jadual tempoh pelaksanaannya.

ii. Sebarang perlanjutan tempoh kontrak adalah berdasarkan penilaian prestasi penyelidik

6 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 7: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

berkenaan dan kemajuan projek penyelidikan yang dijalankan.

7 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 8: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

2.2 Pengawalan dan Pemantauan Projek Penyelidikan

Semua Penyelidik Posdoktoral hendaklah menghantar laporan prestasi projek dengan menggunakan borang yang boleh didapati dari laman web PPI yang terdiri daripada:-

i. Ringkasan laporan kemajuan penyelidikan (secara ringkas) 2 kali setahun yang merangkumi:

• Tajuk Projek dan Ringkasan Projek; • Ketua dan Ahli Projek; • Prestasi/pencapaian semasa Projek; dan • Kekangan, penyelesaian masalah dan hala tuju projek

ii. Laporan kemajuan hendaklah dihantar dengan menggunakan Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan (UMS/PPI/PD/LKP/BR3) selepas 6 bulan projek dijalankan.

iii. Laporan akhir projek dengan menggunakan Borang Laporan Akhir Penyelidikan (UMS/PPI/PD/LAP/BR4). Laporan akhir mesti dihantar dalam tempoh 3 bulan selepas projek disiapkan.

iii. Semua laporan hendaklah dihantar melalui Jawatankuasa Penyelidikan PTJ ke PPI dalam bentuk dokumen bertulis dan digital (softcopy).

BAHAGIAN 3

3.1 Pemberitahuan Keputusan dan Perjanjian i. Keputusan permohonan lantikan Posdoktoral akan dimaklumkan kepada

calon Posdoktoral dan penyelia menerusi Ketua PTJ yang berkenaan. Satu salinan surat tawaran dan perjanjian akan dimajukan kepada Penyelia Projek, Pejabat Timbalan Dekan/Pengarah (Penyelidikan)/ PTJ, Pejabat Bendahari dan PPI UMS.

ii. Penyelidik Posdoktoral diminta memahami dan bersetuju dengan syarat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran dengan mengisi Borang Persetujuan bagi memaklumkan penerimaan dan hendaklah dikembalikan ke PPI untuk tindakan selanjutnya.

iii. Surat Perjanjian dan Non-Disclosure Agreement (NDA) hendaklah dilengkapkan dan dimatikan setem. Segala perbelanjaan berkenaan urusan ini hendaklah ditanggung oleh Penyelidik Posdoktoral itu sendiri.

iv. Pembayaran imbuhan akan dibuat oleh Bendahari UMS pada setiap bulan bekerja berdasarkan surat arahan bayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar.

8 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 9: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

v. Pembayaran imbuhan kepada Penyelidik Posdoktoral akan diberhentikan apabila khidmat Penyelidik Posdoktoral ditamatkan atau tempoh pembiayaannya telah berakhir.

vi. Tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan oleh pihak pengurusan S/P/I/U, imbuhan dan kemudahan lain yang berkaitan seperti pengangkutan dan perjalanan boleh ditimbang untuk diberikan kepada Penyelidik Posdoktoral sebagai insentif tambahan dari PTJ sendiri walaupun perkara ini tidak dimasukkan di dalam butiran perjanjian di antara Penyelidik Posdoktoral dengan universiti. Walau bagaimanapun, peruntukan geran projek penyelidikan penyelia boleh digunakan untuk menampung keperluan kos dan kemudahan penyelidikan yang diperlukan untuk Penyelidik Posdoktoral.

3.2 Permohonan permit/ visa profesional

Permohonan permit/visa profesional akan dibantu oleh Jabatan Pendaftar dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan bagi urusan yang berkenaan.

BAHAGIAN 4

4.1 Tanggungjawab Penyelidik Posdoktoral

Berikut adalah tanggungjawab Penyelidik Posdoktoral berhubung dengan pelantikannya: i. memaklumkan Pejabat Pendaftar mengenai penerimaan lantikan dengan

mengembalikan Surat Penerimaan Lantikan yang disertakan bersama Surat Tawaran Lantikan;

ii. Menandatangani Post-Doctoral Research Agreement dan Non-Disclosure Agreement (NDA) dan mematikan setem;

iii. Memastikan penerimaan ijazah Ph.D dan visa/permit pekerjaan sebelum melaporkan diri untuk mula bertugas di Sekolah/ Pusat/ Institut (warga asing sahaja);

iv. Mematuhi butir-butir peraturan dan perjanjian yang ditandatangani di antara calon Posdoktoral dengan pihak universiti;

v. Menghantar laporan kemajuan penyelidikan Penyelidik Posdoktoral (yang disahkan oleh penyelia) setiap setengah tahun kepada PPI. Borang boleh dimuaturun dari laman web PPI http://www.ums.edu.my;

vi. Tidak dibenarkan mengemukakan apa-apa tuntutan/bayaran kepada pihak universiti selain bayaran yang dipersetujui dalam surat tawaran pelantikan.

4.2 Penyelidik berhenti bertugas di UMS/ berpindah universiti

9 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 10: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

Penyelidik hendaklah memberi 1 bulan notis pemberitahuan berhenti kepada Jabatan Pendaftar melalui penyelia dan Dekan/Pengarah S/P/I/U atau membayar 1 bulan imbuhan.

10 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 11: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

BAHAGIAN 5

5.1 Keperluan dokumen untuk permohonan visa

i. Surat Tawaran yang ditandatangani Pendaftar, UMS; ii. Post-Doctoral Research Agreement* (dua salinan) yang telah ditandatangani

dan dimatikan setem;iii. Non-Disclosure Agreement* (dua salinan) yang telah ditandatangani dan

dimatikan setem;iv. Pasport yang mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya setahun.

*Perlu mendapat tandatangan Pendaftar

5.2 Keperluan dokumen untuk melaporkan diri di Sekolah/ Pusat/ Institut i. Pasport yang telah mendapat pelekat visa profesional ii. Post-Doctoral Research Agreement iii. Non-Disclosure Agreement iv. Guidelines for Reporting Duty for New Appointee/Officer

5.3 Keperluan dokumen untuk melaporkan diri di Jabatan Pendaftar i. Pasport yang telah mendapat pelekat visa profesional ii. Post-Doctoral Research Agreement iii. Non-Disclosure Agreement iv. Guidelines for Reporting Duty for New Appointee/Officer yang telah dilengkapkan v. Buku Akaun Bank CIMB / Maybank vi. Penyata KWSP dan Cukai Pendapatan (jika ada).

11 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

Page 12: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

12 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0

LAMPIRAN 1

Page 13: GARIS PANDUAN PASCA DOKTORAL - HOME - …€¦ · Web viewiii. Garis Panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Perlantikan Felo Bersekutu, Karyawan Tamu dan Pasca Doktoral

LAMPIRAN 2

BIDANG TUGAS DAN KEAHLIAN JAWATANKUASA BERKAITAN

A. JAWATANKUASA PEMILIH POSDOKTORAL PERINGKAT PTJ

Bidang Tugas :

i) Menyemak kelayakan serta kesahihan sijil-sijil pemohon ii) Memastikan borang permohonan adalah lengkap sebelum dimajukan ke PPIiii) Memberi ulasan/sokongan keatas permohonan calon Penyelidik Posdoktoral

Keahlian Jawatankuasa :

i) Dekanii) Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) iii) Penyelia

B. JAWATANKUASA PEMILIH POSDOKTORAL UMS

Bidang Tugas :

i) Mengesahkan kelayakan calon dari segi kapakaran penyelidikan ii) Keperluan kepakaran calon serta sumbangan kepada nic penyelidikan

universitiiii) Menentukan kategori bayaran emolumen Posdoktoral

Keahlian Jawatankuasa :

i) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)ii) Bendahari atau wakil iii) Pendaftar atau wakil iv) Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Inovasi v) Pakar yang berkaitan dengan bidang penyelidikan calon Posdoktoral vi) Dekan (jika perlu)

Nota : Pelantikan bilangan pakar dalam bidang berkaitan bergantung kepada keperluan permohonan (boleh lebih dari seorang).

13 G a r i s P a n d u a n S k i m P e n y e l i d i k a n P o s d o k t o r a l U M S @ 2 0 1 0