1 “1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami: IPRM 05/04 Jld.33 ( 87 ) Tarikh : 30 Jun 2015 Guru Besar ………………………………………………….. ………………………………………………….. Tuan/Puan, PROGRAM INTERNSHIP – PROGRAM PERSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012 MULAI 10 OGOS 2015 hingga 04 SEPTEMBER 2015 (04 MINGGU) Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pelajar berikut yang sedang mengikuti kursus Program Persiswazahan Guru ambilan Februari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar akan menjalani program Internship di sekolah tuan/puan mulai 10 Ogos 2015 hingga 04 September 2015 (04 minggu). 3. Maklumat guru berkenaan adalah seperti berikut:- Nama :…………………………………………………………………………… No.Kad Pengenalan :………………………………………………………….. Opsyen:…………………………………………………………………………… 4. Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan/puan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" ‘Cintai Bahasa Kita’ Saya yang menurut perintah (ABU BAKAR BIN SAHARI) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami: IPRM 05/04 Jld.33 ( 87 )
Tarikh : 30 Jun 2015
Guru Besar
…………………………………………………..
…………………………………………………..
Tuan/Puan, PROGRAM INTERNSHIP – PROGRAM PERSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN
FEBRUARI 2012 MULAI 10 OGOS 2015 hingga 04 SEPTEMBER 2015 (04 MINGGU)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan pelajar berikut yang sedang mengikuti kursus Program
Persiswazahan Guru ambilan Februari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
akan menjalani program Internship di sekolah tuan/puan mulai 10 Ogos 2015 hingga 04
September 2015 (04 minggu).
3. Maklumat guru berkenaan adalah seperti berikut:-
Nama :……………………………………………………………………………
No.Kad Pengenalan :…………………………………………………………..
Opsyen:……………………………………………………………………………
4. Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan/puan amat kami sanjung tinggi dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Cintai Bahasa Kita’
Saya yang menurut perintah
(ABU BAKAR BIN SAHARI)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Seremban.
2
Definisi Istilah
IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan
Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau
Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh
IPG.
IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program
Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996.
Senat : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan
akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6,
Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut
Pendidikan Guru) 2010.
PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan
daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti
pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan
Jarak Jauh.
Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman
amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu
dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi
dalam perkhidmatan pendidikan.
Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah
IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai
prestasi pelajar semasa Internship.
Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang
berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan
dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan.
Pelajar : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
(PPPBS) yang sedang mengikuti Program
Pensiswazahan Guru (PPG).
Murid : Murid sekolah tempat Internship dilaksanakan.
Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.
Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internship dilaksanakan.
3
Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahli
JKIAPIPGK/JKIPIPGK.
Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduan
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)
1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.
2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan
penilaian pada borang PR5.
3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.
4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.
A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Perancangan tidak jelas, tidak teratur, strategi tidak sesuai, tidak ada sumber rujukan, persembahan sangat lemah
Perancangan projek inovasi kurang jelas, kurang teratur, strategi kurang sesuai, sumber rujukan sangat terhad, persembahan lemah
Perancangan projek inovasi jelas, tetapi kurang teratur, strategi sesuai, sumber rujukan terhad, persembahan mengikut format
Perancangan projek inovasi jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, persembahan mengikut format
Perancangan projek inovasi sangat jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, persembahan kreatif dan mengikut format
B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Penglibatan murid tidak jelas, tidak teratur dan tidak mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi tidak memberi Impak kepada murid
Penglibatan murid kurang jelas, kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi kurang memberi Impak kepada murid
Penglibatan murid jelas, tetapi kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi kurang memberi Impak kepada murid
Penglibatan murid jelas, teratur dan mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi jelas memberi Impak kepada murid
Penglibatan murid sangat jelas, sangat teratur dan mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi sangat jelas memberi Impak kepada murid
C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi
Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi
Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi
Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
Jelas dan teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi
Jelas dan teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi
Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
20
D. CATATAN REFLEKSI
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Kurang berusaha untuk menilai diri
Tidak dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil.
Tidak menunjukkan usaha untuk menghubung kait dalam merancang dan membuat tindakan susulan.
Ada usaha untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Kurang dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil.
Kurang mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.
Sentiasa berusaha menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat yang telah diambil.
Dapat mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.
Berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil
Berjaya mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens.
Berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.
Sangat berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Sangat berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil
Sangat berjaya mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens.
Sangat berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.
21
BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP BAGI BULAN …………………………..TAHUN 2015 NAMA SEKOLAH: ............................................................................................................................. ALAMAT: .............................................................................................................................................. No. Telefon: ................................... PERHATIAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.
Catatan: Setiap cuti sakit mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (MC) atau surat kebenaran. Berkuatkuasa mulai Jun 2014 Kemaskini Ogos 2014
PPG AMBILAN FEB. 2012 LAM-PT05-09
22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
REFLEKSI AMALAN PROFESIONAL
Nama Sekolah: ………………………………………………………………............... Pengkhususan: …………………………………………………………………………. Pensyarah Pembimbing : .................................................................................... Guru Pembimbing : ............................................................................................ Saudara/Saudari GDL,
Soalan-soalan berikut bertujuan membantu anda membuat refleksi mengenai pengalaman Amalan Profesional yang telah anda lalui. Sila jawab semua soalan dengan jujur dan ikhlas. Semua maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.
Untuk menjawab soalan-soalan berikut, sila bulatkan angka di hujung setiap pernyataan yang anda rasa paling tepat menggambarkan pandangan anda mengenai kualiti penyeliaan yang diterima daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Sila guna Ruang Pensyarah untuk penilaian ke atas Pensyarah Pembimbing dan Ruang Guru untuk Guru Pembimbing. Angka "1" menunjukkan anda sangat tidak puas hati dengan kenyataan tersebut dan angka "5" pula menunjukkan anda sangat berpuas hati. Bagi menjawab pernyataan di bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5, sila gunakan skala Likert 5 poin berikut serta bulatkan pada jawapan yang bertepatan dengan pendapat anda.
Sangat Tidak Puas Hati
Tidak Puas Hati
Agak Puas Hati
Puas Hati
Sangat Puas Hati
1 2 3 4 5
Kualiti Penyeliaan dan bimbingan yang diterima:
Pernyataan Pensyarah Penyelia Guru Pembimbing
1 PERANCANGAN
a Menulis hasil pembelajaran dengan tepat. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Menulis isi pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Merancang kaedah dan strategi p&p yang sesuai 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
d Memilih sumber p&p yang sesuai dan menarik 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
e Memilih nilai-nilai murni yang sesuai 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
f Menyenaraikan unsur-unsur yang sesuai (kemahiran pelbagai kecerdasan) 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
2 PELAKSANAAN
a Melaksanakan set induksi 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Menjelaskan perkembangan pengajaran mengikut urutan/langkah 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
d Menguasai teknik penyoalan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
e Mengendalikan aktiviti pengayaan dan pemulihan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
f Menguruskan bilik darjah yang kondusif 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
g Menerap nilai-nilai murni di bilik darjah 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
h Mengurus masa pembelajaran dengan berkesan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
i Membuat penilaian di akhir p&p 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
3 AMALAN REFLEKSI
a Membimbing penulisan refleksi p&p secara berkesan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Membina pemikiran reflektif terhadap p&p 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Menyemak dan menilai portfolio Amalan Profesional secara berterusan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
4 SIKAP DAN SAHSIAH
a Penampilan saya semasa bertugas 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Keprihatinan saya terhadap GDL 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Pemilikan budi pekerti semasa interaksi di kelas 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
d Sifat profesional semasa bertugas 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
LAM-PT05-12 PPG AMBILAN FEB. 2012
23
5. Pada keseluruhannya, bimbingan yang diberi berkesan untuk membantu saya dalam :
Pernyataan Pensyarah Penyelia
Guru Pembimbing
a Merancang pengajaran saya. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Melaksana pengajaran saya 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Memupuk nilai keguruan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
6. Nyatakan perkara-perkara lain yang anda ingin luahkan atau sebarang cadangan. ___ __________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ Berkuatkuasa mulai Jun 2014 Kemaskini Ogos 2014
24
‘1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
Ruj. Kami : IPRM 05/04 Jld.33(88 )
Tarikh : 01 JULAI 2015
Tuan,
KEBENARAN MELAKSANAKAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) INTERNSHIP AMBILAN
FEBRUARI 2012 – 10 OGOS 2015 hingga 04 SEPTEMBER 2015 (4 MINGGU)
Dengan hormat perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 Institut Pendidikan
Guru, Kampus Raja Melewar akan menjalankan Internship bagi tahun 2015. Bersama-sama ini dilampirkan
maklumat Garis Panduan Ringkas Pelaksanaan Internship untuk rujukan pihak sekolah.
3. Sehubungan itu, pihak kami memohon kebenaran guru/staf tuan menjalani Internship di sekolah yang
telah dipilih. Sekolah tersebut adalah sekolah rendah dan jangka waktu internship yang perlu dilaksanakan
selama empat minggu. Pada tempoh berkenaan guru/staf perlu melaksanakan tugasan internship selama empat
hari berdasarkan tarikh yang dicadangkan oleh pihak sekolah.
4. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En.
Badrul Hisham bin Ghazali, Ketua Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban di
talian 06-7624543/019-3446126. Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan amat kami sanjung tinggi dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Cintai Bahasa Kita’
Saya yang menurut perintah,
( ABU BAKAR BIN SAHARI )
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar, Seremban.
25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN INTERNSHIP
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN FEBRUARI 2012
TEMPOH : 10 OGOS 2015 HINGGA 04 SEPTEMBER 2015 (4 MINGGU)
1. KONSEP
Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang
kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi. 2. OBJEKTIF
Melalui Internship, pelajar dapat:
i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan
tugas. iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam
pelbagai situasi. v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah
dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.
vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.
3. PROSEDUR PELAKSANAAN i. Tempoh Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8. ii. Penempatan Internship
Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.
iii. Bilangan Waktu Mengajar
• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong
Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak
sekolah.
• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang
bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di
sekolah rendah.
iv. Mata Pelajaran
Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping melaksanakan
tugas hakiki dalam tempoh Internship.
vi. Portfolio
Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship
26
4. PROJEK INTERNSHIP
i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30
minit (satu waktu)
ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah.
iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri.
iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan
projek inovasi.
v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP
yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu
melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.
vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat (tidak termasuk abstrak,
lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi
dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk
Lampiran 1).
vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video
pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam
tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk dinilai.
5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANG MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI INTERNSHIPi.
Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship adalah
seperti berikut :-Kategori Pelajar
Mentor/Penilai Pengurus
Sekolah/Tempat Bertugas
Yang Mengesahkan
Markah Penilaian
Guru
Penolong Kanan/Ketua Panitia
ATAU
Guru yang berpengalaman sekurang-
kurangnya tiga (3) tahun dalam mata
pelajaran major yang diajar di sekolah di
tempat pelajar menjalani Internship.
DAN
Pensyarah IPGK
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &
Ketua Jabatan
Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &
Ketua Jabatan
Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Kanan &
Ketua Jabatan
PPPBS yang bertugas
di Bahagian-bahagian
di KPM/JPN/PPD/SM
Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &
Ketua Jabatan
Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan Markah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti Internship.
4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB i. Pelajar
a) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif internship.
b) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):
i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Internship
ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah berkenaan
b) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.
27
d) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan. e) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,guru/pegawai dan staf sokongan. f) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah. g) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu.
h) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.
i) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK.
j) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan. k) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing- masing untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship. l) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai m) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan n) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.
ii) Pengurus Sekolah
a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah pencapaian matlamat dan objektif Internship.
b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang dipersetuju bersama oleh
pihak sekolah sepanjang tempoh Internship
d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi
membimbing pelajar semasa Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua orang pelajar.
e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar berpotensi gagal.
f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.
g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1)
minggu selepas tamat Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.
h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship
28
SEGALA URUSAN SURAT-MENYURAT HENDAKLAH DIALAMATKAN KE :-