GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA KATEGORI KAMPUNG 1. PERANAN PEMUNYA/PENGHUNI a) Pemunya/penghuni hendak memastikan sampah diasingkan mengikut sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak boleh dikitar semula. b) Menghantar sampah yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpulan. 2. PERANAN PELAKSANA a) Menubuhkan Jawatankuasa Kecil Kitar Semula. b) Mengenalpasti, mengurus dan menyelenggara pusat pengumpulan. c) Memastikan sampah kitar semula di kawasan pentadbiran dikutip dan diuruskan dengan sewajarnya secara berjadual. d) Melantik seseorang untuk mengasingkan sampah kitar semula di pusat pengumpulan mengikut jenis. e) Melantik mana-mana perkhidmatan pemungut kitar semula yang dilesenkan di bawah Undang-Undang Kecil Pengasingan sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016 bagi memungut sampah kitar semula.
45
Embed
GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI · PDF fileGARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA KATEGORI KAMPUNG 1. ... 2.2 Koordinator 3R hendaklah mempunyai kuasa dan hubungan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA
KATEGORI KAMPUNG
1. PERANAN PEMUNYA/PENGHUNI
a) Pemunya/penghuni hendak memastikan sampah diasingkan
mengikut sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak
boleh dikitar semula.
b) Menghantar sampah yang boleh dikitar semula ke pusat
pengumpulan.
2. PERANAN PELAKSANA
a) Menubuhkan Jawatankuasa Kecil Kitar Semula.
b) Mengenalpasti, mengurus dan menyelenggara pusat pengumpulan.
c) Memastikan sampah kitar semula di kawasan pentadbiran dikutip
dan diuruskan dengan sewajarnya secara berjadual.
d) Melantik seseorang untuk mengasingkan sampah kitar semula di
pusat pengumpulan mengikut jenis.
e) Melantik mana-mana perkhidmatan pemungut kitar semula yang
dilesenkan di bawah Undang-Undang Kecil Pengasingan sampah
dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh
Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau Pinang/Majlis Perbandaran
Seberang Perai) 2016 bagi memungut sampah kitar semula.
GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA
KATEGORI TAMAN PERUMAHAN
1. PERANAN PEMUNYA/PENGHUNI
a) Pemunya/penghuni hendak memastikan sampah diasingkan
mengikut sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak
boleh dikitar semula.
b) Sampah yang boleh dikitar semula harus dimasukkan/dibungkuskan
dalam apa-apa bekas yang bersesuaian yang ditetapkan oleh Majlis
dan diletakkan untuk pungutan di luar rumah pada hari pungutan
(Hari Sabtu); atau
c) Menghantar sampah yang boleh dikitar semula ke pusat
pengumpulan.
2. KAEDAH PELAKSANAAN
a) Kutipan rumah ke rumah oleh Majlis
i. Sistem kutipan yang melibatkan Majlis yang mengutip dari
rumah ke rumah.
ii. Kutipan akan dilaksanakan setiap hari Sabtu.
iii. Rekod berkenaan pengurusan sampah kitar semula harus
disimpan oleh Majlis.
b) Pusat Pengumpulan (jika perlu)
i. Pusat pengumpulan ialah satu kaedah bagi membolehkan
pemunya/penghuni rumah untuk meletakkan sampah kitar
semula di pusat berdekatan.
ii. Pemunya/penghuni perlu mengasingkan sampah kitar semula
daripada sampah yang tidak boleh dikitar semula dan
meletakkan sampah kitar semula di pusat pengumpulan.
iii. Pemungut berlesen sampah kitar semula hanya akan
memungut sampah tersebut dari pusat pengumpulan.
iv. Rekod berkenaan pengurusan sampah kitar semula harus
disimpan oleh pemungut berlesen sampah kitar semula.
3. KAEDAH PELAKSANAAN
a) Pemunya/Penghuni menghantar sampah kitar semula ke pusat
pengumpulan; atau
b) Jawatankuasa Kecil Kitar Semula/Pelaksana sendiri memungut
sampah kitar semula daripada premis.
GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA
KATEGORI KEDIAMAN BERTINGKAT/STRATA
1. PERANAN PEMUNYA/PENGHUNI
a) Pemunya/penghuni dikehendaki untuk mengasingkan sampah yang
boleh dikitar semula dengan sampah yang tidak boleh dikitar semula
seperti yang telah ditetapkan oleh Pelaksana.
b) Meletakkan sampah kitar semula di tepi unit untuk dikutip pekerja
atau membawa sampah kitar semula ke pusat pengumpulan.
c) Bekerjasama dengan Pelaksana untuk menjayakan pengasingan
sampah.
2. PERANAN PELAKSANA
2.1 Fungsi Badan Pengurusan Harta Bersama adalah bertanggungjawab untuk :
a) Memberitahu pemunya atau penghuni tentang keperluan
pematuhan Undang-Undang Kecil Pengasingan sampah dan
Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan sampah Yang Boleh
Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau Pinang/Majlis
Perbandaran Seberang Perai) 2016, garis panduan atau apa-
apa arahan yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke
semasa;
b) Memastikan pemunya atau penghuni membuang :
i. sampah yang boleh dikitar semula di dalam kemudahan
pengurusan sampah yang boleh dikitar semula; dan
ii. sampah baki ke dalam bekas sampah komunal yang
disediakan; atau
c) Memastikan pemunya atau penghuni menguruskan sampah
yang boleh dikitar semula dan sampah baki mengikut cara
sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.
2.2 Kewajipan Badan Pengurusan Harta Bersama
Badan Pengurusan Harta Bersama bagi tanah yang dipecah bahagi
kepada petak-petak tanah hendaklah :
i. menyediakan bekas sampah komunal yang mencukupi bagi
sampah baki seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis.
ii. menyediakan kemudahan pengurusan sampah yang boleh
dikitar semula seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis; dan
iii. menyelenggara kemudahan pengurusan sampah yang boleh
dikitar semula pada setiap masa supaya sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan selamat.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab Pelaksanaa) Melaksanakan pengasingan sampah di punca seperti yang
terkandung di bawah Undang-Undang Kecil Pengasingan
sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan sampah
Yang Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau
Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016.
b) Memastikan ‘house rules’ digubal seperti di dalam Jadual 3
Akta Pengurusan Strata 2013 untuk mengasingkan sampah di
punca.
c) Melantik mana-mana perkhidmatan pemungut kitar semula
yang dilesenkan di bawah Undang-Undang Kecil Pengasingan
sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan sampah
Yang Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau
Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016 bagi
memungut sampah kitar semula.
d) Memastikan kebersihan pusat pengumpulan sampah.
e) Menyediakan pusat/tempat/logistik untuk pengumpulan
sampah yang boleh dikitar semula.
f) Menyediakan sistem/kaedah pengasingan sampah kitar
semula.
g) Memaklumkan/Menyampaikan maklumat kepada penghuni.
h) Mendokumentasikan data seperti maklumat pemungut kitar
semula yang dilantik, data jumlah sampah yang dikumpul dan
akaun kutipan yang diterima.
3. KAEDAH PELAKSANAAN
3.1 Kaedah Pengasingan
a) 'Drop-Off Bin System'
Menempatkan sekurang-kurangnya satu pusat pengumpulan
di kawasan bangunan.
b) 'Drop- off Multiple Intermediate Recyling Bin System'
Bagi memudahkan penghuni, Pelaksana boleh memilih
beberapa tempat strategik untuk menempatkan tong
pengumpulan (contoh: lif, kawasan tempat letak kenderaan,
kawasan peti surat)
c) 'Door to Door Collection'
Pelaksana boleh mengupah pekerja pembersihan untuk
mengutip sampah yang boleh dikitar semula yang telah
diasingkan oleh penghuni dan mengumpul di pusat
pengumpulan yang disediakan oleh Pelaksana.
d) 'Chute System'
Pelaksana memastikan penghuni hanya membuang sampah
yang tidak boleh dikitar semula di 'Chute System' dan yang
boleh dikitar semula di pusat pengumpulan.
3.2 Pelantikan Pemungut Sampah Kitar Semula
a) Pelaksana perlu melantik pemungut kitar semula yang
berlesen untuk memungut sampah yang boleh dikitar semula.
b) Pemungut kitar semula yang dilantik akan mengutip sampah,
menimbang dan membayar kepada Pelaksana mengikut
peratusan atau apa-apa bentuk ganjaran yang ditentukan
bersama.
c) Pelaksana digalakkan untuk memasukkan terma dan syarat
mengenai pengumpulan sampah di dalam kontrak yang
ditandatangani bersama pemungut kitar semula.
3.3 Terma dan Syarat yang Boleh Dipertimbangkana) Jadual pengutipan (sekurang-kurangnya seminggu sekali).
b) Pelabelan dan penempatan tong.
c) Pembersihan tong-tong dan pusat pengumpulan.
d) Data bulanan jumlah kutipan sampah kitar semula.
GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA
KATEGORI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT
1. PERANAN PEMUNYA/PENGHUNI
a) Pemunya/penghuni dikehendaki untuk mengasingkan sampah yang
boleh dikitar semula dengan sampah yang tidak boleh dikitar semula
seperti yang telah ditetapkan oleh Pelaksana.
b) Meletakkan sampah kitar semula di tepi unit untuk dikutip pekerja
atau membawa sampah kitar semula ke pusat pengumpulan.
c) Bekerjasama dengan Pelaksana untuk menjayakan pengasingan
sampah.
2. PERANAN PELAKSANA
2.1 Fungsi Badan Pengurusan Harta Bersama adalah bertanggungjawab untuk :
a) Memberitahu pemunya atau penghuni tentang keperluan
pematuhan Undang-Undang Kecil Pengasingan sampah dan
Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh
Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau Pinang/Majlis
Perbandaran Seberang Perai) 2016, garis panduan atau apa-
apa arahan yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke
semasa;
b) Memastikan pemunya atau penghuni membuang
i. sampah yang boleh dikitar semula di dalam kemudahan
pengurusan sampah yang boleh dikitar semula; dan
ii. sampah baki ke dalam bekas sampah komunal yang
disediakan; atau
c) Memastikan pemunya atau penghuni menguruskan sampah
yang boleh dikitar semula dan sampah baki mengikut cara
sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.
2.2 Kewajipan Badan Pengurusan Harta Bersama
Badan Pengurusan Harta Bersama bagi tanah yang dipecah bahagi
kepada petak-petak tanah hendaklah :
i. menyediakan bekas sampah komunal yang mencukupi bagi
sampah baki seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis.
ii. menyediakan kemudahan pengurusan sampah yang boleh
dikitar semula seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis; dan
iii. menyelenggara kemudahan pengurusan sampah yang boleh
dikitar semula pada setiap masa supaya sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan selamat.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab Pelaksana
a) Melaksanakan pengasingan sampah di punca seperti yang
terkandung di bawah Undang-Undang Kecil Pengasingan
sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan sampah
Yang Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau
Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016.
b) Memastikan ‘house rules’ digubal seperti di dalam Jadual 3
Akta Pengurusan Strata 2013 untuk mengasingkan sampah di
punca.
c) Melantik mana-mana perkhidmatan pemungut kitar semula
yang dilesenkan di bawah Undang-Undang Kecil Pengasingan
sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan sampah
Yang Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau
Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016 bagi
memungut sampah kitar semula.
d) Memastikan kebersihan pusat pengumpulan sampah.
e) Menyediakan pusat/tempat/logistik untuk pengumpulan
sampah yang boleh dikitar semula.
f) Menyediakan sistem/kaedah pengasingan sampah kitar
semula.
g) Memaklumkan/Menyampaikan maklumat kepada penghuni.
h) Mendokumentasikan data seperti maklumat pemungut kitar
semula yang dilantik, data jumlah sampah yang dikumpul dan
akaun kutipan yang diterima.
3. KAEDAH PELAKSANAAN3.1 Kaedah Pengasingan
a) 'Drop-Off Bin System'
Menempatkan sekurang-kurangnya satu pusat pengumpulan
di kawasan bangunan.
b) 'Drop- off Multiple Intermediate Recyling Bin System'
Bagi memudahkan penghuni, Pelaksana boleh memilih
beberapa tempat strategik untuk menempatkan tong
pengumpulan (contoh: lif, kawasan tempat letak kenderaan,
kawasan peti surat)
c) 'Door to Door Collection'
Pelaksana boleh mengupah pekerja pembersihan untuk
mengutip sampah yang boleh dikitar semula yang telah
diasingkan oleh penghuni dan mengumpul di pusat
pengumpulan yang disediakan oleh Pelaksana.
d) 'Chute System'
Pelaksana memastikan penghuni hanya membuang sampah
yang tidak boleh dikitar semula di 'Chute System' dan yang
boleh dikitar semula di pusat pengumpulan.
3.2 Pelantikan Pemungut Sampah Kitar Semula
a) Pelaksana perlu melantik pemungut kitar semula yang
berlesen untuk memungut sampah yang boleh dikitar semula.
b) Pemungut kitar semula yang dilantik akan mengutip sampah,
menimbang dan membayar kepada Pelaksana mengikut
peratusan atau apa-apa bentuk ganjaran yang ditentukan
bersama.
c) Pelaksana digalakkan untuk memasukkan terma dan syarat
mengenai pengumpulan sampah di dalam kontrak yang
ditandatangani bersama pemungut kitar semula.
3.3 Terma dan Syarat yang Boleh Dipertimbangkana) Jadual pengutipan (sekurang- kurangnya seminggu sekali).
b) Pelabelan dan penempatan tong.
c) Pembersihan tong-tong dan pusat pengumpulan.
d) Data bulanan jumlah kutipan sampah kitar semula.
GARIS PANDUAN DASAR PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA
KATEGORI KILANG
1. PERANAN PELAKSANA
1.1 Pelaksana hendaklah memainkan peranan untuk menjayakan
sebarang Program 3R, sebagai mencerminkan komitmen pelaksana
dalam inisiatif 3R.
1.2 Pelaksana hendaklah menimbang untuk mengubah
tugas/tanggungjawab kakitangan atau mengubahsuai prosedur
operasi.
1.3 Pelaksana hendaklah menguruskan pengumpulan maklumat
mengenai rekod penjanaan sampah di Kilang dan mengenalpasti
peluang-peluang untuk mengurangkan, menggunakan semula dan
mengitar semula sampah.
1.4 Pelaksana hendaklah menyediakan satu Kenyataan Polisi 3R, bagi
menyebarkan objektif 3R:
a) Mengurangkan sampah di punca – salah satu matlamat utama
bagi pelbagai operasi yang wujud di dalam Kilang;
b) Mengitar semula sebanyak mungkin sampah yang boleh
dikitar semula di pengumpulan sampah sebelum dilupuskan;
c) Mengamalkan amalan 3R, melalui penyampaian perkhidmatan
berkualiti serta bertanggung jawab dalam pemeliharaan alam
sekitar; dan
d) Kenyataan Polisi 3R dijadikan sebagai sebahagian Polisi Alam
Sekitar Kilang.
2. MELANTIK KOORDINATOR 3R
2.1 Pelaksana hendaklah melantik Koordinator 3R yang
berpengetahuan tentang pengurusan operasi Kilang termasuk
pengurusan sampah dan prosedurnya.
2.2 Koordinator 3R hendaklah mempunyai kuasa dan hubungan ke atas
anggota pengurusan daripada pelbagai jabatan, serta pemungut
sampah kitar semula.
a) Sesi latihan hendaklah diuruskan kepada mereka yang terlibat