Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian IV, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 1
Kementerian Kesihatan Malaysia
B a h a g i a n I V, P e r a t u r a n - P e r a t u r a n M a k a n a n 1 9 8 5
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 1
2
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 2
KANDUNGANPENGENALAN.....................................................................................
BAHASA YANG DIGUNAKAN....................................................................
NAMA SEBUTAN SEBENAR/ NAMA PRODUK.................................................
PENYATAAN TAMBAHAN DI BAWAH NAMA SEBUTAN SEBENAR (jika berkaitan)......
SENARAI RAMUAN...............................................................................
PELABELAN HIPERSENSITIVITI................................................................
PENYATAAN TENTANG BAHAN ADITIF.........................................................
BERAT BERSIH/ ISIPADU/ BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN.......................
NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/ PENGIMPORT/ NEGARA ASAL........................
PENANDAAN TARIKH............................................................................
GAMBAR...........................................................................................
PENYATAAN CADANGAN HIDANGAN..........................................................
PENGISYTIHARAN MAKLUMAT PEMAKANAN................................................
PENGISYTIHARAN JUMLAH GULA.............................................................
PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK......................................
PENGISYTIHARAN NILAI NUTRIEN............................................................
PENGGUNAAN LOGO............................................................................
PENYATAAN/ AKUAN YANG DILARANG.......................................................
PENYATAAN BAKTERIA BIFIDO.................................................................
PEMATUHAN DAN PENALTI.....................................................................
4
4
5
8
9
10
10
11
12
13
15
15
16
17
18
19
19
20
20
20
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 3
4
1. PENGENALAN
Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelastentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semuaperuntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Garis panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada industri makanandan pengguna mengenai keperluan pelabelan makanan berdasarkan kepadaPeraturan-Peraturan Makanan 1985.
2. BAHASA YANG DIGUNAKAN
2.1. Semua maklumat yang perlu ada pada label, hendaklah dinyatakan dalamBahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris berdasarkan kepada keperluan berikut:
2.1.1. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkusdi Malaysia, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasukterjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.
2.1.2. Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam BahasaMalaysia atau Bahasa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannyadalam mana-mana bahasa lain.
2.1.3. Bagi makanan bertujuan khas sama ada yang diimport ataudikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah didalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalammana-mana bahasa lain.
2.2. Terjemahan ke dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksudyang sama dengan maklumat yang asal.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 4
5
Contoh :
Jika sesuatu jus diperbuat daripada epal, maka nama sebutan sebenarproduk itu ialah Jus Epal. Nama saintifik bagi epal adalah Malusdomestica. Produk tersebut tidak boleh ditulis Jus Malus Domesticasebagai nama sebutan sebenar.
3. NAMA SEBUTAN SEBENAR/ NAMA PRODUK
3.1. Nama sebutan sebenar makanan perlu berdasarkan kepada nama biasaramuan utamanya.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 5
6
3.2. Bagi produk makanan di dalam bentuk campuran atau sebatian, hendaklahdinamakan seperti berikut:
“(nama produk) campuran”, atau “(nama produk) sebatian”
Dengan syarat bahawa perkataan “campuran” atau “sebatian” tidak bolehdigabungkan dengan nama sebutan sebenar mana-mana makanancampuran atau sebatian yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan olehPeraturan-Peraturan ini.
Contoh :
Formulasi sesuatu produk adalah seperti berikut :
Serbuk Epal Hijau 82%
Fruktosa 10%
Radix Lepidium Meyenii (Maca) 5%
Frukto-Oligosakarida 3%
Cadangan nama sebutan sebenar adalah seperti di bawah:
Contoh :
Formulasi sesuatu produk adalah seperti berikut :
Jus Delima 59.2%
Jus Manggis 40.5%
Asid Benzoik 0.1%
Vitamin C 0.2%
Cadangan nama sebutan sebenar adalah seperti di bawah:
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 6
7
3.3. Nama sebutan sebenar perlu dinyatakan dengan jelas dari segi ketinggian,keutamaan visual dan kedudukan supaya mudah kelihatan berbandingperkara lain yang terdapat pada label makanan.
3.4. Jika sesuatu produk mempunyai standard khusus yang perlu dipatuhi, makanama sebutan sebenar bagi produk tersebut hendaklah mematuhi peruntukanyang ditetapkan di bawah standard tersebut.
Contoh :
Peraturan 269A – Kopi Pracampur
Jika sesuatu produk dikategorikan di bawahstandard di atas, nama sebutan sebenar bagiproduk tersebut hendaklah bermula dengan “KopiPracampur”.
Peraturan 356 – Campuran Minuman Botani
Jika sesuatu produk dikategorikan di bawahstandard di atas, nama sebutan sebenar bagiproduk tersebut hendaklah bermula dengan“campuran minuman botani” atau “campuranminuman herba” diikuti sebaik sahaja selepasnyanama sumber botani atau sumber herba,minuman campuran itu.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 7
8
4. PENYATAAN TAMBAHAN DI BAWAH NAMA SEBUTAN SEBENAR (JIKA BERKAITAN)
4.1. Bagi produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging babiatau terbitannya atau lemak babi, penyataan berikut hendaklah dinyatakan:
“MENGANDUNGI (nyatakan sama ada daging lembu atau daging babiatau terbitannya atau lemak babi)”
Atau dalam apa-apa perkataan lain yang memberi maksud yang sama.
4.2. Bagi produk makanan yang mengandungi alkohol tambahan, penyataanberikut hendaklah dinyatakan:
“MENGANDUNGI ALKOHOL”
Atau dalam apa-apa perkataan lain yang memberi maksud yang sama.
Penyataan “MENGANDUNGI ALKOHOL” hendaklah ditulis dalamhuruf besar tebal dari tulisan bukan serif dan saiz penghurufan tidakkurang daripada 6 poin.
Kedua-dua penyataan di atas hendaklah dinyatakan baik sahaja dibawah nama sebutan sebenar makanan tersebut.
Contoh :
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 8
9
5. SENARAI RAMUAN
5.1. Semua ramuan yang digunakan untuk membuat produk makanan perlu dinyatakan pada label makanan kecuali air, aditif makanan dannutrien.
5.2. Ramuan tersebut hendaklah dinyatakan berdasarkan kepada nama sebutansebenar ramuan tersebut.
5.3. Bagi produk makanan yang terdiri daripada dua atau lebih ramuan, ramuantersebut hendaklah disenaraikan mengikut susunan berat menurun.
5.4. Bagi produk makanan yang mengandungi lemak makan atau minyak makanatau kedua-duanya, hendaklah dinyatakan :
(i) penyataan tentang adanya lemak makan atau minyak makan ataukeduanya-duanya; dan
(ii) nama biasa binatang atau sayur-sayuran, dari mana lemak atau minyakitu diperolehi.
Contoh :
Sesuatu produk mempunyai formulasi ramuan seperti berikut :
Ramuan perlu ditulis pada label mengikut susunan berikut :
Ramuan : Krimer tanpa tenusu, gula, serbuk kopi segera,inulin dan daun barli muda
Ramuan %
Krimer tanpa tenusu 43.25
Inulin 6.25
Daun barli muda 1.00
Serbuk kopi segera 12.50
Gula 37.00
Jumlah 100.00
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 9
10
6. PELABELAN HIPERSENSITIVITI
Produk makanan atau ramuan yang boleh menyebabkan hipersensitiviti adalahseperti berikut :
a) Bijirin yang mengandungi gluten termasuk gandum, rai, barli dan oat;b) Kekacang dan hasil kekacang termasuk kacang tanah dan kacang soya;c) Ikan dan hasil ikan;d) Susu dan hasil susu (termasuk laktosa); dane) Telur dan hasil telur.
Bagi produk makanan yang mengandungi ramuan yang boleh menyebabkanhipersensitiviti, maka ramuan tersebut hendaklah ditulis seperti berikut :
Sila rujuk Garis panduan “Pelabelan Ramuan Makanan Yang Boleh MenyebabkanHipersensitiviti” untuk maklumat lanjut.
7. PENYATAAN TENTANG BAHAN ADITIF
Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan, penyataantentang aditif makanan tersebut hendaklah dinyatakan seperti berikut:
“mengandungi (nyatakan jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan”
Contoh :
Ramuan : Ekstrak Malt (Barli), Gula, Susu Tepung Skim, Koko, Maltodextrin,Minyak Kelapa Sawit dan Vitamin C
Contoh :
Jika sesuatu produk mengandungi aditif seperti berikut:
Asid benzoikTartrazinePulegoneButylated hydroxy toulene (BHT)
maka penyataan berikut perlu dinyatakan:
“Mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa danantipengoksida yang dibenarkan”.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 10
11
Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan kondisioner makanan yangdibenarkan, penyataan mengenai kondisioner makanan tersebut hendaklahdinyatakan seperti berikut:
“mengandungi (nyatakan nama kelas kondisioner makanan) sebagaikondisioner makanan yang dibenarkan”.
8. BERAT BERSIH/ ISIPADU/ BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN
(i) Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai beratbersih atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan.
(ii) Penyataan tersebut hendaklah dinyatakan mengikut ketinggianpenghurufan yang sama.
Contoh :
Jika sesuatu produk mempunyai kondisioner makanan seperti berikut:
Asid sitrikGam acacia
maka penyataan berikut perlu dinyatakan:
“Mengandungi pengawal asid dan penstabil sebagai kondisioner makanan yangdibenarkan”.
Berat Bersih : 450 g
Isipadu Minimum 250 ml
Berat
Isipadu Minimum 500 ml
1 kg
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 11
12
9. NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/ PENGIMPORT/ NEGARA ASAL
Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai nama danalamat pengilang/ pengimport/ negara asal berdasarkan berikut:
9.1 Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus diMalaysia, label makanan hendaklah menyatakan salah satu daripada yangberikut:
(i) nama dan alamat pengilang atau pembungkus; atau(ii) nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus;
atau(iii) nama ada alamat ejen daripada (i) dan (ii).
9.2 Bagi makanan yang import, label makanan hendaklah menyatakan:
(i) nama dan alamat pengilang di luar negara; atau(ii) nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus;
atau;(iii) nama ada alamat ejen daripada (i) dan (ii); dan(iv) nama dan alamat perniagaan pengimport di Malaysia; dan(v) nama negeri dari mana makanan itu berasal.
Contoh produk tempatan :
Dikilangkan oleh :ABC Sdn. Bhd.No. 81, Jalan Puteri 5/3Bandar Puteri, 47100 PuchongSelangor
Contoh produk import :
Dikilangkan oleh :XYZ International10 Mahunga Drive, Mangere Bridge 1Auckland 2021, New Zealand
Diimport oleh :XYZ Sdn. Bhd.Lot 16, Jalan 19/1146300 Petaling JayaSelangor
Produk New Zealand
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 12
13
10.PENANDAAN TARIKH
10.1 Makanan yang diwajibkan penandaan tarikh adalah seperti di bawah :
1. Biskut, roti.
2. Makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak.
3. Makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak.
4. Coklat, coklat putih dan coklat susu.
5. Krim kelapa, santan kelapa, pes kelapa, serbuk krim kelapa dan kelapa
parut.
6. Lemak makan dan minyak makan selain daripada marjerin dalam
bekas kedap udara.
7. Aditif makanan yang mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada
18 bulan.
8. Rumusan bayi.
9. Telur cecair, kuning telur cecair, putih telur cecair, telur kering, kuning
telur kering dan putih telur kering.
10. Makanan tenaga rendah bagi mana-mana makanan yang memerlukan
penandaan tarikh.
11. Hasil daging dalam bekas tak kedap udara.
12. Susu dan hasil susu kecuali ais krim yang kurang daripada 200 ml
isipadu dan keju keras.
13. Minuman ringan pasteur tak berkarbonat dan minuman ringan U.H.T
tak berkarbonat.
14. Nutrien yang ditambah atau sediaan nutrien yang ditambah yang dijual
sebagai makanan.
15. Jus buah pasteur.
16. Jus sayur pasteur.
17. Mentega kacang.
18. Sos.
19. Makanan bertujuan khas.
20. Serikaya.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 13
14
10.2 Penandaan tarikh pada label makanan hendaklah dinyatakan mengikut salahsatu format berikut :
10.3. Penandaan tarikh hendaklah dinyatakan dalam huruf besar tebal dari tulisanbukan serif yang tidak kurang daripada 6 poin.
10.4. Makanan yang tidak tersenarai (para 10.1), juga boleh membuatpenandaan tarikh. Walau bagaimanapun, ia perlu mematuhi format bagipenandaan tarikh.
(i) “TARIKH AKHIR atau TH AKHIR (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahunatau mengikut bulan dan tahun)”.
atau
(ii) “GUNA SEBELUM atau GUNA SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dantahun atau mengikut bulan dan tahun)”.
atau
(iii) “MAKAN SEBELUM atau MAKAN SBL atau MINUM SEBELUM atau MINUMSBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahun atau mengikut bulan dan tahun)”.
atau
(iv) “BAIK SEBELUM atau BAIK SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahunatau mengikut bulan dan tahun)”.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 14
15
11.GAMBAR
Hanya gambar yang menjadi ramuan sahaja boleh disertakan pada label.
12.PENYATAAN CADANGAN PENGHIDANGAN
Penyataan “CADANGAN PENGHIDANGAN” atau “RESIPI” hendaklah dinyatakanberhampiran dengan gambar dalam huruf besar dan saiz penghurufan mestilahtidak kurang daripada 6 poin.
Contoh
CADANGAN PENGHIDANGAN /SERVING SUGGESTION
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 15
16
13.PENGISYTIHARAN MAKLUMAT PEMAKANAN
13.1 Makanan yang diwajibkan maklumat pemakanan adalah :
13.2. Nutrien yang wajib dinyatakan pada maklumat pemakanan adalah tenaga,protein, karbohidrat dan lemak.
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 16
17
13.3. Maklumat nilai pemakanan perlu dinyatakan mengikut format bagi setiaphidangan dan setiap 100 g(ml).
14.PENGISYTIHARAN JUMLAH GULA
Bagi minuman yang sedia diminum, jumlah gula hendaklah dinyatakan sepertiberikut :
“Karbohidrat …gJumlah gula …g”
Contoh :Nama produk : Minuman Berperisa Anggur
MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan : 250 ml
Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 4
Bagi setiap 100 ml Bagi setiap hidangan (250 ml)
Tenaga 35 kcal (147kJ) 88 kcal (370 kJ)
Karbohidrat 5.4 g 13.5 g
Jumlah gula 4.5 g 11.4 g
Protein 1.2 g 3.0 g
Lemak 0.9 g 2.3 g
Contoh
MAKLUMAT PEMAKANANSaiz hidangan: 200 ml
Hidangan bagi setiap bungkusan: 5
Setiap Setiap hidangan100 ml (200 ml)
Tenaga 100 kkal 200 kkal(420 kJ) (840 kJ)
Karbohidrat 23.8 g 47.6 g
Protein 1.1 g 2.2 g
Lemak 0 g 0 g
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 17
18
15.PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK
Jika nilai asid lemak dinyatakan pada label, keempat-empat jenis asid lemak, iaituasid lemak tepu, monotidaktepu, politidaktepu dan asid trans lemak hendaklahdinyatakan dalam bentuk seperti berikut:
“Lemak …gyang terdiri daripadaAsid Lemak Monotidaktepu …gAsid Lemak Politidaktepu …gAsid Lemak Tepu …gAsid Trans Lemak …g”
MAKLUMAT PEMAKANANSaiz Hidangan : 200 mlBilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5
Bagi setiap 100 ml Bagi setiap hidangan (200 ml)
Tenaga 44 kcal 88 kcal
Protein 0.5 g 1.0 g
Karbohidrat 10.5 g 21.0 g
Lemak 5.8 g 11.6 gyang terdiri daripada
Asid Lemak Monotidaktepu 2.1 g 4.2 gAsid Lemak Politidaktepu 1.0 g 2.0 gAsid Lemak Tepu 2.4 g 4.8 gAsid Trans Lemak 0.3 g 0.6 g
Contoh :
MAKLUMAT PEMAKANANSaiz Hidangan : 200 mlBilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5
Bagi setiap 100 ml Bagi setiap hidangan (200 ml)
Tenaga 44 kcal 88 kcal
Protein 0.5 g 1.0 g
Karbohidrat 10.5 g 21.0 g
Lemak 5.8 g 11.6 gyang terdiri daripada
Asid Lemak Tepu 2.4 g 4.8 gAsid Trans Lemak 0.3 g 0.6 g
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 18
19
16.PENGISYTIHARAN NILAI NUTRIEN
Vitamin dan mineral hanya boleh diisytiharkan pada maklumat pemakanansekiranya mematuhi keperluan berikut:
a) Tersenarai dalam senarai NRN; danb) Hadir dalam jumlah sekurang-kurangnya 5% bagi setiap hidangan.
17.PENGGUNAAN LOGO
Penggunaan logo perlu disokong dengan sijil yang dikeluarkan oleh pihakberkuasa yang bertanggungjawab dan mestilah masih dalam tempoh sah laku(valid).
Sekiranya sijil tidak diperolehi atau telah tamat tempoh sah lakunya, penggunaanlogo tersebut tidak dibenarkan dan hendaklah dikeluarkan.
Contoh :
Nilai 5% NRN bagi setiap vitamin dan mineral adalah seperti berikut :
Unit NRN 5% NRN
Vitamin A µg 800 40Vitamin D µg 5 0.25Vitamin E mg 10 0.5Vitamin C mg 60 3Tiamina mg 1.4 0.07Riboflavin mg 1.6 0.08Niasin mg 18 0.9Vitamin B6 mg 2 0.1Asid Folik µg 200 10Vitamin B12 µg 1 0.05Kalsium mg 800 40Magnesium mg 300 15Besi mg 14 0.7Zink mg 15 0.75Iodin µg 150 7.5Protein g 50 2.5
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 19
20
18.PENYATAAN/AKUAN YANG DILARANG
Akuan yang tidak dibenarkan pada label makanan adalah :
a. Akuan yang menyatakan bahawa mana-mana makanan tertentu akan membekalkan sumber yang mencukupi bagi semua nutrien yang penting.
b. Akuan yang membayangkan bahawa suatu diet yang seimbang ataugabungan pelbagai jenis makanan tidak dapat membekalkan jumlah yangmencukupi bagi semua nutrien.
c. Akuan yang tidak dapat disahkan.d. Akuan yang mencadangkan bahawa suatu makanan boleh mencegah,
mengurangkan, merawat atau menyembuhkan penyakit, gangguan ataukeadaan fisiologi yang lain.
e. Akuan yang menyebabkan pengguna ragu akan keselamatan makanan yangserupa.
f. Akuan yang menimbulkan atau mengeksploitasikan rasa takut padapengguna.
19.PENYATAAN BAKTERIA BIFIDO
Makanan yang mengandungi bakteria bifido, perlu mempunyai maklumat berikutpada label :
a) Bilangan bakteria hidupb) Penyataan “Mengandungi bakteria.........”
20.PEMATUHAN DAN PENALTI
Produk makanan yang tidak mematuhi keperluan pelabelan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 akan dikenakan denda atau dipenjara tidak melebihi 3tahun atau kedua-duanya sekali.
Produk makanan juga perlu mematuhi keperluan lain di dalam Akta Makanan 1985 danPeraturan-Peraturan Makanan 1985 atau berisiko menerima penalti yang sama.
Contoh :
Mengandungi 1 x 106 sel hidup/g
MENGANDUNGI BAKTERIA HIDUP, MEMERLUKAN KEADAAN PENYIMPANAN KHAS
01.layOut 9/19/11 2:53 PM Page 20