KERTAS KERJA BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION ) TARIKH 25 & 27 MEI 2015 TEMPAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM), UKM ANJURAN KELAB INFORMATIK DENGAN KERJASAMA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) TEMA “INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE”
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
BENGKEL GAFE
( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )
TARIKH
25 & 27 MEI 2015
TEMPAT
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM), UKM
ANJURAN
KELAB INFORMATIK
DENGAN KERJASAMA
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM),
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
TEMA
“INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE”
1
KERTAS KERJA
BENGKEL GAFE
( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni
(PPMPA) UKM untuk mengadakan bengkel GAFE (Google Application for
Education) di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM bagi melahirkan
pelajar yang bergelar sebagai GSA (Google Student Ambassador).
2.0 PENGENALAN
2.1 Pengenalan
Program ini dirancang di peringkat kelab khusus sebagai platform bagi memberi
persediaan bagi aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada masa akan datang
iaitu Bengkel pengajaran untuk guru. Apa yang telah dipelajari daripada bengkel
GAFE ini akan digunakan pada bengkel pengajaran untuk guru. Di dalam bengkel
tersebut ahli sendiri akan menjadi tenaga pengajar.
Bengkel GAFE adalah merupakan satu langkah daripada Kelab Informatik dengan
kerjasama seorang pelajar yang menjadi Google Student Ambassador sendiri bagi
memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi google. Selain
itu ahli juga akan diberi taklimat ringkas mengenai Google Student Ambassador
(GSA). Taklimat ini akan memberi pendedahan yang berguna untuk pelajar Mereka
2
juga akan dapat mengetahui tentang pengalaman menjadi GSA oleh SC Kim iaitu
satu-satunya GSA Malaysia di UKM. Melalui program ini, mereka akan dapat
meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan product google yang sedia
ada.
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kelab Informatik juga
melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam proses pembelajaran
para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang bermanfaat.
Tiga hasil pembelajaran yang diharap akan dicapai oleh pelajar dalam menyertai dan
mengendali program ini adalah:
1. Mampu mengaplikasi apa yang telah dipelajari dan mengetahui bagaimana
untuk dimanfaatkan di dalam akademik.
2. Mampu mempamerkan etika dan integriti dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
2.2 Idea
Idea untuk menjalankan program ini timbul bertujuan sebagai satu platform untuk
mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab
tentang aplikasi Google.
Program ini akan dikendalikan selama dua hari bermula dengan perkongsian
pengalaman SC Kim menjadi Google Student Ambassador Malaysia. Taklimat ini
akan memberi pendedahan yang berguna untuk ahli mengetahui dengan apa yang
menarik atau kelebihan Google Ambassador amnya. Seterusnya, ia diteruskan pula
dengan taklimat ringkas mengenai produk Google dan aplikasi Google. Selepas ahli
mengetahui serba sedikit tentang aplikasi Google, pengajaran fasa pertama tentang
aplikasi Google akan dikelolai oleh SC kim sendiri. Fasa kedua pula diteruskan pada
hari berikutnya yang telah dicadangkan.
3
3.0 MATLAMAT
Untuk melahirkan mahasiswa yang terampil menggunakan teknologi maklumat
yang ada pada masa kini, berdaya saing dan bertanggungjawab di peringkat fakulti,
universiti, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang disasarkan untuk dicapai melalui program ini adalah :
4.1 Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab
tengtang aplikasi Google.
4.2 Memberi pendedahan kepada ahli kelab tengtang Google Student Ambassador
(GSA) .
4.3 Menanam sikap beretika dan berintegriti dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
5.0 TEMA
“INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE”
6.0 ANJURAN
Kelab Informatik,
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM),
Universiti Kebangsaan Malaysia
4
7.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 25 & 27 MEI 2015
Masa : 8.00 – 11.00 malam
7.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan adalah :
Makmal Industri,
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
8.0 INOVASI
Bengkel GAFE adalah merupakan satu langkah daripada Kelab Informatik dengan
kerjasama seorang pelajar yang menjadi Google Student Ambassador sendiri bagi
memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi google. Selain
itu ahli juga akan diberi taklimat ringkas mengenai Google Student Ambassador
(GSA). Mereka juga akan dapat mengetahui tentang pengalaman menjadi GSA oleh
SC Kim iaitu satu-satunya GSA Malaysia di UKM.Melalui program ini, mereka akan
dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan product google yang
sedia ada.
5
9.0 PUBLISITI
Publisiti program adalah menerusi :
● Poster, dan e-mel
● Laman web Kelab Informatik, FTSM
(infoclubftsm.blogspot.com)
● Page rasmi Kelab Informatik, FTSM
Google + : + informatics club
10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : 48 orang
i) 16 orang ahli jawatankuasa GAFE
ii) 7 orang pensyarah FTSM
iii) 24 orang ahli Kelab Informatik
iv) 1 orang tenaga pengajar daripada GSA UKM
11.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
6
14.0 PERINCIAN PROGRAM
Bengkel GAFE ( Google Application For Education)
Taklimat dan pengajaran ini adalah sebagai satu platform untuk memberi pengetahuan
mengenai aplikasi google serta mempromosikan produk Google. Selain itu ahli juga akan
diberi taklimat ringkas mengenai Google Student Ambassador.
15.0 BELANJAWAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:
Kelab Informatik
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan.