G6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM ANALISIS PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH Oleh 1. Micheal anak Ringgit, G74588 2. Canady@Kennedy ak Nunong, G74573 3. Mohd. Nur Furqan Abdullah, G74348 4. Muhd. Fariz B Ismail, G74252 MASTER (KURIKULUM & PEDAGOGI) Program Sarjana Eksekutif, Pusat Kembangan Pendidikan UKM SESI 2006/2007
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
G6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM
ANALISIS PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
Oleh
1. Micheal anak Ringgit, G74588
2. Canady@Kennedy ak Nunong, G74573
3. Mohd. Nur Furqan Abdullah, G74348
4. Muhd. Fariz B Ismail, G74252
MASTER (KURIKULUM & PEDAGOGI)
Program Sarjana Eksekutif, Pusat Kembangan Pendidikan UKM
SESI 2006/2007
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2007
PENSYARAH : DR. SHARIFAH NOR PUTEH
KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
ABSTRAK 1
1. PENGENALAN 1
2. DEFINISI 2
3.1 Definasi Kurikulum Kebangsaan 2
3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4
3. TUJUAN KURIKULUM 6
4. RASIONAL KBSR 7
5. OBJEKTIF KBSR 7
6. ALIRAN PEMIKIRAN PROGRESSIVISME 8
7. BENTUK KBSR 9
8. MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN 11
8.1 Matlamat KBSR 12
8.2 Objektif KBSR 12
8.3 Prinsip KBSR 13
8.4 Penekanan 13
8.5 Fokus 13
8.6 Struktur 13
8.7 Bidang Pelajaran 15
9. PERUNTUKAN MASA 15
10. TERAS KBSR 16
11. PENEKANAN DALAM KBSR 17
12. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17
12.1 Aspek emosi sosial 17
12.2 Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan
Pembelajaran 17
12.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 18
13. PENILAIAN 18
14. PERSOALAN TENTANG KBSR 19
PENUTUP 22
ABSTRAK
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan
Kurikulum lama dan baru KBSR. Kajian ini juga merupakan analisis daripada
beberapa bahan yang sumbernya didapati daripada internet yang melibatkan
kajian tentang pendekatan yang digunakan dalam pembentukan kurikulum
bersepadu sekolah rendah. Dapatan kajian membuktikan pembentukan
kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika kementerian
dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh
falsafah pendidikan negara (FPN). Justeru itu kurikulum sekolah hendaklah
disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven
dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki. Perancangan yang teliti dan tepat
sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.
1. PENGENALAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pembelajaran kemahiran-kemahiran
asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Kurikulum ini mula dilaksanakan
pada tahun 1982 di 302 buah sekolah rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai
percubaan. Mulai dari tahun 1983, KBSR telah dilaksanakan di tahun satu untuk semua
sekolah rendah secara berperingkat-peringkat, pelaksanaan sepenuhnya akan dicapai
pada tahun 1988. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah mudah memperoleh
pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman kehidupan sehari an secara langsung.
Oleh itu segala rancangan aktiviti pelajaran di sekolah haruslah menarik dan berkesan
untuk menambahkan pengalaman mereka dan bersesuaian dengan perkembangannya
dalam aspek intelek, rohani dan jasmani. Suasana persekolahan hendaklah mewujudkan
peluang serta menggalakkan integrasi sosial, seperti bertukar-tukar pendapat, membina
persefahaman dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Keadaan bilik dadah pula
hendaklah membolehkan murid-murid berfikir, menyoal dan mengeluarkan buah firikran.
1
Sehubungan dengan ini, bilik darjahlah patut men jadi tempat memberi peluang
kepada murid-murid melahirkan perasaan dan idea melalui pertuturan, tulisan,
lukisan, muzik, tarian, lakonan dan sebagainya. Semua aktiviti ini dapat memupuk
sikap kreatif di kalangan kanak-kanak serta melibatkan mereka secara aktif dalam
proses penguasaan kemahiran.
Untuk mencapai kehendak ini, segala perkaedahan, aktiviti organisasi dan
pengurusan bilik darjah, termasuk penjadualan dan bahan rujukan hendaklah
berdasarkan prinsip mudah-ubah dan penglibatan murid secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, serta sesuai dengan keadaan murid dan matlamat
pelajaran. Proses penilaian perlu disepadukan dengan segala aktiviti pembelajaran di
bilik darjah. Tujuan penilaian bukan hanya memberi maklumat taraf pencapaian
dan darjah perkembangan pembelajaran murid tetapi juga membantu guru menaksirkan
keberkesanan pengajarannya.
2. DEFINISI
2.1 Definasi Kurikulum Kebangsaan
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
Akta Pendidikan 1996[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
‘Kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan’
Curriculum is a functioning instrument of education - Tyler ( 1949 )
Kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran’
Curriculum is a plan for learning - Taba (1962)
2
‘Kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran’Curriculum is a
particular form of specification about the practice of teaching - Stenhouse ( 1975 )
Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan
dibimbing’
The planned and guided learning experiences and intended learning outcomes - Tanner &
Tanner ( 1975 )
Kurikulum adalah suatu set keputusan umum tentang perkara yang akan diingat dan
bagaimana ianya akan diajar yang menentukan rangka di mana pengajaran dirancang dan
pembelajaran berlaku.’
The set of broad decisions about what to be taught and how it is to be taught, that determine
the general framework within, which lessons are planned and learning takes place. -
Erant( 1975 )
‘Kurikulum adalah suatu set hasrat tujuan formal pendidikan/latihan yang tersusun.’
A curriculum is an organised set of formal education and/or training intentions. - Pratt
( 1980 )
‘Kurikulum adalah suatu set pelan dan pengalaman yang salingkait untuk kewajipan
seseorang pelajar di bawah bimbingan di sekolah.’
An interrelated set of plans and experiences that a student undertakes under the guidance of
the school. - Marsh & Willis ( 1995 )
Nicholls, S.H. clan Nicholls, A. (1981), mentakrifkan kurilum sebagai semua peluang
pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid di Sekolah.
Elizabeth Maccia dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat mentakrifkan kurikulum sebagai
suatu rekabentuk kelompok pengalaman-pengalaman pendidikan bagi murid-murid di
sekolah.
Kerr J.K mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancangkan dan
dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu, di dalam
atau di luar sekolah.
3
Hirst memberikan definisi kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancangkan. David
Warwick mentakrifkan kurikulum itu sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah
yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia
ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa. Beliau juga menerangkan bahawa
terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu kurikulum formal atau ketara,
kurikulum ideal dan kurikulum terlindung. Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang
ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan” (the planned
learning experiences for intended learning outcomes)
2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Di Malaysia setiap kurikulum yang hendak digubal mesti mengambil kira Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang harus dijadikan paksi kepada semua kurikulum. FPK
Dinyatakan secara rasmi pada 1988 yang berbunyi:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
2.2.1 Warganegara Malaysia yang baik
percaya dan patuh kepada Tuhan ;
berilmu pengetahuan ;
berakhlak mulia ;
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,agama dan Negara ;
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara ; dan
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
4
2.2.2 Unsur Rohani dan Emosi
Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut:
keyakinan terhadap Tuhan ;
kepercayaan beragama;
kemantapan jiwa;
penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ;
berbudi pekerti mulia ;
berbakti dan berkorban.
2.2.3 Unsur Intelek
Unsur intelek ini mengambilkira aspek-aspek berikut:
Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran
Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
Daya pemikiran yang logic dan analisis ;
Ilmu bermanfaat.
2.2.4 Unsur Jasmani
Ciri-ciri Unsur jasmani ialah
kecergasan fizikal dan kesihatan diri ;
dapat menggunaka anggota dan tenaga fizikal
sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.
5
Rajah 1 Falsafah pendidikan yang berpaksikan Ketuhanan
3 . T U J U A N K U R I K U L U M
Setiap kurikulum mempunyai tujuan-tujuan tertentu, sama ada dinyatakan secara khusus atau
secara implisit dalam pemilihan dan susunan kandungan. Tujuannya adalah berasaskan
konsep pendidikan yang ditentukan oleh pakar-pakar yang membentuk kurikulum itu.
Tujuan-tujuan yang menekankan keperluan serta minat murid-murid akan mewujudkan
organisasi yang memusatkan aktiviti. Semasa mengelolakan tujuan-tujuanuan kurikulum,
empat prinsip berikut seharusnya ditekankan.
1. Tujuan-tujuan perlu selaras dengan tujuan-tujuan pendidikan negara. Tujuan-tujuan am
sesuatu kurikulum perlu dinyatakan.
2. Tujuan-tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau kandungan perlu jelas.
3. Tujuan-tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan-tujuan bagi setiap pelajaran atau
aktiviti. Biasanya hanya tujuan-tujuan (2) dan (3) yang dinyatakan.
4. Tujuan-tujuan (1) Biasanya difikirkan oleh perancang pendidikan, manakala tujuan (4)
adalah bergantung pada inisiatif guru.
6
4. RASIONAL KBSR
Pendidikan kanak-kanak haruslah menyeluruh dan seimbang antara perkembangan
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. Kurikulum
sekolah rendah dan aktiviti pelajaran hendaklah bercorak pendidikan asas.
Pendekatan ini bertujuan mendapat pengetahuan asas dan keluasan tetapi kurang
menegas pada butiran isi kandungan. Justeru itu KBSR menitikberatkan kemahiran-
kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.
5. OBJEKTIF KBSR
Perancangan KBSR bertujuan memberi setiap orang murid peluang yang sama untuk
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan amalan lazim masyarakat
yang diingini. Murid-murid diberi bimbingan dan galakan yang seluas-luasnya
untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Peluang yang
secukupnya disediakan juga untuk membolehkan mereka mengembangkan
bibit-bibit bakat, minat dan daya kreatif dalam bidang-bidang yang tertentu. Bahkan
objektif-objektif KBSR adalah menuju ke arah untuk membolehkan murid-murid:
1. Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya
sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
2. Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah-sekolah rendah;
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira;
4. Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas;
5. Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
6. Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai nilai
kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat
berlandaskan RUKUNEGARA, serta menjadikannya asas bagi amalan hidup;
7. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia
dan alam sekitar;
8. Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat
7
kerjasama dan toleransi;
9. Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk
meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai;
10. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
6. ALIRAN PEMIKIRAN PROGRESSIVISME
6.1 Aliran pemikiran progressivisme berhubung pendidikan mula diasaskan oleh
Rousseau dalam bukunya berjudul THE EDUCATION OF EMILE yang
dihasilkan pada abad ke 18. Mengikut padangan Rousseau:
Pendidikan bermula apabila kanak-kanak itu lahir.
Didik kanak-kanak itu mengikut fitrahnya sebagai seorang kanak-kanak.
Jangan melatih seseorang kanak-kanak menjadi dewasa terlalu awal
Biar kanak-kanak itu mengalami sendiri tanpa paksaan daripada orang dewasa
Pupuk semangat ingin tahu/curiosity pada diri kanak-kanak
Tanya soalan-soalan yang mencungkil pemikiran/membuka minda
6.2 Idea pendidikan Rousseau mempengaruhi pemikiran tentang pendidikan tokoh-
tokoh dan ahli pendidikan Amerika seperti Dewey, Herbert Spencer, Rugg,
Kilpatrick sehingga tercetus aliran progressivism dalam sistem pendidikan di Amerika
dan negara-negara barat.
Perbandingan Pemikiran Progressivism dan Tradisional tentangpendidikan/kurikulum
Aspek Pemikiran Progresif Pemikiran TradisionalMatlamat/tujuan Untuk kehidupan seharian, untuk
menjadi peker a, sebagairakyat/warganegara, memupukperwatakan/kkarektor individu,memenuhi masa lapang
Menghasilkan para ilmuancerdik pandai, cendikawan
Ilmu Pengetahuan Berhubung kehidupan seharian,pengalaman kehidupan sebenar
Disiplin ilmu akademik
8
Bentuk individuKebebasan fizikal/mental meneroka, berfikir, kreatif, pentingkan tahap perkembangan individu, setiap individu itu unik, pembelajaran mesti memberi makna , individu ada keupayaan untuk belajar
Individu perlu dipandu arahmengikut proses pendidikanyang ditetapkan, individuDikembangkan ke arahkematangan.
Masyarakat/negara Pendidikan utk menyediakan masadepan negara, menyelesaikanmasalah negara
Pendidikan utk kesinambungan warisan budaya masyarakat, keperluan masyarakat menentukan latihan/pendidikan bukan guru.
Organisasi Berasaskan minat, aptitude,kemahiran social, political,ekonomi, keupayaan individu.
Pengetahuan yang sistematik,diatur, pendidikan yg standard/uniform, mengikut gred.
7. BENTUK KBSR
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dirancangkan untuk membolehkan murid-
murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu komunikasi, manusia dengan
alam kelilingnya dan perkembangan diri individu.
Komunikasi merupakan keperluan hidup asasi. Perhubungan di antara manusia
memerlukan perantaraan bahasa dan melibatkan aktiviti mengira. Oleh yang demikian,
bidang ini ditumpukan kepada Komponen Kemahiran Asas yang menitikberatkan
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini meliputi pertuturan,
pendengaran, pembacaan untuk kefahaman, penulisan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman, serta pengiraan dengan operasi asas dalam matematik, iaitu tambah, kurang,
darab dan bahagi.
Kanak-kanak memperoleh pengalaman asas hidup dari alam sekeliling atau
persekitarannya. Pengalaman mungkin diperolehi melalui perhubungannya dengan
manusia lain, unsur-unsur alam dan Tuhan. Maka pembelajaran tentulah menjadi lebih
bermakna apabila mengaitkannya dengan pengalaman asas yang sedia ada pada kanak-
kanak. Oleh itu, di dalam kurikulum baru ini, bidang manusia dan alam keliling
mengandungi komponen kemanusiaan dan persekitaran. Bidang ini juga merangkumi satu
9
cabang lain yang dinamakan komponen kerohanian, nilai dan sikap. Komponen ini
memberi perhatian khas kepada Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini
bertujuan mencapai pembinaan sikap, watak dan peribadi yang sempurna.
Rajah 2, menunjukkan proses pembentukan kurikulum baru sekolah rendah.
Bidang perkembangan diri individu meliputi semua aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, moral, nilai estetika dan sosial. Sebahagian besar daripada aspek-aspek.
Kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika dapat menjadi garis panduan
guru melaksanakan pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran sebagaimana yang dituntut
oleh falsafah pendidikan negara (FPN). Justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun
dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya
dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu kurikulum
semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki.
Perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari
segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.
10
8. MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi
pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia.
11
8.1 Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
8.2 Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia
dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-
ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
12
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan
akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.
8.3 Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
8.4 Penekanan
8.4.1 Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-
Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
8.5 Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-
Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
13
8.6 Struktur KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
Sumber : Buku Pendidikan Di Malaysia oleh : Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil Hj Marzuki
Universiti Malaya
14
8.7 Bidang Pelajaran
Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-
8.7.1 Bidang Komunikasi
1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.
8.7.2 Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.
8.7.3 Bidang Perkembangan Diri Individu
1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
9. PERUNTUKAN MASA
Mata Pelajaran Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2
Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu 450 450 450 300 300 300 270 270 270 150 150 150
Bahasa Inggeris 240 240 240 210 210 210 60 90 90 90