1
BAB 1
KURIKULUM PENDIDIKAN
1.1 PengenalanSistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan
emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini
digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan
bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran
dalam menuju wawasan Negara (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh
Rahamad, 2010).
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan
sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa
falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas.
Kurikulumyang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk
pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi instrumental
/ sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan
kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang
meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan
kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah
menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan
diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan
masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di
Malaysia.Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam
menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga
memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang
dinamik dalam semua aspek (Azizi Yahaya & Rosnani Mohd
Nor,2010).
1.2 Maksud Reka Bentuk Kurikulum
Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan
dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan
objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun
dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan
Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan
dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris
sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa
Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan
sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah
masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar
pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi
memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat
dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan
masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan
sifat-sifat kemanusiaan ( Ee ,A. M.,1998)
1.3 Maksud KurikulumMenurut KPM kurikulum bermaksud segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau
institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.Kurikulum
bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum
ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui
Kementerian Pendidikan.
Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud race
course atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris
bermaksud jelmaan. Menurut Goodlad (1973) dalam buku (Sharifah
Alwiah Alsagoff, 1987) yang bertajuk Teknologi Pengurusan Kurikulum
merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan. Selain itu, di dalam
buku ini juga Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan
pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan
pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.
1.4 Prinsip Penyusunan KurikulumKurikulum kebangsaan perlu
dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa
releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang
dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.
Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan
Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang
menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4
aspek Pertama: PembangunanModal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar
celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu,
kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal
manusia dalam melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum
merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di
Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam
pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi
penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa
yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai
individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi
pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial.
Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah
diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam
pembentukan kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan
kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan
pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti
sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang
dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa
dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan
kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke
arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga
dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangan dan
visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna (Fry, H.,
Ketteridge, S., & Marshall, S., 2003).
Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan
dan perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik,
sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan
tempatan dan antarabangsa.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
memberikan maksud transformasi sebagai perubahan bentuk (sifat,
rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa
maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic
berdasarkan kurikulum persekolahansedia ada dengan mengambil kira
keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum :
struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran ,
bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Pendidikan diMalaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Koh, B.
B.,1992). Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi
kehendak dan matlamat pembangunan manusia dan Negara.
BAB 2
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
2.1PengenalanDalam masyarakat moden, proses pengajaran dan
pembelajaran diuruskan dengan cara yang lebih sistematik
terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses
pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan
tidak mungkin dapat dilaksanakan. Pembelajaran yang berkesan
merupakan satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta
optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen
pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan
kepada murid dan ia mula diperkenalkan di sekolah-sekolah bestari.
Namun begitu, guru tetap memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan pendidikan dalam sesebuah sekolah. Kualiti
pendidikan banyak bergantung kepada kualiti guru kerana guru yang
baik boleh membuatkan pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid
yang mengikutinya. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, seorang
guru sepatutnya mempunyai kemahiran, kebolehan dan sikap yang baik
sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Proses pengajaran dan
pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan interaksi guru
dengan murid. Berkesannya pengajaran guru bergantung kepada
bagaimana guru dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah
pembelajaran murid. Terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi mutu
pengajaran guru. Antaranya ialah pengetahuan dan ilmu yang dimiliki
oleh guru, kaedah yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan personaliti guru. Aspek-aspek ini mestilah
dikenalpasti dan difahami dalam membuat penilaian tentang
pengajaran dan pembelajaran guru.
2.2Guru Yang BerkesanSebagai individu yang bertanggungjawab
merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, profesion
sebagai guru ialah satu kerjaya yang amat mencabar. Tugas pendidik
secara umumnya ialah mendidik, iaitu berusaha mengembangkan seluruh
potensi murid sama ada potensi psikomotor, kognitif atau afektif.
Guru dalam masyarakat perlu menjadi role model yang dicontohi dan
bukan sekadar seorang pekerja yang hanya dibayar gaji sahaja.
Masyarakat umumnya telah menganggap institusi pendidikan seperti
sekolah sebagai institusi untuk melahirkan manusia yang lengkap
dengan penguasaan terhadap potensi kognitif, psikomotor dan afektif
tanpa menghiraukan peranan mereka dalam arus pendidikan itu
sendiri. Tugas mendidik pada masa kini telah hampir diserahkan
sepenuhnya kepada guru-guru dan institusi pendidikan semata-mata
tanpa penglibatan aktif masyarakat dan ibu bapa. Maka peranan
guru-guru semakin mencabar kerana mereka bukan sekadar menyampaikan
ilmu, tetapi mendidik dan membangunkan diri pelajar. Guru dalam
sistem pendidikan mestilah memenuhi segala tuntutan sebagai role
model kepada masyarakat, sebagai ejen perubahan di dalam masyarakat
melalui sistem pendidikan yang ada, sama ada secara pendidikan
formal ataupun tidak formal.Abdullah Ishak (1989) pula menyatakan
untuk keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan
pendidikan, guru atau pendidik perlulah memiliki sifat-sifat
keperibadian yang unggul, ketokohan dan perwatakan yang sempurna.
Kaedah pengajaran juga mempengaruhi ciri guru yang baik. Teknik
mengajar yang berkesan ialah apabila murid mudah menerima,
menghayati dan boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam suasana
kehidupan seharian. Keberkesanan pengajaran guru banyak
dihubungkaitkan dengan konsep guru itu sebagai agen pemangkin dalam
pertumbuhan dan perkembangan murid, fasilitator dalam pembelajaran
murid, penggerak kepada usaha murid, pembimbing dan model,
pembelajaran dan pembuat keputusan dalam pengunaan peluang yang ada
untuk kebajikan murid (Ab. Halim, 2005) menyatakan bahawa proses
pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi yang berkesan antara
guru dan murid dan juga dihubungkaitkan dengan aspek bimbingan dan
kaunseling. Daripada segi peribadi, guru mestilah peramah serta
mudah dihampiri. Individu seperti ini akan didekati oleh para murid
sekiranya mereka mempunyai masalah. Dengan cara ini, guru dapat
berperanan sebagai kaunselor. (Ee Ah Meng, 1998). Terdapat lima (5)
aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran
(2000) iaitu: a) Kecemerlangan peribadiGuru berkualiti adalah guru
yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya. Guru
mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagi menjana
lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Di antara
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan ciri-ciri
kecemerlangan diri ialah meningkatkan kualiti pendidikan dengan
melaksanakan 8M iaitu menghayati visi negara dan misi KPM,
memantapkan penguasaan ilmu, membudayakan kerja cemerlang,
mewujudkan sistem pemantauan berkesan, menyumbang tenaga dan
kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga tingkah laku dan
muhasabah diri.
b) Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran.Guru sebagai barisan
hadapan perlaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam
keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem
pendidikan negara. Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan
dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah
pembelajaran dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti
pengajaran guru. Ini amatlah penting agar P&P guru tidak
dilihat sebagai ketinggalan zaman oleh para pelajarnya.
c) Kecemerlangan komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang
amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama
dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: Kecekapan
berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan
memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat
sekolah atau institusi pendidikan.
d) Kecemerlangan potensiKeberkesanan sumbangan terhadap kejayaan
sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu
seperti kursus-kursus profesional, seminar dan bengkel. Sentiasa
berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan
penyelidikan.
e) Personaliti unggul personaliti ialah perwatakan dan
tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang
boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti
unggul . Menurut penyelidik (Md. Nasir Masran, 2000) tiga (3)
sahaja ciri-ciri iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki
oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita pada masa
kini.
2.3Pengertian Dan Konsep PengajaranKoh Boh Boon (1992)
menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang
ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang
berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang
berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar
kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini
melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik
darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga
merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada
para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti
pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan
mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk
melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.
Menurut Shababudin et al. (2003) pengajaran dirancang oleh guru
secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang
bersesuaian dalam mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya
proses belajar. Melalui penyelidikan, pengembangan ilmu, pemantapan
kemahiran dan rujukan kepada amalan profesional yang berkaitan
mampu memberi penambahbaikan dalam pengajaran secara berterusan.
Pengajaran merangkumi proses merekabentuk kurikulum, penyampaian
kurikulum dan sistem penilaian pelajar. Terdapat dua persepktif
terhadap ilmu mengenai pengajaran iaitu perspektif objektivis dan
perspektif konstruktivitis.
2.3.1 Perspektif objektivis Mengikut perspektif ini, pengajaran
atau penguasaan sesuatu set ilmu atau kemahiran adakah berasaskan
penguasaan terhadap satu item dari set tersebut. Peranan atau
tanggungjawab pengajar ialah mengenalpasti satu item yang mewakili
set tersebut dan memastikan bahawa setiap pelajar menguasai
kemahiran yang tinggi terhadap item tersebut. Kejayaan melaksanakan
item ini memberikan dua manfaat kepada pelajar, iaitu pelajar
mendapat satu kemahiran seperti yang diajar dan satu set keupayaan
terbitan dari kemahiran tersebut. Setelah berjaya dengan sesuatu
item, pelajar kini boleh mengajarkannya seperti yang telah
dipelajari atau mengkritik dan memperbaikinya. Menurut perspektif
ini, penilaian pencapaian adalah berdasarkan penguasaan item-item
yang diajar.
Tugas pengajar ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu
set dan memastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka
kurikulum yang dibentuk adalah berkisar di dalam penentuan
item-item yang mewakili set-set ilmu tersebut. Kaedah pengajaran
yang digunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan
definisi, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan
penerokaan.
Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu
pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif, iaitu boleh diajar dalam
bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum
atau bergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap.
Cebisan-cebisan ini boleh disusun mengikut hierarki atau secara
linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat
yang menjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema
yang menjelaskan bagaimana sesuatu struktur pengetahuan dibentuk.
Proses-proses mental yang menjadi tumpuan ialah proses-proses
penambahan (accretion), penghalusan (tuning) dan pembinaan semula
(reconstruction).
Menurut teori skema, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari
pengetahuan deklaratif (jenis fakta) , pengetahuan prosedur (jenis
rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini
boleh diajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan,
penghalusan dan pembinaan semula. Juga, pelbagai pengetahuan
prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang
terkumpul, dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari
pengetahuan prosedur yang terkumpul di dalam struktur pengetahuan.
Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang
dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori, seperti penggunaan
kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh,
simulasi, mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu
produk dan objektif pengajaran ialah penguasaan ilmu pengetahuan
seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialah
penggunaan strategi-strategi pembelajaran.
Jadual 2.1 menunjukkan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam
perspektif objektivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan setiap
satu teori.
Jadual 2.1Jenis- jenis teori Perspektif Objektivis dan
PengasasnyaTeoriPengasasPengasas / modelFokus/ objektif PdP
BehaviourismePavlovThondike, Skinner SkinnerPenguasaan isi
pelajaran melalui proses pelaziman dan motivasi ekstrintsik
Sibernetik LandaPenguasaan kemahiran dan pengetahuan prosedur
melalui pengabungan dan sub prosedur
KognitifAusubel Gagne, Flavell, MayerAusubel Gagne, Keller,
BloomPenguasaan isi pelajaran melalui pencetusan proses mental
seperti skema dan metakognisi.
2.3.2 Perspektif KonstruktivisPerspektif konstruktivis pula
adalah berasaskan perkara-perkara berikut: Melihat pelajar sebagai
pembina ilmu Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap
berfikir Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah
batu loncatanuntuk mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi Isi
pelajaran ini ditinggalkan selepas kepakaran diperolehi
Jadual 2.2 menunjukkan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam
perspektif konstruktivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan
setiap satu teori.
Jadual 2.2Jenis- jenis teori Perspektif Konstruktivis dan
PengasasnyaTeoriPengasasPengasas / modelFokus/ objektif PdP
Pembangguunan mentalPiaget,Gardner Lawson, Collins, Steven,
Bruner, Taba Kemahiran pentaakulan pemikiran aras tinggi
berdasarkan logik pembangunan pelbagai kecerdasan
HumanisRogersRogers Pembelajaran bermakna
Pembelajaran sosial VygotskySpiro, ThelenKemahiran pentaakulan
pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan, pembelajaran
koperatif/kalobratif dan lain-lain.
Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu
kepada proses-proses pembinaan ilmu pengetahuan. Di dalam pandangan
ini, strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah
berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran
berasaskan masalah (PBL), perantisan dan lawatan sambil belajar.
Guru pula berperanan menjadi penyemak kepada proses pemikiran yang
digunakan dan kepada rumusan yang diperolehi .
Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah
bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar secara induktif
melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku
fenomena tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan
rumusan/teori tentatif dan kemudian diuji aplikasi atau
kebenarannya melalui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau
teori yang dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah
jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebih kuat. Oleh kerana
ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan
proses-proses induktif dan deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang
diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalam tiap tahap
proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam
perspektif ini, ilmu pengetahuan serta prosedur-prosedur
melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping) dan
dibuka semula (unzipping) mengikut keperluan. Di dalam perspektif
konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah
berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran
berasaskan masalah (PBL), perantisan dan lawatan sambil belajar.
Guru menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates
(penyoalan) yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori
berikut:
Memilih contoh-contoh positif dan negatif Memilih contoh yang
berlawanan (Counterexamples) Menjana kes-kes Hipotetikal
Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif Mengesan sebab-akibat /
implikasi suatu kontradiksi Mempertikai authoriti.2.4 Pengertian
dan Konsep PembelajaranSecara umumnya, learning is about how we
perceive and understand the world, about making meaning (Marton
& Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003), dan oleh itu
pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,
pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea,
perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali
sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003).
Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam
perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu
pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Oleh sebab skop
pembelajaran sangat luas, beberapa klasifikasi domain telah
dikemukakan. Klasifikasi yang paling biasa ialah kepada domain
kognitif, afektif, dan psikomotor. Domain kognitif merujuk kepada
pembelajaran yang melibatkan pemikiran dan minda, domain afektif
merujuk kepada pembelajaran berhubung dengan perasaan dan emosi,
sementara domain psikomotor merujuk kepada segala pembelajaran yang
melibatkan penggunaan anggota fizikal badanFry et al. (2003)
berpendapat pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat,
fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu
idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali
sesuatu dan penaakulan. Oleh itu pembelajaran telah berlaku apabila
terdapat perubahan pada tingkahlaku pelajar setelah melalui
pengalaman pendidikan.Pembelajaran adalah proses interaksi pelajar
dan guru agar berlaku proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau
penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan
pelajar. Pembelajaran seharusnya menghasilkan perubahan yang kekal
hasil daripada penglibatanya dalam sesuatu pengalaman pendidikan.
Skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif(pemikiran
dan minda), afektif perasaan dan emosi, psikomotor (fizikal).
Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila
masa. Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran
yang formal. Namun secara lazimnya penjagaran yang baik dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Dalam situasi tertentu
pembelajaran tetap memerlukan proses pengajaran.
2.4.1Teori dan Model Pembelajaran
Pelbagai teori dan model pembelajaran pernah dikemukakan tetapi
bahagian ini hanya membincangkan beberapa teori dan model yang
terkemuka sahaja, khususnya yang mempunyai implikasi praktikal
terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
a) Konstruktivisme (constructivism)Daripada premis asas bahawa
semua pengetahuan dibina oleh individu (all knowledge is
constructed), teori ini menekankan the notion of continuous
building and amending of previous structures, or schemata, as new
experience, actions and knowledge are assimilated and accommodated
(Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran melibatkan proses
transformasi individu, iaitu individu secara aktifnya membina
pengetahuan (people actively construct their knowledge). Oleh sebab
konstruktivisme mencadangkan individu belajar secara menyesuaikan,
menambah kepada, dan menggantikan pemahaman dan pengetahuan baru
kepada pemahaman dan pengetahuan lama, guru perlu sedar bahawa
pelajar jarang atau tidak pernah datang dengan minda yang kosong
(walaupun pengetahuan dan pemahaman sedia ada yang berkaitan itu
silap). Pembelajaran tidak berlaku tanpa perubahan atau tambahan
kepada pengetahuan sedia ada. Perkara ini bermakna guru perlu
mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar semasa merancang dan
menjalankan pengajaran. Selalunya, pembelajaran difikirkan dari
segi penambahan lebih banyak pengetahuan sedangkan guru patut juga
memikirkan bagaimana hendak membawa perubahan atau transformasi
kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
b) BehaviourismeFahaman alternatif, malah yang lebih dahulu
muncul ialah behaviourisme. Teori ini sangat dominan dalam tahun
1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme
dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning
melalui dogsalivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh
air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan
Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan
pengikut behaviorisme menggunakan binatang (Skinner misalnya
menggunakan burung merpati) yang memfokus kepada perlakuan
refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli)
tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran
tanpa merujuk kepada proses kognitif. Aspek penting teori
behaviourisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat
sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran
dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya
adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong
yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan.
Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.
Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan
objektif). Implikasinya, peranan guru adalah dominan.
(c) Pembelajaran Berasaskan PengalamanSatu lagi perspektif
tentang pembelajaran ialah apa yang dinamakan pembelajaran
berasaskan pengalaman (experiential learning). Idea ini penting
kerana ia mendasari banyak pendekatan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dibincangkan dalam modul ini seperti pembelajaran
praktikal (melalui kerja makmal, praktikum, dan latihan industri)
dan pelbagai jenis pengajaran dalam kumpulan kecil. Teori
pembelajaran berasaskan pengalaman yang paling popular ialah yang
dikemukakan oleh Kolb pada tahun 1984. Pembelajaran berasaskan
pengalaman atau belajar dengan melakukan sesuatu (learning by
doing) adalah berasaskan tanggapan bahawa pemahaman yang individu
miliki bukanlah elemen pemikiran yang tetap atau tidak berubah
tetapi sebaliknya dibentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman.
Juga, merupakan proses berterusan yang kerap digambarkan sebagai
pusingan seperti yang jelas dalam Pusingan Pembelajaran Kolb (Kolb
Learning Cycle) yang mengenal pasti empat jenis keupayaan bagi
kejayaan pembelajaran, iaitu: pengalaman konkrit (concrete
experience - CE), pemerhatian reflektif (reflective observation
RO), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization - AC), dan
percubaan aktif (active experimentation - AE).
Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah
pertama sekali, pelajar perlu mendapat peluang untuk terlibat
sepenuhnya dan dengan bebasnya dalam pengalaman baru (CE). Kedua,
mereka mesti mempunyai masa dan ruang untuk membuat refleksi (RO)
tentang pengalaman mereka daripada pelbagai perspektif. Elemen ini
sangat dipengaruhi oleh maklum balas daripada orang lain. Ketiga,
pelajar mestilah boleh membentuk dan membentuk semula, memproses
idea, menjadikannya milik sendiri dan menyepadukan idea baru mereka
menjadi teori yang logical (AC). Elemen ini membawa kepada perkara
keempat (AE), iaitu menggunakan teori untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah, dan menguji implikasinya dalam situasi baru.
Kesemua ini menghasilkan bahan untuk titik permulaan dalam pusingan
yang lagi satu, iaitu pengalaman konkrit sekali lagi. Oleh itu,
pusingan pengalaman tidak sahaja melibatkan melakukan sesuatu,
tetapi juga, membuat refleksi, memproses, berfikir dan
memahami.
(d) Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences)Teori pelbagai
kecerdasan (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard
Gardner (seorang profesor pendidikan di Harvard University) dalam
tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang
kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah
terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan
yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia,
iaitu:
kecerdasan verbal/linguistik kecerdasan logikal/matematik
kecerdasan visual/ruang (spatial) kecerdasan kinestetik kecerdasan
muzikal/irama kecerdasan interpersonal kecerdasan intrapersonal
kecerdasan naturalis
Implikasi teori ini adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran,
namun seperti yang dinyatakan oleh Gardner, sekolah dan budaya kita
memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistik dan
logikal-matematik sahaja. Oleh itu, teori ini mencadangkan
transformasi secara besar-besaran dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran pada mana-mana peringkat. Teori ini menyediakan lapan
potensi laluan pembelajaran yang berbeza (eight different potential
pathways to learning). Jika seseorang guru mengalami kesukaran
untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara lebih tradisional
iaitu secara linguistik atau logikal, teori ini mencadangkan
pelbagai cara lain untuk membentangkan bahan pengajaran bagi
memudahcarakan pembelajaran berkesan.
2.5 Pengajaran dan Pembelajaran BerkesanPengajaran dan
pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspek kecemerlangan
akademik tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diri
pelajar. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan
yang terancang, strategik dan berterusan. Tun Dr. Mahathir Mohamad
berkata sumber yang paling utama bagi sesebuah negara selain sumber
asli ialah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya
sendiri. Kekuatan murid jauh lebih hebat dan berharga berbanding
sumber alam yang ada. Maka pendidikan yang berkualiti mampu
melahirkan pelajar yang berdaya saing dengan cirti peribadi yang
unggul dalam menangani cabaran negara dan arus globalisasi. Menurut
Sharifah Alwiah Alsagoff, (1987) dalam memperkasakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah beberapa langkah perlu diambil
tindakan iaitu :-a) Menilai atau membuat refleksi pengajaran dengan
meneliti kelemahan dan kekuatan proses pengajaran yang diamalkan.b)
Memahami selera pelanggan iaitu pelajar pada masa kini. Guru perlu
mengkaji sejauh mana pendekatan, bahan serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan serasi dan digemari pelajarc) Peka
kepada perkembangan teknologi pendidikan semasa sperti penggunaan
ICT dalam pengajaran.d) Peka terhadap keperluan pasaran buruh masa
kini dengan menyampaikan maklumat pengajaran yang releven dengan
dunia kehidupan, pekerjaan dan realiti masyarakat.e) Memeriksa
keupayaan dan keperluan diri sebagai profesional guru untuk
menerima serta melakukan perubahan paradigma selaras dengan
keperluan semasa.Ramsden (1992) mengenal pasti enam prinsip utama
pengajaran berkesan iaitu yang dapat menghasilkan suasana
pembelajaran positif.
Pinsip 1: Minat dan penjelasan Guru mesti berupaya memberi
huraian yang jelas tentang isi kandungan. Malah, lebih penting lagi
adalah keupayaan menjadikan isi kandungan menarik sehingga pelajar
merasa seronok mempelajarinya. Apabila pelajar berminat terhadap
sesuatu subjek, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Ini
merupakan ciri penting pendekatan mendalam dalam pembelajaran.
Prinsip 2: Keprihatinan dan hormat terhadap pelajar dan
pembelajaran pelajarKajian-kajian tentang pendidikan tinggi seperti
meta-analisis terhadap penilaian pelajar menegaskan kepentingan
menghormati dan memberi pertimbangan kepada pelajar dalam
menghasilkan pembelajaran berkesan.
Prinsip 3: Penilaian dan maklum balas yang sesuai Memberi maklum
balas terhadap kerja-kerja pelajar adalah juga penting. Kajian
mendapati pelajar kerap mengenal pasti aspek ini sebagai ciri guru
yang bagus.
Prinsip 4: Matlamat yang jelas dan mencabar intelek Pengajaran
berkesan peringkat sekolah telah mengenal pasti kepentingan guru
mempunyai jangkaan akademik yang tinggi bagi menghasilkan
pencapaian pelajar yang tinggi. Oleh sebab prinsip ini boleh
diaplikasikan dengan guru perlulah mengemukakan tugasan dan soalan
yang mencabar intelek pelajar.
Prinsip 5: Kebebasan, kawalan, dan penglibatan aktif
Pembelajaran berkualiti tinggi bermakna pelajar terlibat secara
aktif, mempunyai pilihan terhadap cara mereka belajar dan mempunyai
kawalan terhadap aspek yang dipelajari.
Prinsip 6: Belajar daripada pelajar Guru yang bagus adalah yang
sentiasa sanggup menerima dan melakukan perubahan. Ini termasuklah
kesanggupan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran kepada pelajar
dan mengubahsuai pengajaran berdasarkannya. Untuk itu guru perlu
menyediakan peluang bagi pelajar untuk memberikan maklum balas
berhubung dengan pembelajaran mereka. Contohnya, guru boleh
bertanya pendapat pelajar dan meneliti hasil pembelajaran
mereka.
Bagi memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan, persediaan
pengajaran dari segi bahan, alat bantu ataupun strategi penyampaian
perlu mengambil kira aspek gaya pembelajaran pelajar. Menurut
Rodzli Hashim, (2010), berdasarkan Dunn & Dunn, gaya
pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh lima perkara iaitu
persekitaran, emosi, sosial, fizikal dan psikologi Persekitaran
merujuk keperluan bilik darjah yang kondusif untuk belajar. Guru
perlu memastikan keadaan cahaya, suhu, bunyi dan susun atur tempat
yang sempurna bagi memastikan suasana pembelajaran yang selesa.
Emosi perlu sebagai motivasi pembelajaran serta masa pengajaran dan
tempoh masa pengajaran akan mempengaruhi emosi pelajar. Dari segi
sosial pula, kadangkala terdapat pelajar yang sesuai belajar
bersendirian dan ada juga yang suka secara berkumpulan. Guru perlu
bijak mengenal gaya pembelajaran untuk disesuaikan dengan
pengajarannya. Fizikal dan psikologi pula melibatkan kefahaman
murid dalam memahami sesuatu perkara. Murid memahami benda yang
nyata dan tertarik sesuatu benda yang bergerak dan kadangkala
menguasai sesuatu fakta walaupun abstrak.
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani
Hamzah & Mokhtar Nawawi.(2011). Suasana fizikal bilik darjah
adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Pengurusan
bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Ia merupakan
proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Seorang guru
perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan
dalam menghadapi tingkah laku murid Suasana fizikal bilik darjah
perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk
perlu disusun, papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan
rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik
darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan
pembelajaran secara umum
Kajian Fry et al., (2003), menunjukkan jenaka dalam bilik darjah
membantu berlakunya interaksi guru-murid dengan lebih lancar untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran. Perbuatan ini tidak
memerlukan seorang ahli lawak jenaka yang profesional. Jenaka boleh
membantu pelajar menambahkan kemahiran komunikasi dan boleh
membantu murid yang bersifat pemalu untuk berinteraksi. Ia juga
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
mudah dan menyarankan supaya jenaka digunakan dengan sebaik mungkin
kerana beliau mendapati Dalam pengajaran bahasa Inggeris,
penggunaan teks yang mempunyai unsur jenaka dalam penulisan dapat
membantu memperbaiki kemahiran menulis dengan efektif, selain dapat
menggalakkan pemikiran kritis dan menambahkan ekspresi dalam
penulisan.
Menurut Shahril @ Charil Marzuki, (2004) dalam kajiannya iaitu
Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di beberapa Sekolah
Menengah di Malaysia menunjukkan bahawa model amalan pengajaran
berkesan Slavin (1994) telah digunakan oleh kebanyakan guru-guru
yang dikaji di beberapa sekolah menengah di Wilayah Pesekutuan dan
Selangor, Malaysia. Kajian ini adalah berasaskan model pengajaran
berkesan (instructional effectiveness) yang dikemukakan oleh Slavin
(1987,1994). Model awal tentang amalan pengajaran guru yang
berkesan telah dikemukakan oleh Carroll (1963, 1989).
Mengikut Caroll (1963) dalam Shahril @ Charil Marzuki, (2004),
pengajaran yang berkesan di pengaruhi oleh lima faktor, iaitu sikap
(attitude), kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to
understand), ketekunan (perseverance), peluang (opportunity) dan
pengajaran yang berkualiti (Quality of instruction). Mengikut
Carroll lagi, jika sikap pelajar terhadap pelajaran adalah tinggi,
ia mudah untuk memahami pengajaran. Oleh itu, pelajar akan tekun
belajar serta mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran.Di
samping itu juga, pengajaran guru yang baik memudahkan proses
pembelajaran pelajar.
Walau bagaimanapun, model Carroll ini mempunyai kelemahannya.
Terdapat faktor-faktor yang dikawal oleh guru dan pelajar yang
menyebabkan pengajaran tidak berkesan. Faktor di bawah kawalan guru
ialah kualiti pengajaran dan cukup peluang masa untuk pembelajaran.
Manakala sikap, kebolehan untuk memahami pengajaran dan ketekunan
untuk belajar pula di bawah kawalan pelajar. Oleh itu, kedua-dua
aspek di bawah kawalan guru dan pelajar mesti seiring bagi
menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran. Disebabkan kelemahan
model Carroll ini, maka Slavin (1987, 1994) dalam Shahril @ Charil
Marzuki, (2004) telah membina model pengajaran berkesan yang baru,
yang memberi penekanan hanya kepada faktor pengajaran guru sahaja.
Mengikut beliau, terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran
yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction),
kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction),
insentif (incentive) dan masa (time).
Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan
pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami,diingat
dan menyeronokkan pelajar. Oleh itu, guru perlu menyampaikan isi
pengajaran secara tersusun dan sistematik, menggunakan bahasa yang
jelas dan mudah, penerangannya yang jelas, dan memberi
contoh-contoh yang berkaitan, penekanan kepada isi-isi penting dan
pelajaran itu cuba di kaitkan pula dengan pengetahuan dan
pengalaman pelajar yang lalu dan yang sedia dan menggunakan alat
bantu mengajar (ABM) bagi membantu menerangkan sesuatu konsep.
Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi
kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru
perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.
Aras pengajaran yang sesuai bermaksud tahap pengajaran perlu
sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Sekiranya aras
pengajaran guru tinggi, maka pelajar yang lemah tidak dapat
mengikutinya. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran
mereka. Sekiranya aras pengajaran itu rendah pula, pelajar-pelajar
yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru.
Hal ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru menumpukan
lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk
mengatasi masalah ini ialah guru perlu mengasingkan kedua-dua
kumpulan pelajar ini berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu
kemahiran. Tindakan ini wajar supaya kedua-dua kumpulan pelajar
mendapat manfaat.
Slavin (1989) yang dirujuk oleh Shahril @ Charil Marzuki, (2004)
menyatakan bahawa guru juga boleh mengadakan pengajaran secara
individu namun pengajaran secara individu tidak dapat menunjukkan
kesan yang positif terhadap pencapaian. Satu cara
pengajaranpembelajaran yang berkesan ialah melalui pembelajaran
secara koperatif (cooperative learning group), yang mengumpulkan
pelajar yang lemah bersama pelajar yang pandai, dan pelajar yang
cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam kumpulannya. Dengan
itu, guru akan dapat mengajar dan member tumpuan sepenuhnya kepada
pengajaran.
Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada
pelajar supaya terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi
oleh guru. Slavin (1994) di dalam Shahril @ Charil Marzuki, (2004)
menyatakan bahawa terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi
kepada pelajar supaya terus belajar Pertama, guru perlu menyediakan
pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar
dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan Alat Bantu Mengajar
(ABM). Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan
cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat
menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar
yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.
Masa pengajaran-pembelajaran bermaksud masa yang mencukupi untuk
pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Biasanya,
pengajaran guru d pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang
diperuntukkan (allocated time) oleh pihak sekolah kepada guru-guru
untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (timeon-task)
atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk
mengajar dan masa yang pelajar gunakan untuk belajar bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran. Kajian oleh The
Beginning Teacher Evaluation Study (1998) yang dirujuk oleh Shahril
@ Charil Marzuki, (2004) menunjukkan masa yang di peruntukan kepada
sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian
pelajar apabila masa itu diukur pada peringkat kelas Kajian tentang
engaged time atau time-on-task menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di dalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
2.6 Kajian-kajian LepasBerdasarkan kajian Azizi Yahaya dan
Rosnani Mohd Nor, (2010) yang mengkaji keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru mata pelajaran Teknikal mendapati
para pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran guru dari aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru terhadap mata pelajaran teknikal. Terdapat hubungan
yang signifikan di antara umur dan pengalaman mengajar guru dengan
3 aspek yang dikaji manakala tidak terdapat perbezaan di antara
taraf pendidikan guru dengan 3 aspek yang dikaji. Kajian juga
mencadangkan agar para guru terus berusaha untuk meningkatkan
kualiti perguruan demi pembangunan sejagat.
Berdasarkan kajian amalan pengajaran yang berkesan oleh Shahril
@ Charil Marzuki, (2004) beliau mencadangkan dalam meningkatkan
keberkesanan amalan pengajaran guru supaya kecemerlangan akademik
pelajar meningkat adalah seperti berikut:
i. Guru rnesti rnerancang pengajaran terlebih dahulu,
pelbagaikan kaedah pengajaran, gunakan ABM, dan kaitkan isi
pelajaran baru dengan pengalarnan pelajar.ii. Guru perlu
rnernastikan ketepatan isi pelajaran, dan rnenyarnpaikan isi
pelajaran secara sisternatik, jelas dan rnudah difahamiiii.
Pengajaran guru rnesti rnenarik rninat dan menyeronokkan pelajar
supaya akan terus belajariv. Guru apabila rnengajar perlu
rnenggunakan pelbagai kernahiran berfikir seperti menganalisis,
sintisis dan rnencerakin dan lain lagi.v. Guru perlu banyak memberi
latihan dan kerja rumah kepada pelajarvi. Guru perlu mengajar
mengikut aras kebolehan pelajar.vii. Guru perlu meletakkan harapan
yang tinggi terhadap pencapaian pelajar dan memberi semangat kepada
pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh.viii. Guru perlu
memastikan ketepatan fakta dan mempunyai pengetahuan yang terkini
mengenai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar dan
penguasaan bahan yang berkaitan.
Abdul Jamir Md Saad, Ab. Halim dan Adawiyah ,(2012) rumuskan
bahawa pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan Islam bergantung
kepada sejauh mana kejayaan guru mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan juga bergantung kepada kebijaksanaan
guru memilih dan membuat perancangan yang baik sebelum pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Kegagalan guru melaksanakan
perkara-perkara ini akan meyebabkan pengajaran subjek Pendidikan
islam akan menjadi tidak menarik dan membosankan. P&P yang
menarik akan menghasilkan pengajaran yang berkesan dan dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dari sudut pengetahuan, kemahiran
serta penghayatan pelajar ke arah yang lebih baik. Justeru beberapa
kaedah pembelajaran aktif yang dikemukakan berpotensi untuk
diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam untuk mewujudkan
pembelajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah-kaedah ini juga
diharapkan dapat menjadi alternatif bagi mengatasi masalah
kebosanan dalam pembelajaran Pendidikan Islam.
Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian
multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu
alternatif selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia
adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya
pada pelajar di samping memotivasikan mereka. Bahan pengajaran
seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru
tetapi boleh digunakan sebagai satu cara menarik minat pelajar
untuk belajar dengan lebih baik. Kaedah pengajaran tradisional
chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah
mengajar menggunakan peralatan ICT. Teknologi maklumat menyediakan
peluang kepada golongan guru sekolah untuk mempelajari sesuatu
perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah
kekangan menghabiskan sukatan, sikap negatif guru, kekurangan
kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber
kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT
dapat digunakan dengan sepenuhya di sekolah. Bagi melaksanakan
pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan
melaksanakannya di sekolah.(Saridah Hussien, 2006)
Menurut Peter Westwood, (1996) dalam kajiannya Effective
Teaching, tanggungjawab utama seorang guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran. Keberkesanan guru memberi panduan yang sangat baik
untuk melakukan tugas mengajar dengan baik. Pengajaran Berkesan
(hasil, kejelasan, perkaitan dan semangat) membantu dalam membawa
melahirkan pelajar yang berpotensi. Prinsip-prinsip yang, apabila
dilaksanakan secara sistematik, boleh meningkatkan pembelajaran
pelajar dan boleh digunakan sebagai penilaian untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru. Pengajaran berkesan harus dijadikan
senjata kepada pendidikan yang buruk. Oleh itu, jika guru sebagai
seorang penyokong pelajar yang tidak mahu berjudi dengan amalan
pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan maka guru perlu
beperanan untuk menwujudkan pengajaran yang berkualiti untuk
mecapai hasrat itu.
Manakala Ruilin Lin et al. (2010) yang meneroka hubungan antara
kualiti guru dan keberkesanan pengajaran yang dilihat oleh
pelajar-pelajar dari Sekolah Vokasional Perindustrian Tinggi di
Taiwan. Kesimpulannya mendapati syarat-syarat kualiti guru dan
keberkesanan pengajaran dilihat oleh pelajar-pelajar adalah
positif. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa guru memeriksa sama
ada strategi pengajaran mereka sendiri telah memenuhi keperluan
yang berkualiti tinggi melalui sistem prestasi guru untuk memahami
"tingkah laku mengajar" mereka dan meningkatkan "keberkesanan
pengajaran. Guru perlu meningkatkan interaksi antara guru dengan
pelajar . Didapati interaksi pelajar dengan pelajar dari
sekolah-sekolah swasta adalah lebih baik daripada pelajar daripada
sekolah biasa. Oleh itu dicadangkan melalui aktiviti sekolah awam,
guru boleh belajar daripada kerja sama antara satu sama lain,
bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman, dalam memperbaiki
kualiti guru dan keberkesanan pengajaran. Memberi perhatian yang
lebih kepada pelajar perempuan adalah dicadangkan bahawa guru-guru
perlu memberi perhatian lebih reaksi pembelajaran pelajar perempuan
dengan memberikan mereka bantuan tepat pada masanya untuk
memberikan persepsi pembelajaran yang lebih baik. Guru lelaki perlu
meningkatkan kecekapan profesional. Kualiti guru-guru wanita
keberkesanan pengajaran " adalah lebih baik daripada guru-guru
lelaki dan dicadangkan bahawa guru lelaki harus cuba untuk
meningkatkan dalaman bidang-bidang profesional mereka, untuk
mencapai yang lebih tinggi dalam keberkesanan pengajaran.
Azizi Yahaya dan Syazwani Abdul Razak (2008) mencadangkan
beberapa perkara bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimumkan gaya pembelajaran
pelajar. Cadangan yang telah dikenal pasti untuk tindakan
pihak-pihak yang terlibat ialah:
a) Gaya pembelajaran visualGuru perlu memainkan peranan bagi
menarik minat pelajar mempelajari gaya pembelajaran ini kerana
kajian mendapati gaya pembelajaran visual adalah gaya pembelajaran
yang paling kurang diminati pelajar. Guru harus perbanyakkan
pengajaran yang menggunakan peralatan berbentuk visual bagi
meningkatkan minat pelajar mempelajari gaya pembelajaran ini. Pihak
sekolah juga harus menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan
peralatan berbentuk visual di setiap bilik darjah bagi memudahkan
proses pengajaran guru. Dengan adanya kelengkapan tersebut,
diharapkan pelajar dapat meningkatkan minat dalam gaya pembelajaran
ini. Di rumah pula, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu
pelajar meningkatkan gaya pembelajaran ini dengan menyediakan
kemudahan dan peralatan berbentuk visual seperti komputer,
televisyen dan sebagainya.
b) Gaya pembelajaran auditori Guru perlu meningkatkan aktiviti
bercerita sebagai medium pembelajaran kerana didapati pelajar
cenderung untuk belajar melalui kaedah ini. Kemudahan-kemudahan
seperti pita perakam, radio dan penggunaan komputer haruslah
disediakan kepada pelajar untuk memanfaatkannya dalam gaya
pembelajaran tersebut. Pihak sekolah harus menyediakan kelengkapan
yang sepatutnya agar dapat menambahkan minat pelajar terhadap gaya
pembelajaran ini. c) Gaya pembelajaran kinestetik Pelajar dapat
mengamalkan gaya pembelajaran ini melalui aktiviti amali yang
dijalankan oleh guru. Oleh itu, guru haruslah mengajar melalui
aktiviti amali supaya gaya pembelajaran ini dapat diamalkan oleh
pelajar. Kelengkapan alatan untuk menjalankan amali haruslah
disediakan oleh pihak sekolah supaya pelajar dapat belajar melalui
gaya pembelajaran kinestetik ini dengan baik. Ini adalah kerana
gaya pembelajaran ini lebih kepada aktiviti yang melibatkan
pergerakan pelajar. Oleh itu kelengkapan amali dalam proses
pembelajaran haruslah mencukupi untuk pelajar menjalankan
aktiviti.
d) Kaedah pengajaran kuliah
Pelajar seharusnya diberi peluang dan dorongan untuk memberi
cadangan dan pendapat serta mengutarakan soalan-soalan kepada guru
berkaitan pengajaran yang disampaikan. Ini bagi memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada kaedah pengajaran guru khususnya
kaedah kuliah yang kurang diminati oleh pelajar. Guru boleh
meningkatkan minat pelajar untuk belajar melalui kaedah ini dengan
perbanyakkan aktiviti bercerita semasa di dalam kelas. Guru juga
boleh menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran untuk mengelakkan
kebosanan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah memilih
bakal guru yang mempunyaikeyakinan diri yang tinggi dan boleh
mengajar pelbagai jenis kaedah pengajaran secara fleksbel. Ini bagi
meningkatkan mutu pembelajaran pelajar serta kecemerlangan sesebuah
sekolah itu sendiri.
BAB 3
PEMBELAJARAN AKTIF
3.1 PengenalanProses pengajaran dan pembelajaran merupakan
elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi
kandungan subjek yang disampaikan (Lourdusamy, A. & Tan, S. K,
1992). Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu
proses pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses
pembelajaran murid-murid. Dalam aktiviti ini guru mempunyai
kemahiran yang baik dalam aspek berpantun. Proses pengajaran
melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
muridnya. Pengajarandirancangkan oleh guru secara sistematik dan
teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya
mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ini ditambah
lagi dengan adanya bahan media yang sesuai bagi mendekatkan pelajar
kepada konsep yang disampaikan oleh guru seperti penyediaan slide
show dan video berkaitan dengan pantun.
Penggunaan media melalui teknologi maklumat dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa
kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.
Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem
pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah
mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru
dan masyarakat umum diseantero dunia. Melalui kepesatan dan
perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga
turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan
kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan
media dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru
yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam
lapangan pendidikan.
Ledakan multimedia dalam dunia pendidikan tidak dinafikan
merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah
kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Tidak
ketinggalan, kemudahan peralatan multimedia terkini dan jaringan
internet yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan. Guru mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan
menggunakan power point. Guru juga boleh menggunakan teknik video
dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan,
bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar. Sebagai contoh,
apabila guru mengajar tajuk pantun, maka guru akan mencari
video-video pendek di internet melalui youtube.com dan memuat
turunkannya dengan menggunakan perisian Internet Download Manager
(IDM) bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan
pelajaran. Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka
guru telah masukkan nota-nota penting ke dalam blog
(albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan pelajar.
Robiah Sidin, (2002) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh
dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya
dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih
berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran
mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang
mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70%
dan melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil
pendekatan untuk menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini.
Melalui pemerhatian, guru dapati minat pelajar semakin
bertambahapabila guru mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
3.2 Pembelajaran AktifOtak tidak berfungsi seperti alat perakam
audio ataupun pita video. Maklumat yang masuk sentiasa disoal. Otak
tidak hanya menerima maklumat. Ia memproses maklumat itu.
Pembelajaran bukan hanya sekadar mencurahkan maklumat secara
automatik ke dalam minda pelajar. Ia memerlukan penglibatan mental
dan perbuatan pelajar itu sendiri. Penerangan dan tunjuk ajar
sahaja tidak akan membawa kepada pembelajaran yang sebenarnya dan
bersifat kekal (Mel Silberman, 2004).
Tileston (2004), menjelaskan jangka masa waktu pembelajaran
adalah jumlah masa yang diperlukan untuk memperoleh maklumat. Rajah
3.1, menunjukkan secara grafik bagaimana otak menerima maklumat,
memutuskan apa yang akan disimpan dan apa yang perlu dibuang, dan
bagaimana otak mendapatkan semula maklumat daripada ingatan jangka
panjang.
Rajah 3.1 Grafik Bagaimana Otak Menerima Maklumat
Menurut Mel Silberman penterjemahan Zainab Ahmad, (2004) teknik
perlu dirancang untuk membantu pelajar memperolehi pengetahuan,
kemahiran dan sikap secara pembelajaran aktif. Untuk mempelajari
sesuatu dengan baik, kita perlu mendengarnya, melihatnya,
menanyakan soalan tentangnya, dan membincangkannya dengan orang
lain. Yang paling pelajar perlu membuatnya cuba memahaminya sendiri
dan dapat memberikan contoh, mencuba kemahiran yang ada pada mereka
dan membuat tugasan yang bergantung pada pengetahuan yang telah
diperoleh atau harus diperolehi.
Terdapat banyak Alternatif yang diberikan untuk membolehkan
pelajar berfikir, merasa dan menerapkannya ke dalam pelajaran
mereka secara beransur-ansur. Antara alternatif itu termasuklah:
Pembelajaran kelas penuh: pengajaran dibimbing oleh guru yang
merangsang seluruh kelas. Pembincangan Kelas: dialog dan perdebatan
tentang isi penting. Menggalakkan pertanyaan: pelajar bertanya
untuk mendapatkan penjelasan. Pembelajaran semuafakat: tugasan yang
dibuat secara bekerjasama dalam kumpulan kecil pelajar. Pengajaran
oleh rakan sebaya: pengajaran yang dibimbing oleh pelajar.
Pembelajaran secara bebas: aktiviti pembelajaran yang dibuat oleh
individu. Pembelajaran afektif: aktiviti yang membantu pelajar
meneliti perasaan, nilai dan sikap mereka dan Membina Kemahiran:
mempelajari dan mengamalkan kemahiran, baik teknikal mahupun bukan
teknikal (Mel Silberman,2004).
McDonald, (1992) menyatakan bahawa pengajaran sebenarnya berlaku
di sekitar segitiga perhubungan dalam kalangan guru, pelajar, isi
kandungan; paksi segitiga ini sentiasa berubah. Beliau seterusnya
menggambarkan kekompleksan situasi bilik darjah dengan kata-kata:
What shall I teach amid all that should teach? (Chee Kim Mang,
2008).
(Mel Silberman, 2004) di dalam bukunya turut menyatakan dua
tokoh terkenal dalam pergerakkan pendidikan kerjasama, iaitu David
dan Roger Johnson, bersama-sama dengan Karl Smith, menegaskan
terdapat lima masalah yang dihadapi dalam pembelajaran yang terlalu
panjang: tumpuan pelajar merosot bagi setiap minit yang berlalu, ia
hanya menarik kepada pelajar auditori, ia cenderung menggalakkan
pembelajaran maklumat berdasarkan fakta yang rendah tahapnya, ia
mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada
kepantasan yang sama dan pelajar cenderung tidak menyukainya.
Selain itu, Mel Silberman (2004) turut menyatakan menambahkan
visual kepada pelajaran dapat menambahkan daya ingatan daripada 14
kepada 38 peratus. Kajian juga menunjukkan ada peningkatan sehingga
200 peratus apabila kosa kata diajar dengan menggunakan alat bantu
mengajar seperti video, muzik atau lagu. Tambahan pula, masa yang
diperlukan bagi mengemukakan sesuatu konsep dikurangkan sehingga 40
peratus apabila alat bantu pandang digunakan bagi menambah kesan
kepada penyampaian lisan. Gambar tidak dapat menceritakan seribu
perkataan, tetapi ia tiga kali ganda lebih berkesan berbanding
kata-kata.
3.3 Langkah-langkah Menyediakan Rancangan PengajaranRancangan
pengajaran adalah satu perancangan harian yang disediakan guru
untuk satu mata pelajaran yang mengandungi: maklumat tentang
pelajar, maklumat yang ingin dicapaikan, isi kandungan yang akan
disampaikan dan penentuan matlamat. Persediaan mengajar merupakan
rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan
semasa berhadapan dengan kelas.
Keperluan menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk
memberikan keyakinan kepada guru, membantu guru memikirkan perkara
yang akan diajar, kesukaran yang akan dihadapi, masalah
pembelajaran, kawalan disiplin dan motivasi pelajar.
Selain itu, memastikan guru merancang penggunaan media
pengajaran untuk memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan
dimasukkan. Rancangan pengajaran juga menjadi panduan untuk guru
mengikut jadual yang tetapkan untuk memastikan langkah yang disusun
mengikut urutan dan sebagai rekod pengajaran yang telah dan belum
diajar oleh guru.Antara langkah menyediakan rancangan pengajaran
ialah pertama: tulis tarikh semesta bermula dan berakhir, kedua:
tentukan hari-hari mata pelajaran diajar dan bilangan waktu dalam
seminggu, ketiga: tentukan bilangan waktu mengajar dalam setahun,
keempat: tentukan waktu mengajar bersih, kelima: bahagikan isi
pelajaran kepada tajuk kecil dan keenam:sediakan rancangan
pengajaran mengikut format (Mok,S.S, 2007).
BAB 4
RANCANGAN PEMBELAJARAN BERKESAN SUBJEK BAHASA MELAYU TAHUN 5
4.1 PengenalanPembelajaran yang berkesan memerlukan perancangan
yang lengkap untuk pelaksanaan kurikulum. Sebelum berlakunya proses
pengajaran guru perlu membuat persediaan Pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Oleh sebab itu, satu unit/ topik dalam
sukatan pelajaran yang telah kami pilih ialah Bahasa Melayu darjah
5 yang bertemakan Kesusasteraan (pantun) yang bertajuk buah-buahan
tempatan. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang
tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu
belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan
teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan
murid.
Hal yang demikian, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan
teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita,
permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat,
kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan
aktiviti di dalam kelas iaitu berasaskan Teori Konstruktivisme.
Teori Konstruktivisme ialah pengetahuan dibina sendiri oleh
murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu
seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis
pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap
pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang
ingin dipupuk (Mok, S.S., 2008).
4.2 Rancangan Pembelajaran Berkesan Subjek Bahasa Melayu Tahun
5
Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 5 Cerdas Tarikh: 3 April
2013Masa: 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)Bilangan Murid: 38
orangTema: Kesusasteraan (Pantun)Tajuk: Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/ Kemahiran :
Fokus Utama:1.2Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.
Aras 3:(i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu
perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.
Fokus Sampingan : 5.2Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.
Aras 2:(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
(i) Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara
bertatasusila.(ii) Membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi
kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang
sesuai.
Sistem Bahasa Tatabahasa- Kata adjektif, binaan ayat
lengkap.Kosa Kata- Kolek, menoreh
Pengisian Kurikulum Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatanNilai
Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional
Kemahiran bernilai tambahKemahiran berfikir - Menjana idea,
menghubung kait, menilai, mengenal pasti.Teori Kecerdasan Pelbagai
- Muzik Belajar Cara Belajar - Membaca mekanisBahan Bantu Mengajar
- Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.
Masa Isi pelajaranAktiviti pengajaran dan
pembelajaranCatatan
Set Induksi(5 minit)
Video lagu : Buah-buahan tempatan.Soalan Apakah yang ditunjukkan
dalam video?
- Buah apakah yang ditunjukkan?
- Di negara manakah kita boleh peroleh buah-buahan ini?1. Guru
menayangkan video lagu buah-buahan tempatan2. Murid memerhati
tayangan video buah-buahan tempatan.3. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang video.4. Murid meneka tajuk pelajaran.5. Guru
memberitahu tajuk pelajaran hari ini.Teknik :- Soal jawab
Nilai :- Kerjasama
BBM :
- video
Langkah 1(10 minit)SlaidPantun teka-teki bertajuk Kenali
Buah-buahan Tempatan.Teks pantunPantun teka-teki bertajuk Kenali
Buah-buahan Tempatan.1. Setiap kumpulan diberikan 1 teks pantun.2.
Guru membuat demonstrasi pembacaan pantun di hadapan kelas.3. Murid
diminta meneliti sebutan, intonasi dan gaya guru ketika guru
berpantun.4. Wakil setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan
menggunakan sebutan intonasi dan gaya yang betul.Teknik :- Tunjuk
cara
Nilai :- Kerjasama- Tekun
BBM :
- Slaid dan teks pantun teka-teki.
Langkah 2(15 minit)Teks pantunTeka teki bertajuk Kenali
Buah-buahan Tempatan.Soalan:- Apakah perkataan yang kamu tidak
faham dalam pantun rangkap (pertama, kedua, ketiga, keempat kelima
dan keenam)
- Perkataan:Belanga(periuk tanah)Meranduk(mengharungi)Paras(rupa
muka)Kolek (sampan kecil)
Jawapan pantun:
1. Rambutan2. Durian3. Nenas4. Manggis5. Kelapa6. betik
1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang
tidak difahami.2. Secara berkumpulan murid diminta menyenaraikan
nama buah-buahan yang tersirat di sebalik teka-teki, di atas
lembaran kerja yang disediakan.3. Murid diminta menyebut kembali
nama buah-buahan tersebut secara lisan.4. Guru memberikan jawapan
bagi pantun teka-teki yang diberikan. Teknik :- Soal jawab-
Perbincangan- sumbang saran
Nilai :- Kerjasama- Tekun
BBM :- Lembaran kerja, teks pantun, slaid
Langkah 3Kaedah improvisasi(15 minit)Pengajaran :Kata
adjektif.Contoh :- cantik- tajam- manis- merah- hitam
1. Guru menerangkan secara ringkas definisi kata adjektif.2.
Murid dikehendaki membaca secara berkumpulan definisi kata adjektif
secara kuat.3. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif
yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki. Kemudian menulis
kembali dalam kotak yang disediakan.4. Murid di minta melakonkan
satu lakonan dari kata adjektif yang di kenal pasti dalam
kumpulan5. Kaitkan lakonan tersebut dengan pantun yang
diketahuiTeknik :- Tunjuk cara- Soal jawab
Nilai :- Kerjasama- Tekun - Mendengar arahan
BBM :- Teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.
Langkah 4Main peranan(5 minit)LakonanMelakonkan watak Hang Tuah
dan Hang Jebat menggunakan dialog pantun1. Murid dipertontonkan
video hang tuah dan hang jebat2. Guru membuat demonstrasi terlebih
dahulu cara lakonan tersebut berserta dialog dalam berpantun.3.
Murid diminta membuat simulasi dari lakonan yang telah
dipertunjukkan sebentar tadi.Teknik :- Tunjuk cara
Nilai :- Kerjasama- Tekun
BBM :-Teks dialog pantun
Penutup(10 minit)Nilai murni:- Kesyukuran- Patriotisme-
Rasional
Isi pelajaran :
1.Cara membaca pantun dengan betul.
2.Konsep Kata adjektif
1. Guru menyimpulkan pelajaran.2. Soal jawab antara guru dan
murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks
pantun teka-teki, secara lisan.3. Guru memberikan aktiviti latihan
pengukuhan.
Teknik :- Soal jawab
Nilai :- Kerjasama- Tekun
BBM :Lembaran kerja
4.3 Teknik-teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
MelayuMenurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya. Menurut Ee ,A. M. (1998) mendefinisikan teknik adalah
satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad. (2010)
dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk
murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah
yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Mengikut Fry, H., Ketteridge, S., & Marshall, S. (2003)
teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar
bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal
bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru
aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik minat murid,
mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid
akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan sedang
dilaksanakan.
4.4 Set InduksiSet Induksi merupakan aktiviti rangsangan dalam
membinan aliran fikiran serta menarik minat pelajar supaya
memusatkan perhatian pada isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Mengamalkan penyediaan set induksi berasaskan elemen motivasi dan
tidak mengambil masa yang lama dan memulakan sesi pengajaran
apabila murid bersedia (Nicholls, G., 2002).
4.5 Teknik Improvisasi Improvisasi ialah aktiviti lakonan
spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan
sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau
imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu
aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau
berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri (Ramsden,
P.,1992).
Mok, S. S. (1992), aktiviti improvisasi dapat menjadi satu
latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam
menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat
melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan
apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya
penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan
peranan yang ditentukan.
Teknik ini telah digunakan dalam aktiviti di langkah tiga. Murid
kehendaki berlakon secara sponton di dalam kumpulan mereka. Lakonan
mereka lebih berkesan kerana memerlukan murid menggunakan kata
adjektif yang telah mereka dapati dari teks pantun dan lakonan
murid juga perlu diselitkan pantun yang telah diberi oleh guru atau
ciptaan mereka sendiri.
4.6 Teknik Main PerananMain peranan merupakan satu situasi yang
melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya
sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan.
Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau
sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan
dikelolakan dalam situasi kumpulan (Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri,
Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi,
2011).
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan
peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam
masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang
diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid
hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang
lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau
membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru
boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
Dalam aktiviti pengajaran yang dilakukan, guru telah menunjukkan
satu video lakonan Hang Tuah dan hang Jebat, pelajar akan diberi
peranan sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat dan pelajar akan mengikut
segala dialog yang telah dipertuturkan oleh Hang Tuah dan Hang
Jebat dengan teks juga disediakan oleh guru. Pelajar akan disoal
jawa setelah aktiviti di jalankan (Md Nasir Masran, 2000).
BAB 5
PENUTUP
5.1 PerbincanganPemilihan satu unit/ topik dalam satu sukatan
pelajaran memerlukan perancangan yang lengkap untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Bagi komponen untuk penyampaian terdiri
daripada induksi set dan perkembangan yang melibatkan kemahiran
peneguhan; kemahiran menerangkan ilustrasi; kemahiran menggunakan
papan hitam; kemahiran variasi rangsangan dan kemahiran
menyoal.
Bagi induksi set mengorentasikan fikiran dan perhatian pelajar
kepada pelajaran dan objektif pengajaran. Tujuannya adalah untuk
menimbulkan minat pelajar, mencetuskan rasa ingin tahu, mengaitkan
dengan pelajaran yang lepas, menyediakan struktur pelajaran dan
menggalakkan penglibatan pelajar melalui lakonan, cerita dan
nyanyian.
Peringkat perkembangan merupakan peringkat penyampaian isi
pelajaran yang menerapkan isi penting, strategi, kaedah, aktiviti,
penggunaan media, nilai murni dan soalan utama dicatatkan.
Langkah penyampaian disusun mengikut dari satu langkah ke satu
langkah iaitu daripada langkah satu hingga penutup (mudah ke
kompleks). Susunan yang logik, menikut tahap pengetahuan sedia ada
pelajar. Suara harus ada intonasi yang berbeza untuk setiap rangkap
pantun. Selain itu, penerapan bahasa yang ringkas dan mudah
difahami, untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada pelajar
dengan kosa kata yang lebih luas untuk membolehkan pelajar terus
berfikir untuk membentuk kefahaman konsep tentang kesusasteraan
pantun (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad, 2010).
Penggunaan teknik pantun teka-teki dapat menambahkan pengetahuan
pelajar berkaitan kosa kata dimana kosa kata yang diterapkan dalam
rancagan pembelajaran ini adalah kata adjektif yang berkaitan
dengan kata sifat seperti cantik, tajam, kusam dan sebagainya.
5.2 Kesimpulan Lebih 2400 tahun dahulu konfucius pernah berkata:
apa yang saya dengar, saya lupa, apa yang saya lihat, saya ingat
dan apa yang saya buat, saya faham. Ketiga-tiga pernyataan ringkas
di atas mengatakan betapa pembelajaran aktif dalam penyampaian yang
berkaitan tentang pengajaran berkesan.
Pembelajaran yang berkesan memerlukan perancangan yang lengkap.
Menambahkan visual kepada pelajaran dapat meningkatkan daya
ingatan. Selain itu, kajian juga menyatakan penambahan visual yang
menggunakan alat bantu mengajar dapat meningkatkan kosa kata
sebanyak 200 peratus kerana pengajaran yang dilakukan dalam dimensi
visual dan auditori mesejnya dapat diperkukuhkan. Di mana otak
manusia tidak hanya menerima maklumat. Tetapi ia memproses maklumat
itu.
Oleh itu, bagi memberikan kesan apa yang di ajar, pelajar harus
memikirkannya. Rancangan pembelajaran yang mengabungkan apa yang di
dengar dan dilihat sebagai suatu keseluruhan yang bermakna dapat
membantu pelajar untuk terus berfikir, menimbulkan perasaan ingin
tahu dan mencari jawapan untuk setiap lembaran kerja yang diberikan
oleh guru (Mel Silberman, 2004).Rujukan
Ab. Halim Tamuri. (2005). Hala Tuju dan Cabaran Pendidikan Islam
dalam Era Globalisasi.Kertas kerja Seminar Pendidikan dan
Penghayatan Islam. Jabatan TITAS, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim.
Abdullah Ishak. (1989). Sejarah perkembangan pelajaran dan
Pendidikan Islam. KualaLumpur: Badan Dakwah dan Kebajikan
Malaysia.
Akta Pendidikan 1996, Akta 550, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Malaysia.
Azizi Yahaya & Rosnani Mohd Nor. (2010). Keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Teknikal. Universiti
Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak. (2008). Hubungan Antara
Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di
Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia.
Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad. (2010). Strategi
Pengajaran Guru Cemerlang. Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.Chee Kim Mang. (2008).
Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institusi Perguruan: Satu
Tinjauan Dari Perspektif Pentadbiran Sekolah, Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, Jil.23, 49-67, Institusi Perguruan Persekutuan, Pulau
PinangEe ,A. M. (1998). Pedagogi III: Pengujian dan Penilaian,
Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Fry, H., Ketteridge, S., & Marshall, S. (2003). A handbook
for teaching & learning inhigher education: Enhancing academic
practice (2nd ed.). London: Kogan Page.
Koh, B. B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaLourdusamy, A & Tan, S.K.
(1992). Malaysia Dalam H.B Leavitt (ed). Issues and problems in
teacher education: An international handbook. New York: Greenwood
Press, 179-191McDonald, J.P. (1992). Teaching: Making sense of an
uncertain craft. New York: Teachers College PressMd Nasir Masran.
(2000). Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran, Penyelidikan Ke
Arah Inovasi Dalam Pendagogi. Kertas Prosiding Seminar Kebangsaan.
Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mel Silberman penterjemahan Zainab Ahmad. (2004). Pembelajaran
Aktif 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek, Siri Pembangunan
Profesion Perguruan, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,
Kuala LumpurMok, S. S. (1992). Pemulihan, Pengayaan dan Isu
Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.Mok,S.S.(2007). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran.
Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd., Kuala LumpurMok,S.S. (2008).
Pengurusan Kurikulum, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Kuala
LumpurNicholls, G. (2002). Developing teaching and learning in
higher education. London:Routledge FalPeter Weswood. (1996).
Effective Teaching. Australia Journal Of Teacher Educations.
Flinders Univerity.
Ramsden, P. (1992). Learning to teach in higher education.
London & New York:Routle
Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar
Kebangsaan Profession Perguruan, Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan MalaysiaRodzli Hashim. (2010). Memperkasakan
Pengajaran dan Pembelajaran. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang.
Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.Rozita Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian.
(2012). Amalan Pengajaran Guru Cemerlang di dalam Bilik Darjah .
Kajian Kes Pelbagai Lokasi. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Universiti Sains Malaysia, Ruilin,L. , Jingghen, X.,
Yoau, C. J. & Shinhan, H.(2010). The Relationship Between
Teacher Quality and Teaching Effectiveness Perceived By Student
From Indusrial Vocational High School, Asian Journal of Arts and
Sciences, Chienkuo Technology University, TaiwanShaffe Mohd Daud,
Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar
Nawawi.(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Murid Asia Pacific Journal of Educators and Education,
Universiti Putra MalaysiaShahril @ Charil Marzuki (2004). Amalan
Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian dibeberapa Sekolah Menengah
di Malaysia. Universiti Malaya.
Saridah Hussein (2006). Keberkesanan Penggunaan Perisian
Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Open
University Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad.
(2003).
Pedagogi :Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Bentong:
PTS Publications & Distribution Sdn.Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tileston. (2004). What Every Teacher Should Know About Special
Learners, Crown Press, Sage Publication, CA