Top Banner

of 52

Full Perjudian Notes

Oct 06, 2015

Download

Documents

Yusoff Adhris

Malay A
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

SINOPSIS BAB PERJUDIANBAB 1Bab ini merupakan permulaan cerita yang menyatakan perasaan Pak Mat tentang tanah. Tanah yang diusahakan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupannya. Pada bab ini juga telah menunjukkan konfrontasi antara Pak Mat dengan isterinya, Mek Nab tentang hal tanah. Seterusnya bab ini menceritakan tentang dugaan hidup Pak Mat yang kehilangan anak kepada takdir dan itu semua adalah hak Tuhan. Pak Mat juga telah berpindah dari Kampung Tasik ke Tanah Merah untuk membuka tanah baru.BAB 2Bab ini menyatakan bahawa Pak Mat sekeluarga ingin telah membuat keputusan untuk ke rumah jirannya, Pak Ngah Daud untuk membantu isterinya yang telah melahirkan anak. Dalam membuat keputusan Pak Mat teringat pula kepada anak-anak yang telah kembali kepada Tuhan dan memikirkan nasib keluarganya jika anak-anak lelakinya masih ada. Pak Mat juga mempersoalkan sikap masyarakt yang percaya kepada perkara karut seperti hantu dan menyatakan itu hanya pada fikiran sahaja. BAB 3Pak Mat, Mek Nab dan Siti Sarah ke rumah Pak Ngah Daud. Kedatangan mereka disambut oleh anak sulung Pak Ngah Daud iaitu Samad. Pak Ngah Daud tiada di rumah kerana dia ke Tanah Merah untuk mencari barang keperluan seharian. Pak Ngah Daud turut membeli barang-barang untuk majlis bercukur anak kecilnya yang sudah lima hari. Isterinya, Mak Tijah masih dalam perdiangan. Pak Mat dan Mek Nab mengambil cuti sehari untuk menolong Pak Ngah Daud untuk persiapan majlis bercukur. Pak Mat teringat apabila Pak Ngah Daud bercerita dengannya mengenai tanah. Pak Ngah sudah memiliki tanah sebanyak 15 ekar di Paya Kedondong. Pak Mat ingin mengikut jejak langkah Pak Ngah Daud. BAB 4Tiga hari hujan turun tidak henti-henti. Pak Mat menaman macam-macam jenis makanan keperluan seharian untuk dijadikan juadah makanan harian keluarganya. Hujan yang turun ini amat berbahaya ke atas tanaman padinya itu. Pak Mat berniat untuk membuat kenduri jikalau padinya mengeluarkan hasil dan juga turut ingin membesarkan sedikit rumahnya itu. Pak Mat berharap agar hasil padinya akan bertambah pada masa akan datang tetapi mana mungkin bukit kecil itu akan bertambah. Pak Mat risau jikalau padinya dimusnahkan oleh babi. Tidak disangka tanaman padinya dimusnahkan oleh babi. Dia berikrar akan memusnahkan semua babi yang cuba memusnahkan tanaman padinya itu.

BAB 5Pak Mat sudah bersedia menghadapi serang babi di kawasan tanaman padinya. Dia sudah memasang perangkap mengelilingi kawasan padinya itu. dia sudah memasang macam-macam benda tajam di jalan yang selalu babi kehulu kehilir. Akhirnya, dia mendapati terdapat tujuh babi telah termasuk dalam lubang perangkapnya itu. Pada mulanya dia ingin membunuh saja babi-bai itu tetapi tidak kesampaian. Lalu, dia mengambil keputusan untuk menjual RM20 seekor babi kepada Nam Hing, tauke getah.BAB 6Padi sudah habis dituai. Pak Mat juga telah membesarkan rumahnya yang kecil itu. Sudah banyak babi-babi yang ditangkap berjaya dijual dan pulangannya sangat lumayan. Ketika padi masak, Mek Nab dijamah keuzuran. Mek Nab mengalami pening-pening kepala. Pak Mat berasa amat risau dan cuba cari jalan untuk mendapatkan ubat demam. Dia bercadang untuk mengambil ubat demam di rumah Pak Ngah Daud selepas selesai membersihkan lalang. Tetapi, hujan mula turun dengan lebatnya sehinggakan Pak Mat tidak dapat ke rumah Pak Ngah Daud untuk mengambil ubat itu. Penyakit Mek Nab semakin hari semakin teruk. Pak Mat tidak dapat berbuat apa-apa kerana hujan tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan reda. Pak Mat hanya mampu berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan tubuh badan kepada Mek Nab semula.BAB 7Hujan tidak juga menunjukkan tanda-tanda ia akan reda. Penyakit demam Mek Nab semakin hari semakin teruk. Pak Mat tidak dapat ke pecan untuk membeli ubat untuk isterinya itu. Dia mula terfikir bahawa mungkin isterinya jatuh sakit disebabkan termakan wang haram hasil daripada jualan babi itu. Pak Mat dihitung perasaan bersalah dan dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk ke Tanah Merah pada keesokan harinya walaupun hujan tidak reda. Dia tidak sanggup melihat keluargnya terpaksa menahan lapar dan isterinya mengerang kesakitan.BAB 8Pak Mat sudah bergerak ke Tanah Merah sejak pagi-pagi lagi. Dia pergi ke Tanah Merah tanpa berteman dengan seseorang pun. Malah, Pak Mat pergi dengan hanya meredah hujan tanpa mahu menaiki sampan untuk ke Tanah Merah. Perkara ini amat merisaukan bagi Mek Nab dan Siti Sarah kerana mereka tidak akan dapat berita mengenai suaminya jikalau dia masih selamat ataupun tidak. Siti Sarah turun ke bawah untuk melihat perahunya yang hampir tenggelam. Tiba-tiba dia terpandang serigala yang berdekatan di situ. Rupa-rupanya serigala itu tidak datang keseorangan dan terdapat beberapa serigala di celah-celah semak itu. Siti Sarah menyorok disebalik perahunya itu. Sarah tidak sanggup tunggu lama kerana takut serigala itu naik kerumahnya dan memakan ibunya yang tengah sakit itu. Lalu, dia berlari sepantas mungkin ke rumah dan gembira melihat ibunya masih disitu. BAB 9Hujan tidak turun henti-henti. Siti Sarah berasa takut apabila ibunya tidak membuka matanya. Dia takut jikalau ibunya mati. Lalu, dia memberanikan dirinya untuk ke rumah Pak Ngah Daud untuk meminta bantuan. Dia sudah tidak kesah terpaksa berdepan dengan serigala asalkan dia dapat meminta bantuan daripada Pak Ngah Daud. Akhirnya dia sampai ke rumah Pak Ngah Daud dan mengajak ke rumahnya. Sewaktu sampai di rumah, kelihatan pagar dan pintu rumah terbuka dan Siti Sarah takut jikalau serigala itu sudah naik ke rumah dan memakan ibunya. Rupanya, ayahnya sudah pulang ke rumah.BAB 10Pada bulan Mac, Mek Nab sudah sihat. Tetapi ketika berada di kebunnya, Mek Nab dipaguh Ular Catraya dan nyawanya tidak dapat diselamatkan. Kematian Mek Nab memberi kesan buruk terhadap hidup Pak Mat. Selepas kematian Mek Nab, Pak Mat lebih berhati-hati dalam perusahaan keluatganya kerana Siti Sarah sudah makin tua dan Pak Mat memikirkan bahawa beliau tidak boleh ditinggalkan berseorangan selalu. Untuk mengurangkan kesedihan dalam diri Siti Sarah selepas kematian ibunya, Pak Mat membelikannya sebua radio transistor. Tidak lama kemudian Pak Mad dijemput oleh kedatangan Samad yang memberitahunya bahawa beliau perlu ke Bukit Pasir untuk berjumpa dengan Penghulu Mahmud.BAB 11Setelah berjumpa dengan Penghulu Mahmud di Bukit Pasir, Pak Mat mula risau memikirkan tentang ucapan yang diberikan olehnya. Pak Mat mengambarkan jikalau apa yang diperkatakan oleh penghulu itu betul, maka ramai keluarga akan terjejas. Tanah-tanah yang lama diperusahakan oleh mereka akan dirampas oleh kerajaan. Pelbagai pertanyaan mula timbul dalam pemikiran Pak Mat kerana beliau tidak tahu bahawa tanah yang sudah lama diperusahakan itu bukan miliknya. Walaupun khabar tersebut susah untuk diterimanya, Pak Mat tetap berharap dan berserah kepada Tuhan akan nasibnya.BAB 12Dua bulan berlalu setelah menerima khabar yang dibawa Penghulu Mahmud tetapi tanahnya masih belum diambil kerajaan. Pak Mat mula pertikaikan bahawa khabar yang diterimanya hanyalah khabar angin dan dia mula tidak percaya akan khabar tersebut. Pak Mat berbual dengan Pak Ngah Daud tentang perkara tersebut dan Pak Ngah Daud memberitahunya bahawa perkara tersebut benar kerana tanah yang mereka usahakan adalah tanah haram dan akan dirampas. Selepas mendengar apa yang dikatakan Pak Ngah Daud, Pak Mat mula ragu dan harapannya tentang nasib tanahnya mula pudar. Perasaan Pak Mat mula berkacau bilau dan beliau berasa marah terhadap Pak Ngah Daud kerana tidak memberitahunya tentang tanah yang diusahakannya selama ini adalah tanah haram. BAB 13Pak Mat tidak peduli akan khabar yang dibawa Penghulu Mahmud dan terus berkerja keras untuk mengusahakan tanahnya. Sudah berbulan-bulan khabar pertama diterima tetapi sampai sekarang kerajaan masih belum merampas tanahnya. Pak Mat mula memikirkan nasib Siti Sarah jika tanahnya dirampas. Dia membayangkan Siti Sarah bahgaia jika beliau mempunyai seorang suami. Setelah pulang daripada kebunnya, Pak Mat terkejut apabila melihat Siti Sarah menangis dia dalam kamar tidurnya. Dia menanyakan Siti Sarah sebab beliau menangis dan Pak Mat dapat tahu bahawa Samad cuba untuk merogol Siti Sarah tetapi gagal. Selepas kejadian tersebut, sekumpulan orang datang kerumahnya untuk memberitahu bahawa Pak Mat terpaksa pindah daripada tanahnya BAB 14Bab ini bermula dengan Pak Mat angun pai apabila terdengar Siti Sarah yang sedang mencuci dapur. Lalu, Pak Mat memikirkan untuk bangun pergi ke kebunnya agar dapat menguruskan humanya. Namun dia risau takut-takut Siti Sarah bakal dikacau lagi hari ini oleh pegawai kerajaan yang datang untuk menghalaunya dari rumahnya itu. Sebelum sempat dia berbuat apa dia ternampak lembaga itam di balik pokok yang disangkakan binatang namun sebenarnya hanyalah Pak Ngah Daud yang kerisauan akibat Samad hilang. Pak Mat menjemputnya naik ke rumah dahulu dan Pak Ngah Daud mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dan memberitahu kepada Peghulu Mahmud. Keesokan harinya, penduduk Paya Kedondong semuanya keluar mencari Samad. Bab ini berakhir pada waktu malam selepas pencarian tersebut dan Pak Mat tidur dengan nyenyak walaupun Samad masih belum ditemui.

BAB 15Pada permulaan bab ini, ia menceritakan tentang monolog dalaman Pak Mat tentang bagaimana dia akan teguh dengan pendiriannya agar tanahnya itu tidak akan diambil oleh kerajaan. Oleh itu, dia akan tetap mempertahankan tanah itu dan tidak mahu pindah. Kemudian Pak Mat mengatakan kepada Siti Sarah bahawa dia ingin ke Bukit Pasir. Setelah dia pulang dari Bukit Pasir, di rumah Penghulu Mahmud terdapat kehadiran Encik Hasnan yang merupakan wakil rakyat disitu. Pak Mat mengimbas kembali sewaktu Encik Hasnan mengatakan bahawa dia akan mendapatkan tanah itu untuk mereka namun sampai kini tanah itu masih belum menjadi hak milik mutlaknya fikir Pak Mat. Namun, apabila Pak Mat melihat kepada Siti Sarah dia merasakan semangat itu muncul dan dia tersenyum.

BAB 16Kini sudah memasuki bulan Jun dan kemarau sudah datang. Pak Mat melihat makin banyak pokok-pokok nya yang layu. Pak Mat mula risau jika kemarau ini tidak berhenti, pokok getahnya akan bangkut. Sepanjang hari tersebut dia tidak membuat apa apa kerana matahari terlalu terik dan panas. Oleh itu, Pak Mat mula memikirkan tentang tanahnya dimana dia ingin tetap mempertahankan tanahnya. Ketika Pak Mat sedang melunjur di atas tikar mengkuang itu, Siti Sarah datang dan menanyakan sama ada dia tidak pergi menampung perahu hari ini. Pak Mat tidak menjawab soalan anaknya itu tetapi dia bangun dan mula ke sungai.BAB 17Pak Ngah Daud datang melawat Pak Mat. Pak Mat memberitahu bahawa dia berjumpa dengan wakil rakyat, Encik Hasnan. Pak Ngah Daud memberitahu Pak Mat bahawa kerajaan akan memberikan tempat tinggal lain beserta dengan tanah. Pak Mat tidak menghiraukan tawaran istimewa kerajaan itu. Dia tidak peduli dan dia sanggup buat apa sahaja demi menjaga tanah-tanah kebunnya itu. Dia masih kental berjuang mempertahankan tanah-tanahnya itu. BAB 18Pak Mat meninggalkan Siti Sarah dibawah jagaan Mak Tijah. Pak Mat tidak mahu membiarkan Siti Sarah duduk seorang di rumah. Pak Mat dan Pak Ngah Daud menyertai Penghulu Mahmud ke Kota Bharu. Mereka menyertai Encik Hasnan untuk dibawa masalah in ke dalam Dewan Undangan Negeri untuk dibicarakan. Penghulu Mahmud memberi ucapan yang cukup untuk menaikkan semangat penduduk Kampung Paya Kedondong untuk mempertahankan tanah-tanah mereka. Pak Mat berasa kagum atas keberanian Penghulu Mahmud iaitu penghulu kampung yang sudah hampir sepuluh tahun.BAB 19Persidangan Dewan Undangan Negeri akan diadakan di Balai Besar untuk menentukan nasib tiga puluh lapan keluarga Paya Kedondong mengenai perihal tanah mereka. Pak Mat dan orang-orang kampung merancang untuk mengadakan rusuhan sebaik sahaja pembukaan persidangan itu dirasmikan oleh Sultan. Rusuhan terebut bertujuan menentang perampasan tanah yang diusahakan penduduk kampung itu bertahun-tahun. Pada mulanya, Pak Mat menyangkakan kumpulan polis dihantar oleh Encik Hasnan untuk mengawal perarakan mereka. Namun, semasa mereka hendak masuk ke Dewan Persidangan, polis-polis tersebut menghalang mereka dengan bersungguh-sungguh. Pak Mat, Penghulu dan penunjuk perasaan yang lain akhirnya ditangkap oleh polis.

BAB 20Akibat daripada rusuhan yang gagal itu, Pak Mat dan penduduk kampung yang lain pulang ke Paya Kedondong dengan perasaan yang muram. Mereka sedar akan kecerdikan Encik Hasnan dalam membeli hati mereka untuk mengundinya dalam pilihan raya. Pak Mat tidak senang memikirkan musim kemarau yang membantutkan tanaman pokok getahnya itu. Hal tanah yang belum selesai turut memeningkan Pak Mat. Akhirnya, Pak Mat menerima surat mengenai tarikh pengundurannya dari tanah itu tetapi tidak mendengar khabar berita sesiapa berpindah. Perkahwinan Siti Sarah dan Saleh dilangsungkan. BAB 21Pak Mat memerhatikan keadaan di kebun getahnya. Pokok-pokok getah kelihatan kering dan separuh terbakar akibat daripada kemarau yang melanda pada masa itu. Perigi menjadi kering dan binatang ternakan banyak yang mati. Pak Mat teringat peristiwa semasa dia memberitahu Siti Sarah betapa pentingnya tanah kerana tanah adalah penghormatan orang ramai. Dia yang kini sudah tua tidak bertenaga untuk menjaga tanahnya dan Saleh menjadi pengganti. Asyik melayan perasaan sedihnya, Pak Mat didatangi Saleh yang memberitahu bahawa rumah mereka telah dirobohkan oleh pihak kerajaan. Dengan perasaan yang amat marah, Pak Mat meluru pulang ke rumahnya namun, setibanya dia di situ, kelibat rumah tidak lagi dapat dilihat.BAB 22Pak Mat kelihatan tidak mudah mengalah. Dia merasakan kekalahan dia ini adalah permulaan kejayaannya nanti. Pak Mat menyuruh Saleh membawa Siti Sarah pergi jauh ke tempat yang lebih selamat. Pak Mat ingin mendirikan semula rumah menggantikan rumahnya yang sudah dirobohkan. Saleh dan Siti Sarah tidak mahu beredar malah sanggup membantu Pak Mat dalam perjuangannya itu. BAB 23Pak Mat menyuruh Saleh ke rumah ayahnya, Pak Ngah Daud untuk melihat sama ada rumah itu dibakar atau dirobohkan. Pak Mat masih marah dengan tindakan kerajaan terhadap rumahnya. Tanah dan kebun getah dianggap sebagai nyawa kepada Pak Mat. Malam sebelumnya, Pak Mat menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah baharu kepada Siti Sarah dan Saleh.BAB 24Pak Mat merasakan urat geramatnya semakin lemah tetapi dia enggan menyatakannya kepada Siti Sarah kerana Siti Sarah sudah bersuami dan Pak Mat mahu menunjukkan kepada Saleh yang dia masih kuat. Selepas makan malam, Saleh meneritakan keadaan penduduk di Bukit Pasir yang tidak melawan kerana terlalu ramai polis. Walau bagaimanapun, situasi berubah apabila Penghulu Mahmud tiba. Tembakan yang dilepaskan polis ke langit tidak dilayan. Penghulu Mahmud begitu tegas tentang mempertahankan kampungnya daripada diroboh. Hanya rumah Pak Da Deraman saja yang berjaya dirobohkan dan kerana tidak berjaya bekerja di Bukit Pasir, polis dating merobohkan rumah Pak Ngan daud. Pak Mat terkenang akan Encik Hasnan yang teah menghilangkan diri dan mengutuknya sepenuh hati. Kini Pak Mat keliru sama ada mahu berpindah atau dengar kata Penghulu Mahmud. Malam itu Pak Mat tidak sedar bila Saleh dan Siti Sarah menghembus pelita dan apabila dia tersedar, matahari sudah naik menandakan hari sudah siang. Pak Mat nekad untuk mendirikan rumahnya yang telah dirobohkan semula walaupun sampai seribu, sejuta kali. Kira- kira jam sepuluh, Penghulu Mahmud, Imam Lebai Hasan dan empat orang lain tiba. Imam Lebai Hasan kelihatan serba salah dengan nasib menantunya Siti Sarah yang tinggal di dalam bangsal. Pak Mat dan Siti Sarah seperti dipaksa untuk tinggal bersama Imam Lebai Hasan di Bukit Pasir. Pada Pak Mat, ini merupakan suatu strategi. Pak Mat mencadangkan supaya Saleh dan Siti Sarah pindah tetapi dia mahu kekal di rumahnya itu. Pada waktu tengah hari, Siti Sarah, Saleh serta Penghulu Mahmud berangkat ke Bukit Pasir.

BAB 25Hari itu begitu panas dan Pak Mat berehat di bawah pokok. Lalu datang Pak Ngah Daud yang mengetahui bahawa Pak Mat tidak berpindah daripada Penghulu Mahmud. Mereka meluahkan perasaan masing masing terhadap Encik Hasnan dan pemimpin serta pejuang rakyat yang hanya bermulut manis. Pak Ngah Daud mengingat kembali peristiwa tunjuk perasaan penduduk Paya Kedondong di Balai Besar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri. Pak Ngah daud sanggup membayar untuk kekal di tanahnya manakala Pak Mat enggan kerana dia percaya tanah yang dahulunya hutan itu miliknya kerana dia yang telah mengusahakan tanah itu. Pak Mat akan mengikut jejar air yang akan menentang semua halangan sampai ke akhir. Perbualan mereka bertukar ke tajuk kebun. Pak Mat tidak turun ke kebun selama dua hari kerana pokok semuanya kering. Pak Mat enggan berpindah kerana isterinya meninggal di sini. Dia rela mati di Paya Kedongdong. Pak Ngah Daud pulang selepas itu.BAB 26Selepas Pak Ngah Daud pulang, kesunyian kembali mencekik telinga Pak Mat. Pak Mat nampak satu kepulan awan. Rupa-rupanya itu adalah kepulan asap. Barangkali ada orang yang membakar kayu atau memerun. Pak Mat amat berharap agar hari hujan. Selepas solat, Pak Mat tidak merasa cahaya di celah atapnya dan menyambung wirid. Apabila dia keluar rumah, baru dia sedar yang itu sebenarnya asap bukan awan. Rupa-rupanya hutan terbakar. Pak Mat segera berlari ke kebun getahnya sambal menjerit jerit Getah!!! Getah !!!. Pak Mat rela mati terbakar bersama getah- getahnya. Namun baru separuh perjalanannya, dia tidak sedarkan diri.

BAB 27Bab ini bermula dengan Pak Mat bangun dirumah Saleh setelah terbaring selama sepuluh hari akibat keun getahnya yanh terbakar disebabkan ladang besar kepunyaan asing. Pak Mat memikirkan adakah ladangnya sengaja dibakar oleh manusia yang diayar untuk memusnahkan kebun getahnya tetapi Pak Mat tidak mahu menuduh. Semangat Pak Mat hilang setelah kebakaran itu, tetapi kemudian perlahan-lahan pemikirannya kembali menjadi kental. Dia percaya bahawa semua ini adalah kehendak Tuhan. Petang itu hujan turun dengan lebat. Waktu Pak Mat berada di rumah Saleh pada malam itu, dia tidur dengan nyenyak. Bila dia bangun pada keesokan harinya, semua orang disuruh berkumpul di rumah Penghuu Mahmud pada petang itu. Terdapat ramai orang yang wajahnya diselimuti kesugulan. Seorang pegawai kerajaan menyatakan bahwa kerajaan akan meberi bantuan kepada penduduk kamung yang terlibat dengan malapetaka itu tetapi mereka perlu keluar daripada tanah itu dan tanh baru akan diberikan kepada mereka. Akhirnya Pak Mat bersejutu dengan cadangan kerajaan dan dia berkata kita mesti pindah.

TEMATEMAHUJAHCARA MENGESANBUKTIASPEK SASTERA

Perjuangan menghadapi cabaran hidupPerjuangan keluarga peneroka yang menghadapi pelbagai kesukaran dalam mempertahankan tanah yang mereka telah terokai. Pak Mat menghadapi pelbagai cabaran dalam mempertahankan tanah yang diterokainya daripada diambil oleh kerajaan.

Teknik pemerianDia sudah berazam sejak dari dulu lagi; biar telinganya tidak mendengar suara manusia sedesus pun dalam serratus tahun. Tidak apa. Asalkan ia beroleh tanah. Dan sekarang dia akan mati bersama- sama tanah yang diusahakannya. (m/s 110)

Persoalan kemiskinan, plot, pemikiran pengarang

PERSOALANPERSOALANHUJAHCARA MENGESANBUKTI

Kemiskinan yang dialami oleh keluarga penerokaKeluarga Pak Mat menghadapi pelbagai krisis kemiskinan ekonomi dalam keluarganya ekoran pendapatannya yang rendah. Selain Pakmat sekeluarga, peneroka- peneroka lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Perkara ini dapat dilihat melalui cara hidup peneroka- peneroka yang serba kekurangan.

Teknik dialogBanyak susahnya kalau dibuat kenduri. Semuanya nak dibeli. Semuanya wang. (m/s 31)

Percintaan yang disulami perasaan yang suci dan ikhlas oleh keluarga peneroka

Perkahwinan Siti Sarah dan Saleh yang terjalin hasil daripada pertemuan pandang pertama.Teknik pemerian dan mungkinn dari situlah, Saleh terpikat kepada Siti Sarah (m/s 172)

Kepercayaan golongan peneroka yang disandarkan kepada pemimpin

Golongan peneroka telah meletakkan sepenuh kepercayaan mereka terhadap Encik Hasnan yang kononnya akan membantu mereka untuk mendapatkan pemilikan tanah.Teknik Pemerian cadangan itu keluar dari mulut Encik Hasnan Sehingga segala keraguan yang timbul menjongkol dalam dada setiap orang, hilang, lenyap seperti wap (m/s 126)

Pemikiran masyarakat yang konservatifMasyarakat melayu yang masih mempunyai fikiran dan persepsi yang konservatif terhadap golongan wanita. Pak Mat dan Mek Nab berpendapat bahawa kaum wanita tidak perlu nerpelajaran tinggi.

Teknik monolog dalaman oleh Pak Mat Anak perempuan tidak sampai ke mana. Tinggi mana pun pelajaran akan ke ceruk dapur juga. (m/s 15)

WATAK PROTAGONIS LELAKI: PAK MATPerwatakanHuraianBuktiPerananLF

PenyayangPak mat merupakan seorang baa dan suami yang sangat menyayangi isterinya iaitu Mek Nab serta anak perempuannya, Siti Sarah. Pak Mat sanggup keluar bandar semata-mata untuk mencari ubat bagi mengubati Mek Nab.Teknik dialog antara Mek Nab dan Pak Mat.

Pak Mat merenungnya dengan kasih sebesar gunung aku akan ke kota. Akan ku cari ubat (m/s 53)Menunjukkan latar masyarakat yang dengan bahagia bersama keluargaMemaparkan persoalan kasih sayang suami kepada isteri sehingga sanggup berkorban deminya.

Tetap pendirian.Seorang rakyat yang masih tetap pendirian tidak mahu keluar dari tanah yang diterokaninya walaupun dihalau kerajaan. Pak Mat enggan menyerahkan tanahnya meskipun telah berulang kali diminta berbuat demikian oleh pihak kerajaan Pindah? Tidak! Kerajaan telah memberinya tanah lain. Pindah saja. Tidak!Menimbulkan konlik luaran Pak Mat iaitu konflik antara Pak Mat dan kerajaan.Menimbulkan ketegangan dalam cerita.

Setia kepada pasangan hidupPak Mat merupakan seorang suami yang setia pada terhadap isterinya, Mek Nab. Walaupun Mek Nab sudah meninggal dunia, Pak Mat tidak berkahwin baru kerana kesetiaannya terhadap Mek NabKematian Mek Nab memberi kesan buruk sepanjang-sepanjang hidup Pak Mat.Menunjukkan nilai-nilai murni dala novel Perjudian.Menyampaikan pemikiran pengarang tentang kesetiaan seorang suami yang enggan berkahwin lain kerana amat menyayangi isterinya.

Kuat pegangan agamaPak Mat merupakan seorang hamba yang bergantung pada tuhan dalam keadaan susah dan senang. Pak Mat sentiasa berdoa dan meminta pertolongan tuhan semasa senang dan semasa menghadapi kesukaran dalam kehidupan.Teknik pemerian

Dan Pak Mar menghambar babi-babi itu dengan berdoa sepanjang malam. Sembahyang sunat demi sunat. Berdoa terus-menerus (m/s 26)Memaparkan persoalan kepercayaan dan pegangan kepada tuhan.Memaparkan persoalan kepercayaan dan egangan kepada tuhan.

BerdikariPak Mat merupakan seorang yang suka hidup berdikara sehingga sanggup membuka tanah dan tinggal di dalam hutan bersama keluarganya.Teknik pemerian

malah bertekad bulat seperti bola; dia mesti bekerja sampai seesai (m/s 1-2)Menimbulkan pemikiran pengarang tentang masyarakat kamung yang suka hidup berdikariMenyampaikan nilai nilai yang ditonjolkan pengaran.

WATAK SAMPINGAN LELAKI: PAK NGAH DAUDPak Ngah Daud Merupakan watak pipih Watak ini tidak dibangunkan secara keseluruhannya tetapi diperkenalkan melalui sesuatu aspek peribadinya oleh pengarang. Watak ini tidak berkembang sepenuhnya.

Prihatin Seorang rakan yang prihatin terhadap kawannya yang berada dalam kesusahan. Pak Ngah Daud telah memberi nasihat kepada Pak Mat yang pada ketika itu sangat memerlukan bantuan dari segi idea yang bernas Pak Ngah Daud telah mencadangkan kepada Pak Mat untuk membuka tanah baru bersama-sama dengannya.

Gigih Seorang ketua keluargaa yang gigih berusaha untuk memberi nafkah kepada keluarga. Pak Ngah Daud telah berusaha dengan bersungguh-sungguh membersih dan menebas pokok di hutan Paya Kedondong supaya ada ruang untuk mereka bercucuk tanam. Menonjolkan pemikiran pengarang yang menitikberatkan tentang peranan seorang bapa dalam menyara keluarganya kerana lelaki berperanan sebagai tunjang dalam institusi kekeluargaan.

WATAK & PERWATAKAN PROTAGONIS & SAMPINGAN WANITA + PERANAN

WATAK PROTAGONIS PEREMPUAN: SITI SARAHPerwatakan

Gigih

Fakta: Gigih menjaga kelematanan ibu Walaupun keselamatan dirinya terancam, namun Siti Sarah masih mengutamakan keselamatan ibunya. Kegigihan beliau menjaga keselamatan ibunya dapat dilihat apabila dia sanggup meredah hujan lebat disamping nyawanya diancam serigala hitann

Cara dikesan/ Bukti: Pemaparan melalui konflik luaran yang diaalami Siti Sarah

Peranan: Menjelaskan persoalan kasih saying seorang anak terhadap ibunya.

Aspek Sastera: Menyampaikan idea pengarang tentang pengorbana seorang anak demi menyelamatkan ibunya tercinta

RajinFakta: Rajin menhaga kebersihan rumah Walaupun ibunya masih hidup, Siti Sarah masih membantu ibunya mengemas rumah. Selain itu, setelah rumah mereka dirobohkan pihak berkuasa, Siti Sarah membantu Pak Mat dan suaminya membina pondok untuk berteduh walaupun tugas tersebut amat berat untuk dipikul oleh seorang wanita.

Cara dikesan/ Bukti: Dipaparkan melalui konflik dalaman protagonis lelaki iaitu Pak Mat apabila rumahnya dirobohkan.

Peranan: Memaparkan perwatakan protagonist wanita.

Aspek Sastera: Menyampaikan idea pengarang tentang sikap gadis kampong yang suka membantu meringankan bebanan keluarga dengan mewujudkan suasana kediaman yang selesa.

PenyayangFakta: Menyayangi suaminya dengan sepenuh hati Walaupun Siti Sarah baru berkahwin dengan suaminya, perasaan kasih sayangnya terhadap suaminya sudah mula berputik.

Cara dikesan/ Bukti: Dipaparkan melalui pemerian watak protagonist

Peranan: Memaparkan persoalan kasih sayang antara suami dan isteri

Aspek Literature: Menyampaikan idea pengarang terhadap tanggungjwab isteri dalam rumah tangga

Mempertahankan maruah diriFakta: Mempertahankan maruah diri daripada dirogol Semasa Pak Mak tiada di rumah, rumahnya dicerobohi oleh Samad dan dia cuba untuk merogol Siti Sarah

Cara dikesan/ Bukti: Teknik pemerian dan dialog antara Pak Mat dan Siti Sarah

Peranan: Memaparkan perasaan kasih sayang Pak Mat terhadap anaknya dan juga perwatakan Pak Mat yang penyabar.

Aspek Sastera: Memperlihatkan pemikiran pengarang tentang maruah wanita dalam masyarakat yang perlu dipelihara daripada dicabuli pihak yang tidak bertanggungjawab.

WATAK SAMPINGAN PEREMPUAN: MEK NABPerwatakan

Penyayang Fakta: Seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya. Siti Sarahlah satu-satunya anaknya yang masih hidup, jadi padanyalah tertumpuh seluruh kasih-sayang Mek Nab. Kasih-sayang Mek Nab jelas ditunjukkan apabila Siti Sarah hanya dibenarkan membuat kerja rumah sedangkan dia sendiri melakukan kerja keras untuk membantu suaminya. Cara dikesan/ Bukti: Dialog antara Mek Nab dan Siti Sarah.Peranan: Menjelaskan latar masyarakat miskin yang sangat rapat dalam hubungan kekeluargaan.Aspek Sastera: Meyampaikan pandangan perngarang terhadap ujian hidup yanf mengajar pembaca menjadi lebih cekal dalam kehidupan

PenyabarFakta: Sabar dengan kematian orang yang tersayang. Walaupun telah beberapa kali kehilangan anak, Mek Nab tetap bersabar dan menganggap bahawa itu merupakan dugaan Allah s.w.tCara dikesan/ Bukti: Diceritakan melalui teknik pemerianPeranan: Memaparkan persoalan ketabahan seorang wanita mengharungi dugaan kehilangan anak akibat kematian. Pengarang juga ingin memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca terhadap bahaimana besarnya dugaan yang dihadapi sesebuah keluarga. Kesan terhadap pebaca: Pembaca akan berasakan bahwa dugaan yang besar berulang berkali-kali akan menjadi satu ujian yang kecil dan semakin mudah diterima. Aspek Sastera: Pengarang bersikap optimis terhadap kecekalan seorang wanita dalam menghadapi ujian kehidupan

UNSUR SASPEN (KEJUTAN) & TENSION (KETEGANGAN) + PERANANFungsi ketegangan

1) Menonjolkan perwatakan HuraianSituasi tegang yang lahir apabila konflik berlaku akan menunjukkan bagaimana watak menangani situasi konflik tersebut. Secara tidak langsung Pak Mat dan Mek Nab Konflik yang dihadapi oleh Paka Mat dan Mek Nab ketika Pak Mat ingin menjual tanah pusaka milik isterinya demi meneroka tanah baru.

Hujah: Disebabkan keadaan keluarga mereka yang susah, Pak Mat telah mengambil keputusan untuk menmujuk isterinya menjual tanah pusakanya. Konflik luaran yang berlaku antara diri Mek Nab dan Pak Mat telah mewujudkan unsur ketegangan di dalam kehidupanmereka sebagai sebuah keluarga. Konflik ini menyebabkan mereka tidak bertegur gur sapa selama beberapa minggu. Melalui konflik ini juga, kadaan tertanya-tanya mula timbul di dalam diri pembaca kerana pembaca ingin mengetahui penyelesaaian kepada konflik tersebut dan apakah yang akan berlaku kepada hubungan mereka sebagai sepasang suami isteri.

kau belum tahu. Kau tidak melihat apa-apa selain dari tanah sawah pusak ayahmu yang setengah ekar itu. Kita perlu berkorban sediki. Nak dapat tenggiri kenalah umpannya tamban. Sayangkan umpan, kecewalah untungnya.

Aspek sastera: Menonjolkan perwatakan Pak Mat yag tidak berpandangan jauh Menonjolkan perwatakan Mek Nab yang patuh dan sayang kepada Pak Mat yang akhirnya akur terhadap keputusan suaminya

2) Menonjolkan kritikan pengarangHuraianKetegangan yang lahir daripada konflk antara watak berdasarkan satu isu dapat memaparkan kritikan pengarang terhadap isu tersebutKonflik antara rakyat dengan kerajaan yang berlaku apabila kerajaan ingin mengambil tanah yang dianggap tidak bertuan tetapi telah diusahakan bertahun-tahun oleh penduduk kampun.

Hujah: Pak Mat menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap tindakan kerajaan yang ingin mengambil tanah yang telah lama diusahakan oleh mereka iaitu semua penduduk Paya Kedondong. Janji manis yang telah diberikan Encik Hasnan, seorang ahli politik tidak ditunaikan. Hal ini telah menimbulkan suasan tegang antara penduduk Paya Kedondoong dan kerajaan pada masa itu. Selain itu, konflik ini telah mewujudkan perusuhan antara penduduk Paya Kedondong dan kerajaan. Perkara ini juga menimbulkan keadaan tertanya-yanya dalam diri pembaca sama ada kerajaan mengambil jalan alternative yang lain ataupun mengabaikan sahaja perasaan penduduk.

Dia baru bertempur dengan polis. Baru ditangkap dan ditahan sebentar. Belum mati lagi. Kalau belum mati, dia boleh menentang arus m/s 167

Aspek sastera: Menjelaskan kritikan dan idea pergarang terhadap latar masyarakat yang mudah terpengaruh dengan janji manis yang akan mengubah nasib hidup mereka.

3) Memaparkan persoalanHuaraian:Ketegangan yang lahir daripada konflik luaran mahupun dalaman mampu menimbulkan perosalan bagi membantu perkembangan watak dan memberi pemahaman dan kefahaman yang tinggi terhadap novel yang dikajiPentembungan Siti Sarah dengan Serigala ketika ingin menggali ubi kayu

Hujah: Ketiadaan Pak Mat dan ibunya yang sakit, Siti Sarah telah mengambil keputusan untuk menggali beberapa ubi kayu dan ingin pergi ke sungai. Walaubagaimanapun, pertembungan antara Siti Sarah dan serigala telah menimbulkan konflik dalaman di dalam diri Siti Sarah sama ada mahu terus meluru kepada ibunya yang sakit ataupun mengutamakan keselamatan dirinya. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan ketegangan di dalam diri Siti Sarah. Kesedihan telah menyelubungi diri Siti Sarah. Dia tidak pasti akan tindakan yang perlu diambilnya. Unsur suspen telah berjaya ditonjolkan oleh pengarang kepada diri pembaca sama ada Siti Sarah akan mengutamakn ibunya dan di siat-siat serigala ataupun terus kekal bersembunyi

Kenapa dia mesti melepaskan dirinnya dari bahaya? Bagaimana nasib ibunya? Pintu pagar tidak ditutup. Pintu rumah tidak ditutup

Aspek Sastera: Persoalan kasih sayang Siti Sarah kepada ibunya

TEKNIK DAN GAYA PENCERITAAN + PERANANTEKNIK

FUNGSIHURAIANBUKTI

PEMERIANMenonjolkan perkembangan watak Pak Mat dan menunjukkan kritikan pengarang terhadap pemimpin

Pengarang menerangkan perubahan pendapat Pak Mat terhadap Encik Hasnan selepas kejadian rusuhan.

Dalam diam-diam Pak Mat mengakui, Encik Hasnan itu sebenarnya batu api.(m/s 165)

Menggambarkan perwatakan watak SamadSamad merupakan seorang yang gagah fizikal dan kuat bekerja namun terencat akalnya.

Samad anak Pak Ngah Daud. Badan gemuk seperti seladang. Gagah menebang dan menebas. Pak Ngah Daud beruntung ada anak laki-lakinya. Cacat sedikit. Samad ini kurang sempurna akalnya. Pak Mat tahu. Masa kecilnya, Samad dihinggapi demam kepialu. Dan demam itu telah menukarkan akal Samad dari baik kepada kurang baik. Walau bagaimanapun, anak seladang itu kuat bekerja.(m/s 8 & 9)

Memperjelaskan tentang latar tempat masyarakat yang mengusahakan tanaman

Pengarang menceritakan suasana kampung ketika musim kemarau iaitu, bulan Jun dengan terperinci agar pembaca dapat memahami keadaan penduduk kampung pada ketika itu.

Kemarau bulan Jun ini begitu membakar kulit. Daging-daging dirasakan seperti kecut. Malamnya sejuk menikam sumsum. Siangnya panas menghanguskan tulang-tulang dalam badan. Mengeringkan darah.(m/s 131)

Memaparkan persoalan kebergantungan hidup terhadap tanahPengarang menyampaikan persoalan ini melalui watak Pak Mat yang yakin bahawa hidupnya adalah untuk mengusahakan tanah. Pak Mat juga tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan tanahnya yang dianggap sebagai pangkat dan darjat.

Pak Mat meyakini: hidup ini untuk faedah tanah. Hidup ini untuk pangkat dan darjat, hanya dengan ada tanah! Sudah lima enam tahun Pak Mat mengkaji ini dari pengalaman hidup berpuluh-puluh tahun. Tanah itu pangkat. Tanah itu darjat. Tanah itu kemuliaan. Tanah itu penghormatan orang ramai. Semuanya berasal dari tanah!(m/s 135)

Menyampaikan pandangan atau kritikan pengarang terhadap pemimpinDalam novel Perjudian, pengarang mengkritik sikap pemimpin yang sekadar memberi janji palsu dan bersifat mementingkan diri. Sikap-sikap ini dapat dilihat pada watak Encik Hasnan dan Pak Mat.Dan Pak Mat masih mengharapkan Encik Hasnan masih tetap berjuang. Masih tetap manusia politik yang mulia; suci seperti para wali. Pak Mat masih mengharapkan Encik Hasnan tetap manusia sejati. Bukan saduran. Bukan palsu. Mengharapkan Encik Hasnan tetap manusia biasa. Bukan setan! Tapi setelah berlaku hamper-hampir tiga bulan, Encik Hasnan tidak menjengukkanmuka juga. Dengan diam-diam Pak Mat mengakui, Encik Hasnan itu sebenarnya batu api.(m/s 164 & 165)

MONOLOGMenunjukkan pemikiran watak Pak Mat yang sangat menghargai getah tanamannyaPeristiwa ini menjelaskan ketakutan Pak Mat semasa pokok getahnya terbakar. Hal ini menunjukkan kepentingan pokok-pokok getah Pak Mat yang merupakan hasil usahanya bertahun-tahun lamanya.

Ya Allah! keluh Pak Mat, menggeletar yang tidak tertahan-tahan lagi. Getahku. Getahku.(m/s 217)

MONOLOG DALAMANMemberitahu pembaca tentang pemikiran tersirat Pak Mat yang menggambarkan kehidupannya yang sering dilanda dugaan

Pak Mat risau akan kebarangkalian yang akan berlaku pada masa hadapan; sama ada Siti Sarah akan terus diganggu atau pihak kerajaan yang berkeras menyuruhnya berpindah.

Sebuah desisan melanda hatinya. Siti Sarah akan diganggu lagikah? Atau petang ini akan datang lagi orang-orang kerajaan dan mengatakan: Pak cik mesti pindah sekarang. Mesti tinggalkan tempat ini. Ini tanah haram. Pak cik mesti masuk penjara.(m/s 113 & 114)

Memaparkan pemikiran tersirat Pak Mat yang menggambarkan perwatakannya yang tetap pendirian Pak Mat tidak akan sesekali mengalah kepada kerajaan

Tanah ini halal. Tanah ini suci. Fikir Pak Mat dalam hati. Ini soal dengki saja. Ini soal iri hati saja. Fikirannya berjalan terus. Dengki dan iri hati, Pak Mat tidak peduli. Ini tanahnya. Ini kepunyaannya yang mutlak. Ini kedaulatannya serratus persen. Dia tidak akan menyerah. Tidak akan membiarkan rumahnya dirobohkan orang. Tidak. Tidak!(m/s 122)

Menyatakan konflik dalaman yang berlaku pada Pak Mat dalam membuat keputusanPak Mat buntu dalam membuat keputusan sama ada untuk memberitahu Pak Ngah Daud tentang perkara buruk yang dilakukan Samad kepada Siti Sarah ataupun tidak

Pak Mat hendak mengatakan: Samad datang. Samad cuba merogol Siti Sarah. Samad cuba membuat pesona. Samad telah masuk setan. Pak Mat hendak mengatakan semuanya. Semuanya sekali! Tapi ketika dia akan meluahkan perasaan amarahnya yang seperti belerang itu, rongkongnya tersekat. Seperti sebuah empangan berada di rongkongnya.(m/s 116)

DIALOGMenonjolkan perwatakan Pak Mat yang tetap pendirian

Dialog memaparkan perwatakan Pak Mat sebagai seorang yang tetap pendirian dan tidak akan mengalah kepada kerajaan.

Getah-getah itu keringatku. Tanah-tanah itu darah dan nyawaku. Rumah dan halaman kawasan untuk bertenggek bagi meneruskan aliran darah, keringat dan nyawa. Ayah tidak akan pindah, kata Pak Mat dengan suara mendekan ketika menantunya mengusulkan agar ayah mentuanya pindah pulang ke Pasir Mas.(m/s 180)

Menyalurkan idea dan pandangan pengarang iaitu kritikan sosial terhadap pemimpinPengarang mengkritik pemimpin pada masa sekarang yang hanya memberikan janji-janji tanpa menepatinya.

Beginilah pemimpin-pemimpin kita sekarang. Berderai-derai kokoknya. Tak menghasilkan sebutir padi.(m/s 201)

Memaparkan latar masyarakat yang bersatu padu dalam perjuangan mempertahankan hak merekaDialog antara Pak Samad dengan Pak Ngah Daud yang menunjukkan persahabatan mereka yang telah lama dibina dan juga kesepaduan berjuang untuk hak bersama.

Sebab itu Ud, biar kita sama-sama mati dalam tanah ini! kata Pak Mat kemudian.(m/s 141)

IMBAS MUKAMenggambarkan perwatakan watak Pak Mat yang berkeyakinan tinggiPerwatakan Pak Mat yang pada awalnya berkeyakinan tinggi bahawa tindakannya yang banyak membawa kepada keuntungan dan hasil yang baik.

Dia akan berkata dengan bangga: Aku tidak sia-sia membuka tanah hutan. Tidak sia-sia menjualkan setengah ekar tanah sawah pusaka mentuaku. Tidak sia-sia. Itu hanyalah umpan. Dan yang sekarang adalah keuntungan dari umpan itu!(m/s 49)

Menimbulkan tanda tanya kepada pembaca berkaitan dengan tindakan yang bakal diambil sehubungan dengan tindakan yang bakal kerajaan ambilPembaca tertanya-tanya tentang tindakan yang bakal diambil oleh penduduk kampung apabila kerajaan datang menghalau mereka nanti.

Kalau semua orang bersatu, tidak berganjak, tidak mahu pindah, bertahan sampai mati, kerajaan nak buat apa? Penjara, penjaralah. Bunuh, bunuhlah. Bukan kita saja menderita. Bukan kita saja yang berjuang. Ada orang akan berkira-kira. Ada orang yang tolong memberikan simpati. Perkara ini akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri oleh Encik Hasnan. Akan dibawa oleh semua kawan-kawan Encik Hasnan.(m/s 147)

IMBAS KEMBALIMemberi gambaran tentang perwatakan Penghulu Mahmud yang tidak mahu mengalah dan konflik luaran antara Penghulu Mahmud dan IdrisPak Mat mengimbas kembali asal-usul Penghulu Mahmud dan perwatakan Penghulu Mahmud yang samseng dan tidak mahu mengalah.

Pangkat Penghulu pada Penghulu Mahmud ini pun, Pak Mat tahu, adalah suatu kisah yang berhubung dengan cara kesamsengannya juga.(m/s 145 & 146)

Memberi gambaran peristiwa pergaduhan antara Penghulu Mahmud dengan Idris dan peristiwa Penghulu Mahmud mendapat pangkatnyaPak Mat mengimbas kembali peristiwa Penghulu Mahmud yang terkenal dengan kesamsengannya bergaduh dengan Idris dan bagaimana beliau mendapat pangkat penghulu

Pangkat Entah bagaimana, timbul suatu salah faham antara Penghulu Mahmud dengan seorang jiran di Bukit Pasir ini. Idris namanya. Pak Mat masih ingat. Idris itu handal juga orangnya. Kepadanyalah orang-orang Bukit Pasir mengadu segala sakit demam dan susah senang. Ketika Penghulu Mahmud datang, Idris masih hidup senang. Sehinggalah pada suatu hari timbul salah faham. Penghulu Mahmud menuduh Idris cuba bermain gila dengan bininya. Terjadi suatu pergaduhan hebat. Perbalahan itu tidak berakhir, sehinggalah Idris terpaksa pindah oleh desakan-desakan Penghulu Mahmud dengan orang-orangnya yang diangkut dari kota.(m/s 145 & 146)

Peristiwa apabila pilhan raya menghampiriPak Mat teringatkan Encik Hasnan yang muncul berkali-kali suatu masa dahulu di kampungnya.

Pak Mat sebenarnya hamper-hampir lupa kepada Wakil Rakyatnya, Encik Hasnan. Dia pernah melihat Encik Hasnan kira-kira empat tahun dahulu. Berkali-kali Encik Hasnan datang. Dan setiap kali itu, ada wang dibekalkannya. Dan dalam pilihan raya tahun itu, tidak ragu-ragu Pak Mat memangkah tanda simbol yang selalu diperkenalkan oleh Encik Hasnan yang sudah melekat dalam kepalanya.

KRITIKAN SOSIAL / UNSUR SINDIRAN PENGARANGFAKTA

ISUHURAIANASPEK SASTERABUKTI

Kritikan terhadap masyarakat yang berfikiran konservatifPendidikanMasyarakat kampung tidak mengambil berat tentang pendidikan kerana kehidupan mereka berasaskan pertanian. Kehidupan yang susah menyebabkan anak kampung tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Di samping itu, anak perempuan dianggap tidak perlu bersekolah kerana masyarakat kampung berfikiran mereka hanya layak berada di dapur.

PemerianSiti Sarah hanya sempat bersekolah tiga tahun. Ertinya setinggi-tinggi darjah tiga. Masuk Sekolah Kebangsaan Parang Puting. Otak Siti Sarah bukanlah dungu. Tapi kehidupannya yang murat-marit itulah membuat Siti Sarah tepaksa bersara dari pelajarannya. Sudah lima tahun Siti Sarah tidak melihat mata huruf. Jauh dari Kota Bharu. Jauh dari deruan suara anak-anak sekolah mengikut bacaan guru. Jauh dari kawan-kawan.(m/s 14 & 15)

Monolog dalamanPeduli! Bentak Pak Mat dalam hati. Anak perempuan tidak sampai ke mana. Tinggi mana pun pelajarannya balik ke ceruk dapur juga. Pak Mat menekankan. Memujuk hatinya.(m/s 15)

Kepercayaan karutSegelintir masyarakat mempercayai akan kewujudan makhluk halus yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Isu ini juga menunjukkan latar masyarakat yang masih berfikiran kolot pada zaman itu.Monolog dalamanFikiran Pak Mat menjalar terus. Malam dalam perkampungan baru yang tidak ada rumah sebuah pun selain dari rumahnya, perlu hati-hati. Barangkali ada jin dan setan yang mengacau anak dara. Mungkin hantu akan cuba menghisap darah Mek Nab(m/s 17)

Kritikan terhadap sikap masyarakat MelayuMasyarakat yang mengeji sekiranya mengetahui aib seseorangMasyarakat Melayu mudah memandang serong sekiranya mengetahui kelemahan atau perbuatan buruk seseorang. Pengarang mengkritik sesetengah pihak yang suka memburukkan orang lain tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Hal ini boleh menyebabkan perpecahan masyarakat.

Latar masyarakat dan pemerianDia tahu, kejian akan diterimanya kalau ada orang tahu dia memakan hasil dari jualan babi.(m/s 78)

Berfikiran buruk terhadap orang lainOrang Melayu sering beranggapan buruk terhadap orang lain dengan mengatakan bahawa setiap yang mereka lakukan mesti mempunyai niat yang sebaliknya. Ini adalah kerana sesetengah masyarakat tidak berpuas hati sekiranya orang lain mendapat sesuatu yang lebih daripadanya.

Dialog Ini fikiranku, kata Pak Mat. Mula mengerti, ucapannya sudah menjamah otak Pak Ngah Daud. Fikiranku saja, sambungnya. Aku fikir Penghulu cuba menakut-nakutkan kita. Apabila kita semua takut, tanah-tanah itu kita akan segera jual dengan harga murah. Dan masa itulah dia akan menangguk.

Sikap pemimpin yang tidak amanahTerdapat segelintir pemimpin Melayu yang sering memberi janji kosong untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Sebaliknya, pemimpin harus menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka oleh rakyat dengan telus tanpa memberikan janji palsu semata-mata untuk mendapatkan sokongan. Selain itu, mereka seharusnya menjaga kepentingan rakyat.

Pemerian Dan baying Encik Hasnan tidak terpacak di muka walau satu saat pun ketika peristiwa itu berlaku!.....Pak Mat mengingat-ingat wajah Encik Hasnan begitu manis. Dalam wajahnya terpancar kejujuran. Kewajaan dalam perjuangan. Keikhlasannya menolong rakyat. Dan Pak Mat masih mengharapkan Encik Hasnan masih tetap berjuang. Masih tetap manusia politik yang mulia; suci seperti para wali. Pak Mat masih mengharapkan Encik Hasnan tetap manusia sejati. Bukan saduran. Bukan palsu. Mengharapkan Encik Hasnan tetap manusia biasa. Bukan setan!(m/s 164)

Kritikan terhadap keruntuhan akhlak yang berlaku dalam masyarakatGangguan seksualGolongan kurang upaya dari segi mental tidak diberikan pendidikan agama yang mencukupi kerana pendapat masyarakat bahawa golongan tersebut tidak sepatutnya dibebankan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua golongan mempunyai hak dan keperluan yang sama untuk diberikan didikan agama. Ini adalah supaya mereka jelas akan batasan yang wujud dalam sesuatu perkara.

PemerianSamad datang. Mula-mula minta air minum. Kemudian berehat sebentar di luar sambal mendengar radio. Sementara itu, Siti Sarah mengerat kayu. Kemudian memondong membawanya naik. Ketika Siti Sarah akan turun ke tanah sekali lagi, Samad memeluknya. Menciumnya bertubi-tubi. Kemudian cuba hendak merogol.(m/s 108 & 109)

RasuahSegelintir masyarakat memperolehi jawatan yang tinggi dengan mengamalkan rasuah. Rasuah merupakan cara termudah untuk mereka mendapatkan pangkat yang tinggi. Masyarakat di kampung yang kekurangan wang termakan rasuah golongan pemimpin yang cuba membeli undi mereka.Imbas kembaliDia pernah melihat Encik Hasnan kira-kira empat tahun dahulu. Berkali-kali Encik Hasnan datang. Dan setiap kali itu, ada wang dibekalkannya. Dan dalam pilihan raya tahun itu, tidak ragu-ragu Pak Mat memangkah tanda simbol yang selalu diperkenalkan oleh Encik Hasnan yang sudah melekat dalam kepalanya.(m/s 125 & 126)

NILAI DAN PENGAJARANBil.NilaiAyat faktaHuraianHujahContoh dan cara mengesan

1.KegigihanKegigihan dalam meneruskan kehidupan seharian. Ditonjolkan oleh Pak Ngah Daud dan Mak Ngah Tijah Mereka telah membersihkan kawasan Paya Kedondong untuk dijadikan sebagai tempat bercucuk tanam. Mereka juga gigih dalam meneruskan kelangsungan hidup melalui cara penerokaan tanah.

Masyarakat yang mementingkan kelangsungan hidup.Dialog:

Susah payah menebang menebas untuk buat pondok. Susah-payah membersih kawasan untuk bercucuk bertanama bagi keperluan sehari-hari (m/s 23)

2.Kasih sayangKasih sayang seorang suami terhadap isteri. Nilai ini telah dipaparkan melalui perwatakan Pak Mat terhadap Mek Nab. Pak Mat merasakan suatu kehilangan yang besar apabila isterinya meninggal dunia sehingga demam teruk. Pak Mat telah mengebumikan isterinya sendiri berdekatan dengan kebun ubinya dan membina sebuah bangsal kayu yang kukuh.

Pengarang ingin memaparkan nilai kasih sayang yang terjalin di antara suami isteri akibat ikatan perkahwinan yang telah lama terjalin. Melalui hal ini pengarang ingin mengkritik tentang budaya masyarakat kini dimana nilai kasih sayang itu semakin pudar apabila sudah lama hidup bersama.Dialog:

dan Pak Mat menanamkan Mek Nab dalam kebun ubinya. Dia bangunkan sebuah bangsal kayu yang kukuh, nisannya dari dua buah batu bukit yang cantik. Batu bukit Jeram Kangkung yang masyhur(m/s 77 & 78)

3. BertanggungjawabTanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Tanggungjawab suami terhadap isterinya telah dipaparkan oleh Pak Mat kepada Mek Nab. Pak Mat sanggup berkorban untuk isterinya Mek Na yang demam panas. Pak Mat berhajat untuk membawa isterinya ke Kota Bharu untuk berubat di sana. Di samping itu, Pak Mat mencari barang dapur dan ubat untuk keluarganya terutama sekali isterinya yang sedang sedih walaupun ketika itu sedang hujan lebat melanda tanpa henti. Tambahan pula, Pak Mat boleh diancam oleh serigala yang berada dalam hutan tersebut. Peranan lelaki yang menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang ketua rumah. Kebergantungan hidup isteri dan anak-anak kepada suami dan ayah mereka. Dialog:

dia akan membawa Mek Nab ke Tanah Merah. Akan terus ke Kota Bharu. Mengubatinya seungguh-sungguh samoai sembuh

ya. Ayah akan ke Tanah Merah. Ubat emakmu mesti dicari. Gula, garam dan kopi juga sudah habis

(m/s 57 & 58)

4. Tolong-menolongTolong-menolong antara jiran dalam sebarang masalah yang dihadapi. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Mek Nab ketika dia membantu Mak Ngah Tijah yang merupakan isteri kepada Pak Ngah Dauh ketika hendak bersalin.

Masyarakat yang mementingkan hubungan kejiranan yang erat antara satu sama lain. Wanita turut memainkan peranan dalam membantu dalam menyelesaikan masalah orang lain. Pemerian:

Sekarang bini Pak Ngah Daud beranak lagi. Tentu memerlukan pertolongan. Tapi Mek Nab telah menolongnya bersungguh-sungguh. Dua malam bertutur-turut. Jadi bidan dan penjangat.

(m/s 9)

5. BerdikariBerdikari dalam mengusahakan pertanian dan tanaman. Nilai berdikari ini telah ditonjolkan melalui watak Pak Mat yang mengusahakan tanamannya seperti getah, padi dan banyak lagi. Walaupun selepas kematian Mek Nab namun semangatnya untuk terus hidup dan mengusahakan tanamannya tidak pernah luntur. Pak Mat tidak mengaharapkan pertolongan orang lain untuk membantunya dalam menjaga tanamannya walaupun Siti Sarah yang merupakan anaknya. Peranan lelaki sebagai seorang ketua rumah dan tidak mengharapkan bantuan orang lain. Kekuatan mental dan fizikal menyebabkan seseorang akan terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Pemerian:

Tenaga Almarhuman Mek Nab sudah naik menjadi tenaganya sendiri. Dia tidak boleh mengharapkan orang lain lagi sekarang. Siti Sarah tidak diajak bekerja berat.(m/s 100)

LATARLATAR TEMPATBilLatarTempatHuraianContohFungsi

1. Latar tempat yang memberi gambaran perwatakan watak-watak yang tabah dalam menghadapi ujian hidup.Kampung Paya Kedondong

Menunjukkkan kekecewaan Pak Mat setelah rumahnya dirobohkan.

Menceritakan tentang rumah Pak Mat dirobohkan tetapi hal ini sama sekali tidak mematahkan semangat Pak Mat untuk mendapatkan haknya. (m/s 176) Kekuatan dapat dibina dengan azam yang teguh (m/s 179)

Menerangkan persoalan ketabahan dan kecekalan menghadapi kesukaran dalam kehidupan.

Bangsal di halaman rumah Penghulu MahmudTempat dimana Pak Mat bermalam sebelum meneruskan hari esoknya untuk menuntut keadilan di Kota Bharu. Pak Mat berkampung malam itu di dalam sebuah bangsal di halaman rumah penghulu. Sebaliknya pada keesokan harinya Penghulu Mahmud bertemu Encik Hasnan di hotel.(m/s 144)

Menunjukkan perbezaan darjat dalam kehidupan.

2. Latar tempat yang menjelaskan sosial masyarakatBalai raya di Kota BharuPak Mat dan beberapa penduduk Paya Kedondong berkumpul untuk membantah keputusan pihak berkuasa. Jam 8 sultan akan berangkat kemudian membuka dewan persidangan. Dewan akan bersidang kira-kira jam 9(m/s 153)* Latar tempat ini menggambarkn struktur sosial masyarakat novel Perjudian yang diketuai oleh Sultan dan mengamalkan demokrasi.Menjelaskan struktur sosial masyarakat.

3. Latar yang menunjukkan tekad yang ditonjolkan oleh watak Dalam hutanSiti Sarah tetap tekad berusaha untuk menyelamatkan diri dari dibaham oleh serigala demi memastikan keselamatan ibunya Mek Nab yang sedang sakit di rumah. Dia mesti pulang walau apa jadi pun. Mesti. Biarlah dagingnya hancur lumat dikekah binatang-binatang celaka itu, asalkan bersama-sama ibunya. (m/s 67)Membuktikan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

LATAR MASABil.Latar Ayat huraianContohFungsi

1. Waktu siang

Ayat fakta: Waktu di mana pengarang menonjolkan keadaan politik di Malaysia pada waktu tersebut.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perlembagaan persekutuan belum kuatkuasakan undang-undang berkait dengan hak-hak rakyat seperti hak pemilikan tanah. Hal ini mendorong mendorong rakyat untuk mengusahakan tanah sesuka hati tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa. Pak Mat yang bergantung kepda pertanian tanah haram dengan menorah getah demi menyara keluargnya.Menunjukkan kegigihan pemimpin keluarga dalam menyara keluarga.

2. Waktu malam

Ayat fakta: Waktu dimana persoalan kasih sayang dalam sesebuah keluarga dipaparkan oleh pengarang.Kasih sayang seorang anak terhadap bapanya yang ditonjolkan melalui sikapnya yang mengambil berat tentang keselamatan bapanya. Siti Sarah sanggup meredah bahaya malam seperti seigala dan bahaya jurang, untuk meminta pertolongan daripada Pak Ngah Daud dan Mak Ngah Tijah kerana bapanya belum pulang dari Tanah Merah.Menunjukkan kesudahan dan keperitan hidup yang ditanggung oleh watak.

LATAR MASYARAKATBil. Latar Ayat huraianContohFungsi

1. Masyarakat yang berusaha mencapai matlamat

Ayat fakta: Masyarakat yang membela hak.Masyarakat kampung pada zaman 60an yang berpegang kepada prinsip sesiapa yang mengusahakan tanah berhak untuk memilikinya. Oleh itu, mereka akan mempertahankan hak milik tanah yang diusahakan walaupun dituntut oleh pihak berkuasa. Pak Mat berusaha mendapatkan tanah secara halal dengan menyertai rusuhan. Pemerian:Tunjuk perasaan ini bagi Pak Mat adalah pengalaman pertama (m/s 151)Mengembangkan watak Pak Mat dan menimbulkan konflik.

2, Masyarakat yang hidup berdasarkan pelbagai pekerjaan

Ayat fakta: Masyarakat yang hidup sebagai golongan petani.Masyarakat yang terpaksa berdepan dengan segala kesusahan dan cabaran dalam mencari rezeki demi menyara keluarga. Hal ini disebabkan taraf kehidupan yang rendah, di samping tiada taraf pendidikan yang tinggi dalam meneruskan kelangsungan hidup. Pak Mat menyara keluarganya dengan bergantung hanya kepada hasil pertanian sahaja.Menonjolkan isu kepayahan hidup sebagai seorang petani.

3.Masyarakat yang kurang mengaplikasikan peinsip agama dalam kehidupan

Ayat fakta: Golongan masyarakat kampung yang tidak menitik beratkan aspek keagamaan sebagai aspek utama dalam kehidupan.Segelintir masyarakat Melayu mempunyai ilmu-ilmu keagamaan namun tidak mengamalkan kehidupan berlandaskan agama. Hal ini mungkin disebabkan aspek keagamaan belum menjadi isu keutamaan dalam kehidupan masyarakat. Pak Mat menjual khinzir kepada orang cina meskipun dia mengetahui akibat perbuatannya itu.Menunjukkan pengorbanan seorang ketua keluarga untuk memastikan keselamatan keluarga.

UNSUR KEMASYARAKATAN:1) Masyarakat yang bergotong royong dan bekerjasama Penduduk kampung bekerjasama mencari Samad semasa kehilangannya dengan penuh usaha tetapi malangnya tidak menjumpainya.

2) Masyarakat yang bantu-membantu Mek Nab sanggup menjadi bidan bagi Mak Ngah Tijah menunjukkan unsur masyarakat yang bantu-membantu. (halaman 9) Pak Mat sekeluarga pergi ke rumah Pak Ngah Daud selepas Mak Ngah Tijah melahirkan anaknya. (halaman 20) Lebai Hassan menjemput Pak Mat untuk tinggal bersamanya di Bukit Pasir setelah rumah Pak Mat dirobohkan orang kerajaan. (halaman 197)

3) Masyarakat yang bersatu padu Penduduk kampung bersatu padu mengadakan demonstrasi di Kota Bharu untuk mendapatkan tanah kerajaan. (halaman 156)

4) Masyarakat yang pentingkan persahabatan Pak Mat mengekalkan persahabatan yang baik dengan Pak Ngah Daud walaupun Samad telah cuba merogol anaknya, Siti Sarah. (halaman 117) Pak Ngah Daud mencadangkan Pak Mat untuk membukan tanah baru bersamanya di hutan Paya Kedondong (halaman 23)

5) Masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan Pak Ngah Daud dan Pak Mat masih mengamalkan kehidupan berjiran walaupun hidup berjauhan. (halaman 24) Semasa Mek Nab jatuh sakit, Pak Ngah Daud datang melawat. (halaman 76)

6) Masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran Pak Mat tidak meletakkan pelajaran sebagai keutamaan untuk Siti Sarah dan bermonolog Tinggi mana pun pelajarannya balik ke ceruk dapur juga (halaman 15)

7) Masyarakat yang hormat menghormati Encik Hasnan dihormati dan dipandang tinggi sebagai wakil rakyat oleh penduduk kampong Bukit Pasir. (halaman 129)

8) Masyarakat yang mengamalkan adat. Pak Ngah Daud mengadakan majlis mencukur jambul anaknya. (halaman 21)

9) Masyarakat yang berprasangka buruk Pak Mat bersangka buruk kepada kerajaan yang cuba membantu penduduk kampung untuk mendapat tanah yang sah. Pak Mat bersangka buruk kepada Penghulu Mahmud dan menuduh Penghulu Mahmud mahu mengusir semua orang kampung untuk mendapatkan tanah itu untuk dirinya sendiri. (halaman 97)

10) Masyarakat yang tidak berpengetahuan Masyarakat Kampung Bukit Pasir yang tidak mengambil tahu tentang tanah kerajaan dan terus menerokai tanah di Bukit Pasir tanpa keizinan sesiapa. Masyarakat Kampung Bukit Pasir yang berdemonstrasi untuk tanah yang diusahakan secara haram. (halaman 156)

UNSUR KEMANUSIAAN1) Bertanggungjawab Pak Mat segera menangkan Siti Sarah apabila terdengar laungannya kerana menyangkakan bahawa Siti Sarah berada di dalam bahaya. (halaman 40) Pak Mat sangat merisaukan kesihatan Mek Nab dan sanggup meredah hujan untuk mencari ubat Mek Nab (halaman 55) Penghulu Mahmud telah bertanggungjawab sebagai seorang ketua kampong dengan memberitahu penduduk kampung tentang tanah mereka yang akan diambil oleh kerajaan (halaman 85)

2) Ketabahan Pak Mat tabah menghadapi insiden rumahnya yang dirobohkan dan tetap yakin bahawa dia tidak akan kalah dengan kerajaan, kerana dia merasakan bahawa tanah itu miliknya. (halaman 185)

3) Berani

Semasa Siti Sarah ditinggalkan bersama ibunya yang sakit di rumah, Siti Sarah memberanikan diri untuk pergi ke rumah Pak Ngah Daud supaya pemergian ibunya itu tidak disia-siakan (halaman 74) Pennghulu Mahmud tetap beridiri tegak dengan berani dan tidak membenarkan orang kerajaan merobohkan rumah mereka walaupun sudah diugut oleh polis (halaman 192)

4) Kasih sayang Pak Mat sangat menyayangi Khalid walaupun anaknya itu telah lama meninggal dunia (Halaman 3) Pak Mat menyayangi Siti Sarah dan memastikan bahawa Siti Sarah harus mendapatkan suami yang baik. (halaman 45) Pak Mat sangat menyayangi Mek Nab dan mendoakan supaya demam Mek Nab tidak dipanjangkan lagi (halaman 52)

5) Kerajinan Mek Nab seorang yang sangat rajin menolong suaminya untuk mencari hasil untuk keluarganya yang kecil itu. (halaman 48)

6) Keprihatinan

Mak Ngah Tijah telah meyuruh anaknya Musa untuk selalu melawat Siti Sarah selepas kematian ibunya supaya Siti Sarah ada teman untuk berbicara dan tidak rasa kesunyian. (halaman 79)

7) Beriman Walaupun anak Pak Mat, Khalid mati secara tiba- tiba, Pak Mat masih percaya bahawa Tuhan yang menentukan segalanya dan beriman kepada Allah. (halaman 4) Pak Mat selalu berdoa setiap kali dia sembahyang, agar Tuhan akan melapangkan Mek Nab dalam kuburnya, dan mendoakan Mek Nab yang sudah mati. (halaman 78)

8) Bercita cita tinggi Pak Mat mengatakan impiannya untuk berkenduri dan memperbesarkan rumahnya jika padinya tidak dirosakkan oleh babi. (halaman 30) Pak Mat bercita cita untuk membuka tanah baru untuk perhumaan yang lebih luas yang boleh menghasilkan makanan tiga tahun. (halaman 33)

9) Baik hati Lebai Hassan dengan baik hati telah menawarkan untuk Pak Mat sekeluarga tinggal bersama mereka di Bukit Pasir, dan sanggup menolong Pak Mat mendirikan rumah di sana. (halaman 197)

10) Kegigihan

Pak Mat gigih mengusahakan padinya selama berbulan bulan sebelum dimusahkan oleh babi babi. (halaman 35) Pak Mat gigih berusaha melakukan segala jenis halangan supaya padinya tidak akan diganggu oleh babi babi lagi. (halaman 36)

11) Patuh Samad patuh kepada arahan ayahnya untuk pergi memberitahu Pak Mat tentang panggilan Penghulu Mahmud ke hilir (halaman 80)

12) Tidak berputus asa

Pak Mat tidak berputus asa untuk menghasilkan padi walaupun telah dimusnahkan oleh babi. (halaman 36) Pak Mat tidak berputus asa untuk menuntut hak tanahnya daripada kerajaan walaupun rumahnya telah dirobohkan (halaman 200)

13) Tidak jujur

Ahli politik di Kampung Tasik telah memberikan rasuah sebanyak RM10 kepada Pak Mat yang memangkah namanya dalam pilihan raya. (halaman 81) Encik Hasnan yang telah memberi harapan kepada penduduk kampong untuk membuka tanah tidak memberitahu bahawa mereka sedang menduduki tanah haram kerana dia hanya mahukan undian orang kampong (halaman 197)

14) Tegas

Saleh bertegas dengan bapa mertuanya bahawa dirinya dan Siti Sarah akan bersama dengan Pak Mat untuk menempuh dugaan yang mereka hadapi. (halaman 182)

PERJUANGAN WANITA/CITRA WANITACitra wanitaWatakAspek-aspekHuraian

Wanita sebagai seorang anak.Siti Sarah

Ayat Fakta: Seorang anak yang mendengar.

Taat kepada perintah bapanya Bertanggungjawab terhadap keperluan bapanya. Penyayang Lemah lembut

1. HujahSetelah kematian adik beradiknya, Siti Sarah ditatang oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang. Dia tidak dibenarkan keluar seperti gadis lain dan hanya tinggal dirumahnya sahaja. Oleh itu, Siti Sarah dipupuk untuk menghormati ibu bapanyadan mendengar perintahnya

2. PerananMemaparkan watak protagonis lelaki, Pak Mat yang amat menyayangi anak gadisnya.

3. FungsiMenyampaikan idea pengarang tentang sikap anak gadis kampung yang patuh kepada arahan ibu bapa mereka.

Wanita sebagai seorang isteri

Isteri Pak Mat

Ayat Fakta: Seorang isteri yang sering membantu meringankan beban suaminya.

Taat kepada perintah suaminya. Bertanggungjawab Penyayang Penyabar Rajin

HujahWalaupun tugas seorang isteri ialah untuk menjaga rumah tangga, namun Mek Nab membantu suaminya mengerjakan tanag untuk menanam padi huma. Hal ini jelas apabila setelah kematiannya, Pak Mat terpaksa bekerja keras untuk menjaga tanahnya itu.

PerananMemaparkan persoalan tanggungjawab yang dipikul seorang isteri untuk meringankan beban suaminya yang tercinta.

FungsiMenyampaikan idea pengarang tentang peranan wanita sebagai tulang belakang suami.

KONFLIK (PUNCA DAN PENYELESAIAN)KONFLIK DALAMANJenis KonflikAspekHuraian

Konflik kekeliruan dalam perasaan

FaktaKonflik seorang suami yang rasa bersalah atas perbuatannya.

PuncaMek Nab jatuh sakit secara tiba-tiba selepas padi masak dan selepas semua babi itu habis dijual

HuraianSebagai orang Islam, menjual babi atai memakan harta yang berasaskan penjualan babi adalah haram dan dianggap sebagai suatu perbuatan yang tidak baik.

Contoh Pak Mat berkonflik perasaan setelah Mek Nab jatuh sakit secara tiba-tiba, selepas mereka sekeluarga telah memperoleh segala kesenangan. Pak Mat rasa keliru berasa keliru sama ada rezeki keluarga mereka yang sebahagian datang daripada hasil jualan babi itu adalah datang dari sumber rezeki yang halal atau tidak.

Aspek SasteraPersoalan tentang kepercayaan terhadap ketetapan Tuhan

PenyelesaianPak Mat meyakinkan hatinya bahawa kejadian Mek Nab yang sakit itu adalah ujian daripada Tuhan.

Bukti Tidak! Pak Mat membentuk dalam hatinya. Mengguruh. Mengapa orang yang makan hasil babi tidak mampus? Tak sakit perut? (m/s 57) Tidak! Pak Mat berdiri tegak dengan harapannya seperti singa. Dan dia yakin, penyakit itu ujian daripada Tuhan. Penyakit itu bala cubaan Tuhan Siapakah tidak pernah sakit dalam dunia? (m/s 57)

Kesan kepada pembacaSaya berasa insaf dengan kedudukan saya sebagai manusia ciptaan Tuhan, saya harus mematuhi segala ketetapan Tuhan dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan.

Konflik dalam menegakkan pendirian

FaktaKonflik seorang ketua keluarga untuk mempertahankan tanah yang dirasakan haknya.

PuncaPihak kerajaan mahu mengambil kembali tanah-tanah yang telah diusahakan tanpa kebenaran oleh penduduk Kampung Paya Kedondong.

Huraian Seseorang itu pasti akan berasa marah dan tidak berpuas hati apabila segala hasil titik peluh yang telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh selama ini, secara tiba-tiba diakui adalah milik orang lain. Maka sudah seharusnya dia bertindak mempertahankan hak miliknya.

ContohPak Mat berada dalam dilema sama ada hendak melepaskan tanah-tanah itu kepada pihak kerajaan atau bertindak mempertahankan sahaja tanah-tanah yang telah dia usahakan berhempas pulas selama ini.

Aspek Sastera Nilai kesungguhan. Pak Mat bersungguh-sungguh mempertahankan tanah yang telah dia usahakan

PenyelesaianPak Mat menetapkan pendirian untuk mempertahankan tanah-tanah yang telah diusahakan itu daripada diambil oleh kerajaan.

Bukti Mengingatkan tanahnya dalam keadaan goncang dari berita yang diberitahu oleh Penghulu Mahmud Pak Mat menjadi seperti orang bingung. (m/s 88) Tapi Pak Mat tetap berdiri dalam harapannya. Keringatnya seribu, sejuta gantang. Dan keringat begitu tidak sia-sia dilihat Tuhan. (m/s 89)

Kesan kepada pembacaApabila kita yakin kita berada dalam pihak yang benar, kita mestilah meneguhkan pendirian dan jangan mudah berputus asa dalam menegakkan pendapat kita.

Konflik tentang kerisauanFaktaKonflik kerisauan seorang anak terhadap keselamatan bapanya.

PuncaPak Mat keluar mencari ubat untuk Mek Nab yang sakit dalam keadaan hujan lebat

Huraian Apabila seorang anak itu sangat risau akan keadaan ayahnya, hal ini membuktikan tentang kasih sayang yang mendalam dalam diri seseorang itu terhadap ayahnya. Seseorang anak yang baik tidak akan membiarkan ayahnya menghapadi sebarang kesusahan.

ContohTatkala Siti Sarah terkenangkan ayahnya, Pak Mat, timbul kebingungan di fikirannya sama ada dia perlu terus risau ataupun tidak dengan keselamatan ayahnya yang telah tua, pergi meredah hutan dalam keadaan hujan lebat untuk mencari ubat bagi Mek Nab yang sedang sakit.

Aspek SasteraPersoalan tentang kasih sayang seorang anak terhadap bapanya. Kerisauan Siti Sarah terhadap bapanya.

PenyelesaianSiti Sarah berusaha menhilangkan kerisauan di hatinya tentang nasib Pak Mat, dengan meyakinkan hatinya bahawa Pak Mat berada dalam jagaan Tuhan.

Bukti Tapi dengan apa mesti dia melepaskan ayahnya dari seksaan itu? Dengan jalan apa... Tidak! Siti Srah meyakinkan hatinya. Ayahnya dalam jagaan Tuhan. Tuhan tahu kesucian pengorbanan yang dilaksanakan oleh ayahnya. (m/s 62)

Kesan kepada pembacaSaya memahami bahawa kerisauan yang berlaku dalam diri seseorang itu boleh dielakkan sekiranya seseorang individu itu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan besungguh-sungguh tanpa menharapkan sebarang balasan.

Konflik tentang pengorbananFaktaKonflik pengorbanan seorang suami untuk menyelamatkan isterinya yang sedang sakit.

PuncaMek Nab jatuh sakit dan keperluan untuk mencari ubat bagi kesembuhan Mek Nab.

HuraianSeorang suami yang sangat menyayangi isterinya akan sanggup melakukan pengorbanan untuk menyelamatkan nyawa isterinya. Walaupun, pada hakikatnya perbuatan itu membahayakan nyawanya, tetapi itu sudah tidak difikirkan lagi apabila hendak menyelamatkan nyawa orang yang sangat disayangi.

ContohPak Mat berasa buntu sama ada hendak mengorbankan perasaan risaunya meniggalkan Siti Sarah dan Mek Nab yang sedang sakit dalam keadaan hujan lebat itu bagi mencari ubat untuk Mek Nab atau membatalakn sahaja niatnya itu.

Aspek SasteraPersoalan pengorbanan seorang suami terhadap keluarganya.

PenyelesaianPak Mat meneruskan parasaan risaunya demi mencari ubat untuk Mek Nab yang sedang sakit dengan berbekalkan keyakinan bahawa Tuhan akan menjaga keluarganya.

Bukti Tiba- tiba fikiran Pak Mat buntu. Tertumbuk pada dinding batu parasaannya yang kacau. (m/s 55) Bagaimana dia mesti meniggalkan Siti Sarah dengan Mek Nab yang sedang sakit dalam hujan yang tidak berhenti-henti sekarang? (m/s 56)

Kesan kepada penbacaHal ini menyedarkan saya tentang kasih sayang boleh mengatasi segala-galanya. Manusia sanggup melakukan pengorbanan demi melindungi orang yang mereka sayang.

Konflik tentang penyesalanFaktaKonflik penyesalan seorang bapa kerana tidak dapat menyekolahkan anaknya ke peringkat yang lebih tinggi.

PuncaSiti Sarah hanya dapat bersekolah setinggi darjah tiga sahaja kerana desakan hidup dan kedudukan rumahnya yang jauh daripada sekolah.

HuraianTanggungjawab penting seorang ayah ialah menyekolahkan anaknya sehingga ke peringkat yang terbaik. Walaupun seorang bapa itu memang tidak berkemampuan untuk menyekolahkan anaknya, bapa itu pasti akan berasa menyesal dan bersalah kerana tidak dapt memberi pendidikan yang cukup kepada anaknya.

ContohPak Mat berada dalam dilema sama ada hendak terus menyesal dan menyalahkan dirinya ataupun tidak kerana tidak dapat menyekolahkan Siti Sarah ke peringkat ynag lebih tinggi sehingga menyebabkan Siti Sarah terpaksa menghadapi

Aspek SasteraTeknik pemerian yang menggambarkan kekesalan Pak Mat menyebabkan Siti Sarah terpaksa menghadapi desakan hidup dalam keluarga mereka.

PenyelesaianPak Mat mengenepikan perasaan kekesalannya itu dengan menanamkan persepsi dalam dirinya bahawa setinggi mana pun pelajaran, Siti Sarah akan kembali ke ceruk dapur juga.

BuktiTiba-tiba Pak Mat mendinginkan fikirannya yang sedang terenang-renang dalam antara kesal atas otak Siti Sarah yang boleh tahan dengan desakan ke atasnya untuk mengubah nasib hidup. (m/s 15)

Kesan kepada pembacaHal ini memberi ikhtibar kepada saya agar sentiasa bersangka baik terhadap orang lain dan jangan menuduh tanpa usul periksa supaya kita tidak akan dihimpit rasa penyesalan atas perbuatan-perbuatan buruk yang telah kita lakukan.

KONFLIK LUARAN

KonflikAspek-aspekHuraian

Konflik tentant isu kerjaya FaktaKonflik antara rakyat dengan kerajaan yang berlaku apabila kerajaan ingin mengambil tanah yang dianggap tidak bertuan tetapi telah diusahakan bertahun-tahun oleh penduduk kampung.

PuncaWakil daripada kerajaan datang ke rumah Pak Mat dan menyatakan hasrat kerajaan yang meminta Pak Mat dan penduduk kampung yang lain untuk keluar dari kampung tersebut.

Hujah Pak Mat yakin bahawa kerjayanya adalah halal dan kerajaan akan membenarkan dia dan penduduk kampung yang lain untuk terus menetap di kampung itu apabila usaha dia sebagai seorang petani yang telah mengerjakan tanah tersebut bertahun-bertahun dipertimbangkan. Namun begitu, kerajaan tetap dengan keputusan untuk meminta penduduk kampung meninggalkan tanah tersebut.

Aspek SasteraLatar masyarakat kampung yang mudah terpengaruh dengan pujuk rayu ahli politik

Bukti...kita semua jangan pindah. Jangan takut. Kita benar. Tuhan bersama kita. (m/s 146)

PenyelesaianPak Mat bersetuju untuk meninggalkan tanah tersebut dan sebagai ganti kerajaan menggantikan tanah penduduk dengan tanah lain.

Konflik suami isteriFaktaKonflik antara suami isteri yang timbul apabila seorang suami ingin menjual tanah pusaka milik isteri demi meneroka tanah baru.

PuncaPak Mat ingin menjual setengah ekar tanah sawah pusaka isterinya untuk meneroka tanah baru.

Hujah Pak Mat mula memujuk isterinya untuk menjual tanah sawah pusaka itu tetapi isterinya berkeras dan menyinga apabila Pak Mat mengutarakan soalan menjual tanah Hal ini berlaku disebabkan kehidupan keluarga Pak Mat mengutarakan soalan menjual tanah ini. Hal ini berlaku disebabkan kehidupan keluarga Pak Mat yang susah. Tanah itu adalah satu-satunya harta yang mereka ada. Maka apabila Pak Mat ingin menjual tanah tersebut untuk mrengambil risiko meneroka tanah baru, isterinya mula membangkang tindakannya itu.

Aspek SasteraPerwatakan Pak Mat yang mudah terpengaruh

Bukti...kau belun tahu. Kau tidak melihat apa-apa selain dari tanah sawah pusaka ayahmu yang stengah ekar itu. Kita perlu berkorban sedikit. Nak dapat tenggiri kenalah umpannya tamban. Sayangkan umpan, kecewalah untung. (m/s 2)

PenyelesaianIsterinya akur dan setuju untuk menjual tanah sawah pusaka miliknya itu.