Top Banner
Menurut Wikipedia pula, astronomi bermaksud cabang ilmu alam yang melibatkan pengamatan benda-benda langit (seperti halnya bintang, planet, komet, nebula, gugus (bintang, atau galaksi) serta fenomena-fenomena alam yang terjadi di luar atmosfer Bumi (misalnya radiasi latar belakang kosmik (radiasi CMB). Astronomi adalah salah satu ilmu atau bidang Sains yang tertua. Ahli astronomi pula adalah orang-orang yang mengkaji,memerhati,dan membuat penjelasan tentang fenomena yang berlaku di angkasa lepas. Berikut adalah beberapa ahli astronomi dan sumbangan mereka dalam perkembangan astronomi: Galileo Galilei: Orang pertama yang menggunakan teleskop untuk membuat pemerhatian saintifik dan penemuan-penemuan penting.Beliau Berjaya memerhati: i)tompok matahari di permukaan Matahari. ii)kawah-kawah di permukaan Bulan. iii)empat bulan yang mengelilingi planet Musytari (Jupiter). iv)gelang planet Zuhal (Saturn) v)fasa-fasa planet Zuhrah (Venus) Galileo Galilei (1564-
39

Foto Stat

Jan 27, 2016

Download

Documents

GK Kumar

hk
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Foto Stat

Menurut Wikipedia pula, astronomi bermaksud cabang ilmu alam yang melibatkan pengamatan benda-benda langit (seperti halnya bintang, planet, komet, nebula, gugus (bintang, atau galaksi) serta fenomena-fenomena alam yang terjadi di luar atmosfer Bumi (misalnya radiasi latar belakang kosmik (radiasi CMB).

Astronomi adalah salah satu ilmu atau bidang Sains yang tertua.

Ahli astronomi pula adalah orang-orang yang mengkaji,memerhati,dan membuat penjelasan tentang fenomena yang berlaku di angkasa lepas.

Berikut adalah beberapa ahli astronomi dan sumbangan mereka dalam perkembangan astronomi:

Galileo Galilei:

Orang pertama yang menggunakan teleskop untuk membuat pemerhatian saintifik dan penemuan-penemuan penting.Beliau Berjaya memerhati:

i)tompok matahari di permukaan Matahari.

ii)kawah-kawah di permukaan Bulan.

iii)empat bulan yang mengelilingi planet Musytari (Jupiter).

iv)gelang planet Zuhal (Saturn)

v)fasa-fasa planet Zuhrah (Venus)

Galileo Galilei (1564-1642)

Page 2: Foto Stat

Johannes Kepler:

Nicolaus Coperncinus:

Membuat andaian bahawa planet mengelilingi Matahari dalam orbit yang berbentuk elips dan bukannya bulat

Johannes Kepler (1571-1630)

Memberi pandangan bahawa Matahari adalah pusat Sistem Suria dan Bumi mengorbit Matahari.

Nicolaus Coperncinus (1473-1543)

Page 3: Foto Stat

Hans Lippershey:

Karl Jansky:

Mereka cipta teleskop radio yang menandakan bermulanya zaman teknologi astronomi radio.

Mencipta teleskop yang pertama pada tahun 1608.

Hans Lippershey (1570-1619)

Karl Jansky (1932)

Page 4: Foto Stat

Isaac Newton:

Aristotle:

Menemui hukum graviti.

Mencadangkan bahawa planet-planet dan satelit semula jadinya adalah kekal berada dalam orbit masing-masing disebabkan oleh daya tarikan graviti Matahari.

Isaac Newton (1668)

Membuktikan bahawa Bumi berbentuk sfera.

Aristotle (384-322 B.C.)

Page 5: Foto Stat

Albert Einstein:

Pythagoras:

Mengemukakan Teori Relativiti untuk menunjukkan hubungan antara masa,angkasa dan tenaga.

Albert Einstein (1879-1955)

Orang pertama yang menyatakan bahawa Bumi berbentuk sfera.Bumi kelihatan rata kerana ia sangat besar.

Pythagoras (580-500 S.M.)

Page 6: Foto Stat

TAHUN

perkembangan NEGARA/

ORGANISASI

NAMA MISI

1959 Prob Pioneer 4 dilancarkan. USA Pioneer 4 7 Ogos 1959 Gambar pertama Bumi dari orbit

ditangkap. USA (NASA)

Explorer 6

13 September 1959

Luna 2 dilancarkan tetapi jatuh ke permukaan Bulan.

USSR Luna 2

4 Oktober 1959 Gambar pertama dunia lain dari angkasa: Sisi jauh Bulan

USSR Luna 3

TAHUN

PERKEMBANGAN NEGARA/ 0RAGNISASI

NAMA MISI

19 Ogos 1960

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan pertama untuk kembali hidup dari orbit Bumi.

USSR Sputnik 5

31 Januari 1961

Hominidae pertama di angkasa, tugas pertama yang dilakukan di dalam ruang; Ham (Cimpanzi).

USA (NASA) M-R 2

19 MEI 1961

Dilancarkan pada bulan Februari 1961, ia terbang melintasi Zuhrah pada 19 Mei tahun yang sama, bagaimanapun hubungan radio dengan suar telah hilang sebelum lintas lalu, menyebabkan ia tidak mengembalikan apa-apa data.

USSR Venera 1

12 APRIL 1961Angkasawan pertama,Yuri Gagarin mengelilingi Bumi dalam sebuah kapal angkasa.

USSR Vostok 1

5 Mei 1961Alan Shepard,Orang yang kedua dan Amerika yang pertama untuk mengembara ke angkasa lepas.

USA (NASA) Freedom 7

19 Mei 1961Penerbangan pertama ke Zuhrah(Venus)-hilang perhubungan sebelum penerbangan.

USSR Venera 1

1960-1969

Page 7: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ ORGANISASI

NAMA MISI

7 MAC 1962 Pemerhatian pertama orbit solar.

USA (NASA) OSO-1

14 DISEMBER 1962

Penerbangan pertama ke Zuhrah(Venus) yang Berjaya.

USA (NASA) Mariner 2

16 JUN 1963Valentina Tereshkova,wanita pertama di angkasa. USSR Vostok 6

19 JULAI 1963Pelancaran X-15 Flight 90,merupakan penerbangan ujian dijalankan oleh NASA dan Tentera Udara Amerika Syarikat

USA (NASA)

X-15 Flight 90

18 MAC 1965

Alexey Leonov,manusia pertama yang menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA), keluar kapsul semasa misi Voskhod 2 untuk spacewalk selama 12 minit.

USSR Voskhod 2

14 JULAI 1965Penerbangan pertama melalui Marikh(Mars) dan penangkapan gambar Marikh(Mars).

USA (NASA) Mariner 4

30 Mei 1966Kapal angkasa lepas Rusia,Luna 9 mendarat di Bulan. USSR Luna 9

7 Disember 1968

Pemerhatian pertama orbit Ultraungu(Ultraviolet).

USA (NASA) OAO-2

21Disember 1968

Misi penerbangan manusia kedua dalam program United States Apollo dan menjadi kapal angkasa pertama yang dipandu oleh manusia unutk meninggalkan orbit Bumi.

USA (NASA) Apollo 8

20 julai 1969

Angkasawan Amerika,Neil Armstrong menjadi manusia pertama mendarat di Bulan.

USA (NASA) Apollo 11

Page 8: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ ORGANISASI

NAMA MISI

24 SEPTEMBER 1970

Sampel pulangan automatic pertama dari Bulan. USSR Luna 16

23 November 1970

Lunar Rover pertama yang mendarat di Bulan. USSR Lunokhod 1

12 Disember 1970

Pelancaran Pemerhati X-ray Orbit yang pertama.

USA (NASA)

Uhuru (Satellite)

23 April 1971Stesen angkasa yang pertama telah dilancarkan oleh Rusia. USSR Salyut 1

27 November 1971

Prob angkasa lepas Rusia,Mars 2 mendarat di planet Marikh (Mars). USSR Mars 2

3 Mac 1972Objek buatan manusia yang pertama yang dihantar pada escape trajectory dari Matahari.

USA (NASA) Pioneer 10

15 Julai 1972Misi pertama memasuki asteroid belt dan dan meninggalkan sistem solar dalam(Inner solar system).

USA (NASA) Pioneer 10

14 Mei 1973

Stesen angkasa lepas Amerika Syarikat yang pertama dilancarkan ke orbit.

USA (NASA) Skylab

3 disember 1973

Penerbangan pertama melalui Musytari(Jupiter).

USA (NASA) Pioneer 10

29 mac 1974 Penerbangan pertama melalui Utarid(Mercury).

USA (NASA) Mariner 10

22 Oktober 1975

Penangkapan gambar pertama Zuhrah(Venus) dari permukaannya.

USSR Venera 9

17 april 1976Penerbangan yang lebih dekat melalui Matahari (43.432 million kilometers)

USA (NASA) West Germany

(DFVLR)

Helios 2

4 DISEMBER 1978

Pelanjutan penerokaan orbit Zuhrah(Venus) 1978-1992.

USA (NASA)

Pioneer Venus Orbiter

1 September 1979

Penerbangan pertama melalui Zuhal(Saturn).

USA (NASA) Pioneer 11

1980

Voyager 1 berjaya membuat kajian jaraj dekat planetMusytari(Jupiter) dan Zuhal(Saturn).

USA (NASA) Voyager 1

1970-1980

Page 9: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ ORGANISASI

NAMA MISI

1981

“Space Shuttle”,kapal angkasa guna semula pertama yang dikendalikan oleh manusia dilancarkan.

USA (NASA)

Space Shuttle

12 april 1981

Kapal angkasa lepas ulang-alik pertama,Columbia dilancarkan dengan membawa angkasawan John W.Young dan Robert L.Crippen.

USA (NASA)

Columbia

1 mac 1982Sampel tanah dan rakaman bunyi pertama Zuhrah(Venus) diambil. USSR Venera 13

25 Januari 1983

Pemerhatian pertama Orbit Inframerah(Infrared orbital).

USA (NASA) UK (SERC) NETHERLANDS (NIVR)

IRAS

13 Jun 1983Kapal angkasa pertama yang melalui orbit Neptun (kapal angkasa pertama yang melalui semua planet Sistem Suria).

USA (NASA)

Pioneer 10

7 Februari 1984

Penerbangan pertama melalui Uranus.

USA (NASA) Voyager 2

7 Januari 1895 Penerbangan melalui Komet Halley. JAPAN Sakigake

20 Februari 1986

Pelancaran Stesen Angkasa Modular yang pertama. USSR Mir

7 Julai 1988Percubaan mengorbit Marikh(Mars),tetapi gagal kerana hilang perhubungan.

USSR Phobos 1

12 Julai 1988Percubaan sekali lagi mengorbit Marikh(Mars),tetapi gagal kerana hilang perhubungan.

USSR Phobos 2

8 OGOS 1989Pelancaran Satelit Astrometric yang pertama.

ESA Hipparcos

1989

Voyager 2 bergerak merentasi planet Pluto.

USA (NASA) Voyager 2

14 Februari 1990

Penangkapan gambar pertama keseluruhan Sistem Solar.

USA (NASA) Voyager 1

1981-SEKARA

NG

Page 10: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ORGANISASI

NAMA MISI

1990

Kapal angkasa lepas ulang-alik,Discovery membawa lima angkasawan dan berjaya menempatkan Teleskop Angkasa Lepas Hubble dalam orbit Bumi.

USA (NASA) ESA

Discovery

21 Oktober 1991

Penerbangan pertama melalui asteroid.

USA (NASA) Galileo

8 Februari 1992

Orbit polar pertama mengelilingi Matahari

USA (NASA) ESA

Ulysses

1 November 1994

Pemerhatian angin solar. USA (NASA)

WIND

22 Mac 1995Rekod tempoh paling lama penerbangan angkasa (437.7 hari) yang ditetapkan oleh Valeri Polyakov

RUSIA (FKA)

Mir

7 Disember 1995

Orbit pertama Musytari(Jupiter) USA (NASA) Galileo

1996

Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya,MEASAT-1 pada bulan Januari dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya.

MALAYSIA MEASAT

12 Februari 1997 Pemerhatian pertama radio orbit.

JAPAN (ISAS) HALCA

4 Julai 1997 Operasi rover pertama di Mars.

USA (NASA)

Mars Pathfinder

1998

Pembinaan di dalam orbit Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dimulakan.Pembinaannya dijangka siap pada pertengahan tahun 2012.

USA (NASA) RUSIA

(FKA) ESA JAPAN (JAXA) CANADA

International Space Station (ISS)

Page 11: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ ORGANISASI

NAMA MISI

3 Januari 1999Percubaan mendarat di Marikh(Mars) tetapi gagal kerana hilang perhubungan.

USA (NASA)

Mars Polar Lander/Deep Space 2 (DS2)

31 oktober 2000

Ekspedisi 1 ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dilancarkan.

USA (NASA) Ekspedisi 1

2000Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya,TiungSAT-1. MALAYSIA

TiungSAT

12 Februari 2001

Pendaratan pertama di atas asteroid.

USA (NASA)

NEAR Shoemaker

3 Julai 2002Percubaan penerbangan melalui tiga komet nukleus,tetapi gagal kerana hilang di angkasa.

USA (NASA) CONTOUR

2 Mac 2004 Pengorbit komet yang pertama. ESA

Rosetta/ Philae

3 Ogos 2004 

Pengorbit Utarid(Mercury) yang pertama

USA (NASA) MESSENGER

14 Januari 2005

Pendaratan terkawal pertama di atas Titan.

USA (NASA)

ESA

ITALY (ASI)

Cassini– Huygens

19 Januari 2006

Penerbangan pertama melalui Pluto/Charon.

USA (NASA)

New Horizons

2007

Datuk Sheikh Muszaphar Shukor menjadi angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. MALAYSIA

ISS Expedition 16

4 ogos 2007Pendaratan di kutub Marikh(Mars).

USA (NASA) Phoenix

22 Oktober 2008

Air ditemui di Bulan. INDIA Chandrayaan-1

6 Mac 2009Misi Kepler dilancarkan, teleskop angkasa pertama ditetapkan untuk mencari exoplanets seperti Bumi.

USA (NASA) Kepler Mission

14 Julai 2009Malaysia melancarkan RazakSAT pada 14 Julai 2009. MALAYSIA RazakSAT

Page 12: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ ORGANISASI

NAMA MISI

2 November 2010

Sejak Ekspedisi 1 pada tahun 2000,Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) telah dilawati seramai 196 individu daripada 8 buah negara yang berlainan.

- -

29 September 2011

Pembinaan stesen angkasa Cina yang pertama dimulakan (Dijangka siap sekitar 2020) CHINA

Tiangong (Project 921-2)

25 OGOS 2012

Probe buatan manusia yang pertama di ruang antara bintang.

USA (NASA) Voyager 1

27 JUN 2013 Pemerhatian solar.

USA (NASA) IRIS

14 September 2013

Pemerhatian atmosfera planet. JAPAN (JAXA)

Hisaki

5 November 2013

Pengorbitan Marikh(Mars). INDIA

Mars Orbiter Mission

12 November 2014

Probe buatan manusia yang pertama untuk membuat pendaratan yang terancang dan terkawal pada komet (67P / Churyumov-Gerasimenko).

ESA Rosetta

3 Disember 2014

Penerbangan melaui asteroid-penerbangan dibatalkan kerana berlaku kegagalan enjin.

JAPAN (JAXA) Procyon

11 Februari 2015 Pemerhatian solar.

USA (NASA) DSCOVR

13 Mac 2015 Penyelidikan Magnetospheric

USA (NASA

Magnetospheric Multiscale Mission

JULAI 2015

Penerbangan pertama ke planet kerdil(Pluto).

USA (NASA New Horizons

PERKEMBANG

AN YANG

Page 13: Foto Stat

TAHUN PERKEMBANGAN NEGARA/ ORGANISASI

NAMA MISI

2015 Pemerhatian angkasa. INDIA Astrosat

March 2016 Pendaratan di Marikh(Mars)

USA (NASA)

Germany France

InSight

2016 Pengorbit pertama yang akan

dikendalikan oleh India. INDIA

ISRO Orbital Vehicle

JANUARY 2017 Pengorbit Utarid(Mercury)

ESA JAPAN (JAXA)

BepiColombo

2017 Pengorbit lunar dan rover

INDIAChandrayaan-2

2017 Pengorbit lunar dan rover CHINA

Chang'e 4

2017 Pemerhatian solar

INDIA Aditya

30 julai 2018

Pengorbit solar, pendekatan solar terdekat (0.04 AU)

USA (NASA

Solar Probe Plus

Oktober 2018 Pengorbit solar. EUROPEAN UNION

SOLO

2019

Lunar lander dan rover Jepun yang pertama.

JAPAN (JAXA) SLIM

2020 Misi Rover Marikh(Mars) 2020

USA (NASA)

-

2020

Pengorbit Marikh(Mars) Saudi Arabia.

SAUDI ARABIA Al Amal/Hope

Terdapat tiga jenis teleskop yang selalu digunakan,iaitu,

PERKEMBANG

AN YANG

Page 14: Foto Stat

Teleskop Pembiasan

Teleskop Pemantulan

Teleskop Radio

PETA i-THINK (PETA BUIH):

(SUMBER:INTERNET)

TELESKOP PEMBIASAN:

Menggunakan kanta (lens) untuk

membentuk sebuah gambar.

TELESKOP PEMANTULAN:

Menggunakan cermin untuk mengambil dan menghantar gambar

tentang angkasa lepas.

TELESKOP RADIO:

Mengesan dan menggumpul data

daripada objek-objek di angkasa lepas yang

memancarkan gelombang radio

JENIS-JENIS

TELESKOP

Page 15: Foto Stat

Kini,Teleskop Angkasa seperti Teleskop Angkasa Lepas Hubble digunakan untuk memerhatikan galaksi.

Penciptaan Roket Cecair-Bahan Bakar (Liquid-Fuelled Rocket) oleh Robert Goddard menjadi asas kepada penciptaan roket yang digunakan kini.

Roket merupakan pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket.

Roket digunakan untuk melancarkan satelit,kapal angkasa atau prob ke angkasa lepas.

Roket tidak boleh digunakan beberapa kali.

Kini,peranan roket telah digantikan oleh kapal angkasa ulang alik.

Explorer ialah satelit pertama Amerika Syarikat yang dilancarkan menggunakan roket 4-peringkat pada tahun 1958.

Terdapat beberapa roket yang pernah digunakan,misalnya,

ROKET :

Page 16: Foto Stat

PETA i-THINK (PETA BULATAN)

CONTOH-CONTOH ROKET

Roket DeltaRoket Zenit

Roket Ariane

Sounding Rockets

Roket Soyuz Falcon 9

Buku

GuruInternet

KAPAL

ANGKASA

LEPAS

(SPACECR

AFT / SPACESHIP) :

Page 17: Foto Stat

Penghasilan kapal angkasa adalah hasil kerja satu kumpulan yang sangat besar.Namun,kumpulan tersebut tidak diketahui.

Kapal angkasa yang pertama dicipta ialah Vostok 1,iaitu kapal angkasa yang digunakan oleh Yuri Gagarin pada tahun 1961 untuk mengelilingi Bumi.

Kapal angkasa lepas atau pesawat angkasa lepas dilancarkan ke angkasa lepas bagi mendapatkan dan mengumpulkan maklumat mengenai angkasa lepas.

Kapal angkasa juga digunakan untuk mengorbit planet dan menghantar gambar-gambar dan data-data angkasa lepas ke Bumi.

Kapal angkasa yang membawa angkasawan memerlukan roket melancarkannya ke angkasa lepas.

Terdapat beberapa contoh kapal angkasa ynag pernah dilancarkan ke angkasa lepas,antaranya termasuklah,

PETA i-THINK (PETA TITI).

CONTOH KAPAL Kapal Angkasa Kapal Angkasa Kapal Angkasa

ANGKASA LEPAS Lepas Gemini as Lepas Soyuz TMA as Lepas Phoenix

NEGARA/ U.S.A NASA RUSSIA U.S.A NASA

ORGANISASI

(SUMBER:INTERNET)

Page 18: Foto Stat

Kapal angkasa lepas ulang alik yang pertama,iaitu Columbia dicipta oleh Syarikat NASA dari Amerika Syarikat.

Kapal angkasa lepas ulang alik adalah kapal angkasa boleh guna semula yang beroperasi untuk misi penerbangan angkasa manusia.

Kapal angkasa lepas ulang alik digunakan untuk,

Membawa angkasawan dan kelengkapan penyelidikan ke angkasa lepas.

Melancarkan prob angkasa lepas atau satelit ke angkasa lepas.

Membawa balik satelit-satelit di angkasa lepas yang tidak berfungsi atau rosak ke

Bumi untuk dibaiki semula.

Amerika Syarikat telah menghasilkan sebanyak lima buah kapal angkasa ulang alik, tetapi kini hanya terdapat tiga buah yang masih tinggal.

NASA telah mengumumkan untuk menamatkan penciptaan kapal angkasa ulang aliknya bermula pada tahun 2010 dan akan menggantikannya dengan Orion.

KAPAL

ANGKASA

LEPAS ULANG ALIK

(SHUTTLE

SPACECRAFT) :

Page 19: Foto Stat

Antara contoh kapal angkasa lepas ulang alik termasuklah,

PETA i-THINK (PETA DAKAP).

CONTOH-CONTOH Discovery

KAPAL ANGKASA Challenger

LEPAS ULANG ALIK Atlantis

Endeavour

(SUMBER:INTERNET)

STESEN

ANGKASA

LEPAS :

Page 20: Foto Stat

Stesen angkasa lepas yang pertama ialah Salyut 1 yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet (Soviet Union) pada 19 April 1971.

Stesen angkasa lepas merupakan sebuah struktur buatan yang direka untuk manusia hidup di angkasa lepas.

Stesen ini biasanya mengorbit Bumi lebih kurang lebih kurang pada ketinggian 300-480 kilometer dari permukaan Bumi.

Stesen angkasa direka untuk didiami dalam tempoh sederhana di orbit, untuk jangka masa beberapa minggu, bulan, atau tahun.

Stesen angkasa lepas dilengkapi dengan pangkalan cantum di mana kapal angkasa lain boleh berpangkalan di situ.

Stesen angkasa lepas digunakan untuk tujuan penyelidikan.Angkasawan juga boleh melakukan eksperimen saintifik di situ.

Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk melancarkan stesen angkasa lepas,iaitu,

Kaedah Monolitik

Kaedah Modular

PETA i-THINK (PETA BUIH BERGANDA).

Dilancarkan ke angkasa

lepas

Monolitik

Modular

Kaedah ini membenarkan fleksibiliti

yang lebih baik dalam operasi, serta membuang keperluan untuk sebuah

kenderaan pelancar tunggal yang amat

berbuasa.

Bertujuan bagi dibina dan dilancarkan dalam

satu bahagian, dan diduduki oleh anak kapal kemudiannya.

Contoh Stesen Angkasa Lepas:

Stesen Angkasa Lepas Mir

Stesen Angkasa Lepas SAA

Contoh Stesen Angkasa Lepas:

Stesen Angkasa Lepas Skylab

Stesen Angkasa Lepas Salyut

Page 21: Foto Stat

(SUMBER:INTERNET)

Stesen angkasa lepas juga digunakan untuk kegunaan tentera dan awam.

Stesen angkasa terakhir yang digunakan bagi tujuan ketenteraan adalah Salyut 5, yang mana digunakan oleh program Almaz, Kesatuan Soviet pada tahun 1976 dan 1977.

Stesen-stesen terdahulu adalah Almaz, siri-siri Salyut, Skylab dan Mir.

Satu-satunya stesen angkasa yang sedang digunakan kini adalah Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS ).

Prob angkasa lepas ialah kapal angkasa yang tidak tidak membawa manusia,sebaliknya ia membawa robot.

PROB ANGKA

SA LEPAS :

Page 22: Foto Stat

Prob angkasa pelas digunakan untuk penerokaan bulan,planet lain dan ruang angkasa yang jauh.

Kesatuan soviet atau Russian merupakan orang yang menghantar prob angkasa lepas yang pertama ke angkasa lepas.

Prob angkasa lepas merupakan satu prob yang mengembara merentasi ruang angkasa untuk mengumpul maklumat. Prob menghantar data kembali ke bumi untuk dikaji oleh saintis.

Prob angkasa lepas menghantar maklumat menerusi gelombang radio kembali ke bumi.

Data yang dikumpulkan digunakan untuk membantu ahli sains memahami cuaca dan sebarang perubahan yang berlaku di planet-planet lain selain daripada Bumi.

Berikut adalah beberapa contoh pro angkasa lepas,

PETA i-THINK (PETA ALIR).

CONTOH-CONTOH PROB ANGKASA

(SUMBER:INTERNET)

MARINER 9 MARINER 10

VENERA 7 VENERA 4

Page 23: Foto Stat

Bulan adalah satelit kepada planet Bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.

Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.

Satelit buatan manusia adalah objek yang dilancarkan dan ditempatkan dalam orbit mengelilingi Bumi.

Satelit digunakan untuk mengumpul maklumat tentang angkasa lepas dan bagi tujuan telekomunikasi serta ramalan cuaca.

Satelit buatan manusia yang pertama ialah Sputnik 1,yang dilancarkan oleh Russia (Kesatuan Soviet) pada 4 Oktober 1957 dan kemudian diikuti oleh Sputnik 2 yang dilancarkan pada 3 November 1957.

SATELIT :

Page 24: Foto Stat

Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.

Satelit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,iaitu,

Satelit Komunikasi

Satelit Navigasi

Satelit Alam Sekitar

Satelit Cuaca

Satelit Tentera

PETA i-THINK (PETA POKOK).

Pengelasan Satelit Buatan Manusia

Satelit Satelit

Komunikasi Cuaca

Memainkan Digunakan

peranan yang oleh ahli

penting dalam kaji cuaca

komunikasi untuk

sedunia. Satelit Navigasi Satelit Tentera meramal

cuaca dan

Membantu syarikat penerbangan Data untuk iklim

untuk mengawal lalu lintas di meningkatkan

udara. pertahanan negara

Page 25: Foto Stat

Satelit Alam Sekitar

(SUMBER:BUKU RUJUKAN)

Mengenal pasti kawasan di Bumi

Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.

Orbit rendah bumi (Low Earth Orbit, LEO): 200 – 1200 km

Orbit medium bumi (Medium Earth Orbit, MEO atau ICO): 1200 - 35790 km

Orbit geosegerak (Geosynchronous Orbit, GEO): 35790 km

Orbit geopegun (Geostationary Orbit, GSO): sejenis orbit geosegerak

Orbit tinggi bumi (High Earth Orbit, HEO): di atas 35790 km

Orbit-orbit berikut pula merupakan orbit khusus yang digunakan untuk mengkategorikan satelit:

Orbit Molniya

Orbit segerak matahari (Heliosynchronous)

Orbit kutub

Orbit pemindahan bulan (LTO)

Antara satelit yang pernah dilancarkan oleh Malaysia ialah MEASAT-1,MEASAT-2,RazakSAT,dan TiungSAT-1.

LUNAR

ROVER :

Page 26: Foto Stat

Lunokhod 1 ialah luna rover yang pertama yang dicipta dan dilancarkan ke bulan oleh Kesatuan Soviet (Soviet Union).

Lunar rover digunakan untuk bergerak melintasi permukaan Bulan.

Beberapa Lunar rover direka untuk mengangkut krew penerbangan ke angkasa lepas seperti program US Apollo Lunar Roving.

Pada tahun 2013,tiga buah negara telah memiliki lunar rover di Bulan iaitu negara Russia,Amerika Syarikat dan China.

Sut angkasawan yang pertama dicipta oleh Russell Colley.

SUT ANGKASAWAN

:

Page 27: Foto Stat

Sut angkasawan yang pertama dipakai oleh Yuri Gagarin pada tahun 1961.

Sut angkasawan selalunya diapakai oleh angkasawan semasa menjelajah ke angkasa lepas.

Sut angkasawan dimeteraikan sepenuhnya supaya angkasawan dapat hidup dalam keadaan yang sejuk dan tidak berhawa.

Sut angkasawan meliputi seluruh badan seseorang angkasawan dan diberi sarung tangan untuk tangan dan topi keledar untuk kepala serta visor yang jelas bagi muka untuk tujuan penglihatan.

Angkasawan memakai sut ini semasa berada di dalam kapal angkasa dan stesen angkasa.

Sut angkasawan juga disediakan oksigen booster yang memberi oksigen kepada angkasawan untuk bernafas semasa memakai sut ini.

LIF ANGKA

SA (SPACE ELEVAT

OR) :

Page 28: Foto Stat

Lif angkasa merupakan salah satu pengangkutan di ruang angkasa lepas.

Lif angkasa yang pertama dicipta oleh seorang saintis Russia yang bernama Konstantin Tsiolkovsky pada tahun 1895.

Lif angkasa digunakan untuk mengirimkan peralatan dan barangan yang diperlukan di angkasa lepas dari permukaan Bumi ke angkasa lepas.