EADLI YASHIR KUCHIT [email protected] ISU berhubung kegemukan dan cara mengawal penyakit adalah an- tara topik yang hangat dibincang dalam forum kesihatan anjuran Be- rita Harian (BH) semalam. Tidak kurang juga di kalangan peserta yang ingin tahu kos pembe- dahan mengatasi kegemukan dan risikonya. Turut mencetuskan perbinca- ngan ialah cara pemakanan tidak berlebihan hingga menyebabkan kegemukan. Forum kesihatan di auditorium Singapore Press Holdings (SPH) di Toa Payoh North itu adalah seba- hagian usaha akhbar ini meningkat- kan kesedaran tentang isu kesiha- tan yang menjejas masyarakat Melayu/Islam. Ia dianjurkan den- gan sokongan Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC). Hujan lebat pagi semalam tidak menghambat sekitar 200 peserta menghadiri forum setengah hari itu. Berdasarkan soalan dan perbin- cangan, peserta kelihatan dahaga- kan ilmu bagi membantu mengawal berat badan. Memulakan perbincangan di Fo- rum itu, Konsultan dari Pusat Pen- gurusan dan Pembedahan Obesiti di Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Asim Shabbir, berkata kegemukan adalah penyakit yang ada rawatannya. “Obesiti boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius sep- erti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok, masalah tidur, sem- put, gagal mengawal air kencing, sa- kit belakang, ketidaksuburan dan pelbagai lagi,” katanya. Satu cara menangani obesiti ialah menerusi pembedahan bari- atrik iaitu rawatan pemotongan pe- rut yang dilakukan supaya bahagi- an berkenaan menjadi lebih kecil. Forum itu turut menampilkan Dr Fadzil Hamzah, Doktor Residen Kanan Pusat Perubatan Sukan Changi, Hospital Besar Changi (CGH). Dalam ceramahnya, beliau menekankan pentingnya mencapai keseimbangan dalam ‘bank’ badan manusia. “Apa yang kita makan atau ma- sukkan ke dalam badan tidak se- harusnya melebihi apa yang tubuh kita keluarkan atau perlukan untuk tenaga,” kata Dr Fadzil. Dalam hal ini, amalan meman- tau jenis makanan juga penting. Se- bagai contoh, hidangan nasi ayam mengandungi bilangan kalori lebih tinggi berbanding perata. Bagi mem- bakar 600 kalori dalam sepinggan nasi ayam, seseorang itu perlu ber- jalan selama hampir tiga jam. Dua lagi penceramah yang ditampilkan ialah Pengurus Jurura- wat Klinikal Kanan, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Adzhari Boimin; dan Doktor Re- siden Eha Clinic, Dr Elias Tam. Encik Adzhari memberi penera- ngan tentang pelbagai aspek masalah ginjal serta cara mencegah penyakit kencing manis. Dr Elias pula membincangkan perihal kulit dan penjagaannya. Sesi soal jawab juga menarik perbincangan hangat tentang masalah kegemukan. Beberapa peserta turut mengam- bil kesempatan mengajukan soalan semasa beramah-tamah dengan penceramah selepas forum itu. Ramai dahaga ilmu kawal berat badan OBESITI JEJAS KESIHATAN: Sekitar 200 peserta hadir di Forum Kesihatan Berita Harian yang membincangkan pelbagai isu kesihatan yang menjejas masyarakat Melayu/Islam. – Foto KHALID BABA Kegemukan, kaitan dengan penyakit dan kos pembedahan kuruskan badan antara topik hangat FORUM KESIHATAN BH Berita Minggu | 6 April 2014 5 Berita