-
www.civildefence.gov.my
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MENYELAMAT KAPA
A.SYARAT PENYERTAAN.
Terbuka kepada semua negeri yang menyertai Perkhemahan Integrasi
Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan.
Setiap negeri di kehendaki menghantar dua ( 02 ) pasukan
mengikut pecahan berikut ;
a) Kategori lelaki b) Kategori perempuan
Setiap pasukan terdiri dari lima ( 05 ) anggota kadet yang
berdaftar.
Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap
kecergasan yang baik dan tidak mengalami apa-apa penyakit yang
merbahaya.
Pakaian bagi pertandingan adalah pakaian operasi no. 4. Para
peserta dilarang mengenakan pakaian mahupun eksesori lain selain
daripada yang dibenarkan (jika didapati melanggar peraturan
tersebut, 1 minit tambahan setiap kesalahan yang ditemui).
-
www.civildefence.gov.my
B.KELAYAKAN ANGGOTA PASUKAN.
Setiap anggota kadet pasukan yang bertanding mestilah merupakan
anggota KAPA yang berdaftar.
Setiap anggota pasukan yang bertanding digalakkan memiliki skim
perlindungan insurans peribadi ataupun perlindungan
berkelompok.
Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Negeri atau Ketua Pasukan
atau Pegawai Pengiring untuk memastikan tahap kesihatan dan
kecergasan setiap anggota pasukannya.
Syarat yang tersebut diatas ditetapkan bagi melindungi kedua-dua
pihak iaitu peserta dan penganjur.
Semua peserta yang terlibat wajib mengisi BORANG PERAKUAN
KESIHATAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (Pekeliling Jabatan
Pertahanan Awam 2012)
-
www.civildefence.gov.my
C. PENDAFTARAN PENYERTAAN.
Setiap pasukan KAPA yang bertanding hendaklah melengkapkan
borang-borang yang disediakan oleh pihak urusetia dan
mengembalikannya kepada pihak urusetia Pertandingan Menyelamat KAPA
selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pertandingan.
Borang yang lewat diserah atau diserah tidak lengkap boleh
menyebabkan penyertaan ditolak atau dikenakan penalti oleh pihak
urusetia.
Ketelusan dalam membekalkan maklumat di dalam borang-borang
penyertaan adalah menjadi tanggungjawab individu dan pasukan
bertanding. Kepincangan maklumat boleh mengakibatkan masalah pada
masa akan datang.
-
www.civildefence.gov.my
D.URUSETIA / PENGADIL PERTANDINGAN.
Urusetia dan Pengadil bagi Pertandingan Menyelamat KAPA ini
merupakan pegawai-pegawai dari Akademi Latihan Pertahanan Awam
Malaysia( (ALPHA) Bangi.
Pihak urusetia pertandingan, berhak untuk membatalkan penyertaan
mana-mana pasukan bertanding sekiranya peserta gagal mematuhi
peraturan dan syarat yang telah disenaraikan.
Pengadil dan pemerhati akan ditempatkan di sekitar kawasan
pertandingan bagi tujuan mengadili dan menentukan keselamatan
peserta bertanding.
Pengadil berhak menghentikan sementara atau membatalkan
pertandingan jika didapati teknik menyelamat yang digunakan salah
dan merbahaya.
Segala keputusan pengadil adalah muktamad, walau bagaimanapun
bantahan bertulis bolehlah dibuat dengan mengisi borang yang
disediakan beserta bayaran RM200.00. Bantahan lisan tidak akan
dilayan sama sekali.
-
www.civildefence.gov.my
E.PERALATAN PERTANDINGAN.
Segala peralatan yang diperlukan bagi memenuhi kehendak
pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur / urusetia
pertandingan.
Peralatan peralatan tersebut ;
Stretcher MK IISelimutTali karnmantel 40 kakiKain segi tigaPeti
pertolongan cemasPatung manikinHelmetSarung tangan
Pasukan dibenarkan menggunakan peralatan sendiri dengan syarat
memaklumkan kepada pihak pengelola.
Keselamatan peralatan yang dibawa bertanding adalah menjadi
tanggungjawab pasukan itu sendiri.
-
www.civildefence.gov.my
F. FORMAT PERTANDINGAN
Pasukan bertanding dikehendaki melapor diri ke khemah urusetia,
10 minit sebelum gilirannya bermula.
Setiap pasukan akan diketuai oleh seorang ( 01 ) ketua dan empat
( 04 ) penyelamat.
Setiap pasukan yang terlibat perlu menamatkan semua proses
pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
pertandingan.
Pasukan yang bertanding akan melalui empat ( 04 ) check point
yang telah disediakan. Empat check point tersebut adalah;
a) Halangan tayar (halangan)b) Rawatan pertolongan cemas
(tugasan)c) Commando crawl (halangan)d) Ruangan sempit
(halangan)
Anggota pasukan perlu membuat rawatan pertolongan cemas yang
betul dan sewajarnya berdasarkan tag kecederaan yang diletakkan di
badan mangsa. (Leceration dahi, fracture radius, dan fracture
tibia)
Laksanakan protokol dan rawatan mengikut kaedah pertolongan
cemas ,menyelimut dan mengikat mangsa di usungan mengikut tatacara
penyelamat dan cara membawa mangsa melalui halangan mengikut
tatacara yang betul.
Tempat mula dan tamat akan diletakkan tag berupa MULA dan
TAMAT
-
www.civildefence.gov.my
G. GERAK KERJA BAGI PERTANDINGAN MENYELAMAT (KAPA) Pertandingan
yang akan dipertandingkan merangkumi aspek :
Semua peserta bersedia di garisan permulaan.
Peralatan penyelamat akan diletakkan digarisan permulaan.
Ketua pasukan mesti melapor kepada pengadil. Pertandingan
dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan (selepas ketua pasukan
melapor kepada pengadil).
CHECK POINT 1
Semua peserta akan merempuh halangan 1 dengan membawa segala
peralatan menyelamat. Peserta perlu melalui halangan 1 tanpa
terjatuh atau peralatan terjatuh, sekiranya berlaku demikian
penalti akan dikenakan.
CHECK POINTAKTIVITI1MEREMPUH HALANGAN (HALANGAN)2RAWATAN
PERTOLONGAN CEMAS (TUGASAN)3RAWATAN DAN COMANDO CRAWL
(HALANGAN)4RUANGAN SEMPIT (HALANGAN)
-
www.civildefence.gov.my
CHECK POINT 2
Mangsa akan diletakkan selepas halangan 1. Peserta perlu memberi
rawatan yang sewajarnya setelah menghampiri mangsa tersebut.
Rawatan yang diberikan adalah mengikut tag kecederaan yang berada
di badan mangsa.
Peserta perlu menyelimut dan mengikat mangsa pada usungan dengan
betul dan selamat.
Seterusnya peserta akan mengangkat dan mengusung mangsa untuk
check point seterusnya
CHECK POINT 3
Peserta perlu mengusung mangsa dan melalui check point 3 dengan
teknik comando crawl.
Peserta perlu memastikan keselamatan diri dan mangsa dalam
keadaan terkawal.
CHECK POINT 4
Peserta perlu membawa mangsa melalui halangan seterusnya iaitu
dari check point 3 ke check point 4. Teknik usungan mangsa dan
melalui ruangan sempit hendaklah dengan cara yang betul dan
selamat. Pihak pengadil boleh mengenakan penalti atau
memberhentikan pertandingan sekiranya teknik mengusung mangsa tidak
betul.
Ketua pasukan perlu melapor kepada pengadil selepas berakhirnya
halangan 4 dan semua peserta berada di garisan penamat dan wisel
penamat akan dibunyikan.
-
LAYOUT PERTANDINGAN KEMAHIRAN MENYELAMAT KAPA
MULAHalangan 1(Tayar)Tugasan Mangsa30 kgHalangan 2(Commando
Crawl)Halangan 3(Ruangan Sempit)
5 meter
15 meter15 meter5 meterTAMAT
CP 1CP 2CP 4CP 3
-
www.civildefence.gov.my
H. PEMARKAHAN
Bagi menentukan kalah dan menang, pasukan yang mencatat masa
terpantas akan dikira pemenang walaubagaimanapun keselamatan juga
menjadi faktor penting semasa pertandingan.
Bagi setiap kesalahan yang dilakukan, penalty berbentuk tambahan
masa akan dikenakan. Jumlah keseluruhan penalty akan ditambahkan
kepada catatan masa bagi mendapatkan masa keseluruhan.
Sekiranya terdapat catatan masa yang sama melebihi dari satu
penyertaan, maka jumlah penalty yang terkurang akan diambil kira
bagi menentukan kedudukan tempat pemenang pertandingan.
-
www.civildefence.gov.my
PEMARKAHAN
BILCONTOH KESALAHANPENALTI (MINIT)1.Peranan ketua dan
penyelamat.12.Tatacara melalui halangan yang salah 1 3.Peralatan
terjatuh atau tercicir34.tatacara perawatan yang salah35.Kesalahan
teknik menyelimut & ikatan di usungan. 36.Lain-lain
kesalahan.17.Perbuatan yang membahayakan diri / anggota pasukan
lain.Dibatalkan penyertaan8.Perbuatan yang membawa kepada
kecederaan kepada anggota pasukanDibatalkan penyertaan9.Gagal
menyelesaikan keseluruhan halangan.Dibatalkan penyertaan
-
www.civildefence.gov.my
FORMAT PERMARKAHAN
CHECK POINT 1
BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1
MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Peserta terjatuh
semasa melalui halangan111113Kelengkapan menyelamat yang dibawa
terjatuh semasa melalui halangan 222224Peserta tidak melalui setiap
halangan tayar tersebut (urutan tayar).111115Lain-lain kesalahan
(major)333336Lain-lain kesalahan (major)333337Lain-lain kesalahan
(minor111118Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT
KESELURUHAN
-
www.civildefence.gov.my
FORMAT PERMARKAHAN
CHECK POINT 2
BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1
MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Tidak mendapatkan
tindak balas mangsa111113Rawatan yang diberikan tidak sesuai
mengikut kecederaan222224Rawatan yang diberikan tidak
kemas111115Tidak menyelimut mangsa3----6Tidak mengikat mangsa pada
streacher3----7Kesalahan teknik ikatan mangsa pada usungan
1----8Kesalahan teknik mengangkat mangsa 1----9Lain-lain kesalahan
(major)3333310Lain-lain kesalahan (major)3333311Lain-lain kesalahan
(minor1111112Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT
KESELURUHAN
-
www.civildefence.gov.my
FORMAT PERMARKAHAN
CHECK POINT 3
BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1
MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Kesalahan teknik
meletak mangsa 1----3Kesalahan teknik membawa mangsa semasa melalui
halangan 3 1----4Kesalahan teknik mengangkat mangsa 1----5Lain-lain
kesalahan (major)333336Lain-lain kesalahan (major)333337Lain-lain
kesalahan (minor111118Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT
KESELURUHAN
-
www.civildefence.gov.my
FORMAT PERMARKAHAN
CHECK POINT 4
BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1
MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Kesalahan teknik
meletak mangsa 1----3Kesalahan teknik memasuki ruang sempit
1----4Kesalahan teknik mengusung mangsa di dalam ruang
sempit111115Kesalahan teknik mengangkat mangsa 1----6Lain-lain
kesalahan (major)333337Lain-lain kesalahan (major)333338Lain-lain
kesalahan (minor111119Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT
KESELURUHAN
-
www.civildefence.gov.my
MARKAH UNTUK KEPANTASAN
Setiap kumpulan akan diberikan markah tambahan mengikut
kepantasan masa yang dicatatkan.
1 minit - 9 minit=10 markah
10 minit - 12 minit =7 markah
13 minit 15 minit =5 markah
16 minit - 19 minit =3 markah
Melebihi 20 minit =1 markah
-
www.civildefence.gov.my
SEKIAN TERIMA KASIH