1 PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF 1. PANDUAN Panduan ini disediakan untuk membantu pelajar Tahun Akhir di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Unimas untuk menyediakan laporan projek tahun akhir (PTA) mereka. Panduan ini memberi penjelasan terperinci tentang format fizikal dan prosedur penyerahan laporan projek. Adalah menjadi tanggungjawab Fakulti untuk memastikan laporan masing-masing disediakan mengikut panduan ini. 2. OBJEKTIF Melalui garis panduan ini fakulti telah menyediakan format dokumen yang seragam untuk diikuti oleh pelajar. Semua pelajar yang mencapai tahun akhir pengajian wajib menyediakan dokumen penulisan ilmiah sebagai sebahagian daripada keperluan untuk bergraduat. Keseragaman untuk mendokumenkan penulisan ilmiah ini penting sebagai disiplin dan kualiti persembahan. Dokumen penulisan ilmiah ini penting sebagai bahan bukti penyelidikan pelajar. Kegagalan untuk menyediakan dokumen penulisan ilmiah ini serta tidak mengikut keseragaman format yang diberikan boleh menjejaskan penilaian. Pelajar yang tidak menyediakan dokumen penulisan ilmiah ini dianggap tidak melengkapi keperluan kursus Penyelidikan dan Projek Akhir pelajar. 3. SYARAT DOKUMENTASI 3.1 Penulisan Ilmiah ini disediakan untuk keperluan pelajar tahun akhir kursus Penyelidikan dan Projek Akhir program masing-masing 3.2 Pemantauan dokumentasi ini akan dilakukan oleh pensyarah penyelia kursus berkenaan. 3.3 Pelajar perlu memenuhi format dokumentasi yang telah ditetapkan oleh Fakulti sebelum dihantar. 3.4 Dokumen ini akan disahkan untuk dijilid apabila deraf akhir diperakui oleh penyelia dan tiada pindaan atau pembetulan lagi. Tarikh deraf akhir perlu disahkan akan dimaklumkan. 4. FORMAT Sila rujuk ‘GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF FINAL YEAR PROJECT (FYP) REPORT’ bersama garis panduan ini. 5. SUSUNATUR Berikut ialah satu contoh turutan kandungan untuk laporan projek. a. Halaman Tajuk (Lampiran 1) b. Borang Pengesahan Status Laporan (Lampiran 2)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN
PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
1. PANDUAN
Panduan ini disediakan untuk membantu pelajar Tahun Akhir di Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif, Unimas untuk menyediakan laporan projek tahun akhir (PTA)
mereka. Panduan ini memberi penjelasan terperinci tentang format fizikal dan
prosedur penyerahan laporan projek. Adalah menjadi tanggungjawab Fakulti untuk
memastikan laporan masing-masing disediakan mengikut panduan ini.
2. OBJEKTIF
Melalui garis panduan ini fakulti telah menyediakan format dokumen yang seragam
untuk diikuti oleh pelajar. Semua pelajar yang mencapai tahun akhir pengajian
wajib menyediakan dokumen penulisan ilmiah sebagai sebahagian daripada
keperluan untuk bergraduat. Keseragaman untuk mendokumenkan penulisan
ilmiah ini penting sebagai disiplin dan kualiti persembahan. Dokumen penulisan
ilmiah ini penting sebagai bahan bukti penyelidikan pelajar. Kegagalan untuk
menyediakan dokumen penulisan ilmiah ini serta tidak mengikut keseragaman
format yang diberikan boleh menjejaskan penilaian. Pelajar yang tidak menyediakan
dokumen penulisan ilmiah ini dianggap tidak melengkapi keperluan kursus
Penyelidikan dan Projek Akhir pelajar.
3. SYARAT DOKUMENTASI
3.1 Penulisan Ilmiah ini disediakan untuk keperluan pelajar tahun akhir kursus
Penyelidikan dan Projek Akhir program masing-masing
3.2 Pemantauan dokumentasi ini akan dilakukan oleh pensyarah penyelia kursus
berkenaan.
3.3 Pelajar perlu memenuhi format dokumentasi yang telah ditetapkan oleh
Fakulti sebelum dihantar.
3.4 Dokumen ini akan disahkan untuk dijilid apabila deraf akhir diperakui oleh
penyelia dan tiada pindaan atau pembetulan lagi. Tarikh deraf akhir perlu
disahkan akan dimaklumkan.
4. FORMAT
Sila rujuk ‘GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF FINAL YEAR PROJECT
(FYP) REPORT’ bersama garis panduan ini.
5. SUSUNATUR
Berikut ialah satu contoh turutan kandungan untuk laporan projek.
a. Halaman Tajuk (Lampiran 1)
b. Borang Pengesahan Status Laporan (Lampiran 2)
2
c. Pengesahan dan Tandatangan Penyelia (Lampiran 3)
d. Penghargaan
e. Jadual Kandungan
f. Abstrak (dalam Bahasa Melayu dan Inggeris)
g. Teks Utama Laporan yang Disusun Mengikut Bab
h. Rujukan
i. Lampiran (opsyen)
5.1 Halaman Tajuk
Tajuk projek mestilah seringkas dan setepat mungkin dalam memberikan
penjelasan tentang projek. Format halaman tajuk disediakan. Sila rujuk
Lampiran 1
5.2 Borang Pengesahan Status Laporan
Borang ini perlu diisi dan ditandatangani oleh pelajar dan penyelia dan
dijilidkan pada mukasurat pertama selepas muka depan laporan. Sila rujuk
Lampiran 2.
5.3 Pengesahan dan Tandatangan Penyelia
Halaman ini memerlukan tandatangan penyelia untuk mengesahkan bahawa
laporan telah diterima untuk diperiksa oleh beliau. Sila rujuk Lampiran 3.
5.4 Penghargaan
Halaman ini biasanya memuatkan kenyataan penghargaan yang ringkas bagi
menghargai individu dan/atau organisasi yang telah membantu menjayakan
projek. Halaman dedikasi yang ditujukan kepada orang yang tertentu perlu
dielakkan.
5.5 Jadual Kandungan
Tajuk semua halaman tambahan serta tajuk dan subtajuk semua tahap bagi
semua halaman bab termasuk nombor halaman tempat perkara-perkara
tersebut diletakkan mestilah disenaraikan dalam jadual kandungan. Setiap
tajuk dan subtajuk bagi semua tahap dalam Jadual Kandungan mesti sama
seperti yang tercatat dalam laporan. Untuk laporan yang mempunyai banyak
sub-tajuk, pelajar perlu menggunakan sistem penomboran berhirarki
(misalnya, 3.1, 3.1.1, seterusnya). Sistem penomboran sedemikian berserta
penggunaan huruf kecil dan huruf besar, identasi dan italik yang bijak boleh
memberikan ringkasan tentang hubungkait antara bahagian-bahagian laporan.
5.6 Abstrak
Abstrak dan tajuk projek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah
diperlukan. Abstrak adalah ringkasan objektif projek, pengkaedahan yang
diguna, penemuan yang signifikan dalam konteks bidang kajian dan
kesimpulan. Abstrak mestilah ditaip dalam satu perenggan sahaja dan tidak
melebihi satu halaman teks yang bertaip langkau dua baris (iaitu 100-400
3
perkataan). Abstrak dalam Bahasa Inggeris perlu menggunakan fon gaya italik
sekiranya laporan ditulis dalam bahasa Malaysia atau sebaliknya.
5.7 Teks Utama Dokumentasi/ Laporan/ Penulisan Ilmiah
Teks utama dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah biasanya disusun
berdasarkan bab atau bahagian yang dinomborkan secara berturutan.
Organisasi dalaman sesebuah dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah adalah
bergantung kepada hasil perbincangan pelajar dengan penyelianya. Susunan
bergantung pada bidang kajian, tetapi calon adalah bertanggungjawab untuk
menyediakan dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah yang tersusun rapi dan
sistematik. Keseluruhan teks utama mesti menggunakan fon yang dibenarkan
sahaja, langkauan dua baris dan susunan penuh.
Setiap bab perlu dimulakan dengan nombor bab dan diikuti oleh tajuk bab
berkenaan. Subtajuk pada setiap tahap perlu dinomborkan secara berturutan.
Perenggan pertama sejurus selepas subtajuk pada setiap tahap perlu
diasingkan oleh satu baris kosong dan ditaip langkau ke dalam (indentasi)
sebanyak 1 cm. Setiap perenggan yang seterusnya juga perlu dimulakan
dengan langkau ke dalam yang sama.
Metodologi penyelidikan penting bagi mengenalpasti kaedah perlaksanaan
penyelidikan yang dijalankan. Dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah yang
baik biasanya mengandungi struktur penulisan teks yang bersistem.
Dimulakan dengan bahagian seperti yang disenaraikan di bawah. Walau
bagaimanapun, bahagian ini boleh diubah mengikut kesesuaian projek setelah
mendapat persetujuan daripada penyelia.
5.7.1 Pengenalan
Bahagian ini sepatutnya memperkenalkan topik atau isu yang dikaji,