HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul- betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA
PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya
kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986)
mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang
terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan
definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala
mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan
sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam
Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science
of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in
two or more related languages”.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai
bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini
diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal
belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-
betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat
dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari
paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang
sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara,
udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan
bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah
atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau
diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui
rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat
sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan
bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari
paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan
bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil
apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak
bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa
Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis
konsonan iaitu :
a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis
bersuara ( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,