Top Banner
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : WEE WEI CHUAN : FATIN AIN NABILA BINTI N
13

Fonem segmental dalam bahasa Melayu

Apr 13, 2017

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

FONEM SEGMENTAL

DALAM BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : WEE WEI CHUAN : FATIN AIN NABILA BINTI NORMI

Page 2: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SENGAUANBunyi sengau dihasilkan apabila

lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.

Semua bunyi sengau adalah bersuara.Empat bunyi konsonan sengau dalam

bahasa Melayu iaitu :[m][n][ᶮ][ᵑ]

Page 3: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SENGAUAN• Dihasilkan apabila bibir bawah

dirapatkan kepada bibir atas• Lelangit lembut dalam keadaan

biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung

• Contoh perkataan : makan, rimba, malam

Sengau dua bibir bersuara

[m]• Dihasilkan dengan hujung lidah

dirapatkan kepada gusi• Lelangit lembut dalam keadaan

biasa• Contoh perkataan : nasi,

bandar, taman

Sengau gusi

bersuara [n]

Page 4: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SENGAUAN• Dihasilkan dengan depan

lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi

• Lelangit lembut dalam keadaan biasa

• Contoh perkataan : nyiru, senyap, nyamuk

Sengau lelangit keras gusi

bersuara [ᶮ]

• Dihasilkan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut

• Contoh perkataan : nganga, bunga, lalang

Sengau lelangit lembut

bersuara [ᵑ]

Page 5: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SENGAUANSengau dua bibir bersuara [m] Sengau gusi bersuara [n]

Sengau lelangit keras gusi bersuara [ᶮ]

Sengau lelangit lembut bersuara [ᵑ]

Page 6: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SISIAN• Bahasa Melayu mempunyai hanya satu bunyi konsonan

sisian iaitu [l].• Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi

bersuara.• Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila udara

dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah.• Cara membunyikan [l] ialah:

Hujung lidah diangkat ke tengah gusi.Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak.Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan

dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara.• Contoh perkataan: lari, baldi, katil

Page 7: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SISIAN

Page 8: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SEPARUH VOKAL• Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi

vokal ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna.

• Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara.

• Semasa pengucapannya, kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya separuh jalan sahaja.

Page 9: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SEPARUH VOKAL [w]• [w] merupakan separuh vokal dua bibir bersuara.• Cara membunyikan [w] ialah:

Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

Lelangit lembut terangkat ke bahagian rongga tekak.

Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.

• Contoh perkataan: wayang, kawan, haiwan

Page 10: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN SEPARUH VOKAL [y]• Fonem [y] merupakan separuh vokal lelangit keras

bersuara.• Cara membunyikan [j] ialah:

Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan.

Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak.

Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.

• Contoh perkataan: yang, tayang, bayar

Page 11: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN PINJAMAN• Merupakan konsonan yang dipinjam dari

bahasa lain.• Ada lapan konsonan pinjaman dalam bahasa

Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

• Semua konsonan pinjaman adalah fonem konsonan geseran.

• Banyak konsonan dalam kata pinjaman yang telah digantikan dengan konsonan Melayu.

Page 12: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN PINJAMAN

f v Ɵ (th)

ð (dh) Ṧ (sy) γ (gh)

x(kh) z

Page 13: Fonem segmental dalam bahasa Melayu

KONSONAN PINJAMANHuruf Fonem Contoh penggunaan

f /f/ fakir

v /v/ variasi

th /Ɵ/ mithal (misal)

dh /ð/ dharab (darab)

z /z/ zaman

sy /Ṧ/ masyarakat

kh /x/ khas

gh /γ / ghaib