INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN Bil Perkara Muka surat 1 Tajuk kajian
INSTITUSI
PENTADBIRAN
TEMPATAN
Bil Perkara Muka surat
1 Tajuk kajian
2 Senarai kandungan
3 Panghargaan
4 Objektif kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga
menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah saya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Hiakmah pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP) dan Pn.Sivagami selaku guru mata pelajaran sejarah
tingkatan 3KRK yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika
menyiapkan kerja kursus sejarah ini.
Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu Siti Mastura
dan ayah Nor Asmadi ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan
mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.Tidak lupa juga kepada rakan–rakan perjuangan
yang lain iaitu Aqilah, Kusha, Nani dan I’zatul kerana banyak memberi kerjasama dan
berkongsi pengetahuan tentang maklumat kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat
di negara kita. Objektif kajian adalah seperti,melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti
sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih dan tepat seperti sejarah MPSJ dan juga carta
organisasi mereka.
Selain itu saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis
Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membangunkan bandaraya Petaling.
Tambahan pula, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan,
undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.Secara tidak langsung
dapat menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .
KAEDAH KAJIAN Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat
maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melayari internet maklumat-
maklumat mudah diperoleh melalui internet.Internet juga dapat membantu saya dalam memuat
turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.
Oleh kerana saya memilih Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai topik saya
dalam folio ini, saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian di Kompleks 3C, Shah Alam.
Disana, kami juga telah menangkap gambar sebagai bukti kami pergi ke sana.
Selain itu, saya telah mengambil beberapa majalah mengenai ketika melawat di sana.
Seterusnya, di sana saya juga telah mengambil beberapa pamplet mengenai Kompleks 3C.
HASIL KAJIAN
Institusi Pentadbiran Tempatan
Nama Rasmi:Majlis Perbandaran Subang Jaya
Nama Ringkas: MPSJ
Lokasi:Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan,
Jalan USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor ‘
L a t a r b e l a k a n g
Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976
(Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia
dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling
Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis
Daerah Petaling kepada Majlis Pembandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran
Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi
menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.
Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah
diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi
dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong),
Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri
Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah
Petaling.
Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi olehMenteri Besar Selangor,
YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.
Objektif Penubuhan
Antara objektif penubuhan MPSJ ialah mereka bertanggungjawab di atas
perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan.
Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaan dengan
perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.
Seterusnya mereka juga merancang dan melaksanakan program-program
pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan
Kerajaan Persekutuan.Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan
Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.
Mereka juga akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek
pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk
kemudahan dan keselesaan awam.
Tambahan lagi MPSJ juga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem percukaian
dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan serta
‘reliable’. Akhirnya memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang
memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan juga antara objektif
penubuhan mereka
Visi
Visi ialah menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan
Perbandaran Bestari Kota Niaga dan kediaman Idaman
Misi
Misi ialah menguruskan perkidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke
arah menjadikan Majilis sebuah perbandaran sejahtera , bestari dan dinamik
menjelang 2020
Lagu
Di sini kita bina Bandar impian...Di sini kita maju seiring wawasan...Kejayaan kita... untuk
masa depan...Bersatu hati sematkan di jiwa...
Mewangi bunga menghiasi di taman...Berdiri megah kota dari keringat waja...Kejayaan
kita... untuk anak bangsa...Warisan bangsa tetap terpelihara... (MPSJ)Korus :Bersama-
samalah kita...Kekal keindahannya...Bersama-samalah usaha...Maju ke hadapan...Di mana
jua berada...Selesa ceria...Bekerjasamalah kita...Demi kejayaan MPSJ...Majlis
Perbandaran Subang Jaya...
Senarai pentadbir:
Ahli Majlis
Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya
Bil Gambar Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon
1.
Nama : Y. Bhg Dato' Adnan Bin Hj Md. Ikshan Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0380263102 (Pejabat) 0356376569 (Fax)
2.
Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir Alamat : No 8, Jalan SS14/8H, 47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0192601033 (HP) 0356210592 (Fax)
3.
Nama : Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman Alamat : No 7A, Tiara Square, Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0193692173 (HP) 0380248542 (Fax)
4.
Nama : Encik Pooi Weng Keong Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden, 46300, Petaling Jaya, Selangor darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0123307280 (HP) 0340424240 (Fax)
5.
Nama : Encik Arumugam A/L Kalimuthu Alamat : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0162108770 (HP) 0356301210 (Fax)
6.
Nama : Encik Mohd Nasir Bin Yusoff Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5, Kampung Seri Aman, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0192710234 (HP) 0380614801 (Fax)
7.
Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0193350250 (HP) 0378803088 (Fax)
8.
Nama : Encik Chin Sou Bong Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan BP 2/2, Bandar Bukit Puchong, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0122330095 (HP) 0379551058 (Fax)
Undang-Undang Kecil
MPSJ juga mempunyai beberapa undang-undang kecil, antaranya ialah Undang-Undang
Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya) Kerajaan Tempatan
(2005), Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran 3.Subang
Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005),Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan
Perindustrian (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil
Iklan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil, Iklan Pilihanraya (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil
Kerja Tanah (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pasar (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil
Pengendali Makanan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan
Kesihatan 2007 dan Undang-Undang Kecil Vendalisme (MPSJ) 2005
‘Garis Panduan
Jabatan Pelesenan
Garis Panduan Meletakkan Kerusi Meja Diluar Premis
Garis Panduan Bazar Ramadhan
Garis Panduan Lesen Pasar Malam & Pasar Pagi
Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran
Garis Panduan Pasar Basah
Garis Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja
Garis Panduan Permit Sementara Penjaja
Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga
Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Am)
Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Karaoke)
Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Snooker)
Garis Panduan Pusat Siber dan Kafe Siber
Jabatan Undang-undang
Garis Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel Di Agensi - Agensi Kerajaan
Bahagian Khidmat Masyarakat
Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ
Jabatan Kontrak & Ukur Bahan
Garis Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'
Jabatan Perkhidmatan Bandar
Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah
Garis Panduan Pengurusan Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi
Jabatan Bangunan
Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan
Yang Dijadikan Asrama Pelajar
RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang
saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat
membangun.. Kita dapat perhatikan MPSJ yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi
rakyat dan negara.
Melalui kajian ini juga, unsur semangat kekitaan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapatdi
perhatikan.Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
perkembangan dan kemajuan pesat Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah kerana nilai-
nilai murni yang diamalkan oleh para pegawai, staff sokongan dan juga para pekerja ladang. Antara
nilai-nilai murni tersebut ialah seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat
menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Pendek kata, semangat 1
Malaysia memang tertanam dalam diri setiap warga MPSJ.
Selain itu, unsur patriotisme seperti berdisiplin dalam setiap tindakan juga merupakan antara
nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pentadbir atau pemimpin yang
menjadi contoh teladan kepada golongan bawahan, nilai disiplin diri yang unggul perlu
diamalkan.Hal ini dapat saya perhatikan dalam diri warga pentadbir di Pejabat MPSJ yang mana
mereka sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan dan undang-undang serta bersifat
amanah dan jujur dalam tugas.
Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya sifat
sentiasa berusaha dan produktif pada setiap masa. Kerajinan dan kegigihanserta ketabahan
menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh Felcra Berhad Pulau Banggi dapat dijadikan inspirasi
seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha
pembangunannegara untuk menuju Wawasan 2020.
ESEI
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di
negara kita?
Tidak dapat dinafikan bahawa Institusi Pentadbiran Tempatan, misalnyamajlis perbandaran dan Majlis
Daerah memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita.
Dalampentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan
demimenyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor
awam ialah bertolak ansurdan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang
awam hendaklahditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman,
maka wujudlahperpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara
saban masa. Mereka akan menjadicontoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan
pemimpin negara. Hal ini pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional.
Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan
bertimbangrasa.Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan.
Misalnya,tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata
menggemblengtenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Seperkara lagi, elemen
bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yangberjiwa patriotik.Oleh hal
demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga danberkongsi idea dalam mengatasi
masalah jenayah.Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi
nasional dapat dikecap nikmat. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran.Dalam hal ini, kakitangan awam
tidak harus terjebak dalam kancahrasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah
amanah. Jika rasuah dihapuskan,maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang
masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan.Dengan erti kata lain, pihak
berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam.Apabila masalah masyarakat tidak
wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu.
Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita
hendakrakyat hidup harmoni dan bersatu padu.Dalam konteks Ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam
yangtinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1Malaysia
danWawasan 2020 akan dapat direalisasikan.