Universiti Teknologi Malaysia 1 PENGHARGAAN Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya menyiapkan projek amali ini dengan selamat dan menyiapkan satu laporan yang agak ringkas bagi mengakhiri kerja amali kayu yang telah kami lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin selaku pensyarah bagi kerja amali kayu ini kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan kerja amali yang diberi. Selain itu, mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di atas dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka semua, tidak dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan amali ini pada masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang proses menyiapkan laporan amali ini. Terima Kasih
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Universiti Teknologi Malaysia 1
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya
menyiapkan projek amali ini dengan selamat dan menyiapkan satu laporan yang agak ringkas bagi
mengakhiri kerja amali kayu yang telah kami lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan
juga diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin selaku pensyarah bagi kerja amali kayu ini kerana
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan kerja amali
yang diberi.
Selain itu, mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini
memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di
atas dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka
semua, tidak dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan amali ini pada masa yang telah ditetapkan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu
sepanjang proses menyiapkan laporan amali ini.
Terima Kasih
Universiti Teknologi Malaysia 2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 OBJEKTIF 4
3.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 5 - 6
4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
4.1 Alat menanda dan merancang tanda. 7 - 13
4.2 Alat mengapit dan menyangga. 13 - 16
4.3 Alat memotong. 16 - 24
4.4 Alat memukul. 25 - 27
4.5 Alat menajam. 27 – 30
4.0 PROSEDUR KERJA 31 - 35
5.0 KESIMPULAN 36
6.0 RUJUKAN 37
Universiti Teknologi Malaysia 3
1.0 PENDAHULUAN
Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari
yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan,
kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain (Breyer,Fridley dan
Cobeen,1999). Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan
bagi pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur.Penggunaan kayu
secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau pembinaan, bergantung kepada dua
kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara
penyambungan yang paling baik. Manakala yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan
mendapatkan gred kayu yang sesuai dan betul.
Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan kayu merupakan
faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang dikenakan. Dengan erti kata
yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan. Kayu sesuai dijadikan
bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Kekuatan kayu
ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu
kekuatan tegangan,kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah
bentuk serta rintangan terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan penekanan
yang mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan struktur
kayu sambungan jejari diberi penekanan.
Oleh itu, pelajar-pelajar kelas 1SPPJ diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran asas
ketukangan (basid trade). Pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan tempat menggangtung kunci.
Tempat gantung kunci yang dihasilkan perlulah mengikut kreativiti masing-masing bagi
memnghasilkan kerja projek yang baik dan kemas. Di dalam bengkel kayu ini, pelajar akan
menggunakan alatan tangan untuk membuat projek dan pelajar juga perlu mengetahui cara
penggunaan alatan tangan dengan betul.
Universiti Teknologi Malaysia 4
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang ingin dicapai melalui projek kayu ini adalah:
1. Untuk mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis alatan tangan
2. Untuk menguasai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan mengikut bidang kerja
3. Untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja projek kayu seperti kerja
pembinaan, pemasangan dan pengemasan.
4. Setiap pelajar harus mematuhi setiap peraturan keselamatan dan pengurusan bengkel
apabila berada di bengkel.
Universiti Teknologi Malaysia 5
3.0 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN
Secara umumnya, pelajar, alatan dan bahan serta ruang tempat kerja perlu terjamin
keselamatannya sepanjang masa. Peraturan keselamatan bengkel terdiri daripada aspek
keselamatan yang perlu diutamakan merangkumi :
Keselamatan diri.
Keselamatan alatan dan bahan.
Keselamatan tempat kerja.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil yang merupakan peraturan ketika berada
di dalam bengkel :
1.Meminta kebenaran
Pelajar dikehendaki meminta kebenaran daripada pensyarah sebelum masuk ke bengkel.
Sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam bengkel, segeralah bersedia untuk bekerja.
Jangan bermain atau bergurau semasa di dalam bengkel.
2.Pakaian
Pakaian mestilah rapi dan kemas. Baju yang berlengan panjang hendaklah digulungkan
sehingga ke paras siku supaya tidak mengganggu ketika sedang menjalankan kerja amali.
Rambut harus pendek dan kemas. Rambut yang panjang hendaklah diikat ke belakang
dengan kemas supaya tidak menghalang penglihatan dan mengganggu pelajar ketika
membuat kerja terutamanya pelajar perempuan. Sentiasa memakai kasut ketika berada di
dalam bengkel. Apron atau baju bengkel hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja.
3.Keadaan bengkel
Pintu dan tingkap hendaklah dibuka semasa berada didalam bengkel. Pastikan anda tahu di
mana kedudukan alat pamadam api. Kebersihan di atas lantai dan meja hendaklah sentiasa
dijaga. Sebelum meninggalkan bengkel, pastikan semua suis lampu, kipas dan mesin serta
tingkap ditutup selepas digunakan.
Universiti Teknologi Malaysia 6
4.Sikap diri
Pelajar perlu sentiasa mematuhi setiap arahan pensyarah. Tumpukan sepenuh perhatian
anda kepada kerja yang sedang dilakukan. Jangan cuba bergurau ketika berada di dalam
bengkel. Pastikan anda tahu cara menggunakan alat pemadam dengan betul.
5.Penggunaan alatan tangan
Jangan gunakan sebarang alatan sekiranya anda belum tahu cara penggunaannya.
Menggunakan alatan tangan dengan tangan yang basah adalah amat merbahaya. Jangan
sesekali menggunakan alatan tangan yang telah rosak atau tumpul. Periksa dahulu sebelum
menggunakannya. Laporkan sebarang kerosakan alat kepada pensyarah dengan segera.
6.Kecederaan
Pastikan peti kecemasan mempunyai ubat-ubatan yang mencukupi dan tidak tamat tempoh.
Laporkan sebarang kecederaan yang berlaku kepada pensyarah dengan segera.Setiap
kecederaan yang berlaku hendaklah diberi rawatan segera.
4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
Universiti Teknologi Malaysia 7
Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dibahagikan kepada:
4.1 Alat menanda dan merancang tanda.
4.2 Alat mengapit dan menyangga.
4.3 Alat memotong.
4.4 Alat memukul
4.5 Alat menajam.
4.1 ALAT MENANDA DAN MERANCANG TANDA.
1. Pembaris keluli.
Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
Ditanda dengan ukuran sentimeter(cm) dan milimeter(mm).
Bersaiz 300mm dan 1000mm.
Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus.