SMK SRI KURAU, 34300 BAGAN FOLIO PENDIDIKAN JASMANI GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN _______________________________________________________ _______ 1.0 BOLA SEPAK 1.1 Pengenalan /Sejarah BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933. Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954. Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975. _______________________________________________________________ _________ 1
Pelbagai Maklumat tentang permainan bola sepak, tenis, ragbi, bola baling, sepak takraw dan bola keranjang
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SMK SRI KURAU,34300 BAGAN SERAI
FOLIO PENDIDIKAN JASMANIGELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
FOLIO PENDIDIKAN JASMANIGELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
______________________________________________________________sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili oleh
tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau
pertukaran pemain sahaja.
5.4 Gambar
5.5 Idola
6.0 TENIS
Pengenalan /Sejarah
Terdapat berbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang dimainkan dewasa ini dan
tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut beberapa catatan sejarah,
FOLIO PENDIDIKAN JASMANIGELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
______________________________________________________________permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak sebelum Masehi, yaitu di Mesir
dan Yunani. Pada abad ke-11 sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai
permainan tenis kini, telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola
yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya hanyalah tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggeris pada abad ke-13 dan
mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat. Banyak peminatnya ternyata di antara
rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke
negara-negara Eropa yang lain.
Raket diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang
berbangsa Italia. Dia menulis aturan umum bagi semua permainan yang menggunakan bola,
termasuk tenis. Majalah Inggeris "Sporting Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis
lapangan' (lawn tennis).
Dalam buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut
sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas.
Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan
menengah, yang menjadikannya sebagai permainan biasa.
Kelab tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera,
Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu,
tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah
pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara
itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun 1868.
Dua tahun setelah itu dibukalah pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon.. Peraturan
permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Syarikat mendirikan kelab tenis yang
pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Syarikat
FOLIO PENDIDIKAN JASMANIGELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
______________________________________________________________berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang menguasai
percaturan tenis tingkat dunia.
6.2 Ukuran Gelanggang
6.3 Bilangan Setiap Pemain
Bilanga pemain bergantung kepada jenis perlawanan:
Rafael Nadal merupakan pemain tennis yang mewakili negara Sepanyol. Beliau berjaya mendapat pingat emas dalam Sukan Olimpik 2008 dan sehingga kini telah menjuarai 32 kejohanan tennis perseorangan.