This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat SijilPelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu Kertas 1225/1(Ujian Bertulis) dan Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebihbersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing,memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuanmereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yangpanjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporanguru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui duaelemen iaitu:
Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.
Elemen Iltizam : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggung-jawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian danKerja Amal.
2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Objektif kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:
2.1 memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;
2.2 menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alamsekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;
2.3 meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dankeharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;
2.4 mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohanidalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan
2.5 mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adildan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM memberi peluang kepada calonuntuk menunjukkan tahap Sahsiah dan Iltizam yang dihasratkan daripadaSukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Penskoran dan pelaporan kerja kursusini dicatat dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)
9.2 Pelaksanaan Pentaksiran
9.2.1 Pentaksiran Elemen Sahsiah
Pentaksiran elemen sahsiah bertujuan untuk menilai penghayatanamalan nilai murni serta keharmonian hidup calon mengikut normamasyarakat Malaysia. Ini adalah untuk merealisasikan hasrat SukatanPelajaran Pendidikan Moral iaitu meningkatkan persefahaman dankerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidupdalam negara Malaysia yang demokratik.
Pentaksiran elemen sahsiah dilakukan secara pemerhatian. Pemerhatianmerupakan satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dantingkah laku calon dengan menumpukan kepada bidang berikut:
i. Perkembangan diri
a) Calon mestilah mengamalkan kemahiran berkomunikasidalam konteks penghayatan nilai moral.
b) Calon hendaklah mengamalkan sikap persefahaman dankerjasama dalam kerja kumpulan dan pergaulan.
ii. Demokrasi
a) Calon mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilaimoral dalam membuat keputusan.
b) Calon hendaklah sentiasa mengamalkan permuafakatandalam menentukan sesuatu keputusan.
iii. Keamanan dan keharmonian
a) Calon mestilah menunjukkan kemahiran menyelesaikanmasalah berasaskan penghayatan nilai moral.
b) Calon mestilah mengutamakan aspek keamanan dankeharmonian dalam membuat penyelesaian tentangsesuatu isu.
(b) Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuksemua calon.
(c) Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kalipemerhatian dilakukan.
(d) Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluancalon. Tumpuan yang lebih diberikan kepada calon yang masihbelum dapat dikesan pemahaman, penghayatan dan amalannyaterhadap sesuatu nilai.
Cara Menyediakan Laporan Elemen Sahsiah
(a) Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar Pendidikan Moralbermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Penilaiandilakukan oleh guru Pendidikan Moral dan sekiranya perlu gurutingkatan dan guru disiplin boleh membantu untuk melakukanpemerhatian. Pemerhatian dilakukan ke atas manifestasiperlakuan calon sama ada di dalam atau di luar bilik darjahtermasuk aktiviti kerja amal.
(b) Elemen Sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan ElemenSahsiah (Lampiran 1) menjadi panduan untuk guru menjalankanpemerhatian. Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secaraberterusan tetapi hasil pemerhatian hendaklah direkodkan padaMac, Jun, dan September di Tingkatan 4 serta pada Mac, Meidan Julai di Tingkatan 5. Laporan akhir (Julai) akan dijadikanpelaporan bagi penskoran sahsiah. Laporan Sahsiah adalahsebagai ‘evidence’ atau bukti terhadap sahsiah tingkah laku calonbagi mencapai hasrat meningkatkan persefahaman dankerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonianhidup dalam negara Malaysia yang demokratik.
(c) Guru dikehendaki merujuk kepada Penskoran Elemen Sahsiah(Lampiran 2) untuk mendapatkan gred calon. Gred (n) bagi setiapaspek yang dinilai adalah berpandukan kepada bilangan (Ya)bagi setiap kriteria dan hendaklah ditanda (// ) dalam BorangLaporan Elemen Sahsiah. Gred (n) adalah berpandukan kepadaPenskoran Elemen Sahsiah.
(d) Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu bagipelaporan akhir.(Lampiran 5)
(e) Hasil aktiviti calon harus memenuhi penskoran elemen sahsiahyang telah ditetapkan dan kemudian diberi gred numerik 1, 2, 3dan 4.(Lampiran 2)
(f) Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspekyang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)
(g) Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w)].
(h) Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepadawajaran (w) untuk mendapatkan purata.
[ ] ( )P Purata (w) Jumlah
w x (n) Jumlah=
(i) Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhanberpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan SetiapElemen.(Lampiran 4)
9.2.2 Pentaksiran Elemen Iltizam
Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan:
(i) Aktiviti
Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untukmentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatanyang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yangdipertanggungjawabkan.
Aktiviti 1 – Tugasan Harian
Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan,menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat daripusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosialmasyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaranPendidikan Moral.
Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira
(a) Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yangberkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
(b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yanghendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.
(c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan,kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yangrasional dan pertimbangan moral.
(d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan padabila-bila masa.
(e) Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan danditulis pada kertas A4.
(f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.
Aktiviti 2 – Kerja Amal
Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti KerjaAmal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaranPendidikan Moral iaitu:
Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan,surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang bolehdijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan.
Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah:
– Bergotong-royong membersihkan kawasan.
– Mengindahkan atau mencantikkan kawasan.
– Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaranatau permainan.
– Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda danpeti surat.
– Membaikpulih perabot sekolah.
– Membersihkan taman rekreasi.
– Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan.
– Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim.
– Membantu ibu bapa.
– Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikankepada masyarakat.
Hasil tugasan harian dan laporan aktiviti dikumpulkan sebagaisatu dokumen dalam bentuk folio sebagai ‘evidence’ pentaksiran.Maklumat dan dokumen aktiviti-aktiviti yang disertai oleh calonseperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan bahan-bahanlain boleh dijadikan bahan bukti.
Cara Menyediakan Penilaian Folio
(a) Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasianpelbagai aktiviti yang dijalankan oleh calon dalam bentuk folio.
(b) Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut:
(c) Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Hariandan Kerja Amal. Guru boleh menggunakan aktiviti lain untukmengukuhkan pentaksiran.
(d) Folio ditaksir berdasarkan ‘evidence’ dan laporan yang terbaikdaripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.(Lampiran 3)
(e) Aktiviti yang dilaksanakan oleh calon mesti memenuhi penskoranelemen iltizam yang telah ditetapkan dan diberi gred numerik 1,2, 3 dan 4.(Lampiran 3)
(f) Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspekyang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)