Sekolah Menengah Kebangsaan Long GafarKubang Keranji, 16150 Kota
Bharu, Kelantan
TAJUK :
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DI BANDAR BARU
KUBANG KERIAN, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN
NAMA : NURRUL NADZIELA BT MOHD YUSOFK/P : TINGKATAN : 2 LONG
GAFAR 1 (BITARA)NAMA GURU : PUAN KHALIZAH BT SEMAIL
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAWASAN KAJIAN
Peta Negeri Kelantan Darul Naim Peta Daerah Kubang Kerian Peta
Kawasan Kajian Bandar Baru Kubang Kerian
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN
Konsep Migrasi Dalaman Penduduk Pola Migrasi Dalaman Penduduk
Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk Kesan Migrasi
Dalaman Penduduk Cadangan Untuk Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman
Penduduk Penerapan Nilai Atau Unsur Patriotisme
RUMUSAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya saya dapatmenyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
telah ditetapkan. Saya mengambilkesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Kamaruddin B. Jaffar, pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar di atas segala kemudahan
yang disediakan bagi memudahkan parapelajar menyiapkan kerja kursus
ini.
Jutaan terima kasih juga kepada guru Geografi saya, Puan
Khalizah Bt. Semaildi atas segala penerangan, tunjuk ajar dan
panduan tentang cara melaksanakankajian ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan
sokongan moral,bantuan kewangan, pengangkutan serta banyak
mengorbankan masa dalam membantusaya.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan saya yangmenyumbangkan idea yang bernas dan sudi
bekerjasama serta membantu saya mencari,mengumpul dan
bertukar-tukar maklumat.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua responden
yangsudi ditemu-ramah dan memberikan kerjasama yang amat baik untuk
membantu sayamenyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja yang
dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan syarat untuk Ujian Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), murid tingkatan 2 diwajibkan menjalankan
kerja kursus di kawasan pilihan. Saya semua diberikan tajuk Migrasi
Dalaman Penduduk. Murid-murid telah diberikan masa selama 3
mingguuntuk menyiapkan tugasan ini.
Saya telah memilih kawasan Bandar Baru Kubang Kerian kerana
kawasan ini terletakberdekatan dengan rumah saya dan kawasan ini
juga telah mengalami perkembanganurbanisasi yang cukup
memberasangkan.
Kajian yang saya jalankan meliputi aspek berikut:
Konsep migrasi dalaman penduduk
Pola migrasi dalaman penduduk
Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
Kesan migrasi dalaman penduduk
Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya ialah:
Mendifinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan
jelas.
Menyatakan pola migrasi penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian,
Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di
Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk Di Bandar Baru Kubang
Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang
berlaku Di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu,
Kelantan.
Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di
Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
mengenai kepentingan migrasi.
KAWASAN KAJIAN
Dalam kajian saya ini, saya telah memilih Bandar Baru Kubang
Kerian yang merupakan bandar yang pesat membangun akibat ekonomi
yang rancak dan stabil. Jarak kawasan kajian dengan bandar Kota
Bharu ialah 5 km, manakala jarak dengan jalan utama pula ialah 0.5
km.
Bandar Baru Kubang Kerianialah sebuah bandar di jajahanKota
Bharu,Kelantan,Malaysia. Kampus cawanganUniversiti Sains
Malaysia(USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM
(USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian -
Sains Perubatan (termasukJabatan Neurosains), Sains Pergigian dan
Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran,Hospital Universiti
Sains Malaysia(HUSM) terletak di kawasan kampus.
Majoriti penduduk di sini merupakan Muslim. Terdapat masjid di
sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah masjid
biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM.
Peta Negeri Kelantan Darul Naim
Peta Daerah Kubang Kerian
Peta Kawasan Kajian Bandar Baru Kubang Kerian
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa
kaedah yang sesuaidigunakan untuk memudahkan saya memperoleh dan
mencatat semua maklumat secaraterperinci dan sistematik.
Kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:-
1 Kaedah Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian bersama
beberapa orang rakan saya. Saya perhatikantentang perletakan
kawasan kajian dari segi penolong darat dan pola migrasi
maklumatyang saya terima.
2 Kaedah Temu Bual Saya memulakan temu bual beberapa orang
sumber tempatan yang saya pilih secararawak. Saya mengumpulkan
faktor-faktor yang mempengaruhi mereka dalam migarsidan pekerjaan
mereka.
3 Kaedah Rujukan Saya telah merujuk kepada buku teks geografi
Tingkatan 2 dan sedikit rujukan dariinternet untuk mengetahui
maklumat kajian ini .Saya juga merujuk kerja kursus parapelajar
tahun yang terdahulu bagi memantapkan lagi hasil kerja ini.
HASIL KAJIAN
Konsep Migrasi Dalaman Penduduk
Migrasi ialah perpindahan penduduk yang melangkahi sempadan.
Migrasi dalaman ialahpenghijrahan penduduk yang berlaku dalam
negara, sama ada migrasi bandar ke bandaratau dari luar bandar ke
bandar. Contohnya dari Gua Musang ke Kota Bharu. Migrasidalaman
berlaku kerana kerana beberapa faktor yang menyebabkan mereka
berpindah.
Pola Migrasi Dalaman Penduduk
Berikut merupakan jenis migrasi yang wujud di kawasan Bandar
Baharu Kubang Kerian:-
MIGRASI BANDAR KE BANDAR
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di
kawasan kajian saya.Migrasi ini berlaku disebabkan oleh para belia
yang ingin melanjutkan pelajaranke bandar lain, faktor pekerjaan
dan ingin mencari pengalaman baru di tempatlain. Ini merupakan
salah satu jenis migrasi yang terdapat di kawasan saya.Contohnya
belia yang berasal dari Bandar Baru Kubang Kerian yang ingin
berpindah kebandar yang lain untuk melanjutkan pelajaran.
MIGRASI LUAR BANDAR KE BANDAR
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kajian saya. Keadaan ini
berlaku keranaadalah disebabkan faktor tarikan di kawasan saya di
mana jaringanpengangkutannya yang banyak dan sempurna, peluang
pekerjaan yang banyak,terdapatnya pusat pendidikan dan boleh
menikmati kehidupan yang lebih selesadaripada keadaan di luar
bandar di mana terdapatnya kekurangan dan tidakkeselesaan.
Contohnya penduduk yang tinggal di luar bandar datang ke BandarBaru
Kubang Kerian untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Bahan Grafik
JADUAL POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU KUBANG
KERIANJenis MigrasiJumlah Penduduk
Bandar ke Bandar75 orang
Luar Bandar ke Bandar25 orang
CARTA PAI PERATUS POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDARBARU
MERGONG
25%
Bandar ke Bandar Luar Bandar ke Bandar
75%
Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk
Melanjutkan pelajaranDi sekitar Kubang Kerian terdapat kampus
cawanganUniversiti Sains Malaysia(USM) atau lebih dikenali sebagai
Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki
3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasukJabatan Neurosains),
Sains Pergigian dan Sains Kesihatan.Apabila mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran, para pelajar terpaksa berpindah ke tempat
yang baru ini. Ini menyebabkan kawasan sekitar tempat pengajian
mereka menjadi lebih ramai.
Peluang pekerjaanDengan adanya Pasaraya Besar Mydin maka 2000
peluang pekerjaan telahdisediakan. Justeru itu, ramai orang akan
datang ke Bandar Baru Kubang Kerian keranabanyak peluang pekerjaan
disediakan.
PerkahwinanPerkahwinan yang berlaku antara penduduk setempat dan
penduduk kawasanlain boleh juga menyebabkan migrasi. Contohnya
perkahwinan penduduk sekitar Kubang Kerian dengan penduduk negeri
lain dan perkahwinan dengan penduduk daerahlain.
DarjahDarjah ketersampaian juga merupakan satu faktor Bandar
Baru Kubang Kerianterus berkembang maju. Perjalanan dari Bandar
Baharu Kubang Kerian ke Bandar Kota Bharu cuma mengambil masa 20
minit sahaja.
Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
KESAN POSITIF
Penduduk bertambahDengan migrasi dalaman yang berlaku di kawasan
Bandar Baru Kubang Kerian ini maka penduduk sekitar akan bertambah.
Dengan penambahan penduduk di kawasan ini, aktivitiekonomi juga
akan bertambah. Di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian ini terdapat
restoran yang menjual pelbagai hidangan yang enak. Selain dari itu
terdapat juga warung warung kecil yang beroperasi lewat malam.
Taraf hidup meningkatMigrasi dalaman penduduk yang berlaku di
kawasan ini menyebabkan taraf hiduppenduduk setempat meningkat. Ini
kerana mereka telah menjalankan perniagaansecara kecil-kecilan
seperti membuka warung-warung makanan. Terdapat jugapara penduduk
yang membuka kedai runcit sedia menyediakan rumah-rumahuntuk sewaan
samada untuk pelajar pengajian tinggi atau para pekerja di
sekitarsini.
Buruh bertambahMigrasi dalaman yang berlaku ini akan menyebabkan
buruh-buruh mahir danburuh separuh mahir akan bertambah. Ini akan
memudahkan operasi sesebuahkilang dapat dijalankan dengan sempurna.
Ini juga akan meningkatkan kuantitibarangan sesebuah kilang,
contohnya kilang makanan minuman dan lain-lain lagi.
Masyarakat majmukMigrasi dalaman yang berlaku menyebabkan
kawasan Kubang Kerian ini mempunyaipenduduk yang pelbagai kaum. Ini
akan menyemarakkan lagi konsep 1 Malaysiayang telah menjadi agenda
dan aset bagi menyemarakkan perhubungan antarakaum.
Unsur patriotismeSesungguhnya migrasi dalaman ini akan
mengeratkan lagi perhubungan antarakaum di sekitar ini. Ini kerana
mereka hidup dalam suasana yang harmoni dantenteram dan saling
tolong-menolong.
KESAN NEGATIF
Masalah sosialMasalah sosial yang berlaku di sekitar sini ialah
pecah rumah, masalah matrempit, vandalisme dan lainlain lagi.
Masalah pecah rumah sering berlaku dikawasan taman perumahan.
Kehilangan motosikal sering juga berlaku. Sistemjalan raya yang
baik juga menyebabkan anak-anak muda menjadikan jalan rayasebagai
tempat untuk berlumba. Selain itu, masalah sosial pekerjakilang
yang sering ditangkap khalwat dengan pasangan mereka
masing-masing.
Persaingan pekerjaanMigrasi dalaman juga menyebabkan persaingan
pekerjaan menjadi sengit antarapenduduk tempatan dengan penduduk
migrasi.
PengangguranPengangguran akan bertambah bagi penduduk tetap di
kawasan Kubang Kerian. Iniadalah kerana peluang pekerjaan yang ada
telah dimonopolikan oleh pihak yangmenjalankan migrasi dalaman.
Cadangan Untuk Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
Menguatkuasakan undang-undangPihak berwajib mestilah memantau
kawasan yang dianggap hitam contohnyakawasan sekitar pasar dan
kawasan awam. Pihak polis hendaklah sentiasamembuat rondaan di
kawasan tersebut.
Mewujudkan Rukun TetanggaKawasan perumahan di Bandar Baru Kubang
Kerian juga merupakan taman perumahanyang sangat luas. Justeru itu,
bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan ituboleh mewujudkan Rukun
Tetangga. Pihak rukun tetangga harus bekerjasamadengan polis.
Mewujudkan peluang pekerjaanPeluang pekerjaan lebih banyak akan
diwujudkan sekiranya banyak kilang danpusat perniagaan dibuka.
Contohnya, kawasan sekitar Mydin yang barudibangunkan dapat
menyediakan banyak peluang pekerjaan.
Penerapan Nilai Atau Unsur Patriotisme
Sesungguhnya saya bersyukur kerana kawasan Kubang Kerian ini
lengkap dengansegala kemudahan prasarana dan segala kemu kemudahan
ini hendaklah kitamenghargai dan menjaganya.
RUMUSAN
Migrasi dalaman ini sememangnya suatu perkara yang terjadi di
kalangan masyarakat. Migrasi ini juga perlulah dikawal agar tidak
menimbulkan masalah pada penduduk. Contohnya, kemasukan warga asing
yang tidak terkawal dan menimbulkan ketidaksetabilan kepada
penduduk setempat. Selain itu, bagi golongan belia pula digalakkan
untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang berharga
bagi membangunkan kawasan setempat.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang
wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajarandi IPT
di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri,
bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan
mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan
pengangkutan yang cekap.
Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan
negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan
penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah,
komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah
pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan
langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan
peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa
undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan.
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ini, saya mendapati
bahawa kawasan Bandar Baru Kubang Kerian ini mempunyai pola migrasi
yang unik serta kompisisi masyarakat yang berbilang kaum. Saya
berasa amat bertuah dan bersyukur kerana penduduk di kawasan ini
dapat hidup dengan aman tanpa konflik. Mereka juga berinteraksi
dengan baik dan mengelakkan ketidaksefahaman antara satu sama lain.
Akhir sekali, masyarakat di kawasan ini merupakan masyarakat yang
prihatin dan ringan tulang.
RUJUKAN
Internet http :// www.malaysia.maps.com http ://
www.yahoo.com
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Buku Rujukan Esensi Geografi PMR (Huzaini Hussin) Penerbit Mega
Setia Emas SDN BHD
LAMPIRAN