SJK(C) LIANG HUA Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 国国国国国国
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SJK(C) LIANG HUA
Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2.4 Memastikan Parents Not iceboard dilengkapkan dengan maklumat seperti Sarana Ibu Bapa
dan Carta Organisasi PIBG, mempromosikan aktiviti-aktiviti HEM.
2.5 Mempromosikan aktiviti-aktiviti HEM menggunakan Frog VLE (Laman Unit UBK, Laman
3K, Laman Anti-Buli dan Lamn Latihan Kebakaran)
SJK(C) LIANG HUA
3. Kaunselor
3.1 Membina / Mengemaskini Laman Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
3.2 Mengunakan widget Forum di dalam lamn kaunseling sebagai pelantar suara (contohnya,
berkaitan biasiswa dan kerjaya, teknik belajar dan motivasi, kesihatan dan kebajikan)
3.3 Menggunakan widget Form begi tempahan sesi kaunseling (Laman UBK)
3.4 Mempromosi Lamn UBK kepada pelajar dalam sesi pertemuan dan taklimat UBK.
3.5 Memastikan setiap pelajar menjawab ujian Learning Style yang terdapat di dalam Frog
VLE.
4. Penolong Kanan Kokurikulum
4.1.Mempromosi aktiviti sukan melalui Lamn Rumah Sukan.
4.2Memastikan setiap Persatuan / Kelab/ Badan Beruniform mempunyai laman sendiri.
4.3 Mempromosi proses pendaftaran Persatuan / Kelab/ Badan Ko-Kurikulum dengan
menggunakan Google Form.
4.4 Menyarankan agar widget Poll digunakan dalam pemilihan AJK
4.5 Mengumpul dan menyimpan semua data kokurikulum ke dalam Frog VLE dengan
menggunakan Google Drive (galeri foto, minit mesyuarat, carta organisasi dan laporan
aktiviti)
5. Pembantu Guru Kelas
5.1 Memastikan setiap pelajar dalam kelas memiliki 1Bestarinet Yes ID dan kata laluan
5.2 Menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan kelas di dalam Document.
5.3Memuat turun templat laman kelas dari FrogStore dan berkongsikannya dengan para pelajar.
AJK kelas boleh diberi kebenaran untuk mengemaskini maklumat seperti Carta Organisasi
Kelas, Wall, Forum, Jadual Waktu Kelas, Jadual Kebersihan Kelas, Nama Guru yang
mengajar mengikut subjek, 1Bestarinet Yes ID pelajar.
5.4 Mengalakkan perbincangan di luar kelas melalui penggunaan widget Forum / Wall
5.5 Menghubungi ibu bapa / penjaga dengan menggunakan YesMail bagi tujuan perkongsian.
SJK(C) LIANG HUA
Peranan dan Tanggungjawab Guru Bertugas HArian / Mingguan
Senarai Tugas
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan
bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/
tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng
pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan
munasabah; jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform
dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu
persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
12.1 kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
SJK(C) LIANG HUA
12.2 pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
12.3 lawatan-lawatan, pelawat
12.4 ucapan/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
12.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
Peranan dan Tanggungjawab Guru Disiplin
1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
6. Menjadi Pegawai Perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam
menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan
pelajar dan guru.
8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku
laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM
seminggu sekali.
SJK(C) LIANG HUA
Peranan dan Tanggungjawab Guru Data1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang
ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).
2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-
bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan
lain-lain agensi kerajaan.
2.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS,
iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,
pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah
mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
2.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
2.1.2 Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
2.1.3 Staf bukan guru;
2.1.4 Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
2.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
2.2 Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat
pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, Peperiksaan, Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan
Sistem Pangkalan Data Murid.
3 Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi
sekolah
Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.
SJK(C) LIANG HUA
4 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat
sekolah bagi Sistem Pangkalan Data Murid.
5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah.
6 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).
7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa
ke semasa.
SENARAI SEMAK EMISBerikut adalah senarai bahan berkaitan EMIS yang perlu ada di sekolah:
1. Fail EMIS sekolah
2. Cetakan Analisa data kutipan Januari, April, Jun dan Oktober tahun semasa.
3. Sistem Utiliti Semak Ralat Data Online terkini
4. Manual Pengguna Utiliti EMIS Online terkini
5. Buku Definisi Variabel EMIS Online terkini
6. Kemaskini data dari masa ke semasa.
7. Muat turun data EMIS Online sekolah setiap akhir bulan.
8. Koleksi disket arkib kutipan-kutipan terdahulu
9. Koleksi Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang terdahulu yang dicetak dari
aplikasi EMIS .
TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH(JPMS)1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah
disemak, dan ditentu sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih
dan menepati masa.
2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah (pengantara) dalam
rangkaian maklumat antarasekolah, PPD, JPN dan KPM.
3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.
4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan
Oktober (kutipan perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh PPD / JPN