1.0.PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam keatas semulia- mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang- orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat menyiapkan kerja kursus, Fiqh Munakahat dalam tajuk Poligami Mengikut Perspektif Agama dan Pengamalannya di Malaysia tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi iaitu Ustazah Syaripah Nazirah binti Syed Ager. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang banyak memberi penulis input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya. Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga [1]
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan
kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa
mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus, Fiqh Munakahat dalam tajuk Poligami Mengikut Perspektif Agama
dan Pengamalannya di Malaysia tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan,
rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas
bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustazah Syaripah Nazirah binti Syed Ager. Penulis amat menghargai bantuan beliau
yang banyak memberi penulis input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya
dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang
sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung
penghargaan juga diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga
penulis dapat menyiakan kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi
insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis
termampu.
[1]
2.0.PENGENALAN
Islam adalah satu cara hidup. Ianya juga merupakan agama fitrah yang mengiktiraf
kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Fitrah manusia itu
sendri diciptakan adalah berpasang-pasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam
membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum
kedatangan Islam lagi sehinggalah kepada kedatangan Islam. Yang membezakan antara
kedua-dua masa tersebut adalah dari segi pengamalannya sahaja. Bagi memastikan amalan
poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya,
Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan amalan yang bebas sebelum
ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa
seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi
empat orang. Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan
manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan
perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan
kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di
akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton
ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga
masyarakat. Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang
utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki
dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan
beberapa orang wanita pada satu-satu masa. Islam mensyariatkan amalan poligami ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor yang akan dikupas dengan lebih lanjut didalam penulisan ini.
Pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi daripada pengamalan poligami dalam kehidupan
seharian ini justeru menyeimbangkan kehidupan individu dan masyarakat sekeliling. Isu
poligami sering menimbulkan “pro” dan “kontra” di dalam masyarakat termasuk di kalangan
umat Islam. Kaum lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala
kaum wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu topik
ini cuba dikupas dengan melihat konsep poligami mengikut hukum syarak dan
perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.
[2]
3.0.POLIGAMI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
3.1.PENGERTIAN POLIGAMI
Poligami dari sudut bahasa membawa maksud memiliki ramai isteri. Menurut pengertian
syarak pula poligami membawa maksud lelaki yang beristeri lebih daripada seorang sehingga
mempunyai empat isteri dalam satu masa.1 Dalam antropologi sosial, poligami merupakan
praktik pernikahan kepada lebih daripada satu isteri sekaligus pada satu masa yang sama.2
Manakala menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka halaman 1222, poligami membawa
maksud sebagai amalan beristeri lebih daripada satu dalam satu masa yang sama.
3.2.BENTUK POLIGAMI SECARA UNIVERSAL
Terdapat tiga bentuk poligami. Antaranya iaitu :
Poligini (seorang lelaki memiliki beberapa isteri sekaligus dalam masa yang sama).
Poliandri (seorang wanita memiliki beberapa suami sekaligus dalam masa yang sama).
Pernikahan kelompok (bahasa Inggeris : group marriage) iaitu kombinasi poligini dan
poliandri).
Ketiga-tiga bentuk poligami tersebut ditemukan dalam sejarah, namum poligini merupakan
bentuk yang paling umum terjadi. Walaupun poligami diperbolehkan dalam beberapa
keadaan, poligami tetap ditentang oleh sebagian kalangan atau kumpulan. Terutamanya
adalah kaum feminis menentang poligini, kerana mereka menganggap poligini sebagai bentuk
penindasan kepada kaum wanita.3
1)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 227.2)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami3)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami
[3]
3.3.POLIGAMI MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA
Mengikut perspektif agama, terdapat sesetengah agama yang membenarkan mengamalkan
amalan poligami dan ada yang menentang amalan tersebut secara total. Antara perbahasan di
dalam agama berkaitan dengan poligami adalah seperti berikut :
Hindu
Baik poligini maupun poliandri dilakukan oleh sekalangan masyarakat Hindu pada
zaman dulu. Hinduisme tidak melarang mahupun menyarankan poligami. Pada
praktikalnya dalam sejarah, hanya raja dan kasta tertentu yang boleh melakukan
poligami.
Yahudi
Walaupun kitab-kitab kuno agama Yahudi menandakan bahawa poligami dibenarkan,
namun terdapat berbagai kalangan Yahudi yang kini melarang amalan poligami
tersebut.
Kristian
Gereja-gereja Kristian umumnya seperti Protestan, Katolik, Ortodoks, dan lain-lain
menentang amalan poligami. Namun beberapa gereja membenarkan poligami
berdasarkan kitab-kitab kuno agama Yahudi. Gereja Katolik menyemak semula
pandangannya sejak masa Paus Leo XIII pada tahun 1866 yakni dengan melarang
poligami yang berlaku hingga sekarang.
Mormon
Penganut Mormon pimpinan Joseph Smith di Amerika Syarikat sejak tahun 1840-an
hingga sekarang mempraktikkan amalan poligami, bahkan hampir mewajibkan
poligami. Tahun 1882 Mormon memprotes keras undang-undang anti-poligami yang
dibuat kerajaan Amerika Syarikat. Namun amalan ini rasmi dihapuskan ketika Utah
memilih untuk bergabung dengan Amerika Syarikat. Sejumlah gerakan sempalan
Mormon sampai kini masih mengamalkan poligami.4
4)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami
[4]
Islam
Islam pada dasarnya, Islam membenarkan seorang lelaki beristeri lebih dari satu
(poligami). Islam membenarkan seorang lelaki beristeri sehingga empat orang isteri
dengan syarat suami harus dapat berbuat adil terhadap semua isterinya. Poligami
dalam Islam baik dalam undang-undang mahupun amalan, diterapkan secara berbeza-
beza di tiap-tiap negara dengan majoriti penduduk beragama Islam. Di Indonesia
sendiri terdapat undang-undang yang memperketatkan peraturan poligami untuk
pegawai negeri, dan sedang dalam perancangan untuk dikuatkuasakan kepada awam
secara umum. Tunisia adalah contoh negara arab yang mana poligami tidak
dibenarkan.5
3.4.SEJARAH POLIGAMI
Mengikut sejarah, amalan poligami telah diamalkan secara meluas semenjak sebelum
kedatangan Islam lagi. Contohnya diamalkan dalam kalangan bangsa Ibrani, Arab Jahiliyyah
juga diamalkan dalam agama Kristian dimana dalam kitab Injil tiada tegahan berkaitan
dengan amalan poligami. Setelah kedatangan Islam, amalan poligami masih diamalkan tetapi
mengikut tuntutan syariat dan dilakukan semata-mata memenuhi kesempurnaan hidup di
dunia dan akhirat. Islam tidak menghapuskan amalan poligami secara total tetapi Islam
menetapkan cara yang sebenar mengamalkan poligami. Cara yang dimaksudkan itu adalah
dengan membataskannya kepada empat orang isteri sahaja dengan syarat mereka mampu dan
sanggup berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka.6 Sebelum kedatangan Islam, amalan
beristeri melebihi daripada seseorang adalah diamalkan secara berleluasa. Mereka juga
beriteri tanpa menghadkan bilangan isteri mereka. Martabat kaum wanita sebelum kedatangan
Islam adalah tidak terjamin. Selepas kedatangan Islam, suasana mula berubah. Antara usaha
nyata kedatangan syariat Islam adalah untuk memartabatkan kaum wanita. Kedatangan Islam
juga telah membawa perubahan terhadap pengamalan kepada amalan beristeri. Selepas
kedatangan Islam, beristeri lebih daripada satu adalah diharuskan dan digalakkan. Namun
jumlah isteri yang boleh dikahwini adalah ditetapkan oleh syarak iaitu seramai empat orang
sahaja. Perubahan terhadap amalan poligami adalah jelas dilihat perubahannnya sebelum dan
selepasa kedatangan Islam.7
5)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami6)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 227.7)Dusuki bin Haji Ahmad. (1982). Poligami Dalam Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Adabi. Halaman 1-9.
[5]
3.5.HUKUM POLIGAMI
Islam mengharuskan lelaki mengamalkan poligami. Ianya merupakan hukum asal
berpoligami. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi :
3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.8
Bagaimanapun, amalan poligami juga boleh jatuh hukum sunat, makruh dan haram
berdasarkan kepada situasi dan keadaan berikut :
Ianya menjadi hukum sunat apabila seorang lelaki memerlukan isteri lain untuk tujuan
kebaikan dan maslahah syarak. Contohnya, seorang lelaki tidak cukup dengan hanya
seorang isteri atau isteri pertamanya mandul atau sakit sedangkan beliau amat
menghendaki anak dan dia berasa mampu dan adil terhadap isteri-isterinya. Antara
buktinya ramai sahabat Nabi yang berkahwin lebih daripada seorang dengan tujuan
semata-mata untuk kebaikan dan mencapai maslahah syarak.
Manakala ianya menjadi makruh pula apabila berpoligami bukan kerana keperluan
dan boleh jadi perkahwinan yang dilakukan akan mendatangkan kemudharatan kepada
isteri-isterinya disebabkan tidak mampu untuk berlaku adil terhadap mereka.9
Hukum haram dalam poligami pula apabila seseorang lelaki yang berpoligami merasa
zhan atau tidak yakin terhadap beberapa perkara. Antaranya yakin tidak dapat berlaku
adil terhadap isteri-isterinya, disebabkan kemiskinan lalu tidak mampu untuk
menampung dan menyara kehidupan keluarga, ataupun halangan yang lain. Firman
Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi :
8)Al-Quran Surah an-Nisa’9)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 227-229.
[6]
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang
kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan
Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya
kamu tidak melakukan kezaliman.10
3.6.DALIL PENSYARIATAN POLIGAMI
Dalil al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi :
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-
perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka
berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-
perempuan (lain): dua, tiga atau empat.11
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara
isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman.
Dalil daripada Sunnah. Sunnah juga merupakan salah satu sumber yang memperakui
amalan poligami. Buktinya ialah melalui cerita seorang sahabat yang bernama Ghailan
10)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh, Kuala Lumpur, Pustaka Salam SDN. BHD., Halaman 229-230.11)Al-Quran Surah an-Nisa’
[7]
al-Damsyiqi yang mempunyai seramai sepuluh orang isteri. Setelah sahabat tersebut
memeluk agama Islam, Rasulullah SAW mengarahkan kepada Ghailan agar memilih
hanya empat orang daripada isterinya dan menceraikan yang lainnya. Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang mafhumnya :
“Dari Ibnu Umar telah berkata : Telah masuk Islam Ghailan bin Damsyiqi dan di
sampingnya ada sepuluh orang isteri, maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya :
Ambillah dari kalangan mereka itu empat orang sahaja.”
Begitu juga dengan peristiwa Qais bin Harith sebelum beliau memeluk Islam, beliau
telah mempunyai seramai lapan orang isteri. Kemudian apabila beliau memeluk Islam,
Rasulullah SAW memerintahkan agar dia memilih empat orang sahaja daripada isteri-
isterinya tersebut. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud
mafhumnya :
“Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : Ketika aku masuk Islam, aku
mempunyai seramai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah SAW menyuruh
aku memilih dari kalangan mereka seramai empat orang sahaja.”
Dalil daripada Ijmak. Baginda Rasulullah SAW sendiri mengamalkan poligami dan
kemudiannya diamalkan secara berterusan olah para sahabat dan tabi’in. Mereka
memandangkan amalan tersebut adalah baik dan tidak pernah mendapat tentangan
daripada seorang umat Islam yang taat. Sementara itu, para ulama mujtahidin di
seluruh negara Islam berijmak untuk memperakui perbuatan tersebut. Tidak ada
seorang yang pernah membantah syariat tersebut ketika zaman kehidupan Rasulullah
SAW.12
3.7.SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA POLIGAMI
Tidak mempunyai anak.
Isteri menderita sakit yang berpanjangan.
Isteri sukar untuk dididik.
Jumlah kaum wanita yang lebih ramai berbanding kaum lelaki.
Suami selalu bermusafir.13
12)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas (M) SDN. BHD. Halaman 5-8.13)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas
[8]
3.8.KEADILAN DALAM POLIGAMI
Poligami adalah merupakan satu perkara yang diharuskan dalam Islam. Namun ada beberapa
perkara yang menjadi kewajipan yang dituntut dalam poligami dan ada yang tidak dituntut.
Antara keadilan yang diwajibkan ke atas lelaki yang berpoligami adalah seperti :
Keadilan nafkah.
Tempat tinggal.
Tempat tidur.
Pergaulan yang baik.
Melaksanakan kewajipan terhadap isteri-isterinya.
Sementara keadilan yang tidak dituntut adalah keadilan dari segi perasaan kasih sayang selagi
tidak berlaku tindakan yang zalim. Ini kerana manusia tidak boleh menguasai hatinya yang
menjadi punca perasaan kasih sayang. Hal ini juga dapat diperlihatkan daripada Nabi
Muhammad SAW yang mana beliau amat mencintai dan mengasihi isterinya Khadijah dan
Aisyah berbanding isteri-isteri baginda yang lain.14 Ianya ditegaskan lagi didalam ayat al-
Quran dalam surah an-Nisa’ ayat 129 berbunyi :
15
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan
melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri
Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki
(Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.16
3.9.SYARAT POLIGAMI
Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri.
(M) SDN. BHD. Halaman 13-16.14)Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali as-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur. Prospecta Printers SDN. BHD. Halaman 760-761.15)Al-Quran Surah an-Nisa’16)Al-Quran Surah an-Nisa’
[9]
Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri secara zahir dan batin tidak kira sama
ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini
ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula
ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam
Mazhab Syafie, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri
iaitu :
Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri.
Melihat keadaan kedua-dua antara suami dan isteri iaitu dinilai menurut
kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan
memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang
datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al-‘Aynayn dalam
buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan
boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah. Walaupun
begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak
puas hati di antara isteri.
Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri.
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri
tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara
suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib
dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa
aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.17
Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya
di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang
daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini ditegaskan dalam surah an-
Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Kadi, perkahwinan boleh didaftarkan tertakluk kepada denda sebanyak RM1000 atau
penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Selain itu perkahwinan yang
dilakukan juga tidak boleh didaftarkan.29
Perak.
Seseorang yang berpoligami tanpa kebenaran daripada Mahkamah Syariah boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6
bulan atau kedua-duanya.
Pulau Pinang.
Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Kadi, didenda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-
duanya. Selain itu perkahwinan yang dilakukan juga tidak boleh didaftarkan.
Negeri Sembilan.
Seseorang yang berpoligami tanpa kebenaran daripada Mahkamah Syariah boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6
bulan atau kedua-duanya.
Selangor.
Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Kadi, didenda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-
duanya. Selain itu perkahwinan yang dilakukan juga tidak boleh didaftarkan.
Terengganu.
Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Kadi, didenda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-
duanya.
Kelantan.
Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Kadi, didenda sebanyak RM300 atau penjara tidak melebihi 1 bulan atau kedua-
29)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas SDN. BHD. Halaman 69-77.
[19]
duanya. Bagi kesalahan tidak berlaku adil dan membuat maklumat palsu dalam
poligami akan dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi 4
bulan atau kedua-duanya.30
Pahang.
Tidak ada peruntukkan penalti untuk poligami tanpa kebenaran mahkamah. Namun
bagi kesalahan tidak berlaku adil dalam poligami akan dikenakan hukuman denda
tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 1 bulan atau kedua-duanya.
Melaka.
Tidak ada peruntukkan penalti untuk poligami tanpa kebenaran mahkamah.31
Sabah.
Poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Hakim Syarie tidak boleh didaftarkan.
Pihak suami juga boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1000 atau 1 bulan
penjara atau kedua-duanya.32
4.7.MENGAPAKAN KAUM WANITA MALAYSIA MENENTANG POLIGAMI?33
Sebab-sebab Menentang Peratusan / Undian
Tidak menegenal dan tidak takut pada Tuhan 20.59%
Tidak mahu berkongsi kasih 41.18%
Terlalu mengikut hawa nafsu dan perasaan 11.76%
Kurangnya didikan agama dan tarbiyah agama 14.71%
Ingin membolot kesemua harta suami 5.88%
Tidak mahu membina empayar Islam 5.88%
30)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas SDN. BHD. Halaman 69-77.31)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas SDN. BHD. Halaman 69-77.32)http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2010/01/sejauh-mana-penerimaan-masyarakat.html33)http://imforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=468721
[20]
5.0.KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dirumuskan adalah, poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum
Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami
diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Islam itu adalah
agama yang indah dan segala hukum yang disyariatkan adalah untuk menjaga segala
kemaslahatan umum. Ukuran tanggungjawab digariskan didalam mengamalkan poligami
dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu,
haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut. Selain itu,
poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sepenuhnya sebagaimana yang didakwa oleh
sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah diamalkan zaman
berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi. Kecacatan poligami
sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah
lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan
bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum
wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca
daripada kelalaian pihak suami (Utusan Malaysia, 16 September 2005). Syarat yang ketat
ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan
poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelakkan daripada
berlakunya penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan
timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama
Islam. Marcapada kini, isu amalan poligami ini dijadikan salah satu polemik oleh sebahagian
masyarakat atau kumpulan tertentu. Namun, amalan poligami ini banyak mendatangkan
kebaikan dan kemaslahatan dalah kehidupan tidak sahaja terhadap seseorang individu tetapi
[21]
juga terhadap masyarakat sekeliling. Pengalakkan terhadap amalan poligami ini juga
disyariatkan seperti dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Walaupun tidak ada dalil yang
mengkhususkan berkaitan kebaikan amalan poligami ini, tetapi bukti yang paling jelas dapat
dilihat adalah tidak ada satu dalilpun yang menyatakan poligami ini mendatangkan dharar dan
tidak ada satu dalilpun yang menentang amalan poligami itu sendiri.
6.0.LAMPIRAN
[22]
7.0.BIBLIOGRAFI
1. Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam.
Kuala Lumpur. Percetakan Cergas (M) SDN. BHD.
2. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali as-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah
Mazhab Syafie. Kuala Lumpur. Prospecta Printers SDN. BHD.
3. Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala
Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD.
4. Dusuki bin Haji Ahmad. (1982). Poligami Dalam Islam. Kuala Lumpur.
Percetakan Adabi.
5. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.