Top Banner
Fiqh Al Ma'aal Dalam Bidang Dakwah dan Politik Dibentang Oleh: Ust. Hj. Abdul Ghani Samsudin
51

Fiqh al ma'aal فقه الماّل

Jan 22, 2017

Download

Education

Abdul Ghani
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Fiqh Al Ma'aal Dalam Bidang Dakwah dan Politik

Dibentang Oleh: Ust. Hj. Abdul Ghani Samsudin

Page 2: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

NILAI TERAS PARTI AMANAH NEGARA

األمانة لحزب األساسية القيم

1. Amanah األمانة2. Berakhlak األخالقية3. Kerjasama التعاون4. Peduli االهتمام5. Profesional االحترافية 6. Inklusif الشمولية7. Progresif التصاعدي

Page 3: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Pendahuluan

Fiqh Islam membahaskan persoalan agama dan dunia sebagai suatu keseluruhan yang berangkaian. Isu dan permasalahan yang digarapinya adalah rencam dan pelbagai. Ia anjal dan sesuai dengan tuntutan zaman dan kaadaan dari satu sudut dan merealisasi kemajuan dan kebangkitan bidang ilmu pengetahuan dan kemajuan dalam bidang praktikal dan vokasional dari sudut yang lain.

Page 4: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Antara jenis jenis fiqh yang berkaitan ialah Fiqh Maslahah atau fiqh yang membawa kebaikan untuk umat dan Fiqh Mafsadah atau fiqh tentang sesuatu yang membawa keburukan kepada umat, Fiqh Nawazil, fiqh tentang perkara baru masa kini, Fiqh Keutamaan atau Fiqh Al Aulawiyat, Fiqh Al Muwazanah atau fiqh membuat pertimbangan , Fiqh Al Waqi' atau fiqh tentang realiti, Fiqh al Maqasid , Fiqh al Sunan atau fiqh tentang hukum alam dan sebab akibat serta Fiqh Al -Ma'alaat  atau fiqh risiko dan akibat.

Page 5: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Fiqh tentang resiko sesuatu perbuatan adalah suatu bidang ilmu yang sangat penting . Hal ini  telah disedari sejak dahulu lagi oleh para alim ulama leluhur. Sebab itu mereka mengambil berat  memperinci dan meneliti hukuman dan teks-teks dalil yang menampilkan hukum berkaitan dengannya. Mereka menyimpulkan andaian tentang akibat dan risiko serta hukum hakam syara' yang terlibat. Sebab  itulah - kadang kadang - mereka menunda atau sebaliknya mempercepat kesan positifnya dengan menyegerakan penjatuhan hukum berkaitan dengan isu -isu berkenaan menurut keperluan semasa pada waktu berkenaan..

Page 6: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Menurut Dr. Syaikh  ' Alauddin Al Za'tari :

"Bukan tanda kematangan Fiqh dan ketepatan persepsi jika seseorang mufti memberi jawapan walaupun mungkin benar dalam takad tertentu tanpa menilai dan menimbang resiko dan kesan sesuatu fatwa itu sama ada baik , bermanfaat atau buruk dan membawa mudharat." " Bukan juga tanda kematangan Fiqh dan ketepatan persepsi dalam menyimpulkan hukum agama kalau tidak mengindahkan risiko dan implikasi sesuatu perbuatan dengan mengabaikan -umpamanya - kaedah Sadduz Zarai'. Meskipun hukum itu pada asalnya nyata dan jelas harus."Za’atari , Dr Syaikh ‘Ala’uddin , dalam tulisan beliau bertajuk : Qa’idatu Al Nazr Fi Al Ma’aalat Wa Atharuha Fi Al Hayati” dalam pautan berikut : http://www.alzatari.net/research/1010.html

Page 7: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Dalam kesempatan ini kita akan bincangkan pengertian fiqh al Ma'aal dari sudut bahasa dan istilah, hujah dan dalil umum dan khusus mengenainya.beberapa kaedah fiqh yang termasuk dalam ruang lingkup fiqh al Ma'aal, perlaksanaan kaedah atau fiqh al ma'aal dalam dakwah dan politik. pengertian fiqh dakwah dan politik, bencana dan kesan negatif memandang sepi terhadap petunjuk dan tuntutan fiqh al Ma'aal dalam bidang dakwah dan politik. Di samping itu akan disentuh juga sebab yang mengkucar-kacirkan dakwah dan politik kerana pengabaian pengetahuan dan tuntutan fiqh ini, lunas lunas kejayaan dalam dakwah dan politik, serta beberapa kesimpulan dalam isu berkenaan

Page 8: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Definisi Fiqh Al Ma'aal Fiqh dari sudut bahasa bermakna kefahaman, pengetahuan , ilmu serta tanggapan dan persepsi keilmuan  berkenaan sesuatu bidang atau disiplin ilmu. Dari sudut istilah ia adalah :

العلم باألحكام الشرعية العملية المكتسبة من أدلتها التفصيليةPengetahuan tentang hukum syara' yang amali terbit serta terhasil dari dalil dalilnya yang terpeinci.

Page 9: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Al Maaal Dari Sudut Bahasa

Adapun Al Ma'aal (   المآل ) dari segi bahasa bermakna akibat atau kesan langsung dari sesuatu perbuatan atau perkara. Dari sudut istilah kita agak kurang menemukan definisinya kerana para ulama silam -walaupun mereka mengambil kira implikasinya -  tapi mereka menganggapnya sebagai Istishab atau Masaleh Mursalah. Manakala Maslahah Mursalah menurut takrif Ibnu Taimiyah  ialah :أن يرى المجتهد أن هذا الفعل يجلب منفعة راجحةPengamatan seseorang mujtahid bahawa sesuatu perbuatan mengakibatkan sesuatu manfaat  yang rajihah

Page 10: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Akhirnya Fiqh Al-Maal ini dikelasifikasikan dalam rangkaian cabang fiqh yang istimewa dan tinggi. Dr Omar Al Jiddiyah menakrifkannya sebagai :اعتبار ما يصير إليه الفعل أثناء تنزيل األحكام الشرعية على محالها، سواء أكان ذلك خيرا أم شرا، وسواء أكان بقصد) الفاعل أم بغير قصدهMemutus dan menganggap kesan sesuatu perbuatan dalam proses menentukan hukum syara' terhadapnya atau objek dan wadah hukum berkenaan; iaitu sama ada perbuatan berkenaan menghasilkan kebaikan atau keburukan,,samaada dengan niat pelaku mahupun tanpa niat pelaku perbuatan berkenaan.Jiddiyah, Dr. Omar Kitab :”Asl I’tibar Al Ma’aalat Baina Annazhariah Wa Al Tatbiq” hal 28

Page 11: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Takrif Farid Al Ansari

 أصل كلي يقتضي اعتباره تنزيل الحكم على الفعل بما يناسب عاقبته المتوقعة استقباالSuatu asas dan kaedah kulliyah yang bila diambil kira atau digunapakai menyebabkan sesuatu hukum itu apabila dibuat terhadap sesuatu perbuatan adalah diasaskan kepada risiko jangkaan masa depan yang munasabah dan sesuai terbit dari  perbuatan berkenaan..Al Ansari, Farid dalam kitab beliau : “Al Mustalah Al Usuli ‘Inda Al Syatibi”, hal:457

Page 12: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Menurut Al-Za'tari : “Bukti yang menunjukkan benarnya berpegang kepada risiko serta kunsekuansi perbuatan ini adalah perkaitannya yang sangat rapat dengan kaedah menutup pintu kejahatan atau membuka dan menggamit kebaikan. Justeru pemerhatian tentang resiko adalah pengamatan tentang ma'aal atau implikasi rentetan dari sesuatu perbuatan. Jadi perbuatan mendapat hukum yang sama dengan akibat yang dihasilkannya samada baik lalu dialu alu atau sebaliknya keburukan maka ia segera dicegah kendatipun perbuatan berkenaan pada asalnya memang baik dan sah.”Op cit  

Page 13: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Menurut penulis Amru Abdul Hakim “Mengambil kira dan mengguna pakai konsekuansi sesuatu hukum memang perkara yang tekankan oleh banyak nas nas syara'  serta teori umum syariat. Malah hal ini ditegaskan hasil dari pengamatan secara terpeinci teks -teks nas dan pengertiannya . "Maalatul Ahkam" bergantung rapat dengan matlamat dan maqsid syara'  dalam menetapkan sesuatu hukum iaitu untuk merealisasi kebaikan dan maslahah dan menghindari keburukan atau "mafsadah". Menurut al Imam Syatibi : Perkara yang paling penting dalam sesuatu perbuatan itu bukan pada zat perbuatan itu sendiri, tapi ialah tentang apakah implikasi dan konsekuansi yang timbul dari perbuatan berkenaan.”Abdul Karim, Amru dalam tulisan beliau bertajuk : “Fi Fiqh Al Ma’aalat “ dalam pautan berikut http://masress.com/almesryoon/23571#

Page 14: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Menurut beliau lagi:

"Ertinya seorang mujtahid itu apabila mahu berijtihad dan mengeluarkan hukum dan fatwa ia perlu mengambil kira dan menilai konsekuansi akibat atau maalatul Ahkam dan af'al berkenaan. baik buruknya kesan penentuan hukum yang dibuat. Tidak sewajarnya dia hanya sebok sekadar tahu dan mengeluarkan fatwa hukum syara'  tapi yang lebih penting dia memikirkan dan merenung tentang resiko serta implikasi perbuatan dan hukum berkenaan. Jika ia tidak berbuat demikian maka itu bererti beliau  belum sampai ke darjat Mujtahid atau beliau  lemah dan cuai dalam berijtihad."ibid

Page 15: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Menurut al,Syatibi Mengamati dan memikirkan "Ma'alat Al-Af'aal" sangat dipentingkan oleh syara'. Ini adalah kerana seseorang mujtahid itu sebelum menghukum  sesuatu perbuatan  sebagai perlu dilakukan atau tidak,  dia mesti menimbang  melihat serta mengandaikan apakah hasil sut dari perbuatan berkenaan. Misalnya perbuatan itu mungkin sah dan boleh kerana ada kebaikannya dan ada mudharat yang dapat diatasinya, tapi dia ada hasil sut atau akibat terakhir yang buruk atau sebalik dari kebaikan yang diharapkan . Dalam hal ini kalau mujtahid menghukum boleh sesuatu perbuatan yang positif tadi tapi ia mempunyai ma'alatul af'al atau ahkam yang setara buruk dengan kebaikan yang diharapkan atau keburukkannya jauh lebih besar dari kebaikan yang diharapkan, maka pada ketika itu seorang mujtahid yang bijak perlu menahan diri dari mengeluarkan hukum yang membolehkan perbuatan berkenaan. Begitu pula sebaliknya.Rujukan yang sama

Page 16: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Hujah dan Alasan Yang Membenarkan Fiqh Al Ma'al

Hujah Khusus:1. Firman Allah dalam surah Al An'am  ayat 108وا }  ه فيسب ذين يدعون من دون الل وا ال وال تسب ه عدوا بغير علم الل } ( 108األنعام: ).Firman Allah ini bermaksud :" Janganlah kalian mencaci sembahan mereka yang menyembah selain Allah. Kelak mereka akan mencaci Allah ( sebagai reaksi cercaan) kerana suatu tindakan provokasi tanpa ilmu pengetahuan."

Page 17: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Perspektif  pendalilan dari ayat ini ialah Allah S.W.T. melarang orang Islam mencaci tuhan tuhan orang kafir demi mengelakkan  akibat atau kunsekuansi perbuatan berkenaan; di mana orang kafir berkemungkinan besar akan mencaci Allah Azzawajalla pula.

Page 18: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

2. Sabda Nabi kepada Saidina Omar ketika beliau mahu membunuh sahabat Nabi yang munafiq.دعه، ال يتحدث الناس أن محمدا يقتل )أصحابه" Jangan bunuh dia wahai Omar , agar tidak ada  sesiapa mewarwarkan berita bahawa Muhammmad membunuh sahabat dan rakannya.” 

Page 19: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

3. Sabda Nabi kepada Saidatina Aisyah r.a.h

Maksudnya: “Kalaulah tidak kerana kaummu  masih baru dengan Islam ini dan mereka masih banyak terpengaruh dengan kekufuran yang baru mereka tinggalkan tentu aku akan runtuhkan Kaabah dari asasnya untuk membangun kaabah yang baru;  mempunyai dua pintu. Satu pintu masuk dan satu lagi pintu keluar. “

Page 20: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Dari peristiwa ini jelas bahawa Nabi tidak membina kaabah baru sebaliknya sekadar membaik pulih dari asas yang sedia ada kerana menimbang kepada konsekuansi dan risiko perbuatan yang boleh dijangka oleh akal waras, iaitu kemungkinan timbul orang menyibarkan keraguan dan perbalahan kerana mereka baru sahaja menganut Islam dan perangai kafir masih banyak pengaruhnya dalam diri mereka . Oleh kerana itu baginda membuat pendirian berkenaan.Berdasarkan hadith ini Al Nawawi memutuskan bahawa maslahah seandainya saling bertentangan, atau maslahah bertentangan dengan mafsadah dan sukar untuk menghimpunkan kedua-duanya maka dipilih maslahah yang lebih penting dan utama.

Page 21: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

4. Sunah Nabi berikut:روي عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:  

(قام أعرابي فبال في المسجد, فتناوله الناس، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: دعوه وأريقوا على بوله سجال من ماء، أو ذنوبا من ماء، فإنما بعثتم )ميسرين، ولم تبعثوا معسرين

Page 22: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: “Bahawa ada seorang Arab Badui yang buang air kecil dalam masjid baginda . Orang ramai  yang hadir di situ mahu bertindak menangkap dan mahu memukulnya.Tapi baginda menghalangnya buat seketika sehingga dia selesai membuang air kecil. kemudian baginda  berkata. Lepaskanlah dia dan curahkan di tempat kencingnya beberapa gayung  atau curahan air. Sebab kamu semua di tampilkan adalah untuk memudahkan dan bukan untuk menyusah atau menyulitkan .” Ini sebenarnya untuk mengelakkan kesan yang lebih buruk seperti terpancutnya air kencing di ruang yg lebih luas, tersekatnya pengeluaran kencing dan merebaknya najis mengenai baju orang ramai atau orang itu sendiri kalau dilakukan tindakan menghalang secara spontan.

Page 23: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Kaedah yang Terbit Dari Fiqh Ma’aal: Antara kaedah fiqh yang berpangkal serta terbit dari Fiqh Ma'aal inilah kaedah berikut:1. Menolak kerosakan dan mafasid lebih utama berbanding meraih manfaat درء المفاسد أولى من جلب المصالح أو المنافع. 2. Apabila bertembung dan bertentang antara dua maslahah atau kebaikan maka ditarjihkan maslahah yang lebih tinggi kebaikannya dan meninggalkan yang paling rendah . عند تعارض مصلحتين يعمل بأعالهما وإن فات أدناهما.  3. Apabila brtembung dua mafsadah maka yang ditolak ialah mafsadah yang lebih besar dan ditanggung mafsadah yang minima.إذا تعارضت مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما 

Page 24: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Jenis- jenis Fiqh Al Ma'aal

Menurut Al Za'tari sesuatu perbuatan apabila dikaitkan dengan resiko atau implikasinya terbahagi kepada empat jenis:1. Ma'aal perbuatan yang pasti membawa kepada mafsadah atau keburukan. Umpamanya perbuatan seseorang menggali perigi dilaluan orang ramai. Perbuatan mana yang semestinya akan menyebabkan ada orang lalu lalang yang terperusuk dalam telaga berkenaan. Perbuatan ini adalah terlarang menurut ijma' dan kesepakatan fuqaha.

Page 25: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Jenis- jenis Fiqh Al Ma'aal

2. Ma'aal perbuatan yang jarang jarang berlaku. Seperti menanam anggur  yang membawa jangkaan dan kemungkinan  penghasilan arak. Perbuatan menanam anggur tetap halal tanpa keraguan sedikitpun. 3.Ma'aal perbuatan jenis yang besar kemungkinan akan berlaku seperti menjual senjata dalam masa pergaduhan dan krisis. Atau menjual anggur kepada kaki minum arak atau kilang pembuat arak. 4. Ma'aal perbuatan yang kadar jangkaan berlakunya di bawah dari kadar kemungkinan besar, tapi kemungkinan kecil seperti berjual beli yang berkemungkinan membawa kepada riba. Jenis ini ulama berbeza pendapat.

Page 26: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Dr Nuruddin Al Khadimi mencerakinkan Jenis ini dalam pendekatan terkini dan agak berbeza. Beliau menyebutkan tentang Ma’aal Intikhabi atau pilihanraya, Ma’aal Dusturi atau Perlembagaan,, Ma’aal Reformasi, Ma’aal yang berkaitan dengan Nilai Kemanusiaan, Ma’aal yang berkait dengan Dakwah, Persekitaran Tempatan dan Antarabansa.Lihat Al Khadimi, Prof.Dr. Nuruddin Bin Mukhtar “ Fiqh Al Marhalah Fi Thaurah Tunis” Cet.Pustaka Sabili, Tunisia 2014, hal 91-95

Page 27: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل
Page 28: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Fiqh Ma'aal jika tidak difahami dan dihayati membawa banyak musibah dan kemusnahan yang lebih besar sepertimana yang melanda kini banyak negara umat Islam. Ia berkaitan dengan kaedah dan prasyarat menentang kemungkaran Fiqh Inkar Al Munkar yang dihuraikan oleh ulama seperti berikut: 1. Gerak kerja menentang kemungkaran  hendaklah besar kemungkinan hasilnya akan berlaku di mana kemungkaran terhapus dan diganti oleh meratanya kebaikan, reformasi dan kesejahteraan. 2. Kemungkaran berkurangan meskipun belum dapat dihapuskan keseluruhannya. Dua kemungkinan ini dibenarkan dalam Islam

Page 29: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

3. Penentangan kemungkaran yang diikuti oleh kemungkaran lain yang setara dan serupa. Kategori ini boleh dibincang dan diperincikan untuk meneruskan Inkar al Munkar atau sebaliknya dibiarkan sahaja kemunkaran tersebut buat sementara waktu. 4. Penentangan kemungkaran yang diikuti oleh kemungkaran  dan musibah yang lebih besar . Jenis ini haram dilakukan demi kebaikan umat  dan rakyat itu sendiri. 

Page 30: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Keburukan Mengabaikan Fiqh Al-Ma'aal

Fiqh Islam dalam berbagai jenis dan bidang, sebenarnya membimbing umat , pendakwah dan politikus ke arah kebijaksanaan bertindak dan berhadapan dengan realiti serta cabaran hidup. Sebab itu meninggalkan ajaran fiqh al Ma'aal membawa banyak kesan negatif dan keburukan dalam masyarakat  Antaranya ialah timbul berbagai aliran pendapat dan fatwa yang saling bertentangan. Berikutan itu semakin luas kesenjangan antara pendakwah atau politikus berkenaan dengan orang awam. Khasnya apabila pendakwah dan ulama pun saling mengeluarkan pendapat yang berbeda dan bertentangan. Akhirnya pendakwah dan ulama saling sibuk meyakinkan satu sama lain fatwa atau pendapat yang mana sebagai benar dan hampir dengan kebenaran dengan mengabaikan orang awam

Page 31: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Kesannya, gerak kerja Islam diselubungi debu dan jerubu fitnah kiri dan kanan. Ini menyebabkan ramai orang yang terpelanting keluar , berpecah meninggalkan jamaah. Timbul gejala kesetiaan membuta tuli atau mentaqdiskan individu , menganggap jamaah atau partinya sebagai agama, budaya dan amalan kafir mengkafir; sehingga menjadi bahan tertawaan orang kafir dan musuh Islam.

Page 32: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Sebab itu pendakwah atau politikus Islam perlu meneliti dengan cermat tindak tanduk dan langkah langkah besar yang mereka mahu lakukan. Mereka wajar meneliti kesan jangka panjang perbuatan mereka. Mereka perlu tahu kepentingan mana yang lebih prioriti berbanding yang lain. Mereka perlu cerdik menimbang samaada sesuatu perbuatan itu perlu pada masa masa yang sesuai atau untuk orang dan kumpulan yang layak dan sesuai .

Page 33: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Mereka patut sedar pula kesan jangka panjang yang logik dan realistic; samaada baik atau buruk terhadap kepentingan dan keutamaan strategik bagi kumpulan dan parti mereka. Strategic Thingking kini memang merupakan suatu disiplin ilmu modern yang penting dan relevan untuk dikuasai oleh pemimpin  dan activist; baik dalam bidang dakwah mahupun dalam bidang politik.

Page 34: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Fiqh Dakwah dan Fiqh Siasah agak saling berkaitan.

Fiqh dakwah dikenali sebagai pengetahuan tentang hukum hakam syariat  amali berkaitan maqasid atau matlamat dan wasilah serta cara menyampaikan Islam kepada orang ramai, mengajar dan mendidik mereka dengan ajaran Islam. Kaedah menegah dan mencegah orang ramai daripada menyimpang dan mencanggahi ajaran Islam dengan bijaksana dan berkesan. Maksudnya seseorang yang faqih atau bijak berdakwah atau berpolitik misalnya hendaklah pandai memilih yang terbaik dari dua kebaikan yang terserlah atau menghindari keburukan dengan memilih keburukkan yang paling wajar ditangkis dan ditepis berbanding yang kurang .

Page 35: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Menurut ungkapan Syaikh Al Qaradhawi :(المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلحة الكبيرة، وتغتفر المفسدة العارضة

.من أجل المصلحة الدائمة، وال تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمةMafsadah menima boleh ditanggung demi mendapat maslahah yang lebih besar. Boleh di tanggung mafsadah yang sekilas atau sementara demi meraih maslahah yang kekal. Namun tidak boleh dilepaskan meraih maslahah yang pasti kerana mahu mengelak mafsadah yang hanya andaian kosong..Al Qaradhawi , Dr Yusuf , “Fi Fiqh Al Aulawiyat , Cet.1 Maktabah Wahbah , Mesir 1995,hal 30

Page 36: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل
Page 37: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Contoh Krisis dan Perpecahan kerana Tidak memperdulikan Fiqh Al Maal

1. Berkembangnya Sikap melampau Rigid dan Serba Tertutup Di negara negara umat Islam tertentu muncul seruan untuk melaksanakan  hudud . Ketika umat Islam dirantau itu baru terlepas dari regim diktator dan keruntuhan ekonomi, sosial dan politik segolongan pendakwah orang muda dan tua sebok menuntut dilaksanakan hukum hudud sepenuhnya dalam negara. Akibat dari kelewatan pemerintah menyahut seruan itu berlaku berbagai letupan dan tindakan kekerasan dan pembunuhan di sana sini sehingga menimbulkan kerosakan yang lebih besar yang bercanggah dengan matlamat dan maqasid syariah yang asas dan utama. Ini membawa akibat lahirnya kudeta baru yang menyingkirkan pemerintah rakyat yang sepatutnya dapat meneruskan misi reformasi yang didamba dan diharapkan oleh massa rakyat.

Page 38: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

2. Memburukkan imej Islam Di mata Dunia Barat Walaupun memang ada pehak pehak yang sengaja memburukkan imej Islam namun tidak dapat disangkal perbuatan , kesilapan dan kesongsangan sikap sesetangah kalangan umat Islam juga menambah burukkan lagi nama baik Islam di mata dunia. Ini memberi alasan kepada musuh dan negara besar penjajah masuk dan memusnahkan infra struktu negara umat Islam dengan alasan melakukan pre-imptive war, di samping merompak dan merampas kekayaan negara umat Islam dengan alasan membangun semula keruntuhan negara berkenaan.

Page 39: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Ia juga memberi kepada mereka memperhamba anak muda kita dengan alasan untuk memberi kebebasan kepada mereka. Lebeh jauh mereka berleliasa melebel dan mnjalankan kempin anti agama dan agama adalah candu perosak bangsa. Pada hal Islam dahulunya berkembang di rantau itu melalui sikap para pedagang Islam yang dengan lemah lembut dapat  menawan hati penghuni dan penduduk dirantau itu.

Page 40: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

3. Meningkat Perpecahan dan Meranapkan Perpaduan Umat

Pada waktu umat diminta supaya bersatu padu menentang kezaliman, ketidak adilan dan sebagainya mereka semakin galak berpecah belah sama ada disebabkan oleh semangat fanatik kepartian, pengkafiran kawan yang berbeza pendapat mahupun kerana taassub  fanatik dan wala' yang tegar dan kecenderungan menyingkirkan orang lain dengan alasan yang rapuh dan semberono. Pada ketika sepatutnya kita berpadu menghadapi musuh sebenar kita berpecahbelah untuk memudahkan musuh mengatasi dan memenangi pertembungan atau pertandingan. Malah tidak jarang kita yang menari mengikut gendang musuh dan menjayakan strategi mereka.

Page 41: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

4. Menimbulkan kebimbangan dan menyibarkan ketakutan.

Dengan sikap takfir, menghina dan memberi gelaran buruk, menghalalkan darah satu sama lain akan berkembanglah kerusuhan, kekacauan, pertumpahan darah orang yang tidak berdosa dan hilanglah rasa mahabbah , perpaduan, persaudaraan sesama sendiri. Pada hal Rasulullah sangat menghargai kesejahteraan dan keamanan dalam masyarakat . Baginda bersabda :

 (من أصبح آمنا في سربه، معافى في جسده، عنده قوت يومه؛ فكأنما حيزت له الدنيا بحذافيرها)Barangsiapa yang aman dalam makan minumnya, sihat tubuh badannya, malah ia mempunyai makanan hariannya yang serba cukup maka seolah-olah ia telah memiliki dunia seantironya (seluruhnya).

Page 42: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

5. Menjatuhkan Pencapaian Ekonomi Negara Umat Islam Yang Lemah

Akibat dari keserampangan umat menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan berbagai Fiqh Islam yang tinggi dan bercapah termasuk Fiqh Al Ma'aal negara mereka dilanda kesengsaraan ekonomi , kesempitan hidup , kejatuhan nilai mata wang tempatan dan kemusnahan harta benda. Bermilion ringgit diperlukan untuk memulihkan kehidupan, bandar dan infra struktur mereka untuk mencapai taraf asal. Bila pula mereka akan mencapai status Khaira Ummah yang sepatutnya mereka raih.

Page 43: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Sikap merendahkan tokoh tokoh umat dan Islam itu sendiri oleh golongan yang memusuhi idealisma Islam akan menjatuhkan lagi maruah dan harapan masa depan umat. Tuduhan tuduhan buruk samada yang bersikap sekterian, kepartian, aliran berfikir dan beramal syiar ibadah dan lain lain meningkatkan lagi kegetiran yang ditanggung oleh umat Islam.

Page 44: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Bagaimana Menjayakan Dakwah dan Membudayakan Amalan Fiqh Al Ma'aal Dalam Lapangan Dakwah dan Politik

1. Para pemimpin, kumpaluan dakwah, parti atau golongan reformis perlu meningkatkan kefahaman mereka tentang fiqh Maqasid dalam segala cabang dan rantingnya. Pengetahuan mereka tentang Fiqh Ma’aal dan “Fiqh Inkar Al Munkar” serta kaedah Saddu Al Zarai’ dan Fiqh Awlawiyat khasnya perlu diusahakan melalui penglibatan dalam kursus kursus intensif mengenai fiqh berkenaan dan sudut-sudut penerapannya.

Page 45: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

2. Penjelasan tentang bahaya Ghuluw, sikap melampau, Takfir dan fanatisisim atau taassub sangat berguna untuk menghalang gejala ini daripada menular dan merebak, khasnya oleh pendakwah dangkal yang diberi ruang seluasnya untuk menabur benih kebencian dan penyingkiran terhadap parti politik Islam tertentu tokoh ulama dan cendikiawan Islam yang berpotensi untuk memimpin umat.

Page 46: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

3. Buku buku yang mendekatkan reality dengan penyelesaiannya yang bertahap dan bermanhaj sangat perlu dicetak diperbanyak dan disibarkan seluas mungkin. Kerana kefahaman yang dangkal terhadap nas serta fanatisme terhadap gambaran utopia yang tidak berjejak di bumi nyata menyebabkan ramai kumpulan yang sibuk mengharam, mensyirik dan mengkafir tanpa membawa sebarang langkah penyelesaian yang boleh dikuti. Sebaliknya perbuatan mereka meningkatkan suhu krisis , kebencian dan perpecahan serta meledakkan perkelahian.

Page 47: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

4. Parti politik yang berkuasa sebagai kerajaan Pusat dan Negeri perlu menghindari tindakan memperguna istilah ciptaan kuasa New Imprealist seperti Da’isy, Terorrist dan sebagainya untuk menganiaya rakyat dan golongan reformist dan parti pembangkang yang ingin memperjuangkan hak rakyat dan menyelamatkan masa depan Negara serta rakyat menurut lunas lunas demokrasi dan masyarakat madani.

Page 48: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

5. Parti politik tertentu khasnya yang berjenama Islam perlu menunjukkan contoh kematangan bertindak yang sebenar dan bukan dakwaan dan tidak membiarkan pimpinan negeri , kawasan atau daerah menyibarkan fanatic kumpulan atau kepartian dengan menggunakan masjid dan surau demi menyingkirkan pendakwah dan activist dari parti pembangkang lain yang sewajarnya disikapi dengan adil, sifat bertolak ansur dan berlapang dada .

Page 49: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

6. Masyarakat dan sasaran dakwah perlu dibimbing sesuai dengan daya berfikir dan taraf pendidikan mereka sehingga bertambah matang dalam berhadapan dengan kepelbagaian pertubuhan parti politik dan dakwah . Mereka perlu didik dengan semangat shura dan lunas demokrasi yang sebenar ; untuk saling harga menghargai , bantu membantu, serta persaingan yang sihat dan tidak dikongkong oleh rasa takut dinyah-keluar daripada agama dengan alasan murtad atau ancaman akan ditanam di jirat Cina – bila mati - kerana sesuatu perbuatan madani yang tidak ada kaitan dengan kesucian nas nas agama yang sacral atau tindakan menentang akidah Islam.

Page 50: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

7.Para pemimpin politik , dakwah dan reformis perlu menangani usaha reformasi secara bertahap menurut tuntutan keutamaan Fiqh Awlawiyat, berlandaskan kepada Fiqh Al Ma’alat serta mengutamakan yang lebih penting menurut masa yang sesuai, kumpulan yang layak dan tidak membawa akibat yang lebih buruk berbanding kebaikan yang hendak diraih.Di samping menggunakan pendekatan mesra pelanggan atau mesra rakyat berbanding pendekatan menghukum dan menakutkan mereka.

Page 51: Fiqh al ma'aal             فقه الماّل

Sekian, Terima Kasih