UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA MELAYU (Mulai Tahun 2013) Ujian lisan diadakan untuk menguji kebolehan pelajar berkomunikasi dengan betul. Banyak pelajar boleh menulis dengan baik, tetapi ada yang sukar untuk menyampaikan maklumat lisan dengan sempurna. Dengan melakukan ujian lisan, taraf kefahaman pelajar dan kebolehan pelajar menyampaikan maklumat dapat diuji. Kelak, selepas anda tamat persekolahan, kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting untuk kerjaya adik-adik pelajar. Di sini cikgu ingin berkongsi tip-tip untuk semua calon yang akan menduduki ULBS bagi Bahasa Melayu. ASPEK-ASPEK TUMPUAN ULBS 1.Pertuturan yang difahami, tersusun dan lancar 2.Pemahaman terhadap soalan seperti boleh memberikan jawapan yang betul, tepat dan meyakinkan 3.Bahasa baku yang betul, tepat dan gramatis 4.Intonasi yang bersesuaian GANGGUAN PERTUTURAN 1.Pertuturan yang tidak lancer 2.Penggunaan Bahasa pasar, dialek daerah dan slanga 3.Gangguan bunyi yang kerap seperti “errrr!”, berdehem dan sebagainya 4.Tidak menjawab apa yang ditanya 5.Gangguan pergerakan tangan, kepala atau mata yang keterlaluan JENIS-JENIS SOALAN A) SOALAN PERIBADI ~Nama, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya Soalan-soalan ini sekadar untuk mengetahu latar belakang anda dan menenangkan anda untuk menghadapi soalan seterusnya Jawablah dengan tenang, suara yang jelas dan ayat lengkap dalam Bahasa baku Jangan terperanjat jika Pemeriksa Lisan kadang-kala bergurau dengan anda sekadar untuk mewujudkan kemesraan