FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14) TARIKH 8-9 MAC 2014 (Pra-Feskab) 14-16 MAC 2014 (Feskab) TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA “Syndicate The Excitement”
22
Embed
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - iFolio - Authentication ... · PDF filekeluarga tahunan untuk ... Pelbagai aktiviti menarik telah ... Antara acara sukan yang akan dipertandingkan ialah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI
(FESKAB ’14)
TARIKH
8-9 MAC 2014 (Pra-Feskab)
14-16 MAC 2014 (Feskab)
TEMPAT
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“Syndicate The Excitement”
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
2
KERTAS KERJA
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
IPTA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROGRAM
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)
TEMA PROGRAM
“Syndicate The Excitement”
MATLAMAT
PROGRAM
1. Merapatkan hubungan antara warga kolej yang terdiri daripada
pelajar dari pelbagai kaum dan berbeza tahun pengajian.
2. Memupuk dan meneguhkan semangat perpaduan dan jati diri
didalam diri setiap peserta dan warga kolej.
3. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan
penghuni kolej melalui interaksi, penyertaan dan pertukaran
idea sepanjang program.
4. Merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa
yang mempunyai nilai tambah dalam kalangan peserta melalui
program ini.
5. Menonjolkan mahasiswa dan mahasiswi UKM yang
berketrampilan, berkepimpinan dan berkebolehan melalui
penyertaan dalam program yang disediakan.
6. Meningkatkan daya kepimpinan melalui aktiviti dan anjuran
yang disertai.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
3
7. Melatih daya dan kemahiran berorganisasi peserta melalui
penganjuran program ini.
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
Sesi 2013/2014
KOLEJ AMINUDDIN BAKI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
TARIKH
8-9 MAC 2014
14-16 MAC 2014
TEMPAT
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
PESERTA SASARAN
1. Barisan Felo Kolej Aminuddin Baki
2. Barisan MEP Kolej Aminuddin Baki
3. Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki
4. Penghuni Kolej Aminuddin Baki
5. Barisan Majlis Pengurusan Tertinggi Kolej Aminuddin Baki
6. Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia
KETUA PENGARAH
Muhammad Johan Iskandar bin Zahari
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
4
2.0 TUJUAN
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan
Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) untuk mendapatkan pertimbangan kewangan yang dipohon bagi
menjayakan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB ’14).
3.0 PENGENALAN
Penganjuran program Fiesta Kolej Aminuddin Baki(FESKAB) merupakan satu karnival hari
keluarga tahunan untuk warga Kolej Aminuddin Baki. Karnival ini dirancang dan dilaksanakan
bersama-sama oleh Sekretariat Hal Ehwal Siswi, Sekretariat Integrasi Perpaduan Kaum dan
Sekretariat Sukan dan Rekreasi di bawah kelolaan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej
Aminuddin Baki. Program yang gemilang ini bertemakan “Syndicate The Excitement” akan
diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 7 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014 yang
merangkumi acara berbentuk holistik seperti sukan, kebudayaan, keusahawanan, dan ilmiah yang
melibatkan warga Kolej Aminuddin Baki pada karnival FESKAB 2014 ini.
Penganjuran program FESKAB ‘14 pada kali ini bertujuan untuk memangkin dan melahirkan
mahasiswa-mahasiswi yang berilmu tinggi dan berkebolehan dalam merancang serta
mengendalikan dan melaksanakan aktiviti yang berkapasiti besar melibatkan pelbagai aktiviti dan
kerjasama bersama peringkat pengurusan iaitu daripada peringkat pelajar sehinggalah ke
peringkat pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman serta pihak Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) disamping kerjasama bersama pihak luar yang lain. Justeru, dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dalam merekrut pemangkin mahasiswa-mahasiswi
yang berpengalaman luas, FESKAB ’14 bakal melahirkan pemimpin yang berketerampilan,
berkredibiliti dan berintergriti tinggi selaras dengan kemajuan dunia tanpa sempadan pada hari
ini.
Dalam menyokong hasrat universiti untuk melahirkan pelajar yang komited, cergas mental dan
fizikal serta merangkumi pendedahan di peringkat kolej, universiti dan kebangsaan, Majlis
Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki telah mengorak langkah bagi mencapai hasrat ini
dengan menzahirkannya melalui penghasilkan program seperti ini. Berdasarkan hasil positif
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
5
selama perlaksanaannya, terbukti bahawa program seperti ini merupakan satu bidang yang
diklasifikasikan sebagai pembelajaran luar kelas yang perlu dipelajari, difahami, dan dipraktikkan
oleh golongan pelajar agar mereka menjadi insan yang berintelektual yang dapat berfikir secara
cerdas dan mencipta idea kreatif khususnya dalam bidang berorganisasi seterusnya melahirkan
insan yang berjaya dalam setiap aspek.
Selain itu, aktiviti serta program yang akan dijalankan oleh FESKAB ‘14 pada kali ini bakal
mengetengahkan empat teras utama yang diilhamkan daripada konsep struktur “Inter-House”
ataupun rumah sukan yang telah dijalankan di Kolej Aminuddin Baki pada tahun ini dan tahun
lalu. Empat teras berikut ialah keusahawanan, kebajikan, kebudayaan, dan sukan. Keempat-empat
teras ini seterusnya akan memangkin para mahasiswa-mahasiswi serta mejadikan organisasi di
bawah kolej menjadi lebih teratur dan berstruktur. FESKAB ‘14 juga bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga Kolej Aminuddin Baki serta memupuk
semangat perpaduan sesama mahasiswa-mahasiswi pelbagai kaum di UKM sejajar dengan
konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia
Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. FESKAB ‘14 telah dirancang dengan teliti dan ianya
bakal memastikan seluruh warga kolej serta warga UKM merasai kemeriahannya. Seterusnya,
ianya adalah merupakan satu karnival hari keluarga yang memperkasakan aktiviti mega kolej
serta menaikkan nama Kolej Aminuddin Baki.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi melaksanakan program FESKAB ‘14 dan
diharapkan penghasilan program ini dapat mencapai matlamat dan tujuan serta mendapat
sokongan penuh daripada pihak UKM, badan-badan kerajaan serta swasta dan juga seluruh warga
Kolej Aminuddin Baki.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
6
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengeratkan hubungan antara warga kolej dengan staf-staf sokongan dan felo-felo Kolej
Aminuddin Baki.
4.2 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam aktiviti berorganisasi
bukan hanya dalam bidang akademik semata-mata disamping meningkat semangat
kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa
mengira bangsa, agama dan kaum.
4.3 Menggalakkan penglibatan penghuni kolej dalam aktiviti yang disediakan dan melatih
semangat kepimpinan dan berkumpulan peserta melalui penganjuran program ini.
4.4 Menggalakkan komunikasi dua hala secara lebih formal selaras dengan aliran sistem
berorganisasi.
4.5 Melahirkan pelajar yang kreatif dan sentiasa berinovasi untuk menghasilkan percambahan
idea baru dalam aspek berorganisasi.
5.0 MATLAMAT
Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kepada aktiviti
berorganisasi dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan diantara warga kolej yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan lapisan umur. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk
meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan warga kolej seterusnya
meningkatkan produktiviti kolej dan akhirnya menjulang nama Kolej Aminuddin Baki untuk
mampu bersaing bersama kolej-kolej lain.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
7
6.0 PENGISIAN PROGRAM
6.1 PROGRAM PRA-FESKAB
6.1.1 Pertandingan Sukan Antara Inter-house Kolej Aminuddin Baki
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan semangat rumah sukan
dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki. Seluruh warga kolej telah dibahagikan engikut
rumah sukan masing-masing iaitu Vanbrugh (merah), Exeter (biru), Hertford (hijau), Ashby
(kelabu), Ourmond (Jingga), Laureates (Kuning), Rayvens (Ungu) dan Woodsworth (coklat).
Antara acara sukan yang akan dipertandingkan ialah Bola jaring, Bola Sepak, Bola Tampar dan
Futsal.
6.1.2 Peratandingan Pantun dan Debat Antara inter-house Kolej Aminuddin Baki
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesenian dan kebudayaan dalam kalangan
warga kolej. Ini juga melibatkan inter-house bagi menggalakkan peserta bersemangat untuk
menangkan rumah sukan masing-masing.
6.2 PROGRAM FESKAB
6.2.1 Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri
Bengkel kecantikan ini merupakan slot penajaan di mana demonstrasi kecantikan dan penampilan
diri akan diadakan dalam kalangan peserta. Bengkel ini adalah terbuka kepada semua pelajar. Ia
adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang penampilan diri bersesuaian imej
seorang mahasiswa yang beretiket.
6.2.2 Rumah Hantu KAB
Rumah hantu ini merupakan program tahunan yang wajib diadakan pada setiap anjuran FESKAB.
Program ini merupakan program yang mendapat sambutan hangat dan juga merupakan
permintaan daripada pelajar kolej sendiri untuk mengadakan rumah hantu.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
8
6.2.3 Malam Kebudayaan Inter-house Kolej Aminuddin Baki
Malam kebudayaan ini akan diserikan dengan persembahan teater, nyanyian, lakonan dan sketsa
daripada peserta – peserta inte-rhouse. Setiap inter-house akan menghantar wakil kumpulan
masing-masing. Tajuk persembahan akan di berikan kemudian.
6.2.4 Acara Berbasikal FESKAB ’14 seluruh UKM
Acara ini akan diadakan pada waktu pagi pada hari pertama program FESKAB. Ini bertujuan
untuk memberitahu seluruh warga UKM agar hadir bersama-sama untuk meraikan fiesta keluarga
Kolej Aminuddin Baki. Laluan trek adalah sekitar UKM dibantu penguatkuasaan Wisma Aman
untuk mengawal lalu lintas. Peserta adalah terdiri daripada warja kolej.
6.2.5 Pertunjukan Kereta Hybrid
Pertunjukkan kereta hybrid ini adalah untuk menarik perhatian khususnya warga kolej yang
sukakan reka bentukdan aksesori kereta hybrid yang berada di pasaran. Para pengunjung boleh
mencuba dan membawa sendiri kereta hybrid dan menunggangnya di kawasan trek yang
disediakan.
6.2.6 Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner
Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner diadakan sekali lagi atas
permintaan warga kolej. Program ini berfokuskan kepada remaja – remaja muda yang sukakan
aktiviti lasak dan mencabar yang menjadi tren pada masa kini.
6.2.7 Rock-climbing
Acara ini adalah acara pertama yang diadakan pada FESKAB ’14. Ini adalah untuk melihat
sejauh mana warga boleh menyukai aktivi lasak ini. Acara ini menguatkan ketahanan fizikal dan
mental peserta disamping mampu mengekalkan stamina dan kestabilan semasa kesukaran.
6.2.8 MasterChef KAB
Pertandingan MasterChef KAB juga adalah acara pertama kali dibuat pada FESKAB ’14. Peserta
terdiri daripada pasangan yang akan bertanding memasak paling sedap dalam masa yang
ditetapkan. Tema masakan akan dirahsiakan dan diberitahu hanya sebelum pertandingan bermula.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
9
6.2.9 Konsert amal bersama anak yatim oleh artis jemputan
Konsert amal ini dianjurkan adalah untuk meraikan anak-anak yatim terpilih di sekitar kawasan
UKM dan Hulu Langat. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberi interaksi secara terus
antara anak-anak yatim ini dengan artis jemputan. Selain itu, satu tabung kebajikan akan
diedarkan semasa konsert berlangsung untuk membantu keperluan kewangan anak-anak yatim
ini. Dengan program seperti ini, pengunjung konsert dapat bergembira sambil beramal. Penaja
penuh bagi konsert amal ini bakal menjadi Penaja Utama dan berpeluang mendapat beberapa
manfaat yang lumayan.
6.2.10 Ummah Talk
Pihak FESKAB juga akan mengadakan ummah talk mengenai tajuk hangat dalam kalangan
pelajar. Hal ini adalah untuk merangsang keperibadian pelajar untuk menjadi individu yang lebih
baik dan bebas daripada gejala sosial.
6.2.11 Slot Bersama Kanak – kanak
Bagi slot bersama kanak-kanak, pertandingan mewarna antara kanak-kanak akan diadakan sambil
ditemani oleh pelajar – pelajar Kolej Aminuddin Baki. Hal ini untuk memupuk semangat cintakan
ilmu antara kanak- kanak di peringkat umur yang masih muda di samping melihat keletah para
pelajar bersama si anak kecil.
7.0 TEMA
“Syndicate The Excitement”
8.0 ANJURAN BERSAMA
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
10
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Sesi 2013/2014,
Kolej Aminuddin Baki,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
9.0 TARIKH PROGRAM
8-9 Mac 2014 (Sabtu, Ahad)
14-16 Mac 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
10.0 TEMPAT PROGRAM
Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia
11.0 PESERTA
Antara pihak-pihak yang bakal terlibat dengan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB)
2014 ialah:
Semua barisan Majlis Pengurusan Tertinggi FESKAB 2014.
Semua Ahli Jawatankuasa FESKAB 2014.
Mahasiswa dan mahasiswi Kolej Aminuddin Baki serta kolej-kolej lain yang terdiri daripada
pelbagai kaum.
Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki.
Barisan felo Kolej Aminuddin Baki.
Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 CADANGAN PERASMI
FESKAB dijangka akan dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif dan
pemegang saham utama SYABAS dan Puncak Niaga Holdings Berhad.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
11
13.0 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan dan Kerja Berorganisasi
Kemahiran Kreatif dan Inovatif
14.0 STRUKTUR ORGANISASI
RUJUK LAMPIRAN A
15.0 TENTATIF PROGRAM
RUJUK LAMPIRAN B
16.0 BELANJAWAN
RUJUK LAMPIRAN C
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
12
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila hubungi :