Fermentasi ialah proses mengekstrak tenaga daripada pengoksidaan sebatian organik, seperti karbohidrat, menggunakan penerima elektron endogenus, yang juga selalunya sebatian organik. Sebaliknya pula, respirasi pula berlalu dengan elektron didermakan kepada penerima elektron eksogenus, seperti oksigen, melalui pengangkutan elektron berantai. Penapaian amat penting dalam keadaan anaerobik apabila tiada pemfosforilan oksidatif untuk mengawal penghasilan ATP (adenosina trifosfat) oleh glikolisis. Semasa penapaian, piruvat bermetobilasi kepada beberapa sebatian. Penapaian homolaktik ialah penghasilan asid laktik daripada piruvat; penapaian alkohol ialah penukaran piruvat kepada etanol dan karbon dioksida; dan penapaian heterolaktik ialah penghasilan asid laktik dan juga asid lain serta alkohol. Fermentasi tidak semestinya perlu dijalankan dalam keadaan anaerobik. Contohnya, walaupun dalam kehadiran oksigen yang banyak, sel yis lebih menyukai penapaian berbanding pemfosforilan oksidatif, selagi adanya gula untuk kegunaan (satu fenomena yang dikenali sebagai kesan Crabtree). Aktiviti antibiotik daripada bunga Humulus lupulus juga merencat metabolisma aerobik dalam yis. Gula menjadi substrat (biokimia) umum untuk proses penapaian, dan contoh tipikal hasil produk fermentasi ialah seperti etanol, asid laktik, laktosa, dan hidrogen. Namun, sebatian eksotik juga boleh terhasil daripada proses penapaian seperti asid butirik dan aseton. Yis menjalanakan proses penapaian menghasilkan etanol dalam bir, wain, dan minuman keras yang
6
Embed
Fermentasi Ialah Proses Mengekstrak Tenaga Daripada Pengoksidaan Sebatian Organik
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Fermentasi ialah proses mengekstrak tenaga daripada pengoksidaan sebatian organik, seperti
karbohidrat, menggunakan penerima elektron endogenus, yang juga selalunya sebatian
organik. Sebaliknya pula, respirasi pula berlalu dengan elektron didermakan kepada penerima
elektron eksogenus, seperti oksigen, melalui pengangkutan elektron berantai. Penapaian amat
penting dalam keadaan anaerobik apabila tiada pemfosforilan oksidatif untuk mengawal
penghasilan ATP (adenosina trifosfat) oleh glikolisis. Semasa penapaian, piruvat
bermetobilasi kepada beberapa sebatian. Penapaian homolaktik ialah penghasilan asid laktik
daripada piruvat; penapaian alkohol ialah penukaran piruvat kepada etanol dan karbon
dioksida; dan penapaian heterolaktik ialah penghasilan asid laktik dan juga asid lain serta
alkohol.
Fermentasi tidak semestinya perlu dijalankan dalam keadaan anaerobik. Contohnya,
walaupun dalam kehadiran oksigen yang banyak, sel yis lebih menyukai penapaian
berbanding pemfosforilan oksidatif, selagi adanya gula untuk kegunaan (satu fenomena yang
dikenali sebagai kesan Crabtree). Aktiviti antibiotik daripada bunga Humulus lupulus juga
merencat metabolisma aerobik dalam yis.
Gula menjadi substrat (biokimia) umum untuk proses penapaian, dan contoh tipikal hasil
produk fermentasi ialah seperti etanol, asid laktik, laktosa, dan hidrogen. Namun, sebatian
eksotik juga boleh terhasil daripada proses penapaian seperti asid butirik dan aseton. Yis
menjalanakan proses penapaian menghasilkan etanol dalam bir, wain, dan minuman keras
yang lain, berserta dengan penghasilan kuantiti karbon dioksida yang banyak. Fermentasi
berlaku di dalam sel mamalia apabila berlakunya senaman intensif dengan bekalan oksigen
terhad, mengakibatkan penghasilan asid laktik.
Fermentasi biji koko akan menghasilkan cita rasa , mencoklat - hitamkan warna biji ,
mengurangkan rasa - rasa pahit , asam , manis dan aroma bunga , meningkatkan aroma koko (
coklat ) dan kacang ( nutty ) , dan mengeraskan kulit biji menjadi seperti tempurung . Biji
yang tidak difermentasi tidak akan mempunyai sebatian prekursor tersebut sehingga cita rasa
dan kualiti biji sangat rendah . Fermentasi pada biji koko terjadi dalam dua tahap iaitu
fermentasi anaerob dan fermentasi aerob . Kehadiran asid sitrik membuat persekitaran pulp
menjadi asam sehingga akan menginisiasi pertumbuhan yis dan terjadi fermentasi secara
anaerob . Fermentasi aerob dimulakan oleh bakteria asid laktik dan bakteria asid asetik .
Produk fermentasi yang dihasilkan berupa etanol , asid laktik , dan asid asetik yang akan