Tajuk Fasa-Fasa Bulan SK 11.2 Fasa-fasa Bulan SP 11.2.3 Menggunakan perhubungan ruang dan masa untuk menggambarkan fasa Bulan seperti anak Bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa dan Bulan Purnama dalam satu edaran lengkap mengikut takwim Qamari. Konsep Uama Memahami Fasa-fasa Bulan Rasional Bentuk-bentuk Bulan kelihatan seolah-olah berbeza-beza pada setiap malam, Perbezaan ini disebut fasa-fasa Bulan. Objektif Pembelajaran Murid dapat menyatakan peringkat fasa-fasa Bulan dengan betul mengikut Takwim Qamari. Hasil Pembelajaran - menyatakan sekurang-kurangnya 4 peringkat fasa-fasa Bulan. - menyusun atur setiap 8 peringkat fasa-fasa Bulan dengan betul. - melabel gambarajah fasa-fasa Bulan yang diberi dengan maklumat yang betul. Kemahiran Proses Sains Memerhati, Berkomunikasi, Membuat Inferens, Membuat Perhubungan Ruang dan Masa Nilai Murni Bersyukur dengan adanya bulan yang memantul cahaya dari Matahari ke BUmi pada waktu malam. Pendekatan Pengajaran Pembelajaran Koperatif - murid melakukan aktiviti kumpulan berkaitan dengan fasa-fasa Bulan dengan bimbingan guru. Sumber PdP Buku Teks, Kad Lukisan, Keratan gambar, gam, gunting, lembaran kerja