-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1/21
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.1 DEFINISI
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dulunya dikenali
sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal secara keseluruhannya
dengan rapid an teliti
oleh pakar-pakar pendidikan. Penggubalan ini telah mengambil
kira pelbagai jenisaspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta
Pendidikan, Rukun
Negara dan cirri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat
Malaysia, maka Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah digubal dan diumumkan secara
rasminya pada
tahun 1988. Falsafah ini akan dapat menentukan haluan, asas dan
sumber inspirasi
kepada semua usaha dan segala rancangan dalam bidang
pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dinyatakan berikut akan
menentukan arah
haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang
pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
3.2 MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia
yang
sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti berikut
iaitu percaya dan patuh
kepada Tuhan. Selain itu, mereka akan berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia.Mereka juga akan berasa tanggungjawab kepada diri,
masyarakat, agama dan Negara.
Justeru itu, mereka akan memiliki sahsiah yang seimbang dan
bersepadu dalam
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum
ini.
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK)
maka
matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan
seimbang dari pelbagai
aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya
menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna
serta menghayati
cirri-ciri:
1. Percaya kepada tuhan.
2. Berakhlak mulia.
3. Berilmu pengetahuan.
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara.
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2/21
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif,
mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta
sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu
menaikkan taraf
ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat
yang taat setia kepada
Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah
penting kerana akan
dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak
akan dicerobohkerana pengkhianatan rakyatnya.
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta
mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama
rakyat untuk mewujdkan
perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur
adalah rakyat yang
membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat
membentuk negara
Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5
prinsip yang menjadi
teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan,
kepercayaan
kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan,
kepercayaan kepada
undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan
dari segi ekonomi
sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat
jurang perbezaan
yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung,
cina duduk di lombong
dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini,
perbezaan yang amat
ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum
cina lebih maju
berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat
berperanan penting dalam
merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai
murni kepada murid-
murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong
menolong dan
bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian
dan..kemakmuran.
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan
seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan,
Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya,..iaitu..dapat melahirkan rakyat
yang
bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara
Malaysia yang mempunyai semangat ptriotik yang tinggi dalam
diri. Selain itu, kita
dapat menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna,
demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan pendidikan di
sekolah.
Dalam melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima
serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
perlembagaan dalam
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada
Negara, rakyat yang
memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan
bersikap toleransi
dalam mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum serta
mengurangkan jurang
perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3/21
Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang
mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelek dan
sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk
semangat perpaduan
sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum
pada dewasa kelak.
Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak
mulia dan mempunyai
nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu,
guru memainkanperanan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam
menerapkan nilai-nilai murni
ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.
3.3 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.3.1..IMPLIKASI..TERHADAP..KURIKULUM..DI..SEKOLAH
KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum
Bersepadu
Sekolah Menengah) adalah hasil perubahan yang diaspirasikan
dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah
seperti sukatan
pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan
dankesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan
(penyatuan
kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa
dititikberatkan
Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia
seharusnya diserapkan
dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah. Program
pendidikan disusun agar
dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum
diperkenalkan
untuk memberikan peluang kepada pendidikan teknik dan
vokasional
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga
ditegaskanPengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu
cabang ilmu pengetahuan
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan
bersikap berdikari.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran
yang
berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah
menerima sukatan
pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari
berlakunya sifat iri hati
di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut
sukatan yang berlainan. Ini
adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin
melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang
dibekalkan jugadiserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan
tujuan untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah
menjadi pendidikan
yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan
pada zaman
dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah.
Pelajaran untuk
melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi
membawa Malaysia ke arah
yang maju dan tidak ketinggalan.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
4/21
3.3.2 IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan
tugas sejajar dengan
tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi
:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan
visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah
PendidikanKebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan,
berketerampilan..serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
menggalakkan guru
memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru
melaksanakan fungsi
pendidikan.
Guru boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan.
Guru boleh
menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi
yang
bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu
kepada pelajar
bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam
ICT untukmembolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan
yang berteraskan
teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya
untuk menjadi guru
yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah
dipelajari untuk
memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama
guru bertindak
sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan
dan
memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik
darjah, seperti,
menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh
guru.
..berakhlak..mulia.
3.3.3 IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN
Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang
sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini
meliputi :
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat
peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi,
sosial dan jasmani,
secara menyeluruh dan seimbang.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk
merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan
telah dilakukan.
Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya
pelajar mampu untuk
merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Ini
adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang.
Budaya di sekolahjuga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di
dalam diri pelajar supaya supaya saling
bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini
adalah matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang
mampu untuk
menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga
diubah untuk
melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya
membaca..dalam..kalangan..mereka.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
5/21
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini mempunyai
satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah
iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH
Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah
PendidikanKebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang
. Sekolah merupakan
institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk
terus mencari ilmu
dan selanjutnya memberi sumbangan
kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..
4.1.2 PERANAN FPK DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN
Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan.
Pemimpin sekolah
iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan
institusi pelajaran di
Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan
berhubungan dengan
guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah
sekolah,membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi
sekolah
yang..berlandaskan..FPK..
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek
seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin
murid diberi penekanan
dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat
direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru
besar sebagai
peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson
(2005) mendapati
bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam
aspek-aspek
tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi
perniagaan, tanggungjawab,pengurusan sumber manusia, membuat
keputusan, komunikasi, kuasa, dan
perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama
yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru
besar yang
berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi
cemerlang.
Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang
tahun
2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah
menjadi semakin
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
6/21
mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah
dalam bentuk
instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap
serta kedudukan
masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan.
Kepemimpinan
pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational
leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat
jangkaan-jangkaan
tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa
berada dalam
keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan
berupaya membimbing
guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih
berkesan.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail
kepemimpinan yang
bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran yang
berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu,
di mana-mana
sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh
dan
bertanggungjawab..terhadap..sesuatu..perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan
kegagalan murid
terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru.
Kepemimpinan guru besar
pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali,
yang mempengaruhi
kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan
persekitaran sosial
(iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang
mempengaruhi dan
menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik
murid..(Rutter..et..al,1979).
4.1.3 PERANAN FPK DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH
Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah.
Budaya sekolah,kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan
salah satu aspek yang penting
dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka
menggalakkan murid bebas
berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru
serta bebas melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja
dalam keadaan yang
mesra, berasa tenteram serta melaksanakan
tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah
yang demokratik
dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya
seperti membentuk
murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela
bekerjasama, lebih ramah danmesra, lebih spontan dan berkreativiti
serta lebih tinggi motivasinya.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek
utama iaitu aspek
fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek
penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan
kawasan sekolah,
keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah
yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
dan
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
7/21
juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi
perkara-perkara yang
berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah
seperti budaya
hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa
tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek
budaya ilmuseperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik
darjah atau di perpustakaan
sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui
penganjuran
program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan
membudayakan
aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara
tidak langsung dapat
mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif.
Menurut Ee (1994),
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan
budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui
amalan
tabiat..membaca..yang..berterusan.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi
penggunaanbahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah.
Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa,
aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak
sekolah sebagai galakan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga
perlu diberi
perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan
modal insan yang
mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran
diwujudkan
bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara
harmonis dan
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM
Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK,
sekolah juga perlu
memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja
ko-kurikulum.
Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak
pendidikan yang dijalankan
di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan
aktiviti-aktiviti kumpulan
secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah
adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah.
Walaupun aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan
menyemai sifat-
sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan
murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua
murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan
sosial, jasmani
dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan
bakat murid-murid.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
8/21
Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan
mendidik diri ..sendiri.
Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh
memainkan
peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan
bakat. Begitu
juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan
mereka dalam
mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar
sekolah sebenarnyaamat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh
dimanfaatkan oleh murid-murid.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja
ko-kurikulum ialah pasukan
unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh
perlu memastikan
semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak
kerja ini dianggap
sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai
satu
bidang..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di
sekolah mempunyai
beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan,
aspek
pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di
sekolah diharapakan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang
seimbang di kalangan murid;
memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini;
memajukan kemahiran, minat
dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri;
mengukuhkan dan
memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas
kerjaya pada masa
akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
dan..menyeronokkan.
Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan
untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
menggembirakan murid-
murid. Selain itu, perhubungan antara guru
dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat
mampu melahir danmembentuk murid-murid yang mempunyai semangat
kekitaan dan kewarganegaraan
serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk
masyarakat. Secara
keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti
pengurusan ko-
kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi
individu,
membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat,
meningkatkan mutu
disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan
mereka. Selain itu,
pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada
murid-murid untuk
menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan
minat, bakat serta
kemahiran masing-masing.
4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting
dalam merealisasikan
FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru
bertanggungjawab
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu
yakni insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
9/21
Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di
sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai
pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan
juga sebagai inovator,
iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru
menjalankan seperti
menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum
memulakan satu-
satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih
dahulu terhadap topik yangakan disampaikan. Proses pembelajaran
berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-
murid mempunyai minat..terhadap..pelajaran..itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan
berbagai-bagai
cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar,
mengadakan main
peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang
dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah
pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya
murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap
langkah pembelajaran. Dalam
mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang
terlebih dahulu.
Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid,
objektif-objektif
pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya
dipertimbangkan.
Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa
faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik
yang
diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan
pengalaman-pengalaman
murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan
lebih mudah
lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya
mudah difahami danpenerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat
bantu mengajar seperti carta,
gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu
konsep yang
disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta
supaya menjadi
konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh
dijadikan konkrit dengan
menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.
Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan
mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai
murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan
dapat mengesani sejauh
manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan
insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk
merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara
di masa
hadapan.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
10/21
4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen
sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke
peringkat akar umbi.
Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan
bagi merangsangperkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek
sejajar..dengan..kemahuan..FPK..
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran telah
cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang
individu untuk
menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar
atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja
atau membuat
sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak
individu lain,
mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu
dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang
sedia adamenerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk
masyarakat.
Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila,
kesopanan dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang
penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan
menjejaskan tumpuan
mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya
dikawal dengan kerjasama
warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat
sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan
kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh
menubuhkan
sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat
sekolah dengan
melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang
tinggal berhampiran
dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga
hendaklah
memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan
perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak
supaya tidak berlakupengasingan dan perbezaan di antara mereka
dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk
dan membina
semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas
utama guru
bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan
kaunseling dengan murid-
murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan
tingkah laku yang
diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga
berfungsi untuk membina
perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin,
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
11/21
pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.
Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan
murid. Faedah-faedah
tersebut adalah seperti berikut:
a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.b)
Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta
teratur.
c) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan
lagi.
d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka
berdisiplin.
e) Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid
dapat mematuhi
peraturan-peraturan..sekolah.
f) Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat
dikurangkan.
g) Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih
singkat.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya
persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting
dalam membentuk imejdan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan
dan kegemilangan, selaras dengan
hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan
yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.
4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK kita
dapat menerapkan
kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari
bahasa Melayu. Bahasa
Melayu yang merupakan bahasa pertuturan bukan hanya perlu
dipelajari malahan perlu
dikuasai secara mendalam oleh semua pelajar dan guru di
sekolah.
Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu
bertuturdengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang
berterusan.
Pengalaman belajar selama lima tahun di institut pendidikan
guru(IPG) perlulah di
manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini perlu
kerana masih ada
guru bahasa Melayu bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri.
Ini akan
mengelirukan pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa
Melayu.
Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di
sekolah
rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada
peringkat ini, pelajar
akan mengambil dan menerapkan gaya pertuturan yang telah diajar
kepada mereka.
Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang
berkeperibadian lebih
unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi,intelektual, dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur
dengan menggunakan bahasa
kebangsaan dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan
Negara dan mampu
berbakti kepada nusa dan bangsa.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka
ternyatalah bahawa
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
12/21
kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan
(FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri,
aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga
disiplin. Semua aspek ini
akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada
memenuhi hasrat FPK
atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak
langsung mampu
menjana dan membina modal insan yang berkualiti.Merujuk kepada
PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berperibadi mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk
berfikir secara kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-
peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk
berhadapan dengan
persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam
menyahut
cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan keupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara.
6.0 REFLEKSIBerdasarkan tugasan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK) yang telah saya kaji,saya telah memahami
konsep-konsep yang ingin dilaksanakan oleh FPK dalam
systempendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi penanda araskepada perkembangan sistem pendidikan di
Malaysia ini. FPK sangat berguna bagisemua pihak terutama saya yang
akan berkecimpung di dalam bidang pendidikan tidaklama lagi.
Dalam sukatan pelajaran, FPK telah menetapkan bahawa
penggabungjalinan
amat penting bagi memudahkan murid memahami isi yang ingin
disampaikan oleh gurupada setiap mata pelajaran. Hal ini
menyedarkan saya bahawa perkembanganpendidikan di Malaysia bermula
dari satu Rukun Negara yang diterapkan dalam jiwamurid pada masa
kini.
Saya juga telah mengetahui proses pembentukan Falsafah
PendidikanKebangsaan dan elemen-elemen serta implikasinya terhadap
sistem pendidikan diMalaysia. Saya mengharapkan sistem ini akan
digunakan berterusan dan tidakdisalahgunakan oleh mana-mana pihak
dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan konsep falsafah ini
dalam dirisaya supaya saya dapat menggunakannya di masa akan
dating. Walaupun sistempelajaran akan berubah namun konsep dan
elemen yang terdapat dalam falsafah
pendidikan tidak akan digubal sewenang-wenangnya.Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingEncik Nordin
Bin Tahir kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
sayasehingga saya mampu mendalami makna sebenar FPK dalam sistem
pendidikanNegara ini.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
13/21
Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalh bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu
falsafah dan pendidikan. Secara
keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup
kerana isu-isu yang difokuskan
adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan
manusia dan sebagainya. Maka, menurut
Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula merupakan satu proses
menyeluruh yang bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu
proses sosial yang memberi
peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran
sosial serta perkembangan
peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang
terpilih serta terkawal yang
diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah
selari dengan pandangan Dewey,
seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan
bahawa Pendidikan adalah satu
proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan
manusia. Sekolah dilihat sebagai
satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran
sosial. Oleh itu, sekolah memainkan
peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Perubahan sosial yang pesat di kebanyakan negara termasuk
Malaysia sejak tahun 1960-
an, telah meningkatkan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap
peranan para guru di sekolah.
Keadaan ini telah menjadikan sekolah sebagai institusi penting
menawarkan pengalaman indah
untuk semua murid daripada pelbagai keturunan, budaya dan tahap
keupayaan fizikal serta
intelektual, untuk menimba sebanyak mungkin ilmu kemahiran.
Dalam hal ini tanggungjawab ibu
bapa dan juga masyarakat terhadap anak-anak, seolah-olah telah
berpindah kepada guru-guru di
sekolah. Justeru, untuk menangani perubahan ini, pihak sekolah
telah merangka pelbagai
pendekatan demi memastikan generasi murid yang dilahirkan adalah
seimbang dari segi emosi,rohani, jasmani dan intelek.
Mengapakah kita mengatakan sekolah memainkan peranan penting
dalam merealisasikan
falsafah pendidikan? Ini disebabkan sekolah telah meliputi
beberapa aspek yang dapat
mengembangkan serta banyak membantu dalam proses merealisasikan
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Aspek-aspek tersebut termasuklah kepimpinan, budaya
sekolah, ko-kurikulum, guru
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
14/21
dan disiplin. Kesemua aspek ini adalah saling berkaitan dalam
proses merealisasikan falsafah
pendidikan kebangsaan dan masing-masing juga memegang watak yang
tersendiri untuk
memainkan peranan mereka. Namun, jika kita inginkan matlamat
merealisasikan falsafah
pendidikan kebangsaan dijalankan dengan lebih berkesan, maka
kita haruslah meneliti Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan lebih terperinci lagi melalui
analisis Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung
dalamnya.
Mengenai kepimpinan, banyak teori telah dikemukakan. Ada teori
yang dikemukakan
berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskan kepada
charisma seseorang. Kepada
setengah orang, perkataan kepimpinan mempunyai erti yang
mendalam di mana seseorang
pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorong pengikut untuk
bekerja kuat menghasilkan
sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan, pada asasnya
pemimpin adalah gabungan semua
sifat berikut: pengarah, pendorong, dan pembantu.
Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat
kepimpinan di kalanganpelajar dan ia termasuklah latihan formal dan
latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang
diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman
aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat
sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan
meningkatkan potensi memimpin seseorang
murid. Pihak sekolah boleh menggunakan perbelanjaan untuk
program latihan kepimpinan seperti
kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang
dapat mencungkil bakat
kepimpinan pelajar. Sekolah-sekolah boleh merancang dan
mengadakan berbagai bentuk dan cara
latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah
sama iaitu membentuk dan
menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.
Malah, dalam aktiviti-aktiviti yang berkenaan, guru-guru boleh
menunjukkan sifat kepimpinan
mereka agar boleh dijadikan sebagai teladan dan contoh kepada
pelajar. Guru-guru boleh
mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar, menarik yang dapat
muncungkilkan sifat kepimpinan
murid. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam
sesuatu aktiviti dan setiap pelajar
ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa
tersebut. Dengan itu, semua murid
adalah berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta
sifat kepimpinan mereka
dapat dicungkil.
Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk
pelajar sebagai rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah penting untuk
mewujudkan seseorang murid
yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan
bertindak dalam cara-cara tertentu.
Dalam hal ini, murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus
mengetahui keperluan dan motif
orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan
pencapaian matlamat kumpulan.
Dia juga harus mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya
untuk menyelesaikan masalah
dan mencapai matlamat masa hadapan. Jika berjayanya membentuk
sifat kepimpinan seseorang
murid yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai.
Mereka akan sentiasa menyedari
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
15/21
bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus
dilaksanakan dengan baik,
amanah, bersih dan cekap. Mereka juga senantiasa berusaha untuk
meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan
pemimpin negara pada masa
depan.
Murid yang bersifat kepimpinan adalah berkeupayaan untuk
mencapai kesejahteraan diri.
Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa
ingin membuat keputusan atas
perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan
adalah demi kepentingan
bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat
untuk menghadapi cabaran
hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya
tahan fizikal dan mental yang tinggi
juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan
untuk mengharungi liku-liku
hidup.
Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem
pendidikan, suasana kognitif di
sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah
pendidikan negara, perludiwujudkan suasana sekolah yang selesa,
tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan
pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.
Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal,
sosial dan penggunaan bahasa.
Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam
membentuk budaya sekolah.
Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan.
Bangunan dan kawasan sekolah yang
bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan
sekolah dengan adanya taman
bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada
orang. Keselesaan dapat
diwujudkan dengan jadikan gangguan-gangguan kepada proses
pengajaran dan pemelajaran pada
tahap minimum. Malah, langkah-langkah keselamatan harus diambil
dan peraturan keselamatan
harus sentiasa digubal demi menjaga keselamatan sekolah dan
murid.
Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni
dapat dipupuk di kalangan
murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar
mengamalkan nilai murni tersebut
serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan
yang dijalankan. Dengan itu, semua
ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan
banyak pengalaman boleh dipelajari.
Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti
hormat-menghormati, kekitaan dan
perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.
Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas
haruslah diajar agar murid
dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis.
Contohnya penggunaan Bahasa Melayu
yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah
mendatangkan faedah. Malah, penggunaan
Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.
Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di
kalangan pelajar. Sebagai
contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan
rujukan luar, budaya
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
16/21
kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas
3M dalam murid iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan malan tersebut,
mereka akan sering
berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar.
Malahannya, mereka akan
sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran
demi menyebarluaskan ilmu.
Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara
kreatif, kritikal dan reflektif.
Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia. Mereka mempunyai
perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada
nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip
hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.
Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti
ko-kurikulum kini
menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain
psikomotor selaras dengan
penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang
menyeluruh dan seimbang dalam
satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan
aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat
kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu.
Ko-kurikulum merupakan suatuprogram pendidikan yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan
diri pelajar melalui
aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat
mengembangkan bakat, potensi dan minat
dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selin itu, dalam
objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam
bidang-bidang yang dipilih,
kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam
ko-kurikulum turut membantu proses
penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang
yang berilmu pengetahuan,
pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan
memimpin. Ini boleh memberi
kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran asas,
keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.
Selain dapat mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan
diri pelajar ke arah
kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaaan, ia juga dapat
meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan
nilai dan sikap positif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini boleh menjadikan
pelajar-pelajar individu yang
bersifat inovatif dan kreatif di samping meningkatkan suasana
sekolah yang lebih menarik dan
mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang.
Perlaksanaan ko-kurikulum juga
meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan
pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam
kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
17/21
Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan
melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi
tumpuan utama kepada
pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk
mengupas masalah dan cabaran
masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk
nilai-nilai kewarganegaraan
supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti
kebangsaan boleh dicapai.
Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara membolehkan pelajar
belajar untuk berdikari, cerdas
berfikir dan mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajar
di samping mewujudkan
integrasi di kalangan kaum. Malah, aktiviti lain yang mencabar
seperti berkhemah di hutan, berkayak
dan sukan membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu,
mengisi masa lapang dengan lebih
berfaedah serta mewujudkan perpaduan.
Pihak sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum
kerana ia memainkan
peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap
individu telah diberkati Tuhan dengn
bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru
haruslah mewujudkan peluang
untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan
kebolehan mereka. Pada masayang sama, pendidika seharusnya memberi
peluang individu untuk berkembang bakat, potensi
dan kebolehan agar menjamin perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu.
Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat
aspek iaitu intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Maka, bakat, potensi dan kebolehan ini tidak
boleh dikembangkan secara
berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi
mengelakkan pertentangan antara satu
sama lain.
Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat
Malaysia yang dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Melalui ko-
kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat
toleransi, kekitaan, hormat-
menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam
kumpulan besar yang merangkumi
pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat
tersebut, mereka dapat
mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan
maruah diri, profesion, agama,
bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk
mencapai kesejahteraan diri dengan
mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk
semasa aktiviti kokurikulum. Ini
menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
hidup.
Guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan
melalui ko-kurikulum kerana
biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid.
Melalui latihan dan ujian, mereka
dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu
pengetahuan yang tidak dapat
dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih
mencintai ilmu pengetahuan serta
mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Malahannya,
ko-kurikulum dapat melahirkan murid yang
berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik
dalam sanubari murid agar
berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai
prinsip-prinsip hidup. Jika kita lihat dari unsur
jasmani pula, ko-kurikulum dapat menyedarkan murid tentang
kepentingan kesihatan. Mereka juga
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
18/21
berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan
masyarakat agar dapat
mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan
sosial.
Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun
bagi mengiktiraf
sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang
menjadi tunggak dalam
pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan
tema sambutan hari guru iaitu
" Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek
sosial bukan sekadar memberi
pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk
merealisasikan transformasi
pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Kamus Online Merriam-Webster, guru didefinisikan sebagai
seorang yang
mengajar. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru
termasuklah pendidik,
instruktur, ahli pedagogi, jurulatih dan tutor. Dalam Akta
Pendidikan 1996 pula, Guru ertinya
seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan.
Mereka menyediakan dan
mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan di, bagi atau melaluipusat pendidikan jarak jauh, dan
termasuklah guru besar atau pengetua.
Sebenarnya, perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting
serta diperlukan oleh
masyarakat untuk mendidik generasi muda. Seseorang guru harus
sentiasa mementingkan
perkhidmatannya lebih daripada kepentingan diri sendiri. Contoh
yang paling nyata ialah apabila
guru-guru sekolah rendah mengorbankan masa cuti sekolah untuk
menghadiri kursus KBSR serta
menyediakan alat bantu mengajar sehingga larut malam.
Sebelum seseorang guru boleh disahkan sebagai guru yang
bertauliah, dia juga perlu
memperoleh pengetahuan tentang pelbagai jenis teknik dan kaedah
pengajaran serta kemahiran
pengajaran. Bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
pengajaran, latihan perguruan
disediakan sama ada di maktab-maktab perguruan atau di
universiti-universiti. Namun, seseorang
guru juga mempunyai autonomi dalam pemilihan strategi, teknik
dan kaedah mengajar yang
dianggap paling sesuai serta sejajar dengan minat dan kebolehan
pelajar. Selain itu, guru juga
bertanggungjawab atas keputusan serta tindakan yang dibuatnya.
Sekiranya dia telah memutuskan
seseorang murid itu perlu dihukum atau didenda, maka dia harus
sedia menerima akibatnya.
Sebagai seorang guru, dia haruslah bertanggungjawab terhadap
murid-muridnya dengan
lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada
hal-hal lain. Mereka seharusnya
bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, keturunan
dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara
berpakaian, pertuturan dan tingkah
laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.
Seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu
bapa dengan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada
ibu bapa demi kepentingan
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
19/21
anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga
penting. Seseorang guru haruslah
memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat. Guru adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap
murid dengan sikap dan nilai
yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
baik.
Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa
pendidikan adalah
suatu usaha yang berterusan. Maka, guru telah memainkan peranan
penting dalam
mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan ialah
suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang berlangsung
secara berterusan bermula dari kecil
sehingga ke akhir hayat. Namun, guru haruslah mulai mendidik
kanak-kanak dengan memberikan
pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang
berada dalam lingkungan umur
antara satu hingga enam tahun.
Selain itu, guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yangberilmu pengetahuan. Guru haruslah
banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu
pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada
mereka tentang kepentingan
ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana
pembelajaran dengan
menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih
menarik untuk menarik minat
membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk
dengan semangat cintai ilmu
pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan
budaya membaca. Cara ini
juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan
terbuka.
Kita menyedari bahawa terdapat pelbagai masalah akhlak dan
disiplin pelajar yang berlaku
berpunca daripada pelbagai sebab seperti pengaruh media massa
yang tidak sihat, kurangnya
penghayatan agama, gaya hidup yang bercirikan hedonisme, tekanan
pembelajaran dan lain-lain.
Masalah keruntuhan akhlak pelajar amat membimbangkan semua
pihak. Usaha untuk
menyelesaikannya adalah tanggungjawab semua pihak, khususnya
pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dan pentadbiran sekolah. Dalam usaha menangani gejala
ini, guru dan pihak sekolah telah
memainkan peranan yang penting. Kementerian Pelajaran telah
bertanggungjawab untuk
meningkatkan peranan guru kaunseling dan mengurangkan beban
pengajaran kepada guru
tersebut.
Guru di mana-mana sahaja mengharapkan muridnya berdisiplin.
Mereka akan bersyukur
dan berterima kasih jika murid-murid menghormati mereka,
mematuhi peraturan sekolah dan
menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran. Namun, apabila
diteliti, banyak perkara yang
menyebabkan masalah disiplin timbul. Contohnya perubahan nilai
generasi muda yang dipengaruhi
oleh perkembangan sosio-ekonomi yang pesat. Sebagai kesannya,
kepada sekolah kesannya
mungkin merupai gangguan kepada kelicinan perjalanan pengajaran
dan pembelajaran, tetapi
kepada masyarakat ia mungkin merupai gangguan kepada
ketenteraman awam akibat pertambahan
kes jenayah. Di sekolah bilangan murid yang bermasalah akan
meningkat, manakala dalam
masyarakat nanti jumlah penjenayah akan bertambah. Dengan itu,
harapan sekolah, ibu bapa,
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
20/21
masyarakat dan negara untuk melahirkan insan yang cekap,
bertanggungjawab dan amanah tidak
akan tercapai.
Seperti yang dinyatakan, masalah disiplin sekolah menjadi
tanggungjawab sekolah.
Penyelesaian juga diharapkan kepada sekolah. Dalam mengawal
disiplin sekolah, guru harus
memegang kepada prinsip benar tetap benar dan salah tetap salah.
Dalam menentukan
kesalahan dan kebenaran inilah dia menggunakan kebijaksanaan.
Ketegasan bukan bermakna
kekasaran. Sekali keputusan dibuat, dia tidak akan berubah-ubah
fikiran, kerana penelitian dibuat
sebelum tindakan diambil. Namun, ketegasan perlu kepada
kata-kata dan perbuatan. Ini bermakna
tindakan susulan perlu diambil selepas suatu arahan atau
cadangan dibuat. Satu lagi teknik
pelaksanaan tindakan adalah terpulang kepada guru sama ada
dengan nasihat, denda atau
menyerahkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin. Yang pokok
ialah guru memberi perhatian
yang serius terhadap masalah disiplin murid.
Disiplin penting dalam membentuk insane yang seimbang dan
harmonis. Ia adalah amatpenting bagi individu untuk memiliki ilmu,
sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik dan kesihatan diri yang baik. Maka,
keseimbangan antara keempat-
empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup
secara harmonis dengan diri
dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran hidup
serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah
satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap
sistem pendidikan Negara ini
serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan haruslah
dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan
hasrat Kerajaan dan matlamat
pendidikan tercapai.
Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dijadikan satu garis panduan
dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas
pendidikan serta fungsi-
fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik
harus berpegang kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
professional mereka.
Dengan itu, barulah profession mereka sebagai seorang guru dapat
dijamin dan dikekalkan dan
setiap tugasan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, mereka juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi
pendidikan dan cara-cara yang
mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih
berkesan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan
pendidikan negara, kaum pendidik
serta murid-murid.
Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi
satu kenyataan dan
bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia
haruslah berganding bahu dan
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
21/21
bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana ia
merupakan tanggngjawab kita semua.