1 SEJARAH PEMIKIRAN POLITIK MODEN IHEH 2101 PENSYARAH : DR OSMAN RASIP NUR ATIQAH BT IBRAHIM ISTAR IEP110014
1
SEJARAH PEMIKIRAN
POLITIK MODEN
IHEH 2101
PENSYARAH : DR OSMAN RASIP
NUR ATIQAH BT IBRAHIM ISTAR IEP110014
2
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
PENDAHULUAN 3
LATAR BELAKANG KHOMEINI 4
PENDIDIKAN DAN KERJAYA KHOMEINI 6
KARYA PENULISAN KHOMEINI 8
KONSEP NEGARA ISLAM MENURUT KHOMEINI 11
REVOLUSI IRAN 15
REPUBLIK ISLAM 21
KESIMPULAN 23
RUJUKAN 24
3
PENDAHULUAN
بسم هللا الرحمن الرحيم
ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا وسيئا وأعمالنا , من يهده هللا فال إن الحمد هلل نحمده ونستعينه ونستغفره ,
مضلل فال هادي له , وأشهد أن ال إله إال هللا ال شريك له .
Pertama sekali, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
inayahNya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah subjek Sejarah Pemikiran
Politik Moden, Dr Osman bin Rasip yang telah memberi tunjuk ajar, menasihati dan
membimbing saya bagi menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat
membalas jasa baik ini.
Untuk tugasan kali ini, saya telah memilih tajuk al-Khomeini. Saya memilih tajuk ini
kerana ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang teori negara menurut Khomeini dan
perjuangan yang dilakukan oleh beliau.
Menerusi tugasan ini juga, saya hanya meletakkan info yang boleh diterima akal tanpa
menyebut tenteng pemikiran Khomeini yang berunsur Syiah. Malah, apa yang saya cuba
sampaikan berkenaan beliau adalah lebih positif meskipun saya seorang Sunni dan beliau
seorang Syi’i.
Saya berharap dengan tugasan ini Dr Osman bin Rasip akan berpuas hati dan dapat
memperbetulkan kesilapan saya. Segala jasa baik ini hanya Allah SWT sahaja yang mampu
membalasnya. Jazakallah Khairan Kathira.
4
LATAR BELAKANG KHOMEINI
Al-Khomeini atau Ayatullah Ruhullah Musavi Khomeini dilahirkan pada 24 September
1902 bersamaan dengan 20 Jamadil Akhir 1320 di sebuah bandar kecil yang bernama
Khomein, sebuah bandar kecil dari wilayah Isfahan. Datuknya berpindah dari India ke
Khomein walaupun berkebarangkalian keluarganya berasal dari Nishapur, Timur Laut Iran.
Khomeini juga dikatakan adalah daripada keturunan Imam Musa al-Kazim imam
ketujuh di dalam senarai Ahl al-Bayt. Ahl al-Bayt ialah ahli keluarga Nabi Muhammad SAW
dan juga merujuk kepada pengikut Syiah 1. Imam Musa al-Kazim telah berpindah dari Nishapur
ke Lucknow, Utara India pada akhir kurun ke 18 2.
Ayah beliau, Sayyid Mustafa adalah seorang tokoh agama dan. Ayah Khomeini telah
menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mempelajari seminari agama Najaf, iaitu sebuah
bandar suci Syiah di Iraq. Oleh itu, secara tidak langsung dia menjadi salah seorang golongan
elit sekunder di sana.
Pada bulan Mac 1903, ketika Khomeini berusia lima bulan selepas dilahirkan oleh
ibunya yang juga anak perempuan kepada ulama Syiah yang terkemuka, ayahnya Sayyid
Mustafa telah meninggal dunia di dalam sebuah pembunuhan di Arak. Mujurlah identiti
pembunuh itu dapat dikenal pasti dengan cepat. Pembunuh itu adalah Jaafar-quli Khan, sepupu
kepada Bahram Khan yang juga salah seorang pemilik tanah terkaya di Arak 3.
Walaubagaimanapun pun berlakunya pembunuhan itu sukar untuk dirungkaikan. Dengan itu,
Khomeini telah dijaga oleh ibu dan ibu saudaranya ke suatu tempat yang lain.
1 Abdar Rahman Koya, 2009. Imam Khomeini Life, thought and Legacy. Kuala Kumpur, Islamic Book Trust, h. ix 2 Ibid., h. 15. 3 Ibid., h. 21.
5
Ibunya pula anak kepada seorang ulama Syiah yang terkemuka dan disegani ramai iaitu
Mirza Ahmad Mujtahid Khonsari. Beliau lah ynag telah mengharamkan orang Islam untuk
menggunakan tembakau berikutan pemberian monopoli perdagangan tembakau oleh Shah
Reza Pahlavi yang juga Shah Iran kepada sebuah syarikat milik orang Inggiris. Kes inilah yang
menjadi titik permulaan penglibatan ulama’ dalam politik Iran.
Pada tahun 1929, Khomeini telah berkahwin dengan anak perempuan salah seorang
ulama’ yang terkemuka di Tehran, Khadijah Thaqafi. Beliau telah dikurniakan tujuh orang
cahaya mata tetapi dua orang anaknya telah meninggal dunia. Tiga orang anak perempuannya
telah berkahwin dengan golongan ulama’. Dua orang anak lelakinya pula giat membantu
ayahnya mengembangkan ilmu agama. Anak sulungnya, Mustafa telah meninggal dunia secara
mengejut ketika bersama ayahnya di Najaf pada tahun 1977. Manakala anak lelaki keduanya,
Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 1995 selepas berjaya mengumpul dan menerbitkan
karya dan hasil tulisan ayahnya 4.
4 L. Carl Brown, 2000. Wajah Islam Politik Pergulatan Agama dan Negara Sepanjang Sejarah Umat. Jakarta : Serambi, h. 239.
6
PENDIDIKAN DAN KERJAYA KHOMEINI
Seperti kanak-kanak lain, Khomeini telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah
agama tempatan sejak berumur enam tahun lagi sebelum mendapat pendidikan secara individu
daripada guru-gurunya bagi subjek yang istimewa seperti ilmu Logik dibawah
penjagaan Mullah Abdul-Qassem dan Sheikh Jaffar.
Apabila beliau berumur 16 tahun, ibu dan ibu saudaranya telah meninggal dunia tetapi
beliau terus tinggal di Khomein di bawah jagaan ahli keluarganya yang lain sehingga beliau
berumur 19 tahun. Salah seorang pewarisnya pada ketika itu ialah abang beliau sendiri,
Ayatollah Pasandideh. Ketika beliau berumur 19 tahun, beliau telah pergi ke Arak iaitu sebuah
tempat yang masyhur bagi bidang Pengajian Islam untuk meneruskan pelajarannya bersama
Haji Sheikh Abdul Karim Ha’iri Yazdi yang merupakan salah seorang ulama’ yang paling
menyerlah pada waktu itu.
Pada tahun 1922, Ayatollah Ha’iri Yazdi menerima jemputan daripada ulama’ Qum
untuk berpindah ke sana. Justeru, Khomeini turut mengikut gurunya berpindah ke sana dan
menghidupkan sebuah pondok yang hampir ditutup. Beliau telah mendalami pelbagai ilmu
seperti Usul Fikh, Feqah dan Kharaj daripada Sheikh Ha’iri Yazri walaupun gurunya telah
meninggal dunia tidak lama selepas itu. Beliau juga mendalami ilmu Falsafah Mistik dan ilmu
Akhlak. Beliau telah menerima segulung Ijazah bagi membenarkan beliau menjadi guru di
pondok tersebut pada tahun 1936.
Selepas kematian Sheikh Ha’iri Yazri, muncul seorang ulama’ Syiah Iran yang
masyhur iaitu Sheikh Burujerdi. Ketika Sheikh Burujerdi menjadi ketua ulama di Hawzah (
Sekolah Syiah), Khomeini telah menjadi anak murid dan pengikut yang setia kepada beliau.
Pada masa itu, Khomeini telah terpilih sebagai salah satu pengajar di Hawzah dan dikenali
sebagai mujtahid dalam bidang Fikh, Ushul Fikh, Falsafah, dan Akhlak. Selama bertahun-
7
tahun menjadi guru di Hawzah, Khomeini juga turut mengajar di Madrasah Faiziyah, Masjid
A'zam, Masjid Muhammadiyah, Madrasah Haj Molla Shadiq, Masjid Salmasi dan banyak lagi.
Di kota Najaf inilah, Khomeini buat pertama kalinya telah memperkenalkan teori konsep
Negara Islam menurutnya.
8
KARYA PENULISAN KHOMEINI
Khomeini merupakan salah seorang tokoh yang banyak menulis pelbagai karya
sepanjang hayatnya. Pekerjaan beliau yang pertama ialah membuat nota kaki diikuti menjadi
pengulas di Ra’s al-Jalut. Ketika beliau berumur 27 tahun, beliau menulis sebuah falsafah
rohaniah ketika bekerja di Akhbar Arabic yang bertajuk Misbah al-Hidayah 5. Dua tahun
kemudian, beliau menjadi pengulas (sharah) dalam beberapa karya lain. Antaranya :
Du’a al-Sahar
Hadith 40
Fusus al-Hikam
Miftah al-Ghayb
Asrar al-Salah
Risalah al-Talab wa al-Iradah.
Hadith al-Junud al-Aqlu wa al-Jahlu
Al-Kahfi
Adab al-Salar
Karya terbesar Khomeini adalah Kashf al-Asrar. Beliau menulis Kashf al-Asrar pada
tahun 1941 ketika beliau menjadi guru di Pondok Fayfiza di Qum. Pernah suatu ketika, anak
kepada sheikh Mandi al-Qummi seorang guru agama yang pernah menulis Asrar Alfa Sanah
telah menghina agama Islam. Khomeini telah mengambil cuti selama beberapa minggu kerana
terlalu berang dengan tindakan anak Sheikh Mandi al-Qummi itu dan pada ketika itu lah beliau
menulis Kasyf al-Asrar sebagai tanda kekecewaaan beliau 6.
5 Abdar Rahman Koya, op.cit., h. 85 6 Vanessa Martin, 2003. Creating an Islamic State : Khomeini and The Making of a New Iran. London : I.B Tauris & Co Ltd, h. 119.
9
Khomeini juga turut menulis karya di dalam bidang Fikh. Antara karya terbesar beliau
di dalam bidang Fikh adalah al-Rasa’il dan Tahrir al-Wasilah. Terdapat dua jilid bagi buku al-
Rasa’il. Kandungan bagi al-Rasa’il adalah esei tentang isu-isu Fikh seperti Ijtihad dan Taqlid.
Bagi buku Tahrir al-Wasilah pula, beliau telah mula menulis ketika beliau dibuang ke
Turki dan menyempurnakannya ketika beliau di Iraq. Ketika buku ini dicetak buat kali pertama,
beliau mendapati di bahagian bawah namanya sebagai penulis buku itu telah tertulis Hawzah
at Najaf yang bermaksud Sekolah Agama Syiah di Najaf. Kesannya, beliau telah memulangkan
semua buku cetakan pertama itu ke kedai yang mencetak untuk memadamkan tulisan Hawzah
at Najaf tersebut kerana ia tidak bersesuain bagi bidang Fikh. Buku ini telah menjadi salah satu
buku rujukan bagi bidang Fikh.
Khomeini juga ada menulis buku yang bertajuk Kitab al-Bay’ berkenaan urusan
muamalat. Buku ini mempunyai lima jilid iaitu nota kuliah Khomeini semasa beliau mengajar
di Najaf selama 13 tahun. Jilid yang kelima telah diterbitkan ketika beliau sudah pulang ke
Iran. Disamping itu, beliau juga menulis tentang kebersihan upacara amal yang mengandungi
tiga jilid yang bertajuk Kitab al-Taharah. Ia juga merupakan nota kuliah yang beliau pernah
mengajar di Qum.
Karya terpenting Khomeini yang pernah diterbitkan ialah berkenaan politik iaitu al-
Hukumah al-Islamiyyah. Ia adalah sebuah buku kecil di dalam Bahasa Arab yang mempunyai
154 muka surat yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa antaranya Bahasa Parsi,
Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Urdu. Bertentangan dengan tajuk, buku ini
banyak menceritakan masalah tertentu yang terdapat di dalam pemikiran tradisional Syiah.
Pemikiran tradisional syiah tersebut adalah semua kuasa tentang keghaiban Imam Ghayb sejak
260 Hijrah / 873 Masihi adalah tidak sah. Para ulama dan fuqaha Syiah perlu memberi
penerangan kepada diri mereka dan pengikut yang lain di sekolah dan pondok mereka bahawa
10
sesuatu kerajaan itu adalah tidak sah selagi Imam yang ditunggu-tunggu muncul. Buku ini
secara asasnya adalah untuk memberi penjelasan terhadap salah faham tentang konsep di
kalangan pengikut Syiah.
Situasi yang sama terjadi di kalangan orang-orang Islam yang Sunni. Terdapat
sebahagian ulama di kalangan sunni menyatakan bahawa sultan adalah bayangan Allah SWT
di muka bumi ini. Barang siapa menghina sultan, orang itu akan dihina oleh Allah SWT kelak
dan barang siapa yang memuliakan Sultan, orang itu akan dimuliakan oleh Allah SWT. Kata-
kata ini telah dijadikan sebagai isi kandungan khutbah Jumaat oleh sebagian Khatib yang agak
kurang bermoral.
Khomeini menyatakan di dalam buku ini tentang pemikiran dan teori yang terdapat
dalam teori Syiah yang membawa kepada berlakunya Revolusi Iran. Beliau menerangkan
teorinya sebagai ‘Kerajaan Keadilan’ atau pun Vilayat-i Faqih. Ia mengandungi 16 buah kuliah
yang pernah disampaikan di Sekolah Syiah di Najaf (Hawzah at Najah) pada 23 Januari hingga
10 Februari 1970 untuk membuktikan keupayaan golongan fuqaha untuk mengetuai dan
menguasai politik negara.
11
KONSEP NEGARA ISLAM MENURUT KHOMEINI
Sebuah lagi karya Khomeini yang telah menggegarkan dunia adalah Kasyf al-Asrar.
Walaupun ia telah ditulis tiga dekad sebelum penerbitan buku Hukumah al-Islamiyyah, ia juga
mengandungi isu bahawa kerajaan Islam perlu dipandu oleh seorang ahli Fikh. Beliau telah
membawa beberapa bukti dan contoh daripada al-Quran dan Hadith tentang keperluan
pemimpin daripada golongan ahli Fikh. Antaranya ialah :
ه ۞إن دوا ٱلل ن تؤههمركم أ
ت يهأ نه مه
همتم بهيه ٱل كه ا إوذها حه هلهه
ه أ كموا ٱنلاس إله ن ته
هأ
دل ب ه إن ٱلعه ا يهعظكم به ٱلل ه إن ۦ نعم ا بهصريا ٱلل ميعه نه سه ا ٥٨كه هه يهأ ينه يه نو ا ٱل ءهامه
طيعوا هه أ طيعوا ٱلل
هأ ول ٱلرسوله وه
أ مر وه
هء فهردوه إله ٱل زهعتم ف شه ٱمنكم فهإن تهنه لل
ٱلرسول وه إن كنتم تؤمنونه ب حسه ٱألخر ٱلهوم وه ٱللهأ ري وه لكه خه ويلا ن ذه
٥٩تهأ
Terjemahannya : 58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat.
59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
12
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya.
(Surah al-Nisa 4 : 58-59)
Nabi Muhammad SAW sendiri telah membina sebuah kerajaan, melantik para
gabenor, menjadi hakim di Madinah, menghantar wakil hakim ke negara Islam yang lain bagi
menyelesaikan masalah di sana, mengutuskan utusan ke negara Islam yang lain dan mengetuai
beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Perang Khandak dan Perak Uhud. Hal ini
menunjukkan bahawa sekiranya seorang ahli Fikh memerintah sebuah negara pasti negara
tersebut akan menjadi maju dan bertamadun tinggi. Selain daripada itu, baginda SAW juga
telah mengutuskan beberapa sahabatnya ke negara lain untuk membawa risalah Allah SWT
agar boleh memandu penduduk disitu pula. Misalnya Muaz bin Jabal RA telah diutuskan ke
Yaman. Rasulullah SAW telah memberi kuasa kepada beliau untuk berijtihad sekiranya
terdapat masalah yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW.
Hal ini menunjukkan bahawa melantik seorang golongan agama sebagai pemerintah bukanlah
suatu yang mustahil. Bahkan ia adalah satu pilihan yang tepat.
Namun di dalam buku ini, Khomeini bukanlah menekankan bahawa sesebuah
pemerintahan mestilah terdiri daripada golongan agama atau ahli Fikh namun cukuplah
sekadar di dalam barisan kabinet menteri atau di dalam barisan ahli Parlimen, terdapatnya
golongan atau ahli Fikh supaya nanti, ahli Fikh tersebut akan memilih ketua negara seperti
perdana menteri, raja daripada golongan yang benar-benar layak. Benar-benar layak
bermaksud tidak membantah hukum yang Allah SWT telah tetapkan dan tidak melakukan
kezaliman dan penganiayaan terhadap harta, nyawa dan kehormatan rakyat dan nilai-nilai
13
yang tidak baik yang lain. Dengan sebab itu lah, Khomeini tidak terus menyatakan bahawa
Sistem Monarki yang telah diamalkan di Iran selama beberapa abad itu adalah tidak Islamik.
Khomeini menerangkan bahawa sebuah kerajaan yang dibayangkan dalam Islam
mestilah mengikut dan menimbang tara akan undang-undang. Keautoritian Nabi Muhammad
SAW dan pemerintah yang sah disisi undang-undang adalah terbitan daripada Allah SWT
dimana Allah SWT telah memerintahkan kita sebagai rakyat untuk taat kepada baginda Nabi
Muhammad SAW dan pemerintah yang lain selepas kewafatan baginda. Oleh itu, tidak wujud
ruang untuk manusia memberi pendapat dan kerenah terhadap kerajaan Islam
Istilah yang digunapakai dalam menyampaikan teori Negara Islam yang diperintah
oleh ahli Fikh ialah Vilayat-i Faqih. Vilayat bermaksud kerajaan, pentadbiran dan kepimpinan
dalam sesebuah negara. Vilayat-i Faqih adalah salah satu isu yang sah di sisi undang-undang
Syariah. sama seperti syariah telah membuat setiap seorang daripada kita sebagai penjaga
kanak-kanak yang belum dewasa, kewajipan seluruh rakyat tidak berbeza daripada penjagaan
bawah umur kecuali dari segi kuantiti.
Sebenarnya, teori Vilayat-i Faqih bukanlah berasal daripada Khomeini sendiri. Ia
adalah satu fatwa yang disebut oleh Mirza Shirazi tentang pengharaman tembakau dan fatwa
daripada Mirza Muhaini yang merupakan penyokong bagi idea Vilayat-i Faqih ini.
Faqih disini bermaksud penjaga, pemerintah yang mengawal apa sahaja yang Nabi
Muhammad SAW pernah kawal sebelum ini. Walaupun para fuqaha tidak dapat menubuhkan
negara Islam buat sementara waktu, mereka tidak sepatutnya meninggalkan medan
pertempuran bahkan mereka sepatutnya mara kehadapan untuk mengurangkan pelbagai beban
dan masalah orang-orang Islam sebanyak mana yang mungkin serta mengaplikasikan undang-
undang mengikut kapasiti mereka.
14
Khomeini berpendapat bahawa orang Islam tidak perlu memberi kerjasama kepada
pemerintah yang tidak adil. Imam Jaafar al-Sadiq pernah menyatakan sesiapa yang menuntut
keadilan daripada pemerintah yang tidak adil dia diibaratkan seperti menuntut keadilan
daripada thagut iaitu syaitan. Kata-kata ini adalah salah satu daripada undang-undang politik
yang menyuruh orang Islam untuk menghindari daripada pemerintah yang tidak adil berkuasa.
Khomeini juga telah menetapkan beberapa undang-undang untuk sebuah negara Islam
pada masa akan datang. Misalnya, jika seorang ahli Fikh melanggar undang-undang syariah,
dengar serta merta atau secara automatiknya dia akan digugurkan daripada pejabat Vilayat
berikutan kerana kekurangan keadilan dalam diri dia.
Dua ciri untuk melayakkan sesorang itu menjadi pemerintah bagi negara Islam adalah
dia mestilah menguasai dalam bidang undang-undang Islam dan Sains serta mestilah seorang
yang adil. Tanpa dua ciri ini tiada siapa yang layak menjadi pemimpin negara Islam.
Khomeini juga ada menulis bahawa kerajaan Islam bukanlah seperti kerajaan-kerajaan
yang lain seperti ketua negara yang menikmati kuasa yang tidak terhad, bermain dengan harta
rakyat. Tetapi kerajaan Islam adalah satu negara yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah
dimana kita mestilah perlu ikut kepada sistem yang sedia ada serta mengaplikasi semua
undang-undang dan peraturan yang telah Allah SWT tetapkan. Justeru itu, negara Islam adalah
sebuah negeri undang-undang Tuhan. Perbezaan antara negara Islam dengan negara bukan
Islam ialah mengesakan Allah SWT dalam pemerintahan. Hanya Allah SWT penggubal
undang-undang tunggal dan Nabi Muhammad SAW serta khulafa’ mengikut undang-undang
yang sama yang telah ditetapkan.
15
REVOLUSI IRAN
Jika diteliti buku sejarah dunia, terlalu banyak revolusi yang telah berlaku antaranya
ialah Revolusi China, Revolusi Bolshevik dan Revolusi Iran. Revolusi Iran adalah salah satu
kesan daripada pertembungan antara peradaban barat dan Islam di mana kedua-dua peradaban
ini saling mencuba antara satu sama lain untuk mempengaruhi dan memimpin masyarakat ke
arah kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu lah tujuan Revolusi Iran bertujuan untuk
menghapuskan sistem pemerintahan monarki dan hendak digantikan dengan sistem
pemerintahan Republik Islam yang diketuai oleh Khomeini.
Muhammad Shah Reza Pahlavi yang menaiki tahta diraja Iran pada tahun 1941
merupakan pemerintah autokratik sejak tahun 1953. Beliau dapat menaiki takhta apabila
mendapat bantuan daripada Amerika syarikat dan Britain menjatuhkan kerajaan nasionalis
pimpinan Dr. Mossadegh yang ingin memiliki negara yang dipenuhi lapangan minyak di Iran
dan meletakkan kuasa tentera di bawah penguasaan beliau.
Walaupun Shah Reza Pahlavi atau Regim Shah mempunyai kedudukan yang kukuh
sebagai Shah Iran, dengan tidak semena-mena beliau ditumbangkan pada tahun 1979 dan
sebuah pemerintahan baru ditegakkan telah membuka mata seluruh manusia serata dunia
termasuklah Malaysia sendiri. Revolusi ini telah meletus sebagai akibat daripada kekecewaan
serta kemarahan rakyat Iran daripada pelbagai kumpulan sosial terhadap regim yang
memerintah Iran kerana gagal untuk menghapuskan ketidakadilan sosial dan ekonomi dalam
kehidupan masyarakat tempatan akibat daripada pencerobohan barat hingga mengganggu
gugat kedudukan peradaban tempatan yang sedia ada.
Revolusi Iran sering dikaitkan dengan konflik di antara tradisional dan permodenan
apabila berbicara tentang pertembungan peradaban Islam dan Barat. Keadaan sosio-ekonomi
di Iran ketika berlakunya Revolusi Iran berada di tahap moden dan progresif berbanding
16
dengan keadaan masyarakat ketika berlakunya Revolusi Bolshevik dan Revolusi China yang
mana agak menyedihkan. Selain itu, Revolusi Iran juga lebih digerakkan menerusi
pertelingkahan politik daripada pertelingkahan bersenjata. Walaupun terdapat ramai rakyat
Iran yang terbunuh ketika Revolusi Iran itu berlaku namun rata-rata ppenyokong demostrasi
tersebut tidak mempunyai senjata. Dalam kata lain mereka bukannya puak pemberontak.
Kejatuhan Regim Shah juga berlaku tanpa sebarang bantuan dan campuan tangan asing. Hal
ini berbeza dengan revolusi-revolusi lain yang mendapatkan pertolongan daripada orang luar.
Di Iran, Islam dijadikan penggerak utama sebagai alat untuk menyatukan seluruh rakyat Iran
dalam menentang pengaruh barat dan menumbangkan Shah Reza.
Antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah tercetusnya Revolusi Iran ini ialah
faktor ekonomi. Kemasukan para pemodal asing tanpa halangan telah membuka ruang kepada
penguasaan hasil kekayaan Iran oleh pihak luar. Syarikat gergasi barat yang mempunyai
modal yang besar dan kepakaran sains dan teknologi seperti Amerika Syarikat membolehkan
mereka menguasai dasar luar Iran terutamanya bantuan ekonomi. Bagi golongan Nasionalis,
ia merupakan satu ancaman kepada masa depan rakyat dan negara. Mereka menjangkakan
sekiranya tiada sebarang tindakan yang dilakukan, Iran akan terjajah dalam bentuk dan
suasana yang baru.
Golongan peniaga Iran (bazaaris) dan pekerja biasa menyaksikan program
pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh Regim Shah sebagi tidak lebih daripada
membuka ruang ke arah penguasaan Barat ke atas ekonomi negara Iran yang mencengkam
kehidupan kerjaya mereka. Hal ini menjadi lebih teruk lagi apabila terlahirnya bourgeoisie
comprador ataupun golongan atasan rakyat tempatan. Dengan kelahiran bourgeoisie
comprador ia seolah-olah mengukuhkan lagi pengaruh asing di Iran.
17
Regim Shah yang terlalu bergantung kepada Barat yang sentiasa mengambil peluang
atas kesengsaraan dan penderitaan rakyat Iran juga menjadi faktor mengapa Revolusi Iran ini
berlaku. Dengan sebab itu, golongan ulama Syiah merasakan ia merupakan satu tamparan
yang hebat kepada umat Islam di Iran. Khomeini telah mengatakan bahawa Regim Shah
sengaja bersekongkol dengan barat dalam usaha menyekat Islam daripada bangkit menjadi
sebuah peradaban yang berpengaruh. Dengan demikian itu, beliau menyatakan bahawa usaha
mempertahankan hak negara adalah satu kewajipan kepada semua umat Islam dalam
memelihara kesinambungan peradaban Islam di Iran.
Disamping itu, Khomeini yang mengetuai kumpulan pembangkang menentang
kerajaan Regim Shah dan rancangan Revolusi Iran beliau. Antara perkara-perkara lain yang
diperdebatkan oleh beliau ialah hak mengundi untuk perempuan, perubahan undang-undang
pilihan raya yang yang membenarkan kumpulan agama minoriti memegang jawatan tinggi
dalam kerajaan dan perubahan dalam undang-undang perkahwinan.
Bukan itu sahaja, apabila berlakunya pengusaan ekonomi secara meluas, ia akan
membawa kepada penyebaran pengaruh politik. Pendek kata, barang siapa yang memonopoli
ekonomi negara, dia juga akan memonopoli pentadbiran dan pemerintahan negara. Itulah
kehebatan wang di dunia ini. Syarikat gergasi yang mempunyai modal yng besar berpengaruh
untuk memberi tekanan kepada kerajaan yang diberi bantuan. Hal ini kerana tanpa sokongan
dan bantuan daripada mereka, pasti sebuah kerajaan tidak akan dapat berdiri teguh.
Apabila sejarah Perang Salib disingkap semula, setiap tindakan barat di Iran akan
terkait dengannya. Oleh sebab itu lah Khomeini sebagai salah seorang golongan ulama Syiah
yang berpengaruh besar pada ketika itu telah mengeluarkan fatwa di dalam karyanya Vilayat-
i Faqih agar rakyat menolak kepimpinan Regim Shah yang didakwa menyeleweng dan
tergelincir daripada prinsip-prinsip pemerintahan yang digariskan oleh Islam. Peristiwa
18
pembunuhan anak lelaki kepada Khomeini telah menyemarakkan api yang sedia menyala
pada tahun 1977.
Bukan itu sahaja, pada tahun 1976, Regim Shah menaikkan kemarahan penduduk
Islam Iran kerana mengubah kalendar Iran daripada kalender Hijrah kepada kalendar solar
Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung. Pada tahun yang sama, Regim Shah
mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap
inflasi. Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan
bermigrasi ke kota besar meningkat.
Walaupun Khomeini telah dibuang negeri ke negara Turki kerana mengkritik Regim
Shah yang bersekongkol dengan Israel dan Amerika Syarikat selama 14 tahun, beliau tetap
meneruskan pelbagai kempen anti-Shah supaya rakyat mendokong untuk menamatkan sistem
pemerintahan Monarki Iran dengan alasan ia tidak pernah diajar oleh baginda Nabi
Muhammad SAW. Tambahan pula, sistem tersebut digambarkan lanjutan daripada unsur-
unsur peradaban yang bukan Islam.
Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan
kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan
berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan
politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkan Persatuan
Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi
oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.
Tahun yang sama juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali
Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa
didalangi SAVAK.
19
Islam telah pun diakui sebagai agama yang sempurna yang merangkumi segala aspek
kehidupan manusia, ia tidak lagi memerlukan teori dan ideologi lain yang tidak selari dengan
prinsip Islam. Dalam menjayakan revolusi ini, Khomeini telah menegaskan bahawa tujuan
utama dilancarkan revolusi ini adalah untuk membebaskan umat Islam Iran daripada
peradaban barat yang membawa nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam. Khomeini telah
memperkenalkan slogan ‘tiada barat, tiada timur melainkan Islam’. Motif slogan ini dicipta
adalah untuk menyatukan umat Islam meskipun beliau menemui kegagalan kerana dilihat
lebih bersifat nasionalisme Iran oleh bangsa arab manakala golongan Ahli Sunnah wa al-
Jmaah pula melihatnya bercirikan Syiah.
Apabila Revolusi Iran telah berjaya menggulingkan regim monarki di Iran, institusi
ulama Syiah telah mendapat pengaruh yang luas dalam politik Iran kerana golongan tersebut
terutamanya Khomeini telah menjadi lambang atau tokoh penyatuan umat Islam di Iran dalam
usaha mengakhiri pengaruh peradaban Barat dan penguasaan asing ke atas sistem kehidupan
masyarakat Iran.
Walaupun bukan semua rakyat Iran inginkan sebuah kerajaan yang bersifat Islam
dalam mengendalikan urusan pentadbiran dan pemerintahan di negara tersebut, namun
masing-masing sanggup menerima kepimpinan golongan ulama Syiah demi menjatuhkan
Regim Shah yang dilihat terlalu banyak bergantung kepada Barat sehingga menyebabkan
bangsa Iran mengalami ketandusan jati diri sendiri. Kembali kepada Islam, seperti yang
dilaung-laungkan oleh Khomeini merupakan pra syarat untuk mengakhiri penguasaan Barat
ke atas Iran.
Meskipun Khomeini telah menubuhkan sistem pemerintahan bercirikan Syiah selepas
berjayanya Revolusi Iran 1979, beberapa orang pemerhati politik antarabangsa berpendapat
bahawa is merupakan kesinambungan kejayaan umat Islam pada zaman Rasulullah SAW
20
kerana berjaya menghapuskan kebatilan yang wujud dalam kehidupan masyarakat manusia di
Iran. Maka tidak hairanlah apabila Dr. Kaukab Siddique seorang Sunni menyamakan
kepulangan Khomeini ke Iran persis kejayaan Rasulullah SAW yang membuka Kota Mekah.
21
REPUBLIK ISLAM
Selepas jatuhnya Regim shah, Iran diperintah oleh kerajaan sementara yang diketuai
Shapour Bakhtiar. Walau bagaimanapun, kerajaan ini tidak dipersetujui oleh Khomeini. Pada
11 Februari, Khomeni melantik Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri Iran. Tindakan ini
menyebabkan kerajaan Iran berpecah kepada dua, iaitu kerajaan sementara Shapour Bakhtiar
dan kerajaan revolusi Khomeini dan akhirnya berlakulah pergeseran antara dua kumpulan ini.
Khomeini dan Mehdi Bazargan telah memperkenalkan sebuah kerajaan demokratik baru.
Pada masa yang sama, dalam kerajaan Iran, Khomeini menubuhkan Majlis Revolusi yang
ahlinya terdiri daripada para ulama yang menyokong beliau. Majlis ini semakin lama menjadi
semakin berkuasa dalam kerajaan Iran sehinggakan kesemua keputusan kerajaan Iran
ditentukan oleh badan ini.
Pada bulan Jun, Gerakan Kebebasan membentuk sebuah draf perlembagaan yang
menjadikan Iran sebuah Republik Islam. Draf ini turut merangkumi Majlis Pelindung yang
mempunyai kuasa veto mengenai undang-undang bukan Islam. Walaupun begitu, Ayatollah
Khomeini menolak draf ini dengan alasan bahawa kerajaan baru ini haruslah berdasarkan
"100% undang-undang Islam".
Oleh itu, sebuah perlembagaan baru dibentuk oleh Majlis Pakar yang membentuk
jawatan Pemimpin Agung untuk Khomeini. Kuasa Pemimpin Agung mengikut perlembagaan
ini meliputi kuasa ketenteraan, keselamatan dan juga kuasa veto untuk calon parti politik.
Turut dibentuk ialah jawatan Presiden. Kuasa presiden pula kurang meluas berbanding dengan
Pemimpin Agung dan beliau akan dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap
empat tahun sekali. Perdana Menteri Mehdi Bazargan tidak bersetuju dengan perlembagaan
baru ini kerana kekuasaan presiden yang terbatas, lalu beliau meletak jawatan.
22
Kerajaan Shapour Bakhtiar kemudiannya kalah dalam persaingan ini apabila
ketenteraan mengisytiharkan untuk berpendirian neutral. Pada 30 Mac 1979 dan keesokan
harinya, sebuah referendum diusulkan bagi membentuk sebuah Republik Islam dan cadangan
ini mendapat sokongan 98% penduduk Iran. Abolhassan Banisadr pula dilantik oleh Khomeini
untuk menjadi presiden Iran pertama.
23
KESIMPULAN
Khomeini telah muncul sebagai pemimpin agama yang berwibawa apabila beliau
berjaya menyatukan hampir kesemua rakyat Iran untuk menentang Regim Shah yang pro
kepada Barat. Dengan menggunakan kedudukannya sebgai salah seorang pemimpin tertinggi
dalam institusi ulama Syiah, beliau memperolehi sokongan majoriti masyarakat Iran dengan
mengeluarkan fatwa bahawa sistem beraja di Iran adalah tidak sahih dan kepentingan
menegakkan kerajaan Islam di bawah pimpinan golongan ulama syiah.
Tambahan pula dengan ketaksuban yang luar biasa para penganut Syiah terhadap
ulama-ulama mereka, membolehkan hampir setiap perancangan dan strategi Khomeini dalam
kempen anti-Shah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berkesan.
Meskipun Revolusi Iran ini telah lama berlaku, namun pihak pemerintah Iran masih
mengekalkan Islam sebagai teras kehidupan. Bahkan presidennya Muhammad Khatami
menyifatkan bahawa Revolusi Iran 1979 sebagai ubat yang menyelamatkan umat Islam Iran
daripada penyakit yang kronik.
24
BIBLIOGRAFI
Abdar Rahman Koya, 2009. Imam Khomeini Life, thought and Legacy. Kuala Kumpur,
Islamic Book Trust
L. Carl Brown, 2000. Wajah Islam Politik Pergulatan Agama dan Negara Sepanjang
Sejarah Umat. Jakarta : Serambi
Vanessa Martin, 2003. Creating an Islamic State : Khomeini and The Making of a New
Iran. London : I.B Tauris & Co Ltd