i FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN PROJEK TANAMAN VANILA. KAJIAN KES: FELDA AIR TAWAR 3, KOTA TINGGI, JOHOR ROHAYU BINTI CHE DAUD Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2012
24
Embed
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
i
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN PROJEK TANAMAN
VANILA. KAJIAN KES: FELDA AIR TAWAR 3, KOTA TINGGI, JOHOR
ROHAYU BINTI CHE DAUD
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 10
viii
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Faktor 11
1.8.2 Pengaruh 11
1.8.3 Kegagalan 11
1.8.4 Peneroka 12
1.8.5 FELDA 12
1.8.6 Spesies 12
1.8.7 Komoditi 13
1.8.8 Humus 13
1.8.9 pH 14
1.9 Kesimpulan 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Senario Sektor Pertanian Negara 16
2.3 Faktor Sikap 17
2.4 Faktor Pengetahuan yang Dimiliki 19
2.5 Faktor Bantuan yang diterima 20
2.6 Maklumat Penanaman dan Penjagaan Vanila 22
2.7 Kesimpulan 26
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 29
3.5 Kerangka operasi 29
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Kesahan 35
ix
3.8 Analisis data 35
3.9 Kesimpulan 37
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data Soal Selidik Bahagian A 39
4.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Jantina 40
4.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Umur 40
4.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap
Pendidikan 41
4.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap
Kesihatan 42
4.2.5 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap
Generasi FELDA 42
4.3 Analisis Data Soal Selidik Bahagian B 43
4.3.1 Faktor Sikap Mempengaruhi Kegagalan
Projek Tanaman Vanila 44
4.3.2 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 47
4.3.3 Faktor Amalan Penjagaan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 50
4.3.4 Faktor Bantuan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 53
4.4 Analisis Data Temubual 56
4.4.1 Faktor Sikap Mempengaruhi Kegagalan
Projek Tanaman Vanila 56
4.4.2 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 57
4.4.3 Faktor Amalan Penjagaan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 58
4.4.4 Faktor Bantuan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 59
x
4.5 Rumusan Analisis Data 60
4.5.1 Rumusan Analisis Data Soal Selidik 61
4.5.2 Rumusan Analisis Data Temubual 62
4.6 Kesimpulan 62
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan Kajian 64
5.3 Kesimpulan Kajian 65
5.4 Perbincangan 67
5.4.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 67
5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian 69
5.4.2.1 Faktor Sikap Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 69
5.4.2.2 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 70
5.4.2.3 Faktor Amalan Penjagaan
Mempengaruhi Kegagalan Projek
Tanaman Vanila 72
5.4.2.4 Faktor Bantuan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 73
5.5 Cadangan 74
5.5.1 Felda 74
5.5.2 Peneroka 75
5.6 Cadangan Penyelidikan di Masa akan Datang 75
5.7 Kesimpulan 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN 80
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Harga Vanila Di Pasaran Dunia 3
3.1 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian 33
3.2 Tahap Penilaian 36
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Jantina Responden 40
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Umur Responden 40
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Tahap Pendidikan Responden 41
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Tahap Kesihatan Responden 42
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Tahap Generasi Felda 42
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Sikap
Mempengaruhi Kegagalan Projek Tanaman
Vanila 44
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor
Pengetahuan Peserta Mempengaruhi Kegagalan
Projek Tanaman Vanila 47
xii
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor
Amalan Penjagaan Mempengaruhi
Kegagalan Projek Tanaman Vanila 50
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor
Bantuan Mempengaruhi Kegagalan Projek
Tanaman Vanila 53
4.10 Taburan Purata Peratusan Dapatan Keseluruhan
Kajian 61
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Kerangka Alir Carta Operasi 31
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 80
B Soalan Temubual 86
C Gambar Projek Tanaman Vanila
Felda Air Tawar 3 87
D Senarai Nama Usahawan Vanila
Felda Air Tawar 3 88
E Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan
Maklumat 90
F Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 91
xv
SENARAI SINGKATAN
FELDA - Federal Land Development Authority
SIUF - Skim Insentif Usahawan Felda
DPN3 - Dasar Pertanian Negara Ke-Tiga
PORIM - Institut Penyelidikan Kelapa Sawit
FELCRA - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority
RISDA - Rubber Industry Small Holders Development Authority
MARDI - Malaysian Agricultural Research and Development Institute
FAMA - Federal Agriculture and Marketing Authority
KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar
PNK - Pendapatan Negara Kasar
PIPLB - Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
R&D - Research and Development
SPSS - Statistical Package for Social Science
IT - Information Technology
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri pertanian adalah salah satu sektor yang menjadi sumber penting
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pendapatan rakyat terutamanya penduduk di
luar bandar banyak bergantung kepada bidang pertanian. Menurut Fatimah Arshad
(2007), sektor pertanian berperanan menyediakan tapak lonjakan kepada sesuatu
ekonomi ke arah pertumbuhan dan pembangunan sama ada melalui perindustrian
atau pertanian maju. Oleh sebab itu, kerajaan telah memberikan peruntukan yang
tinggi dalam belanjawan negara bagi menggalakkan peningkatan sektor pertanian
serta memastikan sektor pertanian menjadi salah satu sektor yang berdaya maju serta
mampu memberi pulangan yang lumayan kepada para pengusaha. Melalui data yang
diperolehi melalui Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah memperuntukkan
RM28,494,500 untuk projek pertanian yang melibatkan projek tanaman industri,
komoditi berpotensi dan juga florikultur. Bahagian Padi, Tanaman Industri dan
Florikultur (PTIF) ditubuhkan di bawah Jabatan Pertanian bagi memberi tumpuan
terhadap pembangunan tanaman dalam kategori tersebut yang mempunyai potensi
untuk dimajukan (Utusan Malaysia, 2007).
2
Kawasan penanaman orkid semakin meluas disebabkan oleh peningkatan
permintan yang semakin tinggi dari pasaran antarabangsa dan juga pasaran tempatan.
Johor memonopoli sebanyak 48 peratus dari jumlah pengeluaran orkid di Malaysia
diikuti oleh Perak, Selangor dan juga Pahang. Ini menunjukkan potensi tanaman
orkid untuk hidup subur dan berkembang di Malaysia adalah sangat besar. Selain
penguasaan dalam pengeluaran bunga-bungaan, Jabatan Pertanian juga berhasrat
untuk mempertingkatkan bidang pertanian dalam projek komoditi berpotensi seperti
tanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. Pokok vanila
merupakan spesies orkid yang sedang dibangunkan sebagai tanaman komoditi di
Malaysia.
Vanila ataupun nama saintifiknya “vanilla planifolia” merupakan sejenis
tumbuhan orkid yang berasal dari Mexico. Ia mula dikomersialkan di Mexico
beberapa abad yang lalu untuk digunakan sebagai penyegar minuman coklat dan
perisa tambahan tembakau oleh orang asli di sana (Utusan Malaysia, 1 Mei 2007).
Sejarah perkembangan vanila di Asia bermula pada 1721 apabila vanila dibawa ke
Eropah oleh orang Sepanyol sebelum dibawa oleh penjajah Belanda ke Bogor,
Indonesia pada 1819. Sejak 1850, vanila mula ditanam secara komersial di Indonesia
dan dikenali sebagai Emas Hijau. Apabila ia telah berjaya didebungakan, Indonesia
telah menjadi antara negara pengeluar yang menghasilkan vanila yang bermutu
tinggi di dunia.
Vanila digunakan secara meluas di dalam industri makanan, perubatan,
kosmetik, wangian, tayar, cat dan rokok. Sesuai dengan penggunaannya yang
meluas dalam pelbagai industri, vanila boleh mendatangkan pendapatan yang
lumayan kepada pengusahanya. Permintaan vanilla di pasaran global adalah sangat
tinggi sehingga mencecah 18,000 tan metrik setahun dan harganya boleh mencecah
antara RM150 hingga RM300 sekilogram bagi buah kering di pasaran antarabangsa
(Harian Metro, 12 Disember 2007).
3
Jadual 1.1: Harga Vanila di Pasaran Dunia
Tahun Harga (US$ per kilogram)
1998 19.26
1999 20.16
2000 33.55
2001 86.03
2002 145.45
2003 156.13
2004 400.00
(Sumber: Nadiah Mansor, 2010)
Menurut Claire Folkard (2002) vanila sesuai ditanam di kawasan beriklim
tropika yang mempunyai suhu di antara 26 darjah selsius sehingga 30 darjah selsius
dan ditanam secara meluas di beberapa negara antaranya Madagascar, Indonesia dan
China. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah
membuat kajian dan penyelidikan pada tahun 1992 di mana telah membuktikan
pokok vanila boleh mengeluarkan buah yang berkualiti di negara ini (Berita Harian,
27 Februari 2008). Vanila telah ditanam di beberapa buah negeri di Malaysia seperti
Pahang, Sabah, Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak (Koperasi Pembangunan
Desa, 2007).
Pelbagai insentif diberikan kerajaan kepada golongan sasaran yang terdiri
daripada petani, penternak dan pesawah sebagai usaha meningkatkan sektor
pertanian. Agensi kerajaan turut menyediakan pelbagai latihan, bantuan teknikal dan
pinjaman kepada usahawan yang terlibat dalam pertanian supaya mereka turut serta
dalam agenda pembangunan negara. Melalui konsep Rakan Niaga yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, agensi seperti
Agro Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Tekun sama-
sama berusaha membimbing peserta projek.
4
Setelah mengetahui potensi vanila sebagai tanaman yang boleh memberi
pulangan yang lumayan, kerajaan melalui pihak FELDA telah menggalakkan 79
orang peneroka Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi bersama pengurus feldanya untuk
melibatkan diri di dalam projek penanaman vanila di kawasan rumah masing-masing.
Projek penanaman vanila itu bermula pada tahun 2005. Peserta projek ini telah
mendapat bantuan pinjaman daripada FELDA melalui Skim Insentif Usahawan Felda
(SIUF). Manakala Rentak Timur Sendirian Berhad dilantik sebagai pihak yang
bertanggungjawab untuk membekalkan anak pokok vanila kepada peserta projek.
Skim Insentif Usahawan Felda merupakan usaha kerajaan bagi mendorong
kegiatan keusahawanan di kalangan peneroka di kawasan rancangan FELDA. Skim
ini menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada peneroka yang berminat untuk
menjalankan projek bagi meningkatkatkan pendapatan mereka melalui program
keusahawanan yang diatur. Bagi peserta program penanaman vanila di Felda Air
Tawar 3, mereka mendapat pinjaman kewangan melalui skim ini sebanyak RM2500.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bidang pertanian dilihat sebagai bidang keberhasilan negara yang sangat
menguntungkan. Matlamat Malaysia adalah ingin menjadi hub pengeluaran vanila
dan menjadikan tanaman vanila sebagai tanaman komoditi baru negara berdasarkan
prestasi vanila yang mempunyai pasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Bagi
merealisasikan matlamat ini, usaha dan kerjasama yang proaktif daripada semua
pihak amat diperlukan. Usaha yang berterusan daripada pihak pembekal benih
vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan para peserta
projek serta jabatan kerajaan yang berkaitan lain memainkan peranan dalam
menjayakan projek yang diusahakan.
5
Projek penanaman vanila yang dilaksanakan secara persendirian oleh seorang
bekas guru iaitu Ishak Musa dari Kampung Pamah Kulat, Raub, Pahang telah
membuahkan hasil. Beliau antara individu yang awal memulakan projek penanaman
vanila di Malaysia. Beliau telah memulakan projek penanaman semenjak tahun 2004
dan telah menanam kira-kira seribu pokok vanila (Musazlila, 2011).
Melihat kejayaan yang positif terhadap penanaman vanila dan prospek
kejayaan vanila di pasaran, pelbagai pihak mencari jalan bagi menjadikan tanaman
vanila sebagai satu industri di Malaysia. Ada pihak yang berusaha meningkatkan
bilangan pengusaha tanaman vanila dengan menjadi pembekal anak benih vanila
dengan tujuan tanaman vanila dapat diperluaskan ke seluruh negara. Kawasan
penanaman vanila di Malaysia turut mendapat perhatian di bahagian Sabah dan
Sarawak. Oleh kerana sedar tentang potensi pasaran vanila, peneroka FELDA
bersama pengurusnya telah mengambil inisiatif mengikuti projek tanaman vanila
dengan mengusahakan tanaman vanila yang ditanam di kawasan rumah masing-
masing.
Namun menurut pegawai FELDA Johor Bahru, En Razif Ahmad dan
Pengurus FELDA Air Tawar 3, En Normahadi Kasrin, projek tanaman vanila yang
diusahakan oleh peneroka di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi menemui kegagalan.
Projek tersebut tidak mendapat usaha yang berterusan daripada semua peserta secara
keseluruhannya. Ramai peserta tidak meneruskan projek yang telah dijalankan
kerana setelah bertahun-tahun menjaga tanaman vanila yang diusahakan, tiada hasil
yang mereka perolehi. Pihak FELDA sebagai pihak yang memberikan pinjaman
ingin menuntut kembali pinjaman balik daripada pihak peserta seperti perjanjian
awal setelah tempoh masa yang mereka berikan sudah tamat dan tempoh masa
penangguhan juga telah diberikan. Namun, bagi pihak peserta, mereka tidak mampu
membayar pinjaman balik kerana tiada hasil yang mereka perolehi dari projek
tanaman vanila yang mereka usahakan.
6
Di sini timbul persoalan kepada penyelidik mengapa projek tanaman vanila
yang diusahakan oleh peserta program di Felda Air Tawar 3 tidak berjaya sedangkan
projek yang diusahakan secara persendirian oleh En Ishak Musa berjaya mendapat
hasil. Oleh sebab itu, kajian ini akan cuba mengupas faktor yang mempengaruhi
kegagalan projek tanaman vanila di kawasan kajian. Di akhir kajian ini, beberapa
cadangan akan diusulkan bagi memperbaiki kelemahan sistem pelaksanaan dan
membantu peserta projek mendapatkan maklumat untuk memperbaiki pertanian yang
diamalkan.
1.3 Penyataan Masalah
Tanaman vanila merupakan tanaman yang berpotensi untu dibangunkan.
Namun, merujuk kepada latar belakang masalah, kegagalan projek tanaman vanila di
Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi Johor adalah di luar jangkaan peneroka dan pihak
FELDA. Ramai peneroka kecewa dengan kegagalan projek tanaman vanila yang
diusahakan. Terdapat faktor yang perlu dikenal pasti menjadi punca kegagalan
projek tanaman vanila di kawasan kajian.
Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi kegagalan projek tanaman vanila yang diusahakan. Faktor yang
dipilih sebagai persoalan kajian adalah dari aspek sikap peserta, pengetahuan peserta,
amalan penjagaan tanaman vanila dan juga bantuan yang diterima oleh peserta projek
tanaman vanila terbabit. Kajian ini tertumpu kepada populasi seramai 50 orang yang
terdiri daripada peneroka yang menjadi peserta projek tanaman vanila di kawasan
kajian Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi Johor.
7
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan penyataan masaalah yang dikemukakan, objektif kajian yang
ingin dicapai melalui kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenal pasti faktor sikap peneroka mempengaruhi kegagalan projek