-
i
FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT
KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK BAHAGIAN TAWAU
FARIZAH BINTI KASSIM
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta
Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
-
ii
-
iii
DEDIKASI
Dedikasi untuk:
Bondaku
Fatimah Binti Awang Ali
Serta Allahyarham Ayahanda Kassim@Siangah Bin Hassan
Ibu dan Ayah Mertua
Baba Bin Ali
Hjh Marhuma Binti Lapacho
Terima kasih atas pengorbanan dan doa restu kalian
Istimewa buat suamiku:
Hakin Bin Baba
yang banyak memberi dorongan, pengorbanan dan harapan
dan Anak-Anakku:
Ainie Nur Syafiqah, Ainie Nur Syahirah, Muhamad Ikhwan
&
Keluarga yang disayangi
serta
Rakan-Rakan
Kejayaan ini milik kita bersama
Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita
Terima kasih.
-
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah
rahmat dan
hidayah-Nya , penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang
dicita-citakan.
Sekalung penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Prof. Madya
Dr. Azizi Bt.
Hj Yahaya yang banyak membantu dan nasihat. Tanpa beliau maka
pincanglah
penyelidikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana
merealisasikan impian ini.
Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada
Jabatan Pendidikan
Sabah, Pengetua, guru-guru dan staf Sekolah Menengah Teknik
Tawau dan Sekolah
Menengah Teknik Lahad Datu yang terlibat secara langsung dengan
penyelidikan ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan di UTM, terima kasih di atas
sokongan dan
teguran yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki dan
menyempurnakan
projek sarjana muda ini dengan jayanya. Semoga apa yang
dihasilkan akan memberi
manfaat kepada semua kerana usaha ini adalah kerana tuhan untuk
manusia.
Penghargaan khas buat bonda tercinta Fatimah Binti Awang Ali
yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham ayahanda, Kassim
Bin. Hassan, dan
kedua mertua yang amat memahami dan sentiasa menyokong dari
segenap penjuru.
Untuk suamiku, Hakin Bin Baba, anak-anak tersayang Ainie Nur
Syafiqah, Ainie
Nur Syahirah dan Muhamad Ikhwan yang banyak berkorban untuk
merealisasikan
impian menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala
pengorbanan, sokongan dan
kasih sayang ikhlas tanpa batas.
Semoga Allah SWT jua menerima amal ikhlas dan diberikan ganjaran
syurga
yang abadi di akhirat.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti apakah faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan
elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah Teknik Bahagian Tawau.
Sabah. Responden kajian ini melibatkan 63 orang pelajar yang telah
dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian iaitu set soal selidik
digunakan untuk mendapatkan data Ia mengandungi 40 item berbentuk
soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah
α=0.7088. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan
frekuensi, peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan
menggunakan perisian SPSS 11.5 dan seterusnya dipersembahkan dalam
bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor situasi
pekerjaan adalah tinggi dengan min 4.08 dimana ia merupakan faktor
paling dominan yang mempengaruhi seseorang pelajar dalam pemilihan
kerjayanya, diikuti oleh faktor minat dengan min 3.40, bimbingan
kaunseling dan kerjaya dengan min 3.27 serta pengaruh luar iaitu
min 3.16 berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menjelaskan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina
dengan minat, pengaruh luar dan situasi pekerjaan manakala terdapat
perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan bimbingan
kaunseling dan kerjaya
-
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the factor which
influences the electrical engineering students from form four, on
their career decisions. These studies involve form four electric
and electrical engineering students who study in Sekolah Menengah
Teknik Bahagian Tawau, Sabah. The sample of respondents are 63
students who were chosen at a random. The questionnaire was used as
an instrument to the data. It is including 40 items and the
Statistical Packages for Social Science 11.5 were used in the data
analysis and it is including frequency, percentage, mean, standard
deviation and t-test. The finding of this study shows working
environment is the main factor which influences the student in
choosing their career. The mean for this factor is 4.08. It’s
followed by interest factor with the mean 3.16. This finding also
shows that there is no identified difference between the gender
with the interest factor, external influence and working
environment. Meanwhile there are identified differences between
genders with counseling career factor.
-
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
-
viii
1.9 Rasional Kajian 11
1.10 Definisi Operasional 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pengenalan Pemilihan Kerjaya 16
2.3 Faktor Minat 20
2.4 Faktor Pengaruh Luar 22
2.5 Faktor Peranan Bimbingan Kaunseling 25
Dan Kerjaya Sekolah
2.6 Faktor Situasi pekerjaan 27
2.7 Peringkat Keperluan Manusia 29
2.8 Perangkaan Kerjaya 29
2.9 Kerangka Kajian 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Reka bentuk Kajian 32
3.3 Tatacara Kajian 32
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Populasi Kajian 34
3.6 Sampel Kajian 35
3.7 Instrumen Kajian 35
3.7.1 Bahagian A 37
3.7.2 Bahagian B 37
-
ix
3.8 Kajian Rintis 39
3.9 Kesahan Instrumen Kajian 40
3.10 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 40
3.11 Analisis Data 41
3.12 Penutup 42
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN
4.1 Pendahuluan 43
4.2 Latar Belakang Responden 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Nama Sekolah 45
4.2.3 Bangsa 45
4.2.4 Agama 46
4.2.5 Gred Matapelajaran Kemahiran Hidup Semasa 46
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
4.2.6 Pekerjaan Bapa 47
4.2.7 Pekerjaan Ibu 48
4.3 Analisis Bahagian B 48
4.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Proses Pemilihan 49
Kerjaya Pelajar Tingkatan Empat Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik
4.3.2 Faktor Pengaruh Luar Mempengaruhi Pelajar 51
Dalam Pemilihan Kerjaya Dibidang Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik
4.3.3 Faktor Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya 54
Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya
Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
-
x
4.3.4 Faktor Situasi Pekerjaan Sebagai Jurutera 57
Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya
Dibidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
4.3.5 Analisis Tahap dan Min Keseluruhan . Faktor 59
Pemilihan Kerjaya Pelajar
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Antara Jantina 60
4.4 Penutup 61
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan Kajian 62
5.3 Perbincangan Kajian 63
5.31 Perbincangan Dapatan Latar Belakang Responden 63
5.3.2 Perbincangan Dapatan Kajian Minat Mempengaruhi 64
Pelajar DalamProses Pemilihan Kerjaya di Bidang
Kejuruteraan Elektrik DanElektronik
5.3.3 Perbincangan Dapatan Kajian Pengaruh Luar 65
Mempengaruhi Pelajar Dalam Proses Pemilihan
Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan
Elektronik
5.3.4 Perbincangan Dapatan Kajian Bimbingan 68
Kaunseling Dan Kerjaya Mempengaruhi Pelajar
Dalam Pemilihan Kerjaya DiBidang Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik
5.3.5 Perbincangan Dapatan Kajian Situasi Pekerjaan 70
Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya
Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
-
xi
5.3.6 Perbincangan Dapatan Kajian Ujian t Bagi Faktor 71
Minat, Pengaruh Luar, Bimbingan Kaunseling dan
Kerjaya dan Situasi Pekerjaan Mengikut Jantina
5.4 Cadangan Dan Tindakan 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 75
RUJUKAN 76
LAMPIRAN A-F 82-92
-
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Senarai Mata Pelajaran Teras, Tambahan Dan Kumpulan 3
Mata Pelajaran Elektif Di Peringkat Menengah
3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Mengikut Sekolah 33
3.2 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item Dan 37
Jumlah Item
3.3 Skor Skala Likert 5 mata 37
3.4 Nilai Alpha Persoalan Kajian 38
3.5 Nilai Alpha Cronbach 40
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan min 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 44
4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 45
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Mata Pelajaran 46
Kemahiran Hidup Semasa PMR.
4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 46
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 47
4.8 Taburan Respon Mengikut Peratus, Sisihan Piawaidan Min
48
Bagi Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan
Kerjaya di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
4.9 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Minat (n=63) 50
-
xiii
4.10 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor
50
Pengaruh Luar Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya
DiBidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
4.11 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Pengaruh
Luar(n=63) 52
4.12 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor
53
Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Mempengaruhi Pelajar
Dalam Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik
Dan Elektronik
4.13 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bimbingan 55
Kaunseling dan Kerjaya (n=63)
4.14 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor
56
Situasi Pekerjaan Sebagai Seorang Jurutera Mempengaruhi
Pelajar
Dalam PemilihanKerjaya Di bidang Elektrik Dan Elektronik.
4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Situasi Pekerjaan
58
(n=63)
4.16 Tahap dan Min Keseluruhan Faktor Pemilihan Kerjaya
Pelajar
4.17 Ujian t Bagi Perbezaan Min Faktor Minat, Pengaruh Luar,
59
Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya dan Situasi Pekerjaan
Mengikut Jantina (n=63)
-
xiv
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
2.1 Hierarki keperluan asas manusia 29
2.2 Teori dalam membina kerangka kerja penyelidikan 30
-
xv
SENARAI SIMBOL
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SMT - Sekolah Menengah Teknik
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
PRS - Pembimbing Rakan Sebaya
PhD - Doktor Falsafah
RRJP - Rangka Rancangan Jangka Panjang
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
n - Jumlah Sampel
-
xvi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat
A Borang Soal Selidik
B Jadual Guna Tenaga Buruh Mengikut Pekerjaan Terpilih 87
Pada Tahun 2000-2010
C Surat Pengesahan Tesis 88
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD 89
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran 90
Negeri Sabah
F Surat Taklimat Kemasukan Ke SM Teknik Lahad Datu 91
Sesi 2008/2009
-
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia akan melangkah ke arah Negara maju. Hanya tinggal 12
tahun saja
lagi untuk mencapai sasaran tersebut. Mantan Perdana Menteri,
Tun Mahathir Bin
Mohamad telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai sebuah
negara maju dan
berteknologi tinggi menjelang tahun 2020. Lebih dikenali dengan
Wawasan 2020, ianya
meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai
teras pembangunan
Malaysia.
Kemajuan dan perkembangan teknologi Malaysia telah mengubah
corak sumber
tenaga kerja masa kini. Keupayaan mempertahankan kadar
produktiviti dan daya saing
di arena antarabangsa merupakan faktor penentu kepada
pertumbuhan ekonomi dan
industri di Malaysia. Dengan adanya sumber manusia yang
bermotivasi tinggi, mahir
dan berpendidikan memberi kesan kepada daya saingan dan
produktiviti industri. Oleh
yang demikian, harapan kepada generasi pelajar yang mempunyai
informasi terkini
menghasilkan gandingan sumber tenaga manusia dan teknologi dapat
mencapai
matlamat wawasan 2020.
Demi memenuhi keperluan negara, persediaan yang lebih mantap ke
arah
penyertaan bidang kerjaya selaras dengan kemampuan diri haruslah
diberi
pertimbangan. Pemilihan jurusan diperingkat sekolah biasanya
mempengaruhi kerjaya
pelajar. Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,
pemilihan jurusan akan
-
2
menjadi pemangkin kepada kerjaya yang akan diceburi. Dengan itu
setiap individu
perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan perlu menyelesaikan
masalah berkaitan
dengan pemilihan kerjaya. Ini penting kerana kerjaya akan
menentukan corak
kehidupan seseorang pada masa hadapan
Falsafah Pendidikan Negara adalah landasan pendidikan di
Malaysia. Objektif
utama pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara
yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Setiap pelajar
yang menjadi
warganegara Malaysia perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan agar
mempunyai wawasan dan visi yang jauh dalam kehidupannya.
Pelajar yang membuat perancangan kerjaya yang baik akan
mempersiapkan diri
dengan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM atau
SPMV. Sidek
(1996) dalam Mohd Kamaruzaman (2004) menyarankan bahawa
pemilihan kerjaya yang
baik melibatkan tiga perkara iaitu mengenal diri, mengenal dunia
pekerjaan dan
memadankan diri dengan pekerjaan. Justeru itu, pendedahan ilmu
pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman amatlah diperlukan. Semua itu akan
memudahkan pelajar
membentuk dan merancang kerjaya masing-masing
Membuat pemilihan kerjaya di peringkat awalan adalah penting
kerana apabila
pelajar telah tamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan
pilihan untuk memilih bidang
dan subjek yang diminati. Terdapat beberapa pilihan elektif yang
perlu diketahui oleh
pelajar sebelum membuat keputusan memilih kumpulan elektif yang
dikehendaki.
Semua sekolah-sekolah vokasional telah dinaik taraf menjadi
Sekolah Menengah
Teknik. Oleh itu, terdapat aliran teknik dan aliran vokasional
dalam Sekolah Menengah
Teknik (SMT). Ahmad Tajudin (2005) menyatakan aliran teknik
bertujuan
menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan teknologi lepasan
menengah ke institusi
pengajian tinggi. Aliran vokasional pula menawarkan mata
pelajaran elektif vokasional
dan teknologi sebagai mata pelajaran pengkhususan. Pelajar
aliran ini akan menduduki
-
3
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) diakhir
tingkatan lima.
Kurikulum sekolah teknik terdiri dari beberapa bidang seperti di
jadual 1.1.
Jadual 1.1: Senarai Mata Pelajaran Teras, Dan Kumpulan Mata
Pelajaran Elektif Di Peringkat Menengah Teknik
Mata pelajaran
Kumpulan mata pelajaran elektif
Teras Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Pendidikan
Moral Sejarah Matematik Sains Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kumpulan Vokasional dan Teknologi Prinsip Akaun Ekonomi Asas
Perdagangan Sains Pertanian Ekonomi Rumah Tangga Matematik Tambahan
Pengajian Kejuruteraan Jentera Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Lukisan
Kerjuruteraan Teknologi Kejuruteraan Sains Komputer
(Sumber: Jurnal Pendidikan Teknikal)
Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan
organisasi yang bertanggungjawab menguruskan permohonan
kemasukan pelajar ke
sekolah-sekolah teknik di Malaysia. Kemasukan pelajar bergantung
kepada keputusan
peperiksaan PMR.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa SMT merupakan sebuah
sekolah
yang berasaskan kepada bidang teknikal yang merangkumi pekerjaan
seperti
kejuruteraan elektrik, awan, jentera, senibina, usahawan dan
sebagainya.
-
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan,
minat dan
personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah
tuju kehidupan seseorang
individu. “Tidak mengetahui apa yang berlaku di hari esok adalah
kuasa Tuhan,
keupayaan merangka strategi untuk hari esok adalah kekuatan
manusia” Eddy (2007)
Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi
dalam memilih pekerjaan
boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung
kerugian atau
lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup Ahmad
Baharuddin (2007).
Sharp dan Marra (1971) dalam Mansur (1986), menyatakan masalah
utama yang
sering dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk membuat
pemilihan kerjaya yang
menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka
sendiri
Menurut Noor Aini (1996) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah
dalam
membuat pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut:-
i Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat.
Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut
tidak
mempunyai minat dalam berbagai bidang, minat yang tidak jelas
atau
betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan yang
ada
pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut
membuat
pemilihan kerjayanya.
ii Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan
Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya,
kebolehan
ataupun bakat dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat
tidak
setimpal dengan sifat peribadi. Ada pemlihan yang dibuat terlalu
tinggi
dan ada pula yang terlalu rendah berbanding dengan kemampuan
dan
keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri
seseorang
itu.
-
5
iii Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan
Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan
perkembangan
pelajar, dimana pada peringkat ini pelajar tidak mendapat
pendedahan
dan penerangan yang mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan
dan
jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.
Menurut Hairunnaja (2005) situasi berkaitan dengan masalah
pemilihan kerjaya
pelajar di masa kini iaitu masalah tentang pelajar yang
kehilangan hak untuk memilih
subjek yang diminati kerana pihak sekolah telah menetapkan
subjek kepada pelajar
untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah yang diusulkan
ialah pelajar iaitu
kemungkinan untuk menghadapi kegagalan sekiranya pelajar memilih
bidang yang tidak
diminati. Rahim Abdullah (1999) menegaskan bahawa seseorang
hendaklah mengetahui
apa yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras
untuk sampai
kepadanya kerana peluang biasanya tidak selalunya datang
berulang. Tambahnya lagi
seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa yang
dibuatnya.
1.3 Pernyataan Masalah
Bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di Malaysia telah
mula beroperasi di
awal 70 an dan merupakan industri yang terbesar di Malaysia.
Dalam Rangka
Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2001- 2010), dijangkakan seramai
64,974 orang guna
tenaga kerja yang bertugas sebagai jurutera elektrik dan
elektronik diperlukan.
Memandangkan kepada perkembangan ini, adalah menjadi satu
hakikat bahawa perlu
dipertingkatkan program latihan selaras dengan perkembangan dari
masa ke semasa.
untuk memenuhi keperluan guna tenaga menjelang Tahun 2010.
Program latihan boleh
diperolehi bermula dari sekolah rendah dalam komponen mata
pelajaran kemahiran
hidup sehingga ke peringkat universiti yang mana pelajar boleh
memilih bidang
kejuruteraan elektrik dan elektronik secara khusus.
-
6
Pemilihan aliran elektif akademik pelajar juga mempengaruhi
pemilihan kerjaya
pelajar. Pengagihan kelas adalah bergantung kepada faktor
pemilihan aliran elektif yang
dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) yang
diduduki semasa berada di Tingkatan Tiga. Inovasi sistem
pendidikan negara untuk
mencapai nisbah 60:40 bilangan pelajar sains dan teknologi
berbanding pelajar sastera
juga menyebabkan meningkatnya bilangan pelajar yang mengikut
bidang kejuruteraan
elektrik dan elektronik.
Pencapaian akademik pelajar turut mempengaruhi pemilihan kerjaya
pelajar.
Oleh itu pelajar perlu mengetahui kelayakan akademik yang
diperolehi sesuai dengan
bidang kerjaya yang ingin disertai. Oleh itu, faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar
tingkatan empat memilih kerjaya kejuruteraan elektrik dan
elektronik sangat penting
kerana pelajar yang kurang berpengetahuan tentang kerjaya akan
menyebabkan
pemilihan kerjaya pelajar tidak sesuai dari segi pencapaian
kelayakan akademik,
pengatahuan dan kemahiran.
Bidang kerjaya adalah satu siri kejadian kerja yang berkaitan,
yang membimbing
seseorang beransur maju dalam pekerjaan atau profession yang
mana setiap pertukaran
atau perubahan akan menyebabkan kemajuan. Disebabkan ramai
pelajar yang
mengalami masalah dalam membuat pemilihan, maka penyelidik ingin
mengkaji serta
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam
proses pemilihan kerjaya
mereka dan kajian ini adalah pengkhususan terhadap bidang
kejuruteraan elektrik dan
elektronik dikalangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Tawau
dan Sekolah
Menengah Lahad Datu, Sabah. Walaupun terdapat berbagai-bagai
faktor yang mungkin
boleh mempengaruhi pemilihan kerjaya di kalangan pelajar tetapi
penyelidik hanya
mengkaji faktor-faktor dari segi minat, pengaruh luar, bimbingan
kaunseling dan kerjaya
sekolah dan situasi pekerjaan itu sendiri.
-
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang ini dijalankan bertujuan mengkaji faktor pemilhan
kerjaya di
kalangan pelajaran aliran elektrik dan elektronik tingkatan
empat di Sekolah Menengah
Teknik Bahagian Tawau, berdasarkan objektif yang telah
digariskan dalam menjalankan
kajian ini iaitu:
i Mengenal pasti minat merupakan faktor yang dominan dalam
pemilihan
kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan
elektronik.
ii Mengenal pasti pengaruh luar merupakan faktor yang dominan
dalam
pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik
dan
elektronik
iii Mengenal pasti bimbingan kaunseling dan kerjaya merupakan
faktor
yang dominan dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat
kejuruteraan elektrik dan elektronik
iv Mengenal pasti situasi pekerjaan merupakan faktor yang
dominan dalam
pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik
dan
elektronik
v Mengenal pasti sama ada faktor minat, pengaruh luar,
bimbingan
kaunseling dan kerjaya dan situasi pekerjaan merupakan faktor
yang
paling dominan dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan
empat
kejuruteraan elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah
Teknik
Bahagian Tawau
-
8
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan mengupas persoalan berpandukan pernyataan
masalah, dan
objektif kajian. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada
kajian ini telah dibahagikan
kepada beberapa aspek seperti berikut:-
i Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan
kerjaya di
bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?
ii Apakah faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan
kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?
iii Apakah faktor bimbingan kaunseling dan kerjaya mempengaruhi
pelajar
dalam pemilihan kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan
elektronik?
iv Apakah faktor situasi pekerjaan mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan
kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?
v Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat,
pengaruh
luar, bimbingan kaunseling dan kerjaya dan situasi pekerjaan
mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang
kejuruteraan
elektrik dan elektronik dengan jantina?
ADP12.tmp DEDIKASI PENGHARGAAN
ADP34.tmpTeras
ADP48.tmpTeras