FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK BERNIAGA DI
PASAR MALAM DI TAMAN UNGKU TUN AMINAH, SKUDAI, JOHOR.
LEE AI CHU
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
iii
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih buat Prof. Madya Dr. Haji Abd Wahid Bin Mukhari
selaku Pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi
bimbingan, nasihat, dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya
menyempurnakan projek ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan memberikan
kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini.
Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan
idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong peniaga
untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Seramai 92
orang peniaga yang berniaga di pasar malam Taman Ungku Tun Aminah dijadikan
responden dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan
soal selidik sebagai instrumen. Kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik
pada nilai Alpha Cronbach (α) 0.694. Faktor yang dikaji meliputi pengaruh keluarga,
faktor pendapatan, pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menyertai kursus atau
latihan. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Science (SPSS 12.0). Hasil analisis menunjukkan faktor pendapatan menjadi
dorongan utama bagi peniaga untuk berniaga di pasar malam. Dapatan menunjukkan
responden yakin bahawa bidang perniagaan ini dapat memberi pendapatan yang dapat
menjamin kehidupan mereka. Ini diikuti dengan pengaruh keluarga. Manakala
pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menghadiri kursus atau latihan kurang
mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the factors which actuate the vendor to
become a night market hawker at Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. A total of
92 night market hawkers in Taman Ungku Tun Aminah were chosen randomly as
samples for this study. This is a descriptive study which used questionnaire as instrument
to collect data. The reliability of questionnaire has been tested during pilot research and
the Alpha Cronbach (α) is 0.694. The factors in this study include family influence,
factor of income, school experience and experience gained from business courses taken.
The data collected were analyzed using the Statistical Package for the Social Science
(SPSS 12.0) programme. The findings showed that the main factor which motivates most
is the factor of income. Most of the respondents believed that the income of their
business could make their life stable. The second factor is family influence. The school
experience and the experience from attending business courses contribute less on their
decision to become a night market hawker.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PENGKAJI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Dan Batasan kajian 9
1.8 Terminologi Kajian 9
1.9 Penutup 12
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Peniaga 14
2.3 Pasar Malam 16
2.4 Peniaga Pasar Malam 17
2.5 Faktor-faktor Yang Mendorong Peniaga 20
2.6 Pengaruh Ibu Bapa 21
2.7 Faktor Pendapatan 23
2.8 Pengalaman Di Sekolah 25
2.9 Senario Perdagangan Dalam Pendidikan Malaysia 26
2.10 Latihan Keusahawanan dan Perniagaan 30
2.11 Khidmat Nasihat 31
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Analisis Data 41
3.9 Data Yang Dipungut 42
3.10 Penutup 42
ix
BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Bahagian A (Biodata Responden) 43
4.3 Analisis Data Bahagian B 47
Mengikut Setiap Faktor Kajian
4.3.1 Pengaruh Keluarga 47
4.3.2 Faktor Pendapatan 50
4.3.3 Pengalaman Di Sekolah 52
4.3.4 Pengalaman Latihan Atau Kursus 55
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 60
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan Kajian 61
5.3 Perbincangan 63
Mengikut Setiap Soalan Kajian
5.3.1 Pengaruh Keluarga 63
5.3.2 Faktor Pendapatan 64
5.3.3 Pengalaman Di Sekolah 65
5.3.4 Pengalaman Latihan Atau Kursus 66
5.4 Cadangan 67
5.4.1 Peniaga 67
5.4.2 Sekolah 68
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69
BIBLIOGRAFI 70
LAMPIRAN 74
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
1.1 Lesen Pasar Malam Dan Hasil Yang Diperolehi Di Kawasan
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2003
Sehingga Jun 2007 3
1.2 Lokasi dan Bilangan Lesen Pasar Malam Di Kawasan
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2004
Sehingga Jun 2007 5
2.1 Penyata Hasil Permit Pasar Malam Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah Dari Tahun 2004 Sehingga Jun 2007 19
2.2 Jadual Harian Kawasan Pasar Malam Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah 19
3.1 Taburan Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang Responden 37
3.2 Jadual Skala Likert 38
3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Faktor Kajian 39
3.4 Pengkelasan Pemeringkatan 41
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 44
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan 45
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman
Berniaga 46
xi
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Penglibatan
Ahli Keluarga Dalam Perniagaan 46
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Pengaruh Keluarga 48
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Faktor Pendapatan 51
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Pengalaman
Di Sekolah 53
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Pengalaman
Dalam Menyertai Latihan Atau Kursus 56
4.10 Latihan Atau Kursus Yang Telah Dihadiri Oleh Responden 57
4.11 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Faktor Dalam Purata Peratusan 58
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Hiraki Keperluan Abraham Maslow 24
2.2 Khidmat Nasihat Yang Diperlukan Oleh PKS 32
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
IKS - Industri Kecil Dan Sederhana
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
PKS - Perusahaan Kecil dan Sederhana
PMR - Penilaian Menengah Rendah
RMke-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SRP - Sijil Rendah Pelajaran
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
STPM - Sijil Persekolahan Tinggi
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
f - Kekerapan
% - Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA Muka Surat
A Soal Selidik (Bahasa Melayu) 74-79
B Soal Selidik (Bahasa Cina) 80-85
C Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia 86
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), perkembangan
ekonomi secara mampan, pendapatan yang lebih tinggi serta peluang keusahawanan
baru akan menyumbang kepada perkembangan sektor perdagangan yang lebih pesat.
Saiz penduduk, proses pembandaran, perubahan gaya hidup dan corak penggunaan
dijangka memberi kesan terhadap peningkatan arus perubahan dalam aktiviti borong
dan runcit domestik. Di samping dapat menjana peluang pelaburan dan guna tenaga
yang banyak dalam pelbagai sektor, perdagangan akan menyediakan rangkaian
dalaman dan antara sektor yang lebih luas. Sejajar dengan perkembangan baru,
perniagaan tradisional dan kecil akan digalakkan menaik taraf dan menerima amalan
perniagaan moden bagi mempercepatkan integrasi perniagaan dengan sistem
perdagangan berkembang secara cekap dan berdaya saing sejajar dengan prinsip
persaingan dan perdagangan adil (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010,
2006).
Bidang perniagaan adalah penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Bidang perniagaan merupakan suatu bidang kerjaya yang dianggap dapat
menghasilkan pulangan yang lumayan bagi seseorang individu. Selain itu, bidang
perniagaan dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan seterusnya
memperkembangkan tahap ekonomi sesebuah negara. Menurut Baumback (1995)
perniagaan yang kecil dan bebas merupakan sumber tradisi pertumbuhan ekonomi
2
negara.
Dengan kata lain, kepesatan ekonomi sesebuah negara banyak bergantung
kepada usaha perniagaan yang dijalankan. Perniagaan yang dijalankan banyak
membantu dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Seseorang peniaga
mestilah membangunkan diri dan perniagaan mereka agar berupaya untuk bersaing di
peringkat yang lebih tinggi.
Kini perniagaan kecil sering mendapat perhatian dari banyak pihak. Media
massa seringkali melaporkan perkembangan, isu dan masalah-masalah serta cabaran
yang dihadapi oleh perniagaan kecil dari semasa ke semasa. Perhatian ini adalah
hasil daripada kesedaran umum mengenai peranan dan sumbangan perniagaan kecil
kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Kesedaran tentang peranan dan sumbangan ini mendapat pengiktirafan yang
meluas baik di negara maju mahupun di negara sedang membangun. Sebanyak 95%
daripada keseluruhan perniagaan di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada
perniagaan kecil. Rekod menunjukkan antara 85% hingga 91% daripada jumlah
pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan adalah
terdiri daripada perniagaan kecil. Di Malaysia, perniagaan kecil dianggarkan
membentuk sejumlah lebih 75% daripada bilangan keseluruhan pertubuhan
perniagaan (Moha Asri et al., 2000).
Jaafar Muhammad (1993) pula menyatakan bahawa sebagai manusia yang
ingin meneruskan perniagaan, individu harus menempuh berbagai-bagai cabaran
untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Penggunaan peluang yang sedia ada
merupakan satu perkara yang amat penting dalam perniagaan. Kebijaksanaan dalam
menggunakan peluang yang sedia ada akan mendatangkan hasil yang lumayan dan
seterusnya sebagai langkah untuk mencapai kejayaan dan mendapat keuntungan.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pasar malam merupakan konsep pasar yang diadakan pada waktu petang
sehingga ke waktu malam. Penjual akan membuka gerai mudah alih dan
menjalankan perniagaan dari lewat petang kira-kira 5.30 petang sehingga sekitar
10.00 malam. Lokasi pasar malam biasanya berhampiran dengan kawasan
perumahan. Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan,
minuman, alat permainan, perkakasan (hardware) dan lain-lain dijual di pasar
malam. Aktiviti pasar malam merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menjadi
sebahagian daripada asam garam rakyat Malaysia.
Jadual 1.1: Lesen Pasar Malam Dan Hasil Yang Diperolehi Di Kawasan Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2003 Sehingga Jun Tahun 2007
Jumlah Tahun 2003
Tahun 2004
Tahun 2005
Tahun 2006
Jun Tahun 2007
Pasar Malam - 15 15 18 18
Lesen Pasar Malam 3630 3715 3684 3772 4303
Hasil Yang diperolehi - RM
355,812.50RM
371,378.50RM
362,646.00 RM
222,520.00
Sumber: Jabatan Kesihatan dan Lesen, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Menurut data yang diperolehi daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah (MPJBT, 2007), jumlah pasar malam yang mendaftar di bawah Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah semakin meningkat, iaitu daripada 15 pada tahun
2004 kepada 18 pada tahun 2006. Bilangan pasar malam atau lokasi pasar malam
meningkat sejajar dengan pembangunan atau perkembangan kawasan perumahan.
Ini disebabkan pasar malam diadakan di lokasi yang berhampiran dengan kawasan
perumahan. Jumlah lesen pasar malam yang dikeluarkan juga meningkat dari 3,715
pada tahun 2004 kepada 4,303 (sehingga Jun 2007).
4
Selain itu, jumlah hasil yang diperolehi bagi tahun 2004 adalah sebanyak
RM355,812.00 dan meningkat kepada RM362,646.00 pada tahun 2006. Sehingga
bulan Jun 2007, jumlah hasil yang diperolehi telah mencapai RM222,520.00. Data
ini telah menunjukkan bukan sahaja terdapat peningkatan bilangan peniaga dalam
pasar malam malah bidang perniagaan ini juga mendatangkan hasil yang
menggalakkan bagi MPJBT.
Pasar malam di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)
boleh dikatakan berkembang dengan pesat. Ini adalah berikutan dengan
perkembangan kawasan perumahan yang pesat, iaitu pembinaan kawasan perumahan
baru. Sehingga kini, pasar malam boleh dikatakan terdapat di setiap kawasan
perumahan mengikut hari yang ditetapkan. Dengan itu, penduduk boleh membeli
barangan yang diperlukan di pasar malam yang berdekatan di kawasan
perumahannya.
Jadual 1.2 menunjukkan lokasi dan bilangan lesen pasar malam di kawasan
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dari tahun 2004 sehingga bulan Jun 2007.
Bilangan lesen yang dikeluarkan khas untuk peniaga pasar malam berkurangan dari
3,715 pada tahun 2004 kepada 3,684 pada tahun 2005. Manakala bilangan ini
meningkat semula kepada 3,772 pada tahun 2006 dan mencapai 4,303 pada tahun
2007. Kebanyakan pasar malam telah mengalami peningkatan bilangan peniaga dari
tahun 2006 ke tahun 2007. Daripada Jadual 1.2 jelas menunjukkan bilangan peniaga
yang berniaga di pasar malam di bawah MPJBT telah mengalami peningkatan yang
ketara. Pada tahun 2007, Taman Universiti sahaja telah terdapat dua buah pasar
malam yang menjalankan perniagaan pada setiap minggu, iaitu di Jalan Kemuliaan
dan Jalan Pertanian.
5
Jadual 1.2: Lokasi Dan Bilangan Lesen Pasar Malam Di Kawasan Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2004 Sehingga Jun 2007
Bilangan Lesen Bil Lokasi Tahun
2004 Tahun 2005
Tahun 2006
Jun 2007
1. Taman Sri Skudai 280 255 280 304 2. Bandar Selesa Jaya 250 250 250 250 3. Taman Universiti (Jalan Kemuliaan) 300 299 305 320 4. Taman Johor Jaya 360 360 350 390 5. Taman Perling 430 400 425 430 6. Taman Putri Wangsa 320 310 320 362 7. Taman Desa Cemerlang 100 100 100 100 8. Taman Sri Pulai 150 150 150 200 9. Taman Ungku Tun Aminah 400 400 400 444 10. Plentong 172 170 172 172 11. Bandar Seri Alam 350 320 342 366 12. Taman Desa Permai 100 100 100 - 13. Taman Skudai Baru 240 240 235 242 14. Gelang Patah 213 200 213 213 15. Kangkar Pulai 50 50 50 60 16. Taman Desa Tebrau - 30 30 200 17. Taman Impian Emas - 30 30 200 18. Taman Universiti (Jalan Pertanian) - 20 20 50 19. Taman Teratai - - - 200
Jumlah 3715 3684 3772 4303
Sumber: Jabatan Kesihatan dan Lesen, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Bilangan peniaga yang menjalankan perniagaan di lokasi yang ditetapkan
turut meningkat dari semasa ke semasa. Peniaga yang berniaga di pasar malam
Taman Ungku Tun Aminah meningkat dari 400 orang pada tahun 2004 dan tahun
2005 kepada 444 orang pada tahun 2007. Pasar malam di Taman Ungku Tun
Aminah ini telah menjadi pasar malam yang mempunyai bilangan peniaga yang
paling ramai di bawah kawasan MPJBT. Ini menarik minat pengkaji untuk mengkaji
faktor-faktor yang menjadi dorongan peniaga untuk berniaga di pasar malam tersebut.
6
Kini, peniaga pasar malam terdiri daripada peniaga yang berasal dari pelbagai
peringkat umur tidak kira golongan muda yang berada pada peringkat belasan tahun
atau golongan yang berumur lebih daripada 50 tahun. Golongan muda kini juga
bergiat dalam bidang perniagaan ini.
Semakin ramai individu bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan. Ini
merujuk kepada sambutan baik yang diberikan kepada program dan latihan
keusahawanan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia di dalam melahirkan
usahawan-usahawan baru. Terdapat banyak faktor yang mendorong seseorang
menceburi bidang perniagaan. Dorongan untuk berniaga sama ada dorongan luaran
atau dorongan dalaman bagi setiap individu tidak semestinya sama (Nor Aishah
Buang, 2002).
Nawawi (1992) menjelaskan bahawa kecenderungan manusia dalam mencari
keuntungan, pemilikan harta adalah merupakan kecenderungan semula jadi manusia.
Mengikut analisis pengkaji-pengkaji bidang usahawan, daya pendorong seseorang
untuk bergiat dalam bidang perniagaan ialah motif untuk mencari keuntungan.
Peniaga berniaga dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Hasil
pendapatan yang diperolehi daripada bidang perniagaan adalah salah satu faktor yang
mendorong peniaga untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Mereka sanggup
menanggung risiko demi mendapatkan keuntungan yang lumayan. Sesetengah
peniaga lebih gemar untuk bekerja sendiri berbanding dengan makan gaji.
Namun begitu, menurut Tolbert (1980) setiap keputusan yang dibuat oleh
seseorang itu dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor termasuklah pengaruh orang
lain, keadaan, keperluan masa, kebolehan dan minat.
Menurut Ginzberg (1951) pula, terdapat pengaruh ibu bapa terhadap
pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Beliau mendapati ibu bapa mempengaruhi
anak-anak dengan cara memberi satu contoh pergerakan atau penyerupaan. Anak
yang membuat penyerupaan dengan ibu bapa yang secara tidak langsung sudah
7
mempengaruhi pemilihan pekerjaannya. Sesetengah peniaga pasar malam terlibat
dalam perniagaan keluarga yang diusahakan bersama keluarga dan sanak-saudara
mereka sendiri. Justeru itu, mereka telah terdedah kepada bidang perniagaan ini
sejak kecil lagi.
1.3 Pernyataan Masalah
Memandangkan pasar malam amat popular dan penglibatan peniaga-peniaga
kecil yang aktif dalam perniagaan pasar malam, pengkaji ingin mengenal pasti
faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada peniaga untuk berniaga di pasar
malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Kajian ini adalah untuk
mengenal pasti sama ada pengaruh keluarga, faktor pendapatan, pengalaman di
sekolah, dan pengalaman dalam menyertai latihan atau kursus mendorong peniaga
untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
1.4 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian berkaitan dengan pernyataan masalah kajian
adalah seperti berikut:
1.4.1 Adakah pengaruh keluarga mendorong peniaga untuk berniaga di pasar
malam?
1.4.2 Adakah faktor pendapatan mendorong peniaga untuk berniaga di pasar
malam?
1.4.3 Adakah pengalaman di sekolah mendorong peniaga untuk berniaga di pasar
malam?
8
1.4.4 Adakah pengalaman dalam menyertai latihan atau kursus mendorong peniaga
untuk berniaga di pasar malam?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
1.5.1 Mengenal pasti sama ada pengaruh keluarga mendorong peniaga pasar malam
memilih untuk berniaga di pasar malam.
1.5.2 Mengenal pasti sama ada faktor pendapatan mendorong peniaga pasar malam
memilih untuk berniaga di pasar malam.
1.5.3 Mengenal pasti sama ada pengalaman di sekolah mendorong peniaga pasar
malam memilih untuk berniaga di pasar malam.
1.5.4 Mengenal pasti sama ada pengalaman dalam latihan atau kursus mendorong
peniaga memilih untuk berniaga di pasar malam.