1 FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUBURKAN MINAT KE ARAH NEGARA-NEGARA REPUBLIK DAN MENGHAKIS PERANAN INSTITUSI RAJA MUQADDIMAH Selepas lebih lima dekad Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini tidak terkecuali melalui peredaran zaman yang terisi dengan cabaran sama ada dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Begitu juga dengan Institusi Raja yang berhadapan dengan cabaran khususnya segi wujudnya tuntutan serta inisiatif oleh golongan anti Institusi Raja dan para pendukung republik-liberalisme yang berusaha menerapkan idealisme tersebut dalam jiwa dan pemikiran masyarakat termasuk umat Islam/Melayu. Dalam konteks Malaysia, sistem Raja berkuasa mutlak yang sebelumnya diamalkan di negara ini akhirnya dipinda kepada amalan Raja Berperlembagaan bagi memastikan kelangsungan sistem terulung dalam membangunkan tamadun sebuah negara bangsa. Institusi Raja pada hari ini turut sama berperanan meningkatkan prestij dan penghormatan rakyat melalui penguasaan ilmu serta kehebatan dalam pemerintahan. FUNGSI UTAMA RAJA-RAJA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
12
Embed
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUBURKAN MINAT KE ARAH …
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUBURKAN MINAT KE ARAH NEGARA-NEGARA REPUBLIK DAN
MENGHAKIS PERANAN INSTITUSI RAJA
MUQADDIMAH
Selepas lebih lima dekad Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini tidak terkecuali
melalui peredaran zaman yang terisi dengan cabaran sama ada dalam aspek politik,
ekonomi mahupun sosial. Begitu juga dengan Institusi Raja yang berhadapan dengan
cabaran khususnya segi wujudnya tuntutan serta inisiatif oleh golongan anti Institusi
Raja dan para pendukung republik-liberalisme yang berusaha menerapkan idealisme
tersebut dalam jiwa dan pemikiran masyarakat termasuk umat Islam/Melayu.
Dalam konteks Malaysia, sistem Raja berkuasa mutlak yang sebelumnya diamalkan di
negara ini akhirnya dipinda kepada amalan Raja Berperlembagaan bagi memastikan
kelangsungan sistem terulung dalam membangunkan tamadun sebuah negara bangsa.
Institusi Raja pada hari ini turut sama berperanan meningkatkan prestij dan
penghormatan rakyat melalui penguasaan ilmu serta kehebatan dalam pemerintahan.
FUNGSI UTAMA RAJA-RAJA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
2
AGENDA PENGHAPUSAN INSTITUSI RAJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN ZIONIS
3
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUBURKAN MINAT KE ARAH NEGARA
REPUBLIK DAN MENGHAKIS PERANAN INSTITUSI RAJA
1. KELEMAHAN INSTITUSI RAJA
Wujud kelemahan dalam kalangan segelintir Raja-Raja Melayu dan golongan
istana dalam memberi contoh mithali kepada rakyat segi penghayatan nilai
dan budaya Islam.
Wujud persepsi bahawa Institusi Raja kurang menyerlah segi memainkan
peranan dengan berkesan khususnya berkaitan dengan kepentingan Islam
dan umat Melayu.
Wujud tuntutan agar Raja-Raja Melayu dan golongan istana untuk menekuni
dan menghayati akhlak, perwatakan, sifat-sifat pemimpin dan golongan
istana serta adab-adab dan amalan-amalan yang melayakkan mereka untuk
memimpin dan menaungi rakyat.
Wujud ketidakpuasan hati terhadap kekebalan Raja-Raja Melayu di bawah
imuniti Raja-Raja Melayu di mana melaluinya, mereka terlepas begitu sahaja
tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
4
Wujud usaha yang bertujuan membataskan hak, peranan dan bidang kuasa
Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja kesan daripada pembaharuan
perundangan/pindaan perundangan.
Wujud kelemahan sistem pentadbiran – Institusi Raja dan pemimpin Melayu
tidak memain peranan memajukan rakyat termasuk gagal memberi
penyelesaian secara optimum berkaitan masalah sosioekonomi yang
membelenggu rakyat.
Wujud kegelisahan dan keresahan masyarakat terhadap penguasaan serta
tindakan pihak atau golongan istana yang cuba mempengaruhi dan
menguasai politik.
Wujud kecenderungan dalam kalangan rakyat atau masyarakat untuk
melihat Raja-Raja Melayu dan golongan istana memiliki ketinggian segi daya
pemikiran, keintelektualan, kepemimpinan dan ketetapan pendirian atau
keputusan dalam membela serta mendaulatkan Islam, umat Melayu,
masyarakat dan negara.
Wujud tuntutan daripada rakyat atau masyarakat supaya Raja-Raja Melayu
dan golongan istana memelihara etika dan akhlak yang menepati syari’at
Islam dan nilai-nilai murni budaya Melayu.
Wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat terhadap kemewahan
melampau yang dinikmati dan dipamerkan oleh golongan istana.
Wujud situasi di mana rakyat mula hilang rasa hormat dan menjauhi Institusi
Raja kerana penglibatan golongan istana dalam isu-isu seperti perebutan