® FAKS 03-20567081
Bangi: Kempen menggalakkan
rakyat Malaysia membaca muladiperke-
nalkan sejak Ogos tahun 1995 dengan slogan 'Mari
Membaca Bersama'. Walaupun hampir 14 tahun
kempen itu dijalankan, kesedaran mengenai kepentingan
membaca
dalam kalangan ma-~ syarakat negara
masih pada tahap sederhana. Keadaan itu ditambah lagi dengan
peredaran zaman dengan kehadiran telefon pintar, komputer riba,
'ipad' dan juga penggunaan laman media sosial.
Namun demikian, hal ini bukanlah menjadi alas an kepada
masyarakat + untuk terus melupakan buku, surat khabar atau bahan
bacaan lain yang menjadi satu daripada saluran ilmu pengetahuan
yang tidak akan pupus
. hingga akhir zaman. 0 .1
o bhpendidikan _ bhpendidikan
PENGARANG URUSAN KUMPULAN NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid
PENGARANG KUMPULAN BH Mahfar Ali
TIMBALAN PENGARANG KUMPULAN BH Badrulhisham Othman
PENGARANG EKSEKUTIF BERITA DAN EHWAL SEMASA Norhayati Md
Said
PENGARANG EKSEKUTIP MINGGUAN ! BH2 ZainorSaid
PENGARANG EKSEKUTIF PENGELUARAN ! E·PAPER Rosli Safar
PENGARANG PENDIDIKAN: + Fadzlena Jafar
PENGARANG BERITA PENDIDIKAN Ridzuan Yop Mohd Feroz Abu Bakar
~kOh nilam Sekolah Mene-
ngah Kebangsaan (SMK) Dato' Abu Bakar Baginda,
Ainun Najiha Mohd Nor, 17, berka-ta amalan membaca ialah
aktiviti ringkas dan umum yang perlu diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat.
"Di negara kita, amalan mem-baca sudah dipupuk sejak kecillagi.
Cuma menjadi masalah kepada diri seseorang untuk meneruskan amalan
itu atau hanya memegang bukujika perlu.
"Amalan membaca buku hanya ketika diperlukan seharusnya tidak
boleh dijadikan tabiat ke-rana amat merugikan seseorang. Dengan
membaca, kita dapat memperluas ilmu pengetahuan tanpa had," katanya
ketika dite- . mui baru-baru ini.
Berkongsi pendapatnya menge-nai inisiatif yang boleh dianjurkan
mana-mana pihak berkaitan, Ainun Najiha memberitahu antara program
yang boleh dilancarkan ialah '1 Hari 1 Perkataan'.
"Ramai generasi muda ketika ini tidak mahu membaca apatah lagi
penggunaan bah as a yang amat teruk memandangkan mereka terdedah
dengan bahasa pesanan khidmat ringkas (SMS).
"Dengan adanya program 1 Hari 1 Perkataan, saya yakin pela-jar
akan: memperoleh perkataan baharu setiap hari dan membantu
penggunaan bahasa mereka sekali
gus menggalakkan ;unalan memba-ca dalam kalangan generasi
mudah.
Program Jom Baca "Selain itu, pihak sekolah boleh
meneruskan inisiatif mengan-jurkan program Join Baca selama 10
minit sebelum memulakan sesi pembelajaran setiap hari
perseko-lahan," katanya yang membaca hampir 400 bahan bacaan setiap
tiga bulan.
Pendapat itu dipersetujui Mai-sarah Hayati Rusli, 15, yang
men-
® SELASA 6 MEl 2014
jadikan membaca sebagai amalan yang perlu dilakukannya setiap
hari walaupun sibuk dengan me-ngulang kaji.
Dia yang merupakan pengawas . pusat sumber sekolah itu, tidak
mahu menjadikan kekurangan masa sebagai alasan untuk tidak membaca
sebaliknya mengambil masa selama lima ke 10 minit untuk memperoleh
ilmu pengeta-huan baharu.
"Membaca bukan semata-mata untuk mengetahui jalan cerita, tetapi
saya yakin penggunaan ayat yang dipakai oleh seseorang penulis buku
dapat memberi pe-ngetahuan kepada pembacanya.
"Sayajuga akan memilih bahan bacaan yang sesuai dengan umur
saya. Keadaan ini disebabkan ramai remaja yang senang terpe-ngaruh
dengan bacaan novel yang tidak bersesuaian umur mereka,"
katanya.
kina Nabilah Nizam, 15, pula berpendapat us aha pihak
Per-pustakaan Negara mewujudkan perpustakaan bergerak melalui bas
dan van perlu diperluas lagi melalui aktiviti yang disediakan.
"Saya pernah masuk ke dalam bas yang menyediakan pelbagai jenis
bahan bacaan di dalamnya. Ini merupakan satu inisiatif yang amat
baik dalam us aha mengga-lakkan masyarakat membaca namun tanpa
aktiviti yang mena-rik saya masih melihat sambutan yang diberikan
menjadi hambar.
"Tidak salahjika pihak tertentu menganjurkan lebih banyak
akti-viti membabitkan masyarakat untuk menarik minat mereka membaca
seterusnya menjadi-kannya sebagai amalan sepanjang masa,"
katanya.
PupukMembacaSejakKecil_01PupukMembacaSejakKecil_02