-
1 | P a g e
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1
KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF
STAD TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR TAHUN 5
DALAM PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH:
DR MOHD KHALID BIN MOHAMMAD NASIR
PELAJAR:
FAIZATUNAZIYAH BINTI MOHD JAIS
PENDIDIKAN SAINS
P78956
-
2 | P a g e
SI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN
BAB II ULASAN KEPUSTAKAAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
1.1 Pendahuluan 3
1.2 Latarbelakang Kajian 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Tujuan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Hipotesis Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Skop Kajian 10
1.10 Batasan Kajian 11
1.11 Kerangka Konseptual 12
1.11 Definisi Oprational 13
2.0 Pendahuluan 14
2.1 Pembelajaran Kooperatif 15
2.1.1 Pembelajaran Kooperatif STAD 15
2.2 Kajian Yang Terdahulu 16
2.2.1 Kajian di Malaysia menegenai pembelajaran kooperatif
17
2.2.1 Kajian di Luar Negera mengenai pembelajaran kooperatif
18
2.3 Kesimpulan 19
3.0 Pendahuluan 20
3.1 Kerangka Konsep 21
3.2 Penyelidikan Kepustakaan 22
3.3 Penyelidikan Lapangan 22
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Sample Kajian 24
3.6 Analisis Data 24
3.7 Kesimpulan 25
-
3 | P a g e
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sains secara amnya dalah satu bidang keilmuan yang merangkumi
proses hasil dan sikap
untuk kesejahteraan manusia. Sebagai satu bidang keilmuan, sain
membekalkan satu
kerangka kosep yang membolehkan kanak-kanak memhamami fenomena
di sekeliling
mereka. Di samping itu juga, kanak-kanak perlu dibantu dalam
menghubungkan fakta dan
konsep, membuat peintlakan dan menghubung kait pelajaran yang
lalu dengan ilmu yang
sedia ada. Ini bagi membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian
dengan baik dan berkesan.
Sains di peringkat sekolah rendah memberikan tumpuan kepada
pelajaran mengenai
diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan
dan bertujuan melahirkan
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran saintifik dalam
membentuk masyarakat
berbudaya sains teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya
lebih bertanggungjawab
terhadap alam sekeliling dan mengkakumi ciptaan alam.
-
4 | P a g e
Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek
saintifik, pelajar tidak
dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan.
Sehubungan dengan itu
kurikulum sains sekolah rendah telah diperkenalkan ke seluruh
negara mulai sesi
persekolahan 1994/1995 (BPG,2011). Sejajar dengan perkembangan
teknologi dan era
globalisasi pelajar bukan sahaja perlu mempelajari fakta tetapi
perlu menguasai kemahiran
proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka
secara analiti dan berjaya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Sementara konteks pendidikan sains untuk abad ke-21, Yager
(2011) menyatakan
bahawa kita perlu memupuk nilai dan kemahiran berfikir di
kalangan pelajar kita untuk
menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan berdsarkan bukti
dan penakulan yang logik.
Dalam penulisannya juga beliau mencadangkan bahawa pendidikan
sains seharusnya
mengupayakan pelajar untuk menyoal, mencadang
penerangan-peneranagan yang
munasabah, mengusul cara menguji hipotesis, mengumpul dan
mentafsir data yang diperolehi
dan berkomunikasi tentang proses dan juga keputusan kepada orang
lain.
-
5 | P a g e
1.1 LATAR BELAKANG
Cabaran utama yang dihadapai oleh warga pendidik sekolah rendah
ialah menyediakan
bilangan pelajar yang meninati dan menguasai sains dengan
cemerlang bagi membantu
mencapai matlamat memenuhi kuota 60:40 pelajar aliran sains dan
sastera pada peringkat
sekolah menengah. Hal ini adalah penting bagi membina masyarakat
yang inovatif dengan
keupayaaan Sains dan Teknologi yang kukuh (KPM 2001; 2012).
Menurut Molly (2009)
pencapaian dan pengetahuan asas yang kukuh di kalangan pelajar
sekolah rendah penting
sebagai penentu asas yang kukuh dikalangan pelajara sekolah
rendah penting sebagai penentu
kejayaan bagi sebarang dasar di peringkat menengah dan
membolehkan mereka mengikuti
pengajian tinggi kerana peranan pengetahuan lampau dalam membina
kematangan dan
kedewasaaan seseorang (Lawson 2011; Mohammad Daud 1996; Piaget
1970).
Kegagalan menguasai kemahiran pengetahuan asas dengan mantap
merupakan
penyebab kepada keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang
keyakinan diri, kurang
berdaya saing dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan itu semakin
subur dan menjadi kumulatif
yang akhirnya mempengaruhi pencapaian pada tahap yang tinggi
(Isahak Haron, 2001;
Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM], 1994, 2010). Pendapat ini
turut dipersetujui oleh
Kilpatrik, Swafford dan Findell (2011) keaan menurut mereka
kefahaman peringkat lebih
rendah sebagai kaedah komprehensif dan menjadi asas untuk
meningkatkan kecekapan pada
peringkat yang lebih tinggi.
Di peringkat sekolah rendah, proses pembelajaran sains
menekankan penguasaan
kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains asas (KPSA) dan
kemahiran proses sains
-
6 | P a g e
bersepadu (KPSB). Semasa di sekolah rendah pelajar di dedahkan
kepada kemahiran proses
sains asas (KPSA) di mana aktiviti yang didedahkan kepada
pelajar masih berada dalam
tahap operasi konkrit, seperti mengelas, mengukur, meramal,
menggunakan nombor,
berkomunikasi, menggunakan perubungan ruang dan masa dan membuat
inferens. Sementara
kemahiran di peringkat menengah pelajar didedahkan kepada
kemahiran proses sains
bersepadu (KPSB) yang lebih menjurus kepada permikiran saintifik
aras tinggi dan berfungsi
pada tahap operasi formal atau memerlukan pemikiran aras tinggi
seperti mentafsir
maklumat, mendefinisi secara opearasi, mengawal pemboleh ubah,
membuat hipotesis dan
mengeksperimen (Ismail Jusoh, 2001; kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013; Padilla,
1991).
Dalam peperiksaan awam sains peringkat UPSR, pelajar akan diuji
dengan kemhiran
asas poses sains dan proses sains bersepadu yang berteraskan
ujian rujukan kriteria.
Keputusan berdasarkan taksonomi Bloom ke atas solan-soalan UPSR
dari tahun 2010 hingga
2013 (Koleksi Peperiksaan Sebenar Sains, UPSR 2014) mendapati
purata 20% daripada 30
soalan objektif (Bahagian A) dan 68% daripada soalan subjektif
(Bahagian B) UPSR
merupakan soalan-soalan KPSB atau soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) daripada
jenis analisis, sistesis dan penilaian mengikut taksonomi Bloom.
Jumlah soalan KPSB dalam
soalan sains UPSR 2014, 68.2% daripada soalan bagaian subjektif
(Bahagian B) terdiri
daripada soalan sains aras analisis 42.2%, sistesis 19.0% dan
penilaian 7.0%.
Berdasarkan analisis tersebut, seorang pelajar yang ingin
memperolehi gread A
(cemerlang) dalam peperiksaaan UPSR perlulah menguasai KPSB
keana purata sebagaian
besar soalan Bahagian B adalah soalan yang menguji kemahiran
berfikir aras tinggi dan sikap
saintifik kerana selari dengan matlamat kurikulum pendidikan
sains rendah. Walaupun tujuan
-
7 | P a g e
pengujian adalah untuk menilai kebolehan menakul saintifik
pelajar, namun sebahagian besar
amalan para guru lebih tertumpu kepada kebolehan pelajar
menjawab secara teknik hafalan
atau ingatan dan bukannya kebolehan mengaplikasikan penakulan
saintifik (Mohd. Fazil
2012; Sharifah Nor, 1999).
Pelajar pula didapati belum menguasai KPSB (Sharifah Nor, 1999).
Cara pelajar
diajar dan belajar pada ketika ini menyebabkan pengetahuan yang
dikuasai tidak mampu
kekal lama dan pelajar gagal untuk menintergrasikan kemahiran
dan proses saintifik ini
dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dalam
kehidupan mereka (Abu
Bakar, 1995; Kelly 1993; National Academiy of Science 1996). Ini
kerana pelajar hanya
didedahkan kepada permsalahan yang lebih tertumpu kepada yang
dinyatakan di dalam buku
kerja dan buku teks sehingga membawa kepada decontxtualization
dan
oversimplification (Collins,1998).
Amalan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan hafalan dan
ingatan kembali
serta berpusatkan guru dipatuhi sepenuhnya oleh guru ketika
mengajar sains namun peratusan
pelajar yang cemerlang dalam sains masih berterusan rendah
malahan kemahiran-kemahiran
KPSA dan KPSB masih lagi gagal dikuasai dengan baik lalu
menyebabkan bilangan pelajar
gagal berterusan tinggi (Mohd. Fadzil 2013). Situasi ini
mencetuskan anomali (Kuhn, 2010).
Anomali jelas dilihat pada peratusan pelajar cemerlag yang
berterusan rendah dan peratus
kegagala yang tinggi sepanjang tahun 2010 -2014 subjek sains di
peringkat UPSR. Tinjauan
ke atas pencapaian pelajar sains UPSR antara tahun 2010 hingga
2014 mendapati scara purata
setiap tahun seramai 175,030 atau 36% peajar menddapat gred C
(gred lulus). Peratusan
pelajar dalam gred C,D dan E boleh dikurangkan jika cara guru
mengajar sesuai dengan cara
-
8 | P a g e
belajar dengan mengambil kira cara pelajar yang pelbagai di
kalangan pelajar yang pelbagai
kebolehan.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Rumusan daripada kajian-kajian yang dibuat oleh Ling Ai Yieng
(1999), Mohd. Fazil
(2003), Mohd Najib (2010), Poh Swee Hiang & Hasimah (1997),
Subahan (1997), Sharifah
Nor (1999) dan Tan Juat Nhoh (2011) mendapati amalan guru-guru
sains di negara ini masih
di kongkong oleh kaedah pengajaran yang berhierarki, berbentuk
objektif dan menekankan
maklum balas. Penilaian yang dibina oleh guru adalah semata-mata
mengukur atau tahap
masteri dan menguji pengetahuan yang telah dipelajari oleh
pelajar (Azman 1989; Mohd
Fadzil 2013; Sharifah Nor, 2006; ). Pengajaran dan pembelajaran
yang dinyatakan adalah
berorentasikan guru dan guru memainkan peranan penting untuk
menyampaikan pengetahuan
manakala pelajar hanya sebagai penerima pasif (Azman, 1989; Dick
& Carey, 1990; Burton,
Moore &Mangliaro, 2011). Amalan pedagogi itu disebut sebagai
kaedah pengajaran guru
(Fellows, 1994; KPM, 1997).
Penguasaan dalam KPSB memerlukan pemikiran aras tinggi atau
tahap pemikiran
operasi formal (Inhelder & Piaget (19570); Lawson (2011)
mendefinisi tahap operasi formal
sebagai pemikiran deduktif (HD) iaitu pelajar sudah menguasai
pemikiran abstrak dengan
kebolehan melalukan pemikiran pengabungan, pemikiran mengenal
pasti dan mengawal
pembolehubah, pemikiran pengkadaran dan kebarangkalian
menyelesaikan masalah
menngikut kaedah saintifik. Buat masa ini, kajian terhadap
pelajar di Malaysia menunjukan
bahawa para pelajar masih belum mempamerkan kebolehan melakukan
operasi formal yang
mencukupi walaupun meraka telah melengkapkan pendidikan
peringkat menengah atas atau
berada di kolej dan universiti (Mushita & Sharifah
Norhaidah, 2013). Rumusan daripada
-
9 | P a g e
kajian TIMSS-R 2014 menunjukkan kedudukan Malaysia semakin
merudum ke bawah
berbanding dengan tahun yang sebelumnya keranan pelajar gagal
untuk menguasai kebolehan
menyelesaikan konsep abstark dan kompleks serta mempamerkan
kehafaman dalam hal
fundamental berkaitan penyiasatan sains membolehkan mereka
berada dalam kategori 10%
terbaik dalam 38 buah Negara yang dikaji.
Dapatan dari analisis UPSR sains mengambarkan masih ramai
pelajar di sekolah
kebangsaan belum berfungsi pada tahap operasi formal iaitu tahap
penting dalam
perkembangan intelek pelajar walaupun purata usia mereka adalah
12 tahun. Kegagalan
mencapai matlamat sukan pelajaran mempunyai kaitan dengan amalan
PdP para guru kerana
kajian yang dibuat oleh Ling Ai Yieng (2010) mendapati majoriti
guru sains tidak
mengamalkan syor Huraian Sukatan Pelajaran Sains seperti
menjalankan eksperimen,
perbincangan, simulasi dan kaedah projek ketika mengajar sains.
Dapatan itu juga sejajar
dengan teguran Lembaga Peperksaaan Malaysia (2013) supaya guru
membuat eksperimen,
menggiatkan kerja amali dan aktivti hands-on sebagai reka bentuk
instruksi sains.
Selain itu, perningkatan prestasi akdemik di kalagan pelajar
juga boleh dicapai dengan
membangunkan sikap positif pelajar terhadap sains (Gauld, 1980)
kerana dapatan kajian
mengaitkan sikap positif terhadap sains berjaya membaiki minat,
motivasi dan prestasi dalam
sains manakala sikap negatif hanya menghakis minat pelajar
terhadap sains (Ismail Jusoh
2001). Pembelajaran secara kooperatif menyediakan peluang untuk
saling berinteraksi dan
berbincang antara kumpulan. Interaksi dan perbincangan ini telah
ditemui oleh pengkaji-
pengkaji sebagai berkemampuan untuk meningkatkan proses
penerimaan maklumat,
memajukan kemahiran berfikir dan meningkatkan pencapaian
pencapaian akademik di
kalangan pelajar. Justru itu, kajian ini menggunakan rekabentuk
pengajaran yang
-
10 | P a g e
menyepadukan kaedah kooperatif, kaedah kooperatif dapat
meningkatkan prestasi pelajar di
sekolah-sekolah kebangsaan dalam prestasi kemahiran proses sains
bersepadu, prestasi
pemikiran saintifik dan sikap mereka terhadap sains.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
keberkesanan penggunaan kaedah
pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan minat pelajar dalam
pelajaran sains dan
penguasaan pelajar kemahiran KPSB dan KPSA bagi pelajar tahun
5.
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Objetif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kaedah inkuri
kooperatif menggunakan model
STAD berbanding kesan kedah pembelajaran konvensional ke atas
pelajar sekolah rendah
yang mempuyai keserataan pengetahuan dalam pemikiran saintifik
dan kemahiran proses
sains asas terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi KPSB,
prestasi pemikiran saintifik
dan pemikiran mereka terhdap sains. Manakala pemboleh ubah tidak
bersandar pula kaedah
pembelajaran kooperatif.
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Adakah Pembelajaran Kooperatif Model STAD dapat menambahkan
minat dan
motivasi pelajar terhadap pembelajaran
Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaiaan pelajar
dalam penguasaan
kemahiran proses sains bersepadu bagi kumpulan kawalan dengan
kumpulan
eksperimen.
-
11 | P a g e
1.7 HIPOTESIS KAJIAN
Terdapat dua hipotesis yang digunakan dalam kajian ini untuk
menjawab persoalan kajian
pertama dan kedua yang dikemukakan
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat
dan motivasi pelajar
Terhadap pelajaran sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian
pelajar dalam
pencapaiaan pelajar dalam penguasaan kemahiran proses sains
bersepadu bagi
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.
Ha1 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat dan
motivasi pelajar
Terhadap pelajaran sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen
Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian
pelajar dalam
pencapaiaan pelajar dalam penguasaan kemahiran proses sains
bersepadu bagi
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru
tentang kepentingan
pembelajaran kopeatif dalam sains. Hasil kajian ini juga diharap
dapat menyedarkan para
guru sains tentang kepentingan kaedah pengajaran dalam peneguhan
KPSB dan dapat
dijadikan panduan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan
maklumat yang boleh
membantu guru dari segi perancangan dan pemilihan kaedah
pembelajaran yang sesuai.
-
12 | P a g e
Di samping itu, hasil kajian juga diharap dapat membantu pelajar
menggunakan
kaedah pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan kemhiran
KPSB. Tambahan pula,
kemahiran KPSB dan KPSA akan memberikan manfaat kepada pelajar
untuk
mengimplikasikan KPSB dan KPSA ddalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan
kehidupan seharian.
1.9 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kedan kaedah pembelajaran
kooperatif model STAD di
dalam pembelajaran sains. Skop kajian ini terhad kepada pelajar
yang sedang belajar di
Tahun 5 di SK Kuala Pilah, Kuala Pilah. Kesan kaedah
pembelajaran kooperatif yang dikaji
adalah terhadap pelajar sahaja. Kajian ini tidak mengkaji kesan
kaedah pembelajaran
kooperatif terhadap aspek-aspek yang lain. Kajian ini hanya
mengkhususkan kepada mata
pelajaran Sains.
1.10 BATASAN KAJIAN
Terdapat batasan kajian dari segi masa di mana pengkaji perlu
mencari kesesuaian waktu
bagi melaksanakan eksperimen kerana bagi menjalankan
pembelajaran berasaskan kaedah
pembelajaran kooperatif bagi kumpulan eksperimen tertakluk
kepada jadual waktu yang telah
ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Keadaan persekitaran
perlajar dan kesuntukan masa
mungkin mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar.
-
13 | P a g e
1.11 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Rajah 1: Krangka Proses Pembelajaran Kooperatif
1.12 DEFINISI OPERASIONAL
Di dalam penulisan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang
perlu dijelaskan bagi
menerangkan maskudnya supaya ia dapat difahami dan tidak disalah
tafsirkan untuk kajian
ini. Di antara istilah tersebut ialah:
1.12.1 Kesan
Menurut Hassan (2014), kesan bermaksud satu tahap kemujaraban
yang ingin dicapai.
Dalam erti kata lain, kesan membawa maksud tahap penerimaan
sesuatu konsep atau kaedah
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
konteks pengkajian pula,
Kaedah pengajaran
(kooperatif)
Pendekatan kerja
kumpulan
Aras
Pegetahuan
Aras
Kefahaman
Aras
Motivasi
-
14 | P a g e
kesan ialah tahap penerimaan pelajar terhdap pembelajaran
kooperatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.12.2 Pencapaian
Kejayaan akademik ialah kejayaan yang dinilai berdsarkan
pencapaaian seseorang pelajar
dalam peperiksaaann sekiranaya pelajar tersebut berada di
sekolah rendah, maka
pencapaiannya di nilai berdsarkan keputusan penggal atau Ujian
Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Bagi pelajar menengah pencapaian diukur berdsarkan
peperiksaaan penggal
ataupun keputusan Peperiksaan Penilaian Menengan Rendah (PMR),
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Bagi
pelajar yang sedang belajar di
insitusi pengajian tinggi pula, pencapaian akademiknya diukur
berdasarkan Gred Point
Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average (CGPA),
(Mohd 2007).
1.12.3 Kaedah Pembelajaran Kooperatif
Menurut Yusminor (2010), pembelajaran kooperatif merupakan satu
kaedah yang
menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia
meripaka satu teknik
pembelajaran dalam kumpulan kecil yang melibatkan kerjasama,
interaksi, perbincangan dan
penyertaan pelajar dalam aktiviti atau projek yang dijalankan.
Kaedah pembelajaran
kooperatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Students
Teams-Achivements
Divisions (STAD). Kaedah STAD melibatkan bebeapa kumpulan kecil
yang terdiri daripada
empat hingga lima orang pelajar dalam satu kumpulan.
1.12.4 Pendekatan Kooperatif Model STAD
-
15 | P a g e
Kajian ini menggunakan pendekatan kooperatif model STAD. Slavin
(1982) berpendapat
dimana teknik pembelajaran kumpulan yang terdiri daripada empat
hingga lima orang pelajar
yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.
1.12.5 Kemahiran Proses Sains
Merupakan kemahiran yang digunakan oleh para saintis untuk
mengkaji dan menyiasat
sesuatu masalah, isu, persoalan atau fenomena sains. Lantaran
itu kemahiran proses sains
digunakan untuk menjana pengetahuan atau ilmu sains dan membina
konsep sains (Carin &
Saund 1985; Collette & Chiapetta, Sund & Trowbrige 1973,
Wellington 1994, Eng Tek Ong;
2012). Kenyataan Dokumen Standard bahawa Sains menekankan kaedah
inkuri masalah
(BPK 2012a, p.8).
1.12.6 Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)
Merangkumi memerhati, mengelas, mengukuh dan menggunakan nombor,
membuat inferen,
meramal, berkomunikasi dan menggunakan ruang dan perhubungan
masa.
1.12.7 Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB)
Merangkumi meninterpretasi data, mendefinisi secara operasi,
mengawal pemboleh ubah,
membuat hipotesis dan mengeksperimen.
-
16 | P a g e
BAB II
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangakan mengenai tinjauan kepustakaan iaitu
tinjauan terhadap kajian yang
lepas berkaitan dengan topik yang di kaji, sama ada pernah
dilakukan di dalam atau di lur
negara. Walaupun terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan
pembelajaraan kooperatif
telah dilakukan di dalam dan luar negara tetapi hanya sebahagian
sahaja yang benar berkait
rapat dengan topik yang ingin dikaji akan di bincangakan.
Oleh itu, tinjauan kajian memberi tumpuan kepada penggunaan
pembelajaran
kooperatif dalam sains, kesan pembelajaran kooperatif model STAD
terhadap pencapaian dan
sikap pelajar, dapatan kajian-kajian di Malaysia, luar negara
dan bidang yang berkaitan.
Kajian-kajian lepas ini akan membantu untuk dijadikan sebagai
panduan kepada pengakji
untuk memperolehi dan mengumpul maklumat latar belakang kajian
dan mendapat gambaran
awal tentang perkara yang perlu dalam kajian ini.
-
17 | P a g e
2.1 PEMBELAJARAN KOOPERATIF
Menurut Salvin (1982); Johnson, Johnson & Holubec, Edythe.J
(1990); Kagan (1992),
pembelajaran kooperatif ialah kaedah pembelajaran kerjasama yang
memerlukan pelajar
untuk bekerjasama untuk belakat dan bertanggungjawa ke atas
pembelajaran rakan
sekumpulan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri
atau di kenali dengan
pembelajaran berkumpulan. Dalam pembentukan kumpulan ini pelajar
diletakkan dalam
kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan kognitif yang berbeza
supaya mereka dapat
saling melengkapi dan membantu anatara satu sama lain.
2.1.1 Ciri-ciri Pembelajaran Kooperatif
Hubungan antara pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah
interaksi bersemuka,
akuantabiliti secara individu, kemahiran sosial, saling
pergantungan secara positif dan
penilaian kumpulan (Johnson & Holubee . 1990).
-
18 | P a g e
2.1.2 Strategi dalam Pembelajaran Kooperatif
Antara kriteria yang perlu dijadikan sebagai garis panduan untuk
melaksanakan pembelajaran
kooperatif di dalam bilik darjah (Stahl. 1994).
Pelajar perlu mengetahui objektif pembelajaran secara jelas
Sikap positif di kalangan setiap ahli kumpulan untuk mencaai
objektif pembelajaran
Arahan yang jelas mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan
Pemilihan kumpulan hetrogenus
Peluang yang saksama di kalangan ahli kumpulan
Sikap kerjasama dan saling bergantungan antara satu sama
lain
Interaksi sosialdan sikap yang positif
Peruntukan masa yang mencukupi
Individu yang bertanggungjawab.
2.2 KAJIAN LALU MENGENAI PEMBELAJARAN KOOPERATIF
Sebahagian besar kajian mengenai pembelajaran kooperatif ini
dilakukan di negara barat di
mana kajian pertama dilakukan pada tahun 1898, yang melibatkan
600 eksperimen dan 100
penyelidikan yang berkitan dengan pembelajaran kooperatif
(Johnson, David W., Johson,
Roger T. Holubeec, Edyythe J. 1994a. m.s 11-12). Di samping itu
juga kajian-kajian lepas
ini telah di jadikan panduan dalam kajian yang dilakukan pada
kali ini.
-
19 | P a g e
2.2.1 Dapatan kajian-kajian di Malaysia
Gan (1999) juga mendapati pelaksanaan pembelajaran kooperatif
telah membawa hasil yang
menggalakan. Kebanyakan pelajar suka bekerja dalam kumpulan.
Wahida Shakira (2010) dalam kajiannya mendapati pembelajaran
secara berkumpulan
adalah kaedah yang terbaik dalam memantapkan lagi pengetahuan
dan pemahaman pelajar
terhadap isi pelajaran sains. Di samping itu juga kedah ini
dapat menguatkan ingatan
terhadap suatu formula dengan lebih mudah.
Nor Azizah Salleh (2007) dalam kajiannya mendapati bahawa
terdapat satu hubungan
yang signifikan terhadap penerapan nilai murni dalam pelajaran
melalui pelajaran kooperatif
dalam mata pelajaran sains.
Hasil kajian Christina Lau Chui Jin (2012) menyatakan bahawa
pengajaran guru
melalui Numbered Head Togteher (NHT) dalam pelajaran sains tahun
4 mampu
meningkatkan pencapaian, minat dan penyertaan pelajar-pelajar
dalam pelajaran sains.
Melalui kajian beliau dengan strategi NHT ini pelajar juga lebih
senang memahami dan
berupaya menguasai konsep-konsep sains.
Meor Ibrahim & Nurul Amira (2010) dalam kajiannya menyataka
bahawa presepsi
pelajar adalah positif terhadap penggunaan kaedah pembelajaran
kooperatif semasa
mempelajari mata pelajaran sains.
-
20 | P a g e
Menurt Che Mansor bin Che Ton (2013), guru-guru perlu
menggalakkn pra pelajar
berfikiran kreatif agar generasi akan datang mampu untuk
berfikir secara kreatif, inovatif dan
mempunyai idea yang tuntas. Para pendidikan tidak semestinya
terikat dengn satu-satu fakta
dalam proses penyampaian isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya
penglibatan pelajar
secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka
berkembang.
2.2.2 Dapatan kajian-kajian di Luar Negara
Pate-Clevenger, R., Dusing, J, Houck P., Zuber, J. (2008)
tinjauan terhadap keberkesanan
Pembelajaran Kooperatif dalam menagani masalah gangguan
pembelajaran dalam kalangan
para pelajar sekolah rendah dan sekolah menangah di Chicago,
Illinois pada tahun 2008,
mendapati bahawa kaedah ini merupakan strategi yang berkesan
untuk mengurangkan
masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya untuk
meningkatkan kemahiran sosial yang
positif.
Pembelajaran kooperatif bukan sahaja membantu meningkatkan
pencapaian
akademik tetapi juga berkesan untuk memupuk minat pada sekolah,
kemahiran berinteraksi
dan komunikasi (Johnson, D.W., Johnson, R.T. 2011).
Menurut Kagen (1994), pembelajaran kooperatif bagi golongan
berbakat telah
membawa banyak keberkesanan atau faedah sperti membaiki hubungan
sosial, meningkatkan
tahap kemahiran aras tinggi, meningkatkan teknologi,
meningkatkan keyakinan diri.
-
21 | P a g e
Stokedale & William (2010) dalam kajiannya mendapati kaedah
pembelajaran
kooperatif ini hanya memberikan impak yang positif kepada
pelajar yang mempunyai
kebolehan akademik pada tahap sederhana dan lemah, sementara
bagi pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang kaedah ini tidak
begitu menunjukkan
perubahan yang ketara.
David W.Johnson & Roger T. Johnson (1989) membandingkan
lebihh 500 kajian
terhadap kaedah pembelajaran kooperatif menyimpulkan bahawa
kaeah pembelajaran
kooperatif adalah strategi pembelajaran yang efektif. Hasil
kajian menunjukkan bahawa
apabila pelajar mula mendpat kejayaan, mereka berasa yakin dan
berpuas hati dengan diri
mereka. Ini menjadikan mereka berisikap positif terhadap mata
pelajaran yang dikaji.
Artz dan Newmn (2011); kajian mendapati penggunaan pembelajaran
kooperatif
boleh meningkatkan pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan
kritikal, kemahiran social dan
interaksi kumpulan serta berkeyainan dan saling menghormati.
Veeman, Bebthum, Boostma, Dierren dan Kemp (2012) mengkaji sikap
daripada
prespektif seorang guru mendapati bahawa terdapat satu hubugan
yang signifikan antara
penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif dengan peningkatan
motivasi dan minat pelajar
dalam pelajaran.
-
22 | P a g e
2.2.3 Dapatan kajian-kajian dari bidang-bidang lain
Meriam Ismail (1997) telah mengkaji pembelajaran kooperatif ke
atas sikap pelajar terhdap
maetamatik di Sarawak. Walaupun tiada perbezaan signifikan bagi
sikap diperolehi tetapi
kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian sains
dan kehadiran pelajar ke
kelas.
Suhaida Abdul Kadir (2002) telah menjalankan kajian tentang
perbandingan
pembelajaran kooperatif dan tradisional dalam pendidikan
perakaunan. Kajian mendapati
kebanyakan pelajar menerima baik pelaksanaan pembelajaran
kooperatif. Terdapat
peningkatan prestasi pelajar dlam bidang perakaunan.
2.3 KESIMPULAN
Kajian kooperatif ini telah lama dijalankan oleh kebanyakkan
negara-negara maju. Dapatan
kajian di barat menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang
positif terhdap diri pelajar
apabila guru menukar teknik pengajaran dan pembelaharan dari
berpusatkan guru kepada
berpusatkan pelajar.
Berdasarkan hasil tinjauan kajian lepas, jelas menunjukkan
bahawa kaedah
pembelajaran kooperatif memberikan kesan positif dari pencapaian
dan efektif kepada
pelajar. Kesan ini penting untuk dimanfaatkan dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran
di Malaysia. Secara amnya, kebanyakan pelajar di Malaysia agak
sukar untuk berinteraksi
seara aktif di dalam kelas dan mengelurakan pendaat kerana
bimbang sekiranya pendapat
yang salah.
-
23 | P a g e
BAB III
METHODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 PENDAHULUAN
Merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan
kajian ke atas subjek kajian
tertentu. Bagi mendapatkan satu keputusan kajian yang konklusif,
kedah yang digunkan bagi
kajian ini adalah secara eksperimen bagi melihat dan membanding
pencapaian pelajar tahun 5
dalam topik tenaga.
Penyelidikan ini dijalankan secara eksperimen dan akan memakan
masa Selma tiga
minggu. Dalam tempoh tersebut sebanyak 6 kali pertemuan diadakan
dua kali untuk ujian
pra dan ujian pos serta empat kali proses rawatan.
-
24 | P a g e
3.1 REKABENTUK KAJIAN
(Penyelidikan kajian lepas)
Tujuan : Mengenal pasti keberkesanan kaedah kooperatif STAD
dalam mata pelajaran Sains
(Reka bentuk Ujian Pra dan Ujian Post)
Soalan Ujia Pra dan Ujian Post mempunyai konsep yang sama yan
menekankan kepada
penyelesaian masalah KPSB dan KPSA
Ujian Pra
(Analisis Data)
Tujuan : Mengenal Pasti tahap kesukaran dan jenis kesilapan
pelajar.
(Pembelajaran secara kooperatif)
Tujuan :Pelajar belajar membaiki kesilapan dan menguasai tajuk
melalui kaedah ini.
(Borang Soal Selidik)
Tujuan : Untuk mengetahui tahap motivasi dan minat pelajar
terhadap pembelajaran secara
kooperatif
(Analisis Data)
Ujian Post
Tujuan : Mengenalpasti keberkesanan kaedah pembelajaran
kooperatif
PERANCANGAN
-
25 | P a g e
Dua kumpulan yang pelajar yang terlibat dalam kajian ini di
bahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua
kumpulan pelajara ini berasal
dari dua kelas yang berbeza. Dalam kajian ini, Kumplan
eksperimen didedahkan kepada
pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran
kooperatif model STAD
manakala kumpulan kawalan menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran secara
kaedah konvensional. Sebelum proses rawatan dijalankan pelajar
diberikan ujia pra untuk
mengetahui tahap kebolehan pelajar Setelah ujian pra dijalankan
pelajar kemudiannya
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kemudian sesi rawatan dimulakan
sebanyak empat kali.
Selepas tamat proses rawatan kedua-dua kumpulan telah diberikan
ujian post untuk mengkaji
sama ada terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam
penguasaan KPSB serta
minat pelajar dalam pelajaran sains selepas proses rawatan
ini.
3.2 PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Pada pertingkat ini, pengumpulan data skunder diperolehi melalui
usaha penyelidikan bertulis
kajian yang terdahulu. Sumber bertulis yang diperolehi daripada
bahan-bahan bertulis seperti
buku teks Sains Tahun 5 analisa statistik pecahan soalan
peperiksaan UPSR daripada JPNNS
dan journal penyelidikan. Menurut Mohd. Shafie Abu Bakar
(1991:41) kaedah ini
merupakan tenik yang paling popular bagi penyelidikan ekonomi
dan sains social.
-
26 | P a g e
3.3 PENYELIDIKAN LAPANGAN
Penyelidikan dijalankan ke atas subjek kajian dengan menggunakan
kaedah borang soal
selidik
3.3.1 Soal Selidik
Dalam kajian ini, keboleh terimaan pelajar tahun 5 SK Kuala
Pilah terhadap kaedah
pembelajaran kooperatif STAD akan dijalankan. Melalui kaedah ini
pengkaji akan
memperolehi lebih banyak maklumat dan maklum balas mengenai
responden. Set soal
selidik (Lampiran A dan B) digunakan untuk kumpulan
eksperimen.
3.3.2 Kaedah Pemerhatian
Oleh kerana kajian ini melibatkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Pemerhatian terhadap tingkah laku dan respond pelajar semasa
sesi PdP melalui borang
rekoda anekod (naratif) seperti dalam lampiran C akan di
rekodkan. Kaedah ini dapat
memberikan makluman tambahan untuk kajian ini.
3.4 SAMPLE KAJIAN
Subjek kajian terdiri daripada 76 orang pelajar tahun 5 SK Kuala
Pilah, Kuala Pilah di Negeri
Sembilan. Pelajar ini terdiri daripada 38 orang kumpulan
eksperimen dan 38 orang pelajar
kumpulan kawalan. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang
mempunyai kebolehan serta
pencapaian yang lebih kurang sama berdasarkan pencapaian dalam
ujian penggal Sains
sekolah. Ini penting bagi memastikan wujudnya keseimbangan dari
segi pencapaian antara
-
27 | P a g e
kedua-dua kumulan kajian. Pemilihan ini adalah ditetapkan oleh
Panitia Sains sekolah
tersebut.
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) yang mempunyai 36 item
yang dibina oleh
Padilea, Cronin dan Twiest (1985) dipilih sebagai instrument
dalam kajian ini. Intrumen ini
akan di terjemahkan semula ke dalam Bahasa Malayu untuk kegunaan
kajian ini. Namun,
beberapa adaptasi dibuat dari segi penggunaan nama seperti Upin
dan Ipin, supaya item
tersebut lebih kenegaraan. Ujian KPSA menilai kemahiran
memerhati (6 item), mengelas (6
item (6 item), mengukur (6 item), berkomunikasi (6 item),
meramal (6 item) dan membuat
inferens (6 item). Pembinaan atau penjanaan Ujian KPSA telah
dibuat dengan pemberhatian
yang serius dan kebolehpercayaan spertimana yang dilaporkan
dalam Padilla, Cronin dan
Twiest (1985). Di samping itu, intrumen asal didapati mempunyai
kebolehpercayaan
keseluruhan KR-20 sebanyak 0.82 (Padilla, Cronin & Twist)
1985.
-
28 | P a g e
3.5.1 Ujian
Kedua-dua kumpulan diberikan ujian yang terdiri daripada 36
soalan yang berkaitan dengan
topic Tenaga dimanana 10 soalan adalah berbentuk menguji
kemahiran KPSB dan KPSA.
Bagi ujian ini pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan kesemua
soalan dalam masa 1jam.
Ujian Pra
Untuk menilai kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah
berkaitan kemahiran
KPSB dan KPSA sebelum mengikuti rawatan.
Ujian Pos
Untuk menilai pencapaian pelajar selepas menerima rawatan untuk
menyelesaikan
masalah berkaitan dengan kemahiran KPSB dan KPSA
3.5.2 Pentadbiran Ujian
Pentadbiran ujian adalah penting bagi memastikan kesahan
maklumat yang diperolehi hasil
daripada ujian yang dijalankan. Oleh itu persediaan rapi perlu
dilakukan ke tempat kajian
sehinggalah data dikumpulkan daripada responden.
3.7.1 Persediaan ke Tempat Kajian
Surat makluman dan kebenaran pihak sekolah diperolehi bagi
memohon kerjasama guru
subjek memberikan kerjasama untuk melakukan ujian ini. Pengkaji
telah menyediakan dua
set soalan untuk kumpulan eksperimen iaitu set soalan ujian dan
set soal selidik. Di samping
itu juga pengkaji telah membuat tinjauan kepustakaan untuk
mendapatkan garis panduan dan
maklumat tambahan bagi pengkaji menjalankan kajian.
-
29 | P a g e
3.7.2 Masa Kajian
Setelah perancangan dan persediaan awal dijalakan, pengkaji akan
menjalankan kajian
selama 6 hari seperti yang dijadualkan di bawah:
Bil Tarikh Hari Masa
1 10 Ogos 2015 Isnin 10:35pagi-11:35pagi
2 12 Ogos 2015 Rabu 7:45pagi 8:45 pagi
3 17 Ogos 2015 Isnin 10:35pagi-11:35pagi
4 19 Ogos 2015 Rabu 7:45pagi 8:45 pagi
5 24 Ogos 2015 Isnin 10:35pagi-11:35pagi
6 26 Ogos 2015 Rabu 7:45pagi 8:45 pagi
Kajian semasa sesi pembelajaran dilakukan secara berkoloberasi
dengan guru pembimbing
yang ada di sekolah tersebut.
3.7.3 Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal
selidik, ujian pra dan ujian post
kepada responden. Alat-alat kajian ini amat diperlukan dan
penting sekoali dalam
memperolehi data dalam keseluruhan kajian.
-
30 | P a g e
3.8 ANALISIS DATA
Data yang dikumpul akan dari ujian KPS akan dianalisis
berdasarkan pencapaian dari segi
kemahiran proses sains secara keseluruhan dan secara kemahiran
spesifik dengan mengiran
skor min (purata), peratus min dan sisihan piawai (ukuran
peratus min). Bagi
menentukanpebezaan tahap penguasaan kemahiran proses ssains asas
(keseluruhan dan juga
setiap kemahiran spesifik) secara statistik.
Penganalisisan data juga akan dilakukan dengan menggunakan
kaedah multivariate
analysis of covariance (MANCOVA) bagi menguji hubungan antara
pencapaian sains secara
keseluruhannya di kalangan pelajar yang mengikuti pembelajaran
kooperatif STAD.
Analisis Univariate anyalisis of covariance (ANOVA) pula
digunakan untuk melihat
kesignifikanan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif STAD
ini dengan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains. Mankala statistic deskriptif
digunakan untuk menunjukkan
bilangan peratus dan jadual di sepeanjang kajian ini
dijalanlan.
3.9 KESIMPULAN
Bab III ini menerangkan bagaimana pengkaji memperolehi data
daripada kerja lapangan yang
bermula dari perigkat perancangan hingga ke peringkat
pelaksanaannya serta kaedah
penafsiran data. Kajian dilaksanakan menggunakan reka bentuk
eksperimental dan
pengumpulan data menggunakan dua jenis interumen iaitu soal
selidik dan ujian berbentuk
ujian pra dan ujian pos. Analisis data pula menggunakan
SPSS.
-
31 | P a g e
LAMPIRAN A
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Borang Kaji Selidik
Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Sains Di Sekolah
Rendah.
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang di
sediakan.
1. Jentina Lelaki 6.Aliran / Sains Perempuan Sastera
2. Agama Islam 7. Bangsa Melayu Kristian Cina
Buddha India
3.Keputun Sains A 8. Tahun 5 UM
Penggal 1 B 5 UKM
C
D
4. Bilangan jam sehari membuat 0 jam latihan/kerja rumah dalam
m/p jam 8. Nyatakan 3 m/p i. _
______
Sains 1jam yang anda paling ii. _
______
2jam minati di Sekolah. iii. _
______
>2jam
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda berdasarkan skala 1,
2, 3, 4, atau 5.
Skor nilai Skor
Amat Tidak Bersetuju (ATS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju (S) 3
Sangat Setuju (SS) 4
Amat Sangat Bersetuju (ASS) 5
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas
tentang minat pelajar terhadap mata pelajaran sains di sekolah
rendah.
ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi
membantu penyelidik untuk mendapat data kajian.
iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan di RAHSIAKAN.
iv. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat
dihargai.
Bahagian I : Latar Belakang Responden.
Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden.
-
32 | P a g e
A. Berkaitan minat terhadap Sains.
1 2 3 4 5
1 Saya menyukai mataspelajaran Sains.
2 Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar
Sains.
3 Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar Sains setaip
hari.
4 Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan Sains dengan
betul.
5 Bagi saya Sains sangat mudah sekiranya memahami konsep.
6 Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari
Sains.
7 Sains membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta.
8 Sains membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan
masalah.
9 Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru Sains di dalam
kelas.
10 Saya rasa seronok apabila memasuki kelas Sains
B. Berkaitan minat terhadap latihan Sains.
1 2 3 4 5
11 Saya suka membuat latihan Sains kerana dapat meningkatkan
kemahiran saya.
12 Saya suka membuat latihan Sains di waktu lapang.
13 Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam membuat latihan
Sains.
14 Saya buat latihan Sains yang kerap dapat meningkatkan markah
saya dalam peperiksaan.
15 Saya suka membuat latiahan Sains bersama rakan-rakan.
16 Saya suka membaut latihan Sains disebabkan pengaruh
rakan-rakan.
17 Setiap kali saya membuat latihan Sains saya rasa puas hati
apabila menyelesaikan tugas saya.
18 Saya akan cuba dapatkan latihan Sains melalui blog dan
website.
19 Melalui latihan Sains, saya dapat meneroka ilmu baru.
20 Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam Sains memalui
latihan yang saya selesaikan.
C. Berkaitan minat terhadap guru Sains.
1 2 3 4 5
21 Saya rasa seronok bila guru menggunakan alat bantu mengajar
seperti komputer semasa
menagajar.
22 Penampilan guru dapat menarik minat saya dalam Sains.
23 Saya rasa seronok dengan pengajaran guru dalam kelas
mengunakan ICT.(Komputer)
24 Saya rasa seronok belajar Sains kerana guru saya menagajar
secara kreatif.
25 Guru mengambil berat apabila saya mengahadapi masalah dalam
menyelesaikan masalah Sains.
26 Saya di layani dengan baik semasa guru mengajar di dalam
kelas..
27 Guru memberi latihan sesuai dengan kebolehan saya.
28 Guru pandai membei semangat kepada saya untuk belajar
Sains.
29 Guru Sains saya selalu memberi pujian setiap kali dapat
menjawab soalan dengan betul.
30. Apakah cadangan anda untuk memperbaiki pengajaran guru Sains
anda?
________________________________________________________________________________________________________________
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA
Bahagian III : Pandangan Dan Cadangan Responden.
-
33 | P a g e
LAMPIRAN B
SOAL SELIDIK
KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF STAD
Arahan : Tandakan () pada ptak YA atau TIDAK
Item Perkara Ya Tidak
1 Adakah anda suka kaedah pembelajaran koperatif model STAD
2 Adakah anda mendapati kaedah pembelajaran koopratif model
STAD
menyeronokan?
3 Adakah kaedah pembelajarn model STAD membantu anda memahami
dan
menyelesaikan soalan Kemahiran Proses Sains
4 Adakah anda menjawab soalan dengan betul semasa kaedah
pembelajaran STAD
dijalankan
5 Adakah anda lebih berminat terhadap sains?
6 Dapatkah anda meningkatkan markah kumpulan?
9 Adakah kaedah pembelajaran kooperatif model STAD
mengingkatkan
pencapaian dama sains?
10 Adakah anda berubah sikap terhadap sains selepas didedhkan
dengan kaedah
pembelajaran koperatif model STAD?
11 Adakah rakan sekumpulan anda membantu anda?
Pandangan anda terhadap pembelajaran kaedah kooperatif model
STAD?
.
SEKIAN TERIMA KASIH
-
34 | P a g e
LAMPIRAN C
BORANG REKORD ANEKOD
Nama Pelajar : Umur :
Tarikh : Masa :
Nama Guru : Item :
CATATAN ULASAN
-
35 | P a g e
Bil
Artikel/Journal
/Buku/Laporan
Isu Teori/keran
gka
konseptual/
IV/EV
Kaedah
mendapatkan
maklumat
responden Lokasi Kaedah analisis
data
Penemuan/Kesimpulan/
Penambahbaikan
1 Norfazilah &
Shakinaz (2012)
Uni Pendidikan
Sultan Idris
membandingkan kemahiran
proses sains (KPS)
menggunakan pembelajaran
berasaskan masalah dengan
kaedah biasa untuk topik
nutrisi
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
melalui ujian yang
diberikan secara
bertulis
80 orang pelajar
tingkatan 4. 40
orang dalam kumpulan
eksperimen (EK) dan 40
orang dalam kumpulan
kawalan (KK)
kuala
Lumpur,
Malaysia
ujian T untuk
menentukan
perbezaan markah
maksimum dan
minimum
kemahiran menginfrens
pelajar kumpulan EK
adalah lebih tinggi dan
signifikan pada aras
p
-
36 | P a g e
3 Nor'Aini, Nor'
rahmah &
Nor'Shamsidah
(2008) Univ
Tun Hussien
Onn
mengenal pasti ketidak
pastian kekeliruan dalam
pelaksanaan pendekatan
Pembelajaran Kooperatif
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soalan dan
perbincangan
pelajar matematik
kejuruteraan semester 1
sesi 2006/2007 UTHM
Johor,
Malaysia
matrik rubrik
persembahan lisan
dan penilaian
pelaporan
terdapat beberapa
perkara mengenai PBM
yang masih perlu
diperbaiki supaya
pendekatan ini lebih
berjaya pada masa akan
datang
4 Husseini
Othman & Syed
muhammad
(2008) SKIKS
penyediaan tahap kognitif
pelajar dengan kemahiran
berfikir aras tinggi dengan
koblehpasaran pelajar masa
akan datang.
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soal selidik pelajar teknikal dan
kejuruteraan
Johor,
Malaysia
pemberatan skala
linkert
pelajar mengalami
banyak penikatan dalam
kemahiran insaniah dan
keyakinan diri
5 Zubaidah(2008)
Politeknik
Sultan Abdul
Halim
Muadzam Shah
kajian tinjauan diskriptif
bagi mendapatkan maklumat
sokongan mengenai
keberkesanan penggunaan
kaedah kooperatif dalam
sesi PdP
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soal selidik 16 orang pensyarah
UTHM yang
mengamalkan PBM
diberikan borang soal
selidik dengan
menggunakan istrumen
Johor,
Malaysia
pemberatan skala
linkert
skor min melebihi 3.68
bagi tiga item
penghasilan. 4.06 nagi
item perbincangan
kumpulan dan 3.81 bagi
item penilaian rakan
-
37 | P a g e
berdasarkan kajian yang
lepas
sebaya
6 Suzilawati, Ong
Eng Tek &
Shakinaz (2010)
Univ. Pend.
Sultan Idris
mengenal pasti
keberkesanan penggunaan
kaedah pembelajaran
berasaskan masalah
berbanding dengan kaedah
tradisional berdasarkan
tahap kognitif taksonomi
blom dalam mata pelajaran
biologi
Pembelajara
n koopeatif
keputusan
peperiksaan
pertengahan tahun
sebagai pra ujian.
Pasca ujian 15 item
aneka pilihan dan 3
solana subjektif
yang dibina
berdasarkan JPU
yang selaras dengan
aras taksonomi
bloom
39 pelajar mengikuti
kaedah PBM dan 37
pelajar mengikuti kaedah
pembelajaran secara
tradisional.
Perak,
Malaysia
MANCOVA dan
ANOVA
analisis MANCOVA
perbezaan analisis
(P
-
38 | P a g e
7 Alisson, Philip
& Pamela
(2015)
University Of
Illion, Chocago
cabaran dalam pelaksanaan
PBM dan kaedah mitigasi
untuk menambah baik
kaedah PBM yang sedia ada
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soalan dan
perbincangan
Chicago, matrik rubrik
persembahan lisan
dan penilaian
pelaporan
kaedah PBM didapati
membantu dalam
peningkatan keyakinan
pelajar dalam
komunikasi dan
kemahiran berfikir pada
aras tinggi
8 Eng Tek, Bibi
Hazlina &
Mohd Hassan
(2013) Unv
Pend Sultan
Idris
membanding tahap
penguasaan prses sains dlam
kalangan pelajar sekolah
rendah tahap II berdasarkan
jantina, lokasi sekolah dan
aras tahun
Teori
Kognitif
Jane Piaget
kajian
perbandingan sebab
337 orang pelajar dari
dua buah sekolah rendah
kebangsaaan luar bandar
Perak,
Malaysia
Ujian T tidak
bersandar dan
analisis ANOVA
pelajar sekolah rendah
tahap II gagal mencapai
tahap dua pertiga atau
67% dalam KPSA secara
keseluruhannya
9 Mimi
Mohafiyza &
Md.
Nazzaraddin,
Masihitah
Strategi Pengajaran koperatif
dalam rekabentuk dan
penghasilann projek
Teori
kopeatif
kemahiran afektif
rendah di kalangan
pelajar sekiolah dan
tidak dapat
menyesuaikan diri
35 orang pelajar tingkah
laku orang di Sekolah
Menengah Kebangsaan
Tu Aminah
Johor jadual min melalui kaedah
kooperatif pelahr
semakin berani dalam
mengemukanan kaedah
tradisional
-
39 | P a g e
dengan
pembelajaran dalam
penghasilan projek
9 Johnson, David
W.,
keberkesanan kaedah
kooperatif dalam
pembelajaran
Teori
Kognitif
Jane Piaget
pelajar gagal
mengimplimenatsik
an kemahiran
proses sains di luar
sekolah
156 orang pelajar
sekolah rendah
New York MANCOVA dan
ANOVA
Secara keseluruhan
minat dan motivasi
pelajar meningkat
dengan pnggunaan
pembelajaran kooperatif
10 Richard
M.Fedlar
(2011)
Sesetengah pelajar gagal
untuk melakukan tugasan
secara berkumpulan dan
tidak mampu untuk
berkomunikasi dengan baik
Teori
pembelajara
n inkuri
Soal selidik dan
temubual
56 pelajar sekolah
menengah
New York MANCOVA dan
Anova
Minat dan motivasi
pelaajarr untuk
berkomunikasi dan
membuat tugasan secara
berkumpulan meningkat
-
40 | P a g e
RUJUKAN
Amira, M. I. (2010). Presepsi Guru Sains Terhadap Kaedah
Pembelajaran Kooperatif (PK)
Berdasarkan Kemahiran Sosial Dan Minat Pelajar dan Guru.
Universiti Teknologi
Malaysia.
Artz, A. N. (1997). How to Use Learning Cooperative in The
Matematics Class. Reston:
NCJM.
Cheah, L. N. (1999). Efficeacy of Cooperative Learning Among
Malaysian Secondary
School Students. Journal of School Education Studies, 13-27.
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran. (2013). Kuala
Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Guru, B. P. (1995). Kerangka Alternatif Sains Pelajar Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ishak, S. (2004). Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan
Guru Sek. Men Keb di
Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Kolej Universiti Tun
Hussin Onn.
Johnson, D. W. (1990). Circle of Learning Cooperative in the
Classroom. Minnesota:
Interaction Book.
Kadir, S. A. (2008). Perbandingan Pembelajaran Kooperatid dan
Tradisional Terhadap
Perstasi, Artibusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan
Hubungan Sosial
dalam Pendidikan Perakaunan. Serdang, Selangor: Universiti Putra
Malaysia.
Kagan, S. (1994). The Structural Approch to Cooperative
Learning. Educational Leadership,
12-15.
-
41 | P a g e
Mohd Fazil, M. &. (2011). Kesan Penggunaan kaedah STAD
terhadap penulisan karangan
Bahasa Tamil. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang: Laporan
Praktikum Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan.
Noh, A. H. (2000). Satu Kajian Kes Terhadap Pembelajaran
Kooperatif Dalam Mata
Pelajaran Sains Sek Men.
Pate-Clevenger, R. D. (2008). Imporovement of Off-Task Behaviour
Of Elementary School
and High School Students Through the use of Cooperative Learning
Strategies.
Power, J. G. (2002). The teacher sourcebook for cooperative
learningpractice method, basic
principal and frequent asked question. Thousand Oaks: Carwin
Press.
Salleh, N. A. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran
Kooperatif Dalam Sains.
Journal Pendidikan, 47-57.
Salvin, R. (1995). Cooperative learning : Therory, research and
practice. Boston: Allyn and
Bacon.
Stahl, R. J. (1994). The essential elemens of ooperative
learning in classroom. Eric Digest,
ED370881.
T., P. (1999). How cl motivate students and teacher: Benefit of
cooperative learning in
realation to students motivation.
Tobin, K. T. (1993). Constructivisim as a Referens for Teaching
and Learning. Washington:
America Association for Advancement of Science.
W., J. (2007). Cooperative learning in the classroom: putting it
into practic. London: Paul
Chapman Publising.
William, S. &. (2004). Classroom Motivation Strategies.
UNESCO, 23-45.
-
42 | P a g e
Yage, R. (2000). A vison for what science education should be
like for the first 25 yeard of
new millennium. School Science adn Mathematics, 327-341.