BUKU PENGURUSAN PERIBADI 2015`
SEKOLAH KEBANGSAAN __________DAERAH ______________, SELANGOR
DARUL EHSAN,Kod Sekolah : BBA ____ No Tel : 03-___________ No Fax :
Email : [email protected]
1. SENARAI TUGAS GURU KELAS
1.0 Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru
1.1. Daftar pelajar baru dan serahkan borang pendaftaran pelajar
baru kepada Jawatankuasa Pendaftaran untuk di daftarkan. Dapatkan
nombor pendaftaran daripada JK Pendaftaran dan isi maklumat pelajar
ke dalam buku pendaftaran seperti ditentukan oleh JK Pendaftaran.
Tarikh pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari pertama pelajar
hadir ke sekolah.
1.2. Menyemak dokumen/maklumat peribadi pelajar. Jika tiada fail
peibadi dibawa bersama / tidak diterima dari sekolah asal dalam
masa 2 minggu sila buat surat susulan memohon maklumat /fail
peribadi murid daripada sekolah asal. Dapatkan borang permohonan
daripada pejabat dan berurusan dengan PT yang bertanggungjawab.
1.3. Rujuk carta aliran 1 perpindahan masuk pelajar.
2.0 Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri
2.1. Ibu bapa/waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu
berjumpa pengetua/ PK HEM terlebih dahulu seterusnya mendapatkan
borang pertukaran daripada pejabat . Broang yang dilengkapkan perlu
dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/ JPN.
2.2. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan
dari PPD/ JPN. PK HEM akan memaklumkan tentang kelulusan rasmi dari
pihak PPD/JPN
2.3. Pertukaran pelajar dan pemoongan nama daripada Jadual
Kedatangan hanya dibuat setelah mendapat kelulusan pihak sekolah
dan memastikan hanya ruangan catatan kedatangan saja dipotong .
Jangan potong nama murid berkenaan seperti berikut:
Cara Betul
Mac1234567
Aisyah bt SyukriBerhenti mulai 6 . 3. 10
Carmen Lim JiBertukar ke SK Pitas mulai 3.3.12
2.4. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika pelajar ingin
membawa bersama buku-buku tersebut minta pelajar mengisi borang
yang disediakan oleh JK SPBT). 2.5. Pastikan semua bayaran sekolah
dijelaskan. 2.6. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk
tindakan:
a.Fail Peribadib.Kad 001 c.Kad Kesihatand.Buku Adabe.Peka
Sains,PLBS,SBOA,PAFA,Fail KSSRf.Markah kokurikulum h.dan lain-lain
yang berkenaan3.0 Kehadiran
3.1 Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru
kelas hendaklah mengisi borang pelaporan serta memaklumkan kepada
Guru Disiplin selepas surat amaran diberikan berdasarkan jadual
berikut:
Surat
Hari Tidak Hadir (P)Berturut-turutHari Tidak Hadir (P)Bukan
Berturut-turut
Amaran PertamaPada hari ke - 3Pada hari ke - 10
Amaran Kedua7 hari selepas Amaran Pertama10 hari lagi
selepas
( Hari Ke- 11)Amaran Pertama (Hari Ke - 20)
Amaran Terakhir7 hari selepas Amaran Kedua20 hari lagi selepas
Amaran
(Hari Ke - 18)Kedua (Hari Ke - 40)
* Surat Tunjuk SebabSetelah Cukup 31 HariSetelah Cukup 60
Hari
(Surat Berdaftar)
Jumlah Hari Tidak Hadir31 hari * Buang Sekolah60 hari* Buang
Sekolah
3.2 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan
diiisi dalam 3 salinan untuk waris murid, fail sekolah dan fail
register.
3.3 Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya
tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu bapa / penjaga untuk
kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir termasuk
surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku kedatangan.
3.4 Guru Kelas diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih
tidak dapat respons selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi
dengan ibu bapa didalam borang yang dibekalkan.
4.0 Tugas dan Tanggungjawab Guru Kelas dalam Pengurusan Buku
Jadual Kedatangan Murid
4.1 Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi. Semua
butir butir muridperlu dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat.
Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang. Sebarang pembetulan
hendaklah dipotong dengan satu garis yang kemas serta
ditandatangani.
4.2 Guru akan menerima senarai nama murid dari Pengetua/Penolong
Kanan bagi sesebuah kelas
4.3 Guru tingkatan perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara
seperti JKM sebenar selewat-lewatnya pada minggu akhir Januari.
4.4 Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan
semua butiran berikut dilengkapkan
Nama murid Jantina Bilangan Sekolah Tarikh Masuk Bangsa Agama
Nombor Kad Pengenalan Tarikh lahir Nombor Surat Beranak Umur pada 1
Jan. tahun berkenaan Nama ibu bapa/penjaga Pertalian murid dengan
ibu bapa/penjaga Alamat ibu bapa/penjaga No. telefon ibu
bapa/penjaga Pekerjaan ibu bapa/penjaga
4.5 Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar
Kemasukan Sekolah bagi murid baru, atau murid baru berpindah masuk
( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya
pada minggu pertama Februari). Bagi murid tahun 2 6 nombor bilangan
sekolah boleh dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid tahun
sebelumnya.
4.6 Semak semua butiran untuk memastikan tiada berlaku kesilapan
sebelum menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam
Buku Kedatangan sebenar dan SMM.
4.7 Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan
meletakkan semula Buku Kedatangan ke rak di Bilik GPK
selewat-lewatnya pada masa kedua.
4.8 Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan
dan dipindahkan ke bulan hadapan.
4.9 Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan
sebelumnya.4.10 Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula
senarai nama mengikut abjad,(susunan murid lelaki didahulukan,
diikuti murid perempuan).
4.11 Guru kelas menandakan kedatangan dengan cara:
Tandakan / untuk murid yang hadir Tandakan O untuk murid yang
tidak hadir Tandakan L untuk murid yang lewat Tandakan P untuk
murid yang ponteng Tandakan S untuk murid yang hadir dengan
kenyataan. Tandakan W untuk murid yang mewakili sekolah
4.12 Jumlahkan kedatangan harian: Jumlah murid yang tidak hadir
Jumlah murid yang hadir Jumlah murid sepatutnya dalam kelas
4.14 Pada akhir bulan: Jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan
berkenaan Jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan
Jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan
Jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan
Jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan
berkenaan Menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang
Ringkasan Menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang
Ringkasan Menulis peratus kedatangan Menulis hitung panjang
kedatangan Menulis bilangan murid yang masuk Menulis bilangan murid
yang keluar Menulis bilangan murid pada akhir bulan Menulis hitung
panjang ramai murid Tandatangan guru kelas
4.15 Semakan Buku Kedatangan akan dibuat oleh penyelia tingkatan
pada akhir setiap bulan. Borangsemakan diserahkan kepada PK
HEM.
4.16 Guru masa pertama akan mengambilalih tugas guru kelas
apabila guru kelas tiada di sekolah. Guru kelas perlu memaklumkan
kepada PK Pentadbiran sekiranya mempunyai maklumat awal
ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi. Dalam
keadaan di mana kedua-dua guru kelas atau penyelia tingkatan tiada
di sekolah, Kaunselor akan mengambilalih tugas ini.
4.17 Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan Semua
butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkan
Semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan
Ditandatangani Menyerahkan buku kedatangan ke pejabat pada Hari
Akhir Persekolahan
5.0 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas
5.1 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang
lengkap dan melaporkan mengenai kerosakan dengan segera kepada
pihak sekolah/ JK 3K supaya tindakan dapat diambil.
5.2 Mempastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas,
cantik serta selamat.
5.3 Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara di dalam
daftar inventori dipatuhi.
5.4 Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika
tidak perlu dimaklumkan kepada Jawatankuasa Aset.
5.5 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang
keselamatan di dalam kelas.
5.6 Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan.
5.7 Melaporkan kemalangan yang berlaku.
6.0 Disiplin
6.1 Guru Kelas dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan
guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu
melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran
disiplin dan tindakan yang dilakukan. Rujuk kes disiplin dan jenis
kesalahahan / hukuman)
6.2 Guru kelas / guru mata pelajaran perlu melapor segera
tentang sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Guru
Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
6.3 Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah
disiplin yang timbul semasa waktu P & P dan membuat catatan di
dalam Buku Laporan Disiplin. Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes
kepada guru kelas dan juga guru disiplin.
6.4 Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru
lain, sila minta kebenaran guru tersebut.
6.5 Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu
menyerahkan surat daripada kaunselor.
6.6 Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa
kes-kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut,
kuku, tag nama, warna rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain
barang larangan khususnya telefon bimbit.
7.0 Kebenaran Keluar / Masuk Kelas
7.1 Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar
pada masa itu sahaja menggunakan pas keluar.
7.2 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya
pelajar yang perlu sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya
pelajar tidak menyalahgunakan masa yang merugikan mereka.
7.3 Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar
lain keluar kelas. Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan
segera kepada guru mata pelajaran berkenaan.
8.0 Kebersihan Dan Kekemasan Bilik Darjah
8.1 Memastikan kelas mempunyai carta organisasi kelas dan telah
mempunyai jadual bertugas harian.
8.2 Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan kelas
iaitu sebelum 7.00 pagi. Seramai 5 orang pelajar yang
dibertanggungjawab perlu berada di kelas untuk melaksanakan
tugas.
8.3 Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam
tong sampah (besar) atau di tempat buang sampah.
8.4 Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas
sepanjang masa.
8.5 White Board hendaklah dibersihkan.
8.6 Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar menyusun kerusi
meja, serta menutup suis dan pintu bilik darjah.
8.7 Semua bilik darjah hendaklah dihias dengan sempurna dan
papan kenyataan dalam kelas hendaklah dipenuhi dengan
artikel-artikel yang berunsurkan ilmu pengetahuan. Hiasan kelas
boleh mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru.
8.8 Mempastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan
berfaedah dan wajib dilengkapi dengan :a. Jadual waktu kelasb.
Carta organisasi kelasc. Jadual bertugas muridd. Pelan kawad
kebakarane. Visi dan misi sekolahf. Rukun negarag. Inventori bilik
darjahh. Senarai nama pelajari. Peraturan kelas dan lain-lain bahan
ilmiah mengikut subjek.
8.9 Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut :a. Penyapub.
Bakul sampahc. Pemadamd. Penyodoke. Marker penf. Kain pengelap
tingkap
9.0 Hal Ehwal Biasiswa dan bantuan
9.1 PK HEM akan memberikan senarai nama dan nombor biasiswa
murid yang menerima biasiswa kepada guru-guru kelas setelah
menerimanya daripada pihak JPN/ PPD.
9.2 Guru kelas perlu mengenalpasti pelajar yang memerlukan
biasiswa atau bantuan lain dan menyerahkan senarai tersebut kepada
PK HEM pada awal tahun dan akhir tahun jika pelajar ini masih belum
mendapat apa-apa bantuan.
10.0 Fail Peribadi, Fail KSSR, Buku Adab, Buku Kesihatan dan Kad
Pergigian
10.1 Guru kelas harus memastikan semua pelajar mempunyai fail
peribadi, fail KSSR, Buku Adab, kad kesihatan dan kad pergigian.
Jika hilang minta murid beli daripada kedai buku sekolah.
10.2 Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas
keputusan peperiksaan Pertengahan tahun dan akhir tahun di dalam
Buku Adab.
11.0 Skim Insuran Takaful
11.1 Guru kelas perlu melaporkan dengan segera jika ada murid
yang terlibat dalam sebarang kemalanan yang mengakibatkan
kecederaan / kematian atau kemalangan biasa kepada PK HEM.
11.2 Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera
dan laporan bertulis hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari oleh
PT kepada pihak Takaful.
11.3 Pengesahan / Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu
disertakan semasa permohonan tuntutan dibuat.
BUKU PENGURUSAN PERIBADI 2015`
CARTA ORGANISASI SEKOLAHPenolong KananPenolong Kanan HEMPenolong
Kanan KokurikulumPenyelia Petang GURU
BESARPIBGPanitiaKurikulumPentadbiranBahasa InggerisMatematikBahasa
MalaysiaSainsPend. IslamP. MoralP. SeniP.
MuzikPemulihanBBMKemahiran HidupKajian TempatanPeperiksaan &
PenilaianKelas TambahanPusat SumberBilik APDPerpustakaanJadual
WaktuJadual Ganti SPBTPengurusanStaff PejabatPerkembangan
StafPendaftaran / RekodKebersihan & KeceriaanKeselamatanProjek
KhasBimbingan & KaunselingKurikulumSukan
TahunanPermainanP.JasmaniRMT & Program Susu
SekolahKewanganDisiplin &
PengawasInventoriKebajikanKesihatanBangunan &
SelenggaraanMaklumat GuruPrasekolahBekalanGuruStatistik
/DataPentadbiranPenyeliaanPerancangan /PembangunanSekolahPencegahan
DadahBadan UniformKelab & PersatuanBola sepakBola JaringSepak
takrawHokiBadmintonLawatanMSSProjek KhasPengakapPBSMTunas
PuteriPuteri IslamB. MalaysiaB. InggerisMatematikSainsPen.
IslamKebudayaanKoKurikulumHal Ehwal Murid Projek KhasProjek
KhasKantin
CARTA ORGANISASI KELASGURU KELASSETIAUSAHAAJKBENDAHARIPENOLONG
KETUA KELASKETUA KELAS
1.0OBJEKTIF GURU MATA PELAJARAN
1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran.
1.2. Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar
berkualiti.
1.3. Memastikan target mata pelajaran bagi setiap peperiksaan
tercapai.
1.4. Menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
2.0SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
2.1Menyediakan rancangan pelajaran untuk tempoh setahun / harian
bagi mata pelajaran yang diajar dalam Buku Rekod Mengajar.
2.2Menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif
untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memahami pelajaran yang
diajar.
2.3Memeriksa buku latihan pelajar masing-masing dan memulangkan
dengan segera selepas semakan / pemeriksaan untuk tugas
selanjutnya. Pastikan pelajar membuat kerja pembetulan sebelum
latihan selanjutnya.
2.4Menggubal soalan peperiksaan prestasi.
2.5Memeriksa skrip jawapan pelajar.
2.6Memeriksa kerja kursus pelajar.
2.7Menghantar buku latihan / buku aktiviti kepada pentadbir
untuk semakan atau pemeriksaan apabila dikehendaki.
2.8Memastikan keselamatan pelajar semasa menjalankan pengajaran
di makmal atau semasa membuat kerja-kerja luar bilik darjah.
2.9Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan
meluas. Guru hendaklah memastikan keselamatan alat-alat bantu
mengajar dan membantu Guru Perpustakaan dan Media dalam menjaga
keselamatan dan kebersihan dan kekemasan alat-alat serta bilik
sumber.
2.10Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh
pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat
Pelajaran Daerah dan Sekolah.
3.0SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI
LAIN
JAWATAN : GURU MATA PELAJARAN
Tugas Pegawai Atasan Yang Ada HubunganTugas dan
TanggungjawabKuasa Yang DiberiTugas Pegawai-Pegawai Lain Yang Ada
Hubungan Serta Jenis Hubungan
1. Guru Besar mengeluarkan arahan.
2. Penolong Kanan I memastikan arahan dijalankan.1.1.
Menyediakan rancangan pelajaran.
1.2. Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
efektif.
1.3. Memeriksa buku latihan pelajar.
1.4. Menggubal soalan peperiksaan prestasi.
1.5. Memeriksa skrip jawapan pelajar.
1.6. Menghantar buku latihan/nota kepada Penolong Kanan.
1.7. Memastikan keselamatan pelajar semasa di makmal, dan kerja
luar bilik darjah.
1.8. Menggunakan BBM dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
1.9. Menghadiri kursus yang berkaitan.
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar
Arahan Guru Besar1.1. Ketua Panitia.
1.2. Guru Mata Pelajaran
1.3. Ketua Panitia.
1.4. Guru Kelas / Koordinasi
1.5. Ketua Panitia.
1.6. Ketua Panitia.
1.7. Guru Pusat Sumber / Penyelaras PSPN.
1.8. Pegawai yang berkenaan.
4.0.AKTIVITI SETIAP FUNGSI UTAMA GURU MATA PELAJARAN
4.1. PROSES KERJA MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMendapatkan Buku Rekod Mengajar dari
Pentadbir.
Mendapatkan sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran daripada
Ketua Panitia.
Melengkapkan buku Rekod Mengajar berdasarkan rancangan tahunan
dan harian.
Menyerahkan ke Pejabat setiap hujung minggu (Hari Jumaat).
Mengambil semula Buku Rekod Mengajar yang telah disemak dan
ditandatangani oleh Guru Besar.
CARTA ALIRAN
Mula
Mendapatkan buku rekod mengajar.
Mendapatkan sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran
Melengkapkan buku rekod
Menyerahkan ke Pejabat.
Mengambil semula
Tamat
4.2.PROSES KERJA MENJALANKAN PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
JAWATANPROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMenulis rancangan pengajaran harian.
Masuk kelas mengikut jadual.
Ucap selamat dan doa.
Memastikan kelas dalam keadaaan bersih.
Menyemak kehadiran pelajar dan menanda dalam Buku
Kedatangan.
Induksi set.
Memaklumkan tajuk dan objektif pengajaran pembelajaran.
Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
Guru memberi soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar
dan menilai pengajaran dan pembelajaran berkesan atau tidak.
Membimbing pelajar yang lemah dan yang tidak memahami
konsep.
Menerapkan nilai-nilai murni.
Membuat tindak ikut seterusnya dengan memberi latihan tambahan
dan kerja rumah.
PelajarUcapan terima kasih kepada guru.
CARTA ALIRAN
Mula
Menulis rancangan pengajaran
Guru masuk kelas mengikut jadual
Pelajar ucap selamat dan doa
Memastikan kelas bersih dan teratur
Arahkan TidakBersih dan teratur?pelajar bersihdan susun kelas
YaGuru menyemak kehadiran pelajar
Memaklumkan tajuk dan objektif pengajaran
Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung
Bimbingan TidakObjektif pengajaran tercapai?individu
ataukumpulan YaLatihan dan pengukuhan
Menerapkan nilai murni
Membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran
Tindak ikut selanjutnya
Ucapan terima kasih kepada guru
Tamat
4.3.PROSES KERJA MEMERIKSA BUKU LATIHAN PELAJAR
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMemberi latihan kepada pelajar mengikut
tajuk
Mengumpul buku latihan pelajar.
Menyemak buku latihan pelajar.
Mengembalikan buku latihan kepada pelajar.
CARTA ALIRAN
Mula
Memberi latihan
Mengumpul buku latihan
Menyemak
TidakPenilaian
Pembetulan
Mengembalikan buku latihan pelajar
Tamat
4.4.PROSES KERJA MENGGUBAL SOALAN PEPERIKSAAN
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMenyediakan soalan mengikut format dan topik
yang ditetapkan.
Menyerahkan soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia.
Menyerahkan soalan ke Pejabat untuk diperbanyakkan.
Mengambil semula soalan yang telah diperbanyak.
Mengetip dan menyusun soalan mengikut bilangan pelajar dalam
kelas.
Menyimpan soalan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
Meletakkan soalan di bilik Penolong Kanan pada hari peperiksaan
berlangsung.
CARTA ALIRAN
Mula
Menyediakan soalan mengikut format dan topik
Menyerahkan soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia
Menyerahkan soalan ke Pejabat untuk diperbanyak.
Mengambil semula soalan yang telah diperbanyak.
Mengetip dan menyusun soalan mengikut bilangan pelajar.
Menyimpan soalan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
Meletakkan soalan di bilik Penolong Kanan pada hari peperiksaan
berlangsung.
Tamat
4.5.PROSES KERJA MEMERIKSA SKRIP JAWAPAN PELAJAR
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMengambil skrip jawapan.
Menanda skrip jawapan pelajar.
Menyerahkan markah kepada guru kelas.
Menyerahkan skrip jawapan yang telah disemak kepada pelajar.
Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar.
Membuat tindakan susulan.
CARTA ALIRAN
Mula
Mengambil skrip pelajar.
Menanda skrip jawapan pelajar.
Menyerahkan markah kepada guru kelas.
Menyerahkan skrip jawapan kepada pelajar.
KelemahanMengenal pasti kelemahan / kekuatan pelajar.
Pemulihan
Tamat
4.6.PROSES KERJA MENGHANTAR BUKU LATIHAN / NOTA KEPADA PENOLONG
KANAN
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMemberi latihan kepada pelajar mengikut
bilangan latihan yang ditetapkan.
Mengumpul semua buku latihan pelajar.
Menyemak dan membuat pengesahan.
Memilih sepuluh buah buku latihan berdasarkan yang lemah,
sederhana, dan terbaik dari kelas masing-masing.
Menyerahkannya kepada penyemak ( Penolong Kanan ).
CARTA ALIRAN
Mula
Memberi latihan kepada pelajar.
Mengumpul semua buku latihan pelajar.
Menyemak dan membuat pengesahan.
Memilih sepuluh buah buku latihan.
Menyerahkan kepada penyemak.
Tamat
4.8.MEMASTIKAN KESELAMATAN PELAJAR SEMASA DI MAKMAL, DAN KERJA
LUAR BILIK DARJAH
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMengarahkan pelajar berbaris di luar
makmal.
Mengarahkan pelajar supaya membawa buku dan peralatan yang
dibenarkan sahaja.
Mengarahkan pelajar mengambil dan menggunakan peralatan yang
berkaitan sahaja.
Mengarahkan pelajar membersihkan semua peralatan / meja / bilik
selepas digunakan.
Mengarahkan pelajar mengembalikan semula peralatan ke tempat
asal.
Mengarahkan pelajar keluar secara beratur.
CARTA ALIRAN
Mula
Mengarahkan pelajar berbaris di luar makmal.
Mengarahkan pelajar supaya membawa buku dan peralatan yang
dibenarkan.
Mengarahkan pelajar mengambil / menggunakan peralatan yang
berkaitan.
Mengarahkan pelajar membersihkan semua peralatan /meja / bilik
selepas digunakan.
Mengarahkan pelajar mengembalikan semula peralatan ke tempat
asal.
Tamat
4.9.PROSES KERJA MENGGUNAKAN BBM DALAMPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMengambil / membuat BBM dalam proses P&P
(menyesuaikan dengan tajuk).
Menggunakan BBM yang bersesuaian dengan tajuk.
Menyimpan semula BBM di tempat yang dikhaskan.
CARTA ALIRAN
Mula
Mengambil / menyediakan BBM.
Menggunakan BBM dalam proses P & P.
Menyimpan semula BBM di tempat yang dikhaskan.
Tamat
4.10. PROSES KERJA MENGHADIRI KURSUS YANG BERKAITAN
JAWATAN
PROSES KERJA
Guru Mata PelajaranMendapatkan surat arahan dari Guru Besar.
Menghadiri kursus mengikut tarikh yang ditetapkan.
Melapor / mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru lain.
CARTA ALIRAN
Mula
Mendapatkan surat arahan.
Menghadiri kursus mengikut tarikh.
Melapor / manik curai kepada Guru Besar / GPK
Mengadakan Kursus Dalaman. Mengedarkan bahan.
Tamat
VISI SEKOLAH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
SLOGAN
BERKUALITI DAN UNGGUL
DASAR KUALITI
Sk Klang Gate Bertekad Untuk Memastikan Pendidikan Dilaksanakan
Secara Profesional, Efisen Dan Berkualiti Bagi Memenuhi Kepuasan
Hati Pelanggan. Proses Ini Melibatkan Kerja Sepasukan, Kajian
Semula Pengurusan Dan Proses Penambahbaikan Yang Dilaksanakan
Secara Menyeluruh Dan Berterusan.
OBJEKTIF KUALITI
Memastikan semua anggota dalam organisasi melaksanakan system
pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi
kepuasan hati dan kehendak pelanggan pada setiap masa.
Memastikan semua anggota dalam organisasi melakukan
penambahbaikan yang berterusan di dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka untuk memenuhi kepuasan hati pelanggan.
Memastikan semua anggota dalam organisasi meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan diri melalui proses latihan yang berterusan untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
The most important thing is to try and inspire people so that
they can be great in whatever they want to do.Read more at
http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/k/kobebryant574704.html#2qFGx0f3623QZ16W.99